The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2023-03-31 00:44:49

Laporan Kesedar 2019

Laporan Kesedar 2019

100 LAPORAN TAHUNAN 2019


LAPORAN TAHUNAN 2019 101 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 DISEMBER 2019 Nota KUMPULAN LEMBAGA 2019 2018 2019 2018 RM RM RM RM ASET SEMASA Kos pembangunan hartanah 4 6,946,821 5,243,884 - - Inventori 5 4,642,217 4,705,384 - - Penghutang perdagangan 6 33,950,911 26,169,643 - - Lain-lain penghutang, deposit dan prabayaran 7 17,200,902 16,304,731 13,396,725 12,472,057 Pinjaman tabung ekonomi peneroka 8 173,299 177,694 173,299 177,694 Pinjaman kakitangan 9 663,287 866,753 663,287 866,753 Terhutang daripada subsidiari 10 - - 1,199,054 1,587,964 Terhutang daripada syarikat berkaitan 11 - - 64,963,012 65,238,687 Tunai dan kesetaraan tunai 12 200,131,651 159,903,593 181,473,062 138,405,793 JUMLAH ASET SEMASA 263,709,088 213,371,682 261,868,439 218,748,948 ASET BUKAN SEMASA Hartanah, loji dan peralatan 13 47,894,678 46,891,003 29,946,785 31,291,480 Hartanah pelaburan 14 56,913 100,659 56,913 100,659 Pelaburan dalam syarikat subsidiari 15 - - 1,100,000 1,100,000 Lain-lain pelaburan 16 150,000 150,000 150,000 150,000 Aset biologikal 17 21,274,549 26,692,737 21,191,042 26,611,815 Aset tak ketara lain 18 26,952 35,733 - - JUMLAH ASET BUKAN SEMASA 69,403,092 73,870,132 52,444,740 59,253,954 JUMLAH ASET 333,112,180 287,241,814 314,313,179 278,002,902 LIABILITI SEMASA Pemiutang perdagangan dan lain-lain pemiutang 19 20,873,348 10,111,394 34,636,581 30,426,613 Pemiutang sewabeli 20 94,300 61,392 - - Manfaat pekerja 23 635,079 - 635,079 - Peruntukan cukai 320,800 352,390 300,000 300,000 JUMLAH LIABILITI SEMASA 21,923,527 10,525,176 35,571,660 30,726,613 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


102 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) Nota KUMPULAN LEMBAGA 2019 RM 2018 RM 2019 RM 2018 RM LIABILITI BUKAN SEMASA Pinjaman jangka panjang 21 4,622,636 3,533,392 - - Pinjaman kerajaan belum bayar 22 5,391,405 6,612,195 5,391,405 6,612,195 Pemiutang sewabeli 20 241,378 116,150 - - Manfaat pekerja 23 1,857,725 - 1,857,725 - Geran tertunda 24 41,344,310 42,369,842 41,344,310 42,369,842 Akaun khas 25 66,667,305 54,997,962 66,667,305 54,997,962 Liabiliti cukai tertunda 1,689,286 1,683,697 - - JUMLAH LIABILITI BUKAN SEMASA 121,814,045 109,313,238 115,260,745 103,979,999 JUMLAH LIABILITI 143,737,572 119,838,414 150,832,405 134,706,612 ASET BERSIH 189,374,608 167,403,400 163,480,774 143,296,290 DIBIAYAI OLEH: Kepentingan bukan kawalan 36 32 - - Tabung ekonomi peneroka 450,193 450,193 450,193 450,193 Tabung pusingan pinjaman 26 1,255,000 1,255,000 1,255,000 1,255,000 Dana pengurusan getah 27 196,174 196,174 196,174 196,174 Dana pengurusan sawit 28 14,913,104 11,456,286 14,913,104 11,456,286 Dana tanam semula sawit 29 37,087,854 25,695,400 37,087,854 25,695,400 Dana pembangunan Jeli 30 2,179,243 2,182,133 2,179,243 2,182,133 Dana pengurusan harta 31 22,898,157 22,395,057 22,898,157 22,395,057 Dana pengurusan Taman Etnobotani 32 2,213,183 2,623,009 2,213,183 2,623,009 Lebihan terkumpul 108,181,664 101,150,116 82,287,866 77,043,038 JUMLAH ASET BERSIH/ EKUITI 189,374,608 167,403,400 163,480,774 143,296,290 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 103 Nota KUMPULAN LEMBAGA 2019 RM 2018 RM 2019 RM 2018 RM HASIL Urusniaga bukan pertukaran 33 128,637,732 110,427,086 128,637,732 110,427,086 Urusniaga pertukaran 34 109,506,661 96,076,655 2,894,912 1,460,526 238,144,393 206,503,741 131,532,644 111,887,612 Kos jualan (98,460,433) (87,781,908) - - Jumlah hasil 139,683,960 118,721,833 131,532,644 111,887,612 PERBELANJAAN Emolumen 35 (24,207,585) (24,895,435) (21,564,942) (22,188,176) Perkhidmatan dan bekalan 36 (8,788,064) (7,484,788) (6,973,388) (6,027,939) Pemberian dan kenaan bayaran tetap 37 (27,695,431) (25,142,204) (27,695,431) (25,142,204) Perbelanjaan lain 38 (1,946,753) (1,779,675) (668,728) (1,078,888) 77,046,127 59,419,731 74,630,155 57,450,405 Perbelanjaan pembangunan 39 (74,801,532) (54,991,986) (74,801,532) (54,991,986) Kerugian atas penjejasan nilai dan pelupusan 40 (97,241) (96,349) - - Peruntukan hutang ragu (4,198) - - - Susutnilai dan pelunasan (2,262,294) (2,318,815) (2,052,780) (2,066,574) Kos kewangan (881,610) (809,171) (565,063) (612,017) Lebihan/(kurangan) sebelum cukai (1,000,748) 1,203,410 (2,789,220) (220,172) Perbelanjaan cukai 111,290 (539,345) - (300,000) Lebihan/(kurangan) selepas cukai (889,458) 664,065 (2,789,220) (520,172) LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA PRESTASI KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


