The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadkhairizmiramzi, 2022-05-22 13:11:58

MPU21032 (Group 6) Perpaduan di Malaysia

MPU21032 (Group 6)

Perpaduan di MPU21032
Malaysia E-Folio

Isi Kandungan

AHLI KUMPULAN
PENGHARGAAN
OBJEKTIF
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
KONSEP PERPADUAN
KEPENTINGAN PERPADUAN
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
KESAN-KESAN SEKIRANYA TIADA PERPADUAN
CADANGAN DAN PENDAPAT
RUMUSAN
RUJUKAN

Ahli Kumpulan 6

Muhammad Qaid Muhammad Siti Nuriffah binti
Hakim bin Mohd Khairizmi Ramzi Tahar Emzan
(13DEP21F1019)
Azahari (13DEP21F1001)
(13DEP21F1039)

Penghargaan

Terlebih dahulu kami bersyukyur ke atas Allah SWT kerana
kami dapat menyiapkan tugasa E-Folio pada masa yang ditetapkan
danmengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan yang telah memberikan kerjasama yang
tidak ternilai untuk menyiapkan tugasan E-Folio kursus penghayatan
etika dan peradaban.

Akhir sekali, kami juga ingin berterima kasih kepada Puan Khairil
Bariah iaitu pengarah bagi kursus etika dan peradaban (MPU21032)
yang telah memberikan panduan, bimbingan dan nasihat ketika
menyiapkan E-Folio ini.

OBJEKTIF

•Menjelaskan kepentingan perpaduan kaum di
Malaysia
•Menyatakan kebaikan mengukuhkan perpaduan
yang ada di Malaysia
•Menerangkan langkah-langkah memupuk
perpaduan
•Menerangkan kesan-kesan sekiranya masyarakat
tidak bersatu padu

1) Dapat menerangkan tentang kepentingn perpaduan di
Malaysia

2) Dapat menjelaskan kaebaikan perpaduan di Malaysia
3) Dapat menerangkan langkah-langkah memupuk
perpaduan di Malaysia
4) Dapat mengenalpasti kesan jika masyarakat tidak
bersatu padu

PENGENALAN

Perpaduan ditakfirkan sebagai hubungan erat atau bersifat
toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Selain itu, perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cinta dan bangga akan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara yang berbilang kaum dan dapat hidup dengan
harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina,
India, Kadazandusun dan Iban.

Konsep
Perpaduan

Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan bahawa hubungan
harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau
senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran
supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati
antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu
perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini
secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa
menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Kepentingan
Perpaduan

Mengukuhkan ekonomi negara

- Rakyat di negara ini dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera.
Ini dapat memberikan kesan politik negara yang tidak akan huru-hara, serta


ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing. Secara langsung ini

dapat mewujudkan hubungan antara negara lain menjadi mantap dan ini juga dapat
meperolehi pelbagai peluang kerjasama lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial
mahupun politik.

Menjamin masyarakat yang hidup bersatu padu

- Masyarakat negara ini akan menjadi masyarakat yang paling harmoni dan bersatu-
padu di dunia sekiranya prinsip perpaduan diterapkan dan menghayatinya dalam
pergaulan seharian, baik secara fizikal atau secara maya di media sosial.

Dapat meningkatkan imej negara

- Mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di peta
masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang
berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia.

Memajukan sektor pelancongan

- Akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.
Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan
kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini membolehkan rakyat
mendapat gaji bagi menyara hidup dan menaiktarafkan mereka.

Langkah-langkah memupuk perpaduan

*Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui

rumah terbuka

- Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan
sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,
Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan
pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan
tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan
menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan.

*Memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam

komuniti

- aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan
toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling
memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan
bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai
dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur
masyarakat.

*Menerbitkan drama atau filem yang

mempunyai elemen perpaduan kaum

dengan lebih banyak

-supaya dapat memberi tahu kepada org ramai kepentingan dan
kebaikan memupuk perpaduan pada setiap kaum.Hal ini juga
dapat menarik minat anak muda untuk lebih mengenali tentang
perpaduan yang berada di Malaysia ini.




*media massa merupakan rangkaian

perhubungan

- media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk menyebarkan mesej dan informasi positif tentang
kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran
tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan
dan mempunyai pelakon yang berbilang pelbagai bangsa.

Kesan-Kesan Sekiranya Tiada

Perpaduan

• Negara menjadi kacau bilau dan huru hara

- Keamanan negara terancam. Masyarakat akan berpecah
belah. Kadar jenayah di dalam negara akan meningkat hal ini
berikutan kerana perbalahan, pergaduhan antara kaum akan
terjadi. Masyarakat akan saling benci membenci dan tiada
kasih sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu
komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang
tidak sihat akan berterusan dan berleluasa.

• Pembangunan ekonomi tidak stabil

- Pelabur – pelabur asing tidak ingin melabur di negara ini
kerana keamanan negara terancam dan menyebabkan
pelaburan Malaysia merosot secara mendadak. Tambahan
pula peluang pekerjaan akan menjadi terhad yang
menyebabkan sumber pendapatan negara begitu sikit.

• Sistem pendidikan terjejas

- Pelajar – pelajar sekolah akan berasa takut untuk
menghadiri ke sekolah kerana berlaku perbalahan isu
perkauman di luar. Ini menyebabkan sekolah akan ditutup.
Di sekolah pula akan berlaku sentimen perkauman di mana
setiap kaum tidak menerapkan diri dengan perpaduan dan
justeru menyebabkan keharmonian di sekolah terjejas.

Cadangan dan Pendapat

Pada pendapat saya pihak kerajaan perlulah
menganjurkan lebih banyak kempen dan aktiviti
berkaitan perpaduan supaya lebih ramai rakyat
sedar akan kepentingan dan kebaikan
perpaduan.Hal ini dapat melahirkan ikatan
perpaduan yang lebih erat di Malaysia. Seterusnya
pihak ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak
mereka tentang perpaduan supaya dapat
diterapkan sikap perpaduan dari sejak kecil.Hal ini
dapat melahirkan lebih ramai kanak-kanak berjiwa
perpaduan di usia muda.

RUMUSAN

Daripada tugasan ini, kita dapat memahami tentang
keamanan negara dan kedamaian Malaysia yang
diwujudkan dengan pelbagai peranan yang dimainkan
oleh semua rakyat. Iktibar yang diperolehi ialah kita
mestilah saling hormat menghormati antara satu sama
lain Selain itu, kita hendaklah memajukan negara
dengan menjalin hubungan yang baik dengan semua
kaum di Malaysia. Disamping itu, jika ada perselisihan
hendaklah diselesaikan melalui perundingan.

Rujukan

·http://karanganspmska.blogspot.com/2016/03/langkah-
langkah-memupuk-perpaduan.html
·https://web.facebook.com/GroupEA202Kumpulan7/photos/a.
121209720059500/133843762129429/?type=3&_rdc=1&_rdr
·https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/?m=1
·http://jganraj.blogspot.com/

Harum mewangi bunga di para,
Disusun tinggi di alas bata;
Perpaduan rakyat agenda

negara,

Pembangunan dikongsi rakyat
jelata.


Click to View FlipBook Version