The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMKDABB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PS BAITUL HIKMAH, SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, 2021-10-29 09:33:18

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMKDABB

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMKDABB

SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

JLN MAKTAB SG MERAB, SEPANG
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN.

Majlis penutupan

Dirasmikan Oleh:

En. Zainal Rashid Bin Zakaria

Pengurus Kanan Seksyen Pembangunan Dana
Yayasan Pelajaran Mara

ATURCARA

9.30 pagi Taklimat penjurian
9.40 pagi
10.00 pagi Pendaftaran
10.05 pagi
10.10 pagi Kata alu-aluan pengacara majlis

10.30 pagi Bacaan doa
10.35 pagi
12.00 tengah hari Ucapan Puan Hajah Zarinah bt Md Hassan
12.15 tengah hari ( Pengetua SMK Dato’ Abu Bakar Baginda )
12.30 tengah hari
Ucapan Perasmian dan Penutup
12.35 tengah hari En. Zainal Rashid Bin Zakaria
( Pengurus Kanan Seksyen Pembangunan Dana
Yayasan Pelajaran Mara )

Tayangan video montaj

Penjurian Pertandingan Mikrobit dan Jam Matahari
bermula

Pengiraan markah peserta

Pengumuman pemenang Pertandingan Inovasi 1.0
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda

Penyampaian Cenderahati kepada perasmi
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Juri
Pertandingan Inovasi 1.0 SMKDABB

Bersurai

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 01

UCAPAN PENGETUA

PN ZARINAH BT MD HASSAN

Pengetua
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah
SWT kerana dengan Iimpah kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis
yang penuh bermakna. Pertandingan inovasi yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini
bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir aras tinggi sekaligus melahirkan modal
insan yang berinovatif, kreatif dan berdaya saing dalam apa jua bidang yang diceburi
pada masa hadapan. Pertandingan ini juga memberi ruang dan peluang kepada murid-
murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan projek
inovasi mengikut kreativiti masing-masing selain dapat memupuk kerjasama antara ahli
dan semangat berpasukan.

Inovasi merupakan satu proses penghasilan produk dan perkhidmatan yang
lebih baik melalui idea dan kaedah baharu. Proses ini sangat penting untuk mengukuhkan
daya saing seseorang individu mahupun sesebuah organisasi dalam persekitaran yang
semakin kompetetif dan mencabar. Inovasi bukan hanya menumpukan usaha untuk
meningkatkan produktiviti dan kualiti malahan dalam dunia perniagaan penjimatan kos
dalam menghasilkan sesuatu produk dan perkhidmatan juga diberi perhatian.

Untuk menghasilkan inovasi, kita perlu menguasai ilmu terlebih dahulu.
Murid-murid perlu aktif berinteraksi dengan guru semasa dalam kelas supaya proses
pembelajaran dapat mencambahkan idea dan kreativiti masing-masing. Inovasi hanya
terhasil jika idea dan kreativiti dapat diterjemahkan kepada tindakan yang membawa
kepada penambahbaikan terhadap sesuatu proses, produk atau perkhidmatan. Justeru,
penganjuran Pertandingan Inovasi 1.0 ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah
untuk mewujudkan platform bagi membolehkan murid-murid menterjemahkan idea dan
kreativiti masing-masing kepada penghasilan inovasi.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 02

UCAPAN PENGETUA

Sambungan ...

Murid-murid merupakan tonggak pembangunan negara pada masa
hadapan. Zaman persekolahan merupakan tempoh yang singkat namun ia merupakan
tempoh yang kritikal untuk menimba ilmu, memupuk kreativiti dan membangunkan
potensi individu bagi menjadikan mereka insan yang berdaya saing apabila memasuki
alam pekerjaan. Pasaran buruh pada masa hadapan adalah sangat kompetetif kerana
selain perlu bersaing sesama sendiri, pekerja juga perlu bersaing dengan teknologi untuk
terus kekal dalam alam pekerjaan. Peralihan perusahaan daripada berasaskan buruh
kepada teknologi, bertujuan untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan
produktiviti akan menjadi ancaman terbesar kepada pekerja. Justeru, murid perlu
membudayakan inovasi bermula dari sekarang sebagai persediaan untuk melangkah ke
alam kerjaya.

