The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI POSTER DAN ARTIKEL SMKPP, 2021-06-05 01:49:40

3 SAYANGKU MAID

3 SAYANGKU MAID

CERPEN :Sayangku Maid!

Bunyi alarm pada telefon bimbit membingitkan telinga Emma. Namun dia masih malas untuk
bangun. Maklumlah keputusan peperiksaan spmnya baru sahaja keluar dan sekarang dia masih
menunggu tawaran untuk menyambung pelajarannya. Sementara dia masih bercuti ini setiap
hari asyik bangun lewat sahaja kerjanya. Kadang-kadang sampai azan zuhur baru bangun. Bagus
betul anak dara ini.

“Ish! Bisinglah phone ni. orang nak tidur pun tak boleh” bebel Emma dengan mata yang masih
terpejam. “Mana pulak phone ni..” dia meraba-raba mencari telefon. Sudah tidak tahan
mendengar telefon itu menjerit dari tadi.
Salahnya juga tidak mahu bangun walaupun sudah disetkan alarmnya itu.
Dia mencapai telefon bimbitnya. Bunyi alarm yang membingitkan telinganya tidak lagi
kedengaran. Tok tok tok! Kedengaran pintu bilik tidurnya diketuk. “Emma,bangunlah. Dah
pukul berapa ini. cepat turun breakfast ” ujar mamanya di sebalik pintu itu.
“Ya maa…dah bangun ini. Emma mandi dulu lah lepas itu Emma turun” dia sudah bergerak
menuju ke bilik air. “Yelah,cepat sikit tau” mamanya sudah beredar ke dapur.
“Morning maa! Hehe,mama masak apa?” Emma melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Hmm..morning. bagus betul anak dara sorang ini. pukul 10.00 baru nak bangun? Apa bangun
lewat sangat ini Emma. Awak tu perempuan kenalah bangun awal. Nanti dah kahwin nanti mana
boleh bangun lewat macam ini. apa nak jadi lah budak ini” itu dia. Sudah kena sembur si Emma
dengan mamanya. Habis hal kahwin mamanya mengungkit.
Emma buat muka comel. Konon moga hati mamanya lembut bila tengok kecomelan anaknya itu.
Biar sejuk sikit hati mamanya tidaklah mahu membebel setiap masa kepadanya. Dia pun sudah
malas mahu mendengar mamanya membebel setiap hari. Padahal apa yang dikatakan mamanya
sama sahaja. Semuanya gara-gara dia bangun lambat lah.
“Apa mama ini, sampai hal kahwin mama cakap ini. please lah ma. I’m still young to think about

that. So don’t you mention it again ya ma” ujar Emma lantas menyuapkan nasi goreng ke dalam
mulutnya.

“Yelah..mama cuma nak ingatkan saja. Lagipun betul apa yang mama cakap. Lambat laun nanti
Emma kena kahwin jugak kan. So,practice lah untuk bangun awal lepas ini ya” mamanya sudah
pandai membalas sekarang. Rasakanlah Emma. Salah dia juga yang bangun lewat setiap hari.

“Hmm..yelah ma. Betul sangat itu apa yang mama cakap” dia buat-buat senyum. Sudah malas
mahu membalas kata-kata mamanya. Mamanya itu pun bukan mahu mengalah jadi lebih baik
dia diamkan sahaja.

“Hah ini Emma,lepas siap makan nanti tolong pergi kedai kejap. Mama nak suruh beli barang
sikit” pinta mamanya. “Okay. Emma pun dah lama tak keluar rumah ini. boleh jugak cuci-cuci
mata nanti” ujar Emma sambil ketawa.

“Macam-macam lah budak ini. dah lah,ini list barang-barang itu. Beli semuanya tau” mamanya
menghulurkan senarai barang-barang itu kepada Emma. “Alright bos! Emma pergi dulu” ujarnya
sambil buat gaya tabik spring kepada mamanya. “Ehh,lupa pulak. Duitnya ma?” dia tidak jadi
memulakan langkahnya.

“Oh,lupa pulak mama nak bagi. Nah,jangan belanja lebih-lebih tau. Balancenya nanti simpan”
mamanya sudah warning awal-awal. Dia baru sahaja bercadang mahu membeli majalah e-pop
keluaran baru. Tak apa,setakat majalah sebiji berapa sangat harganya. Kira halal lah.

“Hehe,yelah ma..belanja sikit pun apa salahnya. Emma pergi dulu eh. Assalamualaikum,bye” dia
meminta diri lalu keluar menuju ke kedai.

********************

Haydar berlari termengah-mengah sambil membetulkan tali lehernya yang senget. “Alamak dah
lambat ini. dah lah hari ini kena buat presentation. Mati aku kena sembur kaw-kaw punya
dengan lecturer ini!” Haydar mengerling sekilas jam di tangan. Dia terpaksa berjalan 500 meter
ke universitinya kerana kereta mewahnya itu buat hal pula.

“Emm,bestnya air big gulp ini. lega sikit tekak aku. dah lah panas ini dapat minum air macam ni
memang syok lah” dia menyedut sampai terpejam mata. Berangan buat iklan air pulak tengah-
tengah jalan ini.

Sedang asyik dia menyedut minumannya itu,tiba-tiba…gedebukk! Dua orang manusia itu sudah
tertiarap di atas jalan raya. “Aduhh! Sakitnya. Siapa lah yang buta sangat ini. tak nampak ke aku
kat tengah jalan ini” Emma sudah membebel geram.

Haydar terkejut besar melihat bacunya cantik kena simbah dengan air minuman perempuan di
depannya. Dia sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Sudah lah dia lambat, lepas itu
datang lagi satu bala di hadapannya sekarang. Malang betul nasibnya hari ini.

“Woi mangkuk! Kau tengok apa kau buat? Habis basah baju aku. eeii,aku dah lah lambat,jumpa
pulak dengan makhluk yang mata letak kat lutut! Malang betul lah aku hari ini” Haydar sudah
memarahi perempuan di depannya. Mulutnya lancar sahaja menuturkan kata-kata yang boleh
dikatakan kurang sopan dan mencari pasal itu.

Emma terkejut apabila dimarahi oleh lelaki itu. Bukan dia yang melanggar lelaki itu tetapi dia
pulak yang kena marah. Tapi bukan ke salahnya juga. Yalah,sampai terpejam mata itu apahal?
Konon nak drama sangat. Haaa..sekarang ambil kau drama yang real punya Emma.

“Sorry lah. Saya bukan sengaja nak simbah awak dengan air itu. Lagipun awak yang langgar saya
dulu. Jadi bukan salah saya sorang lah” Emma memberanikan diri untuk membela dirinya.

“Habis mata kau tu letak kat mana? lain kali jalan tu pakai mata. Kau ingat aku ada masa nak
layan semua ini? aku dah lah lambat! Tambah lagi terlanggar kau pulak kat sini. Ikutkan hati nak
je aku cekik kau ni. dah lah! Malas aku layan budak takde mata macam kau ini”

Haydar bergerak untuk meninggalkan tempat itu. Sempat lagi dia melanggar bahu Emma.
Sengaja lah itu. Sakit juga hatinya berjumpa dengan perempuan itu. Habis basah dan melekit
bajunya. Terpaksalah dia menjawab dengan lecturernya.

“Hah? what? Dia yang langgar aku dulu lepas tu cakap aku buta lepas tu siap langgar bahu aku
lagi. Apa ini? ouh,this is too much! Aku dah minta maaf pun kat dia. Apa yang dia tak puas hati
lagi. Bukan aku sengaja nak simbah dia. Ingat aku beli air tu mahal-mahal untuk simbah baju dia
ke? huh,habis air aku..oh,mama…”
Emma sudah buat muka hendak menangis. Sepanjang perjalanan dia tidak habis-habis
membebel tentang lelaki yang terlanggarnya tadi.

