The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PS BAITUL HIKMAH, SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, 2021-02-15 11:33:12

ISRAK DAN MIKRAJ

ISRAK DAN MIKRAJ

PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH

SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

JLN MAKTAB, SG MERAB SEPANG

PAMERAN BERTEMA : MAC

SeldaabnmojaarntgaannmlguepmaembNeanIcLgaisAi M ISRAK
DAN

MIKRAJ

link eNILAM :

bit.ly/37Ana7v

PENGENALAN

Israk dan Mikraj (Jawi: ‫‏)جارسم نسد‏سارسا‬
Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun

ke-12 dari masa kenabian baginda,
merupakan peristiwa penting yang selalu
dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat

Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu
ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun
sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.
Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun
Dukacita kerana bapa saudaranya Abu

Talib dan isterinya Khadijah binti
Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak

angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan
dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga

berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini
tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-
Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-

18) juga menceritakan peristiwa ini.

SEJARAH

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu
dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali
semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Israk

bermaksud Baginda menunggang Buraq
bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid

Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini
manakala Mikraj bermaksud perjalanan
Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul
Muntaha. Arah kiblat umat Islam ketika itu
ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini,
semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat
ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid,
buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi
mengerjakan solat dua rakaat di beberapa
tempat persinggahan seperti di Madinah,
Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa,

Nabi sembahyang berjemaah dengan
makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan
Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu
atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu

sebagai minumannya.

SEJARAH

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui
mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi
ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha

dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di
Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat
bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim
bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim
persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah'
untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa
kanak-kanak , baginda pernah dibedah

oleh dua malaikat semasa di
perkampungan ibu susunya Halimahtus

Sa'adiah.

SEJARAH

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan
Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting
dalam takwim Islam kerana menandakan
seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah
mukjizat dari Allah bagi Muhammad yang

tidak pernah dilakukan oleh rasul dan
nabi sebelumnya. Hanya Muhammad
sajalah yang diberikan anugerah dan

kehormatan oleh Allah untuk
melakukannya sebagai petanda betapa

tingginya penghargaan Allah kepada
Muhammad.

SEJARAH

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj
seperti tercantum dalam buku

'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan
karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),
Nabi Muhammad didampingi Malaikat
Jibril dan Mikail menunggang seekor

haiwan yang disebut 'Buraq'.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini
tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam
akan sembahyang sunat. Ceramah khas

selalu diadakan bagi mengenang
peristiwa tersebut.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

1

Nabi memperoleh pelajaran tentang
keadaan masa lalu dan masa yang akan
datang yakni saat Jibril menyuruh beliau

melakukan solat di Kota Thaibah
(Madinah) dimana kelak Nabi akan
berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit
Thursina), tempat Allah berfirman kepada
Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat
lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

2
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana
menghadapi Ifrit dari golongan jin yang
mengganggunya dengan memberinya
sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3

Mengambil hikmah dari perjuangan
seorang Muslimah sejati Masyitah dalam
berjihad mempertahankan keyakinannya

akan keesaan Allah.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

4Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya
bagi orang-orang yang enggan solat,
enggan berzakat, pemakan riba dan suka

berbuat zina. Pengganggu jalan umum,
pemimpin yang suka menumpuk-numpuk
jabatan dan suka menjelek-jelekan orang

lain.

5 Gambaran umat yang terjebaknya dalam
kemewahan dunia, perumpamaan umur
dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-
macam minuman yang boleh dan tidak
boleh (haram) diminum umat Nabi serta
adanya pengakuan para nabi akan
keberadaan Muhammad sebagai pemimpin
utama.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Dalam perjalanan Mikraj
banyak pula hal yang

dialami oleh Muhammad.
Namun yang paling penting
adalah baginda mendapat
keringanan solat fardu dari
50 kali menjadi 5 kali sehari

semalam, sebuah
kewajiban yang harus
dikerjakan umatnya sampai

kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad
telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat
Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu
Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad

seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana
mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan
menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula.

Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir
Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.

Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang
percaya dengan cerita itu kerana baginya

Muhamad adalah seorang al-Amin. Abu Bakar
sentiasa membenarkan khabar langit yang
Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang
Islam yang murtad selepas peristiwa itu.

Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi
menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga

hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah
mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan
berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi
menceritakan masjid itu. Salah seorang dari
mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana

pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

SUMBER

https://ms.wikipedia.org/wi
ki/Israk_dan_Mikraj


Click to View FlipBook Version