The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PS BAITUL HIKMAH, SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, 2020-04-23 18:00:10

Panduan Khatam al-Quran3

Panduan Khatam al-Quran3

PANDUAN
BEBERAPA

HUKUM
BERKAITAN
PEMBACAAN DAN

KHATAM
AL-QURAN

PUSAT ISLAM

KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

PANDUAN BEBERAPA HUKUM BERKAITAN PEMBACAAN
DAN KHATAM AL-QURAN

Disediakan oleh :
PUSAT ISLAM MARSAH
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jln. Heman, Kg. Aman, 83050 Larkin Jaya,
Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Email : [email protected]

Disusun oleh :
Mohd Nazir bin Kadir (Ketua)
Muhammad Zikri bin Hamisan @ Khair

Muhammad Aizad bin Ali

Pembaca pruf :
Mohd Hazwan bin Nor Hashim

Disemak oleh :
Rosli bin Bahari (MARSAH)
Dr. Azizul bin Hassan (UniSZA)

2020 M / 1441 H

i

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT
Bab 1
Bab 2 Judul Buku ……………………………………………………………………….. i
Isi Kandungan …………………………………………………………………… ii
Bab 3
Isti’azah …………………………………………………………………………... 1
Hukum dan Dalil …………………………………………………………………. 1
Shighah (Ucapan) ……………………………………………………………….. 2
Kaedah ……………………………………………………………………………. 2
Beberapa Perbincangan ………………………………………………………… 2

Basmalah …………………………………………………………………………. 5
Hukum dan Dalil …………………………………………………………………. 5
Beberapa Kaedah Berkaitan Basmalah ………………………………………. 6
Beberapa Permasalahan ……………………………………………………….. 7
Kaedah Bacaan Akhir Surah al-Anfal …………………………………………. 8
dan Awal Surah al-Taubah
Basmalah Di Pertengahan Surah ……………………………………………… 9

Takbir ……………………………………………………………………………… 10
Hukum dan Dalil ………………………………………………………………….. 10
Shighah (Ucapan) ………………………………………………………………... 11
Kaedah …………………………………………………………………………….. 11
Adab Khatam al-Quran …………………………………………………………... 13

Rujukan ………………………………………………………………………….…. 14

ii

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

BAB 1

ISTI’AZAH (‫)استعاذة‬

Isti’azah adalah lafaz yang bertujuan untuk mendapat perlindungan Allah SWT daripada gangguan
syaitan yang direjam ketika hendak membaca al-Quran.

1. Hukum dan Dalil

Ijmak ulama dalam kalangan qurra’ dan fuqaha menyatakan bahawa Isti’azah bukan dari ayat al-
Quran, namun ia dituntut membacanya apabila hendak membaca al-Quran. Suruhan ini sepertimana
yang terdapat dalam surah al-Nahl, ayat ke-98:

٩٨ ‫فَإِ َذا قَ َرأۡ َت ٱ ۡل ُق ۡر َءا َن فَٱ ۡس َت ِع ۡذ بِٱَّهللِ ِم َن ٱل هش ۡي َطَٰ ِن ٱل هر ِجي ِم‬

Bermaksud: “Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih
dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam”.

Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat mengenai hukum ke atas tuntutan tersebut,
sama ada sunah (mustahab) dan ini merupakan pendapat rajih yang diamalkan atau pun wajib. Seperti
kata-kata imam Ibn al-Jazari (751-833H) dalam qasidah Tayyibah al-Nashr:

‫َوقِ ْف ََلُْم َعلَيِه أْو ِص ْل َوا ْستُ ِح ْب تََعوذٌ َوقَا َل بَْع ُض ُه ْم َِي ْب‬

Bermaksud: “Dan mereka (ahli Qurra’) membaca dengan mewaqafkan atau wasal pada
Isti’azah. Sama ada hukumnya sunat (mustahab) dan sebahagian yang lain mengatakan ia
wajib”.

1

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

2. Shighah (Ucapan)
Terdapat banyak shighah atau ucapan Isti’azah, namun shighah yang terpilih adalah sepertimana yang
terdapat dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nahl :

‫أَعُوذُ بِاللهِ ِم َن الشْيطا ِن الرِجيم‬

3. Kaedah
Membaca Isti’azah mempunyai pelbagai kaedah berdasarkan keadaan tertentu. Secara dasarnya
membaca Isti’azah adalah apabila hendak memulakan membaca al-Quran dan ini adalah pendapat
jumhur ulama. Hal ini dikuatkan dengan dalil sunah Baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh qurra’
melalui sanad daripada Nafi’ daripada Jabir bin Mut‘im bahawa Nabi s.a.w. sebelum membaca al-

Quran akan membaca: (‫) أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬, (Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud,

Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim).

