The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0619 Ivy Chai Ying Wei, 2023-03-30 09:28:25

Cerpen Sahabat Baik

Sahabat Baik

Sahabat Baik IVY CHAI YING WEI


Di Hutan Harmoni, terdapat sepasang kawan yang baik, iaitu Si Landak dan Si Arnab. Setiap hari, mereka bermain bersama-bersama di kampung. Pada suatu hari, hubungan Si Arnab dan Si Landak menghadapi cabaran, iaitu mereka bergaduh disebabkan sikap Si Arnab yang tidak mahu berkongsi makanan yang amat disukai dengan Si Landak.


Si Landak berasa kecewa dan menganggap Si Arnab tidak mahu berkawan dengannya. Selepas beberapa hari, Si Landak dan ibunya pergi ke rumah bibinya yang berada di sebelah kampung, iaitu Hutan Damai. Si Arnab amat merindu akan Si Landak walaupun hubungan mereka belum mendamaikan. Si Arnab juga berasa menyesal disebabkan tingkah lakunya yang begitu mementingkan diri. Si Arnab membuat keputusan untuk meminta maaf kepada Si Landak.


Pada hari keesokkan, Si Arnab melihat Si Beruang sedang memanggang buah berangan di tepi jalan. Bau manis dan wangi buah berangan bertiup dengan angin. Si Arnab mengingati satu kenangan, Si Landak sangat menyukai buah berangan panggang. Si Landak biasanya makan buah berangan panggang dua hari sekali. Kini, dia telah pergi ke rumah bibinya sudah seminggu, seminggu tidak makan memanggang buah berangan. Jadi, Si Arnab membuat keputusan untuk memilih buah berangan panggang sebagai hadiah.


Si Arnab membuat keputusan untuk pergi ke rumah Si Beruang. Arnab itu membawa sebakul lobak merah yang segar dan manis dari rumahnya dan mahu menukar sebungkus buah berangan panggang dengan Si Beruang. “Aduh, memang penat nak bawa sebakul lobak merah ni. Harap sebakul lobak merah ni cukup untuk bertukar sebungkus buah berangan panggang, ” Si Arnab merungut sambil berjalan ke rumah Si Beruang.


Setelah sampai ke rumah Si Beruang, Si Arnab mengetuk pintu rumah Si Beruang dan memanggil namanya. “Si Beruang, Si Beruang, adakah kamu di rumah?” Si Arnab memanggil nama Si Beruang sambil mengetuk pintu rumahnya. Si Beruang berasa hairan apabila melihat kedatangan Si Arnab yang kejut. Si Arnab turut menyatakan permintaannya, iaitu dia mahu menggunakan sebakul lobak untuk menukarkan sebungkus buah berangan panggang dengan Si Beruang. Si Arnab takut Si Beruang menolak permintaannya, dia segera mengeluarkan sebakul lobak yang dibawa olehnya. Si Beruang berfikir sejenak dan turut bersetuju dengan permintaan Si Lobak. Dia turut balik ke rumah dan membungkuskan buah berangan panggang untuk Si Lobak.


Selepas mengambil buah berangan panggang daripada Si Beruang, Si Arnab membawa sebungkus buah berangan panggang dan bertolak ke rumah bibi Si Landak. Dalam perjalanan, Si Arnab terjatuh secara tidak sengaja. “Aduh, sakitnya, ” Si Arnab menjerit. Walaupun cedera, Si Arnab tetap menahan kesakitannya dan meneruskan perjalanannya. Si Arnab menggunakan dahan pokok di tepi jalan sebagai tongkat supaya dia dapat berjalan dengan lebih cepat. Selepas berjalan dalam masa yang lama, Si Arnab berasa amat penat apabila tiba di rumah bibi Si Landak. Si Arnab mengetuk pintu rumah bibi Si Landak. Bibi Si Landak membuka pintu dan menyambut kedatangan Si Arnab.


Selepas masuk ke rumah, Si Arnab bertanya kepada bibi Si Landak tentang di mana Si Landak. Bibi memberitahu Si Arnab bahawa Si Landak telah keluar pada awal pagi. “Adakah dia keluar mencari buah berangan untuk panggang?” Si Arnab bertanya. “Tidak, tidak ada pokok berangan di sekeliling sini, ” jawab Bibi Si Landak. Pada masa ini, Si Landak balik ke rumah bibinya. Si Landak menyanyi lagu sambil memegang bakul yang dipenuhi dengan cendawan besar. Si Arnab menampak teman baik dan berlari ke arahnya. Si Landak gembira semasa melihat Si Arnab dan mereka memeluk satu sama lain. Si Arnab turut meminta maaf kepada Si Landak terhadap sikapnya yang mementingkan diri.


“Kenapa kamu datang sini, kawan?” Si Landak berasa hairan. “Aku datang sini cari kamu, mahu minta maaf kepadamu. Si Landak, ini sebungkus berangan panggang untuk kamu. Saya ingat kamu sudah lama tidak makan berangan panggang ini.” Muka Si Arnab menjadi merah. “Tidak apa Si Arnab, kita ialah teman yang paling baik.” kata Si Landak dengan perasaan yang terharu. Si Landak memberitahu bahawa dia mengutip cendawan setiap hari untuk proses pengeringan. Cendawan yang dikeringkan untuk tujuan membuat sup cendawan pada musim sejuk. Si Landak juga mengutip sebakul cendawan untuk Si Arnab. Si Arnab mengucapkan terima kasih untuk Si Landak. Tiba-tiba, Si Landak ternampak luka pada kaki Si Arnab.