Dalam era globalisasi, penguasaan teknologi maklumat dapat memberi
kelebihan daya saing kepada sesebuah organisasi dan negara. Pembangunan perisian
merupakan inovasi yang terpenting pada abad ini sehinggakan mampu mengubah corak
sosioekonomi dunia. Sebagai contoh pembangunan aplikasi jual beli dalam talian bukan
sahaja memberi kesan kepada sektor peruncitan malah secara tidak langsung telah
memberi kesan kepada industri pengangkutan. Justeru, murid-murid perlu mengambil
peluang menimba ilmu untuk menghasilkan inovasi yang akan membawa kebaikan pada
masa hadapan.

Negara kita sedang bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri
keempat ini ditandai dengan kemunculan super komputer, robot pintar, kenderaan tanpa
pengemudi, suntingan genatik dan perkembangan neuro teknologi yang memungkinkan
manusia untuk lebih mengoptimumkan fungsi otak. Senario tersebut walaupun pelik,
namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu
bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bakal pemenang
pertandingan pada hari ini. Kepada yang tidak berjaya, anda perlu menggiatkan usaha
dan mencuba lagi pada masa akan datang sehingga meraih kejayaan. Terima kasih juga
saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa Pertandingan Inovasi yang telah
bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan lancar. Jutaan terima kasih
juga kepada para juri yang akan mengadili pertandingan pada hari ini. Pertandingan
seumpama ini memang wajar diteruskan dalam melahirkan modal insan yang kreatif dan
inovatif. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 03

UCAPAN PEGAWAI PPD SEPANG

TUAN ISHAK BIN ABDULLAH

Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Watalla kerana dengan izin-Nya saya
dapat bersama-sama warga SMKDABB dalam majlis Pertandingan Inovasi 1.0 ini. Saya juga
ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput
saya menjayakan Pertandingan Inovasi yang julung-julung kalinya dilaksanakan di sekolah ini.

Saya menyifatkan Pertandingan Inovasi ini bertujuan untuk menyemarakkan usaha

dan budaya inovasi dalam kalangan murid ke arah kecemerlangan dan

keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Pertandingan ini sangat relevan dalam

menjayakan agenda inovasi negara selain wadah untuk memartabatkan inovasi di negara ini

khususnya yang melibatkan murid sekolah ini. Pertandingan seumpama ini mampu membantu

murid mengembangkan bakat dan kebolehan mencipta dalam kalangan mereka.

Sesungguhnya, Pertandingan Inovasi yang diadakan pada hari ini begitu signifikan kepada

semua. Selain merupakan kunci kejayaan kepada program Transformasi Sekolah TS25, malah

bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang telah memerah idea bagi

mencetuskan keunikan dalam penciptaan inovasi-inovasi terkini yang relevan demi menghasilkan

sesuatu yang terbaik.

Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru SMKDABB dan sudah pasti

menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat

tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kecemerlangan murid. Pertandingan ini

memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi yang tinggi, bak kata pepatah Kalau tidak

dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dalam suasana pengajaran secara dalam talian,

dapat juga guru memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat mereka mencipta,

yang merupakan aras teringgi dalam pentaksiran bilik darjah yang dijalankan.

Penganjuran Pertandingan Inovasi pada hari ini merupakan satu strategi penting

bidang TVET dalam memperkukuh budaya inovasi dalam kalangan murid. Matlamat akhir strategi

ini adalah untuk memberi peluang kepada murid memainkan peranan yang lebih besar dalam

bidang pendidikan inovasi.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak

terutama Warga SMKDABB yang telah menjayakan Pertandingan Inovasi pada hari ini. Semoga

usaha-usaha yang dilaksanakan dapat menjadikan murid kita terus mencipta, mengamalkan

pemikiran KBAT dalam kehidupan harian dan menjadikan dunia pembelajaran sentiasa

menyeronokkan.

Sekian dan terima kasih.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 04

UCAPAN PERASMI

En. Zainal Rashid Bin Zakaria

Pengurus Kanan Seksyen Pembangunan Dana
Yayasan Pelajaran Mara

Assalamualaikum wr. wb, dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
bersama-sama pada hari ini dalam majlis penuh ilmu ini. Saya juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi
menjemput saya dan seterusnya memberi penghormatan untuk merasmikan
Pertandingan Inovasi ini. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya
melaksanakan pertandingan ini yang ternyata memberi banyak manfaat kepada murid-
murid.