104 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA PERUBAHAN ASET BERSIH / EKUITI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 105 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA PERUBAHAN ASET BERSIH / EKUITI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


106 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 107 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


108 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) PENYATA PERBANDINGAN JUMLAH BAJET DENGAN JUMLAH SEBENAR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 Penyata ini hendaklah dibaca bersama – sama dengan nota – nota kepada penyata kewangan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 109 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) NOTA – NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 1. MAKLUMAT AM KESEDAR adalah merupakan pihak Berkuasa Kemajuan Wilayah yang dipertanggungjawabkan untuk membangun kawasan Kelantan Selatan supaya lebih seimbang dengan kawasan Kelantan Utara. Alamat berdaftar adalah di Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan. 1.1 KEGIATAN UTAMA Aktiviti utama Lembaga ialah melaksanakan projek pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di dalam Kelantan Selatan. Tiada perubahan penting di dalam aktivitiaktiviti ini di sepanjang tahun ini. 1.2 MATAWANG Matawang fungsian Syarikat adalah Ringgit Malaysia (“RM”), di mana aktiviti utama jualan dan pembelian adalah dalam RM, perolehan daripada operasi biasanya direkod dalam RM dan dana daripada aktiviti pembiayaan terutamanya dijana dalam RM. 1.3 TARIKH KELULUSAN PENERBITAN Penyata kewangan Lembaga telah diluluskan untuk diterbitkan oleh Lembaga Pengarah pada _____________ 2. ASAS PENYEDIAAN 2.1 ASAS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN Penyata –penyata kewangan ini disediakan mengikut kos asal, selain yang dinyatakan secara berasingan dan berdasarkan kepada prinsip-prinsip perakaunan di bawah Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) yang diluluskan di Malaysia. 2.2 PERNYATAAN PEMATUHAN KEPADA MPSAS Pada bulan November 2015, Jabatan Akauntan Negara (“ANM”) telah menerbitkan MPSAS 33, “First-Time Adoption of Accrual Basis MPSASs”. MPSAS 33 memberikan pengecualian peralihan kepada KESEDAR dalam menggunakan asas akruan MPSAS untuk kali pertama dan menyediakan bimbingan bagi membantu KESEDAR melaksanakan rangka kerja MPSAS. Ia memberi peruntukan pengecualian selama tiga tahun bagi KESEDAR untuk mengiktiraf dan/atau mengukur aset dan liabiliti tertentu. Peruntukan ini membolehkan KESEDAR mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan rangka kerja MPSAS bagi tujuan mengiktiraf dan mengukur aset dan liabiliti semasa tempoh peralihan.


110 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) Berikut adalah piawaian perakaunan, pindaan dan pentafsiran MPSAS yang telah dikeluarkan oleh ANM dan diguna pakai oleh KESEDAR. MPSAS, tafsiran dan pindaan yang berkuatkuasa bagi tempoh bermula pada atau selepas 1 Januari 2017 MPSAS 1 : Pembentangan Penyata Kewangan MPSAS 2 : Penyata Aliran Tunai MPSAS 3 : Dasar Perakaunan, Perubahan dalam Anggaran Perakaunan dan Kesilapan MPSAS 4 : Kesan Perubahan Dalam Kadar Tukaran Asing MPSAS 5 : Kos Pinjaman MPSAS 6 : Penyata Kewangan Disatukan dan Berasingan MPSAS 7 : Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu MPSAS 8 : Faedah Usahasama MPSAS 9 : Hasil daripada Urusniaga Pertukaran MPSAS 11 : Kontrak Pembinaan MPSAS 12 : Inventori MPSAS 13 : Pajakan MPSAS 14 : Peristiwa Selepas Tarikh Pelaporan Kewangan MPSAS 16 : Hartanah Pelaburan MPSAS 17 : Hartanah, Loji dan Peralatan MPSAS 19 : Peruntukan, Liabiliti Luar Jangka dan Aset Luar Jangka MPSAS 20 : Urusniaga dengan Pihak Berkaitan MPSAS 21 : Impairment of Non – Cash Generating Assets MPSAS 22 : Pendedahan Maklumat Kewangan Mengenai Sektor Am Kerajaan MPSAS 23 : Hasil daripada Urusniaga Bukan Pertukaran (Cukai dan Pindahan) MPSAS 24 : Pembentangan Maklumat Bajet di dalam Penyata Kewangan MPSAS 25 : Manfaat Pekerja MPSAS 26 : Impairment of cash Generating Assets MPSAS 27 : Pertanian MPSAS 28 : Instrumen Kewangan : Pembentangan MPSAS 29 : Instrumen Kewangan : Pengiktirafan dan Pengukuran MPSAS 30 : Instrumen Kewangan : Pendedahan MPSAS 31 : Aset Tak Ketara Lain MPSAS 32 : Aturan Konsesi Perkhidmatan : Penjamin MPSAS 33 : First-Time Adoption of Accrual Basis MPSASs MPSAS 34 : Penyata Kewangan Berasingan MPSAS 35 : Penyata Kewangan Disatukan MPSAS 36 : Pelaburan Dalam Entiti Bersekutu dan Usahasama MPSAS 37 : Aturan Bersama MPSAS 38 : Pendedahan Kepentingan dalam Entiti Lain


