HADHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI DISEMBER 2020 www.ukm.my/hadhari PRASARANA DAN PERSEKITARAN ILMU YANG KONDUSIF INSTITUT ISLAM HADHARI
Penasihat / Advisor Fariza Md Sham SIDANG PENGARANG Editorial Board Ketua Editor / Chief Editor Shamsul Azhar Yahya Penolong Ketua Editor / Assistant Chief Editor Norshariani Abd Rahman Editor / Editors Muhammad Hilmi Jalil Siti Maheran Ismail @ Ibrahim Siti Asuha Said Jurugambar / Photographer Muhammad Rusydi Baharom Visi / Vision Institut Bertekad untuk Menjadi Pusat Kecemerlangan Muktabar dalam Pembangunan Peradaban Islam Sejagat This Institute Aims to Become a Centre of Excellence in the Development of Islamic Civilization Globally Misi / Mission Menerajui Pendekatan Peradaban Islam Melalui Kegiatan Ilmiah Leading Islamic Civilizational Approach Though Scientific Activities Buletin ini diterbitkan oleh Institut Islam Hadhari UKM dan dikeluarkan setahun sekali This buletin is published by Institute of Islam Hadhari UKM and is issued annually HADHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 02 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI
INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 03 fi ff fi fflffi fl fl fiff ffl ffi fl ffi fl 04 05 Sidang Pengarang 02 Editorial Board Visi & Misi / Vision & Mission Kata Aluan Ketua Editor Chief Editor's Welcome Remarks 07 Kata Aluan Pengarah Welcome Remarks of Director Data Penyelidikan Research Data Pendidikan / Education Penerbitan 08 Publications Data Penerbitan Jurnal An International Journal / Seminar Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya 13 / Thank You and Blessing Artikel Pilihan 09 06 Aktiviti Activities 10 14 Networking Jaringan Prasarana Kondusif Selected Article
04 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Kata Aluan Pengarah Saya memanjatkan kesyukuran kerana buletin Hadhari 2020 berjaya diterbitkan. Tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi rakyat negara ini apabila kita dilanda penyebaran virus COVID-19. Bagi mengekang penyebaran Covid-19, Malaysia telah mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melalui beberapa fasa PKP. Impaknya agak besar kepada masyarakat khususnya dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial masyarakat dan juga pelaksanaan ibadah serta program di rumah ibadah seperti masjid. Di samping itu, pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada psikologi seperti kesan emosi dan mental masyarakat. Melalui kehidupan dalam norma baharu tidak mudah terutama apabila perlu bekerja daripada rumah dan juga proses pembelajaran di sekolah dan IPT melalui kaedah dalam talian (PdPR). Namun begitu, dalam konteks penyelidikan, ini membuka ruang baharu kepada penyelidik untuk meneroka dan mengkaji kesan penularan virus ini serta pelaksanaan PKP dengan pelbagai kajian baharu dalam mencari penyelesaian dengan idea, teori dan kaedah baharu. Dalam tempoh pandemik ini juga HADHARI berjaya menaiktaraf prasarana ilmu yang kondusif untuk pelajar dan pensyarahnya. Ruang perbincangan untuk pelajar siswazah telah diwujudkan termasuk bilik persidangan dan bilik viva serta bilik pejabat untuk pensyarah HADHARI yang berkonsepkan tamadun Islam yang moden dan ruang terbuka. Di peringkat Institut Islam Hadhari, UKM, alhamdulillah walaupun pandemik, aktiviti penyelidikan dan akademik berjalan seperti biasa. Malah, Institut Islam Hadhari UKM memanfaatkan platform secara atas talian dengan mengadakan wacana/forum/persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, warga HADHARI melalui cabaran getir ini dengan sabar dan meneruskan tugasan akademik dan penyelidikan seperti biasa walaupun ada juga kekangannya terutama kajian di lapangan. Ia juga menjadi satu cabaran baharu kepada pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran serta menyebarluaskan ilmu yang ada untuk membangunkan peradaban manusia. Semoga Institut Islam Hadhari (HADHARI) terus cemerlang bersama universiti WATAN kita. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada AJK Penerbitan atas penerbitan Buletin IIH 2020. PROF. DR. FARIZA MD SHAM Pengarah / Director Institut Islam Hadhari / Institute of Islam Hadhari Welcome Remarks of Director
INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 05 Kata Aluan Ketua Editor Chief Editor's Welcome Remarks Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izin dan kehendak-Nya juga dapat kami menerbitkan sekali lagi Buletin Hadhari ke-4. Sejak setahun ini tiada cerita yang menarik perhatian masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya melainkan isu serangan wabak penyakit Covid-19. Sehingga catatan ini ditulis jumlah kes di Malaysia hampir mencecah 2.5 juta penduduk dan kematian telah memakan korban seramai 28,912 orang. Di peringkat dunia statistik menunjukkan bahawa seramai 247,186,952 orang telah dijangkiti wabak ini dan seramai 5,012,248 telah terkorban kerananya. Walau apa pun tanggapan dan persepsi masyarakat mengenai wabak ini ternyata ianya bukan satu wabak yang biasa dan telah memakan korban yang ramai. Walau bagaimana sukarnya tahun 2020, ternyata kehidupan perlu diteruskan. Beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikenakan dalam usaha membendung penularan wabak ini. Pelbagai sektor terpaksa beroperasi untuk menjamin kestabilan dan menjana ekonomi negara. Pendidikan juga terpaksa dijalankan walaupun betapa sukar untuk dilaksanakan. Apabila dilanda dengan musibah ini, baharulah kita menyedari akan betapa luasnya nikmat sihat dan aman. Rumah yang dahulu hanya untuk tempat berehat setelah pulang bekerja dan belajar kini bertukar menjadi tempat bertugas dan menuntut ilmu. Bagi yang mempunyai rumah yang besar dan selesa mungkin tidak merasa kesukaran dan kepayahan untuk menampung jumlah keluarga yang besar dalam satu-satu masa dan dalam jangka masa yang lama. Rumah ku Syurga ku bagi sebahagian rakyat telah bertukar walaupun tidak neraka tetapi rumah yang kelam kabut, membebankan dan tempat melepaskan kemarahan serta ketegangan. Oleh sebab itu kita dapat melihat sebanyak 66,440 kes perceraian berlaku sepanjang pandemik COVID-19 yang melibatkan pasangan Islam seluruh negara. Laporan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menyatakan sebanyak 1,708 kes bunuh diri telah direkodkan dalam tempoh berlakunya pandemik COVID-19. Melihat kepada statistik ini dapatlah disimpulkan bahawa impak wabak ini amat besar. Ia bukan sekadar melibatkan kesan langsung dari segi jumlah kes harian dan kematian tetapi juga kesan tidak langsung yang melibatkan tekanan. Kesan lain yang perlu diambil kira ialah peningkatan jenayah sosial, bertambahnya jumlah anak yatim piatu, kemiskinan dan juga kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 Kesimpulannya, wabak ini masih terus berada di sekeliling kita dan mesti kita lalui walau pun sukar. Keseimbangan antara tuntutan tugas, kerja dan tanggungjawab di rumah boleh menyumbang kepada kestabilan emosi dan rohani. Majikan juga harus mengurangkan tekanan kepada pekerja dengan mengambil kira isu-isu peribadi yang berlaku di rumah. Sama-sama lah kita mengharungi wabak ini dengan kesabaran dan keinsafan. DR. SHAMSUL AZHAR YAHYA Ketua Editor / Chief Editor Institut Islam Hadhari / Institute of Islam Hadhari
