KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH NAMA : ABDULRAHMAN BIN SULTANG ANGKA GILIRAN : 2023052380001 NO KAD PENGENALAN : 830625125499 KUMPULAN / UNIT : PDP (KDC) – PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KOD / NAMA KURSUS : PAKK2302D / SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : PUAN ESTHER KWE CHOI LEAN JENIS TUGASAN : PORTFOLIO TARIKH HANTAR : 29. 07. 2023
2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU PENTAKSIRAN KERJA KURSUS BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Perincian maklum balas kerja kursus Pengesahan pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan : Tandatangan pelajar : Tarikh : 29.07.2023 Nama : ABDULRAHMAN BIN SULTANG Angka Giliran : 2023052380001 Kod : PAKK2302D Nama Kursus : SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK Pensyarah : PUAN ESTHER KWE CHOI LEAN Tarikh Hantar : 29 JULAI 2023 Tarikh Terima : Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan : Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan : Tarikh : Tandatangan: Tarikh : Pengakuan pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan pelajar : Tarikh : 29.07.2023
3 BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENTAKSIRAN KERJA KURSUS 2 BORANG PENYERAHAN TUGASAN KERJA KURSUS 3 PENGHARGAAN 4 1. PENDAHULUAN 5 2. FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK 7 3. IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK 8 4. AKTIVITI CADANGAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR 10 5. AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. 13 5.1 AKTIVITI KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 0 - 12 BULAN 13 5.2 AKTIVITI KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 1 - 2 TAHUN 14 5.3 AKTIVITI KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 3 - 4 TAHUN 15 5.4 AKTIVITI KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 5 - 6 TAHUN 17 6. PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 22 7. KESIMPULAN 23 8. RUJUKAN 24
4 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah saya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus PAKK2302D Sosioemosi Dan Tingkah Laku Kanak-kanak dalam membuat satu Portfolio yang berkaitan faktor dan implikasi perkembangan sosioemosi, peranan guru dan aktiviti yang menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan dalam mata pelajaran ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Esther Kwe Choi Lean, Pensyarah bagi Kursus PAKK2302D Sosioemosi Dan Tingkah Laku Kanak-kanak yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga tugasan kerja kursus ini dapat siap sepenuhnya. Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada diri saya. Sekian, terima kasih. ……………………………………..
5 1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza dari pelbagai sudut termasuklah tahap pemahaman, pekembangan serta pemikiran. Perbezaan ini dipengaruhi sedikit sebanyak oleh keadaan persekitaran, biologi, umur dan latar belakang keluarga. Walaupun kanak-kanak dapat mengembangkan pertumbuhan fizikal, emosi dan sosial mereka sendiri mengikut peringkat umur mereka, namun pendedahan persekitaran akan lebih mempercepatkan lagi perkembangan mereka secara tidak langsung. Peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat umur adalah dari peringkat pertama, iaitu 0 hingga 1 tahun. Pada peringkat ini adalah dari segi kematangan emosi. Bayi mula menangis untuk menujukkan emosinya dan bayi mula tersenyum. Emosi bayi mula berlaku pada bulan pertama. Sedangkan perkembangan fizikal berlaku pada ketika berumur 4 bulan yang dapat dilihat melalui pergekan mata dan cara bayi melihat . Pada peringkat kedua atau umur kanakkanak setahun sehingga 2 tahun. Pasa masa ini, kematangan fizikal mula kelihatan dan berjaya menujukkan perkembangan serta kemantangan mental. Kanak-kanak mula berjalan, berlari dan melompat. Pada peringkat ketiga atau pada umur 2 tahun hingga 3 tahun, kanak-kanak dapat menyebut perkataan-perkataan mudah dan ayatayat yang mudah dan kanak-kanak mula menujukan sikap berdikari. Pada peringkat keempat atau umur kanak-kanak tiga hingga empat tahun. Kanak-kanak boleh membuat aktiviti-aktiviti rutin harian dan kanak-kanak mula meluangkan masa dengan keluarga dan dapat . Pada ketika ini kanak-kanak selalunya sudah mula aktif dan sangat aktif. Pada peringkat seterusnya adalah pada peringkat ke 5 atau pada umur empat hingga lima tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula berinteraksi dengan rakan-rakan dan ini akan membentuk kematangan emosi dan sosial yang baik. Perkembangan sosioemosi membolehkan seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.