********************

Emma duduk enak di atas sofa sambil menonton rancangan yang disiarkan di televisyen. Macam
tiada benda lain yang mahu dibuat. Setiap hari itulah runtin hariannya.

“Emm..boring lah. Cerita ini sahaja aku dah tengok tiga kali minggu ini. diorang ini takde cerita
best sikit ke nak buat. Ulang cerita sama je” Emma membebel sambil menekan-nekan remote tv
itu. Mencari rancangan yang lebih menarik mungkin.

Mama menghampiri Emma yang leka menonton televisyen. “Emma,tak ada kerja lain ke nak
buat? Asyik-asyik tengok tv. Cuba lah buat sesuatu yang berfaedah sikit” kata mamanya sambil
duduk di sofa bersebelahannya.

“Emma nak buat apa ma…? Cuba mama bagi cadangan. Apa Emma patut buat sementara Emma
tengah honeymoon ini” balas Emma ketawa.

“Aik,mama pulak dah yang kena fikir. Hm,macam ini lah, apa kata Emma pergi cari kerja. At
least dapat jugak duit kan. Anak mama ini kan suka shopping. So,kalau dah kerja senang lah sikit
mama. Tak payah keluar duit untuk anak mama sorang ini” mamanya memberi cadangan. Tetapi
ini macam jenis nak menjimatkan duit saja. Apa-apa sajalah.

“Hmm..cari kerja yaa..” Emma buat gaya sedang berfikir sambil meletakkan hujung jari di
dagunya. “okay jugak kan ma? Nanti dah kerja Emma dapat duit. Bila dapat duit boleh shopping
banyak-banyak. Yeayy! Haha” Emma ketawa gembira. Tak ada benda lain yang nak difikir.
Shopping,shopping. Itu saja yang dia tahu.

“Apa-apa jelah Emma. Asalkan Emma buat something yang berfaedah. Dah lah,mama nak pergi

dapur dulu. Jangan tengok tv lama-lama sangat tak elok untuk mata” mamanya sempat berpesan
lalu beredar menuju ke dapur. Sementara itu, Emma ligat memikirkan pekerjaan apa yang dia
ingin lakukan.

********************

“Penatnya cari kerja ni. aku ingat senang-senang je nak dapat kerja. baru aku tahu macam mana
susahnya nak cari kerja sekarang,hmm..” Emma mengeluh letih sambil duduk di atas kerusi yang
disediakan di tempat menunggu teksi. Sudah beberapa kedai yang dia pergi tetapi masih tidak
dapat-dapat lagi pekerjaan untuknya. Baik restoran,café,butik,kedai buku mahupun kedai kek
semua pekerjaan sudah penuh.

Sedang dia asyik termenung tiba-tiba dia ternampak satu iklan yang dilekatkan pada sebatang
tiang. Pantas dia menghampiri tiang itu untuk melihat iklan yang dipamerkan. “Pembantu
rumah diperlukan. Gaji lumayan. Umur 18 tahun ke atas” Emma membaca satu persatu isi yang
tercetak pada kertas iklan itu.

“Hmm..boleh lah ini daripada takde. Yes,finally!” senyuman sudah merekah di bibir comel
Emma. Dia membaca alamat yang ditulis “Eh, ini macam taman perumahan elit ini. mak ai,
takkan lah aku kerja dengan datuk datin kot. Tapi kalau betul pun, apa salahnya hehe..” tanpa
membuang masa lagi Emma menahan sebuah teksi yang lalu di situ lalu menuju ke rumah itu
berdasarkan alamat yang diberi.

Datin Aida sedang sibuk menyediakan sarapan untuk keluarganya. Tidak menang tangan Datin
Aida kerana tiada siapa lagi mahu menyediakan sarapan pada waktu begini. Setelah pembantu
rumahnya berhenti beberapa minggu yang lalu, rumahnya juga tidak tersusun rapi seperti
dahulu lagi. Bukan dia tidak pandai mengemas, tetapi dek ketiadaan masa kerana dia sibuk
dengan perniagaan butiknya yang semakin ramai pelanggan akhir-akhir ini.

“Morning mummy,busy nampak” anak lelaki bongsunya Haykal menyapa Datin Aida dari
belakang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu. “Hmm..nak buat macam mana
Haykal, kita kan dah tak ada pembantu rumah. So mummy lah yang kena buat semua ini.
mummy masak simple saja ini. Mummy tak sempat lah Haykal, kejap lagi nak kena pergi butik
pulak” balas Datin Aida lalu duduk di kerusi hadapan Haykal.

“Tulah kan mummy. Susah takde bibik ini. Haykal pun asyik makan kat luar saja lately ini. Yelah,
kat rumah mana ada orang nak masak…” ujar Haykal dengan nada sedih yang dibuat-buat.
Sengaja mahu memerli mummynya itu.

“Haykal perli mummy ey” balas Datin Aida sambil mata mengerling anaknya. Seolah tahu niat
anaknya itu. “tahu tak apa” kata Haykal di dalam hati. Mulutnya sudah tersenyum lucu.
“Haha..tak tahu lah kalau mummy terasa” ujarnya dengan senyuman comel itu. Sekali tengok
dah macam muka ala-ala mamat korea sikit Haykal ini. muka jambu katakan. Berbeza dengan
abangnya Haydar. Haydar kelihatan lebih macho dan agak pemarah orangnya. Tetapi kalau tidak
cari pasal dengan si Haydar ini, dia mungkin akan melayan orang itu dengan baik sekali
terutama kepada mummynya dan adiknya Haykal yang jambu itu.

Datin Aida turut tersenyum. Dia tahu anaknya memerlinya. “Oh ya,Haydar mana Haykal?
Kenapa dia tak turun makan?” soal Datin Aida. “Dia dah keluar lah mummy. Tadi nampak
macam nak cepat aje” balas Haykal sambil menyuap roti ke dalam mulut.

Sedang rancak dua beranak itu berborak tiba-tiba kedengaran bunyi loceng ditekan. “Biar Haykal
pergi tengok” ujar Haykal. Datin Aida mengangguk.
Haykal membuka pintu besar itu. Mahu lenguh juga tangan ini hendak membuka pintu sebesar
itu. “Yes,cari siapa?” soal Haykal memandang gadis comel di hadapannya.

“Err,tak ada cari siapa-siapa. Ni,boleh saya jumpa tuan rumah? Saya datang nak minta kerja jadi
pembantu rumah sebab saya nampak iklan ini” jawab Emma sedikit gagap lantas menghulurkan
kertas iklan yang dimaksudkan.

“Oh, I see..” Haykal memandang gadis itu dari atas sampai bawah. “Err..are you sure you nak jadi
maid? Kenapa you nampak macam budak sekolah eh?” soal Haykal ragu. Emma sedikit terkejut
dengan soalan lelaki itu. “haha..nampak sangat muka aku ini awet muda. Ada ke dia cakap aku
budak sekolah” bisiknya di dalam hati. Sudah kembang kencut hatinya dipuji begitu.

“Eh, tak lah encik. Saya bukan budak sekolah lagi. Umur saya dah 18 tahun dah. Dah habis
sekolah pun” Emma menjawab bersama senyuman.

“Ouh,haha..sorry. takde lah sebab muka you nampak cute macam budak sekolah lagi” balas
Haykal yang juga turut tersenyum. “Eh,come. Jom masuk” ajak Haykal. Emma menurut sahaja
langkah lelaki itu.

Emma terpegun dengan dekorasi rumah mewah itu. Sungguh besar ruang di dalam rumah itu.
Kalau dia diterima jadi pembantu rumah itu, mahu patah juga pinggangnya kerana harus
membersih setiap sudut ruang di dalam rumah itu. Emma hanya menelan liurnya. Risau juga
bila difikirkan.

