The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhafizfahmi2204, 2022-05-18 20:25:09

Pheonix

Pheonix

MPU 21032

TAJUK: PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEBAGAI PLATFORM INTEGRASI

NAMA PENSYARAH: EN. AMIR FARIZ BIN CHE MAN

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN
01DEE21F1014
NAMA 01DEE21F1029
MUHAMMAD HAZRIL AKRAM BIN ZULKIFLI 01DEE21F1019
01DEE21F1152
MUHAMMAD FAZLIN BIN AHMAD SANI
MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI

SITI FARAZUHAINI BINTI ABDUL FATTAAH

(E-FOLIO SESI 2 2021/2022)

UNIT ISI KANDUNGAN
1
2 ISI KANDUNGAN
3.0 PENGENALAN
3.1
KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
3.2 3 PLATFORM INTERGASI
3.3
4 MAKRO – (a) Perlembagaan Persekutuan
5 - (b) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
- (c) Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan
- (d) Sekolah Wawasan
- (e) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- (f) Rancangan Malaysia
- (g) Wawasan 2020
- (h) Transformasi Negara (TN50)

MESO
MIKRO
PENUTUP

RUJUKAN

MUHAMMAD FAZLIN BIN AHMAD SANI (01DEE21F1029)

1. PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen
undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan
Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat oleh Suruhanjaya
Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956.
Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Setiap negara mempunyai undang-undangnya yang
tersendiri.Setiap undang-undang amat penting bagi mengawal
kehamonin sesuatu negara.Dalam konteks Malaysia,
Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis dan
simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia.
Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

MUHAMMAD FAZLIN BIN AHMAD SANI (01DEE21F1029)

2. KONSEP, KEPERLUAN DAN
PENGHAYATAN TAPAK INTERGASI

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata
yang dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban
dapat bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman
dan harmonis tanpa keganasan. Ada juga yang wujud di peringkat
makro, pertengahan dan mikro.

MUHAMMAD FAZLIN BIN AHMAD SANI (01DEE21F1029)

3. PLATFORM INTERGASI

PLATFORM
INTERGASI

MAKRO MESO MIKRO

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(a)Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan telah memperakui dan menerima
bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang juga dipersetujui
oleh pemimpin dan para pejuang kemerdekaan negara antaranya,
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T
Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup
bernegara dalam aman damai dan perpaduan. -(Mansor, 2018)

Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu
kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama
Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak.

Raja Berpelembagaan menjadi simbol perpaduan, Bahasa
ibunda yang perlu dipelajari, agama lain boleh diamalkan dan
Perkara 153 juga menjamin kepentingan majoriti lainnya.

Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara sebagai
ejen penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

- Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia

Pekara 8, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak
kesamarataan yang amat penting bagi mengelak berlakunya
diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat termasuklah dari
segi agama, bangsa, keturunan dan jantina.

Rukun Negara yang diisytiharkan pada tarikh 31 Ogos 1970
susulan peristiwa 13 Mei 1969 mengandungi lima prinsip iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta
Kesopanan dan Kesusilaan.

- Rukun Negara

Perlembagaan juga mengandungi asas-asas persetujuan dan
persefahaman diantara pelbagai bangsa yang hidup di negara ini.
Selain mengiktiraf hak warganegara semua bangsa, ia juga
memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan
Bumiputera, Bahasa Melayu, Agama islam dan Sultan-Sultan
Melayu merupakan penduduk dan pemerintah asal serta agama
yang diamalkan kaum Bumiputera Tanah Melayu. Sebarang
usaha membelakangkan Perlembagaan tidak dibenarkan kerana
tidakan itu telah menyalahi undang-undang.

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(b)Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional

- Kronologi Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional.

Berdasarkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Keempat
Belas 2019, strategi terbaru yang dirancang oleh kerajaan dalam
memperkasa integrasi ialah:
STRATEGI TERKINI KERJAAN DALAM MEMPERKASA INTEGRASI

Diagram: strategi terkini kerajaan memperkasa integrasi

Mencari penyelesaian terhadap isu-isu perkauman dan agama yang
boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk pendamaian di
peringkat akar umbi melalui khidmat 1,130 orang Mediator Komuniti
(MK) di seluruh negara.

Meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun
Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di 6,662 Kelab Rukun Negara
(RKN) di sekolah rendah dan menengah dan 169 Sekretariat Rukun
Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

- perbuatan mengangkat ikrar yang di amalkan melalui
prinsip-prinsip rukun negera

STRATEGI / LANGKAH YANG HARUS DILAKUKAN
- Diagram strategi/langkah

- mensyuarat rukun tertangga

Mewujudkan pasukan pemantau isu-isu semasa perpaduan di media
sosial. Mengelakkan dari penyebaran berita-berita palsu, negatif dan
berunsur fitnah supaya dapat menyakinkan masyarakat agar tidak
mudah percaya dengan isu dan berita sensitif mengenai 3R yang
dimainkan dalam media sosial dan inisiatif ini akan diperluaskan ke
peringkat akar umbi dengan penglibatan Rukun Tetangga.

JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi dan di
antaranya adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Seni dan Budaya, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan beberapa agensi lain yang berkaitan.

Pada 18 Jun 2020, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat
Perpaduan Negara (MPPN) di peringkat kebangsaan.

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(c) Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

ANTARA LANGKAH YANG BOLEH DIJALANKAN ADALAH SEPERTI:

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(d)Sekolah Wawasan

Sekolah wawasan merupakan satu konsep sekolah
rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang
memberi peluang secara langsung kepada murid-murid
dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih
bebas.

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh
abinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah
berlainan aliran dalam satu kompleks

• Sekolah Kebangsaan (SK).
• Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SKJK) Cina Tamil

dalam satu Kawasan yang sama.
• Para pelajar berkongsi menggunakan kemudahan seperti

padang dan kantin nagi membolehkan ketiga-tiga aliran ini di
dalam satu Kawasan yang sama merupakan landasan
terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum dan asimilasi
budaya pada peringkat primer.

STRATEGI PERLAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN

• Membina sekolah baru di Kawasan yang ramai penduduk
berbilang kaum

• Memindahkan atau mencantumkan dua atau tiga buah
sekolah dalam satu Kawasan

• Menambahkan aliran di sekolah-sekolah yang sedia ada.

CIRI ISTIMEWA SEKOLAH WAWASAN

• Dua atau tiga aliran sekolah yang mempunyai pentadbiran
sendiri yang diketuai oleh guru besar masing-masing.

• Seorang daripada 3 guru besar ini akan dikenalpasti untuk
melaksanakan tugas-tugas penyelarasan antara tiga sekolah
aliran tersebut.

• Hanya dilaksanakan dalam satu sesi bilangan murid
maksimum ialah 2520 orang.

• Kemudahan sekolah seperti padang permainan, dan kantin,
diguna secara usahasama. Kepakaran guru yang ada
digunakan secara berkongsi dan optimum.

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah
Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu:

• Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar,
Perak.

• Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar,
Kedah.

• Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang.
• Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya,

Selangor.
• Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.



MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(e)Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN)

PLKN dilaksanakan mulai 16 Februari 2004.

· Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga ( JKMKT )
telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002.

· Objektif PLKN adalah dapat menanam semangat patriotisme
di kalangan generasi muda mahupun remaja dan ianya juga
menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja.

· Implikasi PLKN terhadap kaum adalah ianya dapat
mengetahui adat , budaya serta cara beragama pelbagai kaum
dan toleransi setiap individu dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.

· PLKN pula adalah ianya dapat disertai oleh lelaki dan wanita
yang pelbagai kaum dalam lingkungan umur 16 – 35 tahun.
Tempoh masa bagi melaksanakan PLKN adalah tidak melebihi 6
bulan. PLKN amat mengutamakan semangat muhibbah dan ianya
juga tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(f) Rancangan Malaysia

Pihak kerajaan menitikberatkan isu ini dalam setiap
rancangan pembangunan Negara yang dirancang setiap lima
tahun sekali. Justeru itu, bagi mencapai objektif tersebut, kesemua
rancangan pembangunan lima tahun Negara selepas DEB diteliti
dan dianalisis bagi menyokong fakta bahawa kerajaan
memandang serius akan isu ketidakseimbangan kaum dalam
pembangunan ekonomi Negara.

· Terdapat faktor – faktor seperti kepelbagaian budaya dan
pemikiran sesetengah kaum masih lagi menebal menyebabkan
integrasi dan perpaduan nasional di peringkat bawahan kurang
berjaya. Mungkin pihak kerajaan perlu mengadakan lebih banyak
program kesedaran untuk mengubah pemikiran masyarakat
Malaysia bagi mengurangkan sikap individualistik , etnosentrik ,
perjudis dan stereotaip.

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(g)Wawasan 2020

Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991 dengan
merangka tempoh pembangunan Malaysia yang moden akan
diperoleh sepenuhnya menjelang 2020. Sembilan matlamat
wawasan ini dijadikan cabaran perdana untuk semua warga
Malaysia menghayatinya. Sembilan cabaran tersebut ialah:

i. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu dengan
mempunyai matlamat yang serupa malah dikongsi
bersama.

ii. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
tenteram dan juga maju dengan keyakinan terhadap
diri sendiri, selain itu, bangga dengan apa yang dicapai
serta berjiwa cekal dalam menghadapi pelbagai
masalah,

iii. Mewujud dan membangunkan masyarakat yang
demokratik dan matang.

iv. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

v. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak
ansur dalam setiap aspek.

vi. Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,
malah mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang terus ke depan.

vii. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya
menyayangi dalam diri masyarakat.

viii. Mengagihkan kekayaan Negara secara adil dan
saksama.

ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
ekonomi yang stabil dan bersaing, dinamik, giat dan
kental.

MUHAMMAD HAFIZ FAHMI BIN MOHD NAZRI (01DEE21F1019)

(h)Transformasi Negara (TN50)

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan Negara yang
merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini dipacu oleh
matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun yang akan
dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan
dari tahun 2017 sehingga 2019.