) ‫ ( أعوذ بااله من الشيطان الرجيم‬: ‫أنه ﷺ كان يقول قبل القراءة‬

Bermaksud: “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. sebelum membaca al-Quran akan membaca:

(‫) أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬

2

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

4. Beberapa Perbincangan

Perbincangan berkaitan isti’azah adalah sebagaimana berikut :

i. Membaca Secara Kuat (Jahr) Atau Perlahan (Israr)

Berikut adalah dua keadaan yang disunahkan membaca dengan kuat:

a. Apabila membaca al-Quran dengan wujudnya pendengar kerana dengan cara tersebut dapat
menzahirkan syiar keutamaan membaca al-Quran sekaligus sebagai isyarat agar mereka diam
dari berkata-kata.

b. Apabila permbaca merupakan orang pertama dalam kumpulan tadarus al-Quran

Di sebalik membaca Isti’azah dengan kuat, berikut dinyatakan beberapa faedah yang berkaitan :

a. Menyatakan permulaan bacaan al-Quran.
b. Bagi menghadirkan hati pembaca al-Quran.
c. Agar orang sekeliling diam dan mendengar bacaan yang akan dibacakan.
d. Menjauhkan dari gangguan was-was syaitan dan pemikiran yang buruk.

Berikut adalah beberapa keadaan yang disunahkan membaca dengan perlahan :

a. Apabila membaca al-Quran secara perlahan.
b. Membaca secara bersendirian.
c. Dalam berkumpulan secara tadarus serta bukan orang yang pertama.
d. Dalam solat sama ada solat Sir (Zohor dan Asar) atau solat Jahr (Maghrib, Isyak dan Subuh),

sama ada menjadi imam, makmum atau pun solat secara bersendirian.

3

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

ii. Mengulangi Isti’azah
Apabila pembaca al-Quran terputus bacaan disebabkan sesuatu sebab dan ingin menyambung
bacaan. Di sini datang persoalan, adakah dia perlu mengulangi Istia’zah atau tidak. Bagi menjelaskan
jawapan, berikut adalah huraiannya :
a. Tidak perlu ulang apabila memutuskan bacaan al-Quran kerana tujuan-tujuan tertentu yang

berkaitan dengan al-Quran seperti pengajian tafsir, sudut tilawah, menerangkan sesuatu hukum
atau memperbaiki bacaan orang.
b. Tidak perlu ulang juga apabila memutuskan bacaan kerana sesuatu perkara yang datang secara
tiba-tiba seperti batuk, bersin atau pun terlupa. Namun begitu, bagi kedua-dua keadaan tersebut
hendaklah dipastikan tidak berlaku dalam tempoh yang lama. Sebaliknya jika lama, hendaklah
diulangi mambaca Isti’azah.
c. Hendaklah mengulangi Isti’azah sekiranya terputus bacaan kerana tujuan yang tiada kaitan
dengan al-Quran seperti menjawab salam atau berkata-kata dengan orang.

4

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

BAB 2

BASMALAH (‫)بسملة‬

Basmalah adalah lafaz yang dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT dan ia dilafazkan sebelum
memulakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mengharap pertolongan kepada Allah Ta’ala atas segala

urusan. Lafaznya adalah : (‫ )بسم الله الرحمن الرحيم‬yang bermaksud “Dengan Nama Allah Yang Maha

Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.

Membaca Basmalah adalah Sunah, iaitu menjadi amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.
pada awal surah dan ketika menyambung antara dua surah. Perkara ini berdasarkan dalil-dalil bahawa
Rasulullah s.a.w. tidak dapat memastikan akhir sesuatu surah itu hingga diturunkan kepadanya
Basmalah. Begitu juga amalan para sahabat r.a. dalam menyusun Mashaf ‘Uthmani, mereka tidak
meninggalkan penulisan Basmalah pada setiap awal surah. Ini menunjukkan Basmalah adalah sesuatu
yang tidak boleh dipandang mudah lantas mengabaikannya dalam bacaan.