Emma dibawa bertemu dengan Datin Aida. Kelihatan Datin Aida gembira dengan kedatangan
Emma kerana kelihatan selepas ini dia akan mendapat pembantu rumah yang baru. Mereka
duduk berbincang di ruang tamu itu. Yang pasti,Emma tentu sudah diterima menjadi pembantu
rumah di situ.

********************

Hari ini merupakan hari pertama Emma bekerja sebagai pembantu rumah di rumah mewah itu.
Berdebar juga hatinya. Maklumlah,pertama kali kerja. Mestilah berdebar kan. Ting tong! Emma
menekan loceng rumah itu. Hati yang berdegup kuat itu cuba ditenteramkan. “kenapa berdebar
semacam ni” tutur Emma perlahan.

Pintu dikuak dari dalam. Terpancul wajah seorang lelaki di depan Emma. Buntang mata Emma
melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu juga menunjukkan reaksi yang sama tetapi cuba dikawal.
“Engkau? Kau buat apa kat sini?” terpacul soalan dari mulut lelaki itu.Hairan juga dia apa yang
perempuan itu mahu sampai sanggup datang ke rumahnya ini.

“Err,saya..” belum sempat Emma meneruskan katanya Datin Aida muncul dari belakang.
“Eh,Emma..mari masuk. Hah Haydar,ini lah pembantu rumah baru kita. Emma nama dia.
Emma,ini anak aunty Haydar” Datin Aida memperkenalkan mereka berdua. Terkejut juga
Haydar mummynya membahasakan dirinya ‘aunty’ dengan budak perempuan itu.

Emma juga segan sebenarnya mahu memanggil Datin Aida dengan gelaran itu. Rasa macam

tidak layak pulak. Tetapi Datin Aida sendiri yang suruh dia memanggilnya begitu. Dia pun malas
cakap banyak. Ikutkan sajalah.

“what? Pembantu rumah kita? Kenapa Haydar tak tahu pun” Haydar menyoal sedikit geram.
Mana tidak geram. Pembantu rumahnya itulah yang menyebabkan dia lambat ke universitinya.
Bukan saja lambat,habis bajunya basah dan melekit dek kerana disimbah dengan air minuman
perempuan itu.

“Mummy tak sempat nak bagitahu Haydar. Haydar pun jarang melekat dekat rumah. Macam
mana mummy nak bagitahu” balas Datin Aida seakan cuba memujuk hati Haydar. Datin Aida
mengerling jam di tangan. “okay lah, mummy kena pergi ini. ada hal sikit kat butik itu.
Emma,awak buat apa yang aunty dah cakap semalam ya? Still remember right?” soal Datin Aida.

Emma tersentak seketika. “Er,ahh ya..ingat datin. Eh,aunty” balasnya sedikit gagap. Terkejut
juga dia tiba-tiba ditanya oleh Datin Aida. “Okay good. I have to go now. Buat kerja elok-elok ya
and Haydar, make sure you treat her nice okay tapi jangan buat benda bukan-bukan pulak.
Remember that” sempat lagi Datin Aida memberi amaran pada Haydar. Manalah tahu kot-kot
jadi apa-apa kan. Sudah lah mereka duduk berdua sahaja dalam rumah itu.

“Alright mummy. Don’t worry. Takkan lah Haydar nak buat apa-apa kot
Kat ‘budak’ macam ini” balas Haydar sambil menekan perkataan budak itu. Emma hanya diam
sahaja. Selepas Datin Aida berlalu pergi,dia terus menuju ke dapur untuk memulakan kerjanya.

Haydar hanya melihat dengan ekor matanya. Nampaknya terpaksalah dia duduk berdua dengan
perempuan itu hari ini. Di dalam otak sudah memikirkan macam-macam. Tetapi cepat-cepat dia
tersedar. “Dengan minah macam tu? tak mungkin kot..” ujarnya sambil ketawa lalu berlalu ke
ruang tamu.

********************

Emma membasuh pinggan mankguk yang bertimbun di dalam singki itu. “Ish,ni dah berapa
tahun tak basuh ini. takde bibik seminggu dua dah bertimbun macam ini pinggan dalam sink.
kalau sebulan,mesti limpah punya pinggan mangkuk ini” bebel Emma sambil tangan ligat
membasuh pnggan mangkuk itu.

Sedang asyik Emma membasuh pinggan, tiba-tiba dia merasakan macam ada sesuatu
dibelakangnya. Hati berdebar bukan main. Mana lah tahu kot-kot rumah ini…ada sesuatu ke.
otaknya sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Ya allah,kau lindungilah aku” Emma berdoa terkertar-ketar. “Wei,yang kau berdoa bagai ini
apahal? Kena sampuk ke?” suara haydar itu lebih menambahkan debar di hati Emma.

“Alamak! Aku ingat hantu tadi, tapi mamat ini pulak yang muncul. Hish,apa dia nak ini..habis lah
aku” bisiknya di dalam hati.

Bukan main rapat lagi kedudukan mereka berdua. Haydar hanya berdiri seinci sahaja di
belakang Emma. Mahu tak berdebar si Emma itu. Haydar ini pun kenapa. Tiba-tiba sahaja
muncul di belakang Emma. Dah cair kot dengan Emma ini. Entahlah.

“Er,encik Haydar nak apa ini?” Emma berani menyoal walaupun dada dah rasa macam nak

pecah. Cool Emma cool.

“Aku lapar. Buatkan aku makanan. Aku nak siap dalam masa 20 minit” ujar Haydar memberi
arahan. Gaya dah macam askar lah pulak. Ada cita-cita jadi askar kot Haydar ini.

“Ok..okay…nanti saya buatkan ya encik Haydar” balas Emma sementara tangan masih ligat
membasuh pinggan. Tiba-tiba terasa tangan Haydar merayap di tepi badannya. Kena sampuk ke
Haydar ini. di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa kuatnya jantung Emma mengepam.

Takut juga Emma kalau-kalau Haydar ini buat benda yang tidak baik kepadanya. Dia pun tahu
Haydar masih lagi marahkannya kerana incident hari itu. “Err..encik Haydar nak buat apa ini?”
terketar-ketar Emma menyoal. “Kau rasa aku nak buat apa?” Haydar pula menyoalnya. Dia
sudah tersenyum di belakang. Kelakar pulak melihat perempuan itu gelabah bukan main.
“Em..manalah saya tahu encik nak buat apa” Emma berani membalas.

Memang tidak selesalah hendak buat kerja kalau begini. Pinggan yang dibasuhnya entah cuci ke
tidak. Tangan Haydar masih lagi merayap di tepi badannya lantas ting! Bunyi gelas bersentuhan
itu mengejutkan Emma. “Fuhh..dia nak ambil gelas rupanya. Mati-mati aku ingat dia nak buat
benda tak elok tadi. hish,aku ini suka fikir benda bukan-bukan” Emma mengucap lega di dalam
hati.

“Haha..kau mesti ingat aku nak buat benda pelik kat kau kan?” dengan selamba Haydar menyoal.
Sengaja mahu buat Emma malu. “Ish,mana ada. Saya memang dah agak pun encik Haydar nak
ambil gelas itu. Lagipun takkan lah encik Haydar berani nak buat benda tak elok kat saya kan”
balas Emma sedaya upaya mengelak dari diketahui oleh Haydar apa yang difikirkannya tadi.

“kenapa? Kau ingat aku tak berani?” soal Haydar. Dia mendekatkan mukanya dengan muka
Emma. Perghh, dia buat hal lagi. Kali ini Emma dah tak mampu nak bergerak. Kalau dia pusing
kepalanya ke kiri memang wajahnya akan bertembung dengan wajah Haydar. Tidak sanggup dia
mahu menatap wajah lelaki itu yang memang boleh dikategorikan sebagai lelaki handsome.