Prasarana Kondusif 06 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Pada Jun 2020 Institut Islam Hadhari telah dipilih oleh Prasarana, UKM untuk projek menaik taraf dalam bangunan sedia ada untuk dijadikan bilik pensyarah, bilik mesyuarat, ruang pelajar dan bilik peperiksaan lisan (Viva). Projek ini telah mula dijalankan pada 29 Jun 2020 sehingga 28 Oktober 2020. Walaupun projek dijalankan di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi ia berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Naik taraf ini menyediakan ruang pelajar yang lebih luas dan selesa di bahagian pintu masuk dengan kemudahan internet untuk pelbagai aktiviti termasuk perbincangan dan diskusi dalam kalangan pelajar. Ruang tingkat satu pula adalah bilik mesyuarat dan sebuah bilik viva disediakan. Selain daripada itu ada 9 buah bilik untuk pensyarah, Profesor dan Ketua Jaminan Kualiti. Sesungguhnya naik taraf ini telah menyelesaikan masalah ruang dan bilik untuk pensyarah dan juga ruang pelajar di Hadhari. Terima kasih kepada Prasarana, UKM khususnya dan juga kepada UKM yang telah mengangkat Institut ini ke arah berwajah baru pada tahun 2020. Oleh : Muhammad Rusydi Baharom Anjung Ilmu Bilik Felo Penyelidik (Pensyarah) Ruang Siswazah Kaunter Hadhari Bilik Persidangan Aras Satu Pintu Hadapan Bilik Viva Hadhari
INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 07 Jumlah Graduasi 2020 Number of Graduation 2020 = = 1 = Sarjana Peradaban Islam Master of Islamic Civilization Doktor Falsafah Doctor of Philosophy 6 Jumlah Pelajar Number of Student = 49 = Doktor Falsafah Sarjana 11 7 = 60 fifffflffiflffifl flfflffffffifl GERAN UNIVERSITI fifffflffifl flfl fifffflffiflffifl flfflffffffifl GERAN KEBANGSAAN fifffflffifl flfl fifffflffiflffifl flfflffffffifl GERAN INDUSTRI fifffflffifl flfl JUMLAH KESELURUHAN 17 fifffflffiflflffifl RM 481,800.00 fifffflffiflflfl GERAN PENYELIDIKAN BAHARU YANG DILULUSKAN / DITERIMA PADA TAHUN 2020 Pada tahun 2020, Institut Islam Hadhari terus melonjak dalam penyelidikan menerusi penerimaan geran penyelidikan baharu sebanyak 17 projek penyelidikan. Jumlah peruntukan yang diperolehi sebanyak RM481,800.00. Selain daripada geran peringkat universiti, Institut Islam Hadhari juga telah memperoleh geran penyelidikan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) dan RekaRancang Sdn. Bhd. Ini merupakan hasil daripada kerjasama strategik antara Institut Islam Hadhari dengan institusi luar. Data Penyelidikan / Research Data Pendidikan / Education Oleh : Siti Maheran Ismail @ Ibrahim Oleh: Mohd Nor Adzhar Adnan
Data Penerbitan Jurnal Hadhari / An International Journal 08 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Penerbitan / Publications Pencapaian penerbitan Institut Islam Hadhari pada tahun 2020 telah meningkat, terutama penerbitan buku, jurnal berindeks dan jurnal Quartile. Peningkatan ini jelas menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan HADHARI menetapkan halatuju yang tepat dalam hal ini serta kesungguhan warga Institut Islam Hadhari dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan output penyelidikan yang berkualiti. Kerjasama