The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerangka Panduan Perkemb Kerjaya Pegawai Dietetik 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-09-18 00:52:17

Kerangka Panduan Perkemb Kerjaya Pegawai Dietetik 2023

Kerangka Panduan Perkemb Kerjaya Pegawai Dietetik 2023

38 Rajah 6-2 Beban kerja (10 teratas) perkhidmatan dietetik mengikut disiplin klinikal Rajah 6-3 Bilangan kes yang dikendalikan mengikut rujukan 0 50000 100000 150000 200000 250000 300000 350000 2020 2019 2018 2017 2016 BILANGAN KES TAHUN Perubatan Pediatrik Pembedahan Am Rawatan Rapi O & G Onkologi Ortopedik Nefrologi Kardiologi Psikiatri 2016 2017 2018 2019 2020 Tidak Diberi Intervensi 7,709 7,638 9,906 11,232 9,155 Diberi Intervensi 142,217 146,770 158,109 162,849 155,346 Rawatan Susulan 90,058 94,508 89,288 98,780 101,898 0 25,000 50,000 75,000 100,000 125,000 150,000 175,000 BILANGAN KES Diberi Intervensi Tidak Diberi Intervensi Rawatan Susulan


39 Manakala di klinik kesihatan, peningkatan beban kerja adalah lebih besar iaitu sebanyak 51.8% dalam tempoh empat tahun sehingga tahun 2019 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6-4. Penglibatan aktif dari Pegawai Dietetik hospital amat diperlukan bagi memenuhi permintaan perkhidmatan yang tinggi di klinik kesihatan. Beban kerja secara lawatan dari Pegawai Dietetik hospital juga turut meningkat dengan ketara bermula pada 2019. Ini adalah berikutan persediaan pelaksanaan Akta Kesihatan Bersekutu (Akta 774) dan pelarasan skop perkhidmatan Pegawai Dietetik dan Pegawai Sains Pemakanan. Pelarasan skop memerlukan semua kes yang memerlukan intervensi MNT dikendalikan oleh Pegawai Dietetik, termasuk pra-diabetes, pra-hipertensi dan diabetes gastasi. Perkhidmatan di klinik kesihatan juga tidak terkecuali mendapat kesan daripada pandemik yang melanda menyebabkan penurunan kes yang dikendalikan sebanyak 15.4% pada tahun 2020. Jurang keperluan perkhidmatan dietetik di klinik kesihatan atau kesihatan primer masih besar. Secara perbandingan, statistik dietetik klinik kesihatan dan rekod National Diabetes Registry 2018, hanya 42,450 (5.6%) daripada 754,867 kes diabetik berdaftar mendapat intervensi MNT daripada Pegawai Dietetik. Jika mengambil kira prevelen penyakit NCD lain yang lebih tinggi seperti hipertensi, hiperkolesterol dan obesiti, jurang ini adalah jauh lebih besar. Rajah 6-4 Beban kerja perkhidmatan dietetik di klinik kesihatan 2016 2017 2018 2019 2020 PD KK 94,782 104,467 109,729 131,302 106,542 PD HOSPITAL 2,478 1,569 2,393 16,294 18,323 JUMLAH 97,260 106,036 112,122 147,596 124,865 BIL PD 58 66 66 67 77 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 0 20,000 40,000 60,000 80,000 100,000 120,000 140,000 160,000 JUMLAH KES


40 7.0 Kesimpulan Dokumen ini dibangunkan sebagai rujukan kepada profesion dan pemegang taruh seperti Bahagian Sumber Manusia, Program Perubatan, Program Kesihatan Awam, Program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal dalam perancangan kerjaya Pegawai Dietetik untuk memperkasakan perkhidmatan di KKM. Kandungannya menggariskan bidang, kelayakan, latihan dan penempatan mengikut pengkhususan dan kepakaran perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan objektif dan hala tuju perkhidmatan dietetik di KKM. Melalui dokumen ini diharapkan keperluan perjawatan profesion Pegawai Dietetik dapat dipenuhi selaras dengan dasar KKM untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia. Dokumen ini bukan sesuatu yang statik dan akan di kemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan. 8.0 Rujukan 1. Census Beban Kerja Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia 2016- 2020. 2. Garis Panduan Pembangunan dan Perkembangan Kerjaya Profesion Pegawai Dietetik KKM 2015-2020. 3. Cadangan Outfit Perjawatan Bagi Fasiliti Kesihatan di KKM 2021. 4. Specialty and Subspecialty Framework of Ministry of Health Hospitals for 12 th & 13th Malaysia Plan (2021 – 2030). Medical Development Division, MOH 2023. 5. Salt Reduction Strategy to Prevent and Control NCD for Malaysia 2015-2020. 6. Kompilasi Abstrak Penyelidikan (2016-2020) Profesion Kesihatan Bersekutu. https://drive.google.com/file/d/1BVD4yqEQ0dglG2mxvMTpRvCuvr62A4I/view?usp=drivesdk


