HARI RAYA AIDILADHA
PSS AS-SHAFIE, KOMSTEM
Hari Raya
Aidiladha, Hari Raya
Korban atau Hari Raya
Haji merupakan
perayaan yang
disambut umat Islam
di seluruh dunia.
Hari Raya Aidiladha
2
Aidiladha disambut
pada hari ke-10, ke-11,
ke-12 dan ke-13 bulan
Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan
Takbir Aidiladha pada
malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah
Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, diikuti dengan
ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada 10, 11,
12 atau siang 13
Zulhijjah, semua waktu
ini dipanggil Hari Tasyrik.
• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu
yang istimewa kerana ia keistimewaan Aidiladha
merupakan hari untuk dan hari Tasyrik ialah
umat Islam mengingati ibadat korban. Ibadat
pengorbanan Nabi korban ini hanya boleh
Ibrahim a.s dalam dilakukan pada empat
menunaikan perintah hari bermula waktu
Allah dan kesabaran selepas khatib
anaknya Nabi Ismail a.s menyampaikan khutbah
dalam memenuhi Aidiladha sehingga
perintah Allah SWT. sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13
Zulhijjah.
Korban
bermaksud
menjalankan
perintah agama
atau taat kepada
perintah Allah
kerana ingin
mendekatkan diri
kepada-Nya.
Pada hari raya,
umat Islam disunatkan
mengenakan pakaian
cantik, bersih dan
mengenakan wangi-
wangian. Pada pagi Hari
Raya Korban, umat
Islam menunaikan
sembahyang sunat Hari
Raya sebanyak 2 rakaat
dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti
5 takbir pada rakaat
kedua.
• Pada kebiasaannya solat
sunat Aidiladha
dicepatkan sedikit
berbanding solat sunat
Aidilfitri. Hikmahnya
adalah bagi memberi lebih
banyak masa untuk
penyembelihan
korban.Hikmah dilewatkan
sedikit solat sunat Aidilfitri
adalah bagi memberi
peluang bagi mereka yang
belum membayar zakat
menunaikan kewajipan
mereka dan disunatkan
makan dahulu sebelum
pergi ke masjid.
• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan
Zulhijjah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam
sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi
sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar
Mekah
IBADAH
KORBAN
Apa itu ibadah korban?
• Ibadah ini merupakan
penyembelihan
binatang ternakan
untuk mendekatkan
diri kepada Allah Taala
pada hari Raya Haji
dan 3 hari Tasyrik.
Syarat sah sembelihan
Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban
Secara Sah
• Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3
tahun
• Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun atau gigi
hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup
umur TETAPI melebihi 6 bulan
Binatang yang tidak boleh
dijadikan korban
Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:
• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
• Buta
• Tempang
• Bunting
Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti:
• Tidak bertanduk
• Patah tanduk
• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
• Dilahirkan tidak berekor
• Tertanggal sebahagian giginya
• Tidak mempunyai zakar
• Binatang yang dikebiri
Fadhilat
Ibadah
Korban
• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah)
bagi setiap bulu binatang
korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah
Taala
• Membentuk peribadi ikhlas,
bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani
dan sosial
Siapa yang perlu
melakukan
ibadah korban?
Golongan yang
mempunyai lebihan
harta sebanyak nilaian
harga binatang korban
daripada keperluan
dan keperluan orang
di bawah
tanggungannya.
Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?
• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau
bermusafir
• Berkemampuan
Apakah pembahagian
daging korban yang afdal?
Ini bagi mereka yang melakukan korban sunat:
• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli
keluarganya
• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk
orang kaya atau jiran-jiran
IBADAH
KORBAN
dalam norma baharu
Siapakah Yang Dituntut Untuk
Berkorban?
Subtitle
• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau bermusafir
• Berkemampuan
PENUKARAN
KELAMBU
KAABAH
Kelambu Kaabah (Kiswah)
ditukar pada 9 Zulhijjah
iaitu hari wukuf bagi
mereka yang
mengerjakan haji dan
sehari sebelum Aidiladha.
Penukaran
Kelambu
Kaabah
Kain Kiswah berukuran 14m
tinggi dan 47m Panjang. Ia
terdiri daripada lima lapisan
kain, termasuk tirai yang
menutup pintu Kaabah,
yang dijahit serta disulam
kainnya, yang mengambil
masa lapan hingga sembilan
bulan untuk disiapkan.
Penukaran
Kelambu
Kaabah
Antara kalimah atau ayat
yang tertera pada kiswah
itu ialah kalimah
syahadah, surah Ali Imran
ayat 96, al-Baqarah ayat
144, surah al-Fatihah dan
surah al-Ikhlas.
Sumber
rujukan:
Berita Harian, 15 Ogos 2018
Wikipedia Bahasa Melayu,
ensiklopedia bebas
Blog : Cara Pelaksanaan
Ibadah Korban
Blog : Apakah Pembahagian
Daging Korban Yang Afdal?
Jabatan Agama Islam Pahang
23
PSS AS-SHAFIE