“Err..tak..tak..saya tak maksudkan macam tu pun” balas Emma. “Habis itu?” Haydar menyoal
lagi. Ahh! Emma sudah tidak tahu lagi mahu jawab apa pada lelaki itu. “Encik Haydar..saya
tengah buat kerja ini. boleh tak encik jangan kacau saya” Emma berani juga menyuruh lelaki itu
supaya tidak mengganggunya. Rimas betul dia.

“Hmm,okay…buat lah kerja kau itu. Jangan lupa masak untuk aku. Aku nak siap dalam berapa
minit?” Haydar masih lagi mendekatkan wajahnya pada bahu Emma. “Err..30..eh,20 minit kan..”
jawab Emma tersasul. “Good. Bagus betul lah bibik baru ini. senang aku nak handle” kata Haydar
lalu bergerak ke peti sejuk untuk mengambil minuman.

Dalam hati Emma dah mengutuk macam-macam tentang Haydar itu. Selamba betul dia buat
macam itu tadi. Baru sehari kerja sudah macam-macam Si Haydar ini buat hal. “Mamat ini
selamba aje duduk dekat dengan aku macam itu. Dia ingat aku ini apa? Sesedap rasa main lentok
atas bahu aku. ini semua saham tahu,hampeh betul” marah Emma perlahan. Takut pulak Haydar
dengar apa yang dia bebelkan. Nanti tidak pasal-pasal lain pulak jadinya.

********************

“Encik Haydar, ini saya buatkan spagheti untuk encik. Special punya,hehe..” Emma meletakkan

mangkuk berisi spagheti itu di atas meja. “Lambat seminit” balas Haydar sambil mata masih
menatap skrin di televisyen.

“Fuhh,on time betul mamat ni” desis Emma di dalam hati. “Alah,seminit je pun encik. Jangan lah
berkira sangat eh” balas Emma sambil tersengih. Haydar tidak membalas. Buat bodoh sahaja
gayanya. “Encik rasa lah spagheti saya buat ini” ujar Emma lalu memulakan langkahnya ke
dapur. “Siapa suruh kau pergi?” terdengar suara Haydar Emma terus berhenti melangkah.

“Dia ini nak apa lagi..” kata Emma geram dalam hati. “Aku nak kau teman aku makan” satu
arahan keluar dari mulut Haydar. Perghh,dia ini memang boleh jadi askar. Selalu sangat bagi
arahan sesuka hati dekat Emma ini.

Tanpa membalas Emma bergerak ke sofa untuk duduk. “Siapa suruh kau duduk?” soalan Haydar
betul-betul buatkan Emma tersentak. “Tadi Encik suruh saya teman kan” balas Emma perlahan.

“Memang aku suruh kau teman. Tapi aku tak suruh kau duduk kan. Kau berdiri kat situ” balas
Haydar selamba. Emma sudah buat muka tidak percaya. Haydar memang sengaja ingin
membulinya. Tapi Emma tidak membantah. Dia bangun lalu berdiri di tepi sofa yang diduduki
Haydar. Memang dah macam kuli batak Haydar memperlakukan Emma.

Emma hanya memerhatikan Haydar menikmati spagheti yang dibuatnya. Tidak pulak Haydar
mengkritik apa-apa tentang masakannya. Kira okay lah itu spaghetti yang dia buat. Bangga pula
rasanya. Naik lenguh juga kakinya berdiri macam itu. Emma sudah membuat muka bosan. Bosan
melayan karenah anak kepada tuan rumah ini. Tetapi Haydar kira tuan rumah juga lah kan.

“macam mana encik? Best tak spagheti saya buat itu?” Tanya Emma ingin mengetahui hasil air
tangannya itu sedap atau tidak. “Em,boleh lah..” balas Haydar malas. Jawapan macam tak ikhlas
sahaja. Padahal habis juga spagheti itu dimakannya.

Emma mengambil mangkuk yang kosong itu. “buatkan apple juice untuk aku” kata Haydar.
“kenapa encik tak cakap tadi. kalau tak boleh saya buat sekali dengan spagheti ini. senang lah
sikit” balas Emma merenung wajah selamba Haydar.

“Kau jangan banyak cakap boleh tak? Aku suruh buat, buat sajalah. Kau tu kan bibik dah
memang kerja kau lah layan apa yang aku nak” balas Haydar sedikit marah. Dia merenung tajam
wajah Emma. Takut pulak bila Haydar tengok dia macam itu. Terus sahaja dia ke dapur untuk
menyiapkan minuman tuan rumahnya itu. Kalau dia lambat sikit bising lah Haydar itu.

********************

Emma begitu tekun menyiapkan sarapan untuk keluarga Datin Aida. Dia meletakkan mangkuk
berisi mee goreng itu dia atas meja. Dia menuang air teh o itu satu demi satu ke dalam cawan
yang ada di situ. “bestnya mee goreng ini. pandai Emma masak” bunyi suara Haykal memuji
masakan Emma. Haykal sudah tersengih-sengih kepada Emma. Malu Emma dibuatnya. Blushing
sudah pipinya.

“Takdelah Encik Haykal. Biasa-biasa aje tu. Encik Haykal ini puji lebih-lebih pulak” balas Emma
sedikit tersenyum. “Eh,betul ini..saya puji ikhlas tahu. And boleh tak awak jangan panggil saya
encik. Macam dah tua pulak bunyinya. Umur saya baru 23 tahun tahu” kata Haykal lagi. Haydar
di depan hanya memandang Haykal. Haykal ini macam nak usha Emma sahaja.

“Eh,er tak boleh lah macam itu Encik Haykal. Encik Haydar pun saya panggil dia Encik” balas
Emma memandang Haydar di depannya. Haydar juga turut memandangnya. Tiba-tiba pulak
namanya disebut oleh Emma. Terkejut juga dia.

“Kau memang kena panggil aku ‘Encik Haydar’. Walaupun aku hanya tua setahun dari Haykal
kau tetap kena panggil aku Encik. Faham?” Haydar tiba-tiba bersuara sambil memandang tepat
mata Emma.

“Ya,faham Encik Haydar” balas Emma perlahan. Datin Aida hanya melihat sahaja tanpa
bersuara. Malas pula mahu melayan karenah anak-anaknya yang kadang-kadang suka menyakat
Emma. Kesian pula si Emma itu.

“Biarlah dia Emma. Jangan layan sangat Haydar ini. poyo aje lebih,haha..” kata Haykal dengan
tawanya. Haydar merenung tajam adiknya itu. Selamba Haykal cakap dia poyo. Panas pula
hatinya.

“Kau apahal? Kau tu lagi poyo tahu tak. Dengan rambut kpop macam itu” balas Haydar sedikit
geram. “Haha..eh,eh kita pulak yang kena. Rileks la bro,it’s fashion you know” balas Haykal
dengan tawanya itu. Haykal ini memang kelaka orangnya. Lain betul dengan Haydar. Emma
tergelak kecil melihat dua beradik itu. Macam comel pulak dua orang ini.

“Dah lah korang berdua ini. depan makanan pun nak bergaduh. Tak baik tahu” kali ini Datin
Aida pula bersuara. “Alah mummy..gaduh-gaduh manja. Kan Haydar kan?” kata Haykal sambil
mengangkat kening kepada Haydar. Haydar buat muka nak muntah. “banyak ah kau gaduh-
gaduh manja. Geli aku” balas Haydar pula.

“Haha..padahal suka” kata Haykal lagi. Tidak habis-habis mahu menyakat abangnya. Di depan
Emma pula itu. Jatuh lah saham Haydar. “Eh,kau ini” geram pula Haydar dibuatnya. “Ish, sudah
lah itu korang berdua ini pun. Malu lah sikit dekat budak Emma ini. dah besar panjang pun
perangai macam budak-budak” Datin Aida bersuara cuba meredakan keadaan.