Usaha TN50 mengubah Negara menjadi Negara
berpendapatan tinggi banyak tergantung kepada kutipan cukai ,
pelaburan dan pinjaman luar bagi mewujudkan pekerjaan baru
dan sebagainya bagi kawasan – kawasan luar Bandar.

Kejayaan TN50 bergantung kepada keharmonian kaum dan
integrasi nasional yang kukuh dalam masyarakat.

MUHAMMAD FAZLIN BIN AHMAD SANI (01DEE21F1029)
SITI FARAZUHAINI BINTI ABDUL FATTAAH (01DEE21F1156)

3.2. MESO

MESO ialah badan bukan kerajaan atau juga disebut sebagai-
(NGO). NGO terdiri dari pelbagai organisasi tempatan atau
organisasi akar umbi yang telah ditubuhkan di peringkat
kebangsaan mahupun dunia. NGO merupakan sector ketiga
mewakili masyarakat sivil dan beroperasi dalam persekitaran yang
berdaya saing pada era ini.

Kebanyakan NGO bersifat kebajikan dan tidak mementingkan
keuntungan, namun terdapat NGO seperti badan koperasi yang
sememangnya menjalankan aktiviti menjana keuntungan. Operasi
NGO sama ada pada peringkat antarabangsa, nasional, kawasan
atau komuniti bergantung kepada sumber kewangan, kebolehan
rangkaian dan kumpulan sasar. Aktiviti NGO pula boleh
dilaksanakan secara bersendirian, melalui kolaborasi dan
perkongsian dengan organisasi penderma dan atau NGO lain.

Ciri utama Badan NGO ialah:
1) Bersifat sukarela
2) Bukan Kepartian
3) Tidak bermatlamatkan keuntungan
4) Tidak melakukan aktiviti jenayah

Seterusnya, Goldie, 1997 telah menyenaraikan tujuh ciri
NGO untuk membezakan dengan pertubuhan yang lain
iaitu:

1)Berdaftar secara rasmi
2)Organisasi berasingan daripada kerajaan
3)Berbeza daripada organisasi perniagaan
4)Diurus secara persendirian
5)bersifat sukarela
6)Bukan bermotifkan dakwah
7)Tidak terlibat dalam kempen pilihan raya

MUHAMMAD HAZRIL AKRAM BIN ZULKIFLI
(01DEE21F1014)

3.3 MIKRO

Mikro ialah sebuah syarikat pengedaran elektrik berkualiti
yang terbukti berfungsi walaupun dalam keadaan
yang paling sukar. Kedua, kami mengekalkan harga
kami sebagai kompetitif yang kami boleh; dengan
Mikro anda tidak akan membayar 50% tambahan
hanya untuk nama jenama multinasional!

pengabdian MIKRO kepada industri, pengalaman
berdekad-dekad syarikat ini, dan akreditasi
antarabangsa , tetapi apabila kita merenungnya,
reputasi Mikro dibina dengan membekalkan
peralatan yang boleh dipercayai dan berfungsi pada
harga yang rendah .

Sumbangan

Mikro MSC sebagai salah satu jenama paling
terkenal untuk industri dan infrastruktur elektrik
& elektronik di seluruh dunia. Berkhidmat di 29
Negara & 3 Benua Di Seluruh Dunia

SITI FARAZUHAINI BINTI ABDUL FATTAAH (01DEE21F1156)

4.0 PENUTUP

Integrasi kaum memainkan peranan yang sangat penting
dalam memajukan negara kita. Oleh hal yang demikian,kerajaan
telah menjadikan sektor pendidikan sebagai medium dalam
memupuk nilai integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di
Malaysia.

Selain itu,kita perlu mengaplikasikan pelan integriti nasional.
Melalui pelan ini kita dapat mengikuti program yang boleh
menguatkan lagi integrasi yang dilancarkan oleh kerajaan
Malaysia. Pelan ini juga dapat membantu kita menjadi sebuah
negara yang aman harmoni

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap negara ini kita
perlulah mengambil berat atau mengambil tahu sedikit sebanyak
mengenai hal-hal dunia untuk mengelak berlaku peperangan atau
serangan dari negara luar.

Dari segi budaya etika dan integriti ini kita dapat membina
sebuah organisasi yang utuh dalam mana-mana organisasi
kerana ia memastikan semua rakyat memperlaksanakan apa jua
program yang disertai. Dengan ini matlamat masyarakat akan
lebih mementingkan untuk memupuk nilai integrasi dalam
kelompok-kelompok masyarakat yang berbilang kaum. Ingatlah
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai
suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang
merdeka.

5.0 RUJUKAN

2) https://perlembagaan-integrasi.blogspot.com/2020/10/63-
konsep-keperluan-dan-penghayatan.html

3) https://etikagroup3.blogspot.com/
4) https://anyflip.com/nbgdu/rxif/basic
5) https://g.page/mikro-msc-bhd-shah-alam?share
6) https://integrasiperlembagaan.blogspot.com/?m=1
7) https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30109?language=

my
8) https://www.coursehero.com/file/76041031/T-6ppt/


Click to View FlipBook Version