The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

POS Penjagaan Pesakit Kecelaruan Bahasa Pertuturan dan Komunikasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-09-18 00:27:22

POS Penjagaan Pesakit Kecelaruan Bahasa Pertuturan dan Komunikasi

POS Penjagaan Pesakit Kecelaruan Bahasa Pertuturan dan Komunikasi

MOH/P/BSKB/22.23(GU)-e


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI ii KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI


Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubah suai. Walau bagaimanapun, penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN 978-967-0668-83-3 MOH/P/BSKB/22.23(GU)-e Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran Dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI iv Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Prosedur Operasi Standard ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI v Kata Pengantar Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) kerana telah berjaya menghasilkan Prosedur Operasi Standard bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti KKM seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI vi Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang berusaha gigih dalam membangunkan Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. Prosedur Operasi Standard ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI vii KETERANGAN MENGENAI DOKUMEN Prosedur operasi standard (POS) merupakan satu dokumen yang digunakan untuk mencapai keseragaman dalam perlaksanaan fungsi bagi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). POS ini membantu dalam memaksimumkan keselamatan dan kecekapan operasi untuk sesebuah organisasi. KEGUNAAN DOKUMEN INI Dokumen ini boleh digunakan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) sebagai: i. Penerangan dan panduan kepada pihak pengurusan atasan, kakitangan pelaksana dan pengguna kepada perkhidmatan ini di peringkat primer, tertiari dan institusi latihan. ii. Bahan rujukan dalam program orientasi, latihan dan pembelajaran berterusan. iii. Penanda aras Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. KAITAN DENGAN DOKUMEN INI Prosedur ini diguna pakai bersama: i. Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa. ii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa iii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan iv. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Bahasa Perolehan v. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dewasa dengan Kecelaruan Pertuturan Motor vi. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara vii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan viii. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Penelanan dan Feeding Rujukan kepada Prosedur Operasi Standard yang lain adalah tertakluk kepada penilaian awal yang dibuat dan bergantung kepada masalah kecelaruan lain yang turut dialami oleh pesakit.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI viii ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif 1 3. Polisi Operasi Utama 2 4. Prosedur Kerja 3 5. Arahan Kerja 11 6. Panduan Dokumentasi 28 7. Kawalan dan Penambahbaikan Kualiti 28 8. Dokumen Rujukan Lain 31 9. Lampiran 31 10. Glosari 57 11. Rujukan 59 12. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 64 Operasi Standard BSKB, KKM 13. Jawatankuasa Teknikal Prosedur Operasi Standard 65 Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa 14. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 66 Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi 15. Penghargaan 67


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 1 1. PENGENALAN Masalah pendengaran ialah kurang keupayaan sistem auditori untuk mendengar secara normal. Ia boleh berlaku secara kongenital atau secara perolehan dan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu masalah pendengaran konduktif, masalah pendengaran sensori neural dan masalah pendengaran campuran. Masalah pendengaran boleh berlaku pada sebelah telinga atau kedua-dua belah telinga. Selain itu, masalah pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Antara implikasi masalah pendengaran adalah kelewatan perkembangan pertuturanbahasa, masalah komunikasi, kesukaran memahami perbualan, masalah pembelajaran, sukar menjalin hubungan sosial, hilang keyakinan diri dan menjejaskan kualiti hidup. Rehabilitasi aural merupakan suatu pendekatan yang berpusat ke atas individu bermasalah pendengaran dan melibatkan proses penilaian dan pengurusan yang mengurangkan impak masalah pendengaran ke atas komunikasi dan kualiti hidup. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab dalam menjalankan penilaian dan intervensi pertuturan-bahasa, merancang program intervensi, latihan kemahiran mendengar/ auditori, latihan strategi komunikasi dan konsultasi bagi pesakit bermasalah pendengaran dan keluarganya. Perkhidmatan ini diberikan kepada golongan kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah pendengaran. 2. OBJEKTIF Objektif POS ini adalah untuk: i. Mengenal pasti jenis kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang dialami oleh pesakit bermasalah pendengaran. ii. Menentukan tahap kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang dialami pesakit. iii. Menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan diagnosis dan keperluan pesakit. iv. Memastikan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optimum melalui perkhidmatan intervensi yang efektif kepada pesakit dan penjaga.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 2 3. POLISI OPERASI UTAMA i. Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi ini hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang pertuturan-bahasa yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. ii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) mesti berdaftar sebagai Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). iii. Ketua Jabatan/ Ketua Unit bertanggung jawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang bertugas di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). iv. Fasilti minimum yang diperlukan dalam prosedur ini adalah seperti lampiran Fasilti Standard Minimum dan Alternatif Perkhidmatan Pemulihan PertuturanBahasa Kementerian Kesihatan Malaysia (Rujuk Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa) v. Semua kes pesakit bermasalah pendengaran mesti menjalani ujian pendengaran dan menerima diagnosis dari Audiologis dan Pegawai Perubatan (Otorinolaringologi) sebelum perkhidmatan ini diberikan. vi. Semua pesakit mesti mendapat preskripsi peranti pendengaran yang sesuai oleh Audiologis. vii. Semua kes pesakit bermasalah pendengaran mesti dirujuk oleh Audiologis atau Pegawai Perubatan (Otorinolaringologi) dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta mengikut polisi fasiliti yang ditetapkan. viii. Semua pesakit yang hadir secara bersemuka sama ada untuk lawatan baru atau lawatan ulangan mesti didaftarkan. Bagi pesakit yang mendapatkan perkhidmatan telerehabilitasi, pendaftaran pesakit adalah mengikut polisi fasiliti tempat pegawai bertugas. ix. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan prosedur ini bertanggung jawab memastikan semua ujian dijalankan dan data yang dikumpul, direkod dengan sempurna dan tepat. x. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) mesti bekerjasama dengan pasukan multidisiplin dalam mengoptimumkan potensi pesakit.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 3 xi. Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa mesti diberikan kepada semua pesakit sehingga mencapai tahap kefungsian komunikasi dan/ atau sosial yang optimum atau memenuhi Kriteria Penamatan Rawatan (Discaj) (Lampiran 1). 4. PROSEDUR KERJA 4.1 Ringkasan Prosedur Menyeluruh Prosedur kerja ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu: i. Prosedur Kerja Penilaian Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi ii. Prosedur Kerja Intervensi Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi Setiap prosedur diterangkan dengan dua cara: i. Carta aliran kerja: Menunjukkan turutan proses biasa serta aliran alternatif mengikut kriteria yang ditetapkan berpandukan keperluan dan hasil sesi intervensi. ii. Huraian prosedur: Menyatakan proses yang perlu dilakukan, pegawai yang terlibat dan polisi operasi yang perlu dipatuhi. Langkah dalam huraian prosedur boleh diubah mengikut kesesuaian kes. Sebagai contoh, penilaian tambahan boleh dilakukan sebelum atau selepas memulakan intervensi. Bagi pesakit yang tidak dapat memberi kerjasama, langkah penilaian atau intervensi boleh diubah suai mengikut kesesuaian. Pegawai boleh merujuk kepada arahan kerja yang disediakan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mengenai proses lain yang berkaitan. Proses pentadbiran seperti pendaftaran, janji temu, penamatan rawatan dan dokumentasi perlu dipatuhi mengikut prosedur standard yang ditetapkan oleh fasiliti masing-masing.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 4 4.2 Prosedur Kerja Penilaian Pesakit Bermasalah Pendengaran Dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan Dan Komunikasi Tujuan proses penilaian adalah memastikan sama ada pesakit bermasalah pendengaran mengalami kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi serta mengenal pasti diagnosis dan tahap masalah Prosedur penilaian biasanya dilakukan pada lawatan pertama pesakit, tetapi boleh diteruskan pada lawatan selanjutnya jika tidak dapat diselesaikan dalam sesi pertama. Prosedur penilaian boleh dijalankan secara berterusan mengikut keperluan dan status terkini pesakit pada lawatan susulan. Prosedur intervensi, terutama proses perancangan rawatan dan penerangan kepada pesakit serta penjaga boleh dimulakan pada lawatan pertama iaitu pada lawatan yang sama dengan prosedur penilaian dilakukan dan diteruskan pada sesi selanjutnya.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 5 4.2.1 Carta Aliran Prosedur Kerja Penilaian Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi Mula Jalankan penilaian Perlu? Analisis dan interpretasi hasil penilaian Terima dan semak rekod pesakit Dapatkan akuan kebenaran Ambil sejarah kes Nilai keperluan maklum balas/ rujukan ke profesional lain Nilai keperluan penilaian tambahan Jalankan penilaian tambahan Tentukan diagnosis Discaj pesakit Perlu? Beri maklum balas/ rujuk profesional lain Beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga Perlu? Rancang matlamat dan pelan intervensi Beri janji temu rawatan susulan Lengkapkan dokumentasi Tamat Lampiran 2 Lampiran 3, 4 Ya Ya Tidak Ya Ya Tidak Tidak Maklumkan hasil penilaian Nilai keperluan intervensi AK 5.2, AK 5.3 Rujuk POS berkaitan AK 5.1 Periksa peranti pendengaran Ya


