The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKDABB KALI KE 15 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaharulmukhliz, 2024-04-25 10:23:56

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKDABB KALI KE 15 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKDABB KALI KE 15 2024

M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I BG Dirasmikan oleh, Tn. Faisalludin bin Mohamat Yusuff Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam. 27 April 2024 (Sabtu) 9.00 pagi Dewan Perdana, SMK Dato’ Abu Bakar Baginda KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, YAYASAN PELAJARAN MARA SMK Dato’ Abu Bakar Baginda Kali ke 15, 2024 #reachingforthesamegoal #flyhighDABBians


1 Kandungan Atur Cara 2 Agenda Mesyuarat 3 Semanis Madah Seungkap Rasa 4 Sekapur Sirih Seulas Pinang 5 Seuntai Bicara 6 Ahli Jawatankuasa 7 Surat Panggilan Mesyuarat Agung 13 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 14 Minit Mesyuarat Agung Ibu Bapa dan Guru PIBG 2023/2024 20 Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2023/2024 28 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 30 Penyata Kewangan 33 Laporan Kurikulum 42 Laporan Kokurikulum 57 Laporan Hal Ehwal Murid 53 Laporan PPKI 62 Penyata Usul dan Jawapan 65 Usul Perdana Mesyuarat Agung PIBG 2024/2025 73 Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 74


2 Atur Cara


Ucapan Alu-Aluan YDP PIBG Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 Perkara-perkara berbangkit Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 Membentangkan, menerima, dan meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2023. Perbahasan dan penerimaan usul Penentuan sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Pelantikan pengerusi sementara Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 *Yang Dipertua *Naib Yang Dipertua *AJK (5 orang ibu/bapa/penjaga) *Juruaudit (seorang ibu/bapa/penjaga) Pengumuman AJK dan Juruaudit dalam kalangan guru oleh Pengetua Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG Sesi 2024/2025 3 Agenda Mesyuarat


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada hari yang mulia ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Abu Bakar Baginda Kali ke-14 sesi 2023/2024. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan ke majlis ini. Tahniah dan syabas, saya ucapkan kepada jawatankuasa program kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan majlis pada hari ini. Mesyuarat PIBG merupakan agenda tahunan yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah. Mesyuarat ini bertujuan mengumpulkan semua ibu bapa dan guru untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan khususnya dalam pelbagai perkara yang melibatkan kebajikan anak-anak didik di sekolah. Kesepakatan dan kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah adalah amat penting. Permuafakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan kunci kejayaan PIBG dan sekolah untuk menggembleng tenaga ke arah tahap kecemerlangan yang membanggakan. Ibu bapa perlu cakna dan memberikan sokongan kepada pihak sekolah agar program-program yang dirancang dapat dijalankan dengan berkesan. Sebagai ibu bapa, kita harus sedar kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula dari rumah. Kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan pengaruh negatif di luar rumah. Jelaslah bahawa tanggungjawab mendidik keperibadian anak-anak sebenarnya merupakan tanggungjawab bersama antara ibu bapa dengan guru-guru seperti kata pepatah, "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk berusaha ke arah tersebut. Pihak PIBG juga berperanan untuk saling melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu menyediakan prasarana, kemudahan dan persekitaran yang kondusif demi mewujudkan iklim yang selesa untuk proses pembelajaran murid-murid di sekolah. Hal ini amat bertepatan dengan KPI utama sekolah iaitu meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan matlamat program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang menjadi hasrat KPM. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa di sekolah ini. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, ahli-ahli jawatankuasa program, guru-guru SMK Dato’ Abu Bakar Baginda dan semua ibu bapa. Saya berharap semoga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,YAYASAN PELAJARAN MARA Semanis Madah Seungkap Rasa TN. FAISALLUDIN BIN MOHAMAT YUSUFF 4


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-15 bagi sesi 2024/2025. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir kerana menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan AJK pelaksana yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa dan guru bersemuka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hal ini bukan omong-omong kosong untuk menyedapkan hati ibu bapa yang hadir tetapi SMKDABB sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Begitu juga pelbagai kejayaan turut diraih dalam aktiviti kokurikulum serta peningkatan sahsiah murid. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam setiap tindakan yang telah dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak di SMKDABB. Jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Sumbangan tersebut telah digunakan dengan sebaik – baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah serta pembangunan infrastruktur sekolah dalam usaha mewujudkan zon selesa kepada anak-anak kita ketika berada di sekolah ini. Saya juga menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka dan sentiasa menyokong serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK DABB terus melakar kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Saya juga berharap semua AJK PIBG yang bakal dilantik dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi tenaga, idea mahupun kewangan.Akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/ 2024, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Harapan saya, semoga semua usaha murni ini akan direstui dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih YDP PIBG SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 5 Sekapur Sirih Seulas Pinang TN. HJ. EFFANDI NAZILA BIN ABDULLAH


Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sebagai pembuka kata, marilahkita bersama-sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT katas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-15 dapat diterjemahkan pada hari ini. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SMK Dato’ Abu Bakar Bagindamenjadi sebuah sekolah yang gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita .Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Sekian Terima kasih, PENGETUA, SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA Seuntai Bicara PN. MAZITA BINTI MANSOR 6


BORANG JAWAPAN KEHADIRAN DAN USUL Puan Fatin Adiba binti Yusof (K) Puan Nor Haslina binti A Rahman Puan Hanisah binti Zainal Bahrin 7 Ahli Jawatankuasa Ex-Officio : Puan Mazita binti Mansor (Pengetua) Pengerusi : Tuan Haji Effandi Nazila bin Abdullah (YDP) Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Ahmad Saifudin bin Che Othman (NYDP) Setiausaha : Cik Nur Fadhilah binti Othman Bendahari : Puan Normala binti Kadir Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Pelaksana KETUA PENYELARAS Puan Norfarani binti Mat Isa (PK Pentadbiran) Puan Salma binti Mohd Noor (PK HEM) Puan Che Nor Rosmawati binti Yahya (PK Kokurikulum) Puan Ruzita binti Jamiran (PK Petang) Puan Rasidah binti Ismail (PK PPKI) SERANTA Cik Nur Fadhilah binti Othman (K) Cik Wan Nurul Syahima binti Wan Azman PENYELARAS : PUAN RASHIDAH BINTI AB LATIB


Ahli Jawatankuasa PEMBAHAGIAN USUL/ LAPORAN UNIT SU Kurikulum - Puan Sareda binti Ismail SU HEM - Puan Nurulhafidah binti Ngadimin SU Kokurikulum - Puan Nursaadah binti Jailani SU PIBG - Cik Nur Fadhilah binti Othman AJK PIBG PPKI - Puan Fadilah binti Mohd Yasin BUKU PROGRAM Encik Shaharul Mukhliz bin Mohd (K) Puan Zarah binti Ahmad Puan Nor Liana binti Ahmad Puan Norafizah binti Anuar Siti Nursofea Adriana binti Mohd Rufendi Madiha binti Rodi-Udin PENCATAT MINIT Puan Sha’diah binti Shaari (K) Puan Mahani binti Abu Seman Puan Rosnizaira binti Che Musa Puan Zaidah binti Ghazali PENGACARA MAJLIS Puan Khatijah binti Abdul Rahman (K) Puan Nor Azimah binti Ali BACAAN DOA Encik Muhamad Ekhwan bin Othman TEKS UCAPAN DAN TEKS KATA ALU-ALUAN YDP PIBG Puan Siti Zalina binti Md Salleh (K) Puan Norazrianti binti Misngan TEKS UCAPAN DAN TEKS KATA ALU-ALUAN PENGETUA Puan Sharifah binti Abdul Kadir TEKS UCAPAN PERASMIAN DAN TEKS PENGENALAN TETAMU KEHORMAT (VIP) Encik Muhammad Nadzmi Bin Dzulkifli 8


Ahli Jawatankuasa KEBERSIHAN Puan Faizah binti Md Nooh (K) Puan Hamimi binti Hamid Puan Zanariyah binti Sugiman Nik Nurulwardah binti Nik Amaran Nur Nisa Dayana binti Noor Azhali Muhammad Wafri bin Ahmad Fauzi Muhamad Yusoff bin Idris FOTOGRAFI Encik Wan Rizalmi bin Wan Hanafi (K) Puan Malisa Hanim binti Abdullah Norsufazatie Aqmar binti Ahmad Fadzil Faten Amisha Azureen binti Mullisi Nur Rhaienna binti Kamal DOKUMENTASI Puan Khairun Atiqah binti Yaakob (K) Puan Ummi Hani binti Mohd Asarani PENDAFTARAN Puan Nur Hidayatul Aini binti Ismail (K) Puan Siti Norbayah binti Haji Sayuti Puan Akalily binti Narmi Nur Ain Syamira binti Razmi Mohd Imran bin Mat Sulaiman Muhamad Shakiran bin Ahmad Rasdi BUKU PELAWAT Dr. Nurul Haerani binti Mohamad (K) Puan Nor Fazila binti Che Jusoh YM Tengku Azraq binti Tengku Ismail JEMPUTAN Puan Nurashrin binti Mat Isa (T1) Puan Zainoorrosmalaily binti Mohd Nor (T2) Cik Elmy Ezayane binti Md Emary (T3) Puan Suraya binti Abdullah (T4) Puan Azida Hani binti Abu Bakar (T5) Puan Aliana binti Alias (PPKI) PENYELARAS : PUAN NORAZLINA BINTI MAT ARIFFIN 9