6 Siti Affiza Mohammad et al., (2021) mengatakan bahawa kemahiran sosioemosi ini boleh didefinisikan sebagai satu kemahiran yang digunakan oleh kanak-kanak untuk membantu mereka supaya dapat melakukan kemahiran seperti bekerjasama, bersifat empati, berdikari dan melakukan aktiviti yang boleh diharapkan oleh orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Ini kerana kemahiran ini adalah antara kemahiran terpenting yang perlu ada pada diri kanak-kanak untuk persiapan masa hadapan mereka. Oleh itu, perkembangan sosioemosi ini memainkan peranan penting bagi mengembangkan lagi kemahiran sosial emosi mereka di dalam kehidupan seharian yang telah dilakukan. Bahkan ia tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak terutama sekali ibu bapa dan guru-guru. Ini kerana kedua-dua individu Inilah yang akan yang berperanan penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak dengan lebih baik.
7 2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak pada peringkat umur 0 hingga 2 tahun, 3 hingga 4 tahun dan 5 hingga 6 tahun. Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak pula, ianya banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti faktor biologi dan faktor persekitaran (PKK Faktor-Faktor Perkembangan KanakKanak, 2014). Faktor biologi merupakan faktor yang utama yang merangkumi baka dan keturunan. Baka ini berpengaruh dalam menentukan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Baka dari keturuna yang bijak atau cerdik kebiasaanya akan menurukankan baka tersebut kepada anak mereka. Pada kebiasaannya, ibu bapa yang lebih bijak akan menghasilkan anak-anak yang lebih bijak berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang lebih lemah. Selain itu, ibubapa yang memiliki emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi emosi anak mereka. Sebagai contoh ibubapa yang pemarah akan memberi kesan kepada anakanak mereka, seterusnya tabiat dan tingkah laku itu akan diwarisi dan akan di ikuti oleh anak-anak bila mereka berkembang dewasa dan sekiraya ia tidak di bendung dari awal. Selain itu, pembawaan genetik yang diwarisi oleh anak-anak juga penting dalam mempengaruhi sosioemaosi kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai tanda-tanda seolah-olah tidak ingin bersosial secara umumnya dikaitkan dengan faktor genetik yang didapati melalui keturunannya menunjukkan dan juga dapat dilihat tanda-tanda tidak mahu bercakap ataupun bergaul dengan rakan-rakan yang lain (Faktor Genetik Bentuk Personaliti, 2017). pada kebiasannya ibubapa yang pendiam dan tidak banyak bercakap akan berpotensi memiliki anak-anak yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Selain itu, faktor kedua yang berpengaruh dalam pembentukan sosioemosi kanakkanak ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran ini terdapa beberapa yang saling berkain antara satu sama lain termasuklah persekitaran dirumah yang dipengaruhi kedudukan ekonomi keluarga, persekitaran di rumah, persekiran masyarakat sekeliing dan juga persekitaran di tempat belajar. Persekitaran juga mampu memberikan kesan yang lebih kuat terhadap perkembangan sosioemosi mereka kerana pendedahan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut semasa mereka berinteraksi bersama-sama dengan orang-orang di dirumah dan dipersekiaran juga dapat mempenagruhi sosioemosi kanak-kanak. Menurut Azhar, 2006; petikan dari Zakaria Stapa et al., (2012) keadaan persekitaran kanak-kanak juga boleh menjadi pengaruh ataupun sumber kepada pembelajaran bagi proses pembentukan tingkah laku bagi seorang kanak-kanak berdasarkan kepada jenis pembelajaran sosial yang didedahkan seperti halangan, pemodelan, dorongan dan maklumbalas. Dalam hal ini, pengaruh persekitran seperti pengaruh ibu bapa, pengaruh
