PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN
MAKANAN
TINGKATAN 1
i
ii
DOKUMEN STANDARD
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
MODUL ELEKTIF PRA-VOKASIONAL
PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN
MAKANAN
TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
iv
KANDUNGAN vi
1. RUKUN NEGARA vii
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
3. KATA PENGANTAR 1
1
4. PENGENALAN 1
4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1
4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional
4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 2
4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2
5. PELAKSANAAN 4
5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 4
5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 4
4
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 5
6.1 Matlamat Modul 6-1 7
6.2 Objektif Modul
6.3 Fokus Modul
6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Organisasi Standard Kurikulum
6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
Kata Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini
diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran
tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini
menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan
cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,
pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan
bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Objektif Pendidikan Asas Vokasional
Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada.
Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam
bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran
generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam
kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan
inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta
menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.
Kurikulum Berasaskan Kompetensi
Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula
kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria
Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan
Kriteria Pencapaian
Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan
bagi setiap Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 140 jam setahun.
Guru berlatarbelakang opsyen Katering dan Penyajian dan Ekonomi Rumah Tangga paling sesuai mengajar modul ini.
Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana,
guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P
Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya
kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin
ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik
darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan
dapat diaplikasikan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
Matlamat Modul
Menyediakan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyajian makanan dengan
mengamalkan budaya kerja yang sistematik, selamat, berdikari dan berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi
untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri makanan.
Objektif Modul
Di akhir modul ini, murid akan dapat;
1. Mengenal pasti pengetahuan asas dalam penyediaan makanan.
2. Mengenal pasti kaedah memasak.
3. Mengenal pasti dan menyediakan alatan peranggu meja dalam penyajian makanan.
4. Mengaplikasi kaedah memasak dalam amali masakan.
5. Menyediakan pelbagai jenis minuman.
6. Menyedia, memasak, menghias, menghidang, membungkus dan menilai masakan.
7. Membuat pengiraan kos.
8. Mengamalkan etika makan di meja makan.
9. Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan semasa bekerja di bengkel masakan.
10. Mengamalkan komunikasi yang berkesan dan nilai murni dalam aktiviti keusahawanan.
Fokus Modul
Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang ekonomi rumah tangga memberi penekanan kepada asas
pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal
dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan
menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
Pengurusan kewangan berhemah
Organisasi Standard Kurikulum
Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2
hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang
pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard
Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki
dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.
Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai
dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara
aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana
dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan
elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya
menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
1. MENGENAL INDUSTRI 1.1 Mengenal pasti industri 1.1.1 Menyenaraikan contoh perniagaan makanan yang
PENYEDIAAN DAN penyediaan dan penyajian terdapat dalam negara.
PENYAJIAN MAKANAN makanan.
1.1.2 Menyenaraikan pelbagai jenis kerjaya yang boleh
1.2 Mengenal pasti prospek
meningkatkan kemahiran diceburi dalam industri penyediaan dan penyajian
penyediaan dan penyajian makanan.
makanan.
.
1.2.1 Menyatakan contoh pusat latihan atau institusi yang
menawarkan kursus kemahiran penyediaan dan
penyajian makanan.
1.2.2 Menyatakan kelulusan yang ditawarkan di pusat
latihan kemahiran atau institusi berkenaan.
2. MENGURUS RUANG 2.1 Mengamalkan prinsip 2.1.1 Menyenaraikan agen pencuci yang sesuai dengan
KERJA kebersihan ruang kerja. 2.1.2 aktiviti mengemas dan membersih.
2.1.3 Menyenaraikan alatan yang sesuai dengan aktiviti
2.1.4 mengemas dan membersih.
2.1.5 Memilih agen pencuci dan alatan yang sesuai dengan
aktiviti mengemas dan membersih.
Mengemas dan membersih ruang kerja
menggunakan agen pencuci dan alatan yang sesuai.
Mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul.
2.2 Mengamalkan prinsip 2.2.1 Menyenaraikan peralatan menyimpan makanan.
kebersihan dalam penyimpanan 2.2.2 Menyatakan cara penyimpanan makanan dengan
makanan. betul.
2.2.3 Mengamalkan penyimpanan makanan mengikut
prosedur yang betul.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
3. MENGENAL KAEDAH 3.1 Mengenal pasti kaedah 3.1.1 Menyatakan maksud memasak haba lembap.
MEMASAK memasak. 3.1.2 Menyatakan maksud memasak haba kering.