41 Lampiran DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK HOSPITAL SUBBIDANG: DIETETIK KLINIKAL BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U54 Membuat penilaian, merancang, merangka dan menetapkan hala tuju bagi perkhidmatan dietetik 1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet Individu bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (nutrition support) bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan untuk pesakit dalam dan luar. 4. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan dietetik kepada komuniti/ institusi berkeperluan khas. 5. Menilai semula dan menyelaras keberkesanan pelaksanaan Nutrition Care Process oleh Pegawai Dietetik di bawah jagaan agar dijalankan secara evidence-based dengan merujuk kepada Clinical Practice Guidelines dan Medical Nutrition Therapy Guidelines berkenaan. 6. Menilai keperluan dan merancang penghasilan risalah dan bahan pendidikan pesakit. 7. Memantau dan menyelaras perluasan praktik dietetik dengan memantapkan kerjasama dengan doktor dan allied health professional yang lain dalam rawatan secara multidisciplinary team approach. 8. Menilai, menyelia dan membimbing Pegawai Dietetik di bawah jagaan dalam praktik dietetik klinikal. 9. Menilai, mengkoordinasi dan membimbing praktik dietetik ke arah perkembangan subkepakaran. Merancang dan menilai perkhidmatan diet terapeutik 1. Merancang dan menilai pelaksanaan audit terhadap perkhidmatan diet pesakit supaya mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. 2. Menyemak dan mengesahkan laporan audit serta membuat penilaian ke atas tindakan penambahbaikan yang telah diambil terhadap ketidakpatuhan. 3. Menilai dan mencadangkan penambahbaikan ke atas resipi piawai agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit 4. Merancang ujirasa sajian makanan secara berkala dan menilai semula tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan yang telah dijalankan.


42 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 5. Menyemak dan memastikan tindakan pembetulan telah diambil ke atas aduanaduan berkaitan diet pesakit. 6. Menilai dan mengesahkan anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan. 7. Merancang pemantauan penggunaan dan menyemak justifikasi keperluan penggunaan produk enteral oleh Pegawai Dietetik mengikut keperluan. 8. Menyemak dan mengesahkan spesifikasi untuk produk enteral dan formula bayi. Merancang, menilai serta mengenalpasti keperluan latihan 1. Merancang pembangunan profesionalisme berterusan (CPD), kursus orientasi, latihan dalam perkhidmatan dan pendidikan lanjutan dan memastikan anggota diberi peluang untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran. 2. Menyelaras dan memantau perlaksanaan program pendidikan dietetik berterusan untuk doktor dan allied health professional yang lain untuk membantu dalam rawatan pesakit. 3. Menyelaras dan memantau perlaksanaan latihan pengurusan perkhidmatan makanan terapeutik dan latihan internship dietetik klinikal kepada pelatih dietetik dari institusi pengajian tinggi yang menjalankan latihan praktikal berkaitan. 4. Menilai latihan-latihan yang dijalankan serta merancang penambahbaikan dalam latihan bagi meningkatkan pencapaian dan keberkesanan latihan. Mengurus dan mengenal pasti keperluan perlaksanaan kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Mengurus pelaksanaan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menilai dan mengesahkan data-data aktiviti kualiti serta mencadangkan langkah penambahbaikan kualiti perkhidmatan. 3. Mengenal pasti keperluan aktiviti peningkatan kualiti dan merancang pelaksanaan kajian/ penyelidikan yang berkaitan. 4. Mengesahkan laporan pencapaian aktiviti dan indikator kualiti serta statistik jabatan. 5. Mengenal pasti keperluan, merancang serta membimbing kajian-kajian dalam bidang perkhidmatan dietetik. Merancang, mengurus dan mentadbir perkhidmatan dietetik 1. Mengurus dan mentadbir serta merancang keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, kemudahan dan pembangunan fasiliti di bawah jagaan.


