The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAJARAN 9_ MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34352021, 2021-08-26 01:38:51

PELAJARAN 9_ MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

PELAJARAN 9_ MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

PELAJARAN 9: MAKANAN
HALAL LAGI BAIK

Disediakan oleh: Ustazah Baizura
#edufluencers

Tuntutan Pengambilan Makanan Halal Lagi Baik

Surah al-Baqarah:168

Terjemahannya:
“ Wahai manusia,makanlah daripada apa-apa yang
terdapat di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah
kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya
syaitan itu musuh kamu yang nyata”

PIRAMID MAKANAN

TUNTUTAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

Berdasarkan surah al-Baqarah
ayat 168:

● Allah SWT menyuruh sekalian manusia makan makanan yang halal dan baik untuk
memelihara akal dan badan daripada kemudaratan.

● Makanan yang halal dan baik dapat menjana pemikiran yang cerdas,hati yang bersih
dan badan yang sihat.

● Allah SWT melarang kita mengikut jejak langkah syaitan yang sentiasa menghasut
manusia supaya mengambil makanan yang haram dan melakukan pembaziran.

CIRI-CIRI MAKANAN YANG BAIK

Bersih seimbang

Berkhasiat Mengikut
keperluan

MAKSUD MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM

Makanan halal ialah Makanan haram ialah
makanan yang dibenarkan makanan yang dilarang

oleh syarak. oleh syarak.

Keharusan sesuatu makanan bergantung pada aspek berikut:

● Ramuan makanan daripada sumber yang halal
● Cara memproses dan menyediakan makanan
● Cara mendapatkan makanan

AKIBAT MENGAMBIL MAKANAN YANG HARAM

Kecerdasan Sentiasa Mendapat
minda berada dalam penyakit
keluh kesah
terganggu Tidak
Susah mendapat
Kecerdasan memahami kemanisan
minda ilmu yang beribadah
dipelajari
terganggu Dibenci
masyarakat
Doa tidak
mustajab

PERBEZAAN CIRI MAKANAN HALAL DENGAN MAKANAN HARAM

MAKANAN HALAL MAKANAN HARAM

Bahan yang halal dimakan Bahan yang haram dimakan
Disembelih mengikut hukum syarak Tidak disembelih mengikut hukum syarak
Bebas daripada najis dan kekotoran Bercampur dengan najis dan kotoran
Disimpan ditempat suci Disimpan ditempat yang bernajis
Bebas daripada racun dan perkara yang Mengandungi racun dan sesuatu yang
menjejaskan kesihatan memudaratkan kesihatan
Diperoleh daripada cara yang sah Diperoleh daripada cara yang haram

PENGAJARAN AYAT:

1- kita wajib mengambil makanan yang halal kerana
makanan halal memberikan kesan yang baik terhadap
kesihatan jasmani,kecerdasan minda dan kejernihan
hati.

2- Umat Islam hendaklah prihatin terhadap aspek
pengeluaran makanan yang menepati hukum syarak
dan mematuhi piawaian kesihatan.


Click to View FlipBook Version