Inovasi dapat didefinisikan sebagai suatu proses kegiatan atau pemikiran
manusia untuk menemukan sesuatu yang baharu berkaitan dengan input, proses dan
output dengan matlamat memberikan manfaat dalam kehidupan manusia. Perubahan
yang terhasil daripada inovasi menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun
manusia. Tanpa inovasi, corak kehidupan kita pada hari ini mungkin tidak jauh berbeza
dengan manusia yang hidup pada zaman purba.

Inovasi adalah satu proses pengembangan ilmu. Surah Al-Baqarah ayat 31
mengisahkan Allah telah mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam alaihis salam.
Sehubungan itu, walaupun istilah inovasi hanya wujud pada kurun ke-20, namun
prosesnya mungkin telah pun bermula sejak zaman Nabi Adam alaihis salam lagi. Justeru,
amatlah penting untuk kita menguasai sesuatu ilmu kerana ia merupakan asas kepada
proses inovasi.

Inovasi pemangkin kepada perkembangan teknologi. Pihak yang berjaya
membudayakan inovasi pada hari ini bakal mendominasi teknologi masa depan.
Kejayaan Jepun membudayakan inovasi pasca Perang Dunia Kedua telah menyaksikan
negara tersebut berjaya bangkit menjadi salah sebuah kuasa besar dunia selepas
mengalami kekalahan teruk dalam peperangan tersebut. Pada masa ini kekuatan
sesebuah negara tidak lagi diukur oleh kekuatan pertahanan atau bala tentera sebaliknya
ia diukur melalui kekuatan ekonomi. Kita semua berada pada zaman K-Ekonomi di mana
penjajahan tidak lagi dilaksanakan melalui kerahan tentera, sebaliknya melalui
penguasaan ekonomi sesebuah negara oleh negara lain.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 05

UCAPAN PERASMI

Sambungan...

Dalam dunia globalisasi, daya saing sesebuah syarikat adalah sangat
bergantung kepada kejayaan syarikat tersebut memperkenalkan inovasi. Sehubungan itu,
inovasi merupakan satu proses yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memberi
kelebihan kepada syarikat tersebut untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan yang
kompetetif. Sebagai contoh Syarikat Nokia pernah menjadi pengeluar telefon terbesar
dunia sehingga tahun 2010 dan pada tahun 2013, Syarikat tersebut tidak lagi tersenarai
dalam 6 kelompok teratas pengeluar telefon dunia berikutan kegagalannya bersaing
dengan syarikat pengeluar telefon yang lain memperkenalkan inovasi pada produknya.
Sebaliknya, kedudukan teratas telah diambil alih oleh Syarikat Samsung dan Apple yang
giat berusaha memperkenalkan inovasi pada setiap produk baru yang dikeluarkan.

Pertandingan Inovasi 1.0 ini diharap dapat mencungkil kreativiti murid-murid,
seterusnya menjadi asas untuk membudayakan inovasi dalam diri masing-masing.
Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif untuk menyelesaikan masalah,
malah cetusan idea yang kreatif dan inovatif mampu melonjakkan pencapaian sesebuah
negara ke tahap yang lebih cemerlang dan terus kekal berdaya saing dan relevan dalam
arus kepesatan globalisasi dan ke arah pembentukan revolusi Industri 4.0. Sekali lagi
tahniah dan syabas kepada semua pereka cipta pada hari ini dan juga kepada guru-guru
pembimbing.