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 6 4.2.2 Huraian Prosedur Kerja Penilaian Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi i. Terima dan semak rekod pesakit ii. Dapatkan akuan kebenaran bertulis dengan memohon pesakit/ penjaga membaca dan mengisi Borang Akuan Kebenaran serta Perjanjian dan Peraturan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa (Lampiran 2). Terangkan protokol dengan jelas. Borang akuan kebenaran hanya terpakai untuk pesakit luar. iii. Ambil sejarah kes pesakit menggunakan borang Paediatric Case History Form (Lampiran 3) atau Adult Case History Form (Lampiran 4) melalui temubual pesakit/ penjaga atau dari rekod perubatan pesakit (Contoh: cases notes/ discharge summary). Pastikan pesakit telah mendapat diagnosis masalah pendengaran. iv. Periksa peranti pendengaran pesakit. Rujuk arahan kerja 5.1 Pemeriksaan Peranti Pendengaran. v. Jalankan penilaian yang relevan bagi pesakit pediatrik atau pesakit dewasa dengan mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti faktor budaya dan multilingual pesakit. Rujuk arahan kerja berikut untuk menjalankan saringan atau penilaian: a. Arahan Kerja Pemeriksaan Peranti Pendengaran (AK 5.1) b. Arahan kerja Penilaian Pesakit Pediatrik Bermasalah Pendengaran Dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan Dan Komunikasi (AK 5.2) c. Arahan kerja Penilaian Pesakit Dewasa Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi (AK 5.3) vi. Analisis dan interpretasi hasil penilaian. vii. Nilai keperluan penilaian tambahan untuk penentuan diagnosis. Sekiranya perlu, jalankan penilaian tambahan dan seterusnya tentukan diagnosis. Contohnya, bagi pesakit yang disyaki mempunyai masalah lain seperti kecelaruan bahasa dan suara, rujuk Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bahasa & Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara. viii. Sekiranya tidak perlu, teruskan tentukan diagnosis masalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi. ix. Maklumkan hasil penilaian kepada pesakit/ penjaga.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 7 x. Nilai keperluan maklum balas atau rujukan kepada profesional lain yang berkaitan. Sekiranya perlu, beri maklum balas atau rujuk pesakit kepada professional lain. xi. Sekiranya tidak perlu, beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga. xii. Nilai keperluan intervensi. Sekiranya tidak perlu, discaj pesakit dan lengkapkan dokumentasi. xiii. Sekiranya perlu, rancang matlamat dan pelan intervensi pesakit. xiv. Beri janji temu rawatan susulan. xv. Lengkapkan dokumentasi. 4.3 Prosedur Kerja Intervensi Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi Tujuan prosedur intervensi adalah memastikan pesakit bermasalah pendengaran mendapat intervensi kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang sesuai dengan diagnosis. Proses intervensi merangkumi: • Perancangan • Rawatan • Pemantauan dan penilaian semula • Penggunaan komunikasi augmentatif dan alternatif jika perlu • Pelaksanaan program latihan di rumah oleh pesakit/penjaga • Penamatan intervensi Prosedur intervensi perlu dilakukan secara berperingkat dan berulangan sehingga matlamat rawatan tercapai.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 8 4.3.1 Carta Aliran Prosedur Kerja Intervensi Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi Mula Jalankan intervensi Terima dan semak rekod pesakit Dapatkan status kemajuan pesakit Beri program latihan di rumah Tercapai? Lengkapkan dokumentasi Tamat AK 5.1 Tidak Terangkan matlamat intervensi kepada pesakit/ penjaga Rekod hasil intervensi dan pencapaian pesakit Maklumkan kepada pesakit/ penjaga, rancang matlamat intervensi lain Nilai sama ada matlamat intervensi tercapai Maklumkan hasil intervensi kepada pesakit/ penjaga Nilai keperluan rujukan Perlu? Beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga Nilai keperluan penilaian semula/ tambahan Perlu? Beri janji temu rawatan susulan Perlu? Rujuk profesional lain yang berkaitan Lakukan penilaian semula/ tambahan Discaj pesakit Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Nilai keperluan rawatan susulan Periksa peranti pendengaran AK 5.4 AK 5.5