1. Hukum dan Dalil

Para ulama secara sepakat menyatakan Basmalah dalam surah al-Naml merupakan sebahagian dari
ayat al-Quran melalui firman Allah SWT dalam surah al-Naml, ayat ke-30 :

٣٠ ‫إِنه ُهۥ ِمن ُس َل ۡي َمَٰ َن ِإَونه ُهۥ � ٱَّهللِ ٱل هر� ٱل هر ِحي ِم‬

Terjemahan: “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya
(seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani”.

Manakala para ulama Syafieyyah mengatakan bahawa Basmalah merupakan satu ayat yang
sempurna pada surah al-Fatihah dan juga pada surah-surah yang lain.

5

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

2. Beberapa Kaedah Berkaitan Basmalah

i. Basmalah Di Awal Surah Dan Menyambung Antara Dua Surah

Para Qurra’ sepakat dalam menetapkan Basmalah dalam memulakan setiap awal surah adalah wajib
pada bacaannya kecuali pada surah al-Taubah. Bagi penyambungan antara dua surah iaitu selain
daripada surah al-Taubah, para Qurra’ berbeza dalam menentukan pembacaan Basmalah.

Imam Hafs menetapkan Basmalah mesti dibaca jika menyambung di antara dua surah (kecuali
surah al-Taubah). Bagi bacaan selain riwayat Hafs, sebahagian Qurra’ memilih untuk menyambung
bacaan antara dua surah tanpa Basmalah, ada yang menetapkan bacaan sambung (wasal) dengan
saktah tanpa Basmalah.

ii. Kaedah Membaca Basmalah Antara Dua Surah

Terdapat empat kaedah membaca Basmalah antara dua surah, namun salah satu darinya adalah
kaedah yang dilarang. Berikut adalah hurainanya :

a. Waqaf semua: akhir surah dan Basmalah, contoh :

١ ‫ ُق ۡل أَ ُعو ُذ بِ َر ِب ٱ ۡل َف َل ِق‬/ ‫ � ٱَّهللِ ٱل هر� ٱل هر ِحي ِم‬/ ٤ ُۢ‫َولَ ۡم يَ ُكن هّ ُلۥ ُك ُف ًوا أَ َح ُد‬

b. Waqaf pada akhir surah dan menyambung Basmalah dengan awal surah berikutnya, contoh:

١ ‫ � ٱَّهللِ ٱل هر� ٱل هر ِحي ِم ُق ۡل أَ ُعو ُذ بِ َر ِب ٱ ۡل َفلَ ِق‬/ ٤ ُۢ‫َولَ ۡم يَ ُكن هّ ُلۥ ُك ُف ًوا أَ َح ُد‬

c. Menyambung semua: akhir surah, Basmalah dan awal surah berikutnya, contoh:

١ ‫َولَ ۡم يَ ُكن هّ ُلۥ ُك ُف ًوا أَ َح ُدُۢ � ٱَّهللِ ٱل هر� ٱل هر ِحي ِم قُ ۡل أَ ُعو ُذ بِ َر ِب ٱلۡ َفلَ ِق‬

6

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

d. Menyambung ayat terakhir surah dengan Basmalah serta waqaf, kemudian memulakan surah
berikutnya contoh :

١ ‫ ُق ۡل أَ ُعو ُذ بِ َر ِب ٱلۡ َفلَ ِق‬/ ‫َولَ ۡم يَ ُكن هّ ُلۥ ُك ُف ًوا أَ َح ُدُۢ � ٱَّهللِ ٱل هر� ٱل هر ِحي ِم‬

Cara yang keempat ini adalah dilarang kerana dikhuatiri akan ada yang menganggap
Basmalah adalah salah satu ayat daripada surah yang sebelumnya.

3. Beberapa Permasalahan

i. Diharuskan untuk menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut (kaedah a - c) sama ada kedudukan
kedua-dua surah tersebut berturutan tertib susunannya dalam mashaf seperti pada akhir surah Ali
‘Imran (surah ke-3) dengan awal surah al-Nisa’ (surah ke-4), atau kedudukan kedua-dua surah
tersebut tidak berturutan tertib susunannya di dalam mashaf tetapi surah yang pertama mestilah
terletak sebelum surah yang kedua seperti akhir surah al-Fatihah (surah pertama) dengan awal
surah al-Maidah (surah ke-5). Hal ini sepertimana yang dijelaskan oleh kata-kata Imam Ahmad al-
Tibiy di dalam kitabnya, al-Tanwir.

