MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA
& PERADABAN
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
MEMUPUK PERPADUAN
Disediakan oleh :
MUHAMMAD FIKRI BIN MOHAMAT RIZAL
(21DDT20F2003)
MUHAMMAD SHAFIQUE BIN SHAMSUL ANUAR
(21DDT20F2007)
AZZRA FAQRUNNISA BINTI ABDUL GHAFAR
(21DDT20F2004)
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
❑ Pengenalan
❑ Kebudayaan Kebangsaan Memupuk Perpaduan
❑ Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
❑ Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan
❑ Peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
PENGGUBALAN DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
❑ Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
❑ Meningkatkan perpaduan bangsa & negara melalui
kebudayaan
❑ Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang lahir daripada kebudayaan kebangsaan
STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN
PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN
❑ Berteraskan kebudayaan rakyat Asal Rantau
❑ Agama menjadi pembentukan kebudayaan
kebangsaan
KESIMPULAN
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
boleh didefinisikan sebagai kebudayaan
keseluruhan cara hidup manusia.
Kebudayaan penting dalam proses
pembangunan negara kerana
keperibadian Malaysia mesti dipupuk
melalui usaha meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik.
Ianya memerlukan kerjasama dan
penglibatan semua lapisan masyarakat.
Malaysia merupakan sebuah negara yang
merangkumi slogan satu untuk semua
iaitu sebuah negara yang berbilang
kaum. Proses pembentukan kebudayaan
nasional mestilah melakukan sebuah
perancangan yang teliti dan rapi agar
dapat melahirkan cara hidup
yang lebih harmoni.
Dasar kebudayaan kebangsaan telah
diperkenalkan pada tahun 1971 di
Malaysia. Ianya lahir daripada gagasan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini ditubuhkan sebagai garis
panduan dalam membentuk , mewujud
dan mengekalkan identiti negara.
Penggubalan dasar mestilah
mempertimbangkan fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara .
Contohnya seperti pusat pertemuan,
pusat perdagangan dan pusat tamadun
.Negara kita menjadi pusat-pusat tersebut
sejak dua ribu tahun lampau. Peranannya
adalah sebagai pusat pertemuan . Ia telah
melahirkan beberapa proses seperti
interaksi, pengenalan , penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas.
▪ DASAR :- Menurut kamus dewan bahasa dan
pustaka, dasar dapat didefinisikan sebagai
suatu pertimbangan (cara, sistem dan lain-
lain) yang bukan sesuatu, asas, prinsip atau
teras.
▪ KEBUDAYAAN :- Kebudayaan merupakan
seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku
manusia yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain melalui proses
pembelajaran.
▪ KEBANGSAAN :- Maksud kebangsaan
merupakan suatu perasaan atau semangat
cinta dan taat setia yang mendalam
terhadap bangsa dan tanah air.
Mengukuhkan perpaduan
negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional
Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang
lahir dari satu kebudayaan
kebangsaan
Memperkaya dan meningkatkan
nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi
▪ Berperanan penting ▪ Bagi sebuah negara
dalam proses yang mempunyai
pembangunan negara masyarakat berbilang
di Malaysia di mana kaum seperti di
keperibadian Malaysia Malaysia, proses
harus dipupuk dalam pembentukan
usaha-usaha yang kebudayaan nasional
dijalankan ke arah memerlukan
meningkatkan perancangan yang
pembangunan teliti dan rapi supaya
sosioekonomi dan dapat melahirkan cara
politik. Ini sudah hidup yang bersifat
tentunya memerlukan keMalaysiaan.
penggemblengan.
Peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
ialah mewujudkan satu identiti nasional bagi
masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
Malaysia. Hal ini demikian, kebudayaan
kebangsaan memainkan peranan yang
penting untuk mewujudkan
identiti negara Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
Menurut P. Sivarajan et al. (2015), identiti
nasional merujuk kepada satu lambang
kepada sesuatu penduduk di sesebuah
negara untuk membezakan penduduk di
negara tersebut dengan negara yang lain.
Dalam konteks negara Malaysia, identiti
nasional yang diwujudkan menerusi dasar
kebudayaan Kebangsaan adalah
fundamental untuk mewujudkan satu
identiti Malaysia dalam kalangan
masyarakat global.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah
diperkenalkan adalah teras kepada
kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan
elemen kebudayaan masyarakat lain yang
terdapat dalam negara untuk mewujudkan
satu kebudayaan nasional yang dikongsi oleh
rakyat di negara ini sebagai identiti nasional
yang melambangkan Malaysia. Ini dapat
dibuktikan menerusi penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan.
