KATAK YANG BIJAK
Ada seekor katak yang tinggal di dalam sebuah kolam yang bernama Joli. Pada suatu hari joli berjalan-jalan dan melompat-lompat untuk mencari makanan. Tiba- tiba dia terjatuh ke dalam sebuah lubang najis.
Joli melompat keluar dari lubang najis itu dan masuk ke dalam semak untuk bersihkan dirinya.
Seekor ular yang sedang mencari makanan di dalam semak itu, melihat Joli yang sedang bersihkan dirinya.
Kemudian ular itu terus menangkapnya ”Jangan engkau memakan aku ular kerana aku sudah terkena racun. Jika engkau memakan aku , engkau pun akan turut mati ” Jelas, Joli.
Ular pun melepaskan Joli tanpa berfikir panjang kerana dia pun takut mati bila memakan Joli.
Pada ke esokan harinya, ular telah menunggu di tempat yang selalu di lalui oleh Joli. Apabila melihat Joli, ular terus menangkap Joli dan hendak memakannya. ”Ular... janganlah engkau memakanku, aku baru mahu ke klinik kerana racun semalam telah masuk ke dalam badanku”. Rayu Joli.
”Esok aku akan datang dan lalu disini. Masa itu, racun dalam badanku sudah tiada, maka makanlah aku”. Kata Joli. Ular segera melepaskan Joli dengan rasa takut. Kemudian ular berkata ”Esok aku tunggu kamu disini, sambil menunjukkan laluan itu.
Pada keesokan harinya, awal pagi lagi ular sudah menunggu Joli di tempat laluannya.
Namun, masa telah berlalu Joli tidak muncul juga. Setelah itu, barulah ular sedar bahawa dirinya telah di tipu oleh Joli.
Setelah peristiwa itu, Joli tidak lagi lalu di kawasan itu dan pergi jauh dari situ agar ular tidak menangkapnya lagi.
Nukilan : Abdulrahman Sultang