ii. Sekiranya kedudukan surah pertama terletak selepas surah kedua dalam tertib susunan mashaf,
contohnya membaca surah Yasin (surah ke-36) selepas membaca surah al-Mulk (surah ke-67).
Maka kaedah yang dibolehkan hanya dua kaedah sahaja iaitu :

a. Kaedah pertama (waqaf semua)
b. Kaedah kedua sahaja (waqaf pada akhir surah dan menyambung Basmalah dengan awal

surah berikutnya)

iii. Sekiranya ingin membaca dengan mengulang-ulang surah yang sama, contohnya membaca surah
al-Fatihah dua kali atau lebih. Maka kaedah yang dibolehkan juga hanya dua sahaja, iaitu kaedah
pertama dan kedua (sama seperti permasalahan ke-2)

7

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

4. Kaedah Bacaan Akhir Surah al-Anfal dan Awal Surah al-Taubah

Para Qurra’ bersepakat tidak membaca dan menulis Basmalah antara surah al-Anfal (surah ke-8) dan
al-Taubah (surah ke-9). Mereka juga sepakat dalam menetapkan 3 bentuk bacaan yang diharuskan
bagi menyambung akhir surah al-Anfal dan awal surah al-Taubah atau pun dari mana-mana surah
yang tertib susunannya sebelum surah al-Taubah, seperti membaca surah al-Fatihah (surah pertama)
diikuti surah al-Taubah. Tiga kaedah tersebut adalah seperti berikut :

٧٥ (akhir surah al-Anfal) ُۢ‫… َوأُ ْولُواْ ٱ ۡۡلَ ۡر َحا ِم َب ۡع ُض ُه ۡم أَ ۡو ََ َٰل بِ َب ۡع ٖض ِِف كِ َتَٰ ِب ٱَّهللهِ إِ هن ٱَّهل َل بِ ُك ِل ََ ۡش ٍء َعلِي ُم‬
(awal surah al-Taubah) ١ ‫بَ َرآ َءة ِم َن ٱَّهللِ َو َر ُسوِّلِۦٓ إِ ََل ٱَهّلِي َن َعَٰ َهدتُّم ِم َن ٱلۡ ُم ۡۡ ِشكِ َي‬

i. Waqaf iaitu berhenti pada akhir surah al-Anfal dan mulakan awal surah al-Taubah dengan nafas
yang baru. Dalam keadaan ini, pembaca diharuskan membaca dengan tiga kaedah iaitu Sakin

Mahdi (mematikan huruf terakhir pada kalimah ‫) َعلِي ْم‬, Raum dan Ishmam.

ii. Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada akhir surah al-Anfal dan sambung membaca awal
surah al-Taubah. Dalam keadaan ini juga, pembaca diharuskan membaca dengan tiga kaedah
seperti di atas.

iii. Wasal iaitu menyambung bacaan akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah. Dalam

keadaan ini, pembaca dikehendaki membaca pada kalimah ( ُۢ‫ ) َعلِي ُم‬dengan hukum Iqlab iaitu

Tanwin bertemu huruf Ba’. Begitu juga jika akhir surah al-Nisa’ atau akhir surah al-Maidah atau
pun akhir surah al-An’am dengan awal surah al-Taubah.
5. Basmalah Di Pertengahan Surah

8

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

Memulakan bacaan pada pertengahan surah atau di awal juz, awal atau di pertengahan muka surat,
tidak kira mana-mana surah termasuk surah al-Taubah, maka pembaca al-Quran boleh memilih salah
satu daripada dua cara yang berikut :

i. Memulakan dengan membaca Isti’azah tanpa Basmalah.
ii. Memulakan dengan membaca Isti’azah diikuti dengan Basmalah.

Walau bagaimanapun membaca Basmalah adalah lebih baik dari meninggalkannya kerana
kelebihan dan pahala dengan membacanya. Ini seperti yang dinukilkan dari kata-kata Imam Ibn Barri di
dalam kitabnya, al-Durur al-Lawami’.

Tidak harus memulakan pertengahan surah dengan membaca Basmalah sahaja tanpa membaca
Isti’azah. Ini kerana membaca Isti’azah dituntut apabila hendak membaca al-Quran, bertepatan dengan
perintah Allah dalam surah al-Nahl, ayat ke-98 :

٩٨ ‫َفإِ َذا َق َرأۡ َت ٱلۡ ُق ۡر َءا َن َفٱ ۡس َت ِع ۡذ بِٱَّهللِ ِم َن ٱل هش ۡي َطَٰ ِن ٱل هر ِجي ِم‬

Bermaksud: “Apabila kamu hendak membaca al-Quran, maka pohonlah dengan
Allah perlindungan dari syaitan yang direjam”.

