MANUAL GARIS PANDUAN
(PILIHAN RAYA SECARA DALAM TALIAN )
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
(JPP) PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(KPM) AMBILAN 2021/2022
DISEDIAKAN OLEH
PENOLONG-PENOLONG PENGARAH
HAL EHWAL PELAJAR (PPHEP)
KOLEJ-KOLEJ MATRIKULASI KPM
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
KATA ALUAN PENGARAH 2
KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH 3
PENGENALAN 4
Matlamat Pilihan raya 4
Objektif Pilihan raya 4
Hak Institusi 4
JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KOLEJ 5
(SPRK) 5
Syarat Pelantikan JPRK (Pelajar)
Tugas dan Tanggungjawab 6
Permohonan Sebagai Ahli JPRK 6
SYARAT-SYARAT CALON PILIHAN RAYA 8
MANUAL BORANG PENAMAAN CALON 9
INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS) 13
SYARAT MENGUNDI 14
SYARAT SAH UNDIAN 14
SYARAT BANTAHAN PENCALONAN 15
DAN PENAMAAN CALON
16
SYARAT BANTAHAN KEPUTUSAN 17
PANEL PENGGUBAL 18
LAMPIRAN 1 19
LAMPIRAN 2 20
LAMPIRAN 2
i
KATA ALUAN PENGARAH
PENGARAH
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah rahmatnya Bahagian Matrikulasi dapat menerbitkan Manual Garis Panduan
(Secara Dalam Talian) Pilihan raya Ambilan 2021/2022 Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penerbitan
manual ini bertujuan sebagai rujukan dan garis panduan kepada Pengurusan Kolej-Kolej
Matrikulasi KPM untuk melaksanakan Pilihan raya JPP secara dalam talian selaras
dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada panel
penggubal ini yang telah bertungkus-lumus menyediakan garis panduan
pelaksanaan pilihan raya selaras situasi semasa.
Pada dasarnya, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan sebuah badan
pelajar yang ditubuhkan di setiap Kolej Matrikulasi KPM berdasarkan peruntukan dalam
Seksyen 7, Bahagian III, Akta 174. Pilihanraya JPP perlu dilaksanakan selewat-
lewatnya 50 hari selepas pelajar mendaftar pada setiap sesi pengajian. Berikutan
penularan pandemik COVID-19, SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara
dipatuhi sepenuhnya sepanjang proses pilihanraya JPP dilaksanakan secara dalam talian
di semua kolej matrikulasi KPM.
Pilihan raya JPP merupakan satu wadah demokrasi yang seharusnya diraikan serta
disuburkan dalam kalangan pelajar Program Matrikulasi KPM sebagai pendedahan awal
kepada Proses Pilihan raya di peringkat lebih global sesuai dengan kelulusan
pindaan Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan pada 25 Julai 2019 di mana
pelajar yang berumur 18 ke atas adalah layak untuk mengundi. Saya mengharapkan
bantuan dan kerjasama tuan-tuan untuk membantu anak-anak pelajar menjalani proses
Pilihan raya JPP dengan lancar meskipun pelajar berada di kediaman masing-masing
bagi Semester 1, Sesi Pengajian 2021/2022.
Akhir kata, saya berharap manual ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada
pelaksanaan Pilihan raya JPP di semua kolej matrikulasi KPM.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 2
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN PELAJAR BAHAGIAN
MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah rahmatnya Bahagian Matrikulasi dapat menerbitkan Manual
Garis panduan Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua panel penggubal yang telah memberi komitmen yang
tinggi bagi menyediakan garis panduan pelaksanaan pilihanraya selaras situasi
semasa pandemik COVID-19.
Paling membanggakan Manual Garis Panduan Pilihan raya JPP Program
Matrikulasi KPM ini berpotensi menjadi satu penanda aras kepada perlaksanaan
Pilihan raya secara maya yang melibatkan para pelajar yang berumur 18 tahun.
Selaras dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) melalui
pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan)
2019, di mana pengundi berumur 18 tahun akan dibenarkan mengundi Pilihan
raya umum yang akan datang.
Pelaksanaan Pilihan raya JPP Program Matrikulasi KPM ini diharapkan
dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang tanggungjawab
mereka sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran kritis, berupaya mengaplikasi
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, memiliki kematangan dalam
membuat keputusan serta berdikari.