8 rakan sebaya, pengaruh guru-guru dan juga pengaruh masyarakat yang terdapat di sekeliling mereka turut memberi kesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, faktor-faktor yang telah disebutkan tersebut merupakan antara perkara yang akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak semenjak mereka dari kecil lagi dan setiap faktor ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain di dalam memberikan pembelajaran yang mampu membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak semasa mereka berada di persekitaran tersebut. Selain dua faktor utama itu terdapat juga pendapat yang mengatakan bahwan ibu bapa memerlukan tiga set kepakaran untuk menyempurnakan amanah, tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa iaitu sikap keibubapaan, ilmu keibubapaan dan kemahiran keibubapaan (Mustafa Daut, 2004). Maka dengan itu jelaslah bahawa dua faktor utama ni dapat menpengaruhi sosioemosi kanak-kanak seterusnya dapat dilihat daripada pembawaan kanak-kanak tersebut telah dipenagruhi oleh faktor biologi baka dan persekitaran. 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK Impikasi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak berumur 0 hingga 2 tahun ialah kanak- kanak yang mana kanak-kank mula belajar meluahkan emosi. Pada masa ini mereka tidak dapat mengawal emosi itu dengan baik. Bahkan Kanak-kanak akan menggunakan emosinya mengikut prasaan hatinya. Namun mereka sudah mula memahami perkataan dan ungkapan yang mudah. Tingkah laku kanak-kanak akan menunjukkan perasaan seperti menangis, menjerit, tersenyum, kegembiraan dan kesedihan. Kanak- kanak sudah mula memahami perasaan mereka pada umur 3 hingga 4. Namun kanak- kanak belum pandai menguruskan tindak balas emosi dengan betul dan mengawalnya dengan baik. Seterusnya implikasi tingkah laku pula kanak-kanak mula memberi bertindak balas. Contohnya apabila mereka mereka merasa marah atau sedih misalnya kanak-kanak akan bertingkah laku menangis dan menjerit untuk melepaskan emosi mereka. Bahkan dapat dilihat apabila mereka melihat sesuatu yang lucu, kanak-kanak itu akan bertindak balas dengan ketawa, tetapi dengan cara yang tidak terkawal. Seterusny pada usia 5 hingga 6 tahun mereka lebih boleh mengawal emosi mereka sendiri dan dapat menenangkan rakannya yang sedih kerana sikap empati mereka. Pada usia ini mereka sudah dapat menujukkan sikap bertanggungjawab dan menunjukkan tingkah laku yang baik yang ditiru dari orang dewasa serta dapat mengawal tingkah laku mereka dengan bimbingan orang dewasa.
9 Saltali et al., 2018; petikan dari Jusiah Idang et al., (2021) berpendapat bahawa perkembangan sosioemosi yang lebih positif, ianya mampu membantu kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan pengaruh yang lebih baik dan antara implikasi yang terjadi disebabkan oleh perkembangan sosioemosi kanak-kanak adalah mereka mampu untuk menyelesaikan masalah, menguruskan perasaan mereka, berempati dan mempunyai daya tahan yang tersendiri. Disini dapat disimpulkan beberapa implikasi seperti implikasi kanak-kanak dapat menguruskan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan sendiri dan sekiraya tidak dapat mereka akan bertanyakan kepada orang yang lebih dewasa. Makanala implikasi menguruskan perasaan dan emosi mereka, ianya memberikan mereka daya tahan untuk mengendalikan setiap emosi seperti marah, sedih dan gembira dengan lebih baik. Seterusnya implikasi yang terakhir pula, mereka akan mempunyai daya tahan yang tersendiri apabila berhadapan dengan pelbagai konflik ataupun emosi melalui persekitaran mereka dan kemahiran sosioemosi mereka akan semakin meningkat.