warga Institut Islam Hadhari dengan institusi luar juga telah menyumbang kepada penglibatan dalam menghasilkan kertas dasar/polisi. Selain itu, penghasilan penulisan dalam lain-lain penerbitan juga telah menyumbang kepada pencapaian penerbitan Institut Islam Hadhari. ffi fl ff fl ff fl fflffl fi ff fi ffi fl fl fl ffl ffi fl fl fflff fi fl ffl ff fi fl fl fl ff fl ffl ffi Oleh : Siti Asuha Said Jurnal Hadhari merupakan jurnal berwasit dan berindeks yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Skop dan isu yang dibincangkan adalah berkaitan penyelidikan tentang Peradaban Islam yang mencakupi pelbagai aspek seperti hubungan sosial, budaya, sejarah dan falsafah, etika, pemikiran, kepimpinan, politik, media massa, ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi, perubatan, alam sekitar dan lain-lain. Mulai tahun 2009, Jurnal Hadhari diterbitkan sebanyak dua (2) keluaran dalam setahun. Jurnal ini memuatkan rencana ilmiah dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang lain dalam bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Di samping itu, jurnal ini juga menerbitkan ulasan buku. Jurnal Hadhari diindeks oleh Ulrichs, Google Scholar,Malaysia Citation Centre (MCC) & MyCite. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ukm.my/hadhari/hadhari-journal Data Penerbitan Jurnal Hadhari JUMLAH KELUARAN 2008-2020 - 25 Keluaran JUMLAH ARTIKEL YANG TELAH DITERBITKAN - 249 Artikel JUMLAH KELUARAN 2008-2020 - Penulis UKM : 336 penulis - Penulis Luar UKM : 210 penulis - Penulis Antarabangsa : 35 penulis JURNAL BERINDEKS WOS / SCOPUS / ERA / MYCITE 90 Makalah WoS: 11 (IF: 20.052) Scopus: 53 WOS-ESCI: 21 ERA: 49 MyCite: 21 Jurnal Quartile 1 (Q1): 2 Jurnal Quartile 2 (Q2): 4 Jurnal Quartile 3 (Q3): 3 Jurnal Quartile 4 (Q4): 1 KERTAS DASAR / POLISI 1 BUKU 9 BAB DALAM BUKU 15 PROSIDING / PASCASIDANG 4 LAPORAN PENYELIDIKAN 5 JURNAL LAIN-LAIN INDEKS DAN JURNAL TIDAK BERINDEKS 17 BAHAN SEMINAR / PERSIDANGAN 15 PENULISAN POPULAR DALAM BIDANG 10 BAHAN PENGAJARAN / PENYEBARAN ILMU 54 LAIN-LAIN 4 WAWANCARA TV / RADIO 6 ULASAN BUKU 1 WAWANCARA AKHBAR / MAJALAH 9 JUMLAH 240 Oleh : Siti Maheran Ismail @ Ibrahim
Legasi Peradaban Wakaf di Bosnia dan Herzegovina Artikel Pilihan Wakaf merupakan amalan Islam yang berlandaskan kebajikan dan mengangkat nilai kemanusiaan. Sejak pensyariatan wakaf pada zaman Rasulullah S.A.W., amalan ini berterusan dilakukan dalam pemerintahan khilafah Islam setelah itu. Seiring dengan penyebaran Islam di sekitar kawasan Eropah Timur oleh khilafah ‘Uthmaniyyah, pemerintah mengambil peluang untuk membina pelbagai institusi agama, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan keperluan awam melalui amalan wakaf. Ini dapat dilihat daripada pembangunan bandar-bandar di wilayah Bosnia dan Herzegovina bermula pada tahun 1463 Masihi. Sebelum penguasaan ‘Uthmaniyyah, wilayah ini mempunyai majoriti masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada penganut agama Kristian Ortodoks, Katolik dan Bogomil. Bermula dengan peruntukan dana dari pewakaf dalam kalangan orang ‘Uthmaniyyah, sehinggalah ia menarik perhatian masyarakat tempatan untuk memeluk Islam dan seterusnya melaksanakan amalan wakaf ini. Melalui pembinaan bangunan-bangunan wakaf di bandar seperti Sarajevo, Mostar, Visoko dan Banja Luka telah menyerlahkan pertembungan agama dan budaya dalam seni bina tempatan. Tidak hairanlah jika bandar Sarajevo disebut sebagai ‘Jerusalem of Balkan’ kerana seni bina