Akhir kata, saya berharap manual ini dapat membantu para pelajar mengimbangi
keperluan menuntut ilmu dengan kemahiran dan kesedaran berpolitik
secara sihat dalam dalam mencorakkan masa hadapan negara yang lebih
cerah. Seterusnya dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pelaksana
Pilihan raya JPP di semua Kolej Matrikulasi KPM.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” 3
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TUAN HAJI MOHD KASSIM BIN JAAFAR
PENGENALAN
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah merupakan sebuah badan pelajar
yang ditubuhkan di setiap kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7, Bahagian III, Akta 174.
Jawatankuasa ini berfungsi sebagai agen perantaraan bagi pihak pengurusan
kolej dan pihak pelajar dalam mengendalikan urusan berkaitan dasar kolej serta
kebajikan pelajar. Di samping itu, JPP juga memainkan peranan yang penting dalam
merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar
agar kehidupan pelajar di kolej dalam suasana yang ceria, positif dan harmonis.
Justeru, penubuhan JPP merupakan satu tanggungjawab kepada pihak pengurusan
kolej yang harus melaksanakan satu proses pilihan raya seperti yang dinyatakan dalam
Kaedah 1(a), Jadual Ketiga, Akta 174.
Matlamat Pilihanraya
Memilih dan membentuk kepemimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi
satu sesi pengajian di setiap Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif Pilihanraya
1.Menjadi mekanisme yang adil dan telus dalam memilih pemimpin pelajar yang
akan memikul tanggungjawab, mewakili dan membantu menguruskan kebajikan
pelajar.
2.Membina sikap dan akhlak pelajar yang berdisiplin, terbuka dan bertoleransi.
3.Memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat kepemimpinan dan
berketrampilan.
4.Memberi pengalaman suasana pilihan raya kepada pelajar agar dapat memahami
dan menyesuaikan diri sebelum berada di dalam masyarakat.
Hak Institusi
Garis panduan ini bertindak sebagai rujukan serta penyelarasan operasi bagi semua
Kolej Matrikulasi KPM dalam melaksanakan Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar di peringkat kolej. Walaubagaimanapun, setiap kolej diberikan hak untuk
melaksanakan kaedah Pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengikut
kesesuaian institusi namun tetap tertakluk kepada peraturan yang sedang
berkuatkuasa dan berdasarkan dalam Kaedah 1(a), Jadual Ketiga (Seksyen 8.1,
Bahagian III) Akta 174.
4
JAWATANKUASA PILIHAN RAYA KOLEJ (SPRK)
Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) merupakan badan organisasi yang
bertanggungjawab bagi melaksanakan proses pilihanraya di Kolej-kolej
Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang diperuntukan
didalam Seksyen 7, Bahagian III, Akta 174:
a.Pemilihan Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) berdasarkan perkara 4.2.1.1 dan
perkara 4.2.1.2 didalam buku peraturan dan prosedur Pilihan Raya Kolej- Kolej
Matrikulasi Kemeterian Pelajaran Malaysia . Ahli-ahli JPRK adalah terdiri daripada
Staf Kolej (Pengurusan Kolej, Staf Akademik dan staf sokongan) dan Pelajar ambilan
semasa dan berstatus aktif.
b.Peranan dan tanggungjawab JPRK :
i. Staf Kolej (pegawai pilihanraya)
- Merancang tatacara dan kaedah perlaksanaan pilihanraya secara atas
talian
- Menyediakan kaedah atau medium pilihanraya secara atas talian
- Mengawal selia perjalanan pilihanraya secara online sebelum, semasa
dan selepas
- Menguruskan penamaan dan pemilihan calon secara atas talian
- Mengumum calon-calon yang menang piliharaya
- Memastikan pilihanraya secara atas talian dijalankan dengan baik dan
tersusun
ii. Pelajar
- Membantu pegawai pilihanraya menyediakan kaedah atau medium
bagi calon untuk menyampaikan manifesto secara atas talian
- Membantu pegawai pilihan raya mengawal selia perjalanan
pilihanraya secara atas talian sebelum, semasa dan selepas
- Membantu menguruskan proses pengumuman penamaan calon
- Membantu pegawai pilihanraya mengedarkan borang dan hebahan
pilihanraya secara talian
c. Ahli JPRK boleh dilucutkan jawatan pada bila-bila masa disahkan
sekiranya melanggar syarat-syarat yang di tetapkan berdasarkan bagi staf
pKeorlekaj (rpaeirika&raiii4.2.1.1) dan perkara I,ii,iii dan iv bagi pelajar (perkara 4.2.1.2)
Syarat Pelantikan JPRK (Pelajar)
1. Merupakan pelajar kolej yang berdaftar bagi tahun semasa
2. Tidak boleh bertanding sebagai calon
3. Tidak Boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada calon bertanding
5
4. Tidak boleh berkecenderungan, memihak atau berkempen bagi mana-mana
calon bertanding.