Emma hanya tersenyum. Memang macam budak-budak pun anak-anak Datin Aida itu. Nampak
sahaja macho. Haydar cuba mengawal machonya itu. Haykal hanya selamba sahaja. Langsung
tak malu di depan Emma.

“Emma, nanti aunty nak keluar. Ada hal sikit. Emma tak apa kan duduk dengan diorang ini
sebab hari ini diorang cuti tak ada kelas” Tanya Datin Aida kepada Emma. Emma terkejut bukan
main. Tinggal dengan mereke berdua? Apa lah akan jadi nanti. Tapi dia tidak mahu
menyusahkan Datin Aida.

“Ouh,aunty nak keluar eh. Em,Emma okay aje. Lagipun banyak lagi kerja Emma kena buat” balas
Emma terpaksa. “Hah,bagus lah macam itu. Korang berdua ini jangan mengada-ngada dengan
Emma ini. kalau mummy dapat tahu siap lah” kata Datin Aida memberi amaran kepada dua
orang anak lelakinya itu.

********************

Emma sedang sibuk menyapu lantai di ruang tamu. Tidak pula kelihatan dua beradik itu. Biarlah
lagi bagus jika mereka tidak munculkan diri. Senang Emma nak buat kerja. Tanpa dia sedar ada

tangga berdekatan tempatnya itu. Kakinya semakin ke belakang dan semakin dekat dengan
tangga itu dan tiba-tiba dia tergelincir. Ini memang dah tentu-tentu dia akan jatuh. Emma
memejamkan matanya tetapi kenapa dia tidak rasa lantai yang keras sebaliknya macam ada
seseorang yang memegang badannya.

Emma memusingkan kepalanya. Bulat matanya melihat Haydar rupanya yang menyelamatkan
dia daripada terjatuh. Buat seketika mata mereka bertatapan. Lama juga mereka berkeadaan
begitu. “Wahh! Ada drama lah kat sini” tiba-tiba bunyi suara Haykal menyedarkan mereka
berdua.

Haydar pantas melepaskan badan Emma. Emma hanya berdiri tegak di situ. Malu. Malu dengan
Haydar. Malu dengan Haykal. Manalah dia hendak letak muka. Haydar berdehem. Dia pantas
bergerak keluar. Pergi melarikan diri lah itu. Yalah, dah terkantoi dengan Haykal tadi mesti lah
malu.

“Eh eh,lari pulak. Malu ke cik abang oii” kata Haykal dengan gelak nakalnya. Memang suka
kenakan orang budak ini. Emma sudah tidak dapat menahan malu lagi. “Er,saya pergi dapur
dulu ya” kata Emma kepada Haykal dengan wajah yang tunduk.

“Baik-baik jalan itu..kan terjatuh nanti susah pulak. Orang yang nak sambutnya dah larikan diri
itu” kata Haykal lagi sambil tergelak besar. Memang sengaja mahu menyakat orang Haykal ini.
Emma cepat sahaja bergerak ke dapur.

Di taman Haydar sudah seperti cacing kepanasan. Duduk tidak kena berdiri pun ke hulu ke hilir.
“kenapa dengan aku ini? apasal aku rasa lain macam bila dengan budak itu. Takkan lah aku
dah…” Haydar berkata sambil berfikir. “Eh tak,tak. Tak mungkin aku suka dia. Aku suka buli dia
itu betul. Tapi kenapa aku baik hati sangat pergi sambut dia tadi? kalau aku tak sambut mesti lah
dia jatuh, bila dah jatuh dia mengadu kat mummy, bila mummy dapat tahu mesti mummy ingat
aku atau Haykal ada buat pape kat budak itu. Yes,yes..aku cuma nak selamat dari mummy aje.
That’s all” kata Haydar cuba menyedapkan hatinya. Dia tidak mahu ada apa-apa perasaan pada
budak Emma itu.

“Tapi kenapa aku rasa macam ini? betul ke aku takde perasaan kat dia ini? Ahh! Kusut lah!”
Haydar sudah kusut memikirkan tentang perasaan hatinya. Laju sahaja kakinya menyepak batu
yang berada di situ. “Aduhh! Kaki aku..jahanam punya batu!” marah Haydar. Batu pula yang
dipersalahkannya. Dia cuba berjalan ke arah kerusi dengan kaki yang sakit.

Muka Emma dah macam udang kena bakar sahaja. Bukan main merah pipinya. Malu sangat lah
itu. “Ahh! malunya tadi..dah lah malu aku dengan Haydar tak habis lagi. Lepas tu boleh pulak
terkantoi dengan Haykal. Ya allah,malunya!” kata Emma dengan pipinya
menutup muka yang terasa berbahang.

“Emma!” Emma terus mengangkat mukanya. Bunyi macam suara Haydar yang memanggilnya.
Tetapi apa lelaki itu mahu. Tidak pulak Haydar ini berasa malu dengan kejadian tadi. “Baik aku
pergi cepat sebelum dia bertukar jadi singa lapar” Emma pantas berlari kecil menuju ke taman.

“Er,ya. Ada apa Encik Haydar panggil saya?” soal Emma tunduk. Masih malu hendak mengadap
muka Haydar. “Sini kau” panggil Haydar sambil tangan memegang kaki yang sakit. Emma
bergerak ke sisi Haydar. “duduk” kata Haydar sepatah. Emma menurut sahaja. Haydar
meletakkan kakinya di atas kerusi. Mata Emma bulat memandang kaki Haydar di depannya.

“Picit kaki aku” Haydar menyilangkan kedua kakinya. Gaya dah macam bos yang kejam. Mulut
Emma terlopong sedikit. “Tunggu apa lagi. Cepat lah!” marah Haydar. Perlahan-lahan Emma
duduk di atas rumput itu. Dengan pakai uniform bibiknya itu yang hanya paras lutut dia cuba
membetulkan kain skirtnya agar tidak terselak. Nanti buat free show pula dia di depan Haydar.

Haydar dari tadi asyik merenungnya sahaja. Malu tadi pun masih belum hilang. Dengan
perlahan tangan Emma menyentuh kaki Haydar. Dia memicit lembut. Ikutkan hati ingin sahaja
dia memukul kaki Haydar itu. Biar patah terus. “dia ini ingat aku kuli batak dia ke? sesedap rasa
suruh aku picit kaki dia. Setahu aku kerja bibik ini urus kerja-kerja rumah aje. Ni dah sampai
kena picit-picit pulak. Dah lebih ni. tapi nanti kalau aku lawan dia tak pasal-pasal kena buang
kerja. Hm..sabar jelah Emma” rungutnya dalam hati.

“Kuat lah sikit. Lembut macam pondan” kata Haydar marah. Emma buat muka menyampah
tetapi di belakang Haydar lah kalau buat depan-depan memang kena lah Emma. “Em,encik
Haydar..er,saya sebenarnya..” kata Emma tergagap-gagap.

“saya apa? Sejak bila kau gagap ini?” suara Haydar sudah meninggi. “Sebenarnya saya nak minta
maaf pasal incident hari itu” kata Emma lancar. Takut bila dimarah begitu. “Ouh” kata Haydar
sepatah.

“Ouh aje? Encik Haydar maafkan saya tak?” Tanya Emma lagi. “Tengok lah dulu” balas Haydar
selamba. Bosan Emma dengan perangai selamba Haydar. “Jangan lah tengok-tengok macam itu
encik. Senang cerita encik maaf jelah saya eh?” kata Emma sambil buat muka comel. Terkejut
pula Haydar.

“kau tak payah buat muka macam itu boleh tak? Dah macam kucing kelaparan aje. Kalau kau nak
suruh aku maafkan kau boleh..tapi kau kena buat setiap apa yang aku suruh” kata Haydar sambil
mengangkat keningnya. “Em,okay. Encik nak suruh saya buat apa?” balas Emma. Dia ini macam
tidak kisah saja kena buli dengan Haydar.