yang wujud di bandar tersebut merakamkan variasi komuniti penduduk di sana. Institusi wakaf seperti masjid dan pusat pendidikan adalah di antara bangunan wakaf yang banyak ditubuhkan oleh para pewakaf. Sebahagian binaan yang masih kekal ialah seperti masjid Gazi Husrev Beg, masjid Karagoz Beg, masjid Ibrahimefendi dan medrese Gazi Husrev Beg. Selain itu, para pelancong juga boleh melihat binaan wakaf yang masih berfungsi seperti perpustakaan, hammam (tempat mandi awam), bezistan (kawasan perniagaan tertutup), jambatan dan paip air. Namun begitu, terdapat pelbagai lagi fungsi unik lain yang dibangunkan melalui dana wakaf contohnya imaret (dapur awam) yang memberikan makanan percuma setiap hari. Menariknya, institusi wakaf di Bosnia dan Herzegovina ini mempunyai kelainan kerana ia dibina mengikut keperluan masyarakat setempat dan keadaan geografinya. Dalam abad ke-16 Masihi, bandar seperti Sarajevo, Banja Luka dan Mostar mula menjadi pusat perdagangan yang pesat di samping mempunyai prasarana penempatan yang moden hasil daripada dana wakaf. Oleh yang demikian, kemudahan para pedagang seperti sistem perhubungan jalan yang selamat, pembinaan jambatan dan karavanserai (penempatan pedagang) telah disediakan untuk menarik lebih ramai pedagang ke wilayah ini. Di bawah penguasaan ‘Uthmaniyyah, sebahagian tempat di Bosnia dan Herzegovina diasaskan oleh penubuhan institusi wakaf manakala sebahagian lagi penempatan yang telah wujud telah dibangunkan melalui dana wakaf. Ini menjadikan wilayah tersebut digelar sebagai ‘The Land of Waqf’’. Oleh :Nur Ainul Basyirah Alias INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 09
Oleh : Siti Asuha Said Bengkel Bimbingan Tesis: Penulisan Bab Tinjauan Literatur 17 Disember 2020 9.30 pagi secara dalam talian Google Meet. Bengkel Petikan Rujukan Hadis & Takhrij dalam Penulisan Tesis 21 Disember 2020 9.00 pagi secara dalam talian Google Meet Kolokium Siswazah Institut Islam Hadhari 2020 10 Disember 2020 (Khamis) 9.30 pagi - 4.30 petang secara dalam talian Google Meet. Seramai 20 pelajar telah berjaya membentang hasil kajian penyelidikan. 10 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Aktiviti / Activities Pemerkasaan Pelajar IIH 2020
Wacana Hadhari Bil 2/2020 “Perkongsian Penyeliaan yang Berkesan untuk Pelajar Pascasiswazah” 3 Disember 2020 10.00 pagi secara dalam talian. Wacana Hadhari Bil.1/2020 "Pendekatan Psikologi Islam Dalam Menangani Masalah Kemurungan Remaja" 12 Mac 2020 9.00 Pagi Bilik Senat, UKM Wacana Khas Peradaban “Sumbangan Islam dalam Pembangunan Peradaban” 3 Disember 2020 9.30 pagi Secara dalam talian Forum Hadhari Bil. 1/2020 “Hukuman ke Atas Pemandu Mabuk Perspektif Undang-Undang dan Syariah” 15 Jun 2020 3.00 petang secara dalam talian INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 11 Aktiviti / Activities
Oleh : Siti Asuha Said Forum Hadhari Bil. 2/2020 “Sheikh Abdullah Fahim: Sumbangan dalam Bidang Falak dan Penentu Tarikh Kemerdekaan” 24 September 2020 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM secara dalam talian Forum Hadhari Bil. 4/2020 “Perubahan Iklim daripada Perspektif Islam: Punca, Impak dan Strategi” 24 September 2020 10.00 pagi secara dalam talian 12 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Aktiviti / Activities Forum Hadhari Bil. 3/2020 “Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Etika Islam” 8 Oktober 2020 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM secara dalam talian.
INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 13 Seminar Seminar Antarabangsa Peradaban Islam Kali Ke-3 (2020) / 3rd International Seminar on Islamic Civilization (ISIC 2020) anjuran Institut Islam Hadhari, (UKM) dengan kerjasama Department of Arabic Language and Culture, National Chengchi University (NCCU), Taiwan; Pusat Citra Universiti, UKM; dan Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 18 & 19 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada 28 Disember 2020 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Islam Hadhari telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Penyelidikan Ketokohan Syeikh Abdullah Fahim dalam Perkembangan Pendidikan Islam dan Ilmu Falak Pada Awal Abad Ke-20 dengan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali bersama enam orang penyelidik yang lain dengan tajaan RM50,000. MoA ini ditandatangani antara Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad dan Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, Senator Dato’ Hj. Jefridin Hj. Atan dan disaksikan oleh Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dr. Fariza Md Sham dan Felo Bersekutu Institut Islam Hadhari, Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai. Tetamu lain yang hadir ialah Prof. Madya Dr Mohd Al Adib Samuri, Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Madya Dr Ermy Azziaty Rozali (Ketua Projek), Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin (Ahli Projek), Dr. Mohd Hafiz Safiai (Ahli Projek). Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antara UKM Dan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi rd
14 INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Lawatan Dan Majlis Menandatangani (LoI) Antara Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah Dan Komunikasi Islam Ar Rahman (STIDKI Ar Rahman) & Institut Islam Hadhari 5 Feb 2020- Lawatan dan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (LoI) antara Sekolah Tinggi Ilmu Dakwah dan Komunikasi Islam Ar Rahman (STIDKI Ar Rahman) & Institut Islam Hadhari telah berlangsung dengan jayanya. Lawatan ini diketuai oleh Dr Shobikhul Qisam, M.Pd., Dr Mohammad Fattah, MA dan En. Ahmad Faiz Khudlani dari Surabaya, Indonesia. Lawatan ini disambut oleh warga kakitangan Institut Islam Hadhari diketuai oleh Prof. Dr. Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari. 06 Januari 2020- Kunjungan hormat Dr. Amber Gayle Thalmayer, Institute de Psychologie Vaud, Switzerland ke Institut Islam Hadhari (IIH). Kunjungan Dr. Amber Gayle Thalmayer, Institute De Psychologie Vaud, Switzerland Jaringan / Networking Kunjungan Hormat Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Ke Institut Islam Hadhari (IIH) 19 Ogos 2020- Kunjungan hormat Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ke Institut Islam Hadhari (IIH). Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Afizan bin Azman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi (TNCPI), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
SELAMAT BERTUGAS Institut Islam Hadhari mengucapkan selamat bertugas kepada Ts. Dr. Farah Ayuni Mohd Hatta yang telah dilantik sebagai Felo Penyelidik di Hadhari mulai 2 September 2020. Turut dilantik ialah Wan Muhammad Hazim Wan Mustapa. Beliau ialah pegawai Penyelidik Sosial dan mula bertugas pada 23 Januari 2020. Selamat Bertugas. CIK FADHLIN ZAWAWI ffi fl fi fl Institut Islam Hadhari mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Tengku Nor Kirana Binti Tengku M. Y. Anuar yang telah berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar Kanan HADHARI pada 24 Jun 2019 dan bersara pada 19 November 2020. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakuthulla sebagai Ketua Penolong Pendaftar Kanan pada 16 November 2020 sehingga 8 Januari 2021. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pentadbiran di Pejabat Naib Canselor, UKM. Penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada Cik Fadhlin Zawawi sebagai Pembantu Setiausaha. TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA THANK YOU & BLESSINGS INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI 15
HADHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA INSTITUT ISLAM HADHARI / INSTITUTE OF ISLAM HADHARI