Fantasi Ke Alam Magika Hannani Ramli
SINOPSIS Seorang kanak-kanak bernama Cendana sangat menggemari cerita berkaitan alam fantasi. Dia bercitacita untuk tinggal di alam kayangan. Hajatnya telah tercapai, namun tragedi hitam telah berlaku disebalik keindahan alam yang didiaminya. Selepas kejadian itu, Cendana tidak lagi menggemari cerita-cerita fantasi dan menjadi lebih berhati-hati ketika melihat sesuatu yang indah di hadapan mata.
Di sebuah kampung kecil di kaki gunung, tinggal seorang kanak-kanak bernama Cendana bersama keluarganya. Dia sangat menggemari alam fantasi terutamanya pari-pari dan haiwan comel. 1
Setiap petang, Cendana selalu ke halaman belakang rumah untuk melihat serangga berterbangan bersama ayahnya. 2
Suatu petang yang cerah, ketika Cendana sedang berehat, tiba-tiba dia melihat cahaya yang aneh di belakang rumahnya. Air yang berwarna-warni seperti pelangi mengalir melalui hutan. Dia menjadi tertarik dan memilih untuk melihat dengan lebih dekat. 3
Dia mengikuti arah cahaya dan masuk ke dalam hutan yang tebal. Di dalam hutan yang indah, dia disapa oleh haiwan-haiwan. Anehnya, kesemua haiwan tersebut tersenyum dan menyapa Cendana dengan teruja. 4
Haiwan-haiwan tersebut memperkenalkan penjaga hutan itu kepada Cendana, iaitu Ratu Aula. “Selamat datang ke Alam Magika, Cendana. ” , kata Ratu Aula. Cendana menjadi leka dengan keindahan alam tersebut dan meminta mereka membawanya ke sekeliling. 5
Cendana semakin leka meneroka alam tersebut tanpa menyedari bahawa ibu bapanya tercari-cari di rumah kerana hari hampir senja. “Ke manakah Cendana pergi?” , tanya Puan Esha kepada Encik Shah. Encik Shah mengelengkan kepala menyatakan bahawa dia tidak mengetahui keberadaan anaknya itu. 6
Cendana dibawa oleh Ratu Aula dan haiwanhaiwan tersebut ke sebuah istana mewah milik penjaga hutan itu. Dia menjadi kagum dan teruja kerana apa yang dihajatinya sudah tercapai iaitu pergi ke alam fantasi. 7
Semasa memasuki istana, Cendana disambut oleh dua pari-pari cantik dan terus dibawa ke sebuah meja yang dipenuhi dengan makanan lazat. Dia mengambil segelas air dan meminumnya kerana haus mengelilingi hutan. 8
Setelah kenyang, Cendana menjadi mengantuk dan meminta izin Ratu Aula untuk tidur sebentar. Ratu membawa Cendana ke sebuah bilik yang cantik lalu dia merebahkan badan dan terus tidak sedarkandiri. 9
Keesokkan harinya, Cendana diberikan sehelai gaun indah bertatahkan permata yang dilengkapi sepasang sayap. Kemudian, dia bersiar-siar di sekeliling istana dan berhenti di sebuah taman bunga. Tiba-tiba sebuah gerbang muncul di hadapannya. 10
Tanpa berfikir panjang, Cendana terus melintasi gerbang tersebut. Malangnya, dia terjatuh di sebuah hutan tebal yang gelap dan mengerikan. Cendana menangis ketakutan. 11
Dia menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan, akan tetapi, hanya suara gagak sahaja yang berkumandang. Cendana menangis dan terus pengsan sehingga matahari terbit. 12
Tiba-tiba, sayup kedengaran bunyi orang memanggil nama Cendana. Dia terlena dari pengsannya dan terus meminta pertolongan. Tidak lama kemudian, datanglah ibu bapanya dan sekumpulan orang kampung. 13
Cendana berlari ke arah mereka dan memeluk kedua-dua orang tuanya dengan tangisan yang tersedu-sedu. Mereka membawa Cendana pulang ke rumah. Setelah membersihkan diri, dia menceritakan semua perihal yang dialami olehnya dengan nada yang sayu. 14
Ibu Cendana iaitu Puan Esha memberitahunya bahawa dia telah hilang selama lima hari. Cendana terkejut kerana baginya, hanya sehari sahaja dia pergi ke alam Magika. Cendana meminta maaf kepada ibu bapanya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara tersebut. 15
Tanpa Cendana sedar, apa yang dialami olehnya hanyalah khayalan semata-mata kerana alam Magika itu hanyalah alam di sebalik mata iaitu alam bunian. 16
PENGAJARAN Jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga menyebabkan kemudaratan kepada diri kita sendiri. Berpada-padalah. 17
GLOSAR GL I OSAR G I LOSARI Aneh Leka Senja Sayup Khayalan pelik, ganjil asyik, lalai waktu matahari hampir terbenam kurang jelas angan-angan, fantasi - - - - - 18
Hannani Ramli Cerita kanak-kanak ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Cendana, telah terperangkap di sebuah alam indah yang bernama Alam Magika. Cendana sangat menggemari cerita fantasi dan akhirnya dia telah berjaya mencapai hajatnya untuk melihat dunia fantasi secara nyata. Namun, bukan semua yang indah akan selamanya indah. Pelbagai tragedi suka dan duka telah dilalui Cendana sepanjang pengembaraannya ke alam tersebut. Ketahui cerita ini dengan lebih lanjut. Fantasi ke Alam Magika Fantasi ke Alam Magika