Haydar memikirkan cara untuk membuli si Emma ini. “Meh sini tangan kau” Haydar tertarik
pula dengan cincin dijari Emma. Ini boleh dijadikan bahan mainan. Haydar sudah tersengih.
“encik nak buat apa?” soal Emma bingung.

“Jangan banyak tanya lah. Sini tangan kau” balas Haydar geram. Emma lantas menghulurkan
tangannya. Haydar mencabut cincin berbentuk rama-rama dari jari Emma. “Eh,encik nak buat
apa dengan cincin saya itu. Cincin itu mama saya bagi tahu. Saya sayang cincin itu encik” kata
Emma risau.

“kau nak tahu aku nak buat apa dengan benda ini?” soal Haydar. Emma mengangguk. Dia benar-
benar bingung. “Itu dia!” lantas Haydar mencampakkan cincin itu jauh ke atas rumput. Bulat
mata Emma. Matanya sudah berkaca. Sedih dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. “kau nak
tak cincin yang kau sayang itu? Kalau nak, pandai-pandai lah cari. Good luck dear haha..” Haydar
ketawa mengejek.

Laju sahaja kaki Emma bergerak di atas rumput karpet itu untuk mencari cincinnya. Dia
terbongkak-bongkak mencari cincin itu. Seakan mencari jarum di dalam jerami sahaja. Belum
tentu dia dapat menemukan cincin di dalam rumput yang luas itu. Namun Emma tetap tidak
putus asa.

Haydar sudah ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat kesungguhan Emma. “Haha..apasal lah
kau ni lurus sangat ah Emma. Cincin kau..ada kat sini” Haydar membuka tangannya. Memang
betul cincin Emma ada bersamanya. Kesian Emma dibuli oleh Haydar. Kejam betul Haydar ini.

Haykal yang melihat kejadian itu terkejut dengan perbuatan Haydar. Pantas dia bergerak ke arah
Haydar. “Weh,kau buat apa ini?” soal Haykal serius. “Takde apa” balas Haydar selamba. “Kau
cakap takde apa? Itu! Apa budak Emma itu buat? Eh,kau buli dia kan?” kata Haykal geram. Dia
memang pantang kalau tengok orang yang suka membuli ini. lebih-lebih lagi pada perempuan.
Dia rasa bila-bila masa sahaja penumbuknya itu akan melayang di muka Haydar.

“Rileks la bro..aku boring lah. So,ada mainan kat depan mata aku ni hilang lah sikit boring aku”
ujar Haydar sambil ketawa. “kau memang melampau” Haykal mencengkam kolar baju Haydar.
“Weh,kau apahal nak marah-marah aku ni? dia itu awek kau ke?” Haydar sudah geram. Bila-bila
masa sahaja perang boleh tercetus.

“Encik Haykal, encik Haydar kenapa ini? kenapa sampai nak bertumbuk ini?” Emma datang
selepas melihat situasi yang berlaku tadi. “Awak tanya kenapa saya nak tumbuk dia? Sebab
mamat ini sengaja buli awak! Awak tak nampak lagi ke Emma?” kata Haykal lalu melepaskan
Haydar.

Emma terkejut. Mereka berdua bergaduh disebabkan dia? Dan sebenarnya dia tahu Haydar
sengaja membulinya. Tetapi dia seakan tidak kisah semua itu. Dia pun tidak tahu kenapa dia
sanggup buat apa sahaja demi Haydar. “Er,encik Haykal sebenarnya saya cari cincin saya yang
jatuh kat atas rumput itu” balas Emma perlahan. Dia berbohong, padahal Haykal sudah melihat
segala-galanya. Sanggup pula Emma berbohong untuk Haydar.

“Stop it Emma!..awak tak payah tipu saya. Saya dah nampak semuanya” kata Haykal lagi. Emma
sudah tidak tahu ingin menjawab apa. Tidak sangka Haykal memerhatikan mereka tadi. “Eh
korang tak payah lah nak berdrama sangat kat sini. Nah! Ambik cincin kau” Haydar meletakkan
cincin itu dia atas meja lalu bergerak masuk ke dalam rumah.
Panas pula hatinya dengan mereka berdua itu.

********************

Selepas beberapa minggu kejadian Haykal dan Haydar bergaduh disebabkan dia dibuli oleh
Haydar, Emma menjadi lebih pendiam dari sebelum ini. Mungkin sebab takut atau malas nak
melayan mereka berdua.

Emma membasuh pinggan-pinggan yang kotor itu. Lebih banyak termenung pula Emma
sekarang. Kadang dia selalu juga teringatkan Haydar. Sampai kerja yang dibuatnya jadi tidak
betul. Sedang asyik dia termenung tiba-tiba “Auchh!” Emma menjerit kecil. “Ya allah,tangan aku
berdarah lah” dia tidak sedar pinggan yang dibasuhnya itu pecah dan kaca itu terkena sedikit
pada tangannya.

Haykal yang kebetulan masuk ke dapur itu melihat Emma sedang menilik tangannya. “Emma,are
you okay?” Haykal sudah bergerak ke arah Emma. Terperanjat Emma dengan kehadiran Haykal.
“Dia ini buat aku terkejut aje. Nasib tak melatah depan dia. Kalau tak buat malu aje” kata Emma
dalam hati.

“Eh,saya okay. It just my hand…” Emma menunjukkan tangannya yang berlumuran darah itu.
“your hand! Macam mana boleh jadi macam ini?” soal Haykal terkejut. Dia memegang tangan
Emma dan cuba melihat luka itu. “Tadi basuh pinggan lepas itu tak tahu macam mana pinggan
itu boleh terpecah pulak. Tu yang terkena tangan ini” kata Emma memberitahu apa yang terjadi
tadi.

“Tulah..lain kali kalau buat kerja jangan asyik berangan. Tengok sampai berdarah macam ini”
bebel Haykal. “Meh nak tengok” Haykal memegang tangan Emma. Dia cuma ingin membantu.
“Ini kenapa ini? siap pegang-pegang tangan lagi” Haydar pula muncul dari belakang. Rasa panas
pula hatinya tengok Haykal main pegang-pegang tangan Emma. Pahadal Haykal nak membantu
saja.

Terkejut bukan main Haydar melihat tangan Emma berdarah. “Emma,what happen?” kenapa
tangan kau berdarah?” giliran Haydar pula yang bertanya. Penat Emma nak menjawab. Belum
sempat Emma nak menjawab Haydar memegang tangannya dan hendak bergerak ke ruang
tamu.

“Weh,weh..kau nak buat apa ni?” Haykal menghalang langkah Haydar. “Tepilah kau. Aku nak
pergi sapu ubat kat tangan dia ni. Apasal? Kau nak jugak ke? balas Haydar. “Eh,apahal kau baik
hati pulak nak tolong dia ini? Bukan kau selalu buli dia ke?” Haykal sengaja cakap macam itu.
Nak tengok reaksi Haydar macam mana.

Haydar tercengang seketika. Tak tahu nak jawab apa. “Er..er..ahh,tepi lah kau” Haydar menolak
sedikit bahu Haykal lalu bergerak ke ruang tamu bersama Emma. Haykal ketawa sendiri
“Haha..Haydar,Haydar..kenapa aku rasa dia macam ada perasaan je kat Emma tu?
Hmm..nampaknya bibik aku lepas ni jadi kakak ipar aku lah jawabnya haha..” kata Haykal
ketawa memikirkan semua itu.

********************

“Macam mana kau buat kerja hah? kau ini memang tak reti guna mata kan? hari itu aku
terlanggar kau pun sebab kau itu yang jalan tak pakai mata. Ini basuh pinggan pun sampai boleh
berdarah macam ini. sebab apa? Sebab kau berangan kan” itu dia! Bila Haydar membebel
mengalahkan mak nenek. Emma diam sahaja.

