SMK DATO' PENGGAWA TIMUR
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
22 Mei 2022 | Ahad
8.00-11.30 Pagi
Youtube Channel SMKDPT/Hibrid
Dipengerusikan Oleh :
Encik Redza Bin Datuk Abdul Malek
NYDP PIBG
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1 Sekapur Sirih : Naib Yang Dipertua PIBG SMKDPT
2 Sekapur Sirih : Pengetua SMKDPT 4
3 Enrolmen Guru,staf dan murid 6
4 Aturcara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMKDPT kali ke 48 9
5 Agenda Mesyuarat 11
6 Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 13
7 Notis mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 15
8 Borang usul 17
9 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 47 19
10 Laporan Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2022 21
11 Laporan Aktiviti PIBG 29
12 Program Kecermelangan Akademik 2021/2022 33
13 Penyata Kewangan PIBG 37
14 Usul-Usul Mesyuarat Agung PIBG 39
15 Lantikan Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG 2022/2023 44
16 Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG ke 48 50
17 Sekalung Perhargaan 52
18 Catatan 56
58
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Pertamanya, marilah sama-sama kita zahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul di medium Channel
Dato’ Penggawa Timur untuk mesyuarat PIBG kali ke-48 sesi 2022/23
Tahniah kepada jawatankuasa pengelola, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Majlis Mesyuarat PIBG kali
ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah meluangkan masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk sama-sama menyertai mesyuarat ini. Walaupun
pelaksanaannya secara dalam talian namun mempunyai nilai dan pengertian yang cukup bermakna demi kemaslahatan warga SMKDPT
Mesyuarat PIBG perlu diadakan dengan tujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah, permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Selain
mempertingkat kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat, PIBG juga mempunyai peranan “Saling melengkapi” terhadap fungsi
Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
Kerajaan juga telah memperuntuk jumlah yang amat besar dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan. Syukur kepada Tuhan, hari ini keadaan kebanyakan sekolah-sekolah di
Malaysia adalah sangat memuaskan dan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah kita juga jauh lebih baik.
Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu atas talian untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi
kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-
batasan kuasa PIBG. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baharu dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG
pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan tambahan PIBG bagi tahun 2022/23. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan
sebaik mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak ibu bapa atau waris murid-murid.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas undangan ke majlis pada pagi ini dan saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini
akan dapat berjalan lancar dan teratur.
Akhir kata dengan sukacitanya dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya mulakan Mesyuarat Agung PIBG SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR kali ke-48 2022/2023
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul sekali lagi secara maya bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Dato Penggawa Timur bagi tahun 2022. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan majlis ini dilakukan secara bersemuka. Namun, kita
hanya mampu merancang, ALLAH jua yang menentukan. Walau bagaimanapun, selaku pentadbir, saya tetap akan melaksanakan amanat saya dengan sebaik
mungkin.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola yang tentunya telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kelancaran majlis ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada ENCIK REDZA BIN DATUK ABD MALIK ,
Naib Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur. Saya turut mengalu-alukan kehadiran para jemputan, guru-guru, ibu bapa, AJK PIBG, AJK KSIB
dan semua anak Dato’ yang dikasihi.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Walaupun ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing, namun
kehadiran tuan puan ini jelas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Sesungguhnya, kehadiran ibu bapa turut menunjukkan perpaduan dan hubungan silaturahim yang erat antara ibu
bapa dan pihak sekolah.
SMK Dato Penggawa Timur menggalas tanggungjawab yang besar untuk membangunkan akhlak dan sahsiah murid-murid ke arah kecemerlangan melalui
pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan’.
Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi menggunung
kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak bermula dengan ibu
bapa. Dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar semua ibu bapa memikul akauntibiliti bersama dalam mendidik anak-anak.
Berkat usaha, kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah, murid-murid SMK Dato’ Penggawa Timur ini berjaya meraih pelbagai kejayaan
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Anak-anak Dato’ bukan hanya meraih kejayaan di peringkat daerah dan negeri malah turut melakar
kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kejayaan-kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada semua pihak, khususnya ibu bapa.
Dengan itu, besarlah harapan kami agar semua pihak meneruskan dorongan dan suntikan semangat kepada anak-anak tanpa rasa jemu supaya mereka terus
mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan daripada ibu bapa kerana mereka ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya.
Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka meluangkan masa untuk
tujuan tersebut. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Dalam menempuh norma baharu ini, kita sedia maklum bahawa PIBG menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha membantu pihak sekolah, terutamanya
melibatkan aspek kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar
bagi kita mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini hanya dapat direalisasikan sekiranya semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti
bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya.
Saya selaku wakil pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama
yang baik dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak, maka anak-anak didik sekolah
ini berupaya menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh ENCIK REDZA BIN DATUK ABD MALIK Naib Yang
Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur yang sentiasa memberikan sokongan dalam bentuk kewangan mahupun idea. Tidak keterlaluan jika saya
katakan barisan PIBG sekolah ini amat berdedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju, kecemerlangan dan seterusnya
mengupayakan kemenjadian murid sekolah ini.
Akhir kata daripada saya, semoga Allah memberkati kebersamaan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu
dan cemerlang. Mudah-mudahan usaha yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran atau hasil tuaian yang baik sedikit masa lagi
insyaAllah.
Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan sekali lagi daripada warga SMK Dato’ Penggawa Timur atas kehadiran ENCIK REDZA BIN DATUK ABD
MALEK Naib Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur, begitu juga dengan guru-guru, ibu bapa, serta mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu kelancaran majlis ini. Kepada ibu bapa dan warga pendidik, iringilah perjuangan anak-anak kita dengan
doa agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan akan membuahkan hasil.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
7.40 pagi : Pendaftaran melalui google form dibuka dan pautan SMKDPT Youtube Channel
8.00 pagi diberikan
8.15 pagi
8.15 pagi : Kehadiran AJK PIBG secara bersemuka
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor
10.35 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
10.45 pagi
: Bacaan Doa
11.30 pagi
: Persembahan Multimedia
: Mesyuarat Agung PIBG SMKDPT Kali ke- 48
: Penyampaian Cenderahati Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/ 2022
: Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada AJK PIBG Sesi
2021/2022
Cabutan Bertuah
Hal-hal Lain
Sesi Penggambaran
: Majlis Bersurai
• Ucapan Pembukaan Ex-Officio dan Pembentangan Slaid Laporan Aktiviti Tahunan SMKDPT 2021
oleh Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur
Puan Hajah Salwana binti Mohamed Nor
• Ucapan Aluan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur Sesi 2021/ 2022
Encik Redza bin Datuk Abdul Malik
• Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG 2021/ 2022
• Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2021/2022
• Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2021/ 2022
• Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2021/ 2022
• Pelantikan Jawatankuasa PIBG Tahun 2022/2023
Pencalonan (30 minit)
Cabutan Bertuah
Undian
Cabutan Bertuah
Keputusan Undian
• Pembentangan Usul
• Hal-hal Lain
BIL. NAMA JAWATAN
Yang Dipertua
1. En.Muhammad Fadli Lee bin Abdullah Naib Yang Dipertua
2. En. Redza bin Abdul Malik
3. En. Rafishah bin Rozaimei Setiausaha
4. Pn. Norliza bt. Ensa Naib Setiausaha
5. Pn. Nordilaila bt. Roslan Bendahari
6. Pn. Rosnah bt. Misnan Naib Bendahari
7. Tugas-tugas Khas dan Biro Kebajikan
8. Pn. Sainah Teena bt. Mohamad Biro Keselamatan
9. Pn. Maria bt. Othman Biro Pendidikan
10.
11. En. Ahmad Shaiful bin Abdul Jalil Biro Ekonomi
12. En. Cheng Wui Kiang
13. Pn. Noriza bt. Milan Biro Kerohanian
14. Pn. Yong Jee Mei
15. Biro Keceriaan
16. En. Nik Mazliehafizan bin Nik Hassan
17. En. Kumarasen a/l Manivasahan Pemegang Amanah
18. Pn. Siti Mashitah bt. Ibrahim Pemeriksa Kira-kira
Pn. Thahinah bte Mohamed
19. KSIB
20. Pn. Intan Norfarinie bt. Abdul Majid
Pn. Raja Nur Fa’aeza bte Raja Ahmad Shah
Pn. Aw Guat Mooi
Pn. Nurul Hasmah bt. Harun
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47 SESI 2020/2021
Tarikh/Hari : 25 September 2021 ( SABTU )
Masa : 8.00 PAGI
Medium : Youtube Channel SMKDPT
Kehadiran : 437 ORANG ( Rujuk Google Form Kehadiran Mesyuarat )
Agenda:
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi ( En. Muhammad Fadli Lee bin Abdullah ):
Pengerusi mengucapkan, tahniah, terima kasih dan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, penjaga dan guru-guru
ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Penggawa Timur kali ke-47 ini adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.
