The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arshadumarsaad, 2022-12-27 10:41:35

Gasing Pangkah, Group 1

Gasing Pangkah Group 1

GASING PANGKAH

Muhammad Arshad
Muhammad Munif Aizat
Muhammad Haikal Aiman

Aiman Taufik
Reetarane Saravanan

Rujula Lakshme
Tharshini Jeganathan
Universiti Utara Malaysia
A221: Kenegaraan Malatysia
Mohd Ammyrul Ashraf Bin Hj.

Sairam
28 Desember

Isi
Kandungan

Bil. Kandungan Muka Surat
1
1 Kata Alu-Aluan 2
3-4
2 Pengenalan 5-6
7-9
3 Asal usul
10-11
4 Gasing pangkah memupuk semangat perpaduan 12-13

Gasing pangkah pemangkin pembinaan negara 14
5 15

bangsa

6 Sistem politik berasakan perkauman ancaman
kepada gasing pangkah

7 Langkah-langkah memupuk perpaduan

8 Kesimpulan

9 Rujukan

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, kami berjaya menghasilkan E-majalah ini yang bertajuk
“Permainan Tradisional”. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah iaitu Mohd Ammyrul Ashraf Bin Hj. Sairam kerana banyak memberi tunjuk
ajar dan juga memberi teguran kepada kami sehingga kami berjaya menhasilkan E-majalah ini.
Kandungan yang terkandung dalam E-majalah ini mempunyai pelbagai permainan tradisional yang
diangkat sebagai Warisan Kebangsaan yang sudah diamalakan oleh masyarakat Malaysia pada suatu
ketika dahulu. Permainan tradisional ini bukan sahaja meberi manfaat kepada individu dan
masyarakat malah mampu membina kemahiran sosial.
Akhirnya, kami sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Mohd
Ammyrul Ashraf Bin Hj. Sairam kerana banyak membantu sepanjang proses membuat E-majalah
ini. Kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam e-majalah yang kami hasilkan
ini dan berharap E-majalah ini dapat menyemarakan semangat pembaca.




1

Pengenalan

Malaysia mempunyai pelbagai warsan kebudayaan yang sangat unit dan menarik. Antara warisan dalam budaya
adalah merangkumi makanan, adat dan permainan tradisional. Kajian yang dilakukan Bishop dan Curtis (2001)
mendefinisikan permainan tradisional sebagai permainan yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi
berikutnya dengan permainan tersebut mengandungi nilai “baik”, “positif”, “bernilai”dan “diinginkan”.
Jabatan Warisan Negara (JWN, 2016) menerangkan kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan, ini
mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Aktiviti permainan
dahulunya merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriah. Penduduk kampung tanpa
mengira usia, beramai-ramai menyertai pertandingan atau menyokong dalam suasana pertandingan yang sihat.
Permainan-permainan tradisional juga kebanyakannya banyak memberi manfaat kepada individu dan
masyarakat. Selain meningkatkan kemahiran sosial, juga memberi faedah fizikal dan mental

2

Asal Usul

3

ASAL USUL

Pada asalnya perkataan gasing berasal dari dua suku kata iaitu ‘Gah Berpusing’. Gah bermaksud perpusing
dengan laju dan teguh.

Gasing pangkah atau gasing kuno adalah permainan yang terkenal di
selatan Malaysia terutamanya di Melaka dan Selangor. Mohd Aziz
bin Samsudin (2022) menyatakan bahawa permainan gasing pangkah
berusia lebih daripada 100 tahun. Beliau juga menyatakan bahawa
gasing pangkah juga dimainkan hampir serata dunia seperti Indonesa,
Brunei, Singapore, Thailand, Myammar dan lain-lain lagi. Mohd
Aziz bin Samsudin (2022) menyatakan struktur gasing ini berbentuk
bebas dan dibuat daripada kayu yang keras seperti kayu keranji,
koran dan kempas.

