PAMERAN BERTEMA
MAYA
Tema: Tahun Baru Cina
PSS AS-SHAFIE SMK KOMPLEKS TEMBESU
SEJARAH
TAHUN BARU
CINA
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-
ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-
hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
manusia hidup dalam ketakutan dan
kesengsaraan.
Mereka mencari ikhtiar untuk
menewaskan makhluk ini. Akhirnya,
mereka berjaya menakutkan makhluk ini
dengan melemparkan reben merah ke
udara, meletupkan mercun dan membakar
bunga api siang dan malam.
Tahun Baru Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di
seluruh dunia kerana ia menandakan
kelahiran tahun baru mengikut kalendar
lunar.
HAIWAN DALAM
KALENDAR CINA
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran
12 tahun dan dinamakan sempena nama
zodiak Cina (nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar
ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga,
ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan,
anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa
signifikasi yang tersendiri.
HAIWAN TAHUN
Tikus
Lembu 1948 1960 1972 1984 1996 2008 2020 2032
Harimau 1949 1961 1973 1985 1997 2009 2021 2033
Arnab 1950 1962 1974 1986 1998 2010 2022 2034
Naga 1951 1963 1975 1987 1999 2011 2023 2035
Ular 1952 1964 1976 1988 2000 2012 2024 2036
Kuda 1953 1965 1977 1989 2001 2013 2025 2037
Kambing 1954 1966 1978 1990 2002 2014 2026 2038
Monyet 1955 1967 1979 1991 2003 2015 2027 2039
Ayam 1956 1968 1980 1992 2004 2016 2028 2040
Anjing 1957 1969 1981 1993 2005 2017 2029 2041
Khinzir 1958 1970 1982 1994 2006 2018 2030 2042
1959 1971 1983 1995 2007 2019 2031 2043
MALAM TAHUN
BARU CINA
Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada
dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa
untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya
ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa
dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayai akan memanjangkan umur seseorang.
Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan
dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat
detik tengah malam, mercun dan bunga api akan
dibakar, menandakan sambutan tahun baru
bermula.
ANG PAO
ANG PAO
Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh
yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa
yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.
Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi
utama mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan
keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika
perayaan seperti Tahun Baru Cina.
Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang
yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula
dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan
wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang
yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk
menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan
pengantin baru.
YEE SANG
YEE SANG
Setiap kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang
merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi
hidangan utama ketika makan besar pada malam
sebelum sambutan perayaan itu.
Hidangan Yee Sang dipercayai bermula kira-kira 1,500
tahun yang lalu di kawasan pantai selatan China
terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa
pemerintahan Dinasti Song.
Menurut sejarah, idea menghasilkan hidangan ini
muncul kerana terdapat lebihan makanan seperti
keropok, lobak merah, lobak putih, limau bali, halia dan
sebagainya selepas merayakan Tahun Baru Cina.
YEE SANG
Disebabkan tidak mahu membazir, mereka mencampur
saki baki makanan itu dan ditambah dengan perasa
seperti sos pelam, lada hitam dan putih serta minyak
untuk membangkitkan rasa.
Dengan itu terhasillah hidangan unik yang dipercayai
membawa kemakmuran, kemewahan dan tuah dalam
masyarakat tersebut.
Masyarakat Cina percaya seseorang akan diberkati
dengan kesejahteraan serta dipanjangkan umur bila
menghidangkan 'Yee Sang' ketika Tahun Baru Cina.
TARIAN SINGA
TARIAN SINGA
Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang
mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa.
Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala pasangan
penari akan memainkan bahagian belakang kostum
singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa
di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan
diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.
TARIAN NAGA
TARIAN NAGA
Tarian ini hampir serupa dengan Tarian Singa tetapi
jumlah penarinya lebih ramai. Jumlah penari yang
mengambil bahagian bergantung pada saiz ukuran
panjang naga yang digunakan dalam tarian ini.
Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta
badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas.
Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang
pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud
‘peluang’ atau ‘keuntungan’.
Tarian ini berbentuk akrobatik,penari akan melompat
sini sana untuk memungut ‘angpau’. Tarian ini diiringi
paluan gendang yang kuat. Tarian ini kebanyakannya
dimainkan semasa perayaan seperti Tahun Baru Cina
dan Pesta Chap Goh Meh.
LIMAU MANDARIN
LIMAU MANDARIN
Amalan memberi limau mandarin juga simbolik
memberi tuah. Buah limau mandarin yang
dipanggil ‘kam’ dalam bahasa Kantonis
bermaksud emas .
Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baru Cina
kerana ia melambangkan limpahan kekayaan
kepada masyarakat Tiong Hua.
KUIH BAKUL
KUIH BAKUL
Kuih bakul merupakan kuih yang terkenal dalam
masyarakat Cina. Ia juga dikenali sebagai (Nian Gao)
atau kuih Tahun Baru Cina. Kuih ini diperbuat daripada
pulut.
Kuih bakul kini boleh didapati pada bila-bila masa.
Namun begitu, ia amat laris dimakan ketika sambutan
Tahun Baru Cina.
Kuih bakul dipercayai membawa tuah kepada si
pemakan pada hari perayaan ini kerana (Nian gao)
yang membawa maksud " makin tahun makin tinggi "
membawa tuah menurut kepercayaan kaum Cina.
CHAP GOH MEI
CHAP GOH MEI
Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang
bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia
juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru
Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh
adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’.
Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos
peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah
oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan
upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana
colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga.
CHAP GOH MEI
Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum
di Malaysia, ia satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh
komuniti Cina kerana ada sebahagiannya yang
beranggapan Chap Goh Mei merupakan Hari Kekasih
versi kaum itu.
Pada malam perayaan Chap Goh Mei, kebiasaannya
masyarakat Cina akan berkumpul dan makan secara
besar-besaran dengan hidangan tradisi Yuan Xiao (beras
pulut berbentuk bulat) selain rumah yang dihias cantik
dengan lampu-lampu merah bagi menghidupkan lagi
suasana.
SEKIAN,
TERIMA KASIH
PSS AS-SHAFIE
KOMSTEM