5. Layak untuk mengundi bagi calon wakil jurusan
6. Sanggup memberikan komitmen dalam menguruskan proses pilihanraya
7. Mendapat persetujuan Ibubapa dan Coach MEPro masing-masing untuk
terlibat.
8. Bersedia menerima arahan bertugas.
Tugas dan Tanggungjawab
1. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej membuat hebahan maklumat
pilihanraya kepada calon
2. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej membuat penamaan calon
3. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej mengurus kempen pilihanraya
4. Membantu Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej memantau kempen pilihanraya
Permohonan Sebagai Ahli JPRK
CONTOH BORANG PERMOHONAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA (JPRK)
GOOGLE FORM
6
*NOTA : Jumlah ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kolej (JPRK) adalah
bergantung kepada keperluan kolej masing-masing.
7
SYARAT-SYARAT CALON PILIHAN RAYA
1.Calon mestilah pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berdaftar di Kolej Matrikulasi KPM dan berstatus aktif bagi sesi semasa
2.Calon mesti mempunyai pencapaian akademik yang baik, pandai bergaul dan
bersosial, aktif, mempunyai karisma kepimpinan serta sihat tubuh badan.
3.Pelajar yang berminat serta memenuhi kriteria di atas, boleh melengkapkan borang di
dalam Google Form penamaan calon pada pautan link yang disediakan.
a. Pastikan dokumen berikut disediakan:
i. Gambar
ii. Calon perlu mendapat sokongan daripada Coach MEPRo masing-
masing.
iii. Salinan keputusan SPM
iv. Apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh JPRK
4.Jawatankuasa Pilihan Raya Kolej (JPRK) berhak membuat saringan awal dan
menghadkan bilangan calon yang bertanding mengikut kuota kerusi yang
dipertandingkan bagi setiap aliran.
5.Pelajar yang mencalonkan diri perlu yang melepasi saringan awal dengan
menjawab Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) bagi menilai ciri-ciri kepimpinan yang
ada pada calon.
6.Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak HEP dan layak untuk
bertanding.
8
MANUAL BORANG PENAMAAN CALON
1. Sebelum mengisi Borang Penamaan Calon secara dalam talian, calon
hendaklah mempunyai SEORANG PENCADANG dan SEORANG
PENYOKONG yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi KPM. Maklumat
pencadang dan penyokong yang diperlukan adalah:
1. Nama
2. No Matrik
3. ID akaun Delima
2. Calon dikehendaki melengkapkan Surat Jaminan Calon Pilihan Raya JPP yang
disahkan oleh Pensyarah Akademik / Coach MEPro masing-masing (Lampiran 1).
3. Calon perlu memuat naik gambar (format JPEG) dan melengkapkan semua
bahagian (section) pada Borang Penamaan calon.
(i) Section 1 : Butiran Peribadi Calon
9
10
(ii) Section 2 : Maklumat Pencadang dan Penyokong
11
(iii) Section 3 : Pengesahan Calon 12
Selepas menghantar Borang Penamaan Calon dan menekan SUBMIT, maka calon
akan mendapat link untuk menjawab soalan Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang
dibekalkan melalui pautan yang disediakan seperti contoh di bawah.
INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang ingin bertanding perlu menjalani
Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang bertujuan sebagai alat pengesanan trait-trait
kepemimpinan dalam diri pelajar.
Panduan IPS adalah seperti berikut :
1.Calon bertanding perlu melengkapkan google form IPS bermula dari Maklumat Diri,
bahagian A sehingga Bahagian I. Terdapat 160 soalan yang perlu dijawab oleh calon
JPP. Pautan bagi IPS adalah seperti berikut:
2.Link : akan dibekalkan melalui Google Form Borang Penamaan Calon Pilihan Raya
JPP kolej. Sebanyak 160 soalan calon perlu jawab dalam masa 1 jam.
3.Hasil analisa IPS ini akan dikemukan kepada calon-calon untuk tindakan
proses pencalonan seterusnya sebelum penamaan calon.
13
160
SOALAN
SYARAT MENGUNDI 14
1.Pengundi merupakan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang berdaftar di kolej berkenaan dan berstatus aktif bagi sesi semasa
(seperti di dalam rekod MIS kolej Matrikulasi KPM).
2.Memiliki akaun e-mel Delima (MOE) yang aktif milik peribadi pelajar berdaftar
Program Matrikulasi KPM ambilan tahun semasa yang berdaftar dan berstatus
aktif.
3.Pelajar hanya mengundi bagi memilih calon dari jurusan dan aliran yang
sama dengannya, seperti yang diperuntukan dalam Peraturan Pilihan raya Kolej-
kolej Matrikulasi KPM (Perkara 1: Jadual 3 Akta 174).
4.Undian bagi pelajar yang mengundi calon dari jurusan / aliran yang berbeza akan
dikira sebagai undi rosak.
5.Pelajar wajib mengundi mengikut masa dan tarikh yang telah dijadualkan oleh
pihak Jawatankuasa Pilihanraya Kolej (JPRK) sahaja. Undian yang di luar
daripada masa dan tarikh yang ditetapkan adalah tidak dikira.
6.Undian pelajar adalah rahsia
SYARAT SAH UNDIAN
1.Pengundi adalah pelajar yang telah berdaftar secara rasmi pada sesi
pengajian semasa di kolej berkenaan.
2.Undian hanya dibuat menggunakan ID DELIMa yang diperuntukkan oleh Kolej
Matrikulasi pelajar mendaftar.
3.Hanya pengundi yang menerima invitation bagi tujuan pengundian melalui
email ID DELIMa sahaja akan DITERIMA.
4.Pengundi perlu mengundi mengikut saluran/ jurusan/ aliran yang telah
ditetapkan berdasarkan link kertas undi yang diemelkan.
5.Pengundian dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Undian selepas
waktu tamat adalah DITOLAK.
SYARAT BANTAHAN PENCALONAN DAN PENAMAAN CALON
151.Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang berdaftar di
kolej dan berstatus aktif (di dalam MIS) layak menjadi calon pilihanraya.
2.Pelajar bertanding mewakili jurusan yang sama (perkara 1.b, Perlembagaan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).
3.Bantahan hanya dibenarkan dari seroang calon terhadap calon yang lain dari
jurusan yang sama.
4.Calon tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib (perkara 6.1,
Perlembagaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar).
5.Bantahan perlu dilakukan sehari sebelum tarikh penamaan calon.
6.Bantahan penamaan calon pilihan raya tidak akan dilayan selepas dua jam
dari senarai nama calon yang diumumkan.
7.Calon yang membantah perlu mengisi Borang Bantahan Penamaan Calon
(Lampiran 3) dengan lengkap beserta lampiran bukti atau pengakuan saksi
yang relevan dan dimuatnaik secara atas talian.
8.Keputusan bantahan diputuskan oleh Pengerusi JPRK iaitu Ketua Jabatan
Pengurusan Pelajar.
9.Sebarang rayuan terhadap keputusan bantahan hanya perlu dirujuk kepada
Pengarah kolej sahaja.
SYARAT BANTAHAN KEPUTUSAN
1. Sebarang bantahan keputusan menggunakan borang yang disediakan
oleh SPRK beserta bukti sokongan (Lampiran 4).
2. Individu yang membuat bantahan mesti bertanggungjawab ke atas maklumat
yang diberikan dalam borang bantahan.
3. Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.00.
4. Bentuk bantahan adalah:
i. Bantahan untuk keputusan kiraan undi pilihanraya adalah dalam
tempoh satu (1) jam selepas keputusan dipamerkan.
ii. Bantahan kempen calon di dalam proses pilihanraya tidak akan dilayan
selepas lapan (8) jam tempoh masa berkempen berakhir.
16
5. Siasatan terhadap bantahan akan dibuat oleh SPRK. Keputusan bantahan
diputuskan oleh Pengerusi JPRK (Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar).
6.
Sebarang rayuan terhadap keputusan bantahan hanya perlu dirujuk
kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) atau Pengarah Kolej.
Keputusan PHEP atau Pengarah Kolej adalah muktamad.
PANEL PENGGUBAL
MANUAL GARIS PANDUAN 17
(PILIHAN RAYA SECARA DALAM TALIAN)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) AMBILAN 2021/2022
PENAUNG : DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
PENASIHAT : PENGARAH BMKPM
PENYELARAS : TUAN HAJI MOHD KASSIM BIN JAAFAR
TIMBALAN PENGARAH BMKPM
JURULATIH UTAMA :
FAIRUREDZA BIN KASSIM
SETIAUSAHA : PENOLONG PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR (PPHEP)
PEN. SETIAUSAHA : KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)
KETUA EDITOR : MOHD AZRI BIN ABDUL JALIL
PPHEP KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (KMPP)
PEN. KETUA EDITOR : MOHD MOHSHEN BIN JAAMAT (PPHEP KMM)
EDITOR UTAMA : WAN NURLAILA BINTI WAN AHMAD (PPHEP KMKt)
EDITOR BERSAMA : MOHD BADRUL HISHAM BIN ABDULLAH (PPHEP KMP)
ARIS HANAFI BIN ABU JALIL (PPHEP KMPk)
HAYATUL KHAIRIAH BT. MOHD ZAKI (PPHEP KMPk)
SHAMSHUL SAKINAH BINTI HAMZAH (PPHEP KMK)
SITI NORLATIFAH BT DARUS (PPHEP KMPP)
HAYATI BAIZURAH BINTI IBRAHIM (PPHEP KMS)
NOR HAZURA BINTI MOHD (PPHEP KMPh)
ZIN AKMAL BIN MOHD HALID (PPHEP KMKJ)
MOHD ANUAR BIN ALI (PPHEP KMPh)
MOHD ROSLAN BIN MOKHTAR (PPHEP KMKPh) FIRDAN
DARWIS BIN MOHD. SANI (PPHEP KMS) MOHAMAD AFIZAN
BIN MOHAMED ARIS (PPHEP KMNS) MOHD NIZAM BIN
ABDULLAH (PPHEP KMKK) NURDIYAWATI BINTI ABIDIN
(PPHEP KMM)
AZNIROL AZMA BINTI ABU BAKAR @ OTHMAN (PPHEP KMP)
MOHD FUAD BIN SALIHIN (PPHEP KMJ)
MOHD SALMIZIE BIN MOHD SALLEH (PPHEP KMKt) ZAENAH
BINTI SUHAILI (PPHEP KML)
AHMAD SYUHUD BIN SHUHIM (PPHEP KMSw)
LAMPIRAN 1
[CONTOH] 18
SURAT JAMINAN CALON PILIHAN RAYA JPP
PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) KOLEJ MATRIKULASI
PERLIS TAHUN 2021
Tarikh:...............................
Pengerusi,
Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Perlis
02600 Arau, Perlis
Tuan,
JAMINAN CALON PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS AMBILAN 2021
Nama Pelajar: ..............................................................
No. Matrik : .................................................................. No. Telefon : .................................
Jurusan :.............................. No. Kumpulan MEPro : ..........
Saya dengan ini mengakui bahawa sepanjang pengetahuan saya, pelajar ini;
✓Merupakan pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
✓Menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi & berdisiplin,
✓Sanggup memberikan komitmen dan bertanggungjawab akademik serta boleh
membantu pihak kolej khususnya dalam aspek kebajikan pelajar,
✓Menunjukkan wibawa bagi mewujudkan suasana kehidupan pelajar di kolej lebih ceria
dan harmoni,
✓Tidak menunjukkan sebarang sikap yang berupa perkauman, kenegerian, ideologi
politik dan kepartian seperti mana terkandung dalam Peraturan & Prosedur Pilihan
Raya Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia,
✓Tidak pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak kolej.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
...........................................................
Nama dan cap jawatan
Pensyarah pembimbing / Coach MEPro
LAMPIRAN 2
19
LAMPIRAN 3
BORANG BANTAHAN PENCALONAN DAN PENAMAAN CALON KOLEJ
MATRIKULASI
A. BUTIR-BUTIR PENGADU
NAMA PENUH:
NO. KAD PENGENALAN:
NO. MATRIK PELAJAR:
NO. TELEFON BIMBIT:
B. NAMA CALON YANG DIBANTAH
NAMA PENUH:
NO. MATRIK PELAJAR:
C. ALASAN BANTAHAN
D. SILA MUAT NAIK DOKUMEN BERKAITAN (RUJUK ALAMAT EMEL YANG DIBERIKAN)
E. PENGAKUAN PENGADU
Saya sesungguhnya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dalam borang ini
adalah benar belaka.
Tandatangan : Tarikh :
*sila guna Aplikasi WPS jika Tandatangan mengunakan telefon pintar.
Ulasan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej
*( Diterima / Ditolak )
Tandatangan & Cap Jawatan :
Tarikh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej
:
20