4 OKTOBER 2022 Konvensyen KIK Universiti Awam Ke-16 Sekalung tahniah kepada Kumpulan OASIS, Perpustakaan Tuanku Bainun di atas pencapaian anugerah EMAS bersempena Konvensyen KIK Universiti Awam ke-16. Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI telah bertanding di dalam Konvensyen KIK Universiti Awam kali ke-16 yang dihoskan oleh UTHM dan diadakan secara dalam talian. Diwakili oleh kumpulan OASIS, tajuk yang dibawa adalah "KELEWATAN MEMPROSES TESIS PELAJAR PASCA SISWAZAH DI PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UPSI". Semoga projek ini mendapat penilaian terbaik dari kaca mata juri pertandingan. kerana ianya telah menyelesaikan pelbagai isu pengaksesan serta pengurusan selain mempercepatkan rujukan tesis oleh para pelajar UPSI secara dalam talian. 26 OKTOBER 2022 Let's Talk@UPSI - Siri 12/2022 : Banjir? Abang Viva pasti datang! LET'S TALK@UPSI , SIRI 12|2022 - Banjir? Abang Viva pasti datang! ini telah diadakan secara dalam talian di Facebook dan Youtube Perpustakaan Tuanku Bainun pada 26 Oktober 2022. Program ini disampaikan oleh En. Azwan Omar (Abang Viva), hero banjir. Seramai 1,362 orang peserta telah menyertai program ini.
3 NOVEMBER 2022 Program Outreach U-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia 3 November 2022 - Telah berlangsung Program Outreach UPustaka Perpustakaan Negara Malaysia di Universiti Awam Tahun 2022 bersama Pesta Buku Sempena 100 Tahun UPSI & Fiest Buku Muallim 2022 di Dewan SITC, UPSI. Program tersebut merupakan anjuran daripada Perpustakaan Negara Malaysia dengan Kerjasama Perpustakaan Tuanku Bainun, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik (BPSA). Tujuan program adalah untuk mempromosikan Perkhidmatan Perpustakaan Digital U-Pustaka kepada warga UPSI. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan iaitu dengan seramai 200 orang telah mendaftar sewaktu program berlangsung.
11 NOVEMBER 2022 Majlis Perasmian ‘Little Free Library’ dan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UPSI dan RAC 11 November 2022 – Jam 3.00 petang telah berlangsung Majlis Perasmian 'Little Free Library' yang disempurnakan oleh YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safri Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, dan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Majlis diadakan di UPSI Digital Library, Kampus Sultan Azlan Shah. Profesor Dr. Marzita binti Puteh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang mewakili Naib Canselor UPSI menandatangani memorandum perjanjian bagi pihak UPSI, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi, Encik Adam bin Abu Hanipah menandatangani memorandum perjanjian bagi pihak RAC. Semoga kerjasama erat ini dapat memartabatkan lagi budaya membaca masyarakat Malaysia menerusi 'Little Free Library'. Membawa konsep 'take a book, return a book-free book exchange' ini, buku akan diletakkan dalam struktur binaan 'little free library' yang akan ditempatkan di stesen kereta api di negeri Perak. Stesen kereta api yang dipilih sebagai projek rintis ini ialah Stesen Keretapi Tanjong Malim, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping.
11 NOVEMBER 2022 Friday Breakfast @ PTB Friday Breakfast@PTB | 11.11.2022 Bermula hari ini, PTB akan menyediakan makanan kepada pelajar yang berkunjung ke PTB secara PERCUMA pada setiap hari Jumaat. First come, first served! Semoga amalan yang sedikit ini berterusan sampai bila-bila.
11 NOVEMBER 2022 Program Pengajian Siswazah Tajaan Nusa Tenggara Barat (NTB) Bersempena Program Induksi Pelajar Baharu Program Pengajian Siswazah Tajaan Nusa Tenggara Barat (NTB) anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS), Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kunjungan seramai 15 orang pelajar bagi tujuan taklimat perpustakaan dan lawatan. Kelas Literasi Maklumat telah dijalankan di Makmal Latihan IT Perpustakaan Tuanku Bainun. Kelas ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber rujukan, panduan akses kepada pangkalan data atas talian dan seterusnya memilih sumber yang relevan untuk digunakan. 15 DISEMBER 2022 Taklimat Program Sarjana Teknologi Instruksional Satu taklimat berkaitan Pengurusan Pusat Sumber telah disampaikan oleh En. Mohd Razalli Ahmad Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pn. Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB). Terdiri daripada 64 orang peserta kursus bagi Program Sarjana Teknologi Instruksional. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan pembangunan koleksi, pengkatalogan dan pengkelasan bahan, pengurusan koleksi dan pengautomasian perpustakaan / pusat sumber. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta.