The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhamadsyamil_ismail, 2021-08-15 23:28:49

MPP1013-KOMPENTASI 5

Kod Kertas MPP1013 Page 1 of 32



KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PADANG RENGAS PERAK





KERTAS PENERANGAN

KURSUS TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA - DOMESTIK

Module MPP 1013 - INTRODUCTION TO REFRIGERATION AND AIR CONDITIONING

Competency 05-USE VARIOUS TYPES OF HAND TOOLS FOR A GIVEN TASK

5.1 Identify various types and sizes of hand tools for a given job
5.2 Demonstrate proper handling and the use of hand tools.
5.3 Perform task using compatible hand tools.
Learning Standard 5.4 Maintain hand tools after use.
5.5 Identify various types of power tools for a given task.
5.6 Read and interpret power tools specification.
5.7 Demonstrate the application and the handling requirement of power tools.
5.8 Perform job using appropriate power tools.
5.9 Maintain power tools after use

5.1.1 Identify and list types of injuries and causes of accidents when
handling hand tools as required.
5.1.1 Identify and list safety requirement rules and regulations using
hand tools as required.
5.1.2 Identify and show the maintaining, handling and storing proper
arrangement of hand tools as required.
5.1.1 Use hand tools safely according to OSH.
5.9.1 Perform good house-keeping.
Performance Criteria 5.9.2 Identify by listing safety factors and procedures as stated by OSH.
5.5.1 List types and usage of RAC power tools according to factory

standard.
5.6.1 Apply the safety requirement rules and regulations using power
tools accordingly.
5.7.1 Perform procedures in maintaining, handling and storing in a
proper arrangement of power tools.
5.8.1 Use power tools safely according to manufactures specification and
standard of operational procedures.
5.9.1 Perform good house-keeping.
5.9.2 List safety factors and procedures according to manufactures
recommendation.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 2 of 32

1.0 Kikir


Digunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskan ketebalan, membersih permukaan logam dan
membuat pembentukan pada logam seperti tiub kuprum dan logam lembut. Ia diperbuat daripada keluli
bermutu tinggi yang telah dikeraskan.



Hujung kikir


Hulu



Muka



Bahagiain-bahagian kikir

1.1 Jenis-jenis kikir

Terdapat pelbagai jenis kikir yang digunakan di bengkel tetapi penggunaannya mestilah bersesuaian
dengan bendakerja. Kikir boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

i. Kikir pipih
ii. Kikir segiempat
iii. Kikir segitiga
iv. Kikir belah rotan @ separuh bulat
v. Kikir bulat atau kikir bulat ekor tikus

i. Kikir pipih

Kikir pipih mempunyai berbagai bentuk, iaitu ada yang tebal, rata dan tirus. Kikir jenis ini digunakan bagi
mengikir permukaan benda kerja yang rata, bulat atau cembung. Kikir ini juga mempunyai banyak gred
potongan mata yang bersilang atau selari.





Kikir pipih





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 3 of 32

ii. Kikir segiempat

Kikir segiempat berbentuk segi empat, panjang dan tirus di bahagian hujungnya. Kikir ini digunakan bagi
mengikir benda-benda yang beralur dan berlubang segiempat sama atau segiempat tepat. Gigi kikir
jenis ini bersilang diantara satu dengan yang lain.





Kikir Segiempat


Benda Kerja


Kikir Segiempat

iii. Kikir segitiga Penggunaan Kikir Segiempat

Kikir jenis ini berbentuk segitiga dan menirus di bahagian hujungnya. Kikir ini digunakan bagi mengikir
bendakerja yang bersudut atau berbentuk segitiga.





Benda Kerja


Kikir Segitiga
Kikir Segitiga


Penggunaan Kikir Segitiga
iv. Kikir belah rotan

Bentuk kikir jenis ini adalah separuh bulatan, tetapi dibahagian hujungnya tirus sedikit. Bahagian
lengkung gigi kikir itu adalah selari, dan bahagian permukaanya yang rata pula, bersilang antara satu
dengan yang lain ataupun selari. Kikir ini digunakan bagi melicinkan atau membentuk permukaan yang
cengkung atau bendakerja yang bersudut tepat.





Kikir belah rotan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 4 of 32

Benda Kerja
Benda Kerja


Kikir Belah Rotan
Kikir Belah Rotan



Penggunaan Kikir Belah Rotan


v. Kikir bulat

Kikir jenis ini berbentuk bulat, tetapi dibahagian hujungnya tirus sedikit, iaitu garispusatnya lebih kecil
dibahagian hujunnya. Kikir ini digunakan untuk mengikir bendakerja yang cengkung atau lubang yang
bulat. Gigi kikir ini biasanya selari dan tidak bersilang diantara satu dengan yang lain.