Beliau berharap mesyuarat akan dapat berjalan dengan lancar mengikut ketetapan yang termaktub dalam perlembagaan PIBG
walaupun menggunakan medium Youtube Channel kerana kita masih lagi berada dalam keadaan pandemik.
Makluman: Semua ahli PIBG
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-46.
3.1 Cikgu Rafishah bin Rozaimei selaku Setiausaha PIBG sesi 2020/2021 membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas.
3.2 Puan Norhayati binti Md Salleh mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh Puan Siti Khairaani binti
Nordin.
Tindakan: Setiausaha
4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2020/2021.
4.1 Cikgu Rafishah bin Rozaimei membentangkan Laporan Tahunan untuk dibahas dan diterima.
4.2 Puan Siti Khairaani binti Nordin mencadangkan Laporan Tahunan tersebut diterima dan disokong oleh Puan Maizura binti Adnan.
Tindakan: Setiausaha
5.0 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir pada 31/12/2019.
5.1 Cikgu Nordilaila binti Roslan selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi sesi 2020/2021 untuk dibahas dan diterima.
5.2 Dr. Shamsul Rizal bin Shamsudin mencadangkan Laporan Penyata Kewangan tersebut diterima dan disokong oleh Puan Norhayati binti Md
Salleh.
Makluman: Semua Ahli PIBG
6.0 Perkara-perkara berbangkit.
Tiada.
7.0 Pembentangan Usul:
7.1 Pengerusi membuka sidang mesyuarat untuk agenda pembentangan usul.
7.2. Usul Kurikulum
7.2.1 Puan Tutiyati:
Beliau mengusulkan agar pihak sekolah menggunakan modul sepenuhnya.
Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur menjelaskan pihak sekolah akan menggunakan modul selepas selesainya sukatan pelajaran pada bulan
Oktober iaitu semasa fasa pemulihan, pengayaan dan pemantapan.
7.2.2 En. Ismail Abd Aziz:
Beliau mengusulkan kelas secara bersemuka perlu dilakukan.
Pengetua menjelaskan bahawa pihak bersekolah bergantung kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
7.2.3 Puan Setisahhru a/p Sangaran:
Beliau mencadangkan tingkatan 3 berada pada sesi pagi.
Pengetua menyatakan bahawa tingkatan 3 perlu berada pada waktu petang kerana memberi laluan kepada tingkatan 1 bagi memupuk budaya
SMKDPT dengan melihat contoh-contoh daripada pelajar senior mereka daripada tingkatan 4,5 dan 6 pada sesi pagi.
7.2.4 En. Kee Sor Hann:
Beliau mencadangkan pelajar DLP meneruskan DLP.
Pengetua menyatakan bahawa ada pelajar yang tidak dapat kelas DLP ketika tingkatan 4 kerana ada pemilihan berdasarkan
pencapaian ketika pelajar berada di tingkatan 3.
7.2.5 Puan Noor Hayati Ismail dan Puan Ooi Cheng Sun:
Beliau mengusulkan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar bermasalah dan mengadakan kelas semasa cuti.
Pengetua menyatakan bahawa kelas tambahan bagi tingkatan 3 akan diadakan selepas sukatan pelajaran tamat pada bulan
Oktober.
7.2.6 Puan Noorazura Kamal
Beliau mengusulkan pelajar wajib hidupkan kamera semasa kelas PdPR dan menggunakan Google Classroom (GC) semasa
pembelajaran.