10 4.0 AKTIVITI CADANGAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR Guru menainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru boleh menggunakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid bagi memupuk perkembangan emosi mereka. Aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu elemen yang sangat penting dalam pendekatan perkembangan kanak-kanak (Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali 2011). Seterusnya, ”Bermain” bermaksud cara kanak-kanak belajar tanpa pelu di ajar oleh orang dewasa melaui pengalaman, pengembaraan yang merangkumi akativiti fizikal, emosi, sosial dan kognitif yang berlaku secara spontan. Pelbagai aktiviti yang boleh meransang perkembangan tingakah laku dan sosioemosi termasuklah aktiviti bermain yang akan di diperincian seperti berikut: Pada usia 0 hingga 2 tahun, contoh aktiviti seperti alatan berbunyi, dengan kaedah aktiviti secara individu serta membuat pemerhatian. Aktivitinya seperti kanak-kanak hanya bermain seorag diri pada usia 0 hingga 6 bulan. Pada usia 6 hingga 12 bulan kanak-kanak akan mencapai, mengutip dan mengenggam menggunakan tangan dan kemudian akan memasukkan ke dalam mulut. Seperti bermain rattle atau alat yang berbunyi. Pada usia 12 hingga 18 bulan, permainan peek-a-boo dimana penerokaan menggunakan tangan dan mulut serta melihat dan meniru pergerakan seperti bertepuk tangan dan membuang permainan. Pada usia kanak-kanak 0 hingga 3 bulan bahan bantu mengajar adalah ibubapa itu sendiri. Ibubapa banyak beriteraksi kepada kanak-kanak, memberikan pelukan yang memberi keselesaan kepada bayi dan bayi akan merasakan keselamatan hasil pelukan dari ibubapa. Sentuhan, berbual dan belaian kepada bayi akan menimbulkan suasana kasih sayang antara ibubapa dan bayi. Bayi akan menangis dan ibubapa berbual secara spontan dan bertanya dan akan mengusap belakang bayi yang akan meyebabkan bayi akan reda dari nangisnya. Sekiranya masih menangis, ini bermakna kemungkinan tidak selesa, lapar atau rasa panas. Namun pada usia 6 hingga 9 bulan kanak-kanak sudah mampu memegang objek di tangan. Kanak-kanak suka memengang, memicit dan kanak-kanak suka memasukkan apa sahaja yang diberikan ke dalam mulut. Ibubapa harus memberikan permainan atau alatan yang sesuai pada peringkat ini. Kanak-kanak diberikan alatan yag berbunyi dan lembut. Selain itu, bertepuk tangan adalah aktiviti yang dapat merangsang kanak-kanak dengan baik. Pada peringkat umur 9 hingga 12 bulan. Bahan yang berwarna amat memberi kesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak gemar medengar dan melihat buku cerita. Pada ketika ini ibubapa membaca dengan ekspresi muka gembira, sedih dan
11 terperanjat. Pada ketika ini kanak-kanak sudah dapat memahami mimik muka. Ibubapa memberikan permainan pelbagai saiz dan bentuk serta warna. Pada ketika ini kanak-kanak sudah dapat mebezakan saiz meskipun pada jarah yang agak jauh. Aktiviti untuk bayi dan kanak-kanak Pada usia kanak-kanak 3 hingga 4 tahun, aktiviti berbentuk perkongsian dan dilakukan secara berpasangan. Kanak-kanak mula bermain bersama dan berinteraksi semas bermain. Pada ketika ini aktiviti berkumpulan amat di galakkan sepeti cuba menyelesikan puzzle dan aktiviti tayangan video. Selain itu, aktiviti seperti mengenal bentuk huruf dan membezakan warna juga sesuai pada katika ini. Bermain bersama kanak-kanak yang lain dalam kumpulan. Ketika ini kanak-kanak suka bertanya untuk mendapatkan kepastian seperti apa, kenapa dan bagaimana. Selain itu, aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu elemen yang sangat penting dalam pendekatan perkembangan kanak-kanak. Contohnya aktiviti perbincangan, bercerita dan bersoal jawab. Kanak- kanak yang bekerja secara berkumpulan akan saling bertukar- tukar pandapat dan terjadinya perkongsian emosi dan tingkah laku meraka serta kanak-kanak lebih berkebolehan menggunakan emosi dan tingkah laku mereka dan guru hanya sebagai pembimbing (Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali 2011). \ Aktiviti berkumpulan
