PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI MOH/P/BSKB/07.23(GU)-e
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI PELAN PENGURUSAN OPERASI PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI
Hak cipta terpelihara. Mengeluar ulang mana-mana bahagian dari penerbitan buku ini adalah dibenarkan bagi tujuan kegunaan individu selagi maklumat yang terkandung di dalam buku ini tidak diubahsuai. Walau bagaimanapun penerbitan semula buku ini secara keseluruhan atau sebahagian bagi tujuan jualan atau pengedaran semula mestilah mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. eISBN 978-967-0668-68-0 MOH/P/BSKB/07.23(GU)-e Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan Dan Regulatori © April 2023. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia Diterbitkan Oleh Unit Perkembangan Profesion Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya Tel: 03-88901011 https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
Kata Pengantar Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu kerana berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi bagi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori, Kementerian Kesihatan Malaysia. Usaha bersama di antara Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Fizik Perubatan telah menjadi langkah penting dalam membangunkan panduan bagi amalan klinikal perkhidmatan. Hasil daripada pelbagai kajian dalam bidang perubatan, kesihatan, sains dan teknologi telah membawa perkembangan yang pesat dalam bidang penjagaan kesihatan negara. Ini menjadi satu cabaran kepada Profesional Kesihatan Bersekutu dalam memastikan amalan yang disampaikan adalah berasaskan bukti, selamat dan berkualiti. Demi memantapkan mutu penyampaian perkhidmatan, Profesional Kesihatan Bersekutu juga tidak ketinggalan berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan pakar, pegawai perubatan dan pasukan multidisiplin yang lain dalam pelbagai bidang kepakaran dan sub kepakaran. Ini adalah penting bagi memastikan panduan yang dihasilkan adalah bertepatan dengan teori dan amalan penyampaian perkhidmatan Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing. Semoga Pelan Pengurusan Operasi ini dapat menjadi panduan dan rujukan bagi Profesion Pegawai Sains (Fizik) dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata Pengantar Dato’ Dr Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Sains (Fizik) kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Pengurusan Operasi bagi Perkhidmatan Sains Fizik Perubatan dan Regulatori. Dokumen ini bakal digunakan sebagai panduan atau rujukan supaya ahli profesional Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan amalan perkhidmatan kepada rakyat, berdasarkan keperluan di pelbagai peringkat termasuklah primer, sekunder, dan tertiari serta di komuniti. Gabungan perkembangan teknologi dalam bidang perubatan, kesihatan dan sistem komunikasi telah memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Skop perkhidmatan yang holistik perlu mengambil kira aspek promosi, pencegahan, kuratif, dan rehabilitasi dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit atau klien. Diharapkan dokumen ini bukan sahaja dapat menyeragamkan lagi amalan perkhidmatan dan seterusnya rakyat mendapat lebih peluang menerima perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Dato' Dr. Asmayani binti Khalib Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia
Kata Pengantar Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard Profesion Pegawai Sains (Fizik) yang berusaha gigih dalam membangunkan Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori. Pelan Pengurusan Operasi ini diharapkan dapat menjadi dokumen yang bernilai tinggi untuk melaksanakan amalan perkhidmatan berfokuskan kepada keperluan pesakit atau klien. Penyampaian maklumat yang tepat oleh Profesional Kesihatan Bersekutu kepada pesakit atau klien adalah penting agar mereka mendapat input dan kefahaman yang jelas untuk sama-sama bertanggungjawab dalam penjagaan kesihatan dan pemulihan. Diharapkan dokumen ini dapat diguna pakai oleh Pegawai Sains (Fizik) dalam melaksanakan tugas harian di fasiliti kesihatan termasuklah hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Sekian, terima kasih. Yang Ikhlas, Puan Farina binti Zulkernain Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia
Keterangan Mengenai Dokumen Kegunaan Dokumen Ini Pelan Pengurusan Operasi (PPO) ini menerangkan bagaimana Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori di Malaysia diurus dan dilaksanakan untuk mencapai objektifnya. Dokumen ini boleh digunapakai sebagai: • Penerangan dan panduan kepada pihak pengurusan atasan, kakitangan pelaksana dan juga pengguna perkhidmatan ini. • Bahan rujukan dalam program orientasi, latihan dan juga pembelajaran berterusan. Kaitan Dengan Dokumen Lain Ia merupakan dokumen induk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori. Setiap produk perkhidmatan utama perlu mempunyai Prosedur Kerja tersendiri.
