The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidid.f042, 2021-04-25 08:47:03

Isu-Isu Perkahwinan dan Pembubaran Perkahwinan

e-BOOK Pendidikan islam

Isu-Isu Perkahwinan dan
Pembubaran Perkahwinan

NAMA : SYED AMIRUL AIDID BIN SYED AHMAD NAZRI
NO. PENDAFTARAN : B12SSK20F042

PENSYARAH : NUR AZMAH BINTI MOHAMAD SALEH

ISI KANDUNGAN
Pendapatan ulama tentang perkahwinan kanak-kanak........................2
Nikah mutah di Malaysia…………………………………………………………9
Hukum pernikahan di luar Negara terutama di Thailand………………13
Talak Bain……………………………………………………………………………18
Hukum lian dan implikasinya……………………………………………………21

PAGE 1

Pendapat ulama tentang perkahwinan kanak-
kanak

Perkahwinan kanak-kanak bukan suatu isu dalam kalangan
masyarakat silam.Amalan ini dilakukan secara meluas, bukan sahaja
dalam kalangan masyarakat Islam, bahkan juga dalam budaya silam
masyarakat dunia yang lain, seperti di China, Jepun, India, Babylon,

Rom, Athens, Yahudi dan Kristian di Eropah.

Perubahan pemikiran dan budaya masyarakat mengubah persepsi
mereka terhadap apa yang wajar atau sebaliknya dalam norma-
norma kehidupan dan bentuk perundangan yang mengatur peraturan
masyarakat setempat. Mereka mula menolak perkahwinan kanak-
kanak yang dilihat sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap

kanak-kanak dan menafikan peluang mereka
membuat keputusan tentang bentuk kehidupan yang mereka

inginkan apabila mereka dewasa.

Perbincangan perkahwinan bawah umur yang dikemukakandalam
artikel ini merujuk perkahwinan yang melibatkan kedua belah pihak

pasangan atau salah satu pihak adalah kanak-kanak mengikut
ketetapan umurdiperuntukkan dalam statut moden yang digunapakai

di negara-negara yangmempunyai majoriti masyarakat Islam pada
hari ini.

PAGE 2

DEFINISI KANAK-KANAK MENURUT HUKUM ISLAM DAN
UNDANG-UNDANG

Batasan antara seseorang yang dianggap dewasa dengan seseorang
yang dianggap sebagai kanak-kanak dalam Islam tidak secara mutlak

ditentukan oleh tahap umur sebagaimana yang dikemukakan oleh
prinsip perundangan Barat. Mengikut undang-undang Islam, istilah

kanak-kanak digunakan merujuk kepada seseorang yang belum
baligh.

Terdapat dua cara bagi menentukansama ada kanak-kanak itu sudah
baligh atau sebaliknya, iaitu i) baligh secara tabi’i, dan ii) baligh
dengan umur.

Penentuan baligh secara tabi’i bermaksud penentuan berdasarkan
tanda-tanda fizikal. Kanak-kanak perempuan dianggapkan sebagai
mencapai tahap baligh apabila didatangi haid dan bagi kanak-kanak
lelaki apabila keluar airmani. Penentuan baligh secara umur pula
ditentukan apabila tanda-tanda fizikal tidak berlaku pada tubuh badan

kanak-kanak. Oleh itu, fuqaha' meletakkan tahap umur tertentu
sebagai umur baligh. Mengikut mazhab Hanafi, Shafii, dan Hanbali
seseorang kanak-kanak dianggapkan sebagai baligh apabila berusia
lima belas tahun. Manakala mazhab Maliki pula menghadkan umur

tujuh belas tahun sebagai umur baligh.

PAGE 3

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENGIKUT PANDANGAN ULAMA
MAZHAB

Sebelum wujudnya undang-undang yang menghadkan umur minima
seseorang itu boleh berkahwin, amalan perkahwinan pada umur yang
muda, bahkan yang melibatkan kanak-kanak adalah suatu kebiasaan

dalam kalanganmasyarakat. Dalam kalangan masyarakat Arab
jahiliyyah contohnya, nikah al-sighar adalah suatu yang lazim. Nikah
al-sighar adalah amalan saling bertukar anak perempuan yang masih

muda antara bapa-bapa untuk mereka kahwini.Amalan ini tidak
memberi ruang pilihan kepada anak-anak perempuan untukmenolak.

