DRAMA : KUIH BAKUL
LIMAU MANDARIN
(Diadaptasikan dari Cerpen Kuih Bajuk Limau Mandarin
Antologi Kuingin Berterima Kasih Tingkatan 1)
Nama ahli kumpulan :
Pengarah : Isha
Penulis skrip : Shafika
Pelakon:
Lim Pooi (Aimullah)
Sim Pau (Syafiza)
Lim Meng ( Zharif)
Lim Foong (Ammar)
Sudin (Irfan)
Extra : Aziz (Aiman)
Li Na (Alisya)
Suara latar (Asyiq)
Video editor : Aiman
SKRIP DRAMA KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN
SUARA LATAR : Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina….
Sim Pau : Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini
SUARA LATAR : Pada riak wajah Sim Pau terlukis perasaan yang menggembirakan hatinya. Segala
kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab
panggilan telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Lim Pooi : Aku tak benarkan dia menjejakkan kaki di rumah ini lagi.
Sim Pau : Dia anak kita
Lim Pooi : Dia bukan anak aku !
SUARA LATAR : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan
bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim
Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun
tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.Sim Pau seakan-akan terkunci
mulutnya.
Lim Pooi : Anak aku dah meninggal dunia.Sejak dia lahir,semuanya jadi haru biru.Perniagaan aku
lingkup.Banyak kecurian yang berlaku.Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal
dunia.
SUARA LATAR : Walau apapun Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.
Sim Pau : Bukan ! Lim Foong meninggal dunia bukan kerana Lim Meng.Lim Meng tak bersalah.
Lim Pooi : Habistu kau nak cakap Lim Foong meninggal dunia kerana lemas ? Semua orang tahu
Lim Foong meninggal dunia kerana selamatkan Lim Meng.Jadi,Lim Meng lah penyebabnya.Kalau
dia ada sekarang ini tentu dah besar.Boleh tolong aku jaga kedai.
SUARA LATAR : Lim Pooi meratus sambal tangannya mengusap-usap bingkai gambar yanh
terpampang gambar Lim Foong.
Sim Pau : Lim Foong meninggal dunia semuanya kerana kau ! sergah Sim Pau
Sim Pau : Sedarlah Lim Pooi.Semuanya berlaku kerana kesalahan kau.Aku taknak Lim Meng
menjadi mangsa seterusnya.Aku dah tak sanggup kehilangan anak.Kau ingat masa Lim meng
mengadu bahwa dia Nampak Lim Foong mencuri duit di kedai tapi kau cakap dia bohong,kau tak
percaya kepada dia lalu kau rotan dia sampai berbirat-birat.Kau tuduh dia bercakap bohong.
Sim Pau : Sampai berhari-hari dia menanggung kesakitan.Kau tak pernah nak percaya cakap dia.Kau
lebih percaya akan Lim Foong tanpa kau selidiki ke mana dia pergi,dengan siapa dia berkawan,apa
yang dia buat selepas sekolah.Apabila Lim Meng cakap Lim Foong mencuri duit kerana berjudi,kau
naik angin.Kau mengamuk tak tentu pasal.Kau rotan budak tu bagai nak gila.Kau tak pernah fikir
perasaannya.Nah ! Sekarang ini sudah terbukti siapa yang bersalah.
SUARA LATAR : Lim Pooi diam.Daripada riak wajahnya dia sedang mentafsir sama ada kata-kata
Sim Pau benar atau palsu semata-mata untuk menarik perhatiannya.
Sim Pau : Lim Meng pernah mengadu kepada aku,orang kampung semuanya kompelin.Kau naikkan
harga barang lepastu kau sorokkan barang-barang sesuka hati.Apabila orang kampung datang nak
beli,kau cakap gula dah habis.Cis,padahal kau sorokkan barang barang itu di dalam stor dekat
belakang kedai tapi suatu masa pula,kau keluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi.Kau
kaut untung daripada orang kampung,sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan
kau.Hutang pulak kau kenakan bunga.Kau memang tak berhati perut sebab tulah perniagaan kau
lingkup.Bila orang dah tak percayakan kau dan perniagaan kau mula tak laku,kau salahkan kelahiran
Lim Meng sebab Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak.Tak ada onglah.Macam macam lagi kau
tuduh Lim Meng tak bersalah.Padahal yang bersalahnya diri kau sendiri !
SUARA LATAR : Lim Pooi seolah olah mencian sebutir butir kata yang dimuntahlan dari mulut Sim
Pau.Dia langsung tidak baran lagi.Ada riak sedar pada wajahnya.Lim Pooi tampak tidak keruan.Dia
mula bangun dari kerusi dan menuju ke arah jendela yang terbuka luas.Malam itu tenang disertakan
cahaya bulan yang samar di langit.