LAPORAN TAHUNAN 2019 111 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 2.3 PERTIMBANGAN KRITIKAL DAN KETIDAKPASTIAN ANGGARAN 2.3.1 Pertimbangan Kritikal Dalam Menggunapakai Dasar Perakaunan Pertimbangan yang telah dibuat oleh para pengarah dan pengurusan dalam proses menggunapakai dasar - dasar perakaunan dan yang mempunyai kesan paling ketara ke atas amaun yang diiktiraf dalam penyata-penyata kewangan adalah didedahkan dalam nota masing-masing. 2.3.2 Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran Anggaran utama berkenaan masa depan dan sumber utama ketidakpastian anggaran lain - lain pada tempoh pelaporan, yang mempunyai risiko ketara yang menyebabkan berlakunya pelarasan yang signifikan terhadap amaun bawaan aset dan liabiliti dalam tahun kewangan seterusnya, adalah didedahkan dalam nota masing - masing. 3. DASAR – DASAR PERAKAUNAN PENTING Dasar - dasar perakaunan penting yang diguna pakai dinyatakan seperti di bawah: 3.1 SUBSIDIARI DAN ASAS PENYATUAN Penyata-penyata kewangan disatukan adalah merangkumi penyata-penyata kewangan Lembaga dan kesemua syarikat subsidiarinya. Syarikat subsidiari adalah entiti-entiti dikawal oleh Lembaga. Kawalan wujud apabila Lembaga mempunyai kuasa untuk mentadbir dasar-dasar kewangan dan operasi sesebuah syarikat entiti untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktivitinya. Pelaburan dalam syarikat subsidiari diambilkira dalam penyata kewangan berasingan Lembaga pada kos ditolak sebarang kerugian rosotnilai terkumpul. Keuntungan dan perbelanjaan syarikat subsidiari disertakan dalam penyata kewangan disatukan bermula dari tarikh pengambilalihan sehingga tarikh di mana Lembaga terhenti mengawal syarikat subsidiari. Apabila Lembaga terhenti mengawal sebuah syarikat subsidiari, sebarang perbezaan di antara perolehan daripada pelupusan syarikat subsidiari dan nilai bawaan pada tarikh kawalan hilang, adalah diiktiraf dalam penyata pendapatan komprehensif disatukan sebagai keuntungan atau kerugian atas pelupusan syarikat subsidiari. Penyata kewangan disatukan disediakan menggunakan dasar-dasar perakaunan yang seragam bagi urusniaga dan peristiwa dan syarat lain dalam keadaan yang sama. 3.2 HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN Kos sesuatu item bagi hartanah, loji dan peralatan diiktiraf sebagai aset hanya apabila terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa depan yang terangkum dalam bahagian tersebut akan mengalir ke dalam Lembaga dan kos item tersebut boleh diukur dengan pasti. Selepas diiktiraf sebagai aset, item hartanah, loji dan peralatan adalah diukur pada kos ditolak sebarang susutnilai terkumpul dan sebarang kerugian rosotnilai terkumpul. Susutnilai disediakan atas kaedah garis lurus untuk menghapuskira amaun yang boleh disusutnilai sepanjang jangka hayat bergunanya, seperti berikut:


112 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) Susutnilai aset bermula apabila ianya sedia untuk digunakan. Jika terdapat tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada nilai sisa, hayat berguna atau corak berguna aset sejak tarikh laporan tahunan lepas, nilai sisa, kaedah susutnilai dan hayat berguna aset yang boleh disusutnilai disemak semula, dan dilaraskan secara prospektif. Amaun bawaan bagi item hartanah, loji dan peralatan tidak lagi diiktiraf ke atas pelupusan atau apabila tiada manfaat ekonomi masa depan dijangka daripada penggunaan atau pelupusan. Sebarang keuntungan atau kerugian yang timbul daripada penyahiktirafan item hartanah, loji dan peralatan, ditentukan sebagai perbezaan di antara perolehan pelupusan bersih, jika ada, dan amaun bawaan item, diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.Sama ada perolehan jualan atau sebarang keuntungan ke atas pelupusan tidak dikelaskan sebagai hasil. 3.3 HARTANAH PELABURAN Hartanah pelaburan yang dipegang untuk mendapat sewa atau peningkatan modal atau kedua-duanya, pada awalnya diukur pada kos. Kos urusniaga termasuk dalam pengukuran awal. Lembaga memilih untuk menggunapakai kaedah kos untuk hartanah pelaburannya dengan menetapkan kadar susutnilai sebagaimana berikut:


LAPORAN TAHUNAN 2019 113 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.4 ASET BIOLOGIKAL Aset biologikal adalah terdiri daripada perbelanjaan pembangunan tanah pertanian, perbelanjaan pembangunan mengikut kos pinjaman kerajaan persekutuan dan belanja pembangunan dana tanam semula sawit yang dinyatakan pada kos setelah ditolak pelunasan terkumpul dan sebarang kemerosotan nilai. Kos aset biologikal ini terdiri daripada kos pembangunan ladang terkumpul yang dibelanjakan dari permulaan penanaman benih sehingga tanaman matang. Permodalan kos pembangunan perladangan dan kos operasi lain akan terhenti apabila bermulanya penuaian hasil dan pelunasan yang dibuat ke atas amaun aset biologikal adalah sebanyak 5% setahun mengikut kaedah garis lurus. 3.5 PINJAMAN JANGKA PANJANG 3.5.1 Pinjaman dari Kerajaan Persekutuan dengan kadar faedah dikenakan 4% setahun 3.5.2 Pinjaman dari Perbadanan Induk kepada KISB untuk menstabilkan operasi anak syarikat. Pinjaman dikenakan kadar faedah 4% setahun dengan tempoh pertangguhan 3 tahun dan jangkamasa bayaran balik 10 anuiti. 3.6 PENGAMBILALIHAN ASET KISB Sebanyak RM2,000,000 telah dikeluarkan kepada Kesedar Inn Sdn. Bhd. (KISB) yang mana ianya kini dikenali sebagai Kesedar Holding Sdn. Bhd. (KHSB) sebagai pendahuluan bagi menjelaskan hutang Dana Harta Urus Bhd. Pihak KHSB telah melepaskan Aset Tetap kepada Lembaga pada 31 Disember 2005. 3.7 ROSOTNILAI ASET, SELAIN DARIPADA INVENTORI DAN ASET KEWANGAN Pada setiap tarikh pelaporan, Lembaga menilai sama ada terdapat sebarang tanda bahawa aset mungkin mengalami rosotnilai. Jika mana - mana tanda sedemikian wujud, amaun boleh pulih aset tersebut dianggarkan. Apabila terdapat tanda bahawa aset mungkin mengalami rosotnilai tetapi ia tidak dapat menganggar amaun boleh pulih bagi aset tersebut, Lembaga akan menganggarkan amaun boleh pulih bagi unit penjanaan tunai di mana aset tersebut dimiliki. Amaun boleh pulih aset dan unit penjanaan tunai adalah lebih tinggi daripada nilai saksama ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan. Dalam penilaian nilai dalam penggunaan, anggaran aliran tunai masa depan adalah didiskaunkan kepada nilai semasa dengan menggunakan kadar diskaun sebelum cukai yang menggambarkan penilaian pasaran semasa nilai masa wang dan risiko khusus kepada aset tersebut. Jika amaun boleh pulih aset atau unit penjanaan tunai kurang daripada amaun bawaan, kerugian rosotnilai diiktiraf untuk mengurangkan amaun bawaan kepada amaun boleh pulih. Kerugian rosotnilai bagi unit penjanaan tunai adalah diperuntukkan terlebih dahulu untuk mengurangkan amaun bawaan sebarang muhibah yang diperuntukkan kepada unit penjanaan tunai, dan kemudian, kepada aset bukan semasa lain unit pro - rata atas asas amaun bawaan bagi setiap aset yang sesuai dalam unit penjanaan tunai. Kerugian rosotnilai aset diiktiraf dengan serta - merta dalam keuntungan atau kerugian, melainkan aset dibawa pada amaun dinilai semula, di mana ia diiktiraf sebagai pengurangan penilaian semula. Kerugian rosotnilai yang diiktiraf dalam tempoh sebelumnya untuk aset atau aset yang sesuai dalam unit penjanaan tunai dibalikkan apabila terdapat perubahan dalam anggaran yang digunakan untuk menetapkan amaun boleh pulih aset. Kerugian rosotnilai yang dibalikkan hanya setakat tahap amaun bawaan aset


114 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) tidak melebihi amaun bawaan yang telah ditentukan, ditolak susutnilai, jika tiada kerugian rosotnilai yang telah diiktiraf pada tempoh sebelumnya. Pembalikan kerugian rosotnilai adalah diiktiraf dengan serta-merta dalam keuntungan atau kerugian, melainkan aset dibawa pada amaun dinilai semula, di mana ia direkod sebagai peningkatan penilaian semula. 3.8 INVENTORI Inventori adalah diukur pada nilai yang lebih rendah di antara kos dan anggaran harga jualan ditolak kos untuk siapan dan jualan. Kos inventori terdiri daripada semua kos pembelian, kos penukaran dan kos lain yang terlibat dalam membawa inventori ke lokasi dan keadaan semasanya. Kos inventori diukur dengan menggunakan kaedah Masuk Dahulu Keluar Dahulu. 3.9 ASET KEWANGAN Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Lembaga menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen. Pada awal pengiktirafan, aset kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk kos urusniaga untuk aset kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi pihak bertimbal kepada pengaturan. Selepas pengiktirafan awal, aset kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga kategori: aset kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, aset kewangan merupakan instrumen hutang diukur pada kos dilunaskan, dan aset kewangan merupakan instrumen ekuiti diukur pada kos ditolak rosotnilai. 3.9.1 Aset Kewangan Diukur Pada Nilai Saksama Menerusi Keuntungan Atau Kerugian Aset kewangan adalah dikelaskan sebagai nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian atau jika aset kewangan diniagakan secara awam atau nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar. Perubahan dalam nilai saksama diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Jika ukuran pasti bagi nilai saksama tidak lagi boleh didapati untuk instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam tetapi diukur pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, nilai saksamanya pada tarikh akhir instrumen yang boleh dinilai dengan pasti dianggap sebagai kos instrumen, dan ia diukur pada amaun kos ini ditolak rosotnilai sehingga ukuran pasti nilai saksama boleh didapati. 3.9.2 Aset Kewangan Merupakan Instrumen Hutang Diukur Pada Kos Dilunaskan Selepas pengiktirafan awal, instrumen hutang diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. lnstrumen hutang yang dikelaskan sebagai aset semasa diukur pada amaun tunai yang tidak didiskaunkan atau pertimbangan lain yang dijangka boleh diterima. Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan aset kewangan dan untuk memperuntukan pendapatan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah efektif adalah kadar diskaun anggaran penerimaan tunai masa depan yang tepat menerusi jangka hayat aset kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan amaun bawaan aset kewangan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 115 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.9.3 Aset Kewangan Merupakan Instrumen Ekuiti Diukur Pada Kos Ditolak Rosotnilai Instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam dan dimana nilai saksama tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar, dan kontrak yang berhubung kepada instrumen tersebut, jika dilaksanakan, akan menyebabkan penghantaran instrumen tersebut, diukur pada kos ditolak rosotnilai. 3.9.4 Rosotnilai Aset Kewangan Pada akhir setiap tempoh pelaporan, Lembaga menilai sama ada terdapat sebarang bukti objektif bahawa aset kewangan yang diukur pada kos atau kos dilunaskan, telah dirosotnilai. Bukti objektif boleh termasuk: - kesukaran kewangan yang ketara oleh penerbit atau obligor. - pelanggaran kontrak. - pemberi pinjaman memberikan kepada peminjam sebuah konsesi bahawa pemberi pinjaman tidak akan dipertimbangkan. - ia menjadi kemungkinan bahawa peminjam akan bankrap atau penyusunan semula kewangan lain. - data yang boleh diperhatikan dapat menunjukkan bahawa terdapat penurunan yang boleh diukur dalam anggaran aliran tunai masa depan daripada aset kewangan sejak pengiktirafan awal aset. Bagi kategori tertentu aset kewangan, seperti penghutang perdagangan, jika ia ditentukan bahawa tiada bukti objektif rosotnilai wujud bagi aset kewangan dinilai individu, sama ada penting atau tidak, aset termasuk dalam kumpulan yang mempunyai ciri - ciri risiko yang serupa dan dinilai secara kolektif untuk rosotnilai. Kerugian rosotnilai, berhubung dengan aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan, diukur sebagai perbezaan di antara amaun bawaan aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah efektif aset asal. Jika terdapat bukti objektif bahawa kerugian rosotnilai telah dilibatkan ke atas aset kewangan diukur pada kos ditolak rosotnilai, amaun kerugian rosotnilai diukur sebagai perbezaan di antara amaun bawaan aset dan anggaran amaun terbaik yang mana Lembaga akan diterima bagi aset jika ia dijual pada tarikh pelaporan. Amaun bawaan aset kewangan dikurangkan secara langsung, kecuali amaun bawaan penghutang perdagangan yang dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun. Sebarang kerugian rosotnilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dengan serta-merta. Jika, dalam tempoh kemudian, sebarang amaun kerugian rosotnilai menurun, kerugian rosotnilai yang diiktiraf sebelumnya dibalikkan secara langsung, kecuali bagi amaun yang berkaitan dengan penghutang perdagangan yang dibalikkan untuk dimasukkan semula amaun yang sebelum ini diperuntukkan dalam akaun elaun. Pembalikkan ini diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dengan serta - merta.