Amalan nikah al-sighar ini walau bagaimanapun telah diharamkan
dalam Islam.

Perbincangan dalam kalangan mazhab fiqh menunjukkan perbezaan
pendapat ulama mengenai perkahwinan kanak-kanak. Jumhur ulama
berpendapat perkahwinan kanak-kanak dari segi hukumnya adalah
dibenarkan.Mazhab Malik i dan Shafi i berpendapat hanya wali mujbir

sahaja yang bolehmengahwinkan kanak-kanak yang berada di
bawah perwalian mereka, namun mereka berbeza pandangan
tentang siapakah orang yang dianggapkan sebagaiwali mujbir.
Mengikut mazhab Maliki hanya bapa sahaja dianggapkan sebagai
wali mujbir, dan ini tidak termasuk datuk sebelah bapa. Manakala,
mazhab Shaf’ i dan Hanbali hanya menerima bapa dan datuk

sebelah bapa sebagai walimujbir. Hanya wali mujbir sahaja
dibenarkan mengahwinkan kanak-kanak kerana mereka dianggapkan
bertindak atas dasar menjaga kebajikan dan maslahahkanak-kanak

yang berada di bawah perlindungan mereka. Wali yang lain (selain
wali hakim) termasuk bapa saudara atau adik beradik lelaki

contohnya tidak berhak mengahwinkan kanak-kanak di bawah
perwalian mereka.

PAGE 4

Walau bagaimanapun, mazhab Malik i mengatakan dalam keadaan
di manawali mujbir mewasiatkan kepada wasi (orang yang

diwasiatkan menjagakanak-kanak selepas kematian bapa), untuk
menikahkan anak perempuannya,wasi berkenaan juga dianggapkan
mempunyai kuasa sebagai wali mujbir. Begitu juga, dalam mazhab
Hanbali selain wali mujbir, wali hakim juga bolehmenggunakan kuasa
ijbar mengahwinkan seseorang termasuk kanak-kanak jika wujudnya
“hajah”(keperluan) yang memerlukan dia dikahwinkan bagimenjaga
maslahah dirinya. Walaupun mengahwinkan kanak-kanak dibenarkan

menurut pandanganulama sebagaimana yang dinyatakan di atas,
namun disunatkan bagi seorang bapa hanya mengahwinkan anak
perempuannya yang al-bikr (anak dara) yang sudah mencapai usia
baligh dan dengan mendapat keizinannya. Hanya ulama mazhab
Hanafi sahaja yang berpendapat bukan sahajawali bapa dan datuk
sebelah bapa dibenarkan mengahwinkan kanak-kanaklelaki dan

perempuan, bahkan juga wali-wali asabah yang lain juga boleh
berbuat demikian, dengan syarat lelaki (suami) adalah seorang yang
sekufu dan berkahwin dengan mahar mithli. Jika wali asabah (selain
mujbir)mengahwinkan kanak-kanak perempuan dengan lelaki yang
tidak sekufu dantidak menggunakan mahar mithli, aqad nikah tidak
sah. Bagi mazhab Hanbali ,perkahwinan kanak-kanak sama ada al-

bikr (anakdara) atau thayyib (pernah disetubuhi dalam aqad nikah
yang sah) hanya dibolehkan jika dilakukan oleh wali mujbir dan umur

kanak-kanak berkenaandi bawah sembilan tahun. Jika dia telah
mencapai usia sembilan tahun dan dia juga adalah seseorang yang

thayyib dan keizinannyadiperlukan bagimewujudkan aqad nikah.

Alasan yang dikemukakan oleh golongan yang mengharuskan
perkahwinankanak-kanak ialah berasaskan kepada hadis Nabi
Muhammad S.A.W yang berkahwin dengan Aishah R.A ketika
usianya enam tahun, dan hidup bersamaabi Muhammad S.A.W
ketika umurnya sembilan tahun. Bahkan, amalanini juga dipraktikkan
oleh para sahabat seperti Ali bin Abi Talib, ‘Urwah al-Zubair, Abdullah

Ibn Mas’ud dan lain-lain.