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 9 4.3.2 Huraian Prosedur Intervensi Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi i. Terima pesakit dan semak rekod pesakit. ii. Dapatkan status kemajuan pesakit daripada pesakit/ penjaga. iii. Periksa peranti pendengaran pesakit. Rujuk arahan kerja 5.1 Pemeriksaan Peranti Pendengaran. iv. Terangkan matlamat intervensi kepada pesakit/ penjaga. v. Jalankan intervensi mengikut matlamat yang ditetapkan. Antara intervensi pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang boleh dijalankan adalah seperti berikut: a. Pesakit pediatrik bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi (AK 5.4) b. Pesakit dewasa bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi (AK 5.5) vi. Nilai samada matlamat intervensi tercapai. Sekiranya matlamat intervensi tidak tercapai, maklumkan kepada pesakit/ penjaga, rancang matlamat intervensi lain dan terangkan semula matlamat baru kepada pesakit/ penjaga. vii. Sekiranya matlamat tercapai, maklumkan hasil intervensi kepada pesakit/ penjaga. viii. Beri program latihan di rumah berdasarkan matlamat yang ditetapkan. ix. Rekod hasil intervensi dan pencapaian pesakit. x. Nilai keperluan rujukan kepada profesional lain. Sekiranya perlu, rujuk pesakit kepada profesional lain yang berkaitan. xi. Sekiranya tidak perlu, nilai keperluan penilaian semula atau tambahan. xii. Sekiranya perlu penilaian semula/ tambahan, lakukan penilaian semula/ tambahan yang berkaitan dan seterusnya beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga. xiii. Sekiranya tidak perlu penilaian semula/ tambahan, terus beri konsultasi kepada pesakit/ penjaga.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 10 xiv. Nilai keperluan rawatan atau janji temu susulan. Sekiranya tidak perlu, discaj pesakit dan lengkapkan dokumentasi. xv. Sekiranya perlu, beri janji temu rawatan susulan. xvi. Lengkapkan dokumentasi.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 11 5. ARAHAN KERJA 5.1 Arahan Kerja Pemeriksaan Peranti Pendengaran i. Jalankan pemeriksaan visual ke atas peranti pendengaran (perhatikan keadaan komponen seperti acuan telinga, tiub, bateri, kabel dan lain-lain kerosakan yang kelihatan pada peranti pendengaran), ii. Periksa bateri peranti pendengaran pesakit dengan menggunakan penguji bateri untuk melihat tahap/ daya bateri. iii. Jalankan listening check berdasarkan jenis peranti pendengaran. Untuk alat bantu pendengaran (ABP), jalankan dengan menggunakan stetoskop ABP/ listening tube. Uji menggunakan bunyi Ling 6 (a, i, u, m, s, sh), nombor (contoh:1-5) atau hari-hari dalam seminggu. Pastikan bunyi suara yang didengar melalui ABP adalah jelas dan kuat. iv. Listening check juga boleh dibuat dengan menjalankan behavioral listening check. Perhatikan tindak balas yang ditunjukkan oleh pesakit apabila bunyi Ling 6 diberikan. v. Rujuk kepada Audiologis untuk pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat masalah ketidakfungsian. 5.2 Arahan Kerja Penilaian Pesakit Pediatrik Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi i. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan penilaian: a. Tiada gangguan persekitaran b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi penilaian c. Arahan diberikan dengan jelas d. Elakkan memberi kiu untuk mendapat hasil penilaian yang tepat e. Beri tempoh masa yang sesuai untuk pesakit memberi tindak balas. ii. Jalankan penilaian ke atas pesakit berpandukan Paediatric Aural Rehabilitation Form (Lampiran 5). Penilaian merangkumi komponen berikut: Bahagian A: Status Pendengaran Dapatkan maklumat status pendengaran pesakit melalui rekod perubatan pesakit dan/ atau temu bual bersama ibubapa/ penjaga. • Sejarah masalah pendengaran • Penggunaan peranti pendengaran • Faktor-faktor pesakit mendapat masalah pendengaran. • Kesukaran pesakit untuk mendengar dan berkomunikasi secara efektif dalam situasi komunikasi yang berbeza.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 12 Bahagian B: Penilaian merangkumi komponen seperti yang berikut: a. Ujian bunyi Ling 6 • Mengesan dan mengenal pasti pada jarak dekat, 1 meter, 2 meter dan 3 meter. b. Penilaian Kemahiran Auditori • Jalankan penilaian berpandukan alat penilaian/ senarai semak yang berkenaan dan tentukan tahap pesakit berdasarkan penilaian yang dilakukan. • Catatkan keputusan di dalam borang. c. Penilaian Kemahiran Bahasa, Pertuturan, Komunikasi dan Kognitif. • Jalankan penilaian berpandukan alat penilaian/ senarai semak yang berkenaan dan tentukan tahap pesakit berdasarkan penilaian yang dilakukan. • Catatkan keputusan di dalam borang. • Rujuk POS Penjagaan Pesakit Pediatrik Dengan Kecelaruan Bahasa dan POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan. d. Bilangan kosa kata ekspresif (Expressive vocabulary count) • Tentukan bilangan bunyi - bunyi awal atau perkataan bermakna yang telah dihasilkan oleh pesakit (sekiranya ada). • Bilangan ditentukan berdasarkan senarai perkataan yang disenaraikan oleh pegawai, ibu bapa/ penjaga, guru atau individu lain yang berkait dengan pesakit. • Catatkan keputusan di dalam borang. e. Kejelasan bunyi pertuturan (Speech intelligibility) • Dengar pertuturan spontan pesakit. • Nilai kejelasan pertuturan dengan memberi jumlah peratusan berdasarkan persepsi pegawai. • Catatkan keputusan di dalam borang. * Kejelasan bunyi pertuturan mungkin terjejas disebabkan faktor-faktor tertentu seperti keupayaan mendengar, perkembangan bahasa, fonologi, artikulasi pesakit dan lain-lain. f. Categories of Auditory Performance-II (CAP-II) • Berdasarkan penilaian kemahiran auditori pesakit, kategorikan tahap kemahiran auditori pesakit menggunakan skala CAP-II (Lampiran 7). • Catatkan keputusan di dalam borang.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 13 g. Speech Intelligibility Rating (SIR) • Dengar pertuturan spontan pesakit. • Nilai tahap kejelasan pertuturan berdasarkan persepsi pegawai menggunakan skala SIR (Lampiran 8). • Catatkan keputusan di dalam borang. h. Family Participating Rating Scale (FPR) • Nilai tahap komitmen ibu bapa dalam proses rehabilitasi, kategorikan tahap komitmen menggunakan skala FPR (Lampiran 9) • Catatkan keputusan di dalam borang. i. Interaksi ibu bapa-kanak-kanak (Parent-Child Interaction) • Perhatikan interaksi ibu bapa dengan kanak-kanak. • Catatkan keputusan di dalam borang. j. Komitmen pesakit dan tingkah laku (Patient commitment and behaviour) • Perhatikan komitmen dan tingkah laku pesakit semasa sesi dijalankan. • Catatkan keputusan di dalam borang. Antara alat penilaian/ senarai semak lain yang boleh digunakan adalah: Penilaian/ Senarai semak kemahiran auditori, bahasa, pertuturan, komunikasi dan kognitif. a. Cottage Acquisition Scales for Listening, Language and Speech (CASLLS) –(Elizabeth M. Wilkes, 2001) (umur 0 – 8 tahun) https://edproducts.sunshinecottage.org/ b. Integrated Scales of Development (ISD) (Cochlear Limited, 2009)- (umur 0 – 4 tahun.https://www.cochlear.com/us/en/professionals/resources-andtraining/professional-education/school-resource-center/rehabilitationresources/integrated-scales-development c. St. Gabriel’s Curriculum for the Development of Audition, Language, Speech and Cognition (St. Gabriel's Auditory-Verbal Early Intervention d. Centre & Tuohy, 2005) – (umur 0 – 6 tahun) St. Gabriel's School for the Hearing Impaired Children e. A Child‘s Journey Developmental Milestone (Therres&Steyns, 2017) - (umur 0 – 6 tahun) Innsbruck, Austria: MED-EL


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 14 Penilaian/ Senarai semak kemahiran auditori a. LittlEARS® Auditory Questionnaire (Tsiakpini, Weichbold, Kuehn-Inacker, Coninx, D’haese, &Almadin, 2004) - (umur 0 - 2 tahun) https://www.medel.com/about-hearing/hearing-test/little-ears-auditoryquestionnaire b. Auditory Skills Checklist (Anderson, 2004) - (kanak-kanak) https://successforkidswithhearingloss.com/resources-forprofessionals/early-intervention-for-children-with-hearing-loss c. Auditory Learning Guide (Beth Walker, 2009) – (kanak-kanak) https://www.hearingfirst.org/m/resources/82 d. Common Objects Token (COT) Test (Plant & Moore, 1992; Anderson et al., 2005) – (umur 3 tahun dan ke atas) Innsbruck, Austria: MED-EL e. Auditory Perception Test for the Hearing Impaired Third Edition (Allen, 2015) - (umur 3 tahun ke atas) https://www.pluralpublishing.com/ f. Functional Auditory Performance Indicators (FAPI) Stredler-Brown & Johnson, 2004) - (umur 2 tahun dan keatas) https://successforkidswithhearingloss.com/wpcontent/uploads/2014/06/FAPI.doc g. Functional Listening\ Index™ – Paediatric (FLI-P®) (The HEARing CRC, The Shepherd Centre and Cochlear, 2018) (umur 0-6 tahun). https://hearhub.org/home/features/tools/fli-p/ h. REDDI (Rapid Evaluation and Documentation of Detection and Imitation) (HearHub, 2022). https://hearhub.org/home/features/tools/reddi/ i. TesTrax (Plant & Anderson, 2005) - (umur remaja dan dewasa) Inssbruck, Austria: MED-EL Penilaian/ Senarai semak kemahiran bahasa a. Preschool Language Scale 5th Edition (PLS 5) (Zimmerman, Pond & Steiner, 2014) - (umur 0 - 7;11 tahun) .https://www.pearsonassessments.com/ b. Clinical Evaluation of Language Fundamentals® (CELF-5) (Wiig, Semel& Secord, 2013) - (umur 5;0 - 21;11 tahun). https://www.pearsonassessments.com/ c. The New Reynell Development Language Scale (NRDLS) (Edwards, Letts, & Indra, 2011)- (umur 2;0 - 7;6 tahun). https://www.gl-assessment.co.uk/assessments/products/new-reynelldevelopmental-language-scales/ d. Alat Ujian Bahasa Kanak-kanak Prasekolah Melayu (MPLAT) (Razak, Madison & Aziz, 2018) – (umur 4;0 – 6;11 tahun).https://unilangit.com/naypdf/MPLAT-brochure.pdf e. SLT – Speech Language Development Checklist (umur 0 - 8;11 tahun ) - POS Penjagaan Pesakit Pediatrik Dengan Kecelaruan Bahasa f. Expressive Vocabulary Test-3 (EVT-3)40 - (umur 2;6tahun - 90+ tahun)


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 15 g. Peabody Picture Vocabulary Test Fifth Edition (PPVTTM-5) (Dunn, 2019) - (umur 2;6 - 90+ tahun) di https://www.pearsonassessments.com/ h. Bloom & Lahey Language Development Chart (Bloom & Lahey, 1978) - (umur 1tahun-5tahun) https://www.studocu.com/en-us/document/novasoutheastern-university/communication-disorders-infancypreschool/bloom-and-laheys-model-exp-lang-chart/8336024 i. The Language Assessment, Remediation and Screening Procedure (LARSP) (Fletcher, Ball, & Crystal, 2016) – (kanak-kanak) https://www.researchgate.net/publication/292242405_Assessing_Gramma r_The_Languages_of_LARSP j. MacArthur-Bates Communicative Development Inventories (CDI) Words and Gestures(Fenson, Marchman, Thal, Dale, Reznick & Bates, 2007) – (umur 8 bulan – 18 bulan) https://products.brookespublishing.com/ k. MacArthur-Bates Communicative Development Inventories (CDI) Words and Sentences(Fenson, Marchman, Thal, Dale, Reznick & Bates, 2007) – (umur 16 bulan – 30 bulan) https://products.brookespublishing.com/ Penilaian/ Senarai semak kemahiran bunyi pertuturan a. The Infant Monitor of Vocal Production (IMP)(Cantle Moore &Colyvas, 2018) - (Umur 0 – 18 bulan)https://www.eimponline.org/ b. Goldman-Fristoe Test of Articulation–3rd Edition (GFTA-3)(Goldman & Fristoe, 2015) - (umur 2 – 21;11 tahun) https://www.pearsonassessments.com/ c. Senarai Semak Kecelaruan Bunyi-bunyi Pertuturan (POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan) d. Malay Speech Assessment Kit (M-SPEAK) (Phoon, H. S., Abdullah, A. C. & Murugalah, P., 2013) – (umur 4-6; 5 tahun) USM e. Listening and Spoken Language Therapy for Children With Hearing Loss: A Practical Auditory-Based Guide https://www.pluralpublishing.com/ Penilaian/ Senarai semak kemahiran komunikasi a. The Pragmatics Profile of Everyday Communication Skills in Children (forPreschool and School age) (Dewart& Summers,1995) - Preschool version (umur 0 - 4 tahun), School-age version (umur 5 – 10 tahun) http://complexneeds.org.uk/modules/Module-2.4-Assessment-monitoringand-evaluation/All/downloads/m08p080c/the_pragmatics_profile.pdf