Sim Pau : Lim Foong meninggal dunia juga bukan sebab Lim Meng.Lim Foong meniggal dunia
kerana dia lemas.Dia lemas bukan kerana nak selamatkan Lim Meng tapi cuba nak bersembunyi
daripada orang yang mengejarnya,yang meminta dia membayar hutang kalah judi.
SUARA LATAR : Lim Pooi tersentak,seakan akan tidak percaya dengan omongan Sim Pau.Tak
mungkin Lim Foong berjudi.Tak mungkin ! Batinnya menjerit.
Sim Pau : Kebetulan pada hari itu,Lim Meng baru balik dari sekolah Nampak Lim Foong terkapai-
kapai kerana lemas.Lim Meng cuba turun untuk tolong selamatkan Lim Foong tapi dia pula yang
lemas.Dia dah tak hirau keselamatan dia asalkan abang dia selamat.Mujur Sudin dengan Amin ada
dekat situ.Merekalah yang selamatkan Lim Meng.Sudin dengan Amin tak mengira Lim Foong tu
bangsa apa,agama apa untuk mereka tolong.Mereka ikhlas tolong Lim Meng tapi sayangnya tak
sempat nak selamatkan Lim Foong.
Sim Pau : Kau tak pernah terfikir ke macam mana kedai kau boleh terbakar ? Ada orang nampak
orang yang kejar Lim Foong tulah yang bakar kedai kau.Lim Foong lari daripada bayar hutang.Jadi,
cara mereka nak balas dendam,mereka bakar kedai kau.Kerana judi,semuanya jadi huru-hara.
Lim Pooi : Dari mana kau tahu semua ni Sim Pau ?
Sim Pau : Dah lama aku tahu tapi aku tak sengaja tak bagitahu sebab aku nak tengok sejauh mana
ego kau tu.
FLASHBACK
SUARA LATAR : Pada petang itu,Aziz sedang berada di dalam biliknya.Dia termenung seketika.Dia
teringat akan peristiwa yang menimpa Lim Foong.Hatinya terdetik untuk memberitahu perkara
sebenar kepada Sim Pau.segera dia meraih telefon bimbit nya lalu mendail nombor telefon Sim
Pau.Setelah beberapa saat menunggu,akhirnya Sim Pau mengangkat panggilan tersebut.
Aziz : Selamat petang makcik,maaf ganggu waktu begini.
Sim Pau : Selamat petang Aziz,takpelah kamu tak ganggu pun.
Aziz : Emm,macam ni makcik.Sebenarnya saya nak bagitau pasal kejadian macam mana Lim Foong
meninggal sebab lemas dulu.Saya rasa perlu bagitau pasal ni sebab taknak bagi keadaan jadi makin
keruh sebab Meng bagitau saya dia dipersalahkan sebab kematian Foong.
Sim Pau : Baiklah Aziz,ceritakan.
Aziz : Waktu tu,saya dengan Sudin baru balik dari sekolah.Lepastu kami dengar ada orang jerit
mintak tolong dekat sungai lepastu kami tengok lah.Rupanya Meng tengah cuba nak tolong Foong
sebab Foong waktu tu dah ke tengah sungai.Saya dengan Sudin pun tolong lah mereka.Sudin
selamatkan Meng,saya pulak cuba untuk selamatkan Foong.Kami dapat bawak naik Meng dengan
Foong tapi sayangnya Foong tak dapat diselamatkan sebab dia memang dah lemas waktu tu.
(FLASHBACK di mana Aziz membantu Meng dan Foong di sungai.)
Foong : Tolong tolong !! Tolong tolong !!!
Aziz dan Sudin terdengar dan mencari keberadaan suara itu.Setelah beberapa minit mencari,dia pun
ternampak Meng yang cuba untuk menolong Foong di sungai itu.Oleh itu,dua orang remaja itu segera
masuk ke dalam sungai dan menolong mereka.
Meng : Foong Tarik tangan aku ni.Cepatt
(Foong cuba untuk menarik tangan Meng tetapi tidak sampai.Pada waktu itu Sudin menolong Meng
dan Aziz yang berusaha untuk menolong Foong yang sudah tiada daya.)
SUARA LATAR : Seketika terdengar tangisan Sim Pau di hujung talian.
Aziz : Maafkan saya makcik sebab buat makcik sedih.
Sim Pau : Takpe nak…asalkan makcik dah tahu kebenarannya.
Aziz : Okay lah kalua makcik emm ka macamtu saya tamatkan panggilan dulu ya.
Sim Pau : Baiklah Aziz terima kasih ya..
Aziz : Sama sama makcik.