Ahli Jawatankuasa SAMBUTAN TETAMU KEHORMAT DAN PROTOKOL Encik Abdul Hasli bin Abdullah (K) Encik Ab Halim bin Che Husain Puan Nor Saida binti Sulaiman Puan Izmun Nazira binti Mohamad Isa SAMBUTAN IBU BAPA Puan Nazatul Shila binti binti Abd Rahman (K) Puan Norhini binti Abu Hassan Puan Mas Rini binti Azmi Puan Saudah binti Abdullah Nur Hanani Nazwa binti Samsuri Siti Nur Iman Aliya binti Ngaboul Basir TABUNG PENYELENGGARAN DEWAN PERDANA Puan Nurhaniza binti Basir Hussain (K) Puan Khodijah binti Abdul Wahab Puan Ruzmita binti Shafei Puan Aishah binti Abdul Hadi JAMUAN IBU BAPA & GURU Puan Suzara binti Makpol (K) Puan Azian binti Ariffin Puan Faridah binti Rahmat Puan Raiha binti Abd Jalil Puan Noraziah binti Abd Malik @ Malek Puan Noor Aini binti Mohamad Nordin PERSIAPAN DEWAN (SEBELUM & SELEPAS) Encik Sam’un bin Yaacob (K) Encik Ahmad Rashid bin Mahmud Encik Mohd Taufik bin Mohd Yunus Encik Ezmal Rhiza bin Mokhtar Mohammad Nazrullah bin Asli Muhammad Zulfaiz bin Arbain PENYELARAS : PUAN NORAZLINDA BINTI ABDULLAH 10


Ahli Jawatankuasa HIASAN PENTAS DAN DEWAN Puan Nurul Jannah binti Mohd Sulor (K) Puan Sarwaniza binti Saharuddin Puan Siti Fariza binti Mohd Fimi Puan Nur Aisyah binti Yahaya Cik Nur Farah Nadhirah binti Mohd Fadzli KIRAAN UNDI DAN PENCATAT KIRAAN Puan Nor Azura binti Deris (K) Puan Nor Hana binti Ngadiman Puan Rozai Asnizah binti Mohd Sharif Puan Ahlam binti Ahmad SIAR RAYA, ELEKTRIK & KESELAMATAN DEWAN Encik Nik Kamarudin bin Joni (K) Encik Rohaizad bin Mohd Din TIRAI LATAR (BACKDROP) DAN LAGU Encik Ahmad Fahmy Al-Haqim bin Harun (K) Encik Mohd Ridhwan bin Daud JAMUAN VIP Puan Siti Rahimah binti Ahmad (K) Puan Aina Bisyarah binti Shafie Puan Hasliza binti Zainon Puan Rosmina binti Muhammad PENYELARAS : PUAN NIBRASUL HUDA BINTI MOHD DARUS BACAAN AL-QURAN Puan Najwa binti Yahya (K) Ustaz Zakaria bin Abdullah PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Puan Norzila binti On (K) Puan Zalati binti Budin Puan Syaharmi binti Muhd Nor Puan Siti Nur Athirah binti Mazlan 11


Ahli Jawatankuasa PUBLISITI Encik Yahya bin Jabar (K) Mohd Fitri bin Mohd Soffian Puan Nursyafiqah Nabilah binti Sazali Puan Noraini binti Yahaya Puan Halimatusadiah binti Wahid CENDERAMATA VIP Puan Alina binti Ahmad (K) Puan Nur ‘Arifah binti Yusob SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAMATA JAWATANKUASA PIBG Puan Rubaizah binti Md Rasid (K) Puan Nur Faiz Aishah binti Azmi Puan Siti Aisyah binti Md Rasid Puan Noor Azizah binti Sha’ari Siti Sarah binti Ahmad Shidki Aunie Aqiellah binti Jamaein CABUTAN BERTUAH Puan Salasiah binti Mahmood YM Tengku Sharipah Aini binti Tengku Hamzah Encik Mohd Syukri bin Azeman Encik Izhar bin Mokhtar Puan Norlisana binti Mahmood 12


Surat Panggilan Mesyuarat Agung 13


14 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Guru


15 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Guru


16 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Guru


17 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga


18 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga


19 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 20


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 21


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 22


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 23


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 24


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 25


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 26


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 14, 2023/2024 27


28 Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2023/2024


29 Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2023/2024


Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 30


Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 31


Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 32


Penyata Kewangan 33


34 Penyata Kewangan Nota Kepada Akaun


35 Penyata Kewangan Nota Kepada Akaun


36 Penyata Kewangan Nota Kepada Akaun


37 Penyata Kewangan Nota Kepada Akaun


Penyata Kewangan 38 Nota Kepada Akaun


Penyata Kewangan 39 Nota Kepada Akaun


Penyata Kewangan 40 Nota Kepada Akaun


Penyata Kewangan 41 Nota Kepada Akaun


42 Dasar-dasar Kementerian Pelajaran PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosidanrohani) danpsikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidanga kademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: v PentaksiranSekolah v PentaksiranPusat v PentaksiranAktivitiJasmani, SukandanKokurikulum v PentaksiranPsikometrik Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. PentaksiranPusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah). Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/ atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semula jadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum. Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) adalah komponen pentaksiran Pusat yang terdapat dalam PBS. Menerusi PBS juga Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) di tingkatan 3 digantikan dengan PT 3. Dengan itu tiada peperiksaan berpusat untuk murid-murid tingkatan 3 mulai tahun 2014. PT 3 merupakan peperiksaan sumatif yang setara di tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT 3 menilai dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Mata pelajaran yang dinilai terdiri dari : i) Ujian Bertulis -BM, BI, Matematik, Sains, KHB, Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab dll. ii) Ujian Lisan -BM dan BI iii) Pelbagai instrumen dalam bentuk kerja lapangan, projek atau kajian kes - Geografi dan Sejarah Laporan Kurikulum


Laporan Kurikulum 43 MBMMBI Dasar Memartabatkan Bahasa melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris MBMMBI) telah mula dilaksanakan pada 2011 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia merupakan satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas. Ini termasuklah menambah bilangan guru Bahasa Inggeris, menambah waktu belajar Bahasa Inggeris di semua peringka tpersekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporar ikanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan Bahasa Inggeris di peringkat umur yang awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar denga nistilah-istilah sains da nteknologi dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan Bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini Kementerian Pelajaranakan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. PLATFORM PEMBELAJARAN DELIMA KPM DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian. Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini. Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka. Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasiaplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran. Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing). Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar. KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.


Laporan Kurikulum 44 Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru danpelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk danTeknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber. Antara budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi kepada pembelajaran, memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan masa hadapan serta pembangunan komuniti dengan galakan perkongsian kepakaran dan kemahiran. Oleh itu, berdasarkan sesi pelancaran platform DELIMa sebentar tadi, KPM dilihat telah membuka ruang kerjasama kepada lebih ramai pihak dalam usaha menyokong ekosistem pembelajaran di Malaysia. DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu menerusinya. KPM mempelawa para guru untuk berkongsi sebarang kandungan pendidikan menerusi halaman khas yang disediakan menerusi platform ini. Ini untuk mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta membolehkan guru menyokong antara satu sama lain. Kesimpulannya, DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital. Ianya akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan penawaran pengalaman penggunaan platform digital secara tunggal untuk pelbagai perkara. KPM juga berkerjasama dengan pelbagai rakan dalam penyediaan kandungan pendidikan untuk diakses atau dipautkan menerusi platform pembelajaran maya ini. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid. KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti. Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.4


Laporan Kurikulum 45 DUAL LANGUANGE PROGRAMME (DLP) Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolahsekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran bidang Sains danMatematik. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. STEM Pendidikan STEM adalah pendidikanyang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna. Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. p&p yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.


Laporan Kurikulum 46 TENTATIF TARIKH PEPERIKSAAN 2024 PENETAPAN TARGET 2024 Maklumat Kurikulum TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2024 / 2025


Laporan Kurikulum 47 TENTATIF TARIKH PEPERIKSAAN 2024 PENETAPAN TARGET 2024 Maklumat Kurikulum TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2024 / 2025


Laporan Kurikulum 48 TENTATIF TARIKH PEPERIKSAAN 2024 PENETAPAN TARGET 2024 Maklumat Kurikulum TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2024 / 2025


Laporan Kurikulum 49 TENTATIF TARIKH PEPERIKSAAN 2024 PENETAPAN TARGET 2024 Maklumat Kurikulum TARIKH CUTI PERSEKOLAHAN 2024 / 2025


Click to View FlipBook Version