KANDUNGAN Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Visi dan Misi 1 3. Objektif dan Piagam Pelanggan 2 4. Fungsi Perkhidmatan Yang Disediakan 3 5. Sistem Penyampaian 4 6. Organisasi 4 7. Polisi dan Prosedur 6 8. Pengurusan Kualiti 6 9. Dokumen Rujukan Lain 7 10. Glosari 8 11. Rujukan 8 12. Jawatankuasa Induk Pembentukan Prosedur 9 Operasi Standard Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia 13. Jawatankuasa Kerja Prosedur Operasi Standard 10 Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori 14. Penghargaan 12
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 1 1. PENGENALAN Pelan Pengurusan Operasi (PPO) ini memberi panduan secara menyeluruh dari segi mengurus tadbir aktiviti Pegawai Sains (Fizik) (PSF) Perubatan dan Regulatori dalam memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan kualiti perkhidmatan untuk merealisasikan visi serta misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PSF perlu mendaftar sebagai Ahli Fizik Perubatan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). PPO bagi Perkhidmatan PSF Perubatan dan Regulatori ini dijalankan oleh pegawai yang berpengetahuan, berkemahiran, terlatih serta kompeten dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence-based practice. 2. VISI DAN MISI 2.1 VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. 2.2 MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama: 2.2.1 Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka 2.2.2 Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu: • mengutamakan pelanggan • saksama • tidak membebankan • cekap • wajar mengikut teknologi • boleh disesuaikan mengikut persekitaran • inovatif
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 2 2.2.3 Dengan menekankan: • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan • sifat menghormati maruah insan • penglibatan masyarakat 2.3 Visi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori Penggunaan sinaran mengion bagi maksud perubatan di Malaysia adalah tepat, selamat, terkawal, berkesan dan optimum. 2.4 Misi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori 2.4.1 Dedahan perubatan berada pada tahap yang optimum tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. 2.4.2 Penggunaan radas penyinaran dan sumber radioaktif yang selamat kepada pesakit, pekerja dan orang awam. 3. OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN 3.1 Objektif 3.1.1 Sebagai panduan dan rujukan kepada semua PSF dalam memahami peranan dan fungsi perkhidmatan; 3.1.2 Untuk menyediakan satu garis panduan Prosedur Operasi Standard (POS) supaya dapat dilaksanakan secara seragam, menyeluruh dan profesional; 3.1.3 Untuk memastikan perkhidmatan dilaksanakan berteraskan etika dan perundangan yang berkaitan. 3.2 Piagam Pelanggan Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 3 4. FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN Fungsi perkhidmatan yang disediakan oleh PSF adalah pada perkara 4.1. Namun begitu, tidak semestinya semua fungsi ini disediakan oleh setiap jabatan atau unit. Ianya bergantung kepada: • Fungsi utama (regulatori, radioterapi, perubatan nuklear dan radiologi). • Sasaran pelanggan adalah pemegang lesen, pekerja sinaran, pelatih, pesakit dan orang awam. • Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai. • Kemampuan tenaga kerja (bilangan dan kepakaran petugas). 4.1 Senarai Fungsi Perkhidmatan 4.1.1 Fizik Perubatan: 4.1.1.1 Memastikan sesebuah hospital atau institusi mempunyai lesen atau sijil pendaftaran sebelum ianya beroperasi. 4.1.1.2 Pengurusan radas penyinaran dan kemudahan berkaitan. 4.1.1.3 Perlindungan sinaran bagi pesakit, pelatih, pekerja dan orang awam. 4.1.1.4 Penjanaan pelan rawatan pesakit. 4.1.2 Fizik Regulatori: 4.1.2.1 Kawalan lesen atau sijil pendaftaran bagi hospital atau institusi yang mengoperasikan peralatan radiasi atau bahan radioaktif. 4.1.2.2 Kawalan penggunaan radas penyinaran dan bahan radioaktif. 4.1.2.3 Program perlindungan sinaran bagi pesakit, pekerja, orang awam dan persekitaran. 4.2 Kaedah Pemberian Perkhidmatan Perkhidmatan yang disediakan terbahagi kepada kategori berikut: 4.2.1 Fizik Perubatan: 4.2.1.1 Aktiviti pengujian kawalan kualiti radas penyinaran dan kemudahan berkaitan.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 4 4.2.1.2 Aktiviti pemantauan dedahan radiasi pekerja. 4.2.1.3 Aktiviti pemantauan kawasan kerja. 4.2.1.4 Aktiviti pemantauan insiden radiasi. 4.2.1.5 Aktiviti penjanaan pelan rawatan pesakit. 