12 Pada usia 5 hingga 6 tahun. Permainan yang berbentuk kerja sama dan aktiviti kumpulan amat sesuai pada ketika ini. Kana-kanak kan beriteraksi, mengabil bahagian, pemilihan permainan dan membuat keputusan. Belajar untuk memahami simbol, penulisan dan bacaan. Kanak-kanak boleh memahami sesuatu berdsarkan pengalaman lepas. Kanakkanak boleh bekerjasa sama dalam kumpulan, menunggugiliran dan gembira dalam permainan. Guru-guru perlulah merancang satu aktiviti yang dapat menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Ini bagi bagi memastikan kanak-kanak mampu mengembangkan sosioemosi dan tingkah laku mereka dengan lebih positif semasa berada di dalam kelas, Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru adalah dengan melaksanakan aktiviti main peranan. Kaedah Main Peranan (2011), aktiviti ini akan memerlukan kanak-kanak untuk melakukan gaya seperti watak yang telah ditunjukan dan dibayangkan oleh guru dan merupakan antara satu aktiviti yang mampu memberikan peluang kepada murid-murid untuk membayangkan diri mereka sendiri di dalam pelbagai situasi yang telah diberikan oleh guru. Namun, terdapat juga satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa apabila aktiviti main peranan ini dijalankan, kanak-kanak mampu berubah keadaan kawalan mereka daripada kendiri invasif kepada kawalan kendiri yang lebih positif (Siti Affiza Mohammad et al., 2021). Bahkan, menurut Zaleha Damanhuri, (2017) aktiviti main peranan juga merupakan antara satu aktiviti yang melibatkan kanak-kanak untuk bermain dan ianya memberikan mereka peluang untuk menunjukkan tingkah laku yang lebih bebas tanpa perlu terikat dengan mana-mana peraturan yang telah ditetapkan. Bermain Boneka Tangan Dan Aktiviti Berkumpulan
13 5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. 5.1 Aktiviti Kanak-Kanak Peringkat Umur 0-12 Bulan UMUR KANAKKANAK/ NAMA AKTIVITI PENERANGAN AKTIVITI 0 HINGGA 6 BULAN PEEK-A-BOO Aktiviti ini sangat mudah dilaksanakan kerana hanya dengan menggunakan tangan atau bahan seperti kain degan menutup muka kemudian membuka semula dengan memandang bayi. Aktiviti ini dapat merangsang deria sentuh, penglihatan dan mewujudkan perasaan gembira dan seronok kepada bayi. Selain itu, aktiviti ini dapat menambah ikatan kemesraan dan keseronokan antara bayi dan ibubapa. Bahkan kanak-kanak merasa mendapat perhatian daripada ibubapa. 7 HINGGA 12 BULAN EXPLORER TIME Aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan kanak-kanak di lantai dalam keadaan yang selamat dan membiarkannya meneroka persekitaran. Aktiviti ini merangsang motor kasar kanak-kanak dengan bergerak menggunakan badan dan meneroka persekitaran. Selain itu kanak-kanak akan bergerak dengan menggunakan tangan dan kaki untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
14 5.2 Aktiviti Kanak-Kanak Peringkat Umur 1-2 Tahun UMUR KANAKKANAK/ NAMA AKTIVITI PENERANGAN AKTIVITI 1 HINGGA 2 AKTIVITI BERMAIN WARNA, BONGKAH DAN BUKU Aktiviti ini dilakukan bagi merangsang visual kanak-kanak dengan warna-warna yang menarik perhatian kanak-kanak. Aktiviti ini dilakukan dengan memperkanalkan warna-warna dan bentuk bongkah kepada kanak-kanak. Selepas itu, membiarkan kanakkanak memilih dan menyusun bongkah dengan bebas. Setelah selesai aktiviti ibubapa bapa atau guru meminta kanak-kanak untuk mengemas bongkah, warna dan buku di tempat yang disediakan.
15 5.3 Aktiviti Kanak-Kanak Peringkat Umur 3-4 Tahun AKTIVITI BERMAIN PUZZLE Umur 3 HINGGA 4 TAHUN Tajuk BEMAIN PUZZLE Bidang Perkembangan 1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian 2. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik 4. Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak boleh membuat pergerakan dan memilih bentuk serta warna. Objektif 1. Melahirkan perasaan gembira semasa bermain puzzle bersama rakan-rakan. 2. Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata tangan. 3. Meningkatkan kefahaman matematik awal mengenai bentuk, warna, kecil dan besar Tempat dan Ruang Ruang tamu yang selamat dan ruang pembelajaran Bahan Puzzle pelbagai saiz Langkah Aktiviti 1. Kanak-kanak dikenalkan bahan-bahan atau puzzle yang ada dihadapan mereka. 2. Kanak-kanak melihat guru membuat satu contoh cara bermain puzzle dengan betul. 3. Kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba memasang puzzle dengan bimbingan guru. 4. Kanak-kanak diberikan puzzle setiap seorang dan diminta untuk memasang puzzle dengan betul. 5. Kanak-kanak diperhatikan dan diberi bimbingan oleh guru. 6. Bersoaljawab tentang puzzle yang dipasang. - Gambar apa tu? - Cantik tak gambarnya? 7. Selasai bermain, kanak-kanak diminta mengemas dan mengembalikan puzzle di tempat yang disediakan oleh guru. 8. Bersoaljawab mengenai gambar-gambar yg terbentuk pada puzzle, bertanya siapakah yang berjaya menyiapkan puzzle dan meminta
16 kanak-kanak menyatakan perasaan mereka. 9. Akhirnya, kanak-kanak diberi pujian kerana berjaya menyiapkan puzzle dengan baik dan memberi Kerjasama yang baik. Refleksi Pada akhir aktiviti kanak-kanak dapat 1. Melahirkan rasa gembira semasa bermain puzzle bersama rakanrakan. 2. Meningkatkan kemahiran motor kasar, halus dan loordinasi mata semasa menjalankan aktiviti bermain puzzle. 3. Kanak-kanak dapat menbezakan saiz besar dan kecil serta warna pada puzzle dengan betul.