PAGE 5

Antara alasan lain yang dikemukakan ialah perkahwinan yang diatur
sendirioleh wali sudah pasti bertujuan menjaga maslahah anak-anak

yang beradadi bawah pengawasan mereka. Oleh sebab itu,
kebanyakan ulama hanyamenghadkan amalan mengahwinkan anak
lelaki atau perempuan yang masihkanak-kanak kepada wali mujbir

sahaja dan tidak wali yang lain. Seorang bapa atau datuk
dianggapkan mempunyai perasaan rahmah dan kasih sayangsudah
pasti menguruskan hal ehwal berkaitan dengan anak wali secara teliti

bagi menjaga kebajikan dan maslahahnya. Maslahah yang perlu
dijaga adalah maslahah kanak-kanak berkenaan dan bukannya
maslahah atau manfaat yang boleh dinikmati oleh bapa atau wali

atau ahli keluarga yang lain.

Atas asas menjaga maslahah kanak-kanak juga, perkahwinan
tersebutmestilah dengan lelaki yang sekufu dan dengan
menggunakan mahar mithl .Seorang bapa contohnya,

berkemungkinan berpendapat peluang untukmengahwinkan anak
perempuan dengan lelaki yang dianggap sekufu sukar

diperolehi. Oleh itu, apabila terbuka peluang untuk menjodohkan
anaknya dengan lelaki yang sekufu dia bertindak mengahwinkan
anaknya dengan lelakiitu dengan segera walaupun anaknya masih

kanak-kanak.

PAGE 6

Mazhab Shafi’i meletakkan syarat-syarat khusus bagi perkahwinan
seseorang perempuan secara ijbar sama ada melibatkan kanak-
kanak atau wanita baligh dan berakal, iaitu;

1.Tidak wujud permusuhan atau perseteruan antara wali mujbir
dengananak waliannya:

2. tidak wujudnya perseteruan antara lelaki (bakal suami) dan anak
perempuan berkenaan. Jika wali mujbir mengahwinkannya
jugadengan lelaki berkenaan yang tidak disukainya atau lelaki yang
bolehmendatangkan keburukan kepadanya, aqad nikah tidak sah;

3. lelaki yang dikahwini mestilah sekufu dengannya;4. lelaki
berkenaan berkemampuan menyediakan mahar;

5. keempat-empat syarat ini perlu dipenuhi bagi mewujudkan aqad
nikahyang sah. Jika tidak dipenuhi, kesannya aqad nikah batal.

6. dinikahkan dengan mahar
Mithli;

7. bayaran dalam bentuk nilai matawang yang diterima dalam negeri
berkenaan; dan

8. suami mampu membayar mahar secara tunai (bukan tangguh
atauhutang).

Ibn Hazm pula berpendapat hanya kanak-kanak perempuan
sahajadibenarkan untuk dikahwinkan, tetapi kanak-kanak lelaki tidak
diharuskan berkahwin sehinggalah dia mencapai tahap baligh, dan

jika dia dikahwinkan juga aqad nikah tersebut adalah batal.

PAGE 7

KESIMPULAN

Penulis berpendapat peruntukan undang-undang yang menetapkan
had umur minima perkahwinan lapan belas tahun bagi lelaki dan
enam belas tahun bagi perempuan dengan memberikan kuasa
kepada Mahkamah sama ada untukmeluluskan permohonan bagi
perkahwinan yang di bawah umur minima adalah wajar dan
bersesuaian dengan keadaan semasa. Walau bagaimanapun,
dicadangkan agar permohonan perkahwinan di bawah had umur

minima perludisertakan bukti perubatan bahawa pihak yang berusia
di bawah umur minima berkenaan telah mencapai tahap baligh. Bukti

perubatan perlu bagi memastikan sama ada fizikal seseorang itu
mampu dan bersedia untuk hubungan kelamin. Jika alasan dan
keadaan yang melingkungi kehidupan mereka memerlukanmereka

