The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasasofeahailani, 2023-05-15 07:40:17

DADAH PEMBUNUH UTAMA

Dadah Pemusnah Negara

Keywords: DADAH

D A D A H P E M B U N U H U T A M A NO.1/MAY2023 KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT PUNCA PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT CARA CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT MAJALAH PE N DIDIKA N MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SM RM 8.90 SS RM 9.10 REMAJA


ISI KANDUNGAN MS-2 DUNIA BARU MS-3 SIDANG REDAKSI EMAJALAH MS-4 - 9 ARTIKEL DAN CERPEN MS 9- 11 INFOGRAFIK MS - 12 RUJUKAN


Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah bersyukur ke atas kehadrat ilahi ke atas limpah kurniaNya kami berjaya menyelesaikan tugasan kami dalam subjek Pengajian Islam (MPU23012) dengan jayanya. Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kami iaitu Puan Nor Khayati Binti Basir, kerana telah memberikan ilmu, nasihat serta tunjuk ajar sepanjang melakukan projek ini. Berkat usaha beliau juga kami dapat menambah ilmu dan juga menimba pelbagai pengalaman baru dalam bidang IT. Tidak dilupakan juga ahli kumpulan yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan majalah ini dengan begitu teliti dan juga sempurna supaya rakan pembaca dapat memahami inti yang ingin disampaikan dan juga menambah ilmu pengetahuan. Harapan kami supaya segala usaha yang telah kami berikan dapat dihargai dan disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Semoga rakan-rakan semua menghargai hasil kerja kami dan dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah disampaikan ke dunia nyata. Jadilah generasi yang akan membawa dunia ke arah yang lebih berwawasan. Baru Dunia


SIDANG REDAKSI MAJALAH SEMUA AHLI KUMPULAN MENYUMBANG PENULISAN ARTIKEL E D I T O R PE N U L IS Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Majalah Pendidikan merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Khursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu dalam dan cabaran semasa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DSK2A, jabatan perdagangan bagi pengajian sesi 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Pendidikan untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang islam sebagai cara hdup yang merupakan kehipan seorang muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis ke arah pembentukan modal insan yang holistik dan komprehensif. PN NOR KHAYATI BINTI BASIR PENSYARAH POLITEKNIK PORT DICKSON DARI PENA PENASIHAT NUR DAYANA FAQIHAH BT SULAIMAN 06DSK22F1023 NUR ADRINA SAZLIN BINTI MOHD ZAIDI 06DSK22F1035 EISYA SOFEA BINTI MOHD HAILANI 06DSK22F1041


PUNCA PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT PENULIS: NUR DAYANA FAQIHAH BT SULAIMAN enyalahgunaa n dadah dalam kalangan penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) dilihat semakin membimbangk an apabila semakin ramai antara mereka yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan itu.Masalah penyalahgunaa n dadah dalam kalangan penuntut IPTA dan IPTS semakin parah. Apabila mereka terlibat dengan dadah, emosi akan berubah dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran masingmasing. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH ? iaitu bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. TAHUKAN ANDA? Antara punca yang sering berlaku di kalangan pelajar adalah kerana mereka kurang perhatian dari ibu bapa yang membuatkan mereka


berasa tertekan dan mengambil dadah sebagai jalan keluar untuk mereka hilangkan tekanan. Selain itu, mengikut rakan sebaya. Hal ini kerana mereka berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai ciri ciri negatif yang telah dipupuk oleh orang sekeliling dan pelajar ini terikut ke jalan yang negatif.Kemudian, tujuan merawat penyakit.Terdapat beberapa penyakit yang memerlukan ubat yang terkandung dadah tetapi mereka menyalahgunaka n ubat tersebut sebagai dadah dan menggunakan pada setiap hari. BAGAIMANA MENGETAHUI SESEORANG ITU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH? Antaranya ialah gelisah, resah,prestasi kerja merosot,bercakap merepek,tidak focus dalam melakukan sesuatu kerja,mengabaikan penampilan diri,kelihatan letih dan mamai Akhir sekali,ibu bapa haruslah sentiasa peka terhadap anak anak mereka agar tidak sesat jalan.


KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH APA ITU DADAH ? Dadah adalah sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibatnya, seseorang yang telah menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung harap kepada dadah. APAKAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU ADALAH PENAGIH DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT? PENULIS: NUR ADRINA SAZLIN BINTI MOHD ZAIDI Kebiasaannya, pelajar akan ponteng kelas atau universiti, Disiplin pelajar akan merosot jika pelajar terjebak kepada dadah, tercicir pelajaran dan universiti, pelajar selalu mengasingkan diri daripada pelajar lain.


APAKAH KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH? ANTARA KESAN KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH IALAH MASALAH KEWANGAN DADAH ADALAH SANGAT MAHAL, TERUTAMA JIKA MENGGUNAKANNYA DENGAN KERAP DAN BANYAK. PENYALAHGUNAAN DADAH JUGA BOLEH MEMBERIKAN IMPAK KEPADA PRODUKTIVITI DAN KEJAYAAN DI TEMPAT KERJA DAN UNIVERSITI. SETERUSNYA IALAH KOMPLIKASI KESIHATAN, PENGGUNAAN DADAH MEMBERI IMPAK KEPADA HAMPIR KESELURUHAN TUBUH BADAN DARIPADA JANTUNG HINGGA KE USUS PENYALAHGUNAAN DADAH MENYEBABKAN KADAR JANTUNG YANG TIDAK NORMAL DAN BERLAKUNYA SERANGAN JANTUNG. KEMUDIAN IALAH DARI SEGI UNDANG UNDANG, AKIBAT TIDAK MAHU BERHENTI MENGAMBIL DADAH BOLEH MENYEBABKAN INDIVIDU DIBUANG KERJA DAN MEMBAWA ISU YANG LEBIH BESAR ISU INI ADALAH SERIUS KERANA IANYA BUKAN SAHAJA BAHAYA KEPADA ORANG LAIN TETAPI TURUT MEMBAHAYAKAN ORANG SEKELILING. PENAGIH BOLEH DISABITKAN KESALAHAN WALAUPUN PENAGIH DI BAWAH PENGARUH BAHAN. SETERUSNYA ADALAH KESAN DADAH KEPADA KELUARGA, IANYA BOLEH MEROSAKKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN. MASALAH SOSIOEKONOMI DISEBABKAN OLEH PENAGIH DADAH AKAN TERTUMPU KEPADA PENCARIAN DAN PEMBELIAN DADAH SERTA PENGABAIAN KELUARGA. AKHIR SEKALI IALAH KESAN DADAH KEPADA PELAJAR/INDIVIDU, PENGGUNAAN DADAH BOLEH MEMBERIKAN KESAN KEPADA MASYARAKAT IAITU PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT SEPERTI HIV,HEPATITIS DAN TUBERKULOSIS.


Bunyi mesin defibrilator kedengaran, disambut juga dengan bunyi tangisan. "Maafkan mak kerana tidak mampu buat apa-apa" katanya dalam nada teresak-esak. Tubuh kaku anak kecil yang berusia 3 tahun itu dipeluk erat dan ditatap dengan tatapan yang menyesal. Terimbas kembali kisah lama yang sangat menyayat hati berawal dengan suka berakhir dengan duka. Halimah seorang wanita yang jelita telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang rupawan dan hartawan bernama Hashim. Hubungan yang mereka punyai sangat indah bagai dunia ini mereka yang punya. 6 bulan setelah menjalinkan hubungan mereka bersetuju untuk bernikah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Diawal perkahwinan semuanya indah belaka tetapi disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari 5 bulan selepas melayari bahtera perkahwinan, Halimah mengetahui suaminya telah menghisap dadah. Halimah mengetahui punca suaminya menghisap dadah adalah kerana pujukan rakan kongsi mereka. Perubahan demi perubahan yang dialami suaminya menyebabkan Halimah merasakan sesuatu yang agak asing. Hashim menjadi panas baran dan suka bercakap sendirian, lama kelamaan Hashim jarang pulang ke rumah dan suka pulang dalam keadaan mabuk. Jika Halimah bertanya Hashim akan memukul Halimah dengan teruk. Halimah semakin murung tiada arah tuju. Derita Isteri penagih PENUL IS : EISYA S O FEA B T MO HD HAI LANI