43 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 2. Mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa dan melaksanakan mesyuarat/ perbincangan untuk menyelaras urusan di antara perkhidmatan dietetik dengan pelanggan dalaman serta luaran/pembekal berkaitan. 3. Merancang, mengurus dan memantau program/ aktiviti dalam bidang perkhidmatan dietetik mengikut skop tanggungjawab yang ditentukan. 4. Menjadi penasihat, penyelaras dan fasilitator dalam bidang dietetik di peringkat penggubalan dasar, polisi, akta, garis panduan, konsensus dan perjanjian kontrak yang berkaitan. 5. Membuat penilaian dan menganalisis perlaksanaan polisi dan dasar serta merancang perkembangan kerjaya untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan. 6. Bekerjasama dengan organisasi lain seperti kementerian, badan berkanun, NGO, persatuan, media massa dan lain-lain untuk memberi maklumat serta bantuan kepakaran dalam bidang dietetik demi mencapai visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia. 2. U52 Merancang dan menyelaras hala tuju perkhidmatan dietetik 1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet individu bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (nutrition support) bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan untuk pesakit dalam dan luar. 4. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan dietetik kepada komuniti/ institusi berkeperluan khas. 5. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Nutrition Care Process oleh Pegawai Dietetik di bawah jagaan agar dijalankan secara evidence-based dengan merujuk kepada Clinical Practice Guidelines dan Medical Nutrition Therapy Guidelines berkenaan. 6. Menyemak dan mengesahkan risalah dan bahan pendidikan pesakit yang disediakan mengikut keperluan. 7. Menyelaras dan memperluaskan praktik dietetik untuk bekerjasama dengan doktor dan allied health professional yang lain dalam rawatan secara multidisciplinary team approach. 8. Menyelia dan membimbing Pegawai Dietetik di bawah jagaan dalam praktik dietetik klinikal. 9. Membimbing dan memantau praktik dietetik ke arah perkembangan subkepakaran.


44 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA Memantau perkhidmatan diet terapeutik 1. Merancang dan memantau pelaksanaan audit terhadap perkhidmatan diet pesakit supaya mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. 2. Menyemak dan mengesahkan laporan audit serta memastikan pelan tindakan penambahbaikan diambil terhadap ketidakpatuhan. 3. Mengesahkan resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit. 4. Memantau dan menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 5. Memastikan tindakan pembetulan telah diambil ke atas aduan-aduan berkaitan diet pesakit. 6. Mengesahkan anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan. 7. Memantau penggunaan dan penyediaan produk enteral oleh anggota wad secara berkala. 8. Menyediakan spesifikasi untuk produk enteral dan formula bayi Menyelaras dan melaksanakan latihan 1. Menyelaras pembangunan profesionalisme berterusan (CPD), kursus orientasi, latihan dalam perkhidmatan dan pendidikan lanjutan dan memastikan anggota diberi peluang untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran. 2. Menyelaras dan melaksanakan program pendidikan dietetik berterusan untuk doktor dan allied health professional yang lain untuk membantu dalam rawatan pesakit. 3. Menyelaras dan melaksanakan latihan pengurusan perkhidmatan makanan terapeutik dan latihan internship dietetik klinikal kepada pelatih dietetik dari institusi pengajian tinggi yang menjalankan latihan praktikal berkaitan. 4. Melaksanakan penilaian ke atas latihan-latihan yang dijalankan untuk menentukan pencapaian dan keberkesanan latihan. Merancang dan menyelaras kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menyemak data data aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan. 3. Merancang pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti dan melaksanakan kajian/ penyelidikan yang berkaitan. 4. Menyemak laporan pencapaian aktiviti dan indikator kualiti serta statistik jabatan. 5. Merancang, membimbing dan memantau kajian-kajian dalam bidang perkhidmatan dietetik.