berkahwin dan mereka sendiri bersedia dengan alam rumah
tanggaserta mendapat sokongan keluarga, mahkamah boleh
mempertimbangkanuntuk diluluskan. Kerisauan bagi mengelakkan

mereka terjebak dalam maksiatadalah sesuatu yang perlu
dipertimbangkan memandangkan mereka telahmencapai usia baligh
dan mempunyai shahwat terhadap hubungan kelamin.Perkahwinan

adakalanya, dalam kes-kes tertentu adalah lebih baik
berbandingtidak berkahwin. Membenarkan kanak-kanak kecil dan
masih belum baligh yang belum bersedia dari segi fizikal dan mental
untuk berkahwin boleh mendatangkan mudarat, bahkan matlamat

perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam tidak tercapai.

PAGE 8

Nikah mut’ah di Malaysia

Pernikahan adalah suatu perkara yang amat indah dan perkara yang
amat diimpikan oleh setiap insan di dunia ini. Islam amat
menggalakkan umatnya bernikah atau dalam istilah lainnya disebut
juga sebagai berkahwin.Pernikahan atau perkahwinan ini amat
dituntut oleh islam, ianyadilambangkan sebahagian tuntutan yang
perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan terhadap individu,
keluarga, mahupun masyarakat. Dalam Al-Quran sendiri terdapat
beberapa ayat yang menerangkan tentang perkahwinan seperti

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antarakamu, dan
orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki
dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin
Allah akan memberi rezeki kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan

Allah luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nur : 32). Walaubagaimanapun, memang benar islam

menggalakkan umatnya untukbernikah namun islam telah
mengariskan bahawa ada beberapa jenis nikahyang diharamkan
dalam islam contohnya nikah mut’ah. Persoalannya yang timbul,

nikah mut’ah ini kini semakin menjadi trend di zaman ini walau
punianya masih berada pada tahap terkawal di Malaysia.

PAGE 9

Apakah itu Nikah Mut`ah ( Kahwin Kontrak ) ?

Dari segi bahasa mut’ah diambil dari perkataan bahasa arab “Al-
Mamattu” membawa maksud bersenang-senang. Menurut istilah pula

ialah perkahwinan yang dilakukan untuk waktu tertentu dengan
memberikan sesuatu sesuai dengan kesepakatan dan berakhir
dengan waktu tertentu tanpa ada talak. Nikah mut’ah adalah nikah
yang dilakukan dalam waktu tertentu dan bersifat sementara. Nikah
mut’ah disebut juga dengan “ziwaj muaqqat” dan “Ziwaj Muqhathi”
bermaksud pernikahan yang ditentukan untuk waktu tertentu, atau
perkahwinan yang diputuskan. Dalam waktu tertentu itu seseorang
dapat bersenang-senang melampiaskan keperluan nafsu syahwatnya
terhadap isteri itu tadi. ( Rahman, Ghazali, Fiqh Munakahat, jakarta
Timur " Prenada Media, 2003 ). Jika masa telah selesai dengan
sendirinya mereka akan berpisah tanpa kata thalak dan tanpa

warisan.

Perkahwinan ini dinamakan mut’ah kerana tujuan dari pernikahan ini
hanyalah semata-mata untuk berseronok-seronok memuaskan nafsu

seks secara dasarnya dan bukanlah bertujuan mendapatkan zuriat
atau lain-laintujuan dari maksud perkahwinan yang dikehendaki oleh

Islam itu sendirikepada umatnya. ( Syeikh Zakaria Al-Ansari, kitab
Tuhfah al-Tullab) bentuk pernikahan ini adalah seseorang akan
datang kepada seorang wanita tanpa harus ada wali atau saksi.

kemudiannya mereka akan membuat kesepakatan mahar ( upah )
dan batas waktu tertentu, misalnya tiga hari atau lebih atau kurang.