9

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

BAB 3

TAKBIR (‫)تكبير‬

Takbir adalah lafaz yang diucapkan bertujuan mengagungkan dan membesarkan Allah SWT.

Lazimnya, lafaz takbir ini sinonim dengan penggunaan Bahasa Arab iaitu lafaz: (‫)الله أكبر‬.

1. Hukum dan Dalil

Bacaan al-Quran yang dipraktikkan oleh kebanyakan masyarakat Malaysia ialah bacaan Hafs an
‘Asim aliran al-Shatibiy. Brerdasarkan aliran al-Shatibiy bagi riwayat Hafs, tiada lafaz takbir yang
dibaca semasa khatam al-Quran. Akan tetapi lafaz takbir ini diriwayatkan dari bacaan Hafs an ‘Asim
dari aliran Ibn al-Jazariy sepertimana yang dinukilkan di dalam kitab al-Kamil karangan al-Huzali, kitab
al-Misbah karangan Abu al-Karam al-Shahrazuri dan kitab Ghayah al-Ikhtisar karangan Abu al-‘Ala’ al-
Hamazany.

Oleh itu dalam perbahasan ilmu Qiraat, pencampuran bacaan di antara tariq, riwayat dan Qiraat
amatlah ditegah sama sekali kerana ianya menyalahi sesebuah riwayat tersebut. Justeru bagi
mengelakkan pencampuran sesuatu riwayat tersebut, maka kaedah dan dalil bagi riwayat Hafs an
‘Asim aliran al-Shatibiy hendaklah dikuasai.

Adapun bacaan lafaz takbir semasa khatam al-Quran yang telah diamalkan sejak turun temurun
ini hanyalah sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT. Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT:

١٨٥ ‫َوِِ ُل َكِّ ُبواْ ٱَّهل َل لَََ َٰع َما َه َدىَٰ ُك ۡم َو َل َع هل ُك ۡم ت َ ۡش ُك ُرو َن‬

Bermkasud: “ … dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang
diberikan kepadamu supaya kamu bersyukur”.

Tuntasnya, lafaz takbir yang dibaca semasa majlis khatam al-Quran itu bukanlah bermaksud
untuk mencampuradukkan riwayat Hafs an Asim, tetapi untuk menggambarkan kesyukuran dan

10

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

kegembiraan para pembaca al-Quran sempena majlis khatam al-Quran. Malah dengan bertakbir jelas
menggambarkan keagungan Allah dan betapa kerdilnya manusia di hadapan yang Maha Agung lagi
Maha Berkuasa.

2. Shighah (Ucapan)

Terdapat tiga shighah takbir yang disebut oleh Ibn al-Jazari dalam kitabnya, al-Nashr fi al-Qira’at al-
‘Ashr :

BIL KAEDAH LAFAZ
1 Takbir tanpa tahlil dan tahmid
‫الله أكبر‬
2 Takbir beserta tahlil sebelum lafaz takbir ‫لا إله إلا الله والله أكبر‬
‫لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد‬
3 Takbir beserta tahlil sebelum lafaz takbir dan
tahmid selepasnya

3. Kaedah

i. Terdapat dua kaedah membaca takbir, iaitu sebelum surah al-Duha atau pun selepasnya :
a. Membaca takbir sebelum surah al-Duha dan berakhir pada awal surah al-Nas.
b. Membaca takbir pada akhir surah al-Duha dan berakhir pada akhir surah al-Nas.

ii. Terdapat 7 kaedah yang diharuskan ketika khatam al-Quran iaitu :
a. Berhenti pada keseluruhan lafaz iaitu berhenti pada akhir surah, kemudian baca takbir dan
berhenti. Kemudian baca Basmalah dan berhenti, diikuti membaca awal surah.
b. Berhenti pada akhir surah, kemudian baca takbir dan berhenti. Kemudian sambungkan lafaz
Basmalah dengan awal surah.
c. Berhenti pada akhir surah, kemudian sambung takbir dengan Basmalah dan berhenti.
Kemudian baca awal surah.

11

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

d. Berhenti pada akhir surah, kemudian sambung takbir dengan Basmalah dan membaca awal
surah.

e. Sambungkan akhir surah dengan takbir dan berhenti. Kemudian baca Basmalah dan berhenti.
Kemudian baca awal surah.

f. Sambungkan akhir surah dengan takbir dan berhenti. Kemudian baca Basmalah dan
sambung dengan awal surah.

g. Sambung kesemua lafaz iaitu baca akhir surah dan sambung dengan takbir, Basmalah dan
awal surah.

