INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
NAMA WAN NUR ASMA FADHILAH BINTI WAN LANANG
ANGKA GILIRAN 2020192340262
NO. KAD PENGENALAN 011126-11-0402
KUMPULAN PISMP F13
KOD KURSUS EDUP3043
NAMA KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
NAMA PENSYARAH PUAN NOR RUL AZLIFAH ZULKAFALI
TARIKH HANTAR 21 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS
1
i. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA
BIL. SURAT
i. Isi kandungan. 2
ii. Penghargaan. 3
1.0 Pengenalan. 4
2.0 Perbincangan isu-isu tingkah laku bermasalah. 5-6
3.0 Analisis model pengurusan disiplin dan intervensi. 6-7
4.0 Penutup. 8
5.0 Rujukan. 9
6.0 Lampiran. 10-14
2
ii. PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya dapat saya siapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku berkodkan EDUP3043 dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Rul Azlifah Zulkafali selaku pensyarah
bagi subjek kerja kursus ini kerana telah memberi sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
dalam menyiapkan kertas kerja ini dan dengan bimbingan dan tunjuk ajar beliaulah saya
mampu menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada kedua ibu
bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha sepanjang tempoh
penyiapan tugasan ini. Merekalah yang banyak memberi sokongan dan segala kemudahan
yang diperlukan oleh saya sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Selanjutnya, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang mana mereka telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
merealisasikan tugasan ini dan membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang
saya utarakan kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung kerana tanpa bantuan mereka tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.
Sekian, Terima Kasih.
3
1.0 PENGENALAN
Penularan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kesemua sekolah termasuk institusi
pengajian tinggi awam atau swasta terpaksa ditutup. Hal ini selari dengan rentetan
penularannya yang akan menjejaskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akibat
keterbatasan pergerakan dan hubungan. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengeluarkan keputusan untuk meneruskan proses PdP secara atas talian sama ada
di sekolah atau pengajian tinggi. Namun, pengaplikasian PdP secara atas talian dilihat
menyukarkan proses pembelajaran kerana kedua-dua pihak mempunyai cabaran dalam
melaksanakannya sehingga menimbulkan isu-isu berkaitan tingkah laku bermasalah dalam
bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang
bentuk tingkah laku pelajar yang boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan PdP di
dalam bilik darjah (Mohd Fadli et al. 2016).
Tambahan pula, perantaraan komunikasi antara guru dan murid terhad dan tidak
seperti proses PdP sebelum munculnya wabak COVID-19. Fenomena ini menjadikan guru
sukar untuk mengatasi isu-isu tingkah laku bermasalah ataupun menguruskan bilik darjah.
Maka persoalannya disini bagaimanakah warga pendidik ingin membanterasnya? Oleh yang
demikian, tugasan ini menfokuskan perbincangan tentang isu-isu tingkah laku bermasalah
dan model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai yang mana akan dianalisis dan
dibahaskan dengan mendalam. Justeru, penulis telah menemu ramah tiga orang pakar dalam
kalangan guru dan pensyarah sebagai rujukan perihal penulisan ini.
4
2.0 PERBINCANGAN ISU-ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH
Antara isu yang acap kali diutarakan oleh warga pendidik ialah isu sikap murid ketika sesi
pembelajaran secara atas talian seperti tiada motivasi untuk menuntut ilmu. Sedangkan ketika
pembelajaran bersemuka, ada sesetengah murid yang tidak memberi tumpuan ketika guru
mengajar, inikan pula ketika sesi pembelajaran atas talian. Lantaran itu, terdapat juga dalam
kalangan murid yang menyertai kelas yang kebiasaannya dilakukan menggunakan ‘Google
Meet’ hanya sekadar untuk memenuhi jumlah kehadiran. Isu ini dipersetujui oleh seorang guru
kaunseling di SK Tengku Ampuan Mariam iaitu Cikgu Razali. Beliau menyatakan bahawa di
sebalik kamera yang sengaja dimatikan oleh murid, mereka melakukan kerja-kerja yang tidak
berkaitan seperti menonton televisyen dan bermain ‘game’. Senario ini bukan sahaja
menunjukkan cabaran pembelajaran secara atas talian, tetapi turut menganggu kelancaran
proses PdP kerana memberi pengaruh kepada rakan lain untuk turut berbuat demikian.