Pada kebiasannya tidak lebih dari empat puluh lima hari dengan
ketentuan tidak ada nafkah, tidak ada saling mewariskan, dan tidak

ada iddah kecuali istibra’ ( iaitu satu kali haid bagi wanita
monopouse, dua kali haid bagi wanita biasa, dan empat

bulansepuluh hari bagi yang suaminya meninggal ).

PAGE 10

Rukun nikah mut’ah ada tiga menurut Syiah Imamiah iaitu :

1. Shigah ( ucapan) “aku nikahi engkau” atau “aku mut’ahkan
engkau”

2. Calon isteri diutamakan dari wanita muslimah atau kitabiah.
3. Mahar dengan syarat saling rela walaupun hanya segenggam

gandum.
4. Jangka waktunya ditentukan.

Adakah Nikah Mut’ah ( Kahwin Kontrak ) dibenarkan atau
dilarang dalam islam ?

Pada awalnya, islam membenarkan nikah mut’ah (kahwin kontrak)
dalam konteks darurat ianya diperbolehkan. Kemudiannya datang

nash-nash yang melarang pernikahan kontrak ini sehingga hari
kiamat berlaku. Diantara hadith yang menyebut dibolehkan nikah
mut’ah pada awal islam ialah Dari Rabi’bin Sabrah, dari ayahnya
Radhiyallahu’anhu, bahawasanya ia bersama Rasulullah S.A.W, lalu

beliau bersabda.
“Wahai sekalian manusia, sebelum aku telah mengizinkan kalian
melakukan mut’ah dengan wanita.Sesungguhnya Allah S.W.T telah
mengharamkannya hingga hari kiamat. Maka biarkanlah & jangan
ambil sedikitpun dari apa yang telah diberikan”. ( HR Muslim, 9/ 159,

(1406).

PAGE 11

KESIMPULAN
Oleh demikian, jelaslah bahawa nikah mut’ah ini tidak memberi
kelebihan kepada agama sebaliknya lebih kepada kemudaratan
terhadap agama khususnya, masyarakat, dan akhlak islam itu
sendiri. Justeru itu,mut’ah diharamkan oleh islam kerana ianya

membawa kepada kemudaratan bukannya kebaikan kepada
jalan agama. jikalau ianya membawa kepada kebaikan

amalanya mengapa ianya diharamkan oleh Rasulullah S.A.W.
dan Amirul Mukminin?. ( Dr. Husain Al-Musawi). Kita

seharusnya mengikuti sahaja landasan yang telah digariskan
dan jangan pula kita mempertikainya kerana itulah sebaik-baik

jalan untuk kita ikuti menuju redha Allah S.W.T. Setiap yang
berlaku itu ada hikmahnya tersembunyi dan kita manusia tidak
mengetahui kemun'ulan hikamh tersebut sebaliknya ia kuasa
Allah S.W.T. Oleh itu, marilah kita sama-sama membendung

dan mencegah sebelumperkara ini menjadi trend di akhir
zaman ini. Kita juga ketahui bahawa akhir-akhir ini imej islam
tercalar dek ideology dunia yang menganggap islam itu agama
keganasan dan jangan pula kita menambah kepada perkara
sebegini yang akan mencalarkan lagi imej islam di mata dunia.

PAGE 12

Hukum pernikahan di luar Negara terutama di
Thailand

Ramai melihat kes nikah sempadan sebagai isu remeh dan
terpencil. Namun jika diabaikan tanpa tindakan sewajarnya
atau tanpa pengawalan, ia bakal menjadi gejala yang boleh

merosakkan institusi keluarga. Ianya tidak dinafikan juga
bahawa perkahwinan di luar sempadan sangat popular dalam

kalangan masyarakat pada zaman ini.
Nikah sempadan merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan
di luar negara. Antara yang paling popular adalah di Thailand.
Khususnya di Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani.
Namun hakikatnya, mereka yang memilih untuk berkahwin di
luar sempadan sebenarnya mencari masalah yang lebih besar

terutama apabila mereka pulang ke Malaysia.

PAGE 13

Hukum bernikah di luar Negara

Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak tidak kira di
mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah jika semua rukun
dan syarat nikah dipenuhi. Pernikahan di luar negara juga perlu
dipastikan beberapa aspek dan kriteria, antaranya tempat akad

nikah yang diiktiraf oleh negara berkenaan.
Seperti yang dapat dilihat sekarang adalah yang sedang rancak

berlaku di negara jiran atau lebih dikenali sebagai 'Nikah
Thailand'. Selain hukum-hakam agama, pasangan yang
memilih untuk bernikah di luar negara sebenarnya perlu juga
melihat pelbagai implikasi lain yang berkait dengan undang-

undang.
Selain itu, hukum nikah di luar negara mestilah memenuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan. Misalnya, jarak tempat
berlaku akad nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin

hendaklah melebihi dua marhalah (92 kilometer) untuk
melayakkan mereka menggunakan perkhidmatan wali hakim.

Perkahwinan itu juga perlu dilakukan oleh wali hakim yang
diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan

oleh mereka yang telah ditauliahkan sebagai wali hakim.

PAGE 14

Kenapa berlakunya 'Nikah Thailand'?

i) Tidak mendapat restu ibu bapa adalah antara faktor utama
kenapa berlakunya 'Nikah Thailand'.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah
bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah
bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat

Hakim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sekiranya seorang anak
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya sehingga mereka reda
kepadanya, maka Allah juga reda kepada anak tersebut. Akan

tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga
menimbulkan kemurkaan ibu bapanya, maka Allah juga murka

kepadanya. Justeru, sebelum membuat apa-apa keputusan,
pastikan setiap perbuatan terutama dalam soal pernikahan

mestilah diiringi dengan keredaan daripada ibu bapa.

ii) Berpoligami - Ianya sama ada pihak lelaki tidak memohon
dari mahkamah syariah ataupun kerana pihak keluarga wanita

tidak bersetuju. Ada juga lelaki yang "belum bersedia"
memberitahu isteri pertamanya dan terdapat banyak lagi sebab

musabab di dalam kategori ini.

iii) Hantaran - ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu
tinggi. RM20,000 misalnya, walhal pendapatan si lelaki cuma

RM2,000 sebulan. Permintaan hantaran yang terlalu tinggi
menyebabkan si lelaki tidak mampu untuk menunaikannya.
Lantas mereka memilih untuk bernikah di luar negara sahaja
kerana tidak mendapat persetujuan dari pihak keluarga wanita.

iv) Undang-undang pernikahan yang rumit juga menjadi faktor
pasangan Islam di Malaysia memilih untuk bernikah di selatan

Thailand

PAGE 15

Implikasi undang-undang

Pasangan yang bernikah di luar negara bakal berdepan dengan
masalah seperti kesahihan status pernikahan mereka. Ramai
yang telah bernikah di selatan Thailand tidak mendaftarkan
pernikahan mereka di mana-mana pejabat agama Islam di
Malaysia

Berdasarkan statistik JAIS, seramai 1938 kes yang
membabitkan pasangan yang bernikah di luar negara tetapi
tidak berdaftar dan kes ini dilaporkan akan meningkat (Harian
Metro, 2017). Setiap pasangan perlu mendaftarkan pernikahan
mereka bagi mendapatkan sijil nikah agar pernikahan mereka

dilindungi di bawah undang-undang Malaysia

Misalnya, ada pasangan yang pulang ke Malaysia selepas
menikah tidak mendapatkan surat pengesahan. Mereka
beranggapan ianya tidak penting walhal langkah ini dapat

memudahkan apa jua urusan mereka sebagai suami isteri
seperti menunaikan haji, umrah atau mendaftar anak di

Jabatan Pendaftaran Negara serta pendaftaran persekolahan
anak.

Seperti yang diperkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Agama, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya negeri
Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, undang-undang yang
dijalankan bukan untuk mengalakkan orang ramai berkahwin di
sempadan tetapi untuk memastikan mereka yang berkahwin di

sempadan mendaftarkan pernikahan mereka bagi
memudahkan urusan pada masa depan.