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azhariah menjelaskan bahawa pihak sekolah telah mewajibkan pelajar buka kamera ketika
berada dalam kelas kerana itu salah satu adab untuk belajar. Begitu juga dengan aplikasi GC ini yang selalu digunakan tetapi
pihak sekolah mengambil kira masalah murid yang tidak dapat memasuki laman GC ini kerana timbul masalah Internet. Jadi,
pihak sekolah menggalakkan guru menggunakan pelbagai aplikasi bagi memudahkan pembelajaran serta menyeronokkan.
7.3 Usul Hal Ehwal Murid
7.3.1 Puan Zarina Binti Zainal Abidin dan Puan Nina Amir
Beliau mengusulkan supaya pihak sekolah membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Zulyadain menjelaskan bahawa telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa oleh pelajar.
Pihak sekolah juga telah menyediakan dua buah telefon awam di sekolah untuk memudahkan murid menghubungi ibu bapa.
7.3.2 Encik Azhari Sulaiman dan Encik Teo Heng Lee
Beliau mengusulkan laluan motosikal, kereta ibu bapa perlu dikawal dan mengadakan tempat kenderaan berhenti yang sempurna
dengan berbumbung untuk pelajar turun dengan selamat ke sekolah.
Pengerusi menyatakan bahawa pihak ibu bapa dan pihak sekolah telah merancang untuk membina tempat menunggu ibu bapa tetapi
peruntukan yang diperlukan masih tidak mencukupi jadi pengerusi berharap ibu bapa dapat membayar duit yuran PIBG segera
mungkin. Pengerusi juga menjelaskan bahawa yuran PIBG yang dikenakan sangat membantu untuk membuat sebarang projek
pembinaan di sekolah.
7.3.3 Encik Chan Chee Kiong
Beliau mengusulkan bahawa jejantas di hadapan sekolah perlu diselenggara segera.
Pengerusi menjelaskan bahawa jejantas itu akan dibaiki segera mungkin supaya keselamatan pelajar terjamin.
7.3.4 Puan Siti Rozyla Md Yunus
Beliau mengusulkan waktu yang sesuai untuk mesyuarat.
Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini terpaksa dibuat pada hujung minggu kerana guru-guru terlibat dengan kelas PdPR
pada hari lain.
7.3.5 Dr. Shamsul Rizal Shamsudin dan Encik Zulkiflee Ismail
Beliau mengusulkan ujian saliva Covid-19 perlu dilakukan dan kajian persetujuan sebelum sesi persekolahan dibuka.
PK HEM menjelaskan bahawa pihak KPM perlu mendapat kebenaran daripada KKM untuk membuka sekolah bukan mudah untuk
membuat keputusan ini tambah lagi dengan situasi sekarang. Selain itu, untuk ujian saliva pihak sekolah akan melakukannya atas
keperluan tertentu seperti yang telah ditetapkan.
7.3.6 Puan Raja Nur Fa’aeza Raja Ahmad Shah
Beliau mengusulkan status pelajar yang telah divaksin.
PK HEM menjelaskan bahawa 100% pelajar tingkatan 5 bersetuju untuk disuntik dalam masa terdekat. Berdasarkan info terkini pelajar
ini akan datang sekolah mengikut fasa tertentu. Pihak sekolah juga menerima arahan untuk mengemas kini data pelajar tingkatan 1,2 dan
3 bagi tujuan vaksinasi. Bagi pelajar yang tidak menerima vaksin juga dibenarkan ke sekolah.
7.3.7 Encik Mohd Aiman Andrew Abdullah
Beliau mengusulkan penambahbaikan sistem keluar masuk pelajar ketika waktu balik.
PK HEM menjelaskan bahawa pelajar dilepaskan secara bergilir-gilir dan ada selang masa selama 10 hingga 15 minit untuk keluar
mengikut modul pertama. Pelajar terakhir keluar ialah pelajar tingkatan 6. Pihak sekolah juga menggunakan modul keempat iaitu pelajar
menunggu ibu bapa dalam sekolah agar mereka selamat dan guru bertugas juga mengawasi pelajar sehingga pelajar diambil oleh ibu bapa.
7.3.8 Encik Eng Chi Heng, Encik Taufik Mohamad dan Puan Malathi
Mereka mengusulkan SOP perlu diperketatkan di sekolah.
PK HEM menyatakan bahawa pihak sekolah senantiasa memastikan SOP diperketatkan. Namun begitu, ada pelajar yang lupa SOP tapi
guru sentiasa menasihati pelajar.
