PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH TAMAN TUN AMINAH
1. Peserta :
1.1. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga 5.
2. Hadiah:
3 hadiah disediakan untuk pemenang iaitu:
Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. 6 hadiah saguhati kepada peserta-peserta yang lain.
3. Penentuan Tajuk :
3.1 Tajuk-tajuk pidato akan disediakan oleh pihak
3.2 Tajuk-tajuk yang disediakan berdasarkan isu-isu semasa
3.3 Tajuk-tajuk pidato:
[i] Sains dan teknologi menjana pembangunan negara.
[ii] Sumbangan sains terhadap kehidupan manusia.
[iii] Alam terpelihara manusia sejahtera.
[iv] Penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.
[v] Ciri-ciri murid cemerlang sekolah.
(vi) Persediaan murid dalam pemilihan kerjaya impian.
4. Peraturan Pemarkahan:
4.1 Pembahagian markah
i. Isi (30 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan
yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.
Isi yang diperlukan sebanyak 5 isi
ii. Bahasa (20 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur
dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak
disampaikan.
iii. Penyampaian (40 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta
persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan
susunan ide tertib.
iv. Adab (5 markah)
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan peribadi serta
perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah
tersebut.
v. Markah bonus (5 markah)
Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan dan perawakannya.
4.2. Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka untuk
menentukan pemenangnya hendaklah diambilkira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam
kombinasi markah bagi isi dan cara penyampaian. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi
bagi isi, cara penyampaian dan bahasa dijadikan asas penentuan.
5. Syarat-syarat Berpidato
5.1. Pemidato-pemidato diberi masa 7 minit sahaja.
5.2. Pemidato mesti merakam video yang menampakkan keseluruhan tubuh badan.
5.3. Selepas tamat 7 minit berpidato, markah tidak akan diberi oleh Hakim.
5.4. Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato
akan dipotong markah.
5.5. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.
5.6. Penggunaan bahasa atau tuturkata yang kurang sopan adalah dilarang.
5.7. Pemidato-pemidato tidak dibenarkan menundingkan jari mereka atau menunjukkan
genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka atau
menepuk meja semasa berpidato.
5.8. Pemidato dimestikan berbahasa baku.
5.9. Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-
peraturan di atas.
6. Hakim:
6.1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.
6.2. 3 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya
sebagai ketua.
7. Panduan Kepada Jemaah Hakim:
7.1. Pemidato-pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan
yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya; persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang menyakinkan; penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya
bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan
penonton-penonton melalui tepuk sorak.
7.2. Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato
akan dipotong markah.
7.3. Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur
kata yang kurang sopan.
7.4. Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan 5.5 dan 5.7 di atas akan dipotong markah.
7.5. Markah juga akan dipotong jika tidak berbahasa baku.
Penutup:
Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk sama ada lisan dan tulisan tidak akan dilayan.