45 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dietetik 1. Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran anggota di bawah jagaan. 2. Mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa dan melaksanakan mesyuarat/ perbincangan untuk menyelaras dan melicinkan urusan di antara perkhidmatan dietetik dengan wad/ jabatan/pembekal lain yang berkaitan. 3. Merancang, mengimplementasi dan memantau program/ aktiviti dalam bidang perkhidmatan dietetik mengikut skop tanggungjawab yang ditentukan. 4. Merancang keperluan kewangan, tenaga manusia, peralatan, kemudahan dan pembangunan yang diperlukan untuk perkhidmatan dietetik. 3. U48 Merancang dan menyelaras hala tuju perkhidmatan dietetik 1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet individu bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (nutrition support) bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan untuk pesakit dalam dan luar. 4. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan dietetik kepada komuniti/ institusi berkeperluan khas. 5. Memantau praktik dietetik oleh Pegawai Dietetik di bawah jagaan agar dijalankan secara evidence-based dengan merujuk kepada Clinical Practice Guidelines dan Medical Nutrition Therapy Guidelines berkenaan. 6. Merancang dan mengurus penyediaan risalah dan bahan pendidikan pesakit mengikut keperluan. Menyelaras perkhidmatan diet teraputik 1. Menyelaras dan menjalankan audit terhadap perkhidmatan diet pesakit supaya mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. 2. Menganalisis laporan audit serta mencadangkan dan memastikan pelan tindakan penambahbaikan diambil terhadap ketidakpatuhan. 3. Memberi khidmat nasihat bagi aspek kandungan nutrien dalam perancangan dan semakan menu pesakit. 4. Menyemak resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit. 5. Menyelaras dan menjalankan verifikasi menu, pemantauan ketepatan pesanan diet dan hidangan diet terapeutik secara berkala.


46 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 6. Menyelaras dan menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 7. Menyemak anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan. 8. Mengesahkan pesanan produk enteral untuk kegunaan pesakit di wad dan memastikan produk yang dibekalkan adalah mengikut preskripsi. 9. Membuat audit dalam persediaan, pembungkusan, pelabelan dan pengagihan formula produk enteral dan formula bayi di unit/jabatan dan di wad. 10. Menyelaras dan menjalankan pemantauan stok produk enteral dan formula bayi di stor jabatan. 11. Menyelaras dan menjalankan pemantauan terhadap penggunaan dan penyediaan produk enteral oleh anggota wad secara berkala. 12. Menyediakan spesifikasi untuk produk enteral dan formula bayi. Menyelaras dan melaksana latihan 1. Menyelaras dan menjalankan latihan berkenaan prinsip dan konsep penyediaan makanan sihat, penyediaan diet normal dan terapeutik kepada anggota jabatan/hospital. 2. Menyelaras dan melaksanakan pendidikan dietetik klinikal kepada jabatan, agensi atau organisasi lain mengikut keperluan. 3. Menyelaras dan melaksanakan latihan internship dietetik bagi pelatih-pelatih dari institusi pengajian tinggi. Menyelaras, memantau dan melaksana kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Menyelaras, memantau dan melaksanakan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Memantau pengumpulan data-data aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan. 3. Menyelaras dan menjalankan aktiviti peningkatan kualiti dan melaksanakan kajian/ penyelidikan yang berkaitan. 4. Menjalankan tindakan penambahbaikan daripada laporan pencapaian aktiviti dan indikator kualiti serta statistik jabatan. Mengurus perkhidmatan dietetik 1. Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran anggota di bawah jagaan. 2. Mengelola mesyuarat-mesyuarat dan jawatankuasa-jawatankuasa yang dikenal pasti.


47 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA U44 Menyelia dan melaksanakan Nutrition Care Process 1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet Individu bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (nutrition support) bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan untuk pesakit dalam dan luar. 4. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan dietetik kepada komuniti/ institusi berkeperluan khas. 5. Menyelia perkhidmatan dietetik klinikal yang dijalankan oleh anggota bawahan supaya mematuhi prinsip dalam medical nutrition therapy. 6. Menyediakan risalah dan bahan pendidikan pesakit mengikut keperluan. Mengurus perkhidmatan diet terapeutik 1. Memberi khidmat nasihat bagi aspek kandungan nutrien dalam perancangan dan semakan menu pesakit. 2. Menyemak resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit. 3. Melaksanakan pengiraan kandungan tenaga dan nutrien dalam diet-diet yang disediakan bagi memastikan ia mematuhi keperluan diet pesakit. 4. Menjalankan audit terhadap perkhidmatan diet pesakit supaya mematuhi menu, resipi piawai dan keperluan nutrien pesakit. 5. Menjalankan verifikasi menu, pemantauan ketepatan pesanan diet dan hidangan diet terapeutik secara berkala. 6. Menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 7. Menyediakan anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan. 8. Membuat permohonan pesanan pembelian produk enteral dan formula bayi. 9. Mengesahkan pesanan produk enteral untuk kegunaan pesakit di wad dan memastikan produk yang dibekalkan adalah mengikut preskripsi. 10. Membuat audit dalam persediaan, pembungkusan, pelabelan dan pengagihan formula produk enteral dan formula bayi di unit/jabatan dan di wad. 11. Menjalankan pemantauan stok produk enteral dan formula bayi di stor jabatan. 12. Menjalankan pemantauan terhadap penggunaan dan penyediaan produk enteral oleh anggota wad secara berkala. 13. Menyediakan spesifikasi untuk produk enteral dan formula bayi.