4.2.2 Fizik Regulatori: 4.2.2.1 Aktiviti perlesenan dan pendaftaran. 4.2.2.2 Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan. 4.2.2.3 Aktiviti khidmat nasihat teknikal. 4.2.2.4 Aktiviti penyediaan kod dan standard. Perkhidmatan Fizik Regulatori dilaksanakan berpandukan garis panduan dan manual terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP). Garis panduan ini dikemaskini mengikut keperluan regulatori semasa. 5. SISTEM PENYAMPAIAN 5.1 Pengurusan Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori disediakan di: 5.1.1 Hospital atau Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 5.1.2 Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri. 5.2 Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori yang disediakan adalah berdasarkan bidang perkhidmatan fizik. 5.3 Waktu operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori adalah mengikut waktu bekerja pegawai awam kerajaan dan tugas atas panggilan (on-call). 6. ORGANISASI Pembentukan organisasi pengurusan Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori adalah mengikut lokasi perkhidmatan iaitu Hospital atau Institusi, BKRP, dan JKN.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 5 6.1 Carta Organisasi Hospital dan Institusi KKM 6.2 Carta Organisasi BKRP dan JKN TIMBALAN PENGARAH PERUBATAN PENGARAH HOSPITAL/ INSTITUSI KKM JABATAN RADIOTERAPI & ONKOLOGI JABATAN RADIOLOGI JABATAN PERUBATAN NUKLEAR TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN KETUA PENGARAH KESIHATAN PENGARAH BKRP CAWANGAN KAWALAN PERLESENAN & PENDAFTARAN UNIT KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN (JKN) CAWANGAN PENGUATKUASAAN & PENDAKWAAN CAWANGAN KHIDMAT FIZIK PERUBATAN CAWANGAN LATIHAN & KERJASAMA INTERAGENSI SEKSYEN PERLESENAN SEKSYEN PENDAFTARAN SEKSYEN PENGUATKUASAAN SEKSYEN PENDAKWAAN SEKSYEN KOD & STANDARD SEKSYEN KHIDMAT TEKNIKAL SEKSYEN PEMBANGUNAN LATIHAN SEKSYEN KERJASAMA INTERAGENSI
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 6 7. POLISI DAN PROSEDUR 7.1 Polisi Teras 7.1.1 Melaksanakan tugas berdasarkan keperluan perundangan dan peraturan sedia ada. 7.1.2 PSF perlu mematuhi POS sedia ada. 7.1.3 Orang yang Bertanggungjawab (OBTj) atau Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh PSF KKM yang sedang berkhidmat. 7.2 Petunjuk Prestasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori 7.2.1 Peratus pekerja sinaran yang mendapat dedahan kurang dari nilai seliaan. 7.2.2 Peratus insiden radiasi ke atas pesakit yang menerima dedahan sinaran mengion. 7.3 Akta dan Kod Etika 7.3.1 PSF mesti mendaftar sebagai Ahli Fizik Perubatan di bawah bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). 7.3.2 PSF mesti mematuhi Kod Etika dan Tatakelakuan Profesional di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia dan perundangan lain di Malaysia. 7.4 Senarai POS Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori Pengurusan perlindungan sinaran. 8. PENGURUSAN KUALITI Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, kaedah berikut perlu diikuti: 8.1 Penyeliaan dan pemantauan daripada OBTj/Ketua Jabatan/Ketua Fizik Jabatan/Penyelia berdasarkan POS.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 7 8.2 Penerapan nilai-nilai murni dan ciri-ciri keselamatan dalam menjalankan tugas. 8.3 Membudayakan kajian dan pembangunan (Research and Development – R&D) secara berterusan dalam bidang perkhidmatan fizik. 8.4 Menjalankan program latihan dan pembangunan (Training and Development – T&D) bagi meningkatkan kompetensi pegawai. 8.5 Pembelajaran berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan PSF. 9. DOKUMEN RUJUKAN LAIN 9.1 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). 9.2 Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). 9.3 Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986. 9.4 Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010. 9.5 Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011. 9.6 Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) (pindaan) 1991. 9.7 Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Bahan Radioaktif Keaktifan Rendah) 2002. 9.8 Garis Panduan Pembangunan dan Perkembangan Kerjaya Profesion Pegawai Sains (Fizik) KKM. 9.9 Manual Penguatkuasaan Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) 2019.