Kajian Amiene Rev Amiene Rev (2008) menyatakan bahawa terdapat tiga pandangan asal usul permainan gasing
(2008) iaitu dari Terengganu, Kedah, dan Pahang. Menurut sumber di Terengganu, beliau
menyatakan bahawa gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah
merembang juga dikenali sebagai buah perepat. Dalam permainan buah berembang, buah ini
akan dipusingkan mengunakan tangan dan buah berembang yang berpusing paling lama
dikira sebagai pemenang. Menurut sumber di Kedah, beliau menyatakan bahawa permainan
gasing berasal daripada pemainan ‘laga telur ayam’. Cara permainannya hampir sama
dengan permainan memusing buah berembang di Terengganu tetapi berbeza kerana
mengunakan telur ayam sebagai pemusing. Menurut sumber di Pahang, Amiene Rev
menyatakan gasing adalah merupakan senjata untuk memburu bintang. Pemburu akan
memutarkan gasing yang berbentuk leper dan bulat dengan ligat ke badan binatang buruan.

4

Gasing Pangkah
memupuk semangat
perpaduan

5

Gasing Pangkah memupuk semangat perpaduan

Mohd Aziz bin Samsudin (2022) bersetuju bahwa permainan gasing pangkah ini dapat memupuk semangat
perpaduan, Beliau membuktikan bahawa di negeri Pahang terdapat juga orang cina bermain gasing tradisional
bersama-sama dengan orang melayu. Beliau juga menyatakan bahawa dengan galakkan kerajaan dalam membantu
memperkenalkan permainan ini, contohnya di sekolah dengan membuat pertujukkan. Hal ini berkait rapat dengan
ciri-ciri negara bangsa iaitu bersatu padu dimana kaum-kaum lain bersama-sama memahami budaya masing-
masing. Melalui permainan gasing pangkah kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra
dalam kelompok masyarakat.
Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri
merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut. Tambahan pula,melalui gasing
pangkah yang dimainkan secara berkumpulan, secara tidak langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan
dapat dipupuk.
Dengan, gasing pangkah juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana gasing pangkah itu sendiri merupakan
lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.Gasing pangkah juga mempunyai nilai tradisi
yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya. Permainan
tradisional ini harus didedahkan kepada masyarakat di peringkat rendah lagi terutama kanak-kanak kerana
kebanyakan remaja sekarang agar dapat menyemai sikap perpaduan dari kecil.
Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan harus mengambil langkah-langkah yang agresif untuk memperkenalkan
permainan tradisional ini sama ada di dalam atau luar negara.Tempat-tempat khas seperti Taman Budaya untuk
mengadakan demontrasi gasing pangkah ini harus diperbanyak dan diperhebat peranannya. Publisiti yang meluas
terhadap permainan tradisional harus diberikan, terutama di luar negara melalui badan-badan korporat seperti MAS
dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Gasing pangkah harus diperbanyak dan jika boleh
dimasukkan ke dalam kalendar tahunan pelancongan negara. Majlis-majlis sosial terutama yang berkaitan dengan
seni dan budaya harus memasukkan permainan tradisional ini sebagai salah satu acara mereka.

6

Gasing Pangkah
pemangkin pembinaan
negara bangsa

Gasing pangkah boleh dijadikan
sebagai pemangkin dalam membina

negara bangsa melalui faktor
integrasi. Integrasi adalah proses bagi
mewujudkan identiti nasional dalam

kalangan kumpulan yang berbeza
dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik.
Jenis integrasi yang wujud daripada
permainan gasing pangkah ini adalah
integrasi kebudayaan dan Integrasi

sosial.

7

10

Integrasi kebudayaan

Integrasi kebudayaan adalah proses penyesuaian antara unsur-unsur kebudayaan yang berbeda sehingga mencapai suatu
keserasian dalam kehidupan masyarakat. Integrasi ini menepati konsep asimilasi. Konsep asimilasi adalah proses
pencatuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
dan identiti.

Dalam pada itu, pada 16 dan 17 Sept yang lalu, JKKN bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, DBKL dan
Persatuan Solidariti Seni Budaya menganjurkan program Permainan Gasing Tradisional Malaysia Kepong 2017, untuk
tahun ketiga, di Taman Metropolitan, Kepong.