48 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA Melaksana latihan 1. Menjalankan latihan berkenaan prinsip dan konsep penyediaan makanan sihat, penyediaan diet normal dan terapeutik serta latihan klinikal kepada anggota jabatan/hospital dan pelatih dari institusi pengajian tinggi. 2. Memberi pendidikan pemakanan dan dietetik kepada anggota jabatan atau organisasi lain mengikut keperluan. Menyelaras dan melaksana kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Menyelaras dan melaksanakan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menyelaras pengumpulan dan menganalisis data aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan 3. Menjalankan aktiviti peningkatan kualiti dan melaksanakan kajian/ penyelidikan yang berkaitan. U41 Melaksanakan Nutrition Care Process 1. Memberi perkhidmatan konsultasi diet Individu bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (nutrition support) bagi pesakit dalam dan pesakit luar. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan untuk pesakit dalam dan luar. 4. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan dietetik kepada komuniti/ institusi berkeperluan khas. Mengurus perkhidmatan diet terapeutik 1. Memberi khidmat nasihat bagi aspek kandungan nutrien dalam perancangan dan semakan menu pesakit. 2. Menyemak resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet pesakit. 3. Melaksanakan pengiraan kandungan tenaga dan nutrien dalam diet-diet yang disediakan bagi memastikan ia mematuhi keperluan diet pesakit. 4. Menjalankan audit terhadap perkhidmatan diet pesakit supaya mematuhi menu, resipi piawai dan keperluan nutrien pesakit. 5. Menjalankan verifikasi menu, pemantauan ketepatan pesanan diet dan hidangan diet terapeutik secara berkala. 6. Menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 7. Menyediakan anggaran penggunaan produk enteral dan formula bayi untuk tujuan anggaran perbelanjaan jabatan. 8. Membuat permohonan pesanan pembelian produk enteral dan formula bayi.


49 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 9. Mengesahkan pesanan produk enteral untuk kegunaan pesakit di wad dan memastikan produk yang dibekalkan adalah mengikut preskripsi. 10. Membuat audit dalam persediaan, pembungkusan, pelabelan dan pengagihan formula produk enteral dan formula bayi di unit/jabatan dan di wad. 11. Menjalankan pemantauan stok produk enteral dan formula bayi di stor jabatan. 12. Menjalankan pemantauan terhadap penggunaan dan penyediaan produk enteral oleh anggota wad secara berkala. 13. Menyediakan spesifikasi untuk produk enteral dan formula bayi. Melaksana latihan 1. Menjalankan latihan berkenaan prinsip dan konsep penyediaan makanan sihat, penyediaan diet normal dan terapeutik serta latihan klinikal kepada anggota jabatan/hospital dan pelatih dari institusi pengajian tinggi. 2. Memberi pendidikan pemakanan dan dietetik kepada anggota jabatan atau organisasi lain mengikut keperluan. Melaksana kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Melaksanakan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menjalankan aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan dan melaksanakan kajian/ penyelidikan yang berkaitan.


50 DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK IPKKM (BKP) SUBBIDANG: PERANCANGAN DASAR DAN PELAN KESIHATAN BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U54 1. Merancang polisi, strategi, aktiviti pencegahan dan kawalan faktor risiko bagi penyakit NCD berdasarkan keperluan utama dan semasa. 2. Memberikan input teknikal dalam bidang dietetik dan pemakanan di peringkat penggubalan dasar, polisi, akta, garis panduan, panduan, konsensus, perjanjian kontrak dan modul latihan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan faktor risiko dan penyakit kardiovaskular, diabetes dan semua penyakit NCD selari dengan aktiviti Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD). 3. Mengurus pembangunan polisi dengan membuat kertas ringkasan, menubuhkan jawatankuasa teknikal, membuat analisis / penilaian situasi semasa, menyediakan dan membentang kertas cadangan mengemas kini, mencetak polisi jika dipersetujui serta mengedar kepada pihak berkenaan dan seterusnya mengkaji polisi dari semasa ke semasa. 4. Menyediakan garis panduan dan manual mengikut prosedur yang ditetapkan. 5. Melaksana polisi, strategi dan aktiviti dengan membuat advokasi, hebahan, latihan dan aktiviti pemerkasaan kepada pihak tertentu bagi memastikan polisi, garis panduan, strategi /program dilaksanakan dengan sepenuhnya. 6. Membuat penilaian program dan polisi mengikut masa yang dipersetujui bagi memenuhi keperluan indikator dan sasaran yang telah ditetapkan. 2. U48 1. Melaksana dan memantau polisi, strategi, aktiviti pencegahan dan kawalan faktor risiko bagi penyakit NCD berdasarkan keperluan utama dan semasa. 2. Memberikan input teknikal dalam bidang dietetik dan pemakanan di peringkat penggubalan dasar, polisi, akta, panduan, konsensus, perjanjian kontrak dan modul latihan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan faktor risiko dan penyakit kardiovaskular, diabetes dan semua penyakit NCD selari dengan aktiviti Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD). 3. Melaksana pembangunan polisi dengan membuat kertas ringkasan, menubuhkan jawatankuasa teknikal, membuat analisis / penilaian situasi semasa, menyediakan dan membentang kertas cadangan, mengemas kini, mencetak polisi jika dipersetujui serta mengedar kepada pihak berkenaan dan seterusnya mengkaji polisi dari semasa ke semasa. 4. Membuat penyediaan garis panduan dan manual mengikut prosedur yang ditetapkan. 5. Melaksana polisi, strategi dan aktiviti dengan membuat advokasi, promosi / hebahan, latihan dan aktiviti pemerkasaan kepada pihak tertentu bagi


51 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA memastikan polisi, garis panduan, strategi /program dilaksanakan dengan sepenuhnya. 6. Membuat penilaian program dan polisi mengikut masa yang dipersetujui bagi memenuhi keperluan indikator dan sasaran yang telah ditetapkan.


52 DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK IPKKM (BPKK) SUBBIDANG: DIETETIK KESIHATAN PRIMER BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U52 1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan dietetik klinikal, komuniti dan diet terapeutik di kesihatan primer adalah mengikut standard yang ditetapkan. 2. Merancang dan memberi input teknikal dietetik dalam pembangunan garis panduan program kesihatan keluarga dan primer. 3. Mengkaji dan mengenal pasti keperluan perluasan skop perkhidmatan dietetik kesihatan primer berdasarkan keperluan semasa. 4. Merangka pelaksanaan audit mengikut perancangan yang ditetapkan. 2. U48 1. Menyelaras pelaksanaan aktiviti dietetik klinikal, komuniti dan diet terapeutik di kesihatan primer adalah mengikut standard yang ditetapkan. 2. Mengkaji dan mengenal pasti keperluan perluasan skop perkhidmatan dietetik kesihatan primer berdasarkan keperluan semasa. 3. Membangunkan dan memberi input teknikal dietetik dalam pembangunan garis panduan dietetik kesihatan primer mengikut keperluan semasa. 4. Menyelaras pengurusan data beban kerja/ kualiti perkhidmatan dietetik kesihatan primer. 5. Menyelaras dan melaksanakan audit mengikut perancangan yang ditetapkan