Seandainya rakan sebaya mempunyai pengaruh negatif, maka murid tersebut akan terikut-
ikut dengan perlakuan negatif. Hujah ini dikuatkan lagi dengan pandangan Kementerian
Pendidikan Malaysia (2017) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah
sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap kanak-kanak ataupun remaja.
Justeru, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Tengku Ampuan Mariam juga
bersetuju dengan memberikan pandangan bahawa masalah tingkah laku ini menyebabkan
iklim bilik darjah berubah. Perbuatan ini mengakibatkan ketidakselesaan kepada murid lain
misalnya dalam aktiviti berkumpulan di mana rakannya tidak memberikan respon. Namun
begitu, ada murid yang tidak bermotivasi untuk belajar tetapi bukan bersifat pasif malah
menganggu rakan lain dengan melakukan aksi atau mimik muka yang melucukan bertujuan
menarik perhatian rakannya sehingga mereka tidak lagi fokus pada guru yang sedang
mengajar. Oleh itu, senario ini sangatlah tidak wajar kerana jika hendak dibandingkan dengan
adab anak murid dahulu sangatlah tinggi kepada gurunya. Misalnya, Imam Syafie ketika
sedang menuntut ilmu dengan Imam Malik, beliau tidak berani menyelak helaian kitabnya
melainkan dengan cara yang sangat perlahan kerana bimbang bunyi itu mengganggu
gurunya. Konklusinya daripada isu sikap murid yang dikategorikan sebagai tingkah laku
disruptif boleh menjejaskan kelicinan perjalanan PdP dan menimbulkan pelbagai lagi isu lain.
Isu yang kedua ialah isu kehadiran atau keberadaan murid dalam proses PdP dimana
isu ini dikatakan berpunca daripada suasana tidak kondusif di kediaman oleh seorang
pensyarah yang ditemu ramah iaitu Puan Bahiyah. Hal ini dikatakan demikian kerana suasana
pembelajaran atas talian berbeza dengan pembelajaran bersemuka seperti mereka tidak
perlu bangun lebih awal untuk menyiapkan diri dan pergi ke sekolah. Walaubagaimanapun,
hasil daripada temu ramah dengan Puan Bahiyah membuktikan bahawa hakikatnya terdapat
5
dua faktor penyumbang kepada isu kehadiran murid ini. Pertama sekali ialah disebabkan tiada
peranti atau gajet yang membolehkan mereka hadir ke kelas terutamanya bagi murid yang
datang dari keluarga yang sosioekonomi yang kurang baik. Hujah ini dibuktikan dengan
laporan kajian yang dilakukan oleh ‘Khazanah Research Institute’ oleh Hawati dan Jarud
(2020) iaitu mendapati 37 peratus daripada 900,000 murid yang ditinjau oleh KPM, tidak
memiliki alat peranti yang sesuai. Seterusnya yang kedua bertentangan dengan faktor
pertama iaitu murid mempunyai kemudahan peranti atau gajet tetapi sikap mereka yang malas
menuntut ilmu. Kesimpulannya, kedua-dua isu ini perlu diuruskan dengan sebaik mungkin
oleh warga pendidik dengan pemanfaatan model pengurusan disiplin yang telah banyak
diperkenalkan oleh pakar-pakar psikologi pendidikan.
3.0 ANALISIS MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI
Model pengurusan disiplin merupakan rujukan yang sangat penting kepada warga pendidik
kerana dengan pemanfaatannya dalam pengurusan bilik darjah akan mampu membanteras
masalah tingkah laku dan meningkatkan motivasi untuk menuntut ilmu dalam kalangan murid.