7.4 Usul Kokurikulum
7.4.1 Encik Mohd Zahrom Husin
Beliau mengusulkan pihak sekolah perlu memperbanyak aktiviti kokurikulum.
PK Kokurikulum Puan Nor Rodziwati menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum tak boleh dilakukan secara bersemuka hanya dalam talian
sahaja dibenarkan sepanjang pandemik ini sejak 27 Januari tahun 2021 lagi. Pihak sekolah juga telah menetapkan bilangan perjumpaan
kokurikulum hanya 15 kali setahun untuk memudahkan pelajar mendapat markah PAJSK. Selain itu, pihak sekolah juga telah
melaksanakan pelbagai aktiviti kokurikulum dalam talian dan luar talian sepanjang tahun ini.
7.4.2 Encik Sukumar a/l Muniandy
Beliau mengusulkan pihak sekolah perlu memaklumkan setiap pertandingan melalui Whatsapp, Telegram dan sebagainya.
PK Kokurikulum menjelaskan bahawa pihak sekolah telah membuat hebahan setiap pertandingan dalam aplikasi tersebut melalui kumpulan
kelas, guru tingkatan dan sebagainya untuk perhatian pelajar dan ibu bapa.
Makluman kepada semua ahli PIBG
8.0 Agenda lain:
8.1 Encik Mohamad Fadli Lee selaku YDP PIBG mencadangkan keputusan untuk memohon sumbangan ibu bapa/penjaga bagi menjalankan
Program Motivasi yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahun lalu sebanyak RM100.00 setiap murid kelas-kelas peperiksaan dan
RM50.00 setiap murid bukan kelas peperiksaan untuk membantu pihak sekolah menampung kos menjalankan pelbagai aktiviti kecemerlangan
murid-murid. Selain itu, sumbangan PIBG sebanyak RM100.00 setiap keluarga dikekalkan seperti tahun lepas. Sementelah itu, bayaran
majalah sekolah RM 20.00 perlu dikutip bagi setiap keluarga.
Cadangan ini telah disokong dan dipersetujui sebulat suara oleh oleh ahli PIBG. En. Mohamad Fadli Lee bin Abdullah mengucapkan terima kasih
atas cadangan dan sokongan ahli mesyuarat untuk menerima usul ini dan surat siaran mengenai ketetapan ini akan dikeluarkan oleh pihak
sekolah setelah mendapat kelulusan daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPNJ, sementara bayaran boleh dibuat mulai 01 Ogos 2021
melalui guru-guru kelas anak-anak jagaan kita sebelum akhir bulan November 2021.
Tindakan: Setiausaha/Bendahari / Makluman semua ahli PIBG
9.0 Hal-hal lain
9.1 Ex-officio menyatakan bahawa fasa pembukaan sekolah bagi negeri Johor akan bermula bila negeri ini berada fasa ketiga itupun hanya
tingkatan enam semester dua hadir tanpa penggiliran (Peperiksaan STPM Semester Dua pada 25 hingga 28 Oktober 2021), sekarang negeri ini
masih lagi fasa kedua. Manakala pembukaan institusi pula pada 10.10.2021.
9.2 Ex-officio juga menyatakan bahawa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lisan akan bermula pada bulan Februari tahun 2022.
Peperiksaan bertulis pula akan bermula pada bulan Mac tahun 2022 bagi calon SPM tahun 2021. Selain itu, Peperiksaan STPM bagi semester
satu dan dua akan bermula pada bulan Mac tahun 2022.
9.3 Status vaksinasi warga SMK. Dato’ Penggawa Timur bagi guru telah mencapai 100 % iaitu seramai 89 orang guru. Begitu juga
AKP dan staf telah mencapai 100 % iaitu seramai 13 orang. Selain itu, pelajar juga telah menerima suntikan vaksin iaitu pelajar
tingkatan 6 atas, tingkatan 6 bawah, tingkatan 5 dan tingkatan 4.
9.4 Penyelenggaraan bumbung dan pendawaian sedang dijalankan di blok kantin, Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
10.0 Ucapan Penangguhan:
10.1 En. Mohamad Fadli Lee selaku YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, ibu bapa serta seluruh
warga SMDPT atas kepercayaan yang diberi dan berharap semua ibu bapa dapat menyumbang idea, sokongan dan tenaga untuk
membantu pihak sekolah mengekalkan kecemerlangan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.