Mod Zaky (2017) berkata program itu dijalankan bagi memperkenalkan permainan tradisional gasing Malaysia dalam
kalangan masyarakat bandar dan pelancong asing, selain sebagai platform untuk mengeratkan hubungan dan menyemai
semangat perpaduan antara masyarakat

Ini berarti, bahawa dalam memajukan kebudayaan nasional, kita tidak boleh mengabaikan keberadaan dan kehidupan
permainan gasing sebagai permainan tradisional kita, sebagai unsur-unsur kebudayaan negara, yang akan mewarnai
keperibadian dan memperkayakan kebudayaan masyarakat negara Malaysia kita

8

Integrasi Sosial

Integrasi sosial adalah proses penyesuaian unsur-unsur yang saling berbeda
dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan
masyarakat yang memiliki keserasian fungsi melalui program sosial.
Pada 23 hingga 25 September 2022, Jabatan Kebudayaan Negara (JKKN)
berkerjasam dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022
(FPM@KL 2022). Melalui festival ini, ia menyesuaikan unsur-unsur
permainan yang berbeza dari pelbagai kaum. Ini membawa maksud kerajaan
cuba menyesuaikan unsur-unsur permainan gasing pangkah ke dalam pola
kehidupan masyarakat. Hal ini juga berlaku kepada permainan kaum yang
lain. Seramai 1,368 peserta terlibat dalam yang berlangsung selama dua hari
bermula semalam di Dataran Merdeka. Ini adalah merupakan kejayaan untuk
JKKN dan DBKL dalam menarik minat dan menyesuaikan unsur-unsur
dalam kehidupan masyarakat masyarakat.

9

12

Sistem politik

berasaskan

perkauman ancaman

kepada Gasing

Pangkah

10

Sistem Politik Berasaskan Perkauman

Chang Ko Youn (2008) mengemukakan "Malaysia telah
mengamalkan politik perkauman selama 51 tahun dan kita
tahu ia memecahkan kerana setiap pihak hanya bercakap
bagi pihak kumpulan perkauman yang diwakilinya. Hal
ini demikian kerana, kebanyakan politik yang wujud
dilihat lebih cenderung untuk memperjuangkan hak dan
keistimewaan kaum masing-masing seolah-olah
menidakkan kepentingan identiti nasional sebagai
medium yang mewujudkan semangat perpaduan dalam
konteks masyarakat majmuk. Ini menyebabkan permainan
gasing pangkah hanya diperjuang oleh kaum Melayu
sahaja dan bukannya kaum lain.

Antara parti yang berasaskan perkauman adalah Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) yang mewakili kaum Melayu, Persatuan Cina
Malaysia (MCA) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang
mewakili kaum Cina, Kongres India Malaysia (MIC) dan
beberapa parti yang mewakili masyarakat peribumi di Sabah
dan Sarawak. Politik yang bersifat perkauman amat bahaya
dalam usaha memupuk perpaduan, kerana parti yang
berasaskan kaum memperjuangkan untuk kepentingan sesuatu
kaum sahaja (Azman Abdul Manaf, 2001). Chris Anthony

Perasaan prejudis antara kaum masih menjadi masalah dan oleh itu hubungan antara kaum di
Malaysia hanya retorik. Keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas
memperjuangkan kaum mereka sahaja sepertimana parti yang mewakili kaum Melayu
memperjuangkan permainan gasing pangkah, ini akan menimbulkan sensitiviti perkauman kerana
parti yang mewakili kaum lain akan berasa ketidakadilan. Chris Anthony (2008) berkata selepas
50 tahun hidup dan bekerjasama secara bersebelahan, rakyat telah memilih untuk menghapuskan
politik perkauman tetapi malangnya para ahli politik jauh dari menunjukkan tanda-tanda
menjauhkan panggilan mereka untuk multirasialisme. Konklusinya, politik perkauman yang
memperjuangkan hak kaum masing-masing merupakan cabaran utama dalam usaha untuk
mewujudkan kebudayaan kebangsaan yang diinspirasikan berdasarkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.

11

Langkah-langkah
mengukuhkan
perpaduan kaum

12

Langkah-langkah mengukuhkan perpaduan kaum

Memperkasa pertandingan permainan Melaksanakan program penukaran
tradisional budaya