17 5.4 Aktiviti Kanak-Kanak Peringkat Umur 5-6 Tahun Nama Aktiviti : Smart Boat Nama Pendidik : Abdulrahman bin Sultang Nama Tabika : KOMPLEKS TABIKA KEMAS TAMAN RIMBAWAN (SLOT PENGAJARAN) Kelas : C Tarikh : 11 Julai 2023 (Selasa) Masa : 9.00 pagi - 9.30 pagi (30 minit) Bil. Kanak - Kanak : 15 Orang ( 5-6 tahun) Tajuk / Tema : Smart Boat / Kenderaan di air Tunjang Utama : Keterampilan Diri Standard Kandungan : KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi Standard Pembelajaran : KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin Kesepaduan Tunjang : MA 3.1.3 Menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor. BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respon dengan bertatasusila terhadap : i ) Arahan ii ) Soalan iii ) Cerita Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, Kanak - kanak dapat :- 1. Bertutur dan berinteraksi dengan yakin. 2. Mengira kuantiti objek melalui operasi tambah dengan tepat. Pengetahuan Sedia Ada : Boleh Bercakap Dengan Rakan-rakan. Kemahiran Berfikir (KBAT) : Menguasai Pertuturan Elemen Merentas Kurikulum : Sains Dan Teknologi (EMK) Penerapan Nilai : Berani, Berkerjasama, Bertoleransi, Penghargaan. Bahan Bantu Mengajar : Smart Boat, Bola Pingpong, Guli, Pinggan dan Lembaran kerja Fokus MI : Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis. Kosa Kata : Smart Boat, Ping pong nombor, bentuk dan warna.
18 Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Catatan / Bahan Set Induksi 9.00 - 9.03 pagi (3 Minit) Lakonan menimang dan bermain bola ping pong 1. Kanak-kanak berkumpul di ruangan pembelajaran. 2. Guru melakonkan situasi menimang bola ping pong dan mengira bola ping pong. 3. Guru memberi salam dan bertanya kepada kanak-kanak sama ada sudah bersedia untuk aktiviti pembelajaran seterusnya. 4. Guru bertanya kepada kanakkanak sekiranya memahami operasi tambah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Bola ping pong Kosa kata : Lakonan Langkah 1 9.03 - 9.13 pagi (10 Minit) Menerangkan cara menggunakan Smart Boat 1. Guru memperkenalkan BBM yang diberi nama Smart Boat. 2. Guru menerangkan komponen yang ada pada Smart Boat. 3. Kanak-kanak diminta untuk bercakap semula mengenai Smart Boat seperti yang guru terangkan tadi. 4. Kemudian, guru menunjukkan cara menggunakan Smart Boat untuk menyelesaikan masalah operasi tambah. - SmartBoat Nilai : Yakin pada diri sendiri Kosa kata : - Bahan Bantu Mengajar (BBM) - Smart Boat
19 Langkah 2 9.13 - 9.23 pagi (10 minit) Menyelesaikan masalah operasi tambah dengan menggunakan Smart Boat 1. Guru menerangkan simbol tambah (+) dan sama dengan (=). 2. Guru meminta kanak-kanak memutar ‘Roda nombor’ yang mengandungi nombor. 3. Kanak-kanak diminta menyebut yang di tunjukkan pada roda nombor. 4. Kemudian, kanak-kanak mencari dan memilih nombor pada dalam Boat dan meletakkan pada ‘Mini board’. 5. Seterusnya, kanak-kanak boleh mengambil bola ping pong di bahagian kedua dan meletakkan ke bahagian ke tiga mengikut nombor yang diperoleh. 6. Langkah 2 hingga 5 diulang bagi mendapatkan nombor yang ingin ditambah. 7. Guru meminta kanak-kanak mengira semula bola ping pong untuk pengesahan jawapan yang betul. 8. Kemudian, kanak-kanak melekat nombor di papan mini bermagnet. 9. langkah ini juga sama dengan menggunakan dadu nombor, dengan melepar dadu nombor. Nombor yang tertera bahagian atas dipilih dilekatkan pada papan mini, meletakkan simbol tambah dan membaling dadu nombor kemudian melekatnya di papn mini. Pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan bola pingpong atau guli. EMK : Sains dan Teknologi; Kreativiti dan Inovasi Nilai : mendengar arahan, berdisiplin, sabar, bertoleransi Kosa Kata : - Tambah (+) - Sama Dengan (=) - Roda nombor - Papan Mini Langkah 3 9.23 – 9.28 pagi (5 Minit) Membuat latihan menggunakan lembaran kerja yang diedarkan secara individu 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak. 2. Guru meminta kanak-kanak melakukan tugasan tersebut secara individu. 3. Guru membimbing kanakkanak untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut. Lembaran Kerja