1.2 Gred potongan gigi kikir Kikir bulat

Gigi kikir mempunyai beberapa gred potongan bagi kerja-kerja menipis, membentuk dan melicinkan
bendakerja. Gred potongan kikir ini terdiri daripada jenis yang paling kasar hinggalah kepada yang
paling halus.

Gred potongan gigi kikir adalah seperti berikut.

GRED PEMOTONGAN GIGI KIKIR GAMBARAJAH

KASAR
Gigi kikir diantara 10 hingga 15 gigi pada setiap 25.4 milimeter
persegi. Gred jenis ini digunakan bagi kerja-kerja yang kasar,
iaitu bagi menipiskan bendakerja yang terlalu tebal atau
untuk menyelesaikan kerja dengan cepat.




BASTARD

Giginya diantara 15 hingga 20 gigi pada setiap 25.4 milimeter
persegi. Gred jenis ini digunakan bagi kerja-kerja membuang
ketebalan yang sedikit.





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 5 of 32

GRED PEMOTONGAN GIGI KIKIR GAMBARAJAH

POTONGAN KEDUA
Gigi kikir diantara 30 hingga 40 gigi pada setiap 25.4 milimeter
persegi. Gred jenis ini digunakan bagi bendakerja yang nipis atau
lembut. Gred jenis ini juga sesuai digunakan bagi proses kedua,
iaiti menipiskan logam seperti plat keluli lembut atau paip keluli
lembut.




HALUS
Gigi kikir diantara 50 hingga 60 gigi pada setiap 25.4 milimeter
persegi. Gred jenis ini digunakan bagi melicinkan bendakerja atau
mengikir tiub kupram. Mengikir dengan menggunakan gred ini
mengambil masa yang lama atau mengikir pada kadar yang
sedikit.




TERHALUS

Gigi kikir diantara 90 hingga 160 gigi pada setiap 25.4 milimeter
persegi. Gred jenis ini biasanya digunakan bagi kerja penyudah,
iaitu kerja yang akhir bagi melicinkan permukaan bendakerja atau
menghasilkan kerja yang halus.





1.3 Langkah-langkah keselamatan semasa mengikir

a) Pegang kikir dengan betul dan kukuh sewaktu mengikir.

b) Jenis kikir hendaklah sesuai dengan bendakerja.
c) Bendakerja hendaklah dikapit dengan kukuh pada ragum sewaktu mengikir.

d) Hulu kikir hendaklah sentiasa kukuh pada puting kikir sewaktu mengikir. Ini adalah untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan kerana hujung puting yang tajam.
e) Kikir dan permukaan bendakerja hendaklah bersih daripada minyak.
f) Jangan menggunakan jari atau tangan untuk membersihkan habuk besi pada kikir atau bendakerja

kerana habuk besi boleh mencederakan kulit.
g) Habuk besi hendaklah dibersihkan daripada seluruh anggota badan, terutamanya pada tangan bagi
mengelakkan kita daripada termakan atau tersedut habuk besi itu.
h) Simpan kikir ditempat yang selamat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 6 of 32

1.4 Proses mengikir

Proses mengikir dilakukan dengan bahan kerja diapitkan pada ragum meja dengan kemas dan kuat.
Untuk mengelakkan bahan kerja daripada rosak atau bercalar, lapik bahan kerja itu dengan pelapik
lembut. Biasanya pelapik lembut ini diperbuat daripada logam lembut seperti aluminium atau tembaga
dan kepingan kayu yang lembut.

Kaedah mengikir
i. Mengikir tekan : Merupakan cara mengikir dengan memberikan tekanan yang kuat.Ini bertujuan
untuk membuang logam dengan banyak dan cepat.

ii. Mengikir laying : Cara ini digunakan untuk menghaluskan permukaan benda kerja. Tekanan kikir yang
dikenakan ke atas bahan kerja adalah sederhana.

iii. Mengikir langsar : Cara ini digunakan untuk meratakan permukaan bahan kerja. Tekanan yang
dikenakan ke atas bahan kerja adalah sederhana.

iv. Mengikir serong : Cara ini digunakan untuk bahan kerja yang tipis. Cara mengikirnya bertentangan
dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.

v. Mengikir lintang : Cara ini digunakan untuk mendapatkan permukaan kerja yang rata pada bahan
kerja.Cara ini bertujuan untuk melicinkan permukaan bahan kerja.


2.0 Pahat sejuk Kepala
Badan
Pahat sejuk digunakan sebagai alat untuk
memotong atau menarah logam. Ia
diperbuat daripada keluli bermutu tinggi
dengan bahagian matanya dikeraskan.


2.1 Jenis-jenis pahat Muka


Terdapat pelbagai jenis pahat yang selalu
digunakan dibengkel.
Diantaranya termasuklah pahat : Mata
Bahagian-bahagian pahat


a. Pahat rata.
b. Pahat rata lintang.
c. Pahat separuh bulat.
d. Pahat bentuk potongan intan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 7 of 32

a. Pahat rata
Mata pahat rata berbentuk lebar dan nipis. Pahat jenis ini digunakan bagi menarah bendakerja atau
memotong logam.




Tukul



Pahat rata







Benda kerja


Pahat rata Kerja memotong logam denagan menggunakan pahat rata




b. Pahat rata lintang
Bentuk mata pahat jenis ini tirus dan kecil dibahagian hujungnya. Pahat jenis ini digunakan
bagi memotong lurah, alur atau memahat tatal yang tebal sebelum pahat rata digunakan.


Pahat Mata
Lintang


Pahat Mata
Lintang
Benda kerja




Kerja memotong logam denagan menggunakan

pahat mata lintang







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 8 of 32

c. Pahat separuh bulat
Bentuk mata pahat ini adalah jenis separuh bulat seperti bentuk kuku kita. Pahat ini digunakan bagi
membersihkan lubang, sudut yang cembung dan menebuk alur berbentuk separuh bulat.

Pahat Separuh Bulat



Benda kerja

Pahat Separuh
Bulat

Ragum


Kerja memotong logam denagan menggunakan pahat separuh bulat

Pahat potongan
intan
Benda kerja
d. Pahat bentuk potongan intan
Mata pahat jenis ini menyerupai
intan, tetapi bahagian hujungnya
tirus.
Ragum


Kerja memotong logam dengan
menggunakan pahat potongan intan


2.2 Langkah-langkah keselamatan semasa memahat

a. Pastikan pahat yang digunakan bersesuaian dengan jenis kerja yang dilakukan.

b. Pastikan kepala pahat tidak berbentuk cendawan.

c. Pastikan mata pemotong pahat tajam.
d. Pastikan berat tukul bersesuaian dengan bendakerja.
e. Pastikan mata tukul dan kepala pahat tidak berminyak.

f. Pastikan bendakerja yang dikapit dengan ragum benar-benar kukuh.

g. Pastikan tukul dipegang dengan betul.
h. Pastikan mata tertumpu pada mata pahat sewaktu memahat.

i. Pastikan pelindung mata digunakan.
j. Pastikan pahat dipegang dengan cara yang betul sewaktu memahat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 9 of 32

3.0 Gergaji besi


Gergaji besi digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan untuk memotong logam dan lain-lain kerja
yang sesuai seperti paipkeluli lembut, paip PVC dan lain-lain lagi.


Sendi boleh laras


Bingkai

Mata gergaji



Skru renggang
Hulu



Nat kepak

Bahagian-bahagian gergaji besi


3.1 Jenis-jenis gergaji besi.

Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu :-
a. Bingkai boleh laras
b. Bingkai tetap



a. Bingkai boleh laras
- Diperbuat daripada besi keluli lembut.
Jenis Bingkai Boleh Laras
- Digunakan untuk pelbagai jenis mata (blade).
- Bingkainya boleh laras mengikut saiz panjang blade.

b. Bingkai tetap
- Diperbuat daripada besi keluli lembut.
- Hanya digunakan untuk satu saiz mata (blade) sahaja. Jenis Bingkai Tetap










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 10 of 32

3.2 Penentuan mata gergaji/saiz


Pemilihan bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :-

a. Panjang (250mm – 300mm)
b. Lebar (13mm-16mm)
c. Tebal (0.03mm – 0.80)
d. Pitch atau gigi dalm seinci (TPI – Tech per inch)

Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada mata gergaji itu. Bentuk mata gergaji
yang terbuka sedikit dan berselang seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan habuk besi keluar
dan mengelakkan mata daripada tersepit pada bendakerja

Jadual dibawah adalah panduan am bagi memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis
bahan atau logam.


Bahan Bilangan gigi mata gergaji setiap 25.4mm
Keluli lembut 18
Besi tuang dan besi alat 18
Loyang, tembaga dan besi paip 22
Loyang nipis (kurang daripada 3mm tebal) 32


Mata gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan keluli aloi tungsten. Mata gergaji besi
terdiri daripada dua jenis iaitu all hard blade dan flexible blade.

a. All hard blade diperbuat dari keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan untuk memotong
logam-logam keras seperti keluli alloy.

b. Flexible blade(boleh lentur) adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit
pada bendakerja. Ia juga sesuai digunakan oleh pekerja-pekerja yang kurang mahir
mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah.