Maka sejajar dengan kelebihan ini, penulis mencadangkan pengaplikasian Model Disiplin
Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976 sebagai teknik
untuk membanteras isu-isu yang dibincangkan di atas. Menurut Haliza et al. (2016), model ini
merujuk kepada kawalan disiplin melalui tingkah laku secara tegas ‘assertive discipline’ oleh
guru. Antara perkara pertama yang perlu dibuat oleh guru menerusi model ini ialah membina
peraturan atau rutin dalam bilik darjah dengan perbincangan bersama-sama murid. Peraturan
tersebut akan berkuatkuasa sepanjang kelas bersama guru yang membinanya tanpa
perasaan pilih kasih sebaliknya dilaksanakan secara konsisten dan adil.
Bagi isu pertama iaitu isu sikap murid, cara yang guru boleh lakukan ialah dengan
mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid yang bertingkah laku distruptif kerana
mereka ini telah mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Cara
pembetulan adalah antara tindakan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(2017) kerana dapat menambahbaik keadaan persekitaran psikososial bilik darjah. Guru
boleh melakukan pembetulan tingkah laku murid secara spontan sebaik sahaja murid
menunjukkan tingkah laku distruptif ini. Justeru, Cikgu Norzie iaitu Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid turut bersetuju dengan berkata seandainya guru menerapkan sifat asertif seperti
yang disarankan dalam model ini, isu tersebut akan dapat diatasi dengan mudah. Bagi situasi
murid yang mematikan kamera, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk
menjelaskan sebab dia berbuat demikian. Hal ini kerana kebanyakan guru yang tidak berjaya
membanteras masalah tingkah laku adalah disebabkan murid tidak diberi peluang untuk
meluahkan perasaan. Hujah ini selari dengan pandangan mantan Pengerusi Persatuan
6
Kaunseling Sabah Mohd Syam Mohd Muksan yang berkata murid yang mempunyai masalah
disiplin tidak boleh dididik menggunakan kekerasan dan penegasan tetapi dididik
menggunakan pendekatan psikologi terhadap murid terbabit (Bernama, 2017).
Dalam guru bersifat asertif, guru boleh memberikan pengiktirafan kepada murid yang
menunjukkan tingkah laku baik sekaligus sebagai contoh kepada murid yang distruptif.
Contoh pengiktirafan dengan penggunaan teknologi yang boleh dilakukan ialah memberi
hadiah di aplikasi ‘ClassDojo’ bagi murid yang patuh, bekerjasama dengan ahli kumpulan,
gigih dan banyak lagi. Situasi ini akan memberikan motivasi kepada murid kerana adanya
ganjaran yang diberikan secara langsung kepada mereka. Dengan adanya motivasi, murid
dapat mencapai kepuasan dan keseronokan dalam tugas pembelajaran serta menyedari akan
kepentingan pembelajaran dalam kehidupan mereka (Alhaadi et al., 2019). Motivasi murid
juga boleh dibina dengan intervensi antara guru dan pihak sekolah misalnya merancang
hadiah dan anugerah kepada murid yang melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran
secara atas talian. Kesimpulannya, guru perlu mengatasi dengan segera apabila terdapat
murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah dengan pilihan tiga sifat guru yang
diperkenalkan oleh model ini iaitu guru yang agresif, tidak asertif dan asertif. Hal ini selari
dengan pandangan Cikgu Razali yang menyatakan bahawa kunci kawalan disiplin murid
adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya.