3.1.3 Menyenaraikan kaedah memasak haba lembap.
3.1.4 Menyenaraikan kaedah memasak haba kering.
4. MENYEDIAKAN MEJA 4.1 Mengenal pasti peranggu meja. 4.1.1 Menyatakan maksud peranggu meja.
HIDANGAN 4.1.2 Menyenaraikan alatan peranggu meja yang sesuai
mengikut hidangan.
4.2 Menyedia peranggu meja. 4.2.1 Menyusun atur peranggu meja bagi hidangan a la
carte.
4.3 Mengenal pasti etika makan. 4.3.1 Menyatakan etika di meja makan.
4.3.2 Mengamalkan etika di meja makan.
5. MENYEDIAKAN 5.1 Mengenal pasti jenis minuman. 5.1.1 Menyatakan maksud minuman mengikut klasifikasi.
MINUMAN 5.1.2 Menyenaraikan jenis minuman mengikut klasifikasi
iaitu minuman berkhasiat, menyegarkan dan
merangsangkan.
5.2 Menyedia, memasak dan 5.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut
menghidang minuman. resipi.
5.2.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat.
5.2.3 Menyedia dan memasak minuman.
5.2.4 Menghias dan menghidang minuman mengikut
kreativiti.
5.2.5 Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
di bengkel masakan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
6. MENYEDIAKAN SNEK 6.1 Mengenal pasti snek. 6.1.1 Menyatakan maksud snek.
6.1.2 Menyenarai pelbagai jenis snek.
6.2 Menyedia, memasak, menghias, 6.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resipi.
menghidang dan membungkus 6.2.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat.
snek. 6.2.3 Menyedia dan memasak snek.
6.2.4 Menghidang/membungkus makanan mengikut
kreativiti.
6.2.5 Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
di bengkel masakan.
7. MENYEDIAKAN 7.1 Mengenal pasti hidangan 7.1.1 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.
HIDANGAN SEPINGGAN sepinggan lengkap. 7.1.2 Mengklasifikasikan hidangan sepinggan lengkap.
LENGKAP 7.1.3 Menyenaraikan pelbagai jenis hidangan sepinggan
lengkap.
7.2 Menyedia, memasak, menghias 7.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resipi.
dan menghidang hidangan 7.2.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat.
sepinggan lengkap berasaskan 7.2.3 Menyedia dan memasak hidangan sepinggan
bijirin. lengkap.
7.2.4 Menghias dan menghidang masakan mengikut
kreativiti.
7.2.5 Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
di bengkel masakan.
7.3 Menyedia, memasak, menghias 7.3.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resipi.
dan menghidang hidangan 7.3.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat.
sepinggan lengkap berasaskan 7.3.3 Menyedia dan memasak hidangan sepinggan
hasil bijirin. lengkap.
7.3.4 Menghias dan menghidang masakan mengikut
kreativiti.
7.3.5 Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
di bengkel masakan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
8. MENYEDIAKAN DESERT 8.1 Mengenal pasti desert. 8.1.1 Menyatakan maksud desert.
8.1.2 Menyenarai jenis pelbagai desert.
8.2 Menyedia, memasak, 8.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resipi.
menghias, menghidang dan 8.2.2 Menimbang dan menyukat bahan dengan tepat.
membungkus desert. 8.2.3 Menyedia dan memasak desert.
8.2.4 Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
9.1 Merancang projek jualan di bengkel masakan.
makanan.
9. MELAKSANAKAN 9.1.1 Memilih jenis makanan yang hendak dijual.
PROJEK JUALAN 9.2 Mengurus projek jualan 9.1.2 Membuat senarai bahan masakan.
MAKANAN makanan. 9.1.3 Mengira kos bahan yang digunakan.
9.1.4 Mengira kos sampingan (overhead) yang digunakan.
9.1.5 Mengira kos upah.
9.1.6 Mengira kos projek.
9.1.7 Mengira kos seunit.
9.1.8 Mengira kos jualan.
9.2.1 Menyediakan bahan dan peralatan mengikut resipi.
9.2.2 Menyukat dan menimbang bahan dengan tepat.
9.2.3 Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan
membungkus makanan.
9.2.4 Menjual hasil projek.
9.2.5 Mengamalkan nilai-nilai murni semasa menjalankan
aktiviti jualan seperti bekerjasama, kerajinan,
9.2.6 toleransi, amanah, bertanggungjawab, melindungi
hak pengguna dan menyayangi alam sekitar.
Mengamalkan langkah kebersihan dan keselamatan
di bengkel masakan.
Terbitan: