Hukum mengerjakan puasa adalah wajib.
Firman Allah SWT bermaksud : “Wahai orang-orang yang
beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Surah Al-Baqarah : 183 )
There are many benefits of fasting. Some of them
are:
• Can help you beat addictions
• Give the digestive system a rest
• A great way to start a healthy diet
• Normalizes insulin sensitivity
• Promote the detoxification process
• Can reduce your hunger levels
• Whitens the eyes and clears the complexion
• Can boost the immune system
• Can reduce high blood pressure
• Firman Allah SWT bermaksud : “Dan berpuasa itu
lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui “.
(Al-Baqarah:184)
• Rasulullah SAW bersabda, . “Makan sahurlah
kamu, karena sahur itu mengandung berkah.”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari] Jadi, sahur adalah
makanan yang penuh dengan barakah. Dan
sebaik-baik makanan sahur adalah kurma.
[Diriwayatkan oleh Abu Daud] Segera berbuka
(bila telah sampai waktunya), karena Rasulullah
SAW bersabda,
“Orang-orang akan senantiasa mendapat
kebajikan selagi mereka segera berbuka.”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari] Dan ifthar
(berbuka) dengan memakan beberapa buah
ruthab (kurma basah).
KELEBIHAN BULAN RAMADAN
• Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat
tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi
Allah SWT dan RasulNya, ia juga menjadi
penghulu segala bulan. Di antara kelebihan
dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah
SWT telah menurunkan kitab suciNya (Al-
Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia.
Firman Allah SWT: Tafsirnya: “(Masa yang
diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang
salah.”(Surah Al-Baqarah: 185) Dipilih di antara
malam-malam bulan Ramadhan itu suatu
malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan
lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan
itu kira-kira 83 tahun.
MENUJU KESEMPURNAAN
IBADAH PUASA
• Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara
kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara
kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-
Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan
bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada
meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang
tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala
sesuatu yang boleh menggangu hati, serta
melalaikannya daripada mengingati Allah SWT.
2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap
yang kosong, bohong, mengumpat, membuat
fitnah, bercakap kotor, menimbulkan
permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
3) Memelihara pendengaran daripada
mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci,
sebab setiap yang haram diucapkan, haram
pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah,
Allah SWT telah menyamakan pendengaran
kepada sesuatu semacam itu dengan
memakan barang-barang yang diharamkan,
sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya:
“Mereka sangat suka mendengar perkara yang
bohong dan memakan barang yang haram.”-
(Surah Al-Ma’idah: 42)
4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang
lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya
juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula
menahan perut daripada makan makanan yang
syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah
gunanya berpuasa daripada memakan makanan
yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia
memakan makanan yang haram. Orang yang
berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang
membangunkan sebuah istana, kemudian dia
menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota
ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu
berbuka puasa, sekalipun daripada makanan
yang halal, sehingga perutnya terlampau
kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling
dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang
penuh dengan makanan yang halal.
SELAMAT BERPUASA
• رمضان كريم
16 Ramadhan 1441