116 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.9.5 Penyahiktirafan Aset Kewangan Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak kontrak untuk aliran tunai daripada aset kewangan tersebut tamat tempoh, atau diselesai, atau Lembaga memindah sebahagian besar semua risiko dan ganjaran pemilikan aset kewangan kepada pihak lain. Pada penyahiktirafan aset kewangan secara keseluruhannya, perbezaan di antara amaun bawaan dan jumlah pertimbangan diterima atau akan diterima dan sebarang keuntungan atau kerugian kumulatif adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh pemindahan. 3.10 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI Tunai dan kesetaraan tunai dalam penyata aliran tunai meliputi baki tunai dan bank serta simpanan tetap yang berkecairan tinggi dan risiko perubahan nilai yang rendah. 3.11 LIABILITI DAN EKUITI 3.11.1 Pengkelasan Liabiliti dan Ekuiti Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti adalah dikelaskan selaras dengan ciri - ciri dalam pengaturan kontrak, bukan sekadar bentuk undang - undang, dan selaras dengan definisi liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti. 3.11.2 Instrumen Ekuiti Saham biasa dikelaskan sebagai ekuiti. Instrumen ekuiti adalah sebarang kontrak yang mempunyai bukti kepentingan dalam aset Lembaga selepas ditolak semua liabilitinya. Lembaga mengambilkira kos urusniaga bagi ekuiti sebagai penolakan daripada ekuiti dan pengagihan kepada pemilik ditolak daripada ekuiti. 3.12 LIABILITI KEWANGAN Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Lembaga menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen. Pada awal pengiktirafan, liabiliti kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk kos urusniaga untuk liabiliti kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi Lembaga kepada pengaturan. Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga kategori: liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan, atau komitmen pinjaman diukur pada kos ditolak rosotnilai. 3.12.1 Liabiliti Diukur Pada Nilai Saksama Menerusi Keuntungan Atau Kerugian Liabiliti kewangan adalah dikelaskan sebagai nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian atau jika liabiliti kewangan diniagakan secara awam atau nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti tanpa kos atau usaha yang tidak wajar.


LAPORAN TAHUNAN 2019 117 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) Jika ukuran yang pasti bagi nilai saksama tidak lagi boleh didapati untuk instrumen ekuiti yang tidak diniagakan secara awam tetapi diukur pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, nilai saksamanya pada tarikh akhir instrumen yang boleh dinilai dengan pasti dianggap sebagai kos instrumen, dan ia diukur pada amaun kos ini ditolak rosotnilai sehingga ukuran pasti bagi nilai saksama boleh didapati. 3.12.2 Liabiliti Kewangan Diukur Pada Kos Dilunaskan Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan selain daripada liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan dan kerugian adalah diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Keuntungan atau kerugian diiktiraf pada keuntungan atau kerugian apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosotnilai. Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan dan untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah efektif adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat menerusi jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan amaun bawaan liabiliti kewangan. 3.12.3 Komitmen Pinjaman Diukur Pada Kos Ditolak Rosotnilai Komitmen untuk menerima pinjaman diukur pada kos ditolak rosotnilai. 3.12.4 Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak dilepaskan, dibatalkan atau tamat hayat. Sebarang perbezaan di antara amaun bawaan liabiliti kewangan dinyahiktiraf dan pertimbangan dibayar diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. 3.13 PENGIKTIRAFAN HASIL 3.13.1 Hasil Daripada Urusniaga Bukan Pertukaran Urusniaga bukan pertukaran akan diiktiraf sebagai aset apabila terdapat manfaat ekonomi masa depan atau potensi perkhidmatan dijangka mengalir ke dalam entiti, ianya berpunca daripada peristiwa lampau serta nilai saksama aset dapat diukur dengan munasabah. Urusniaga bukan pertukaran yang diiktiraf sebagai aset hendaklah diiktiraf sebagai hasil, kecuali setakat liabiliti yang juga diiktiraf berkenaan dengan aliran masuk yang sama sebagai tertunda di dalam penyata kedudukan kewangan. Apabila obligasi terhadap sesuatu liabiliti itu telah dipenuhi, entiti hendaklah mengurangkan amaun bawaan liabiliti yang diiktiraf itu dan mengiktiraf amaun hasil yang sama dengan pengurangan itu. Geran kerajaan yang tidak dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan yang tertentu seperti geran mengurus diambilkira sebagai hasil di dalam penyata prestasi kewangan. Geran kerajaan yang dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan tertentu seperti geran pembangunan diiktiraf sebagai geran tertunda dan dilunaskan mengikut susutnilai projek yang telah siap, aset yang dibeli dan belanja pakai habis.


118 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.13.2 Hasil Daripada Urusniaga Pertukaran Hasil daripada urusniaga pertukaran diiktiraf apabila terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan akan mengalir kepada entiti dan manfaat ini boleh diukur dengan pasti. Hasil daripada urusniaga pertukaran terdiri daripada hasil faedah atas simpanan tetap, hasil faedah atas pinjaman dan lain-lain hasil. Hasil faedah atas simpanan tetap adalah dari institusi kewangan berlesen dan diiktiraf pada asas akruan. 3.14 AKAUN KHAS Akaun khas terdiri daripada pemberian jabatan dan agensi kerajaan untuk perlaksanaan projek-projek pembangunan. 3.15 MANFAAT PEKERJA 3.15.1 Manfaat Pekerja Jangka Pendek Manfaat pekerja jangka pendek, contohnya upah, gaji dan manfaat lain, adalah diiktiraf pada amaun tidak didiskaun sebagai liabiliti dan perbelanjaan apabila pekerja telah melaksanakan perkhidmatan kepada Lembaga. Jangkaan kos ke atas pampasan ketidakhadiran terkumpul adalah diiktiraf apabila pekerja melaksanakan perkhidmatan yang meningkatkan kelayakan mereka untuk pampasan ketidakhadiran pada masa depan. Jangkaan kos ke atas pampasan ketidakhadiran tidak terkumpul, seperti cuti sakit, adalah diiktiraf apabila ketidakhadiran berlaku. Jangkaan kos ke atas pampasan ketidakhadiran terkumpul adalah diukur pada amaun tambahan tidak didiskaunkan yang dijangka akan dibayar sebagai akibat daripada kelayakan yang tidak digunakan yang terkumpul pada akhir tempoh pelaporan. Jangkaan kos ke atas perkongsian untung dan bayaran bonus adalah diiktiraf apabila Lembaga mempunyai obligasi perundangan atau konstruktif semasa untuk membuat pembayaran akibat daripada peristiwa lepas dan anggaran obligasi dapat dianggarkan dengan pasti. Obligasi semasa wujud apabila Lembaga tidak mempunyai alternatif yang realistik tetapi untuk membuat pembayaran. 3.15.2 Manfaat Pekerja Jangka Panjang Bayaran manfaat pekerja yang dibayar selepas persaraan diiktiraf secara akruan dalam Penyata Prestasi Kewangan tahun semasa sebagai Perbelanjaan Manfaat Kakitangan dan dalam Penyata Kedudukan Kewangan sebagai liabiliti yang dikenali Manfaat Pekerja Jangka Panjang. Jenis manfaat pekerja jangka panjang yang diiktiraf secara akruan adalah bagi bayaran gantian cuti rehat untuk pekerja yang telah mencapai umur 48 tahun dengan andaian seorang pekerja akan mengumpulkan cuti tahunannya sebanyak 15 hari setahun sehingga mencapai maksima 150 hari semasa ianya bersara. Kadar gaji semasa telah digunakan untuk mengira amaun liabiliti tersebut.


LAPORAN TAHUNAN 2019 119 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.15.3 Pelan Caruman Wajib Caruman yang perlu dibayar kepada pelan caruman wajib diiktiraf sebagai liabiliti dan perbelanjaan apabila pekerja telah melaksanakan perkhidmatan kepada Lembaga. 3.16 INSTRUMEN KEWANGAN Instrumen kewangan diiktiraf di dalam lembaran imbangan apabila Lembaga menjadi pihak kepada peruntukan – peruntukan perjanjian terhadap instrumen. Instrumen kewangan adalah diklasifikasikan sebagai liabiliti atau ekuiti. Faedah, dividen, laba dan kerugian berkenaan dengan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai liabiliti, dilaporkan sebagai belanja atau pendapatan. Pengagihan kepada pemegang instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai ekuiti dikenakan kepada ekuiti. Instrumen kewangan diselaraskan apabila Lembaga mempunyai hak mengikut undang – undang untuk kontra dan berniat untuk menyelesaikannya secara bersih atau merealis aset dan liabiliti secara serentak. 3.16.1 Polisi Pengurusan Risiko Kewangan Polisi pengurusan risiko kewangan Lembaga memastikan bahawa sumber kewangan yang mencukupi tersedia bagi pembangunan perniagaan syarikat dan dalam masa yang sama menguruskan risiko – risiko kadar keuntungan, kredit dan kecairan syarikat. Operasi Lembaga berpandukan prinsip – prinsip yang jelas yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. 3.16.2 Risiko Kredit Risiko kredit atau risiko kegagalan pembayaran, dikawal dengan menggunakan kelulusan kredit, had dan prosedur kawal selia. Penghutang perniagaan dikawal selia secara berterusan melalui prosedur perlaporan pengurusan Lembaga. 3.16.3 Risiko Kecairan dan Aliran Tunai Syarikat menguruskan aliran tunai operasinya dan keupayaan pembiayaannya untuk memastikan kemampuan pembiayaan operasinya dipenuhi. 3.16.4 Nilai Saksama Nilai dibawa tunai dan bersamaan tunai, pendapatan tertunggak, pelbagai dan lain-lain belum terima, pelbagai dan lain-lain belum bayar menghampiri nilai saksama kerana sifat tempoh instrument kewangan yang pendek dan singkat. 3.17 MAKLUMAT BAJET Bajet dan penyata kewangan Lembaga disediakan menggunakan asas yang berlainan daripada penyata kewangan. Penyata kewangan disediakan pada asas akruan menggunakan klasifikasi berdasarkan jenis perbelanjaan di dalam penyata prestasi kewangan, manakala bajet disediakan pada asas tunai. Perbandingan bajet disediakan berdasarkan kepada bajet Lembaga yang hanya menjurus kepada bajet mengurus sahaja.