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 16 5.3 Arahan Kerja Penilaian Pesakit Dewasa Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi i. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan penilaian: a. Tiada gangguan persekitaran. b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi penilaian. c. Arahan diberikan dengan jelas. d. Elakkan memberi kiu untuk mendapat hasil penilaian yang tepat. e. Ahli keluarga tidak mengganggu atau memberi kiu kepada pesakit. f. Beri tempoh masa yang sesuai untuk pesakit memberi respon. ii. Jalankan penilaian ke atas pesakit berpandukan Adult Aural Re(habilitation) Form (Lampiran 6). Penilaian merangkumi komponen berikut: Bahagian A: Status Pendengaran Dapatkan maklumat status pendengaran pesakit melalui rekod perubatan pesakit dan/ atau temu bual bersama pesakit/ keluarga. • Sejarah masalah pendengaran. • Penggunaan peranti pendengaran. • Faktor-faktor pesakit mendapat masalah pendengaran. • Kesukaran pesakit untuk mendengar dan berkomunikasi secara efektif dalam situasi komunikasi yang berbeza. Bahagian B: Penilaian merangkumi komponen seperti yang berikut: a. Ujian bunyi Ling 6 • Mengesan dan mengenal pasti pada jarak dekat, 1 meter, 2 meter dan 3 meter. b. Penilaian Kemahiran Auditori • Jalankan penilaian berpandukan alat penilaian/ senarai semak yang berkenaan dan tentukan tahap pesakit berdasarkan penilaian yang dilakukan. • Catatkan keputusan di dalam borang. c. Perbualan • Jalankan sesi perbualan pendek dengan pesakit (secara individu atau dalam kumpulan). • Perhatikan keberkesanan sesi perbualan tersebut (contoh: kebolehan pesakit faham dan ambil bahagian dalam perbualan). • Perhatikan strategi yang digunakan oleh pesakit semasa mengalami kesusahan untuk memahami perbualan dan berkomunikasi (strategi penjelasan). • Catatkan keputusan di dalam borang.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 17 d. Perbualan telefon • Perhatikan sesi perbualan telefon antara pesakit dan penutur yang dikenali/ tidak dikenali. • Perhatikan keberkesanan sesi perbualan tersebut (contoh: pesakit faham dan ambil bahagian dalam perbualan). • Catatkan keputusan di dalam borang. e. Kejelasan bunyi pertuturan (Speech intelligibility) • Dengar pertuturan spontan pesakit. • Nilai kejelasan pertuturan dengan memberi jumlah peratusan berdasarkan persepsi pegawai. • Catatkan keputusan di dalam borang penilaian. f. Kualiti suara, resonan, kelancaran, prosodi dan artikulasi • Dengar pertuturan spontan pesakit. • Nilai komponen di atas berdasarkan persepsi pegawai. • Catatkan keputusan di dalam borang. • Sekiranya memerlukan penilaian lanjutan, rujuk POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Suara, POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan dan POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Kegagapan. g. Categories of Auditory Performance-II (CAP-II) • Berdasarkan penilaian kemahiran auditori pesakit, kategorikan tahap kemahiran auditori pesakit menggunakan skala CAP-II (Lampiran 7). • Catatkan keputusan di dalam borang. h. Speech Intelligibility Rating (SIR) • Dengar pertuturan spontan pesakit. • Nilai tahap kejelasan pertuturan berdasarkan persepsi pegawai menggunakan skala SIR (Lampiran 8). • Catatkan keputusan di dalam borang. iii. Antara penilaian lanjutan yang boleh dijalankan berdasarkan kepada keperluan pesakit adalah seperti berikut: a. Menjalankan penilaian di persekitaran yang lebih mencabar (contohnya: bunyi latar belakang yang bising). b. Menjalankan penilaian menggunakan stimulus yang lebih mencabar (contohnya: perkataan yang kurang digunakan, topik yang lebih sukar). c. Penilaian bahasa dan pertuturan dewasa.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 18 5.4 Arahan Kerja Intervensi Pesakit Pediatrik Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi i. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan intervensi: a. Tiada gangguan persekitaran. b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi intervensi. c. Arahan diberikan dengan jelas. d. Pastikan penjaga memahami dan dapat mengaplikasi teknik intervensi yang dijalankan. e. Ubah suai teknik bergantung kepada kebolehan serta tindak balas pesakit. f. Mulakan latihan dengan tahap yang lebih mudah dan perlahan-lahan tingkatkan kesukaran latihan. g. Gunakan kiu bagi membantu pesakit memberi tindak balas yang sesuai. ii. Pastikan persekitaran pendengaran berada dalam keadaan yang kondusif. Akustik (ciri bunyi) persekitaran dibantu dengan: • Kedudukan pegawai/ ibu bapa - duduk di sebelah pesakit pada sisi telinga yang lebih baik amplifikasi pendengarannya. • Cakap menghampiri dengan pembesar suara peranti pendengaran. • Cakap dengan menggunakan kekuatan suara perbualan. iii. Jalankan intervensi berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan dan mengikuti tahap perkembangan kemahiran kanak-kanak. iv. Intervensi merangkumi komponen berikut: a. Intervensi kemahiran auditori b. Intervensi kemahiran bahasa, komunikasi dan kognitif c. Intervensi kemahiran bunyi pertuturan d. Intervensi latihan muzik a. Intervensi kemahiran auditori Kenal pasti terlebih dahulu status penggunaan dan tahap keberkesanan peranti pendengaran daripada Audiologis. Matlamat intervensi adalah berdasarkan tahap perkembangan kemahiran auditori berikut: • Mengesan bunyi – menentukan sama ada bunyi didengar atau tidak. • Diskriminasi bunyi – membezakan bunyi yang didengar. • Mengenal pasti – mengenal pasti bunyi/ perkataan yang didengar. • Memahami – memahami bunyi, perkataan dan ayat yang didengar.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 19 Pegawai boleh merujuk Senarai Semak Kemahiran Auditori (Lampiran 10). b. Intervensi kemahiran bahasa, komunikasi dan kognitif • Rujuk POS Penjagaan Pesakit Pediatrik Dengan Kecelaruan Bahasa Contoh strategi/ teknik yang boleh digunakan untuk membantu perkembangan kemahiran auditori, pertuturan, bahasa dan komunikasi pesakit bermasalah pendengaran ialah: • Auditory input first • Acoustic Highlighting • Repetition (Pengulangan) • Auditory closure • Auditory sandwich • Listening at a distance • Book sharing c. Intervensi kemahiran bunyi pertuturan • Rujuk audiogram bagi menentukan bunyi pertuturan tersebut berada dalam julat pendengaran pesakit. • Pegawai boleh merujuk kepada: − POS Penjagaan Pesakit Pediatrik dengan Kecelaruan Bunyi Pertuturan − Listening and Spoken Language Therapy for Children With Hearing Loss: A Practical Auditory-Based Guide https://www.pluralpublishing.com/ − Rotfleisch, S. Soda Bottles & Submarines: essential speech acoustics, The Listener, Summer 2000, 51-56 https://www.hear2talk.com/presentations/soda-bottlessubmarines.php − Ling, D. (2002). Speech and the hearing-impaired child: Theory and practice. Washington, DC: A.G. Bell Association. − Pickett, J.M.(1980) The Sounds of Speech Communication A Primer of Acoustic Phonetics and Speech Perception Baltimore: University Park Press. − Mischook, M. & Cole, E. (1986): Auditory Learning and Teaching of Hearing-Impaired Children. In E. Cole and H. Gregory (Eds.), Auditory Learning Volta Review 88(5)67-81


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 20 d. Intervensi latihan muzik Muzik dan lagu boleh merangsang dan mengalakkan perkembangan kemahiran mendengar, bahasa, pertuturan, komunikasi, sosial, kognitif dan literasi awal bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Antara contoh aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: • Nyanyi lagu bersama. • Aktiviti lagu yang beraksi. • Meneroka, mendengar dan memberi tindak balas kepada jenis muzik yang lain dan alatan muzik yang lain. Antara sumber yang boleh dirujuk adalah seperti berikut: − Let’s Play the LSL Way: Musical Fun. Adapted for Discovering and Exploring Musical Play Learning Experience. Hearing First. March 2020. Boleh dimuat turun di https://www.hearingfirst.org/m/resources/7163/download − Music and Young Children with CI. Med-el Medical Electronics. Boleh dimuat turun di https://www.medel.com/support/rehab/rehabilitation-downloads − Barton, C. (May 2010). “Music, Spoken Language, and Children with Hearing Loss: Using Music to Develop Spoken Language, Part 2.” Boleh dimuat turun di https://www.sjiresources.org/ewExternalFiles/SpeechPathologyBart on4-19-10.pdf − Campbell, P.S. & Scott-Kassner, C. (1995). Music in childhood: From preschool through elementary grades. New York: Schirmer Books − Gordon, E. (2003). A music learning theory for newborn and young children. Chicago: GIA Publications. https://www.giamusic.com/store/resource/music-learning-theory-fornewborn-and-young-children-2013-edition-book-g3487 − Schwartz, E. (2008). Music, therapy, and early childhood: A developmental approach. Gilsum, NH: Barcelona Publishers. Antara pendekatan intervensi yang boleh digunakan ialah: i. Listening and Spoken Language ii. Listening and Cued Speech iii. Listening and Sign Language iv. Listening and other AAC