Suatu hari Halimah muntah-muntah, Pak Hamid pemandu kepada Halimah menghantarnya ke hospital. Dia mendapat tahu bahawa dia sedang mengandung 2 bulan. Halimah takut untuk pulang ke rumah, akhirnya dia meminta Pak Hamid untuk menghantarnya pulang ke kampung. Halimah menceritakan segala-galanya kepada ibu bapanya, mereka cukup terkejut dan terkilan kerana tidak mengetahui semua ini dari awal. Hanya tangisan dan ucapan maaf sahaja yang keluar dari bibir ibu bapanya. 6 bulan selepas itu, suaminya muncul semula dalam keadaan yang sangat teruk seperti seorang pengemis. Rupa-rupanya perniagaannya telah muflis rakan kongsinya sudah dicekup pihak polis akibat penjualan dan pengedaran dadah di dalam dan luar negara. Halimah bagai tidak percaya melihat keadaan suaminya. Hashim ingin Halimah mengikutinya tetapi dihalang oleh bapa Halimah. Hashim masih berdegil dan nenarik tangan Halimah dengan kasar dan menampar muka Halimah. Ibu bapa Halimah cuba menghalang tetapi bapa Halimah ditendang dengan kasar dan menampar muka ibu Halimah. Ibu bapa Halimah sudah tidak berdaya melawan Hashim. Tiba-tiba Halimah merasakan sesuatu yang pelik dan amat sakit datang dari perutnya. Nasib jiran yang lalu lalang di kawasan rumah Halimah mendengar keributan itu dan membantu Halimah. Halimah selamat melahirkan bayi pramatang tetapi disahkan positif HIV tetapi Halimah tidak peduli. Alhamdulillah ibu bapa Halimah tidak cedera parah, Hashim juga sudah ditangkap. Tiba-tiba bunyi defibrilator semakin kuat kedengaran, Halimah terbangun dari lenanya. Halimah ketakutan dan memanggil doktor untuk melihat keadaan anaknya yang sedang tenat itu. Halimah menangis teresak-esak mengharapkan keadaan anaknya akan kembali seperti sediakala. Sebagai manusia kita mesti ingat bahawa dunia ini milik Allah, maka segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Halimah menarik nafas lega kerana segala urusan pengebumian anaknya berjalan lancar. Akhirnya, selepas 3 tahun anaknya berjuang dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat yang mulia. Anaknya dikebumikan disebelah kubur suaminya, Hashim yang telah meninggal 2 bulan lalu akibat organ dalamannya tidak dapat lagi berfungsi kerana virus HIV.


INFOGRAFIK


SIKAP INGIN TAHU KURANG MENDAPATKAN PENDIDIKAN AM DAN ROHANI PENGARUH BURUK DARIPADA RAKAN DAN MASYARAKAT KURANG MENDAPATKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG PENGARUH MEDIA MASSA MASALAH PERIBADI PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH


Cara mengatasi penggunaan dadah melakukan aktiviti sukan bersama keluarga membuat kempen "jauhi dadah" pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat memilih rakan yang betul mendekatkan diri dengan tuhan media massa perlu memperbanyakkan iklan tentang bahaya dadah


RUJUKAN http://www.myhealth.gov.my/dadah / http://www.myhealth.gov.my/penyal ahgunaan-dadah/ https://www.adk.gov.my/ 1. 2. 3.


Click to View FlipBook Version