ANJURAN BERSAMA: Institut Aminuddin Baki Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 17~19 Oktober 2023 Seri Manja Boutique Hotel, Kuantan, Pahang
2 Kolokium Amalan Terbaik PGB PRIme Peringkat Kebangsaan 2023 Kepimpinan Pendidikan MADANI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
PROGRAM “PATANNAANKU SYULGAKU” STRATEGI MENINGKATKAN KADAR ENROLMEN MURID PENGHUNI ASRAMA SK PULAU BUM BUM Razali bin Datuk Haji Melali SK Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah ABSTRAK Kemudahan asrama harian di sekolah rendah merupakan satu kelebihan besar kepada SK Pulau Bum Bum. Pada awal penubuhan, asrama ini mencatatkan jumlah penghuni yang agak besar. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2021, enrolmen murid asrama harian di SK Pulau Bum Bum berlaku penurunan yang drastik dan membimbangkan akibat daripada pembukaan tahap 2 di beberapa buah Sekolah Kurang Murid (SKM) yang pada awalnya murid dipusatkan ke SK Berpusat Bum Bum (nama asal SK Pulau Bum Bum). Berasaskan isu ini, pihak pentadbiran telah melancarkan sebuah program khas bagi mengatasi masalah tersebut. Program “Patannaanku Syulgaku” yang diilhamkan daripada bahasa daerah suku bajau yang bermaksud “Tempat Tinggalku, Syurgaku” merupakan satu program yang dirangka untuk meningkatkan kadar kemasukan dan enrolmen murid di asrama sekolah bagi mengurangkan keciciran pendidikan. Kerangka tindakan program ini meliputi aktiviti menaikkan taraf kemudahan asrama yang dhaif, pemulihan persepsi ibubapa/ penjaga murid sekitar sekolah dan pembangunan program khas untuk murid-murid di asrama. Dalam tempoh 6 bulan sejak pelancarannya pada awal tahun 2022, program ini telah menunjukkan impak yang positif dan berjaya menaikkan kadar enrolmen murid asrama sebanyak 100%. Kini asrama SK Pulau Bum Bum kembali meriah dengan jumlah penghuni yang mencapai angka memenuhi geran perbekalan makanan harian bermasak asrama yang telah diluluskan oleh KPM. Mutakhir ini, asrama merupakan hub kecemerlangan dan pusat pencapaian kemenjadian murid SK Pulau Bum Bum, Semporna. Kata kunci : Enrolmen Murid Penghuni Asrama, Komuniti, Karamah Insaniah 46
47
48