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 21 Sekiranya pesakit tidak mendapat manfaat dari pendekatan intervensi di atas, intervensi boleh diteruskan dengan menggunakan pendekatan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif. (Rujuk AK 5.6) Bagi pesakit yang bakal memasuki alam persekolahan, persediaan awal yang boleh dibuat adalah seperti berikut: • Kebolehan dalam mendengar, memahami dan bertutur untuk komunikasi sosial. • Berdikari dalam pengurusan diri dan peranti pendengaran. • Persediaan kemahiran literasi awal. Jalankan konsultasi berkaitan perkembangan dan isu-isu berkaitan dengan masalah pendengaran dan komunikasi pesakit. Sesi kaunseling/ konsultasi boleh dijalankan bersama dengan profesion lain yang juga terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit bermasalah pendengaran seperti Audiologis dan Pakar Otorinolaringologi. Konsultasi bagi penempatan persekolahan boleh dijalankan bersama profesional yang berkaitan. 5.5 Arahan Kerja Intervensi Pesakit Dewasa Bermasalah Pendengaran Dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan Dan Komunikasi i. Pastikan panduan berikut dipatuhi untuk menjalankan intervensi: a. Tiada gangguan persekitaran. b. Pesakit menumpukan perhatian semasa sesi intervensi. c. Arahan diberikan dengan jelas. d. Galakkan penglibatan ahli keluarga, pastikan ahli keluarga memahami dan dapat mengaplikasi teknik intervensi bersama pesakit di rumah. e. Ubah suai teknik bergantung kepada kebolehan serta tindak balas pesakit. f. Mulakan latihan dengan tahap yang lebih mudah dan perlahan-lahan tingkatkan kesukaran latihan. g. Gunakan kiu bagi membantu pesakit memberi tindak balas yang sesuai. ii. Jalankan intervensi berdasarkan matlamat-matlamat yang bersesuaian dengan masalah pendengaran pesakit mengikut komponen dan teknik-teknik yang bersesuaian. Antara komponen atau teknik-teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut:


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 22 a. Kaunseling/ konsultasi Kaunseling adalah penting semasa menetapkan matlamat intervensi dan merancang intervensi yang berkesan untuk pesakit dewasa bermasalah pendengaran. ▪ Sesi kaunseling/ konsultasi boleh dijalankan bersama dengan profesion lain yang juga terlibat secara langsung dalam pengurusan pesakit bermasalah pendengaran seperti Audiologis dan Pakar Otorinolaringologi. ▪ Beri kaunseling/ konsultasi kepada pesakit/ keluarga tentang maklumat tidak terhad kepada seperti berikut: − Penerangan masalah pendengaran. − Penggunaan peranti pendengaran dan penggunaan assistive listening device (contoh: FM system). − Harapan yang realistik. − Implikasi masalah pendengaran terhadap komunikasi, pendidikan dan vokasional. − Kesan masalah pendengaran kepada keluarga dan orang lain. − Kesan masalah pendengaran terhadap penggunaan telefon, televisyen dan alatan teknologi yang lain. − Sumber dan sokongan komuniti yang sedia ada. − Strategi-strategi untuk mengatasi cabaran dan kebimbangan mengenai kualiti kehidupan. ▪ Timbangkan tentang penerimaan psikologi, sosial dan emosi pesakit dan ahli keluarga mengenai masalah pendengaran dan juga kesannya. *Membuat rujukan kepada kaunselor jika perlu. b. Intervensi Kemahiran Auditori • Intervensi kemahiran auditori dijalankan untuk mengoptimumkan penggunaan modaliti mendengar untuk menyokong keperluan komunikasi dalam konteks yang relevan kepada pesakit bermasalah pendengaran dan juga ahli keluarga. • Intervensi kemahiran auditori boleh dijalankan dengan menggunakan berikut : - Kaedah pendekatan analitik - Kaedah pendekatan sintetik - Gabungan kedua-duanya.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 23 Kaedah pendekatan analitik o Mengutamakan pada perbezaan spesifik ciri-ciri bunyi dan menggunakan bottom-up processing. o Unsur-unsur analitik terdiri daripada suprasegmental (intonasi, pitch, stress, timing) dan segemental (elemen fonemik seperti bunyi konsonan dan vokal). o Latihan dijalankan dari hierarki yang mudah ke tahap yang semakin sukar, jarak yang dekat ke jarak yang jauh dan bermula dari persekitaran yang senyap ke persekitaran yang bising. o Latihan mengikut hierarki kemahiran mendengar: ✓ Mengesan bunyi ✓ Membezakan bunyi ✓ Mengenal pasti bunyi ✓ Memahami bunyi yang didengar Kaedah pendekatan sintetik • Menggunakan top-down processing untuk meningkatkan kemahiran auditori. • Latihan ini dijalankan dalam konteks perkataan, frasa, ayat atau perbualan supaya pesakit bermasalah pendengaran boleh memanfaatkan maklumat sintaksis, semantik dan pragmatik bagi memahami maklumat yang didengar. • Latihan dijalankan bermula dari persekitaran yang senyap ke persekitaran yang bising; daripada set tertutup ke set terbuka; dan daripada topik yang mudah kepada topik yang lebih sukar. c. Intervensi kemahiran komunikasi Intervensi kemahiran komunikasi meningkatkan keupayaan pesakit bermasalah pendengaran untuk memahami perbualan dan mengambil bahagian secara efektif dalam perbualan harian untuk memenuhi keperluan sosial dan vokasional.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 24 Antara latihan intervensi kemahiran komunikasi yang boleh digunakan adalah seperti berikut : i. Latihan strategi komunikasi • Pesakit boleh mendapatkan maktlumat dan meminta perjelasan daripada pihak lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan menggunakan ayat-ayat seperti berikut: − Sila ulang sekali lagi. − Sila ulang perkataan pertama/ terakhir. − Minta menggunakan suara yang lebih kuat. − Sila bercakap lambat sedikit. − Adakah anda bermaksudkan…………? ii. Latihan penggunaan telefon • Bekerjasama bersama dengan profesional lain seperti Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) bagi mengajar penggunaan teknologi peranti pendengaran untuk memudahkan pesakit mendengar perbualan telefon. • Mulakan latihan kemahiran auditori penggunaan telefon bersama pesakit menggunakan perkataan, frasa dan ayat harian. • Galakkan pesakit untuk menggunakan strategi komunikasi semasa menjalani latihan penggunaan telefon. d. Intervensi bunyi pertuturan Rujuk audiogram bagi memastikan bunyi pertuturan tersebut berada dalam julat pendengaran pesakit. Pegawai boleh menjalankan intervensi bunyi pertuturan bagi pesakit bermasalah pendengaran menggunakan kaedah seperti berikut: • Speech sound perception training • Phonological contrast approaches (minimal oppositions, maximal oppositions, treatment of the empty set, multiple oppositions) • Core vocabulary approach • Cycles approach • Distinctive feature therapy • Metaphon therapy • Contextual Utilization • Naturalist speech intelligibility intervention