53 DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK KLINIK KESIHATAN SUBBIDANG: DIETETIK KESIHATAN PRIMER BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U48 1. Merancang, menyelaras dan memantau praktik dietetik kesihatan primer bagi zon di bawah seliaan. 2. Melaksanakan perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Medical Nutrition Therapy bagi Diabetes Mellitus dengan pengkhususan. 3. Melaksana perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Medical Nutrition Therapy bagi disiplin klinikal di klinik pesakit luar. 4. Melaksana terapi sokongan pemakanan bagi pesakit terlantar di rumah dan institusi penjagaan. 5. Melaksana aktiviti saringan kesihatan dan promosi kesihatan di kesihatan primer. 6. Mengkaji dan megenal pasti perluasan skop perkhidmatan termasuk inisiatif baharu berdasarkan keperluan semasa. 7. Menyelaras pengurusan data kualiti dietetik kesihatan primer. 8. Melaksana audit/ penilaian mengikut perancangan yang ditetapkan. 2. U44 1. Melaksanakan perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Medical Nutrition Therapy bagi disiplin klinikal di klinik pesakit luar. 2. Melaksanakan terapi sokongan pemakanan bagi pesakit terlantar di rumah dan institusi penjagaan. 3. Melaksanakan aktiviti saringan kesihatan dan promosi kesihatan di kesihatan primer. 4. Menyelaras dan menyelia aktiviti dietetik kesihatan primer. 5. Melaksana audit/ penilaian mengikut perancangan yang ditetapkan 3. U41 1. Melaksanakan perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Medical Nutrition Therapy bagi disiplin klinikal di klinik pesakit luar. 2. Melaksanakan terapi sokongan pemakanan bagi pesakit terlantar di rumah dan institusi penjagaan. 3. Melaksanakan aktiviti saringan kesihatan dan promosi kesihatan di kesihatan primer. 4. Melaksana audit/ penilaian mengikut perancangan yang ditetapkan.


54 DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK INSTITUT KESIHATAN UMUM SUBBIDANG: DIETETIK PENYELIDIKAN BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U54 5. Mengenal pasti, merancang dan menjalankan penyelidikan epidemiologi pemakanan (dietetik) berdasarkan keperluan pihak berkepentingan dan bidang keutamaan. 6. Membuat penerbitan hasil daripada penyelidikan. 7. Merancang dan menyebarkan hasil penyelidikan dalam bentuk lisan atau poster kepada pihak berkepentingan dan di dalam persidangan. 8. Melaksana perkhidmatan runding cara berkaitan penyelidikan kepada pihak yang memerlukan. 9. Mengenal pasti, merancang, dan menjalankan berkaitan penyelidikan yang bersesuaian. 10. Memberi latihan berkaitan penyelidikan kepada pihak berkaitan. 2. U52 3. Menyelaras, memantau dan menjalankan penyelidikan baharu berdasarkan keperluan pihak berkepentingan dan bidang keutamaan. 4. Membuat penerbitan hasil daripada penyelidikan. 5. Merancang dan menyebarkan hasil penyelidikan dalam bentuk lisan atau poster kepada pihak berkepentingan dan di dalam persidangan. 6. Melaksana perkhidmatan runding cara berkaitan penyelidikan kepada pihak yang memerlukan. 7. Menyelaras, memantau dan menjalankan latihan berkaitan penyelidikan. 8. Memberi syarahan berkaitan penyelidikan kepada pihak berkaitan. 3. U48 6. Menyelaras dan menjalankan penyelidikan baharu berdasarkan keperluan pihak berkepentingan dan bidang keutamaan. 7. Membuat penerbitan hasil dari penyelidikan. 8. Merancang dan menyebarkan hasil penyelidikan dalam bentuk lisan atau poster kepada pihak berkepentingan dan di dalam persidangan. 9. Melaksana perkhidmatan runding cara penyelidikan kepada pihak yang memerlukan. 10. Menyelaras dan menjalankan latihan berkaitan penyelidikan. 11. Memberi syarahan berkaitan penyelidikan kepada pihak berkaitan. U44 1. Memantau dan menjalankan penyelidikan baharu berdasarkan keperluan pihak berkepentingan dan bidang keutamaan. 2. Membuat penerbitan hasil daripada penyelidikan. 3. Merancang dan menyebarkan hasil penyelidikan dalam bentuk lisan atau poster kepada pihak berkepentingan dan di dalam persidangan.


55 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 4. Melaksana perkhidmatan runding cara penyelidikan kepada pihak yang memerlukan. 5. Memantau dan menjalankan latihan berkaitan penyelidikan. 6. Memberi syarahan berkaitan penyelidikan kepada pihak berkaitan. U41 1. Menjalankan penyelidikan berdasarkan keperluan pihak berkepentingan dan bidang keutamaan. 2. Membuat penerbitan hasil daripada penyelidikan. 3. Menyebarkan hasil penyelidikan dalam bentuk lisan atau poster kepada pihak berkepentingan dan di dalam persidangan. 4. Melaksana perkhidmatan runding cara penyelidikan kepada pihak yang memerlukan. 5. Menjalankan latihan berkaitan penyelidikan. 6. Memberi syarahan berkaitan penyelidikan kepada pihak berkaitan.