Disediakan oleh,
RAFISHAH BIN ROZAIMEI
Setiausaha PIBG
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47
Tarikh : 26 September 2021
BIL NAMA JAWATAN 7/03/21 25/04/21 12 /09/21 30/12/21 17/04/22
/ / / / Meninggal dunia
1. En.Muhammad Fadli Lee bin Abdullah Yang Dipertua /
/ / / / /
2. En. Redza bin Abdul Malik Naib Yang Dipertua / / / / /
Setiausaha / / / / /
3. En. Rafishah bin Rozaimei / / / / /
Naib Setiausaha / / / / /
4. Pn. Norliza bt. Ensa Bendahari / / / /
Naib Bendahari /
5. Pn. Nordilaila bt. Roslan Tugas-tugas Khas dan Biro / / // /
/ / // /
6. Pn. Rosnah bt. Misnan Kebajikan
Biro Keselamatan / / // /
7. Pn. Sainah Teena bt. Mohamad Biro Pendidikan
8. Pn. Maria bt. Othman /
9. En. Ahmad Shaiful bin Abdul Jalil Biro Ekonomi
/
10. En. Cheng Wui Kiang
11. Pn. Noriza bt. Milan /
12. Pn. Yong Jee Mei /
13. En. Nik Mazliehafizan bin Nik Hassan
14. En. Kumarasen a/l manivasahan Biro Kerohanian / // /
15. Pn. Siti Mashitah bt. Ibrahim Biro Keceriaan
/ // /
16. Pn. Thahinah bte Mohamed
17. Pn. Intan Norfarinie bt. Abdul Majid
18. Pn. Raja Nur Fa’aeza bte Raja Ahmad Shah Pemegang Amanah / // /
19. Pn. Aw Guat Mooi Pemeriksa Kira-kira / // /
20. Pn. Nurul Hasmah bt. Harun KSIB / // /
KELAS TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5
1 KAA1 13 x x x x
1 KAA2 11 x x x x
1 BERLIAN 10 8 15 12 20
INTAN 6 11 8 10 13
ZAMRUD 16 8 8 2 9
BAIDURI 4 8 8 8 10
DELIMA 1 1 3 7 18
NILAM x 5 2 4
JUMLAH 61 41 42 41 74
KELAS TING 6
6 BK1A 4
6 BK2A 3
6 BK 3A 9
6 BK4A 6
6BK5A 11
6BK1B 4
6BK2B 2
6BK3B 2
6BK4B 23
6BK5B 20
JUMLAH 84
1. Majlis Santun Kasih, Menandatangani Perjanjian dan Perasmian Anjung Seri Penggawa
pada 18 April 2021
Perasmi Tuan Haji Kuswandi bin Tayen
(Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang)
2. Perasmian Anjung Seri Penggawa
3. Sumbangan Cermin Mata
4. Sesi Pengagihan Kurma kepada Murid sempena Bulan Ramadhan
5. Majlis Tadarus Al-Quran pada 28/04/2022
1. Program Segar Pagi SPM & STPM 9. Bil Telekom Malaysia
2. Pembinaan Anjung Seri Penggawa 10. Elaun Pemantauan & Pengawasan
11. Hadiah Guru Berpindah / Bersara
3. Baik Pulih Surau Lelaki 12. Makanan / Minuman Petugas (Vaksin)
4. Baik Pulih Blok G
13. Tempat Menunggu Pelajar
5. Cenderahati Hari Guru 14. Baik pulih Wakaf
6. Cenderahati Sekolah (Plak) 15. Kerja Pendawaian
7. Baik Pulih Pendingin Hawa Bilik Guru 16. Bil Rentokil
8. Program Santun Kasih
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SPM & STPM SMKDPT 2021
INDUK BIDANG
PEMBUGARAN BRIDGE THE GAP
(BTG)
HEADCOUNT
• CFE TEKNIK FOCUS
• DFE MENJAWAB POINT
• SFE
I-TOUCH ANAK ROAD SHOW KEM KELAS GERAK
• WALUS (AUDIT ANGKAT PENTADBIR KECEMERLANGAN BIMBINGAN GEMPUR