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 25 e. Intervensi suara, resonan, kelancaran dan prosodi Rujuk POS Penjagaan Pesakit dengan Kecelaruan Resonan dan juga rujukan lain yang berkaitan. f. Modifikasi persekitaran • Bincang dengan pesakit, ahli keluarga dan juga profesional lain mengenai modifikasi persekitaran yang sesuai dilakukan bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pesakit bermasalah pendengaran. • Contoh-contoh modifikasi persekitaran yang boleh dilakukan adalah: − Posisi kedudukan yang sesuai − Tingkatkan akustik bilik dan mengurangkan bunyi latar belakang − Tingkatkan pencahayaan untuk lips-reading g. Latihan Apresiasi Muzik Latihan apresiasi muzik boleh dijalankan untuk pesakit yang meminati muzik bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan juga interaksi sosial. Latih pesakit menggunakan strategi-strategi seperti berikut: • Memilih muzik yang kerap didengar • Memilih muzik yang senang • Memilih muzik yang mempunyai rentak yang kuat • Kiu visual (contoh: mengikuti lirik lagu, menonton klip video muzik yang sedang dimainkan atau dinyanyikan) • Modifikasi persekitaran (contoh: bilik yang sunyi dan tidak bergema, peralatan yang menghasilkan kualiti bunyi yang baik, kekuatan bunyi yang sesuai)


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 26 5.6 Arahan Kerja Penilaian dan Intervensi AAC (Augmentative & Alternative Communication) i. Sediakan peralatan yang bersesuaian bagi menjalankan penilaian ke atas pesakit. ii. Jalankan penilaian AAC ke atas pesakit dengan menggunakan kaedah seperti berikut: - Pemerhatian (Observation). • Rakan komunikasi, strategi komunikasi yang digunakan, faktor persekitaran, keupayaan bahasa, dan kebolehan pergerakan fizikal. - Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga mengenai keperluan AAC dan pilihan jenis AAC yang paling sesuai untuk digunakan dalam komunikasi harian. - Menggunakan penilaian standard seperti Speech-Language and AAC Assessment Protocol (Tatenhove, 2013) untuk kanak-kanak dan Dynamic AAC Evaluation Protocol – Adult Acquired or Progressive (Vicki Clarke, 2015) sekiranya perlu. Alat penilaian lain yang bersesuaian boleh digunakan untuk menentukan tahap serta kemahiran AAC untuk pesakit. iii. Analisis hasil penilaian dan tentukan: - AAC diletakkan pada posisi yang mudah dilihat dan disentuh oleh pesakit. Kedudukan alat AAC daripada badan pesakit haruskan pada jarak yang boleh dicapai oleh tangan / ‘head pointer’. Cara pesakit mengakses simbol dalam sistem AAC perllu dipastikan dengan pesakitan ‘direct selection’ atau ‘scanning system’. Sekiranya pesakit memerlukan sistem akses lain seperti ‘eye gaze system’, penilaian lanjut diperlukan untuk memastikan kesesuaian system aksesori dengan AAC berteknologi tinggi tersebut. - Kebolehan sensori / persepsi perlu dilaksanakan bagi menentukan saiz simbol AAC mengikut kesesuaian kebolehan visual dan maklum balas auditori (auditory feedback). - Keupayaan linguistik - kemahiran komunikasi, kognitif, dan literasi adalah kebolehan pesakit AAC untuk memadankan simbol dengan perkataan dan / atau objek sebenar). iv. Tentukan dan cadangkan jenis AAC yang bersesuaian untuk setiap pesakit (Lampiran 11). Penentuan jenis AAC perlu mengambil kira pesakitannya dalam pelbagai situasi komunikasi, persekitaran serta rakan komunikasi.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 27 v. Terangkan kepada pesakit/ penjaga matlamat terapi berbantu yang ingin dicapai dan pastikan sasaran terapi adalah jelas, boleh dicapai serta realistic dengan kebolehan pesakit. vi. Jalankan intervensi menggunakan jenis AAC yang telah dipilih. Pastikan panduan berikut dipatuhi mengikut syarat-syarat berikut: a. Mengurangkan tiada gangguan persekitaran. b. Pesakit fokus semasa sesi dijalankan. c. Penjaga terlibat secara langsung dalam sesi intervensi. d. Memulakan latihan pada tahap mudah dahulu sebelum meningkatkan tahap kesukaran kepada yang lebih tinggi. vii. Beri arahan dengan jelas. Ulang arahan jika pesakit tidak memberi sebarang respons yang dikehendaki. viii. Modelkan teknik pesakitan AAC kepada pesakit dan penjaga. ● Gunakan teknik mengikut hierarki bantuan untuk memastikan pesakit memahami teknik yang diajar. ● Ubah suai teknik bergantung kepada keupayaan dan respon pesakit. - Berikan kiu untuk membantu pesakit AAC memberi respon yang tepat. Kurangkan pesakitan kiu secara beransur-ansur atau tamatkan pesakitan kiu apabila pesakit menunjukkan keupayaan menggunakan AAC tanpa memerlukan kiu. ix. Beri ganjaran dan maklum balas dengan serta merta serta konsisten sepanjang pesakit menjalani intervensi AAC.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 28 6. PANDUAN DOKUMENTASI i. Semua janji temu untuk prosedur ini perlu dimasukkan ke dalam buku/ sistem janji temu. ii. Hasil penilaian dan intervensi dicatat dalam rekod pesakit dan borang berkaitan. iii. Data pesakit dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) dan rekod statistik profesion. iv. Semua dokumen dan rekod berkaitan mesti ditandatangani oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menjalankan prosedur ini. 7. KAWALAN DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI 7.1 Kaedah Kawalan Kualiti Pengukuran kualiti boleh dipilih mengikut kesesuaian fasiliti masing-masing. Untuk mencapai standard kualiti, langkah-langkah berikut perlu dilakukan: i. Penyeliaan dan pemantauan berterusan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang menyelia. ii. Mendapatkan maklumbalas pesakit/ penjaga terhadap perkhidmatan yang diberikan. iii. Pengukuran pencapaian ciri-ciri kualiti perkhidmatan secara berkala. 7.2 Kaedah Penambahbaikan Kualiti i. Pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan ii. Memastikan pegawai mematuhi Prosedur Operasi Standard 7.3 Pengukuran Pencapaian Ciri-ciri Kualiti Perkhidmatan Ciri yang diukur: Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard i. Pengukuran Kualiti Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard Secara Berkala. a. Definisi Pematuhan Semua prosedur kerja penilaian dan intervensi pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam POS


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 29 Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi. b. Standard Pencapaian Kualiti 100% prosedur kerja penilaian dan intervensi pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi dipatuhi seperti yang ditetapkan dalam POS. c. Mekanisma Kawalan • Pelaksanaan prosedur yang direkodkan di dalam rekod pesakit disemak berdasarkan Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi (Lampiran 12). • Data pengukuran kualiti direkodkan dalam Borang Pengumpulan Data Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi (Lampiran 13). Pencapaian dikira mengikut formula: Bilangan rekod pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang dinilai 100% mematuhi Prosedur Operasi Standard (POS) _______________________________________ X 100% Jumlah rekod pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan komunikasi yang dinilai d. Ringkasan Standard Kawalan Kualiti Bil. Ciri Kualiti / Keberkesanan Intervensi Mekanisme Kawalan Standard 1. Semua prosedur kerja penilaian dan intervensi pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan dan • Pelaksanaan prosedur yang direkodkan di dalam rekod pesakit disemak berdasarkan Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard 100% prosedur kerja penilaian dan intervensi pesakit bermasalah pendengaran dengan kecelaruan bahasa, pertuturan