“Si Arnab, kenapa kamu cedera?” Si Landak berasa bimbang. Si Arnab mengatakan bahawa dia jatuh semasa perjalanan ke rumah bibi Si Landak tetapi dia tidak sempat untuk merawat luka. Si Landak meminta Si Arnab duduk di bangku dan menolong Si Arnab untuk merawat luka. Selepas merawat luka, Si Landak dan Si Arnab duduk di ruang tamu. Si Landak dan Si Arnab mula untuk berbual-bual. Bibi Si Landak menghidangkan sepinggan buah-buahan untuk mereka. Si Landak pula mengambil sebilangan buah berangan panggang untuk memberikannya kepada bibinya. “Bibi, kawan baik saya bawa buah berangan panggang kepada saya, ” kata Si Landak. “Wow! lazatnya. Kawan kamu begitu baik, ” kata Bibi Si Landak.


Si Landak mahu membelanjakan Si Arnab minum air kelapa sebagai balasan. Mereka segera pergi membeli air kelapa sebab takut gerai itu tutup. Si Landak dan Si Arnab keluar membeli air kelapa dengan perasaan senang hati. Pada hari berikutnya, Si Landak membeli sekotak aiskrim yang merupakan aiskrim kotak terakhir di kedai miniuman Encik Badak Air. Aiskrim ini mempunyai rasa yang paling sedap dan pelbagai jenis warna serta disukai oleh kanakkanak di sini. “Selamat datang, apa yang kamu mahu beli?” kata Encik Badak Air dengan senyum yang manis. “Aku mahu beli sekotak askrim kecil, ” kata Si Arnab.


Encik Badak Air mengatakan kotak aiskrim yang terakhir sudah dibelikan oleh Si Landak. Si Arnab berasa kecewa kerana tidak dapat membeli aiskrim itu. Tiba-tiba, Si Arnab ternampak Si Landak di tepi jalan. Si Arnab mengejar Si Landak dari belakang dan bercakap dengannya. “Si Landak, kamu amat bertuah! Saya mahu membeli aiskrim tapi aiskrim kotak terakhir telah kamu beli, ” kata Si Landak dengan penuh perasaan iri hati. “Yakah? Aku sangat gembira, ” kata Si Landak dengan perasaan gembira. Dalam perjalanan balik rumah, Si Landak pandang belakang dan terlihat Si Arnab yang penuh kesalan. Si Landak menjemput Si Arnab untuk makan aiskrim bersama-sama. Kemudian, Si Arnab menjemput Si Landak ke rumahnya. Dia membahagikan aiskrim kotak itu menjadi separuh dan letakkan ke dalam dua pinggan porselin yang cantik.


“Marilah kita makan askrim kotak ini, ” kata Si Landak. “Terima kasih Si Landak, ” kata Si Arnab. Si Arnab juga meletakkan epal besar yang segar di tepi pinggan Si Landak. “Aku tidak membeli aiskrim, kamu kongsi aiskrim dengan aku. Perkara ini memang membuat aku gembira. Sekarang, aku kongsikan separuh aiskrim kotak ini dengan kamu. Kami berasa bahagia kerana dapat makan aiskrim, ini membuat saya mempunyai dua perkara yang gembira, ” kata Si Arnab. “Tidak, kamu memberi aku epal besar, ini membuat saya mempunyai satu perkara yang gembira lagi, ” kata Si Landak. Si Landak dan Si Arnab makan aiskrim dan epal besar dan mendengar bunyi detingan sudu kecil yang mengetuk di atas pinggan. Si Arnab dan Si Landak berasa gembira kerana mempunyai teman yang paling baik.


Hubungan persahabatan yang erat antara teman. Nilai bertolak ansur Si Landak memaafkan sikap Si Arnab yang mementingkan diri. Nilai kasih sayang Si Landak menghormati dan menyayangi bibinya serta berkongsi makanan tersukainya dengan bibi. Nilai murah hati Si Landak menolong Si Arnab merawat luka pada kakinya. Nilai bersopan santun Si Arnab bersopan santun semasa bercakap dengan Si Beruang, bibi Si Landak dan Encik Badak Air. Tema Nilai 1. 2. 3. 4.


Kita haruslah bersikap tolak ansur dengan tidak mendendamkan seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Sebagai contoh, Si Landak memaafkan tingkah laku Si Arnab yang mementingkan diri. Kita haruslah menyayangi ahli keluarga serta menghormati mereka. Sebagai contoh, Si Landak menyayangi bibinya serta berkongsi makanan tersukainya iaitu buah berangan panggang dengan bibi. Kita haruslah menjadi seseorang pemurah hati dengan membantu seseorang apabila mereka menghadapi kesusahan. Contohnya, Si Landak menolong Si Arrnab merawat lukanya. Kita haruslah bersopan santun semasa bertutur dengan orang lain. Contohnya, Si Arnab bertutur dengan orang lain dengan cara pertuturan yang sopan santun. Pengajaran 1. 2. 3. 4.


Click to View FlipBook Version