20 Penutup 9.28 - 9.30 pagi (2 Minit) Pengukuhan menyelesaikan masalah operasi tambah 1. Guru bertanya mengenai perasaan kanak-kanak selepas melakukan aktiviti pembelajaran. 2. Guru menyemak hasil kerja kanak-kanak. 3. Guru mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak dan memberikan penghargaan kepada mereka. Nilai : Penghargaan Refleksi Guru : Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak dapat berinteraksi dan bertutur dengan mudah. Seterusnya, kanakkanak dirangsang untuk lebih kreatif dan inovatif serta sentiasa mengamalkan interaksi berhemah sesama rakan dan guru. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan Smart Boat. Pentaksiran Bilik Darjah / Ulasan Guru : Kanak-kanak dapat menunjukkan kebolehan bertutur dan berinteraksi degan rakan-rakan. Kanak-kanak menujukkan sifat yakin pada diri sendiri, mendengar arahan guru dan bertoleransi dengan rakan-rakan yang lain semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. Seterusnya, melalui peneguhan pemahaman konsep, kanak-kanak memahami pembelajaran apabila dapat menjawab soalan latihan pada lembaran kerja berkaitan operasi tambah. Kanak-kanak yang hadir dapat memahami simbol tambah (+) dan sama dengan (=) dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mudah apabila menggunakan Smart Boat.
21 Gambar Aktiviti Smart Boat
22 5.0 PERANAN GURU YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK Peranan guru amat penting dalam pebentukan sosioemosi dan tingkah laku kanakkanak. Walapun tidak dinafikan bahawa ibubapa ada peranan dalam hal ini. Namun peranan guru amat berkesan dalam mepengaruhi kanak-kanak dalam pembentukan tingkah laku. Kita sering mendengar kanak-kanak mengatakan ”cikgu kata” yang sering kanak-kanak perdengarkan bila mana kanak-kanak merasa ibubapa tersalah atau kurang tepat dalam menjawab sesuatu perkara. Pengaruh inilah yang banyak membentuk tingkah laku kanakkanak. Pertama sekali guru haruslah menjadi role model kepada kanak-kanak. Bila mana guru berperana sebagi teladan. Maka, lebih mudahlah kanak-kanak untuk mengikuti tingkah laku yang baik dan positif. Pembentukan nilai murni, adab sopan dan tingkah laku yang sopan. Guru adalah sebagai ikutan dalam hal ini. Perana pertama guru adalah sebagai promoter. Guru adalah sebagai promoter dalam penjaaan kesihatan. Guru meneragkan kepada kanak-kanak cara menjaga kesihatan dan menjaga makanan sihat. Natijahnya, guru hanya makan makanan yang berkhasiat dan baik untuk tubuh badan sahaja. Guru tidak menunjukkan makan makana yang tidak berkhasiat. Selian itu, guru menujukkan amalan penjaggan kesihatan yang baik dengan bersenam dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Peranan kedua adalah guru sebagai pembentuk nilai murni. Kanak-kanak akan lebih terbentuk dengan penekanan untuk pengamalan nilai murni dalam kelas. Memberikan contoh dan teguran yang membina akan memberi keselesaan kapada kanak-kanak. Sebagai contoh guru menjelaskan kebaikan berbuat baik kepada ibubapa, menghormatinya dan menyayangi kedua ibupapa dengan memberikan contoh jika tiada ibubapa. Selain contoh nilai dalam kelas berkasih sayang, hormat-menghormati adalah penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Peranan guru seterusnya adalah sebagai pemudah cara. Ini sangat penting dalam pengajaran dan penbelajaran. Ini kerana guru akan menggunakan pelbagia cara bagi memudahkan kanak-kanak memahami apa yang diajarkan. Memastikan kanak-kanak agar mamahami apa yang di ajar. Ini menjadikan sosioemosi kanak-kanak lebih stabil dan lebih baik. Peranan yang akhir guru adalah sebagai pentaksir. Guru dapat menilai setiap hasil kerja kanak-kanak memberikan terguran yang membina dan menyenangkan kanak-kanak. sebagai seorang guru ianya perlu bagi mereka untuk memberikan komen ataupun maklum balas terhadap apa yang dilakukan oleh murid-murid supaya murid-murid mengetahui setiap kesilapan ataupun keberhasilan yang telah dilakukan oleh mereka. Melalui maklum balas