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 30 komunikasi dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam POS Penjagaan Pesakit dengan Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi. Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi (Lampiran 12). • Data pengukuran kualiti direkodkan dalam Borang Pengumpulan Data Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi (Lampiran 13). dan komunikasi dipatuhi seperti yang ditetapkan dalam POS. ii. Penambahbaikan Kualiti a. Meningkatkan kesedaran pegawai untuk menguruskan kes pesakit secara menyeluruh dan sempurna. b. Menggalakkan pegawai menghadiri kursus-kursus atau latihan berkaitan pengurusan pesakit


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 31 8. DOKUMEN RUJUKAN LAIN i. Cochlear Implant Service Operational Policy 9. LAMPIRAN Lampiran 1: Kriteria Penamatan Rawatan (Discaj) Lampiran 2 Borang Akuan Kebenaran Lampiran 3: Pediatric Case History Form Lampiran 4: Adult Case History Form Lampiran 5: Paediatric Aural Rehabilitation Form Lampiran 6: Adult Aural Rehabilitation Form Lampiran 7: Categories of Auditory Performance II (CAP-II) Lampiran 8: Speech Intelligibility Rating (SIR) Lampiran 9: Family Participating Rating Scale (FPR) Lampiran 10: Senarai Semak Kemahiran Auditori Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Lampiran 11: Panduan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) Lampiran 12: Senarai Semak Pematuhan Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi Lampiran 13: Borang Pengumpulan Data Pengukuran Kualiti Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Bermasalah Pendengaran dengan Kecelaruan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 32 Lampiran 1 KRITERIA PENAMATAN RAWATAN (DISCAJ) PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA Perkhidmatan pemulihan pertuturan-bahasa boleh ditamatkan atas sebab-sebab berikut: 1. Pesakit/ penjaga tidak bersetuju untuk mendapatkan/ meneruskan rawatan. 2. Pesakit telah mencapai matlamat intervensi/ tahap kefungsian optimum. 3. Pesakit didapati tidak mengalami kecelaruan komunikasi/ feeding/ penelanan/ suara semasa sesi penilaian. 4. Pesakit mempunyai prognosis yang lemah/ tidak menunjukkan sebarang peningkatan untuk meneruskan intervensi. 5. Pesakit memohon untuk dipindahkan ke perkhidmatan terapi pertuturanbahasa di tempat lain. 6. Pegawai mengesyorkan agar pesakit mendapatkan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa di tempat lain atas keperluan perkhidmatan rawatan dari pegawai yang lebih pakar. 7. Pesakit memohon untuk dirujuk ke hospital/ institusi/ fasiliti lain. 8. Pesakit gagal hadir janji temu dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir janji temu atau tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 33 Lampiran 2 BORANG AKUAN KEBENARAN UNIT TERAPI PERTUTURAN-BAHASA HOSPITAL ______________________ Saya _________________________ No Kad Pengenalan _________________ **pesakit / penjaga/ ibubapa/ suami/ isteri/ anak kepada pesakit bernama ______________________ No Kad Pengenalan ______________________, dengan ini memahami perjanjian dan peraturan seperti di dalam lampiran. Saya bersetuju mengikut semua peraturan yang dinyatakan. Saya juga **bersetuju/ tidak bersetuju untuk membenarkan **gambar/ video/ audio sesi direkodkan untuk tujuan klinikal dan pendidikan. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas penggunaan bahan tersebut. Ditandatangani oleh, _______________ Nama: No Kad Pengenalan: Tarikh: **potong mana yang tidak berkenaan Tandatangan Saksi, Nama: No Kad Pengenalan: Tarikh: TIADA SAKSI Tandatangan Pemberi Penerangan, TIADA SAKSI Nama: Jawatan: No Kad Pengenalan: Tarikh: Tandatangan Penterjemah (jika ada) Nama: No Kad Pengenalan: Tarikh: Bahasa yang digunakan:


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 34 Lampiran 2 PERJANJIAN DAN PERATURAN PERKHIDMATAN PEMULIHAN PERTUTURAN-BAHASA 1. Janji temu akan dibatalkan jika pesakit tiba lewat 30 minit dari masa janji temu dan tarikh baru akan diberikan. 2. Pesakit/ ibu bapa/ penjaga perlu menepati masa janji temu dan tiba sekurangkurangnya ____minit sebelum masa janji temu untuk melancarkan proses pendaftaran. 3. Surat rujukan hanya sah laku dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat dikeluarkan. 4. Pesakit perlu mendapatkan surat rujukan baru sekiranya gagal hadir janji temu dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir atau tiga (3) kali berturut-turut. 5. Penjaga/ ibu bapa perlu menemani pesakit kanak-kanak atau pesakit dewasa yang memerlukan bantuan semasa sesi terapi dijalankan kecuali diminta untuk tidak berbuat demikian. 6. Penjaga/ ibu bapa dan pesakit perlu mematuhi peraturan di dalam bilik terapi. Peraturan adalah seperti berikut: a. Makanan tidak dibenarkan kecuali diminta untuk berbuat demikian (untuk kes-kes tertentu sahaja). b. Tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau membuat rakaman video/ audio. Telefon bimbit perlu diletakkan dalam mode senyap bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang sesi terapi dijalankan. c. Penjaga/ ibu bapa perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti terapi yang dijalankan kecuali diminta untuk tidak berbuat demikian. 7. Pegawai berhak menukar tarikh janji temu atas sebab-sebab tertentu. 8. Pesakit/ penjaga perlu memaklumkan kepada pegawai/ staf klinik sekiranya tidak dapat hadir sesi terapi dan mendapatkan tarikh janji temu yang baru. 9. Pegawai boleh mempertimbangkan untuk menamatkan sesi terapi sekiranya pada masa yang sama pesakit didapati mendapatkan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan-Bahasa di tempat lain.


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 35 Lampiran 3 PAEDIATRIC CASE HISTORY FORM SPEECH-LANGUAGE THERAPY UNIT HOSPITAL _____________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 36


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 37 Lampiran 4 ADULT CASE HISTORY FORM SPEECH-LANGUAGE THERAPY UNIT HOSPITAL ……………………………………………… Administered by: ______________________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 38 Lampiran 4 ADULT CASE HISTORY FORM SPEECH-LANGUAGE THERAPY UNIT HOSPITAL _________________ COMPLAINT : A. PATIENT’S BACKGROUND Sex: Male Female Race: Malay Chinese Indian Others_________ Marital status: Single Married Widowed Divorced Spouse / carer: …………………….. Occupation: Government Private Self employed Unemployed Education: PHD/Masters Degree Diploma/ STPM SPM PMR No qualification Language Preferance: Malay English Mandarin Tamil Others B. GENERAL MEDICAL HISTORY 1. Past medical history 2. Description of current problems Name : __________________________________________Date : _____________________ I.C No /Age : ______________________________________RN: ______________________ Language Used : _________________________________ Onset : Congenital Acquired


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 39 3. Confirming investigation including surgery done 4. Medication (s) 5. Family history of the same / related problem? 6. Other professional involvement 7. Hearing and vision status C. SOCIAL HISTORY Smoker: Yes No Alcohol: Yes No Expose to noise: Yes No Preferred Activities:____________________________________________________ D. OTHERS Administered by: ______________________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 40 Lampiran 5 PEDIATRIC AURAL REHABILITATION FORM SPEECH-LANGUAGE THERAPY UNIT HOSPITAL _________________


PROSEDUR OPERASI STANDARD PENJAGAAN PESAKIT BERMASALAH PENDENGARAN DENGAN KECELARUAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 41


Click to View FlipBook Version