56 DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI DIETETIK SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SUBBIDANG: PEMAKANAN SUKAN BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 1. U44 Menyelia dan melaksanakan Nutrition Care Process 1. Menilai komposisi tubuh badan atlet menggunakan kaedah yang sesuai dan menilai status pemakanan/ hidrasi dan tahap pemahaman atlet terhadap pemakanan prestasi sukan. 2. Memberi perkhidmatan konsultasi diet individu atlet. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan atlet murid. 4. Memberi kelas pendidikan pemakanan prestasi sukan sebelum/ semasa/ selepas pertandingan bagi membantu persediaan atlet menjelang kejohanan. 5. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan pemakanan prestasi sukan / dietetik kepada komuniti atau organisasi/ institusi berkeperluan. 6. Menyediakan risalah dan bahan pendidikan atlet murid mengikut keperluan. 7. Menyelia perkhidmatan dietetik yang dijalankan oleh anggota dietetik lain supaya mematuhi prinsip dalam medical nutrition therapy. Mengurus perkhidmatan diet 1. Merancang dan menyemak menu atlet murid bagi aspek kandungan nutrien. 2. Menyemak resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet. 3. Melaksanakan pengiraan kandungan tenaga dan nutrient dalam menu yang disediakan bagi memenuhi keperluan atlet murid. 4. Menjalankan audit terhadap perkhidmatan diet supaya mematuhi menu dan resipi piawai. 5. Menjalankan verifikasi menu secara berkala. 6. Menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 7. Memantau pengambilan makanan oleh atlet murid mengikut keperluan. Melaksana latihan dalam bidang dietetik 1. Menjalankan latihan berkenaan prinsip dan konsep penyediaan makanan sihat, diet normal serta latihan klinikal kepada anggota jabatan/sekolah. 2. Memberi pendidikan pemakanan dan dietetik kepada anggota jabatan atau organisasi lain mengikut keperluan. Menyelaras dan melaksana kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Menyelaras dan melaksanakan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menyelaras pengumpulan dan menganalisis data aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan.


57 BIL GRED SENARAI TUGAS UTAMA 3. Menjalankan aktiviti peningkatan kualiti dan melaksanakan kajian/penyelidikan yang berkaitan. 2. U41 Melaksanakan Nutrition Care Process 1. Menilai komposisi tubuh badan atlet menggunakan kaedah yang sesuai dan menilai status pemakanan/ hidrasi dan tahap pemahaman atlet terhadap pemakanan prestasi sukan. 2. Memberi perkhidmatan konsultasi diet individu atlet. 3. Memberi perkhidmatan konsultasi diet secara berkumpulan atlet murid. 4. Memberi kelas pendidikan pemakanan prestasi sukan sebelum/ semasa/ selepas pertandingan bagi membantu persediaan atlet menjelang kejohanan. 5. Memberi khidmat kepakaran dan pendidikan pemakanan prestasi sukan / dietetik kepada komuniti atau organisasi/ institusi berkeperluan. 6. Menyediakan risalah dan bahan pendidikan atlet murid mengikut keperluan. Mengurus perkhidmatan diet 1. Merancang dan menyemak menu atlet murid bagi aspek kandungan nutrien. 2. Menyemak resipi piawai yang disediakan agar menepati garis panduan dan tatacara penyediaan diet. 3. Melaksanakan pengiraan kandungan tenaga dan nutrien dalam menu yang disediakan bagi memenuhi keperluan atlet murid. 4. Menjalankan audit terhadap perkhidmatan diet supaya mematuhi menu dan resipi piawai. 5. Menjalankan verifikasi menu secara berkala. 6. Menjalankan ujirasa secara berkala dan mencadangkan tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. 7. Memantau pengambilan makanan oleh atlet murid mengikut keperluan. Melaksana latihan dalam bidang dietetik 1. Menjalankan latihan berkenaan prinsip dan konsep penyediaan makanan sihat, diet normal serta latihan klinikal kepada anggota jabatan/sekolah. 2. Memberi pendidikan pemakanan dan dietetik kepada anggota jabatan atau organisasi lain mengikut keperluan. Melaksana kajian/ penyelidikan dan aktiviti kualiti 1. Melaksanakan indikator kualiti dalam bidang dietetik mengikut piawai yang telah ditetapkan. 2. Menjalankan aktiviti peningkatan kualiti dan melaksanakan kajian/penyelidikan yang berkaitan.


58


Click to View FlipBook Version