Memperkasakan pertandigan permainan gasing pangkah Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya,
di setiap peringkat dan terbuka kepada semua kaum. bahasa, adat resam dan agama. Rakyatnya yang
Antaranya di rumah, sekolah dan masyarakat setempat. terdiri daripada pelbagai kaum dan latar
Ini bagi mewujukan rasa minat bagi semua kaum lain belakang. Penukaran budaya berlaku apabila dua
untuk menyertai pertandigan gasing pangkah yang atau lebih individu daripada latar belakang
merupakan budaya kaum Melayu. Selain daripada itu, berbeza berinteraksi. Dengan melaksanakan
kaum lain juga boleh melihat pertandigan itu program penukaran budaya, kaum-kaum di
berlangsung. Wan Anuar bin Sapie (2022) menyatakan Malaysia dapat saling belajar mengenai budaya
bahawa, apabila dapat berkumpul beramai-ramai dalam masing-masing antara satu sama lain dalam
sesebuah program, berkongsi kegembiraan akan suasana yang harmoni dan aman damai. Gasing
memupuk perpaduan kaum. Semua pihak haruslah pangkah yang merupakan budaya kaum Melayu
mengambil peranan dalam menganjurkan pertandigan dapat dikenali oleh kaum lain melalui program
gasing pangkah. Mohd Aziz bin Samsudin (2022) budaya ini. Menukar budaya kaum yang berbeza
menyatakan kalau ada galakan daripada kementerian latar belakangnya boleh mendorong kita menjadi
berkenaan dalam memperkasakan permainan gasing, itu lebih terbuka dan bersedia melihat serta
adalah yang terbaik kerana pertandigan gasing ini menerima nilai yang baik dan universal dalam
semakin hilang terutamanya di sekolah. Persatuan sesuatu bangsa atau kaum. YB Dr. Maszlee
Gasing Pangkah Tradisional Bukit Kapar (2022) Malik (2018), dalam ucapannya sempena forum
menganjurkan pertandingan regu Bukit Kapah, terbuka Bahasa Jiwa Bangsa yang telah berlangsung di
bagi semua kaum disekitar Bukit Kapah. Ini menunjukan Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut
usaha masyarakat dalam memperkasakan permainan menyeru lebih ramai pihak mengadakan aktiviti
gasing pangkah untuk memupuk perpaduan masyarakat dan program silang budaya antara sekolah
kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama, bagi
mencorak pemikiran generasi masa depan.

13

Kesimpulan

Permainan gasing pangkah merupakan aset budaya bangsa
Malaysia.Hal ini demikian kerana permainan ini melambangkan adat,
budaya, dan identiti sesuatu bangsa yang perlu diterapkan untuk
tatapan generasi akan datang. Hasil ciptaan nenek moyang kita juga
merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Salah satu
kemaslahatan permainan gasing pangkah merupakan kebanggaan aset
budaya bangsa Malaysia. Permainan ini tidak boleh disamakan
dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan ini
juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Jika
permainan ini lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat
memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan ini dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa
sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita
dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Mohd Aziz bin Saamsudin (2022) menyatakan bahawa dengan bermain
bersama-sama mewujukan suatu keakraban diantara kaum-kaum, tidak kira apa-apa permainan tradisional adalah
sesebuah kejayaan kepada kerajaan dan juga kepadanya. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh
orang ramai untuk bermain gasing pangkah. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama
memperlihatkan gasing yang beraneka.
Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang gasing mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang
muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan
keluarga sendiri. Wan Anuar bin Sapie (2022) menyatakan bahawa permainan tradisional dapat mengumpulkan ramai
orang dan dapat berkongsi kegembiraan yang akan merapatkan perpaduan antara rakyat Malaysia. Senario ini jauh
lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di bilik sendiri tanpa berinteraksi dengan orang
lain. Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu, permainan gasing
pangkah ini dapat menyatukan negara bangsa yang hebat.

14

RUJUKAN

Johari Yap (2019, Ogos 11). Silang budaya pupuk perpaduan. Sinar Harian,
https://www.sinarharian.com.my/article/42540/silang-budaya-pupuk-perpaduan

Penubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). (2019, Febuari 7). Program silang budaya terap nilai hormat, fahami
_____perbezaan. https://musleh.edu.my/2019/program-silang-budaya-terap-nilai-hormat-fahami-
_____perbezaan/#:~:text=Aktiviti%20silang%20budaya%20juga%20dapat,yang%20harmoni%20dan%20aman%20__
___ damai.
Amiene Rev (2008, April 25). Sejarah dan asal usul gasing.

http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing-permainan.html
Jabatan Warisan Negara (n.d.). Permainan tradisi.

https://www.heritage.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=135&Itemid=592&lang=ms
Fauzi Suhaimi (2021, Januari 8). Tiada tempat politik berasaskan kaum dan agama.

https://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-tempat-politik-berasaskan-kaum-agama-mohd-____- shafie-
_____ 276690

15


Click to View FlipBook Version