Haydar menyapu ubat dengan cermat pada tangan Emma. Baik pula Haydar ini. Emma memang
dah terbuai dengan keprihatinan Haydar ini. matanya tak berkelip pun memandang Haydar.
Apakah ini cinta? Emma sudah jatuh cinta dengan mamat yang selalu membulinya? Biar betul.

“kenapa dia baik sangat ni..” kata hati Emma. “Ahh,Emma..kau suka dia ke?” matanya masih
menatap wajah Haydar. “takkan lah aku suka dia..” dilihat Haydar begitu bersungguh merawat
tangannya. “tapi,kalau aku suka dia pun,tak mungkin dia akan suka aku jugak kan”
pandangannya masih lagi tidak beralih. “Hm..mungkin aku sorang aje yang rasa perasaan ni.
Haha,Emma..kau bertepuk sebelah tangan nampaknya” Emma terus menundukkan wajahnya.

Tidak mahu hatinya kecewa melihat Haydar. Kenapa perasaan ini mesti wujud? Dia sedar yang
dia tidak sepatutnya punya perasaan terhadap Haydar anak kepada majikannya. Siapa lah dia,dia
hanya seorang bibik dan tak mungkin Haydar akan pandangnya.

Haykal memerhati sahaja mereka berdua dari atas tangga. “Haha,bro..kau dah suka kat budak tu.

Aku boleh nampak. Tapi tulah, ego kau tinggi sangat bro ” kata Haykal yang dari tadi menjadi
pemerhati. Betul ke Haydar dah mula suka dekat Emma? Entah lah,hanya dia saja yang tahu.

*********************

Tanpa sedar dah dekat tiga bulan Emma bekerja sebagai bibik di rumah Datin Aida. Walaupun
cuma tiga bulan tapi seakan sudah lama dirasakannya. Dia tidak tahu sampai bila dia akan terus
bekerja di situ. Mungkin lepas dia dapat tawaran belajar ke mana-mana institusi. Itu pun kalau
dia dapat lah.

Hari ini Datin Aida tiada lagi di rumah. Sibuk betul datin seorang itu. Dan sudah semestinya
yang tinggal hanya anak-anak lelakinya itu dan bibiknya Emma. Seperti biasa Emma
menyiapkan tugasnya di dapur. Memasak,membasuh pinggan mangkuk dan banyak lagi lah.

“Emma!” tersentak Emma yang sedang mengupas bawang. “Ish,mujur tak terpotong jari ini. Dia
ini pun selalu jerit-jerit panggil nama aku. tak reti panggil elok-elok ke” bebel Emma geram.

“Emma!” Haydar menjerit lagi memanggil nama Emma. “Haa..ya nak pergi lah ini” Emma
bergegas menuju ke taman. “Ada apa Encik Haydar?” Tanya Emma termengah-mengah.
“Buatkan aku orange juice” pinta Haydar. Dia sibuk menyiapkan assignmentnya itu. Pandang
Emma pun tidak. Haydar bila buat kerja serius bukan main.
“Okay encik” kata Emma lalu bergerak ke dapur untuk menyiapkan minuman Haydar. Emma
berjalan ke arah Haydar sambil membawa orang juice bersamanya. Dia melangkah perlahan-
lahan di atas rumput itu. Dan tanpa disedari kakinya tersadung batu yang berada di situ.

Orang juice yang dibawanya elok jatuh tertumpah dia atas assignment Haydar. Haydar tidak
percaya apa yang dilihatnya. “Encik! Saya minta maaf. Saya tak sengaja tertumpahkan air tu kat
atas kerja encik” kata Emma takut-takut. Habis lah dia kali ini.

“Kau buat apa ni hah?! kau tau tak susah payah aku buat benda ni? kau selamba je simbah air itu
atas assignment aku!” marah Haydar. Dia memang benar-benar marah kali ini. “saya mintak
maaf encik, saya betul-betul tak sengaja” Emma rasa bersalah sangat.

“Eh,kau tak payah mintak maaf lah. Maaf kau tu takde guna! Kau ni memang suka main simbah-
simbah kan? Dulu kau simbah aku dengan air kau tu, sekarang assignment aku pulak yang kena!
Eh,kau memang sengaja kan?” Haydar menarik kolar baju Emma. Emma dah macam nak
menangis sahaja.

“Tak encik, saya tak sengaja. betul” kata Emma. Matanya sudah bergenang dengan air. Bila-bila
masa sahaja dia akan menangis. “jangan tipu lah! Kau memang sengaja nak balas dendam kat
aku kan. Yelah,selama ni kan aku selalu buli kau. Tu yang kau sengaja simbah air kat assignment
aku. Kau sengaja nak tengok aku susah kan?! Tengking Haydar kuat di telinga Emma. Main
tuduh aje Haydar ini.

Takkan lah Emma sengaja buat begitu. Memang dia geram juga selalu kena buli dengan Haydar
tapi dia tidak lah kejam sangat sampai nak membalas dendam seperti yang dituduh Haydar. “tak
encik,sumpah…Saya takde niat pun nak balas dendam. Saya mintak maaf encik Haydar” balas
Emma bersungguh-sungguh.

“Ahh! Muak aku dengar maaf kau tu” Haydar mencekik pula Emma. Dah macam nak membunuh

ini. kalau dibiarkan boleh hilang nyawa lah Emma. Emma dah terbatuk-batuk. Dia menunjal
pula kepala Emma. Ini macam dah lebih.

“Haydar! What the hell are you doing!” Haykal datang dan cuba melepaskan tangan Haydar dari
terus mencekik Emma. Mereka sama-sama bergelut dan akhirnya terlepas juga tangan Haydar.
Emma terbatuk-batuk dan sesak nafas. Dia mengurut dadanya. Rasa semput bila dicekik begitu.

Woi,kau ni dah kenapa?! Kau nak bunuh dia ke?!” marah Haykal kepada Haydar. Haydar seakan
baru tersedar. Apa yang dia dah buat tadi? Dia memandang Emma yang sudah menangis itu.
“Aku,aku..aku tak sengaja” sungguh dia tak sengaja. Mungkin sebab dia terlalu marah yang
buatkan dia jadi hilang kawalan macam itu.

“Tak sengaja kau cakap? Kau dah macam nak bunuh dia tahu tak?! Kalau betul pun dia ada buat
salah kat kau takkan lah sampai nak cekik macam tu!” kata Haykal geram. Haydar tak tahu nak
jawab apa. Diam sahaja. Mungkin masih terkejut kot.

Emma pantas sahaja bergerak ke dapur. Sungguh dia sedih sangat ketika itu. Sanggup Haydar
buat begitu padanya sedangkan dia bukan sengaja pun. “Aku memang bodoh suka orang macam
dia!” dan dia menangis sepuasnya di situ.

********************

“Emma! ini ada surat untuk Emma ini…” panggil mama Emma. “surat apa ma?” soal Emma.
Sebelum ini tak pernah-pernah dia dapat surat. “Entah. Mama pun tak tahu. Bukak lah tengok”
mamanya menghulurkan surat itu kepadanya.

Bulat mata Emma membaca surat itu. “Maa! I got it! Emma dapat tawaran masuk kolej” jeritnya
gembira. “Betul ke? tahniah anak mama. Happy mama dengar tau” kata mamanya turut gembira.

Tetapi Emma seakan terfikirkan sesuatu. Mukanya berubah sedih. “Em,maknanya lepas ini
Emma kena berhenti kerja lah kan ma?” soalnya. “Yelah,Emma kan dah nak sambung belajar.
Esok Emma pergi mintak berhenti kerja ya?” ujar mamanya.Emma sekadar senyum. Senyuman
penuh makna.