Akhir kata, dengan lafaz suci Bismillahir-rahmanir-rahim, dengan
sukacitanya saya merasmikan Pertandingan Inovasi 1.0 SMK Dato’ Abu Bakar Baginda.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 06

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Senarai AJK
Pegawai Meja Pn. Norazlinda Binti Abdullah
Pengacara Majlis
Bacaan Doa Pn. Nursaadah Binti Jailani
Teks Ucapan
Jemputan Ustaz Zakaria Binti Abdullah
Penjurian
Pn Siti Zalina Binti Md Salleh
Banner & Iklan
Pegawai Teknikal Cik Hazwani Binti Azman
Pn. Juliawati Binti Sakiman
Pn. Ummi Hani Binti Mohd Asarani

En. Wan Rizalmi Bin Wan Hanafi

En. Wan Rizalmi bin Wan Hanafi ( Ketua )
En. K. Shamsudin bin Kassan
En Mohd Amirul ‘Azzim Bin Aminuddin

Hadiah & Sijil Pn. Alina Binti Ahmad
Pn Siti Zuhirah Binti Othman
Guru UBK

Persembahan Pn. Zainoorosmalaily Binti Mohd Nor-
Inovasi 1.0
Pn Rozai Asnizah Binti Mohd Shariff-
Inovasi 2.0

Video Montaj dan Pn Juliawati bt Sakiman
Slide Pemenang Pn Tengku Sharipah Aini
Dokumentasi

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 07

PANEL PENILAI

En. Zainal Rashid Bin Zakaria
( YPM )

En. Rosli bin Ahmad
( PPD Sepang )

Ir. Dr. Nor Yuliana bt Yuhana
( PIBG )

En. Jamali bin Basar
( PIBG )

En. Samijan bin Samaond
( PIBG )

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 08

SENARAI NAMA PESERTA AKHIR

PERTANDINGAN MICROBIT

INDIVIDU:
1.Nik Muhammad Arif Bin Effandi Nazila

Nama Produk: Pengesan Cuaca

INDIVIDU:
2.Aliff Najmi Bin Mohd Fairuz
Nama Produk: Smart Flood Barrier

INDIVIDU:
3.Wafi Aimin Simandjoentak Bin Rizal

Simandjoentak
Nama Produk: Reusable Rain Water

BERKUMPULAN: │ 09
NUR EIN NADHIRAH BINTI AMIL AZHAR

SOFIAH BINTI ROSLI
NURIN AFRINA BINTI MOHD AZMAN

Nama produk: Greenery Essential

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

SENARAI NAMA PESERTA AKHIR

PERTANDINGAN JAM MATAHARI

INDIVIDU:

INDIVIDU:

INDIVIDU:

INDIVIDU:

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 10

SENARAI NAMA PESERTA AKHIR

PERTANDINGAN JAM MATAHARI

INDIVIDU:

INDIVIDU:

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 11

SENARAI NAMA PESERTA

PERTANDINGAN JAM MATAHARI

BIL NAMA KELAS

1 NUR MARDHIAH ZULAIKHA 3KAA

2 ALIA NADIRAH BT AID FARHAN 3KAA

3 RADEN MUHAMMAD RIFQI BIN YUMNI 3KAA

4 MOHD ABISA BIN ANIM SUPRATMAN 3KAA

5 HIDAYAT BIN MOHD NAJIB 3KAA

6 MUHAMMAD HAKIMI BIN MD HAILMI 3KAA

7 NURUL HANNAH BINTI ABDUL MUNIR 3KAA

8 HAIFA SHAMIA BINTI HAZRI 3KAA

9 MUHAMMED ADAM SHAQIR BIN ABDUL WAHID 3KAA

10 QISTINA BATRISYIA BINTI MOHSIN 3KAA

11 NUR FIRZANAH TASNIM 3KAA

12 MUHAMMAD AMIR AMZAR BIN HASIM 3KAA

13 RAUDATUL 'ALYYA BT SHAHRIL ANWAR 3KAA

14 MUHAMMAD NUR NU’MAN 3KAA

15 MUHAMMAD AMIRUL IRFAN BIN AHMAD ZAINI 3KAA

16 NUR DURROH BT KHAIRUDIN 3KAA

17 UMAR AL FARUQ BIN MOHD SHAH 3KAA

18 NUR ZHULAIKHA BINTI MOHD AZHAR 3 ARIF

19 NUR AMEERAH BINTI MOHD AZMIR 3 ARIF

20 WAN NUR MAISARAH BINTI WAN HASHIM 3 ARIF

21 AMIRAH BALQIS BINTI MOHD HASNIZAN 3 ARIF

22 MUHAMMAD SYAZWAN BIN NOR MD RIHAN 3 ARIF

23 NUR AIMEE NATASHYA BINTI KAMAL SROHA 3 ARIF

24 FAREEZ FAHMI BIN MOHD HAREEZ 3 ARIF

25 NUR ADLINA FALIHAH BT DUSUKI 3 ARIF

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 12

SENARAI NAMA PESERTA

PERTANDINGAN JAM MATAHARI

26 AINA SYAFIQAH BINTI ROMAIZEE 3 BESTARI

27 NURIN AFRINA BINTI MOHD AZMAN 3 BESTARI

28 NUR IWANA BINTI RAZALI 3 BESTARI

29 SYIFA SYAUQINA BINTI SALAHUDIN 3 BESTARI

30 NUR QISTINA BALQIS BT MUSTAFA 3 BESTARI

31 NUR ARISSYA DANEA BT MOHD NAZRUL AIZA 3 BESTARI

32 NUR ALEYA HUMAIRAH BINTI AHMAD JAEZAN 3 BESTARI

33 SOFIAH BINTI RUSLI 3 BESTARI

34 NURFATIHAH ALYA BINTI MOHD FARID 3 BESTARI

35 IRFAN HAMIZAN BIN KAMARUZAMAN 3 CERDIK

36 SYAHIRAH BALQIS BT ZAKARIA 3 CERDIK

37 NUR ARISSA BINTI MOHD ZAHID 3 CERDIK

38 MUHAMAD AIERIEL KHERULLAH BIN MOHD 3 CERDIK
RADUAN

39 AHMAD FAHIM FAHIMIN BIN MUHAMMAD AMIN 3 CERDIK

40 MUHAMMAD DANIAL HAIKAL BIN MAHHADI 3 CERDIK

41 HARIZ BIN HAZREEN 3 CERDIK

42 NOOR ALYA BATRISYAH BINTI MUHAMAD ZAKI 3 DINAMIK

43 SYAZWANA MAISARAH BINTI SALLEH 3 DINAMIK

44 SYAFIQAH NADIRAH BINTI JAMALI 3 DINAMIK

45 HARIZ ZUHAIR BIN NOR HASAMDI 3 DINAMIK

46 NURUL SYAHIRAH BT SHARUL ZAMAN 3 DINAMIK

47 FARHANA SALWANI BINTI HASHIM 3 DINAMIK

48 KHAIRUL IRFAN BIN HAIRULIZAM 3 EHSAN

49 SITI ZULAIKHA BINTI ZAMREE 3 FIKRAH

50 NURUL ANIS BINTI MOHD KAMEL 3
HARMONI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 13

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

SAGUHATI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 14

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

SAGUHATI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 15

CONTOH LAPORAN

LAPORAN MICROBIT

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 16

CONTOH LAPORAN

LAPORAN MICROBIT

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 17

CONTOH LAPORAN

LAPORAN MICROBIT

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 18

CONTOH LAPORAN

LAPORAN MICROBIT

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 19

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 20

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 21

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 22

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 23

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 24

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 25

CONTOH LAPORAN

LAPORAN JAM MATAHARI

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 26

PENGHARGAAN

Jawatankuasa Pertandingan Inovasi 1.0
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada :

EN ZAINAL RASHID BIN ZAKARIA
PENGARAH KANAN SEKSYEN PEMBANGUNAN DANA

YAYASAN PELAJARAN MARA

PN HJH ZARINAH BT MD HASSAN
PENGETUA SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

EN FIRDAUS BIN MOHD YUSUF
PEGAWAI SERANTA

YAYASAN PELAJARAN MARA, SELANGOR

PN HJH SITI AISHAH BT AZIZ
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEPANG

JURI PERTANDINGAN INOVASI 1.0

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

BARISAN PENTADBIR

JK PELAKSANA PERTANDINGAN INOVASI 1.0

JK PUSAT SUMBER SEKOLAH

KETUA-KETUA PANITIA MATAPELAJARAN:

GEOGRAFI
REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

MATEMATIK
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS

Serta semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Salam hormat, jumpa lagi.

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 27

TAHNIAH KEPADA
SEMUA PEMENANG.

SEHINGGA KITA
BERJUMPA LAGI PADA

KEJOHANAN AKAN
DATANG.

TAHNIAH!

#kitajagakita
#StayAtHome
#KeluargaMalaysia

PERTANDINGAN INOVASI 1.0 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA │ 28


Click to View FlipBook Version