MANUAL GARIS PANDUAN
(PILIHAN RAYA SECARA DALAM TALIAN )
JAWATANKUASA PERWAKILAN
PELAJAR (JPP) PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(KPM) AMBILAN 2021/2022
DISEDIAKAN OLEH
PENOLONG-PENOLONG PENGARAH
HAL EHWAL PELAJAR (PPHEP)
KOLEJ-KOLEJ MATRIKULASI KPM
ISI KANDUNGAN
KATA ALUAN PENGARAH........................................................................................ 2
KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH ..................................................................... 3
PENGENALAN........................................................................................................... 4
Matlamat Pilihan raya ............................................................................................. 4
Objektif Pilihan raya ................................................................................................ 4
Hak Institusi ............................................................................................................ 4
CARTA ALIR PROSES PILIHAN RAYA 2021............................................................ 5
JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KOLEJ (SPRK) ................................................... 6
Syarat Pelantikan JPRK (Pelajar) ........................................................................... 6
Tugas dan Tanggungjawab..................................................................................... 7
Permohonan Sebagai Ahli JPRK ............................................................................ 7
SYARAT-SYARAT CALON PILIHAN RAYA .............................................................. 9
MANUAL BORANG PENAMAAN CALON ............................................................... 10
INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS) ...................Error! Bookmark not defined.
SYARAT MENGUNDI ................................................................................................ 4
SYARAT SAH UNDIAN.............................................................................................. 4
SYARAT BANTAHAN PENCALONAN DAN PENAMAAN CALON ............................ 5
SYARAT BANTAHAN KEPUTUSAN.......................................................................... 5
PANEL PENGGUBAL ................................................................................................ 7
LAMPIRAN 1.............................................................................................................. 8
LAMPIRAN 2.............................................................................................................. 8
LAMPIRAN 3............................................................................................................ 10
i
KATA ALUAN PENGARAH
PENGARAH
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
rahmatnya Bahagian Matrikulasi dapat menerbitkan Manual Garis Panduan (Secara Dalam Talian)
Pilihan raya Ambilan 2021/2022 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penerbitan manual ini bertujuan sebagai rujukan dan
garis panduan kepada Pengurusan Kolej-Kolej Matrikulasi KPM untuk melaksanakan Pilihan raya
JPP secara dalam talian selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada
panel penggubal ini yang telah bertungkus-lumus menyediakan garis panduan pelaksanaan pilihan
raya selaras situasi semasa.
Pada dasarnya, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan sebuah badan pelajar yang
ditubuhkan di setiap Kolej Matrikulasi KPM berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 7, Bahagian III,
Akta 174. Pilihanraya JPP perlu dilaksanakan selewat-lewatnya 50 hari selepas pelajar mendaftar
pada setiap sesi pengajian. Berikutan penularan pandemik COVID-19, SOP yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara dipatuhi sepenuhnya sepanjang proses pilihanraya JPP dilaksanakan
secara dalam talian di semua kolej matrikulasi KPM.
Pilihan raya JPP merupakan satu wadah demokrasi yang seharusnya diraikan serta disuburkan
dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi KPM sebagai pendedahan awal kepada Proses Pilihan
raya di peringkat lebih global sesuai dengan kelulusan pindaan Perkara 119 (4) Perlembagaan
Persekutuan pada 25 Julai 2019 di mana pelajar yang berumur 18 ke atas adalah layak untuk
mengundi. Saya mengharapkan bantuan dan kerjasama tuan-tuan untuk membantu anak-anak
pelajar menjalani proses Pilihan raya JPP dengan lancar meskipun pelajar berada di kediaman
masing-masing bagi Semester 1, Sesi Pengajian 2021/2022.
Akhir kata, saya berharap manual ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada pelaksanaan
Pilihan raya JPP di semua kolej matrikulasi KPM.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
2
KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN PELAJAR
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
rahmatnya Bahagian Matrikulasi dapat menerbitkan Manual Garis panduan Pilihan raya
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
panel penggubal yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi menyediakan garis panduan
pelaksanaan pilihanraya selaras situasi semasa pandemik COVID-19.
Paling membanggakan Manual Garis Panduan Pilihan raya JPP Program Matrikulasi KPM ini
berpotensi menjadi satu penanda aras kepada perlaksanaan Pilihan raya secara maya yang
melibatkan para pelajar yang berumur 18 tahun. Selaras dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan
raya Malaysia (SPR) melalui pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan
(Pindaan) 2019, di mana pengundi berumur 18 tahun akan dibenarkan mengundi Pilihan raya umum
yang akan datang.
Pelaksanaan Pilihan raya JPP Program Matrikulasi KPM ini diharapkan dapat memberi pendedahan
awal kepada para pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran
kritis, berupaya mengaplikasi kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, memiliki kematangan
dalam membuat keputusan serta berdikari.
Akhir kata, saya berharap manual ini dapat membantu para pelajar mengimbangi keperluan
menuntut ilmu dengan kemahiran dan kesedaran berpolitik secara sihat dalam dalam mencorakkan
masa hadapan negara yang lebih cerah. Seterusnya dapat memberikan manfaat dan panduan
kepada pelaksana Pilihan raya JPP di semua Kolej Matrikulasi KPM.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TUAN HAJI MOHD KASSIM BIN JAAFAR
3
PENGENALAN
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah merupakan sebuah badan pelajar yang
ditubuhkan di setiap kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan
peruntukan di bawah Seksyen 7, Bahagian III, Akta 174. Jawatankuasa ini berfungsi
sebagai agen perantaraan bagi pihak pengurusan kolej dan pihak pelajar dalam
mengendalikan urusan berkaitan dasar kolej serta kebajikan pelajar. Di samping itu, JPP
juga memainkan peranan yang penting dalam merancang dan melaksanakan pelbagai
aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar agar kehidupan pelajar di kolej dalam suasana yang
ceria, positif dan harmonis. Justeru, penubuhan JPP merupakan satu tanggungjawab
kepada pihak pengurusan kolej yang harus melaksanakan satu proses pilihan raya seperti
yang dinyatakan dalam Kaedah 1(a), Jadual Ketiga, Akta 174.
Matlamat Pilihanraya
Memilih dan membentuk kepemimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi satu
sesi pengajian di setiap Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif Pilihanraya
1. Menjadi mekanisme yang adil dan telus dalam memilih pemimpin pelajar yang akan
memikul tanggungjawab, mewakili dan membantu menguruskan kebajikan pelajar.
2. Membina sikap dan akhlak pelajar yang berdisiplin, terbuka dan bertoleransi.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat kepemimpinan dan
berketrampilan.
4. Memberi pengalaman suasana pilihan raya kepada pelajar agar dapat memahami
dan menyesuaikan diri sebelum berada di dalam masyarakat.
Hak Institusi
Garis panduan ini bertindak sebagai rujukan serta penyelarasan operasi bagi semua Kolej
Matrikulasi KPM dalam melaksanakan Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di
peringkat kolej. Walaubagaimanapun, setiap kolej diberikan hak untuk melaksanakan
kaedah Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengikut kesesuaian institusi namun
tetap tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa dan berdasarkan dalam
Kaedah 1(a), Jadual Ketiga (Seksyen 8.1, Bahagian III) Akta 174.
4
CARTA ALIR PROSES PILIHANRAYA 2021
Perancangan bagi pelaksanaan proses perjalanan Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) Kolej-kolej Matrikulasi KPM Tahun 2021 adalah seperti berikut:
Gambarajah 1 : Carta pelaksanaan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Kolej-kolej Matrikulasi KPM Tahun 2021
5
JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KOLEJ (SPRK)
Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) merupakan badan organisasi yang
bertanggungjawab bagi melaksanakan proses pilihanraya di Kolej-kolej Program
Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang diperuntukan didalam Seksyen
7, Bahagian III, Akta 174:
a. Pemilihan Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) berdasarkan perkara 4.2.1.1
dan perkara 4.2.1.2 didalam buku peraturan dan prosedur Pilihan Raya Kolej-
Kolej Matrikulasi Kemeterian Pelajaran Malaysia . Ahli-ahli JPRK adalah terdiri
daripada Staf Kolej (Pengurusan Kolej, Staf Akademik dan staf sokongan) dan
Pelajar ambilan semasa dan berstatus aktif.
b. Peranan dan tanggungjawab JPRK :
i. Staf Kolej (pegawai pilihanraya)
- Merancang tatacara dan kaedah perlaksanaan pilihanraya secara atas
talian
- Menyediakan kaedah atau medium pilihanraya secara atas talian
- Mengawal selia perjalanan pilihanraya secara online sebelum, semasa
dan selepas
- Menguruskan penamaan dan pemilihan calon secara atas talian
- Mengumum calon-calon yang menang piliharaya
- Memastikan pilihanraya secara atas talian dijalankan dengan baik dan
tersusun
ii. Pelajar
- Membantu pegawai pilihanraya menyediakan kaedah atau medium bagi
calon untuk menyampaikan manifesto secara atas talian
- Membantu pegawai pilihan raya mengawal selia perjalanan pilihanraya
secara atas talian sebelum, semasa dan selepas
- Membantu menguruskan proses pengumuman penamaan calon
- Membantu pegawai pilihanraya mengedarkan borang dan hebahan
pilihanraya secara talian
c. Ahli JPRK boleh dilucutkan jawatan pada bila-bila masa sekiranya disahkan
melanggar syarat-syarat yang di tetapkan berdasarkan perkara ii & iii bagi staf Kolej
(perkara 4.2.1.1) dan perkara I,ii,iii dan iv bagi pelajar (perkara 4.2.1.2)
Syarat Pelantikan JPRK (Pelajar)
1. Merupakan pelajar kolej yang berdaftar bagi tahun semasa
2. Tidak boleh bertanding sebagai calon
3. Tidak Boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada calon bertanding
6
4. Tidak boleh berkecenderungan, memihak atau berkempen bagi mana-mana calon
bertanding.
5. Layak untuk mengundi bagi calon wakil jurusan
6. Sanggup memberikan komitmen dalam menguruskan proses pilihanraya
7. Mendapat persetujuan Ibubapa dan Coach MEPro masing-masing untuk terlibat.
8. Bersedia menerima arahan bertugas.
Tugas dan Tanggungjawab
1. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej membuat hebahan maklumat
pilihanraya kepada calon
2. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej membuat penamaan calon
3. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej mengurus kempen pilihanraya
4. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej memantau kempen pilihanraya
Permohonan Sebagai Ahli JPRK
CONTOH BORANG PERMOHONAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA (JPRK)
GOOGLE FORM
7
*NOTA : Jumlah ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kolej (JPRK) adalah
bergantung kepada keperluan kolej masing-masing.
8
SYARAT-SYARAT CALON PILIHAN RAYA
1. Calon mestilah pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berdaftar di Kolej Matrikulasi KPM dan berstatus aktif bagi sesi semasa
2. Calon mesti mempunyai pencapaian akademik yang baik, pandai bergaul dan
bersosial, aktif, mempunyai karisma kepimpinan serta sihat tubuh badan.
3. Pelajar yang berminat serta memenuhi kriteria di atas, boleh melengkapkan borang
di dalam Google Form penamaan calon pada pautan link yang disediakan.
a. Pastikan dokumen berikut disediakan:
i. Gambar
ii. Calon perlu mendapat sokongan daripada Coach MEPRo masing-
masing.
iii. Salinan keputusan SPM
iv. Apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh JPRK
4. Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) berhak membuat saringan awal dan
menghadkan bilangan calon yang bertanding mengikut kuota kerusi yang
dipertandingkan bagi setiap aliran.
5. Pelajar yang mencalonkan diri perlu yang melepasi saringan awal dengan menjawab
Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) bagi menilai ciri-ciri kepimpinan yang ada pada
calon.
6. Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak HEP dan layak untuk bertanding.
9
MANUAL BORANG PENAMAAN CALON
1. Sebelum mengisi Borang Penamaan Calon secara dalam talian, calon hendaklah
mempunyai SEORANG PENCADANG dan SEORANG PENYOKONG yang
merupakan pelajar Kolej Matrikulasi KPM. Maklumat pencadang dan penyokong yang
diperlukan adalah:
1.1 Nama
1.2 No Matrik
1.3 ID akaun Delima
2. Calon dikehendaki melengkapkan Surat Jaminan Calon Pilihan Raya JPP yang
disahkan oleh Pensyarah Akademik / Coach MEPro masing-masing (Lampiran 1).
3. Calon perlu memuat naik gambar (format JPEG) dan melengkapkan semua
bahagian (section) pada Borang Penamaan calon.
(i) Section 1 : Butiran Peribadi Calon
10
11
(ii) Section 2 : Maklumat Pencadang dan Penyokong
1
(iii) Section 3 : Pengesahan Calon
Selepas menghantar Borang Penamaan Calon dan menekan SUBMIT, maka calon
akan mendapat link untuk menjawab soalan Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang
dibekalkan melalui pautan yang disediakan seperti contoh di bawah.
2
INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang ingin bertanding perlu menjalani
Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang bertujuan sebagai alat pengesanan trait-trait
kepemimpinan dalam diri pelajar.
Panduan IPS adalah seperti berikut :
1. Calon bertanding perlu melengkapkan google form IPS bermula dari
Maklumat Diri, bahagian A sehingga Bahagian I. Terdapat 160 soalan yang
perlu dijawab oleh calon JPP. Pautan bagi IPS adalah seperti berikut:
2. Link : akan dibekalkan melalui Google Form Borang Penamaan Calon Pilihan
Raya JPP kolej. Sebanyak 160 soalan calon perlu jawab dalam masa 1 jam.
3. Hasil analisa IPS ini akan dikemukan kepada calon-calon untuk tindakan
proses pencalonan seterusnya sebelum penamaan calon.
160
SOALAN
3
SYARAT MENGUNDI
1. Pengundi merupakan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang berdaftar di kolej berkenaan dan berstatus aktif bagi sesi semasa
(seperti di dalam rekod MIS kolej Matrikulasi KPM).
2. Memiliki akaun e-mel Delima (MOE) yang aktif milik peribadi pelajar berdaftar
Program Matrikulasi KPM ambilan tahun semasa yang berdaftar dan berstatus
aktif.
3. Pelajar hanya mengundi bagi memilih calon dari jurusan dan aliran yang sama
dengannya, seperti yang diperuntukan dalam Peraturan Pilihan raya Kolej-kolej
Matrikulasi KPM (Perkara 1: Jadual 3 Akta 174).
4. Undian bagi pelajar yang mengundi calon dari jurusan / aliran yang berbeza akan
dikira sebagai undi rosak.
5. Pelajar wajib mengundi mengikut masa dan tarikh yang telah dijadualkan oleh
pihak Jawatankuasa Pilihanraya Kolej (JPRK) sahaja. Undian yang di luar
daripada masa dan tarikh yang ditetapkan adalah tidak dikira.
6. Undian pelajar adalah rahsia
SYARAT SAH UNDIAN
1. Pengundi adalah pelajar yang telah berdaftar secara rasmi pada sesi pengajian
semasa di kolej berkenaan.
2. Undian hanya dibuat menggunakan ID DELIMa yang diperuntukkan oleh Kolej
Matrikulasi pelajar mendaftar.
3. Hanya pengundi yang menerima invitation bagi tujuan pengundian melalui
email ID DELIMa sahaja akan DITERIMA.
4. Pengundi perlu mengundi mengikut saluran/ jurusan/ aliran yang telah
ditetapkan berdasarkan link kertas undi yang diemelkan.
5. Pengundian dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Undian selepas
waktu tamat adalah DITOLAK.
4
SYARAT BANTAHAN PENCALONAN DAN PENAMAAN CALON
1. Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang berdaftar
di kolej dan berstatus aktif (di dalam MIS) layak menjadi calon pilihanraya.
2. Pelajar bertanding mewakili jurusan yang sama (perkara 1.b, Perlembagaan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).
3. Bantahan hanya dibenarkan dari seroang calon terhadap calon yang lain dari
jurusan yang sama.
4. Calon tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib (perkara 6.1,
Perlembagaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).
5. Bantahan perlu dilakukan sehari sebelum tarikh penamaan calon.
6. Bantahan penamaan calon pilihan raya tidak akan dilayan selepas dua jam dari
senarai nama calon yang diumumkan.
7. Calon yang membantah perlu mengisi Borang Bantahan Penamaan Calon
(Lampiran 3) dengan lengkap beserta lampiran bukti atau pengakuan saksi
yang relevan dan dimuatnaik secara atas talian.
8. Keputusan bantahan diputuskan oleh Pengerusi JPRK iaitu Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar.
9. Sebarang rayuan terhadap keputusan bantahan hanya perlu dirujuk kepada
Pengarah kolej sahaja.
SYARAT BANTAHAN KEPUTUSAN
1. Sebarang bantahan keputusan menggunakan borang yang disediakan oleh
SPRK beserta bukti sokongan (Lampiran 4).
2. Individu yang membuat bantahan mesti bertanggungjawab ke atas maklumat
yang diberikan dalam borang bantahan.
3. Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.00.
4. Bentuk bantahan adalah:
i. Bantahan untuk keputusan kiraan undi pilihanraya adalah dalam tempoh
satu (1) jam selepas keputusan dipamerkan.
ii. Bantahan kempen calon di dalam proses pilihanraya tidak akan dilayan
selepas lapan (8) jam tempoh masa berkempen berakhir.
5
5. Siasatan terhadap bantahan akan dibuat oleh SPRK. Keputusan bantahan
diputuskan oleh Pengerusi JPRK (Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar).
6. Sebarang rayuan terhadap keputusan bantahan hanya perlu dirujuk kepada
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) atau Pengarah Kolej. Keputusan PHEP
atau Pengarah Kolej adalah muktamad.
6
PANEL PENGGUBAL
MANUAL GARIS PANDUAN
(PILIHAN RAYA SECARA DALAM TALIAN)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN 2021/2022
PENAUNG : DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
PENASIHAT : PENGARAH BMKPM
PENYELARAS :
TUAN HAJI MOHD KASSIM BIN JAAFAR
JURULATIH UTAMA : TIMBALAN PENGARAH BMKPM
SETIAUSAHA : FAIRUREDZA BIN KASSIM
PENOLONG PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR (PPHEP)
PEN. SETIAUSAHA : KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)
KETUA EDITOR : MOHD AZRI BIN ABDUL JALIL
PPHEP KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)
PEN. KETUA EDITOR :
MOHD MOHSHEN BIN JAAMAT (PPHEP KMM)
WAN NURLAILA BINTI WAN AHMAD (PPHEP KMKt)
MOHD BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH (PPHEP KMP)
ARIS HANAFI BIN ABU JALIL (PPHEP KMPk)
EDITOR UTAMA : HAYATUL KHAIRIAH BT. MOHD ZAKI (PPHEP KMPk)
SHAMSHUL SAKINAH BINTI HAMZAH (PPHEP KMK)
SITI NORLATIFAH BT DARUS (PPHEP KMPP)
HAYATI BAIZURAH BINTI IBRAHIM (PPHEP KMS)
NOR HAZURA BINTI MOHD (PPHEP KMPh)
ZIN AKMAL BIN MOHD HALID (PPHEP KMKJ)
EDITOR BERSAMA : MOHD ANUAR BIN ALI (PPHEP KMPh)
MOHD ROSLAN BIN MOKHTAR (PPHEP KMKPh)
FIRDAN DARWIS BIN MOHD. SANI (PPHEP KMS)
MOHAMAD AFIZAN BIN MOHAMED ARIS (PPHEP KMNS)
MOHD NIZAM BIN ABDULLAH (PPHEP KMKK)
NURDIYAWATI BINTI ABIDIN (PPHEP KMM)
AZNIROL AZMA BINTI ABU BAKAR @ OTHMAN (PPHEP KMP)
MOHD FUAD BIN SALIHIN (PPHEP KMJ)
MOHD SALMIZIE BIN MOHD SALLEH (PPHEP KMKt)
ZAENAH BINTI SUHAILI (PPHEP KML)
AHMAD SYUHUD BIN SHUHIM (PPHEP KMSw)
7
LAMPIRAN 1
[CONTOH]
SURAT JAMINAN CALON PILIHAN RAYA JPP
PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS TAHUN 2021
Tarikh:...............................
Pengerusi,
Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Kolej Matrikulasi Perlis
02600 Arau, Perlis
Tuan,
JAMINAN CALON PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS AMBILAN 2021
Nama Pelajar: ..............................................................
No. Matrik : .................................................................. No. Telefon : .................................
Jurusan :.............................. No. Kumpulan MEPro : ..........
Saya dengan ini mengakui bahawa sepanjang pengetahuan saya, pelajar ini;
✓ Merupakan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
✓ Menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi & berdisiplin,
✓ Sanggup memberikan komitmen dan bertanggungjawab akademik serta boleh
membantu pihak kolej khususnya dalam aspek kebajikan pelajar,
✓ Menunjukkan wibawa bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar di kolej lebih ceria
dan harmoni,
✓ Tidak menunjukkan sebarang sikap yang berupa perkauman, kenegerian, ideologi
politik dan kepartian seperti mana terkandung dalam Peraturan & Prosedur Pilihan
Raya Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia,
✓ Tidak pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak kolej.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
...........................................................
Nama dan cap jawatan
Pensyarah pembimbing / Coach MEPro
8
LAMPIRAN 2
9
LAMPIRAN 3
BORANG BANTAHAN PENCALONAN DAN PENAMAAN CALON
KOLEJ MATRIKULASI _______________________
A. BUTIR-BUTIR PENGADU
NAMA PENUH: _______________________________________________________
NO. KAD PENGENALAN: _________________________
NO. MATRIK PELAJAR: __________________________
NO. TELEFON BIMBIT: ___________________________
B. NAMA CALON YANG DIBANTAH
NAMA PENUH: _______________________________________________________
NO. MATRIK PELAJAR: __________________________
C. ALASAN BANTAHAN
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
D. SILA MUAT NAIK DOKUMEN BERKAITAN (RUJUK ALAMAT EMEL YANG DIBERIKAN)
E. PENGAKUAN PENGADU
Saya sesungguhnya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dalam borang ini
adalah benar belaka.
Tandatangan : ______________
Tarikh : ______________
*sila guna Aplikasi WPS jika Tandatangan mengunakan telefon pintar.
Ulasan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej
*( Diterima / Ditolak )
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Tandatangan & Cap Jawatan : __________________________________
Tarikh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej
:
10