SUARA LATAR : Setelah panggilan ditamatkan.Sim Pau Kembali menangis.Hatinya begitu sakit
mendengar fakta bahawa Meng sama sekali tidak bersalah.Dengan itu,buru buru dia menelefon
kawannya Li Na untuk dia meluahkan perasaannya.Panggilan pun terjawab
Sim Pau : Li Naaaaa
Li Na : Eh,kenapa dengan kau ni Pau,apa yang terjadi?
Sim Pau : Aku dah tau kenapa Foong meninggal dunia.Semua ni bukan salah Meng.Pooi salah faham
selama ni dia cakap anak tu pembawa malang pada keluarga tapi hakikatnya memang Foong yang
bermasalah.Sakit.Kenyataan yang pahit untuk ditelan.Aku rasa macam tak sanggup hidup dah.
Li Na : Pau,aku tahu kau sedih tapi kau kena terima takdir.Anggap lah ini memang balasan untuk
Foong sebab dah berjudi mencuri duit keluarga.Apapun kau kena cerita dekat Pooi supaya dia dah tak
salah faham dan boleh berbaik dengan Meng.Lagipun memang takdir manusia akan meninggal bukan
? Jadi kita kena lah terima.
Sim Pau : Terima kasih Na sebab kau dah dengar cerita aku.Malam pun dah larut.Ok lah aku tutup
panggilan dulu.Bye.
Li Na : Sama sama.Bye.
***END FLASHBACK
Lim Pooi : Maafkan aku Sim Pau.Aku tak tahu semua ni.Aku terlalu sayangkan Foong sampaikan
aku tak dapat nilai semua ni.Aku berdosa.
Sim Pau : Bukan dengan aku tapi dengan Lim Meng.
Lim Pooi : Mana Lim Meng Sekarang ni ?
Sim Pau : Aku pun takt ahu.Dia cakap nak balik Tahun Baharu Cina ni.
SUARA LATAR : Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina,semua jiran mereka sudah siap untuk
menyambut perayaan itu.Tetapi rumah mereka masih begitu.Tiada persiapan pun dibuat kerana merek
asibuk mencari Lim Meng.Dalam waktu itu juga,Lim Pooi jatuh sakit kerana dia tidak makan selama
tiga hari.Sim Pau risau akan suaminya itu.Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang
lagi.Cukuplah Foong meninggalkannya.
Lim Pooi : Sakit aku hanya Lim Meng saja yang dapat mengubatinya.
Sim Pau : Lim Meng,baliklah nak,papa kau dah tak marah kan kau lagi.
(Pintu rumah diketuk.Sim pau berada di dapur yang Ketika itu sedang menyiapkan sup untuk Lim
Pooi.Sim Pau lekas ke hadapan untuk melihat siapa yang datang.Dia membuka pintu.)
Sim Pau : Lim Meng
Lim Meng : Mamaaa
SUARA LATAR : Sim Pau membawa Lim Meng ke dalam rumah.Sewaktu menuju ke ruang
tamu,terlihat sebatang tubuh yang lemah berdiri di depan mereka.Lim Meng yang melihat itu hendak
beredar kerana tahu bahawa ayahnya tidak menyukainya dan boleh berbuat apa apa sahaja tetapi
langkahnya terhenti selepas mendengar suara ayahnya memanggil namanya.
Lim Pooi : Lim Menggg……..Maafkan papa…..
Sim Pau : Betul tu Lim Meng.Maafkanlah papa kamu.
SUARA LATAR : Lim Meng menahan sebak di dadanya.Air matanya membanjiri pipinya.Lim
Meng berlari anak dan merangkul tubuh Lim Pooi.Setelah sekian lama,itulah kali pertama Sim Pau
melihat air mata Lim Pooi jatuh kerana Lim Meng.
Lim Meng : Eh,mama ada buat kuih bakul ?
Sim Pau : Belum,belum lagi.
Lim Meng : Esok dah nak raya.
Sim Pau : Kita buat sama samalah.
Lim Meng : Limau mandarin ?
Lim Pooi : Tak apa.Nanti papa pergi beli.Nak berapa kotak ? Sepuluh kotak cukup ?
Sim Pau : Jangan lupa beli air kotak dengan kacang goreng.Nanti bolehlah dijamu kepada tetamu
yang hadir.Tentu jiran jira kita akan datang.Aku nak jemput keluarga Sudin dengan Aziz datang
rumah.Nak ucap terima kasih dekat mereka.
SUARA LATAR : Lim Pooi hanya mengangguk lalu dia menunggang motosikalnya untuk ke
bandar.Seketika kemudian,hanya asap motosikal yang tinggal di halaman rumah.
-TAMAT-