3.3 Cara – cara memasang mata gergaji

a. Pastikan bingkai gergaji besi sama dengan panjang mata gergaji.
b. Pastikan bilangan gigi mata gergaji bersesuaian dengan bahan yang hendak dipotong.
c. Pastikan kecondongan gigi mata gergaji menghala ke hadapan dari hulunya.
d. Pasangkan mata gergaji pada skru renggang.
e. Kuncikan nat kepak sehingga mata gergaji tegang, tetapi tidak terlalu tegang. Jika terlalu tegang,
mata gergaji mudah patah sewaktu memotong.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 11 of 32















Cara memasang mata gergaji besi


3.4 Cara menggergaji

a. Pastikan bendakerja dicengkam dengan kuat oleh ragum.
b. Pastikan bahagian yang hendak dipotong itu berada paling hampir dengan ragum.
c. Pegang gergaji dengan cara yang betul. Sebelah tangan memegang pada hulu gergaji, sebelah
tangan lagi memegang pada hujung bingkai.
d. Semasa memotong, daya memotong diperlukan semasa menyorong gergaji kehadapan. Ini kerana
gigi gergaji memotong bahan yang digergaji ketika gergaji disorong kehadapan. Tetapi semasa
gergaji ditarik kebelakang, kurangkan tekanannya. Pada masa ini gigi mata gergaji tidak memotong
bahan tersebut.












Cara Memegang Gergaji Besi Pemilihan Mata Gergaji Besi







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 12 of 32

3.5 Sebab-sebab mata gergaji patah

a. Mata gergaji diikat terlalu ketat atau terlalu longgar.
b. Kedudukan bendakerja yang tidak teguh.
c. Tekanan terlalu kuat semasa memotong.
d. Saiz mata yang tidak sesuai dengan bendakerja yang hendak dipotong.


4.0 Tukul


Tukul digunakan untuk mengetuk dalam kerja-kerja menanda, membengkok, mengimpal atau
meluruskan sesuatu bahan.

Bongkol
Hulu / Batang


Kepala




Bahagian-bahagian tukul

Muka

4.1 Jenis-jenis tukul


Terdapat tiga jenis tukul iaitu tukul bongkol bulat(ball peen hammer), tukul bongkol melintang(Cross
peen hammer dan tukul bongkol lurus(Stright peen hammer)

a) Tukul bongkol bulat

Saiz tukul bergantung kepada berat kepala tanpa mengira berat batang tukul seperti 0.11 hingga
0.33 kg. Tukul bongkol bulat digunakan dalam kerja-kerja seperti menanda, memaku dan dalam
kerja-kerja menggegas seperti merivet dan membuat swaging.








Tukul bongkol bulat Penggunaan tukul bongkol bulat

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 13 of 32

b) Tukul bongkol melintang

Tukul bongkol melintang digunakan untuk memukul tepi sudut yang sempit dan juga bagi membuat
kerja-kerja pendawaian eletrik.











Tukul bongkol melintang Penggunaan Tukul bongkol melintang


c) Tukul bongkol lurus
Tukul bongkol lurus digunakan bagi menukul tepi sudut yang sempit












Tukul bongkol lurus Penggunaan Tukul bongkol lurus


4.2 Tukul lembut


Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan
bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
a. Tukul bongkol kulit
b. Tukul bongkol plastik
c. Tukul bongkol gangsa
d. Tukul bongkol Kulit
e. Tukul bongkol Kayu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 14 of 32







Tukul bongkol Getah Tukul bongkol Gangsa (Brass) Tukul bongkol Plastik









Tukul bongkol Kulit Tukul bongkol Kayu



Berbagai Jenis Tukul Kepala Lembut (Mallet)

4.3 Batang tukul

Kayu jenis hickory, ash atau spotted gum digunakan untuk membuat batang tukul. Kayu dari Malaysia
yang paling sesuai digunakan ialah kayu kapur dan kayu cenggal. Panjang tukul bergantung pada berat
kepala dan juga kegunaannya.



5.0 Penggarit (scriber)

Penggarit (scriber)digunakan untuk membuat garisan di atas permukaan logam. Ia diperbuat daripada
keluli alat yang dikeraskan dan dibaja. Matanya halus dan tajam, hujungnya pula bengkok . Ia digunakan
bersama-sama dengan pembaris keluli dan sesiku ‘L’. Hujung yang bengkok digunakan di tempat yang
sempit yang tidak boleh dilakukan oleh hujung yang lurus.









Penggarit (scriber)



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 15 of 32

5.1 Penggunaan penggarit

1. Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris.
2. Penggarit pula mestilah dicondongkan mengikut arah garisan.
3. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas.



6.0 Penanda (punch)

Penanda (punch) digunakan untuk menanda diatas permukaan logam.


6.1 Jenis-jenis penanda

Terdapat tiga jenis penanda iaitu penanda titik (prick punch), penanda pusat (centre punch) dan
penanda automatiK (automatic punch)

a) Penanda titik

Sudut condong mata penanda titik ialah 30 hingga 60. Batang
Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan
dan dibaja. Digunakan untuk membuat tanda-tanda
halus dimana garisan tersebut tidak mudah hilang dan
tahan lama. Sharpe Angled
Point


b) Penanda pusat
Square Section
Anvil
Sudut condong mata penanda titik ialah 60 hingga
90. Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang
dikeraskan dan dibaja. Digunakan untuk membuat Batang
tanda tetengah sebelum kerja-kerja menggerudi
dilakukan.
Angled
Point








------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 16 of 32


c) Penanda automatik
Force Adjusting
Penebuk pusat automatic tidak perlu diketuk, Head
sebaliknya ditekan bahagian atasnya. Ini
menyebabkan satu spring akan melepaskan Spring Loaded
Shaft
pengetuk yang kemudianya pula memukul mata
penebuk.
Interchangable
Point



7.0 Jangka lukis (divider)

Divider mempunyai dua batang penggarit keluli yang dikeraskan. Hujung matanya tajam dan pada
pangkalnya pula terdapat spring yang disangga dengan tuas untuk membolehkan ia dilaraskan dengan
mudah.
Pemegang

7.1 Kegunaan divider Pegas

1. Membuat lengkok dan bulatan Cemat Ensel
2. Mengukur dan menguji jarak Untuk Kaki


Nat Pelaras




Kaki


Divider
7.2 Jenis-jenis divider

1. Jangka lukis bercantum pegas
2. Jangka lukis suku bulat
3. Jangka lukis bergabung

Hujung mata divider hendaklah sentiasa tajam supaya garisan yang dihasilkan halus dan terang. Batu
asah jenis halus boleh digunakan untuk menajamkan mata yang sudah tumpul.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 17 of 32

















Jangka lukis bercantum pegas Jangka lukis suku bulat Jangka lukis bergabung


8.0 Jangkarit (tramel)


Jangkarit (tramel) digunakan untuk membuat bulatan atau lengkok yang besar yang tidak boleh
dilakukan oleh divider.

Nat Pelaras Halus


Batang Rusuk
Kepala penggarit

JENGKARIT


Plat Keluli














------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 18 of 32

9.0 Angkup (calipers)


Kegunaan utama Angkup (Calipers) ialah untuk memindahkan ukuran. Kaki angkup yang disendikan
(dicantumkan) di bahagian pangkalnya supaya boleh dilaraskan dengan berbagai cara. Ia diperbuat
daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja.


Jenis-jenis Angkup Gambar Angkup Penggunaan Angkup

a) Angkup Luar


Angkup Luar mempunyai kaki
yang bengkok kedalam.
Digunakan untuk mendapatkan

ukuran sebelah luar benda
kerja.




b) Angkup Dalam

Angkup Dalam mempunyai kaki
bengkok kedalam.
Digunakan untuk mengambil
ukuran sebelah dalam benda
kerja.




c) Angkup Jenney


Angkup Jenney mempunyai kaki
yang lurus dan bengkok ke
dalam.
Digunakan untuk membuat
garisan yang selari dengan tepi
sebelah luar benda kerja dan

mencari pusat pada hujung satu
bar bulat.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 19 of 32

10.0 Sesiku L

Sesiku L merupakan satu alat yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 samada
bahagian luar ataupun dalam. Bahagian badan sesiku L lebih tebal dan lebih pendek daripada bahagian
mata. Mata dipasang bersudut tepat dengan badan dengan cara menempa atau merivet.

Mata



Skru Pelaras

Badan Penimbang Air


Sesiku L
Sesiku l boleh laras

Menguji sudut sesiku L

Sediakan sekeping logam yang lurus dan rata. Lekapkan badan sesiku pada tepi bibir kepingan logam
dan buat satu garisan dengan menggunakan penggarit. Pusingkan kedudukan sesiku supaya bertemu
dengan garisan tadi dan buat satu lagi garisan. Jika garisan itu sama tempatnya iaitu bertindih,
bermakna sudut sesiku tersebut tepat.

11.0 Spanar


Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat atau skru

11.1 Jenis-jenis spanar
Terdapat beberapa jenis sepana yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan ialah:-
- Spanar soket ( socket spanner),Spanar kekotak (box spanner)
- Spanar hujung terbuka (open end spanner),Sepana gabungan (comman spanner)
- Spanar hidup (adjustablewrench),Spanar nat kembang
- Spanar paip,Spanar injap servis,Spanar daya kilas,Kunci allen,Spanar set skru.
-
Nama Alat dan Kegunaan Alat

a. Spanar soket

Spanar soket begitu meluas digunakan, terutamanya untuk
membuka, mengetat atau melonggarkan nat yang kepalanya

mempunyai segi. Spanar jenis ini digunakan pada tempat
yang sempit dan tempat yang bersudut.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 20 of 32

Nama Alat dan Kegunaan AAlatt


b. Spanar kekotak

Spanar kekotak hampir serupa dengan spanar socket, tetapi
bahagian dalamnya berbentuk kekotak.




c. Spanar paip

Spanar paip digunakan untuk mengetat atau melonggarkan
penyambung-penyambung paip dalam kerja-kerja pemaipan.




d. Spanar injap servis

Spanar injap servis digunakan untuk melaraskan injap servis pada
kedudukan hadapan, pertengahan dan belakang pada injap servis
pemampat.


e. Spanar daya kilas

Digunakan untuk mengetatkan nat/bol mengikut sukatan kekuatan
piuh yang ditetapkan.




f. Kunci allen

Digunakan bagi mengetat dan melolnggarkan skru allen segienam
atau segiempat di bahagian kepalanya.







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 21 of 32

Nama Alat dan Kegunaan Alat

g. Spanar set skru


Digunakan untuk mengetat atau menlonggarkan skru yang
berbentuk heksagon, philip dan rata.





h. Spanar hujung terbuka

Kebiasaannya digunakanuntuk mengetatkan atau membuka
bol/nat pada tempat yang terbuka.




i. Spanar gabungan atau paduan

Adalah gabungan antara spanar hujung terbuka dengan sepana
gelang (ring spanar). Digunakanuntuk mengetatkan atau membuka
bol/nat pada tempat yang terbuka.

j. Spanar hidup (adjustable wrench)


Ia boleh dilaraskan mengikut saiz nat dengan memutarkan skru
pelaras yang terdapat pada badannya. Digunakanuntuk
mengetatkan atau membuka bol/nat pada tempat yang terbuka.



k. Spanar nat kembang



Digunakan khusus dalam sistem pemaipan tiub kuprum bagi
mengetat dan melonggarkan nat kembang.










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 22 of 32

12.0 Pemutar skru


Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan skru yang kepalanya berbentuk Phillip, rata dan kekotak.

Jenis Pemutar Skru Kegunaan







































SLOTTED PHILLIPS POZIDRIV TORX SECURITY T HEXAGON





Pemutar Skru dan Penggunaannya


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 23 of 32

13.0 Playar


Digunakan untuk mengepit atau memegang sesuatu bendakerja seperti dalam kerja-kerja mengimpal.

Nama Alat dan Kegunaan Alat


a. Playar pepenjuru (Diagonal Plier)

Digunakan untuk memotong dawai dan penjuru-penjuru
kepingan logam yang nipis.



b. Playar Muncung Tirus (Needle Nose Plier)

Playar jenis ini digunakan bagi mengapit nat atau skru pada
tempat yang sempit. Playar ini juga boleh digunakan untuk
memotong dawai.



c. Playar pengapit (Pinch-off Plier)

Digunakan untuk mengapit tiub kupram selepas proses
mengecas dijalankan.



d. Playar tukang talian (Wireman Pliers)

Digunakan untuk memotong kabel atau dawai elektrik dalam
kerja-kerja pendawaian. Getah pada bahagian pemegang
bertindak sebagai penebat untuk keselamatan tukang talian.



e. Playar penyambung gelincir (Channel Plier)

Digunakan untuk mengapit bahan atau logam yang tebal dan
juga untuk nat.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 24 of 32

Nama Alat dan Kegunaan Alat

f. Playar pengapit ragum (Wise Grip Plier)

Digunakan untuk memegang bendakerja secara mengapit
bagi kerja-kerja mengimpal, mencanai atau menggerudi.



g. Playar paduan (Combination Plier)

Digunakan bagi mengapit bendakerja yang halus, nipis dan
juga untuk membengkok atau melengkungkan dawai.




h. Playar pencengkam (Grip Plier)

Digunakan untuk mencengkam bendakerja semasa kerja-kerja
mengimpal, mencanai atau menggerudi.

























------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 25 of 32

Mesin kuasa (power tools)


1. Mesin gerudi

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-
kerja seperti melulas, melubang benam, dan membenang dalam.

Jenis-jenis mesin gerudi.

a. Mesin gerudi meja
b. Mesin gerudi tiang
c. Mesin gerudi mudah alih

a. Mesin gerudi meja

Mesin gerudi jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai
mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang yang besar
dan berat supaya setabil kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh
memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

b. Mesin gerudi tiang

Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang
dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan
kedudukannya setabil. Pergerakkan spindal menggunakan gear.




Suis ON/OFF Motor
elektrik
Pelindung
Ragum mesin gerudi Handle penekan
Bindu
Pelaras meja
Meja
Suis ON/OFF Motor
elektrik Tiang
Pelindung

Bindu Handle penekan

Mata gerudi
Pelaras meja
Meja
Meja


Mesin gerudi meja Mesin gerudi tiang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 26 of 32

Langkah keselamatan kerja menggerudi dengan menggunakan mesin gerudi meja/tiang

1. Sentiasa menggunakan pelindung keselamatan yang terpasang pada mesin gerudi.
2. Sentiasa memakai pelindung mata semasa menggerudi.
3. Kapit bendakerja pada ragum mesin gerudi dengan ketat dan kemas semasa menggerudi.
4. Jangan sesekali memegang benda kerja dengan tangan semasa menggerudi.
5. Sentiasa membuat tekanan sedikit demi sedikit dan melepaskan mata gerudi semasa menggerudi.

c. Mesin gerudi mudah alih (mesin gerudi tangan)

Mesin gerudi mudah alih digunakan untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa
elektrik 240 volt AC atau bateri. Bateri yang digunakan berkuasa 12 volt DC dan dan jenis boleh dicas
semula. Mesin gerudi ini kadang-kadang dilengkapkan dengan variable speed dan reversible speed. Ada
juga mesin gerudi yang dilengkapkan dengan Impact supaya mesin gerudi tersebut boleh digunakan
untuk menebuk dan memahat lubang dinding batu dalam kerja pemasangan.





mesin gerudi
mesin gerudi



kabel kuasa bateri

Mesin gerudi mudah alih










Menggunakan mesin gerudi Menggunakan mesin gerudi mudah
alih di tempat yang sempit










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 27 of 32

2. Mesin pencanai

Kegunaan mesin pencanai ialah untuk mencanai mata gerudi, mata pahat, mata alat dan meratakan
permukaan dan tepian bendakerja.

Jenis-jenis mesin pencanai

a. Mesin pencanai meja (bench griding machine)
b. Mesin pencanai kekaki (floor stand griding machine)
c. Mesin pencanai bersudut (angle griding machine)

a. Mesin pencanai meja dan kekaki

Pelindung
mata


Pelapik


Roda

Motor

Penahan elektrik

mata alat Suiz
ON/OFF
Cara menggunakan
Mesin pencanai meja mesin pencanai meja


Mesin pencanai mempunyai sepasang roda, satu kasar dan yang satu lagi halus. Kegunaanya ialah untuk
mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar skru dan mata alat
mesin pelarik. Mesin pencanai jenis ini juga digunakan untuk mencanai permukaan dan tepian
bendakerja sebelum disudahi dengan alat tangan.
Mesin
pencanai
Mesin pencanai meja dipasang pada meja atau
bangku dan mesin pencanai kekaki dipasang
diatas lantai. Fungsi mesin pencanai kekaki sama
seperti mesin pencanai meja tetapi mesin ini
lebih tegap dan boleh digunakan untuk mencanai
bendakerja yang besar dan berat.
Butang
ON/OFF
Kekaki





Mesin pencanai jenis kekaki
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 28 of 32

Motor Kabel
elektrik kuasa




Butang
Lock-ON
Roda
pencanai Trigger
switch
Pelindung roda
pencanai

Mesin pencanai bersudut jenis tangan



Pelindung roda
pencanai Motor
bebas elektrik
Roda
pencanai
Pelindung roda
pencanai tetap


Ragum
bersudut
Tapak

Roda-roda mesin pencanai Mesin pencanai bersudut

Langkah keselamatan kerja mencanai dengan menggunakan mesin pencanai

1. Sentiasa menggunakan pelindung keselamatan yang terpasang pada mesin pencanai.
2. Sentiasa memakai pelindung mata semasa mencanai.
3. Pegang bendakerja dengan kuat semasa mencanai.
4. Jangan sesekali menghalakan percikan bunga api mencanai kea rah benda mudah terbakar, punca
elektrik atau kea rah orang lain.
5. Sentiasa membuat tekanan sedikit demi sedikit semasa mencanai.







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 29 of 32

6. Pam vakum


Pam vakum digunakan untuk melakukan proses pengosongan sebelum kerja mengecas refrigerant ke
dalam unit penyejukan dan penyaman udara. Pam vakum dijalankan oleh sebuah motor elektrik. Ia
mampu untuk melakukan pengosongan sehingga 76 mmHg atau 30 inHg. Sebagai langkah keselamatan
sentiasalah menggunakan minyak pam vakum seperti yang disarankan oleh pihak pengeluar dan periksa
paras minyak pam vakum melalui kaca cerap minyak sebelum menggunakannya.



Motor
Port elektrik
servis
Kabel
kuasa


Kaca cerap
minyak


Minyak pam vakum Pam vakum

7. Pemampat udara


Pemampat udara digunakan untuk menghasilkan udara mampat bertekanan tinggi yang digunakan
untuk melakukan ujian tekanan dan semburan udara bagi membersihkan komponen-komponen unit
penyejukan dan penyaman udara.