120 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 3.18 CUKAI PENDAPATAN Perbelanjaan cukai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali bahawa perubahan yang boleh dikaitkan dengan item pendapatan atau perbelanjaan diiktiraf sebagai pendapatan komprehensif lain juga diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain. Cukai yang perlu dibayar ke atas keuntungan boleh dicukai bagi tempoh semasa dan lepas diiktiraf sebagai liabiliti cukai semasa setakat yang tidak terbayar. Jika amaun yang dibayar berkenaan dengan tempoh semasa dan lepas melebihi amaun yang perlu dibayar bagi tempoh - tempoh tersebut, lebihan tersebut diiktiraf sebagai aset cukai semasa. Aset dan liabiliti cukai semasa diukur pada amaun yang dijangka akan dibayar atau dipulih, menggunakan kadar cukai dan undang - undang yang telah digubal atau sebahagian besarnya digubal menjelang tarikh pelaporan. Liabiliti dan aset cukai semasa diimbangi jika dan hanya jika apabila Lembaga mempunyai hak yang sah disisi undang - undang untuk mengimbangkan amaun dan berniat sama ada untuk menyelesaikan pada asas bersih, atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak. Cukai tertunda diperuntukan sepenuhnya ke atas perbezaan sementara yang merupakan perbezaan di antara amaun bawaan dalam penyata kewangan dan asas cukai yang sama bagi aset dan liabiliti pada akhir tempoh pelaporan. Liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh dicukai yang dijangka meningkatkan keuntungan boleh dicukai pada masa depan. Aset cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara yang boleh ditolak yang dijangka akan mengurangkan keuntungan boleh cukai pada masa depan dan kerugian cukai tidak digunakan yang dibawa ke hadapan dan kredit cukai yang tidak digunakan. Liabiliti dan aset cukai tertunda tidak diiktiraf bagi perbezaan sementara berkaitan dengan pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urusniaga yang bukan penggabungan perniagaan dan pada masa urusniaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan mahupun keuntungan boleh dicukai. Liabiliti cukai tertunda juga tidak diiktiraf bagi perbezaan sementara berkaitan dengan pengiktirafan awal muhibah. Liabiliti dan aset cukai tertunda menggambarkan akibat cukai yang akan mengikuti daripada cara Lembaga menjangkakan untuk mendapatkan semula atau menyelesaikan amaun bawaan aset dan liabiliti dan diukur pada kadar cukai dan undang - undang yang dijangka akan digunakan untuk tempoh apabila aset tersebut direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau sebahagian besarnya digubal menjelang tarikh pelaporan.


LAPORAN TAHUNAN 2019 121 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 4. KOS PEMBANGUNAN HARTANAH 5. INVENTORI 6. PENGHUTANG PERDAGANGAN


122 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 7. LAIN-LAIN PENGHUTANG, DEPOSIT DAN PRABAYARAN 8. PINJAMAN TABUNG EKONOMI PENEROKA


LAPORAN TAHUNAN 2019 123 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 9. PINJAMAN KAKITANGAN 10. TERHUTANG DARIPADA SYARIKAT SUBSIDIARI Amaun terhutang daripada syarikat berkaitan adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan mempunyai tempoh pembayaran balik kurang daripada setahun. 11. TERHUTANG DARIPADA SYARIKAT BERKAITAN Amaun terhutang daripada syarikat berkaitan adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan mempunyai tempoh pembayaran balik kurang daripada setahun.


124 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 12. TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI 13. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN


LAPORAN TAHUNAN 2019 125 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 13. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (SAMB...)


126 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 13. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (SAMB...)


LAPORAN TAHUNAN 2019 127 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 14. HARTANAH PELABURAN 15. PELABURAN DALAM SYARIKAT SUBSIDIARI


128 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 16. LAIN-LAIN PELABURAN 17. ASET BIOLOGIKAL Aset biologikal terdiri daripada perbelanjaan pembangunan tanah pertanian, perbelanjaan pembangunan mengikut kos pinjaman kerajaan persekutuan dan belanja pembangunan dana tanam semula sawit dan dinyatakan pada kos tolak pelunasan. Nilai saksama aset biologikal tidak dapat ditentukan dengan pasti tanpa kos dan usaha yang tidak wajar disebabkan penilaian penilai profesional akan melibatkan kos yang besar melebihi manfaat kepada pengguna penyata kewangan, tiada perbandingan harga pasaran dan kekangan untuk membuat penilaian secara dalaman.


LAPORAN TAHUNAN 2019 129 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 18. ASET TAK KETARA LAIN 19. PEMIUTANG PERDAGANGAN DAN LAIN – LAIN PEMIUTANG Amaun terhutang kepada syarikat subsidiari adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan mempunyai tempoh pembayaran balik kurang daripada setahun.


130 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 20. PEMIUTANG SEWABELI 21. PINJAMAN JANGKA PANJANG Amaun terhutang kepada syarikat subsidiari adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan mempunyai tempoh pembayaran balik kurang daripada setahun.