23 yang diberikan oleh guru mereka, mampu meningkatkan keinginan mereka terhadap pembelajaran tersebut dan secara tidak langsung memberikan kestabilan kepada sosio emosi mereka. 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan sosioemosi kanak-kanak merupakan antara kemahiran yang terpenting dan perlu dititikberatkan oleh mana-mana ibu bapa bagi memastikan kawalan kendiri kanak-kanak mampu dikembangkan dengan lebih baik. Dengan perkembangan sosioemosi yang lebih baik, ianya mampu membantu kanak-kanak tersebut untuk meningkatkan lagi kemahiran kehidupan mereka seperti menyelesaikan masalah, berinteraksi dan memahami emosi diri sendiri dan orang lain dan menggunakannya pada masa akan datang. Walaupun ibubapa sangat berperanan penting dalam pembentukan sosioemosi kanak-kanak selain persekitaran. Namun, tidak kurang pentingnya peranan guru dalam pembentukan sosioemosi kanak-kanak. Sungguhpun begitu, kerja sama yang erat antara ibubapa dan guru amat penting bagi memastikan perkembangan sisioemosi kanak-kanak dapat berkebang secara optimum. Kemahiran dan peranan guru disekolah dalam menbetuk sahsiah kanak-kanak perlu dititik beratkan yang bertidak sebagai contoh teladan, promoter, pentaksir dn pemudah cara. Antara peranan yang boleh dijalankan oleh seorang guru adalah dengan meningkatkan daya kreativiti mereka semasa melakukan sesi pengajaran di dalam kelas dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai sosioemosi tersebut. Akhir sekali, guru perlulah bijak dalam mengenal pasti situasi yang sesuai dalam melaksanakan pengajaran dan pemebejaran yang bermakan kepada kanak-kanak agar dapat merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Walaupun setiap aktiviti yang dijalankan akan memberikan kesan yang berbeza terhadap setiap kanak-kanak, namun dengan aktiviti yang bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran sosioemosi dan tingkah laku yang baik.
24 RUJUKAN Faktor genetik bentuk personaliti. (2017, May 23). Harian Metro. Sumber dari https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/231870/faktor-genetik-bentuk-personaliti Jusiah Idang, Hanisah Halim, Murnizam Halik, & Sabariah Sharif. (2021). Isu Sosioemosi dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Sabah. Jurnal Psikologi Malaysia, 35(3), pp.1- 12.Sumber dari http://journalarticle.ukm.my/18140/1/661- 2516-1-PB.pdf Kaedah Pengajaran : Main Peranan. (2011, November 22). Nota Pelajar PISMP. Sumber Dari http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kaedah-pengajaran-mainperanan.html Mustafa Daut. (2004). Pendidikan keibubapaan: satu pengenalan ringkas. Dicapai pada 6 Oktober 2021. Daripada http://repo.uum.edu.my/1887/1/42.pdf PKK Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-Kanak. (2014, November 7). Sistem Guru Online. Sumber dari https://www.sistemguruonline.my/2014/11/pkk-faktor-faktor- perkembangan-kanak.html Siti Affiza Mohammad, Zaharah Osman, & Azian Niza Abdul Aziz. (2021). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), pp.47-60. Sumber dari https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah: Jurnal pendidikan Bahasa Melayu 1. 1-15
25 Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition, pp.155 - 172. Sumber dari http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan Main Dalam Kalangan Kanak-Kanak Awal. Jurnal Sains Sosial, 2, pp.144-155. Sumber dari https://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/download/458/389