The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pustaka UPSI, 2024-05-20 03:48:53

e-buletin julai - september 2022

jul-sep 2022

1-3 JULAI 2022 Program Transformasi Pusat Sumber KEMAS Kg. Pasir Salak Program Transformasi Pusat Sumber KEMAS, Kg. Pasir Salak dijalankan bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 1-3 Julai 2022. Proses transformasi ini melibatkan 7 orang staf PTB memberi fokus dalam penyediaan ruang yang lebih kondusif serta penamabahan buku baharu pelbagai genre bernilai RM4,500. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Shaharuddin b. Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT.


6 JULAI 2022 Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang Majlis perasmian ini adalah lanjutan daripada bengkel pengurusan dan projek ubah suai pusat sumber yang telah diadakan pada Disember 2021. Pada 6 Julai 2022, Cik Noriha Muhammad, Ketua Pustakawan PTB diiringi En. Mohamed Zaid Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah menyempurnakan majlis perasmian nama pusat sumber sekolah iaitu Pusat Sumber Raudhatul 'Ilmi. Majlis turut diselitkan dengan penyerahan buku bacaan terkini untuk dijadikan rujukan pelajar sekolah bernilai RM1,500.00 20 JULAI 2022 Let's Talk@UPSI - Siri 09/2022 : Takyah Risau Nanti Kita Deletelah ! LET'S TALK@UPSI , SIRI 09|2022 - Takyah risau nanti kita ‘delete’lah ini telah diadakan secara dalam talian di Facebook Perpustakaan Tuanku Bainun pada 20 Julai 2022. Program ini disampaikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Pensyarah Kanan UITM Kelantan. Seramai 2,810 orang peserta telah menyertai program ini.


6-8 OGOS 2022 CSR sempena Team Building Perpustakaan Tuanku Bainun Program Khidmat Masyarakat Kg.Gajah telah diadakan secara serentak pada 8 Ogos 2022. Empat projek telah diadakan iaitu Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Sg.Galah, pembersihan stor dan jalan alternatif Sekolah Kebangsaan Sg. Galah, pembersihan laluan Sek. Ren. Agama Saadiah Sg. Galah dan juga pembersihan masjid dan gotong royong penyediaan bubur asyura di Masjid Al- Makmur, Kampung Sg. Galah.


17 OGOS 2022 Let's Talk@UPSI - Siri 10/2022 : Kumpul Aset di Usia Muda LET'S TALK@UPSI , SIRI 10|2022 - Kumpul aset di usia muda ini telah diadakan secara dalam talian di Facebook dan Youtube Perpustakaan Tuanku Bainun pada 17 Ogos 2022. Program ini disampaikan oleh Tuan Afyan bin Mat Rawi, Perunding Kanan & Trainer Infaq Consultancy Sdn. Bhd. Seramai 2,143 orang peserta telah menyertai program ini. 21 SEPTEMBER 2022 Let's Talk@UPSI - Siri 11/2022 : Jom Jadi Content Creator LET'S TALK@UPSI , SIRI 11|2022 - Jom jadi ‘content creator!’ ini telah diadakan secara dalam talian di Facebook dan youtube Perpustakaan Tuanku Bainun pada 21 September 2022. Program ini disampaikan oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad, ‘Chairman & CEO - The Content Success’. Seramai 1,544 orang peserta telah menyertai program ini.


13 SEPTEMBER 2022 Majlis Perasmian Penyediaan Ruang Membaca Klinik Kesihatan Tg. Malim (KKTM) dan Klinik Kesihatan Slim River (KKSR) Penyediaan ruang membaca ini merupakan projek rintis khidmat sosial universiti bertujuan untuk memupuk budaya membaca kepada pengunjung terutamanya para pesakit sedang menunggu giliran mahupun ahli keluarga yang menemani pesakit sewaktu menunggu giliran rawatan. PTB telah menyerahkan sebanyak 5300 naskhah buku beraneka genre bernilai lebih RM4500 untuk disumbangkan kepada kedua klinik kesihatan ini menerusi ihsan agensi seperti Dewan Bahasa Pustaka(DBP), Karangkraf, Serambi Ilmu Rakyat(Bank Rakyat) selain perbelanjaan daripada PTB sendiri.


Click to View FlipBook Version