Manakala kaedah yang tidak tersenarai di atas iaitu membaca akhir surah serta menyambung
bacaan dengan takbir dan Basmalah kemudian berhenti dan seterusnya membaca awal surah
merupakan kaedah yang ditegah kerana lafaz Basmalah berada di akhir surah. Sepatutnya Basmalah
mesti berada di awal surah. Berikut adalah jadual 7 kaedah khatam al-Quran bagi memudahkan
kefahaman :

NO. AKHIR SURAH TAKBIR BASMALAH AWAL SURAH

1 Berhenti Berhenti Berhenti Berhenti

2 Berhenti Berhenti Sambung

3 Berhenti Sambung Berhenti

4 Berhenti Sambung

5 Sambung Berhenti Berhenti

6 Sambung Sambung

7 Sambung

12

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

4. Adab Khatam al-Quran
Berikut adalah beberapa adab yang dianjurkan bagi meraikan majlis khatam al-Quran :

i. Selesai sudah membaca surah al-Nas, hendaklah membaca surah al-Fatihah dan lima ayat dari
surah al-Baqarah atau pun lebih.

ii. Khatam al-Quran pada awal malam atau awal pagi.
iii. Berpuasa pada hari khatam al-Quran kecuali hari yang diharamkan berpuasa.
iv. Menghadiri majlis khatam al-Quran kerana akan turunnya rahmat dari Allah dan hari yang diterima

doa.
v. Ketika berdoa, diharuskan mengangkat kedua belah tangan, menghadap kiblat, pujian kepada

Allah swt dan selawat ke atas nabi pada awal dan akhir doa.
vi. Hendaklah khatam al-Quran sekurang-kurangya sebulan sekali.

13

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

RUJUKAN

Kitab :-
1. Al-Quran al-Karim
2. Ahmad Mahmud Abd al-Sami’ al-Syafi’e. 2002. Al-Ijabat al-Wadihat li Su’alat al-Qira’at, al-Qira’at
al-‘Asyr al-Mutawatirah Usulan wa Farshan. Cet. 1. Beirut: Dar al-Kutob al-Ilmiyah.
3. Fairuz A. Adi, Ikmal Zaidi Hashim & Shaharuddin Saad. 2018. Bacaan Al-Quran Riwayat Hafs ‘An
‘Asim: Penyusunan Tatacara Bacaan Mengikut Tariq Yang Betul. International Conference
OnIslamiyyat Studies 2018, 18th - 19th September 2018. International Islamic University College
Selangor, Malaysia. Irsyad 2018 E-Proceeding (E-isbn Number:978-967-2122-53-1)
4. Haji Abdul Qadir Leong (Al-Azhari). 2017.Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Selangor: KHL Printing
Co Sdn Bhd.
5. Jam’iyyah al-Muhafazah ‘ala al-Qur’an al-Karim. 2018. Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Cet. 37. Oman:
al-Markaziyyah.
6. Muahmmad bin Ahmad al-Mutawally. 2009. Matn ‘Azw al-Turuq. Cetakan Pertama. Tanta: Dar al-
Sahabah
7. Muhammad Ibrahim Muhammad Salim. 2003. Faridah al-Dahr fi Ta’sil wa Jam’ al-Qira’at. Cet. 1.
Jil. 1. Kaherah: Dar al-Bayan al-‘Arabiy.
8. Surur Shihabuddin An-Nadawi. 2015. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq
Asy-Syatibiyyah. CetakanKelima. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
9. ‘Uthman al-Mahdi Sadiq Hajj Bilal. 2009. Al-Takbir ‘Ind Khatm al-Quran. Majallah al-Syariah wa al-
Dirasaat al-Islamiyyah, h. 223 – 240.

Internet :-
1. https://www.almaany.com
2. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3030-al-kafi-1052-laungan-takbir-allahu-akbar-
sempena-pertabalan-sultan-pahang
3. https://islam.nu.or.id/post/read/95736/bagaimana-cara-membaca-basmalah-di-antara-dua-surat

14

PANDUAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN | PUSAT ISLAM MARSAH

PUSAT ISLAM

KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)
Jalan Heman, Kg. Aman Larkin Jaya,

80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
Tel :400 2332 - 07 Faks : 419 2332 - 07


Click to View FlipBook Version