PAGE 16

Kesimpulan

Mana-mana pasangan yang memilih untuk bernikah di
sempadan perlu memikirkan bahawa urusan di kemudian hari
perlu diberi keutamaan. Oleh itu, sebelum membuat apa-apa

keputusan, jangan hanya mengikut kata hati semata-mata
tetapi perlu juga memikirkan segala kemungkinan yang akan

berlaku kelak.

PAGE 17

Talak Bain

Setiap insan mengimpikan perkahwinan mereka melalui
pernikahan yang sah berpanjangan hingga ke akhir usia.
Namun tak semua miliki tuah. Atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan akhirnya ikatan perkahwinan yang dibina

terputus di tengah jalan. Oleh sebab itu disyariatkan
penceraian.

Walaupun begitu, penceraian merupakan jalan akhir bagi
pasangan yang menghadapi konflik rumah tangga dan gagal
mencapai kata sepakat. Ini kerana perceraian memberi kesan
buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada

anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat.

PAGE 18

Jenis Talak Bain ialah talak yang dilafazkan oleh suami kepada
isterinya di mana apabila terlafaznya talak tersebut, suami tidak
boleh rujuk kembali dengan isteri. Suami hanya boleh merujuk

dengan bekas isterinya apabila isterinya berkahwin dengan
lelaki lain (suami baru). Mereka telah bersama (bersetubuh)

dan kemudian isteri ini diceraikan oleh suami baru tanpa
paksaan sesiapa dan hanya melalui kerelaan hatinya sendiri.

Apabila tamat tempoh iddahnya, barulah bekas suami pertama
boleh menikah kembali dengan bekas isteri dengan akad nikah

yang baru dan membayar mas kahwin yang baru.

Talak Bain terbahagi kepada dua iaitu Talak Bain Sugra dan
Talak Bain Kubra.

Bain Sugra

Bain Sugra berlaku apabila pasangan berkahwin bercerai
sebelum melakukan persetubuhan dan bercerai melalui khulu’.

Suami tidak boleh rujuk isteri semasa iddah tetapi boleh
mengahwini isteri dengan akad dan mas kahwin yang baharu.

Khulu’ ialah lafaz cerai yang dilafazkan suami ke atas isterinya
dengan mendapat gantian yang diberikan oleh isteri atas sebab
suami bersetuju menceraikan isteri. Khulu’ hendaklah dengan

kerelaan hati isteri dan bukan paksaan daripada mana-mana
pihak.

Hukum Khulu’ adalah harus bagi isteri yangtidak tahan lagi
bersama suaminya tas sebab-sebab tertentu yang boleh
membawa kemudaratan ke atas isteri. Namun hukumnya

adalah makruh jika isteri meminta cerai dari suami tanpa apa-
apa sebab yang munasabah.

PAGE 19

Bain Kubra

Bain Kubra berlaku apabila pasangan telah bercerai dengan
talak tiga. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula
buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki

lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika
ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu
meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak

menikahi bekas isterinya ini.

Kesimpulan

Walaupun dihalalkan oleh syariah, namun penceraian bukanlah
sesuatu yang harus dipandang ringan. Perkahwinan adalah
sebuah perkongsian hidup antara dua insan dan keluarga
mereka. Kesannya bukan sekadar kepada pasangan tetapi

kepada anak-anak dan keluarga mereka. Memang tidak setiap
masa akan indah dan manis dalam perkahwinan. Ada masam
pahitnya dan ada turun naiknya. Namun perkahwinan adalah

satu ikatan antara kedua pihak. Jadi kedua-dua suami dan
isteri harus bekerjasama untuk memastikan ikatan ini

terpelihara hingga akhir usia dan ke syurga Allah SWT yang
hakiki kelak.

PAGE 20

Hukum lian dan implikasinya

Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “‫ ”لاع ن‬iaitu
mengutuk. Dan diambil daripada perkataan “‫ ”ال ل عن‬iaitu

kutukan.

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah
seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina.
Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan
itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan

daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.

Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan.
Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu

yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa
menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan

memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Dalil Pensyariatan Li’an

Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:

Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang
mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu)
hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak)
bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah
dengan nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari

orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia
berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia

daripada orang-orang yang berdusta.