LAPORAN TAHUNAN 2019 131 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 22. PINJAMAN KERAJAAN BELUM BAYAR 23. MANFAAT PEKERJA


132 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 24. GERAN TERTUNDA KUMPULAN DAN LEMBAGA Lembaga telah menerima pakai MPSAS 23 yang menghendaki geran pembangunan diiktiraf sebagai liabiliti. 25. AKAUN KHAS


LAPORAN TAHUNAN 2019 133 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 26. TABUNG PUSINGAN PINJAMAN KUMPULAN DAN LEMBAGA 27. DANA PENGURUSAN GETAH KUMPULAN DAN LEMBAGA


134 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 28. DANA PENGURUSAN SAWIT KUMPULAN DAN LEMBAGA


LAPORAN TAHUNAN 2019 135 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 29. DANA TANAM SEMULA SAWIT KUMPULAN DAN LEMBAGA 30. DANA PEMBANGUNAN JELI KUMPULAN DAN LEMBAGA


136 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 31. DANA PENGURUSAN HARTA KUMPULAN DAN LEMBAGA


LAPORAN TAHUNAN 2019 137 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 32. DANA PENGURUSAN TAMAN ETNOBOTANI KUMPULAN DAN LEMBAGA 33. URUSNIAGA BUKAN PERTUKARAN 34. URUSNIAGA PERTUKARAN


138 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 35. EMOLUMEN 36. PERKHIDMATAN DAN BEKALAN 37. PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP


LAPORAN TAHUNAN 2019 139 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 38. LAIN-LAIN PERBELANJAAN 39. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 40. KERUGIAN PENJEJASAN NILAI DAN PELUPUSAN 41. KOMITMEN


140 LAPORAN TAHUNAN 2019 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) 42. KAKITANGAN PENTING PIHAK PENGURUSAN Kakitangan penting pihak pengurusan adalah mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk perancangan, arahan dan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ganjaran untuk ahli penting pihak pengurusan adalah seperti berikut: 43. BILANGAN KAKITANGAN Bilangan kakitangan Lembaga pada akhir tahun kewangan adalah seramai 443 orang. (2018: 484 orang) 44. CUKAI Cukai dikira atas anggaran yang rendah kerana Lembaga mendapat pengecualian cukai pendapatan pada kadar 50% mulai tahun 1997. Lembaga juga mendapat pengecualian cukai berkuatkuasa tahun taksiran 2001 bagi:- i) Peruntukan Kerajaan Persekutuan/Negeri dalam bentuk geran untuk membiayai perbelanjaan kendalian. ii) Peruntukan Kerajaan Persekutuan/Negeri dalam bentuk geran atau pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. iii) Apa-apa derma ataupun sumbangan yang diterima. 45. NOTA BAGI PENYATA PERBANDINGAN BAJET DAN SEBENAR Bajet Lembaga telah disediakan dengan mengambil kira dasar semasa kerajaan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seperti Dasar Pelan Harapan KPLB, Rancangan Lima Tahun Malaysia, Pelan Halatuju KESEDAR dan lain-lain. Bajet ini memperuntukkan keperluan sebenar belanja mengurus untuk membiayai emolumen, bekalan dan perkhidmatan, aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan-perbelanjaan lain bagi memastikan peruntukan yang disalurkan pada tahun semasa mencukupi dan seperti yang dirancang. Ia dibuat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3 mengenai Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Asas klasifiasi bajet merangkumi Dasar Sedia Ada (DSA), Dasar Baru (DB), One-Off dan Program Khusus berdasarkan kepada penetapan siling indikatif yang dikeluarkan oleh Pejabat Belanjawan Negara dan Kementerian Kewangan. Tempoh kelulusan bajet adalah seperti berikut: i) Januari - Pengeluaran Garis Panduan Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan ii) Februari hingga Mac - penyediaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus iii) April hingga Jun - Pemeriksaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus oleh Kementerian Kewangan


LAPORAN TAHUNAN 2019 141 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (Ditubuhkan di Malaysia mengikut Akta 203) iv) September - pembentangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan di Parlimen v) Akhir Disember - pengeluaran Waran Am oleh Kementerian Kewangan untuk membenarkan perbelanjaan. Pengagihan kelulusan peruntukan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada Jabatan / Agensi di bawahnya. Bajet mengurus asal yang diluluskan oleh Lembaga bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM53,836,200 sebagaimana berikut: i) Dasar Sedia Ada : RM 33,516,200 ii) Program Khusus : RM 20,320,000 Tiada tambahan peruntukan bagi tahun 2019 menjadikan jumlah perutukan yang diterima oleh Lembaga kekal sebanyak RM53,836,200. Berdasarkan penyata perbandingan jumlah bajet dengan jumlah sebenar bagi tahun berakhir 31hb Disember 2019, kami mendapati jumlah perbelanjaan sebenar melebihi jumlah bajet sebanyak RM2,717,109 atau 4.95%. Lebihan ini adalah disebabkan oleh jumlah pemberian dan kenaan bayaran tetap sebenar melebihi bajet sebanyak RM3,035,674 atau 123.10%. Ini adalah kerana bajet tidak memperuntukkan bayaran manfaat pekerja sedangkan peruntukan manfaat pekerja yang sebenar adalah RM2,492,804. Justeru itu ia memberikan kesan yang amat besar ke atas perbandingan bajet dengan jumlah sebenar yang dibelanjakan. Jumlah perbelanjaan sebenar emolumen dan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan juga menunjukkan lebihan berbanding bajet yangmana masing-masing sebanyak RM3 dan RM188,975. Namun demikian, jumlah perbelanjaan sebenar bagi perbelanjaanperbelanjaan lain telah menunjukkan kurangan berbanding bajet iaitu sebanyak RM158,365 atau 19.15%. Secara keseluruhannya kami mendapati prestasi kewangan Lembaga kurang baik disebabkan jumlah perbelanjaan sebenar yang melebihi bajet yang telah dibuat terutamanya bagi perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.


Click to View FlipBook Version