Motor
elektrik
Pemampat


Tangki simpanan
udara mampat



Pemampat udara



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 30 of 32

8. Penyembur angin mudah alih

Penyembur angin mudah alih digunakan untuk
menghasilkansemburan udara yang digunakan untuk
membersihkan habuk-habuk kering dari komponen unit
penyejukan dan penyamanan udara, contohnya
pemeluwap bersirip.
Penyembur angin mudah alih


Penyenggaraan alat dan perkakas

Alat dan perkakas penyenggaraan perlu diletakkan di tempat yang selamat dan mudah diperoleh apabila
diperlukan. Alat dan perkakas yang tidak disimpan di tempat yang betul dan tidak dilakukan
penyenggaraan berkala akan mudah rosak. Antara kaedah penyenggaraan alat dan perkakas yang perlu
diberi keutamaan ialah :

a. Penyelenggaraan alat
b. Penstoran

a. Penggunaan dan penyelenggaraan alat

Bagi menjamin keberkesanan penggunaan peralatan dan mengelakkan kerosakan pada alat berkenaan,
semua peralatan perlulah digunakan mengikut SOP penggunaan yang telah ditetapkan. Jangan sesekali
menyalahgunakan peralatan.
Selepas menggunakan alat tangan atau alat mesin kuasa, peralatan tersebut perlulah dibersihkan
terlebih dahulu sebelum disimpan. Harus diingat kaedah pembersihan peralatan adalah berbeza antara
satu jenis alat dengan yang lain. Contohnya, untuk membersihkan kikir perlu menggunakan berus dawai
untuk membuang habuk besi dari permukaan matanya. Tetapi bagi membersihkan tukul cukup sekadar
lap dengan kain bersih sahaja.

Sesetengah peralatan atau komponennya perlu diminyakkan supaya opersinya lancar atau untuk
mengelakkan dari masalah pengkaratan.

Meter-meter ujian seperti multi tester, termometer digital dan lain-lain peralatan elektronik yang
sensitif perlu dibalut dengan plastik bubble wrep sebelum dimasukkan ke dalam kotak penyimpanan
bagi mengelakkan kerosakan.








------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 31 of 32

b. Penstoran

Peralatan dan perkakas yang sensitif seperti meter-meter pengujian, alat pengukur seperti mikrometer ,
alat-alat dalam bentuk set seperti set spanar kekotak dan peralatan kuasa seperti mesin gerudi tangan
dan sebagainya perlu disimpan dengan menggunakan kotak khas .

Selain untuk kaedah penyimpanan peralatan secara tersusun di dalam almari berserta rak-rak juga satu
kaedah yang baik.











Kotak penyimpanan manifold gauge




Kaedah penyimpanan alat menggunakan rak






Kotak penyimpanan mesin gerudi








Rak simpanan silinder gas





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

Kod Kertas MPP1013 Page 32 of 32












Penyimpanan alat set
Peti alat am dalam kotak khas


Keadah merekod daftar alat

Keperluan merekod butir-butir asas peralatan mesti dicatatkan mulai dari tarikh perolehan. Sekiranya
rekod-rekod tersebut tidak dikemaskinikan, adalah sukar untuk mana-mana pihak mengawasi
penggunaan peralatan tersebut , terutamanya apabila ia melibatkan keputusan untuk penyelengaraan
atau gantian. Merekod lokasi pergerakan adalah untuk memudahkan pihak bertanggungjawab
mengesan pergerakan sesuatu bahan atau peralatan.

Butir-butir yang perlu direkod dalam mendaftar (kew 313) alat adalah seperti;

1. Kategori – Misalnya Inventori (kew 313).
2. Jenis – Misalnya, alat mengukur, alat tukang asas (common tools), RAC Tools dan sebagainya.
3. Bil – Bilangan mengikut urutan biasa.
4. Butiran- Perihal inventori yang diperolehi sebagai contoh, clamp tester, Mega tester, hand drill, set
flaring and swaging adapter dan sebagainya.
5. Kuantiti – jumlah unit yang diperolehi.
6. No. Pesanan Kerajaan – Nombor rujukan pesanan kerajaan.
7. Tarikh dibeli –Tarikh peralatan tersebut dibeli mengikut pesanan kerajaan.
8. Kos seunit - Kos termasuk kos pengakutan dan insuran ( jika ada) bagi setiap unit tersebut.
9. No. Siri Pendaftaran – Nombir siri pendaftaran seperti no siri rekod pejabat.
10. Lokasi – Penempatan peralatan tersebut.
11. Pelupusan – Nombor rujukan fail ada pelupusan itu diluluskan oleh Perbendaharan atau pegawai
Pengawal di mana berkenaan.
12. Catatan – Apa-apa perkara yang berkaitan.
13. Tandatangan – pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan
butir-butir yang dicatat itu.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK


Click to View FlipBook Version