PAGE 21

Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ق ال ع نه الله ر ضى ال ساعدى س عد ب ن سهل عن‬: ‫الله ص لى الله ر سول ق ال‬
‫و س لم ع ل يه‬: (‫)هكذا ال ج نة ف ي ال ي ت يم وك اف ل أن ا‬. ‫ب ال س باب ة وأ شار‬
‫وال و سطى‬, ‫ ش ي ئا ب ي نهما وف رج‬.

Maksudnya:

Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah
pernah bersabda: “aku dan orang yang memelihara anak yatim

adalah seperti disyurga”. Nabi s.a.w. memperlihatkan jari
tengah dan telunjuknya lalu merenggangkannya.

Syarat-Syarat Sah Li’an

Untuk menjadikan li’an itu sah, mestilah mengikut syarat-syarat
berikut:-

Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu
daripada li’an.

1. Li’an suami mendahului lian isteri.

2. Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-
perkataan li’an. Jika salah seorang menukar lafaz
penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau
dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan
murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana
lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-
Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian.

3. Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut
sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara mualat
dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh
sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.

PAGE 22

4. Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan
kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong. Contonya
berkata: perhitungan sebenar kamu terserah kepada
Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong.
Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?

Sebab-sebab Berlaku Li’an

Li’an terjadi melalui dua sebab iaitu:-

1) Suami menuduh isterinya melakukan zina, tetapi
suami tidak dapat mengemukakan empat orang
saksi untuk menguatkan tuduhannya. Jika tuduhan
itu nyata dan benar bahawa isterinya melakukan
zina, seperti suaminya melihat sendiri bahawa
isterinya berzina ataupun isterinya sendiri yang
mengaku bahawa dia telah melakukan zina dan
pengakuannya diterima serta dibenarkan dengan
keterangan-keterangan yang jelas berserta dengan
bukti. Maka dalam masalah ini sebaik-baiknya
suami menceraikan isterinya tanpa li’an.

2) Suami tidak mengakui atau menolak anak yang
dikandung isterinya. Contohnya suami mengaku
belum pernah menyetubuhi isterinya semenjak dari
akad nikah atau isterinya melahirkan anak sebelum
sampai enam bulan dari persetubuhan mereka

PAGE 23

Kesan-kesan li’an
Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-

 Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan
dijatuhkan kepada isteri yang dili’an.

 Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya. Jika
isteri itu meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut
daripada isteri.

 Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak
ba’in.

 Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami
yang meli’an isterinya kepada suami tersebut, jika suami

menolak anak itu pada li’annya. Walaubagaimanapun anak itu
tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,

PAGE 24

Kesimpulan

Li‟an merupakan ucapan tertentu yang digunakan untuk
menuduh isteri yang telah melakukan perbuatan yang
mengotori dirinya sendiri iaitu berzina. Li‟an merupakan

satu alternatif yang ditawarkan oleh Islam kepada umatnya
seandainya di tengah-tengah perkahwinan wujudnya satu

kejanggalan berkaitan anak yang dikandung olehisteri.
Pensyariatan li‟an dilihat dapat menjamin kesahihan nasab dan

keturunanmanusia serta menyelamatkan maruah suami dan
isteri. Li‟an juga menghindar suami dan isteri daripada

dikenakan hukuman had qazaf dan had zina. Diharapkan
dengan perkongsian ini, semua pihak dapat memahami isu
berkaitan li‟an dengan lebih mendalam dan dapat dimanfaatkan
untuk kesejahteraan umat Islam pada masa kini serta generasi

yang akan datang.

PAGE 25

Sumber rujukan
https://www.academia.edu/24189445/PERKAHWINAN_KANAK
_KANAK_DAN_TAHAP_MINIMA_UMUR_PERKAHWINAN_DA

LAM_UNDANG_UNDANG_KELUARGA_ISLAM
https://www.academia.edu/18252331/Nikah_Mutah_Kahwin_Ko

ntrak_
https://www.academia.edu/5598292/Lian_dalam_Islam
https://baitulmuslim.com/artikel-perkahwinan/nikah-thailand

PAGE 26


Click to View FlipBook Version