********************

“Aunty..Emma terpaksa berhenti. Sebab Emma dah dapat tawaran sambung belajar itu” kata
Emma menerangkan segalanya. “Em..yelah. aunty faham. Bagus lah Emma dah dapat sambung
belajar. Aunty pun happy,tapi tulah..sedih jugak aunty Emma dah tak kerja sini lagi. Aunty pun
dah anggap Emma macam anak aunty sendiri bukan macam pembantu rumah” sungguh terharu
Emma mendengar semua itu.

“terima kasih aunty untuk semuanya” kata Emma cuba mengawal perasaannya. Dia sedih. Sedih
mahu meninggalkan kerjanya,Datin Aida,Haykal dan juga…Haydar. “Yelah,Emma jaga diri ya?”
Emma mengangguk dan bersalam dengan Datin Aida.

“Emma. Please take care yourself” kata Haykal pula. “Thanks. Insyallah Haykal” balas Emma.
“Awak tak nak jumpa Haydar dulu?” Emma rasa sedih dah kecewa mendengar nama itu. “No. no
need” balasnya. Dia sekadar tersenyum.

“Yeah,it’s okay. I faham” kata Haykal. “Emma pergi dulu ya. Jaga diri semua” kata Emma
senyum lalu melangkah pergi dari rumah mewah itu. Terasa berat untuk dia meninggalkan
rumah itu yang banyak memberi kenangan padanya. Terutama kenangan bersama Haydar.

********************

Haydar menuruni anak tangga. Pelik dia melihat muka mummynya dan Haykal macam kalah
loteri sahaja. Muka sedih semacam. “Erm..what’s wrong? Kenapa semua sedih ni? mummy,why?
Tak comel lah mummy sedih-sedih macam ni. senyum sikit” Haydar ketawa cuba
mengembirakan mummynya.
“Emma” kata Haykal. Haydar terkejut mendengar namanya. “what’s wrong with her?” soal
Haydar. Hatinya dah rasa tidak sedap. “Dia dah berhenti kerja. about 3 minutes ago maybe”
bulat mata Haydar. “She what? Kenapa tak bagitahu dari tadi? Haykal, dia kat mana sekarang?!
Tell me please” kata Haydar gelabah. Itulah, bila ada depan mata buat tak tahu saja. Bila dah
hilang baru gelabah nak cari. Lumrah manusia.

“Aku tak tahu” balas Haykal. Sungguh Haydar menyesal ketika itu. Belum sempat dia meminta
maaf pada Emma dan yang penting, dia belum memberitahu Emma tentang perasaanya. “Tapi
aku rasa kau sempat lagi kejar dia. Dia jalan kaki nak pergi bus stand tadi. Itu pun kalau kau rasa
nak mintak maaf dengan dia and anything else” kata Haykal seakan memberi harapan pada
Haydar.

“Thanks bro, aku memang betul-betul nak mintak maaf kat dia kali ni” ujar Haydar besungguh.
“Good luck bro” kata Haykal lagi. Haydar pantas bergerak ke arah kereta bmw milliknya dan
memecut laju mencari Emma.

Emma berjalan perlahan. “Dah lah Emma..kau kena berhenti sukakan dia. You are nothing for
him. Dia langsung tak kisahkan kau pun” kata Emma dengan langkah perlahan. “Haha..I’m too
stupid!” Emma ketawa kecil. Ada air mata yang mengalir di pipi.

“Emma!” terdengar seakan suara Haydar memanggilnya. “ahh, tak mungkin dia Emma!” Emma
langsung tidak berpaling. Dia sangkakan itu cuma halusinasinya. “Emma,stop! Ini Haydar”
Haydar menjerit memanggil namanya lagi.

Dan kaki Emma terus terhenti. Perlahan dia memusingkan badannya. Betul ke Haydar di
depannya itu atau dia cuma bermimpi? “Haydar?” soal Emma kehairanan. “Yes,it’s me Haydar.
You are not dreaming Emma” Haydar bergerak ke arah Emma dan berdiri betul-betul depan
Emma.

Emma yakin dia tidak bermimpi. Yang ada di depannya itu ialah Haydar! Terasa gembira di
dalam hati. Haydar sanggup mengejarnya. “Emma..I’m sorry. I’m sorry for what I’ve done to you.
Ya, saya memang teruk. Saya buat macam-macam kat awak. Saya buli awak selama ni. Dan..saya
mintak maaf sebab sanggup cekik awak hari tu. I’m really sorry about that Emma” Haydar sudah
buat muka kesian. Baru kali ini Emma dapat lihat muka Haydar begitu.

Sebelum ini senyum pun tidak apakan pula nak merayu-rayu macam ini. “It’s okay..Encik Haydar
tak salah pun. Emma yang salah” balas Emma bersahaja. “No, saya yang salah Emma. Please
forgive me..?” kata Haydar bersungguh.

“Jangan risau. Emma dah lama maafkan Encik” ujarnya sedikit tersenyum. Lega hati Haydar

mendengarnya. “Thanks Emma” Emma mengangguk. “Kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu
ya..?” Haydar gelabah melihat Emma bergerak untuk pergi. “Emma,wait!”

“Aduh! Macam mana aku nak cakap ni” kata Haydar dalam hati. Bukan main fikir ayat Haydar
ini. “anything else encik Haydar?” Emma menyoal. “sebenarnya saya…sa..sa..saya..” Haydar
tergagap-gagap. Emma sudah tidak tahan lagi menahan perasaannya. Dia mahu cepat pergi dari
situ.

“Nampaknya encik dah takde apa nak cakap kot. I have to go” Emma melangkah untuk pergi.
“Emma! I LOVE YOU!” Itu dia! Keluar juga ayat power itu dari mulut Haydar. Dan Emma kaku
di situ. Betul ke apa yang dia dengar? Haydar sukakan dia?

Emma berpaling menghadap Haydar. “Yes,Emma! I love you. I do love you!” kata Haydar yakin.
“Dari dulu lagi saya dah mula suka awak. Tapi..saya ego. And now, I want you to know..that I’m
in love with you, Emma” kata Haydar lalu bergerak ke arah Emma.

Emma memandang tepat mata Haydar. Mencari keikhlasan hatinya. “Do you love me Emma?”
soal Haydar ingin mengetahui perasaan Emma terhadapnya. Emma senyum. “Yes,I do love you
encik Haydar” balas Emma dengan gembira. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan! Dan
Haydar terus memeluk Emma. Rasa mahu pengsan Emma di situ.

“Please don’t go. Please don’t leave me..” ujar Haydar merayu. “But..I have to go” balas Emma.
“What? But why?” soal Haydar terkejut. Dia tidak mahu Emma pergi darinya.

“Sebab….Emma kena sambung study Encik Haydar,hihii..” kata Emma dengan ketawa. Saja nak
usik buah hatinya itu. “Eii..you are so naughty Emma” ujar Haydar sambil mencuit hidung
Emma.

Emma dah malu. Blushing terus pipinya. “You are so cute bila blushing macam tu” kata Haydar
memuji. “Mengarut lah encik Haydar ni” balas Emma malu-malu.

Haydar meletakkan jarinya di mulut Emma. Buat gaya senyap. “Don’t call me ‘encik’ anymore
please. I hate to hear that” kata Haydar. Dulu dia juga yang suruh Emma panggil macam itu, tapi
sekarang dah berubah segalanya. Ya,semuanya kerana cinta.

“So, what should I call you then?” Tanya Emma senyum. “Call me abang Haydar. Hm,comel je
kalau Emma panggil saya macam tu kan” balas Haydar pula. “Haha..okay abang Haydar. I love
you..” ujar Emma tersenyum.

“But I love you more honey. I will always love you today,tomorrow and forever. And I promise
that I will treat you like an angel. You are angel in my heart Emma” kata Haydar penuh ikhlas
dan jujur. Dan akhirnya cinta mereka berdua bersatu di situ.


Click to View FlipBook Version