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 8 10. GLOSARI Dedahan Sinaran mengion yang diterima oleh pekerja semasa menjalankan tugas mengendali radas penyinaran. Insiden radiasi Kejadian yang berlaku melibatkan dedahan sinaran mengion tidak terancang seperti dedahan kepada ibu mengandung, kesilapan rawatan, kesilapan dalam kalibrasi dos radiasi dan lain-lain berkaitan. Nilai seliaan Penanda aras dos dedahan yang diselia di bawah nilai had dos pekerja sinaran setahun (20 mSv). Pekerja sinaran Pekerja yang diarahkan oleh pemegang lesen atau OBTj untuk mengendalikan radas penyinaran mengion atau sumber sinaran. Sinaran mengion Sinar yang mempunyai tenaga mencukupi untuk mengion sesuatu atom atau molekul dan mengubah struktur nuklear. Contoh sinar-X, sinar gamma dan beta. 11. RUJUKAN a) International Atomic Energy Agency (1999). Occupational Radiation Protection. IAEA, Vienna. b) International Commission on Radiological Protection (2007). The Recommendations of the International Commission on Radiological Protection. ICRP Publication 103. Ann ICRP 2007; 37:1-332. c) Wrixon A.D. (2008). New ICRP recommendations. Journal of Radiological Protection, 28(2), 161-168. d) International Atomic Energy Agency (2006): Applying Radiation Safety Standards in Diagnostic Radiology and Interventional Procedures Using X Rays; October 2006 STI/PUB/1206. e) Radiologic Health Branch (2008). Radiation Safety and Protection Program Requirement Guidance, Department of Public Health, California. f) International Atomic Energy Agency (2015): Radiation Protection of Itinerant Workers, in Safety Reports Series No.84. IAEA, Vienna. g) https://radia.moh.gov.my. h) https://www.iaea.org.
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 9 JAWATANKUASA INDUK PEMBENTUKAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Penasihat : PUAN FARINA BINTI ZULKERNAIN Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi : TUAN HAJI MUSTAFAH BIN MD NOR Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Timbalan Pengerusi: TUAN HAJI ROSLAN BIN ABDUL AZIZ Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 1 : ENCIK MUTHURAMAN A/L SELLATHURAI PATHAR Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Setiausaha 2 : PUAN NORHIDAYAH BINTI MUSA Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Fasilitator : PUAN NOOR ZAHIRAH BINTI HUSAIN Ketua Fasilitator Pegawai Optometri Hospital Kuala Lumpur : PUAN ROZILA BINTI SUMARDI Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Hospital Sungai Buloh
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 10 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI Pengerusi : TS. NIK MOHAMED HAZMI BIN NIK HUSSAIN Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur Ahli-ahli : ENCIK MOHD AZHAR BIN MUSA Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN MAHZOM BINTI PAWANCHEK Pegawai Sains (Fizik) Institut Kanser Negara : PUAN FATAN HAMIMAH BINTI JAMAL Pegawai Sains (Fizik) Hospital Sultanah Aminah : PUAN SITI NORMASITAH BINTI MASDUKI Pegawai Sains (Fizik) Hospital Serdang : DR. TAN HUN YEE Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN NOOR ZAIMAH BINTI ZAINOL ABIDIN Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN FARHANA AZIERA BINTI BADRUL HISHAM Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN NOOR SYAKEERA BINTI MUKHELAS Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 11 JAWATANKUASA KERJA PROSEDUR OPERASI STANDARD PERKHIDMATAN FIZIK PERUBATAN DAN REGULATORI (2018 – 2022) Pengerusi : ENCIK MOHD AZHAR BIN MUSA Ketua Profesion Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur Ahli-ahli : TS. NIK MOHAMED HAZMI BIN NIK HUSSAIN Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN MAHZOM BINTI PAWANCHEK Pegawai Sains (Fizik) Institut Kanser Negara : ENCIK MOHD KHAIRUDIN BIN MOHAMED SAMSI Pegawai Sains (Fizik) Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan : PUAN FATAN HAMIMAH BINTI JAMAL Pegawai Sains (Fizik) Hospital Sultanah Aminah : ENCIK MOHAMMAD AZWIN BIN ABDUL KARIM Pegawai Sains (Fizik) Hospital Ampang : PUAN SITI NORMASITAH BINTI MASDUKI Pegawai Sains (Fizik) Hospital Serdang : PUAN NURUL ASHIKIN BINTI SIDI AHMAD Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur : PUAN NOOR SYAKEERA BINTI MUKHELAS Pegawai Sains (Fizik) Hospital Kuala Lumpur
Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Fizik Perubatan dan Regulatori | 12 Sekalung Penghargaan “Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada setiap individu atau organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Pelan Pengurusan Operasi ini”
Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia Muat Turun Salinan Buku https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/