Kesimpulannya, kebudayaan kebangsaan
memainkan peranan penting untuk
mewujudkan satu identiti nasional masyarakat
Malaysia pada peringkat global berteraskan
kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan
kebudayaan kaum lain dalam usaha
mewujudkan semangat nasionalisme.
▪ Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-
negara yang baru merdeka amatlah penting untuk
mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan itu, usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan
untuk mencapai dua objektif penting iaitu :
Objektif Mengukuhkan perpaduan bangsa
dan negara melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada kebudayaan
kebangsaan
▪ Realitinya di sini ialah perpaduan bangsa dapat
disematkan melalui kebudayaan. Pengukuhan
perpaduan ini dilakukan dengan memperkenalkan
budaya setiap komuniti yang berada di Malaysia
baik melayu, cina, india mahupun komuniti
minoriti kepada seluruh rakyat Malaysia melalui
media massa dan media cetak. Pihak yang terlibat
untuk memperkenalkan budaya ini ialah
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan dan dibantu oleh agensi- agensi
kerajaan yang lain. Perkara ini dapat memupuk
rasa hormat dan menerima budaya dan agama
kaum lain dan juga kaum lain dapat memberi
ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya
dan agama masing-masing tanpa cuba
mempengaruhi atau mengganggu antara satu
sama lain.
Objektif ini adalah amat penting supaya identiti yang
tercipta dan terbentuk di Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangsa, kaum dan agama tidak akan hilang
malah ia akan terus kekal sehingga hari ini. Memupuk
dan memelihara ini kita boleh melihat dari sudut
konsep integrasi antara kaum, iaitu kita menyentuh
kesemua integrasi nasional yang dilakukan oleh pihak
kerajaan antaranya ialah ;
❖ Integrasi wilayah - bertujuan mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara
wilayah yang maju dengan yang mundur.
❖ Integrasi ekonomi - usaha-usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara
kumpulan etnik.
❖ Integrasi kebudayaan - melibatkan usaha
membentuk suatu kebudayaan kebangsaan.
❖ Integrasi sosial - merangkumi usaha-usaha
menyatupadukan rakyat melalui program sosial
seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.
❖ Integrasi pendidikan - bertujuan untuk mewujudkan
satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan
dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
▪ 1) Strategi dan perlaksanaan dasar kebudayaan
kebangsaan adalah pemulihan, pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pemgembangan dan perhubungan budaya.
Kementeriaan kebudayaan, keseniaan dan
pelancongan haruslah menguruskan penyelidikan,
pembangunan dan memajukan kebudayaan
kebangsaan. Usaha kementerian haruslah dicapai
melalui aktiviti pembangunan dan persembahan seni
oleh Kompleks Budaya Negara yang bertindak sebagai
urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa.
▪ 2) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme
Malaysia. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-
kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain
adalah sama penting dalam pengurusan harian dan
perlaksanaan dasar-dasar semasa. Strategi yang
terakhir ialah memenuhi keperluan sosiobudaya dan
meninggikan taraf dan mutu kesenian.
❖ Berteraskan Kebudayaan rakyat Asal Rantau
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand
dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik ( Pdynesia,
Melanesia dan Oeania ) sehingga Malagasi adalah
merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
Melayu.Rantau ini adalah pusat pemancaran,
pemgembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula kegemilangan dan
keagungan tamadun Melayu berpusat di Melaka yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa ( linguafranca ).
❖ Agama menjadi Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta
pembentukan rakyat yang berakhlak dan keperibadian
mulia. Di Malaysia terdapat pelbagai agama dapat dilihat
dan sesuai mengikut kepercayaan masing-masing yang
tidak melanggar syarat. Selain itu, Malaysia tidak
menghalang seseorang itu melakukan ibadah masing-
masing.
▪ Kesimpulannya adalah setiap individu hendaklah
memupuk semangat cinta akan negara di dalam diri.
Hal ini demikian kerana kita hendaklah
mempertahankan warisan kesenian atau budaya yang
sedia ada di Malaysia. Perkara ini amatlah penting
kerana warisan negara kita merupakan identiti kepada
negara luar. Mereka mengenali kita melalui
kepelbagaain kaum,adat resam dan budaya yang ada
di Malaysia. Bertitiktolak daripada itu, pembentangan
kami mengenai “Kebudayaan Kebangsaan Memupuk
Perpaduan” menjadi bukti bahawa kepentingan
memartabatkan nilai kebudayaan di Malaysia amatlah
penting untuk generasi muda yang akan datang supaya
melahirkan insan yang menghargai dan bangga
menjadi anak Malaysia.