Kemudian bagi menangani isu kedua ialah guru perlu memberi peneguhan bagi murid
yang tidak menghadiri kelas kerana sifat malas manakala berkongsi pautan rakaman video
seperti di ‘Google Meet’ bagi situasi murid yang menghadapi kekangan kemudahan untuk
memasuki kelas. Namun demikian, perkara pertama yang guru perlu lakukan ialah
menghubungi murid melalui penjaga dan bertanyakan mengenai sebab murid tersebut tidak
hadir. Dengan intervensi bersama penjaga, guru boleh terus memaklumkan perihal jadual
kelas supaya mereka memainkan peranan dalam membantu anak-anak meneruskan proses
pembelajaran di rumah. Langkah ini dipersetujui oleh Cik Bahiyah dengan beliau turut berbuat
demikian di samping turut menerapkan kaedah ‘asynchronous style’ dengan merakam terlebih
dahulu proses pengajaran kemudian barulah berkongsi video rakaman. Walaubagaimanapun
guru diingatkan untuk menangani isu tersebut dengan cara berhemah seperti memberikan
ganjaran kerana menghadiri kelas dan menghargai tingkah laku mereka semasa dalam kelas.
Hujah ini selari dengan pandangan Alhaadi et al. (2019) iaitu pemberian ganjaran merupakan
pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. Konklusinya, bagi menangani isu kehadiran
murid ini tidak sesuai sekiranya guru memberikan peneguhan negatif kerana isu ini mungkin
menjadi lebih besar seperti murid semakin tidak mahu menyertai kelas.
7
4.0 PENUTUP
Akhirulkalam, warga pendidik perlu menyediakan diri dengan ilmu mengenai model-model
pengurusan disiplin bilik darjah bagi membanteras isu-isu tingkah laku bermasalah murid.
Justeru, isu-isu ini bukanlah guru sahaja berperanan dalam menanganinya malah pihak
sekolah dan komuniti sama ada keluarga atau masyarakat sekeliling turut berperanan kerana
kesemua pihak ini saling berkait rapat. Seandainya sebelah pihak sahaja yang berperanan
maka isu-isu ini tidak akan mempunyai jalan penyelesaiannya kerana intervensi adalah
tunjang kejayaan bagi menyelesaikan masalah. Secara rasionalnya, murid adalah khazanah
yang berharga kepada negara kerana merekalah yang akan menggantikan pemimpin negara
dan menjadi penentu kejayaan negara dalam era yang serba mencabar kelak. Tegasnya,
warga pendidik tidak boleh membiarkan isu tingkah laku murid berlarutan tetapi berusaha
membanterasnya sama ada menggunakan Model Disiplin Asertif Canter atau model-model
disiplin lain. Sebagaimana dengan pandangan Imam Ghazali yang berbunyi “Ilmu tanpa amal
adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan”. Maka disimpulkan guru-guru tidak
boleh mensia-siakan ilmu-ilmu pengurusan bilik darjah yang telah ada dalam dirinya sebelum
menjadi seorang guru dengan menganalisisnya agar masalah dalam kalangan muridnya
dapat diatasi.
(1531 Patah Perkataan)
8
5.0 RUJUKAN
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang.
International Journal of the Malay World and Civilisation 7(3). Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Bernama. (2017, 24 April). Pelajar bermasalah disiplin perlu dididik guna pendekatan
psikologi, bukan kekerasan. Berita Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-bermasalah-disiplin-perlu-
dididik-guna-pendekatan-psikologi-bukan-kekerasan-140427
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hawati Abdul Hamid & Jarud Romadan Khalidi. (2020). Covid-19 and Unequal Learning.
Khazanah Research Institute. Khazanah Nasional Berhad, Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Modul Pembelajaran EDUP2034: Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkahlaku. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mohd Fadli, Mohd Hanafi, Mohd Yasin & Mohd Moktar Tahar. (2016). Penggunaan Teknik
Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. International
Conference on Education in Sountheast Asia Region 6th Series 2016. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
9
LAMPIRAN
10
Gambar ketika menemu ramah dengan guru kaunseling SK Tengku Ampuan Mariam.
11
Gambar ketika menemu ramah dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK
Tengku Ampuan Mariam
12
13
Tangkapan skrin hasil temu ramah pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
14