TOTAL) PENTADBIR BERFOKUS
SOKONGAN BIDANG BIDANG
SAINS & TEKNIK &
BIDANG MATEMATIK BIDANG SAINS VOKASIONAL
BAHASA KEMASYARAKATAN
SEGAR PAGI KEROHANIAN PENGGAWA 4 MATA EARLY BIRD KELAS TAMBAHAN LATIH
• NUR PAGI GEMILANG ONLINE/ LEPAS TUBI/TUDINGAN
JEJAK SEKOLAH
GEMILANG MOTIVASI BINA
KERJAYA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SMK DATO PENGGAWA TIMUR, MASAI, JOHOR
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BERAKHIR 31/12/2021
PIBG MOTIVASI KERTAS MAJALAH JUMLAH
A. PENERIMAAN 72,646.75 58,175.63 4,757.94 - 135,580.32
BAKI AWAL:
Bank
Kutipan sumbangan PIBG 66,850.00 25,800.00 66,850.00
Kutipan motivasi 10,170.00 25,800.00
Kutipan kertas dan keceriaan 1,936.80 13,140.00 10,170.00
Kutipan Majalah Sekolah 265.00 13,140.00
Yayasan Bank Rakyat 292.10 1,936.80
Derma individu
Hibah 265.00
292.10
JUMLAH PENERIMAAN
141,990.65 83,975.63 14,927.94 13,140.00 254,034.22
B. PERBELANJAAN 1,360.00 7,590.00 1,360.00
352.00 3,255.00 352.00
Telekom Malaysia 2,002.50
Rentokil 1,500.00 1,425.00 1,500.00
Elauan pemantauan premis & keselamatan 682.00 1,114.50 682.00
Jamuan Mesyuarat Guru 337.52 337.52
Caj Bank 1,080.00
Penggambaran Graduasi SPM dan STPM 1,540.90 7,590.00
Modul Intervensi Akademik Ting. 6-STPM 2020 305.00 3,255.00
Hadiah guru berpindah & bersara 3,000.00 1,540.90
Kem kecemerlangan SPM 43,000.00 2,002.50
Kem kecemerlangan STPM 1,425.00
Modul STPM 7,870.00 1,114.50
Segar Pagi SPM & STPM 4,560.00 3,000.00
Qistina 24 Enterprise ( Anjung Seri Penggawa) 43,000.00
Qistina 24 Enterprise ( Baik pulih surau lelaki) 2,024.00 7,870.00
Anis Ct Enterprise (Baik Pulih Blok G) 615.00 4,560.00
YTWOZ (PERTINA) 1,080.00
YTWOZ (Cenderahati Hari Guru) 1,900.00 2,024.00
Cerdik Ilmu Bakti ( cenderahati sekolah) 1,691.00
Anis Ct Enterprise (Pendingin Hawa Bilik Guru) 2,554.00 615.00
Program Santun Kasih 1,900.00
TOMS Optical (Bantuan Cermin Mata) 80.00 1,691.00
Cenderahati penetapan ETR 76.00 2,554.00
Cap PIBG
GD Express 8.27 80.00
AlFayed Enterprise (Program Vaksin) 1,120.00 76.00
Segar Pagi STPM Semester 2
8.27
1,120.00
305.00
FOSH (Alat pemadam api) 660.00 660.00
Chan Siew Ling (Latih tubi & peperiksaan) 7,084.41
MYM Maju Jaya Enterprise 7,084.41 3,800.00
Qistina 24 Enterprice (Tempat Menunggu) 60,000.00
Qistina 24 Enterprise ( Wakaf) 60,000.00 3,800.00 10,000.00
Qistina 24 Enterprise(pendawaian) 10,000.00 1,780.00
Anis Ct Enterprise (Baik Pulih) 1,780.00 1,900.00 1,900.00
Anugerah Penggawa Gemilang 11,860.00 11,860.00
Bintang Printing (Modul SPM) 2,946.24 2,946.24
JUMLAH PEMBAYARAN 146,050.69 37,938.24 7,084.41 - 191,073.34
LEBIHAN/KURANGAN (A - B) (4,060.04) 46,037.39 62,960.88
7,843.53 13,140.00