The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernarina2830, 2022-01-06 07:14:44

Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

Ernawati Binti Tamarin

Politeknik Metro Betong Sarawak

ABSTRAK

Masalah gejala sosial dikalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi, IPT telah memberi impak yang besar
dalam negara Malaysia terutamanya pada sektor pendidikan. Gejala sosial yang berlaku dari kalangan
pelajar IPT ini juga cukup memberikan cabaran yang besar pada para pendidik di setiap institusi pendidikan
dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang dari segi intelek dan akhlak pelajar. Lumrah dan roda
kehidupan menyebabkan insan yang bergelar pendidik sering menghadapi cabaran dan dugaan (Saedah
Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012). Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji tentang
persepsi pelajar mengenai faktor gejala sosial dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang
bertempatkan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor. Kajian yang dilakukan ini sekaligus
bertujuan meninjau mengenai kesan sekiranya pelajar institusi tersebut terus terlibat dalam gejala sosial.
Kajian ini telah dilaksanakan dengan cara menyebarkan beberapa soalan yang berbentuk soal selidik yang
dibuat melalui sebuah pautan iaitu Google Forms yang telah disediakan khas untuk mengkaji kes ini. Kajian
ini dilaksakan keatas 32 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari beberapa jenis jabatan yang berbeza
yang terdapat di politeknik tersebut. Kajian mendapati bahawa 78% pelajar bersetuju bahawa faktor
terlibatnya pelajar di politeknik tersebut dalam gejala sosial adalah disebabkan oleh sikap ingin mencuba
perkara baru, sekaligus ini telah menjadi faktor utama yang menyebabkan pelajar di politeknik tersebut
terlibat dalam gejala sosial. Manakala, 75% pelajar yang bersetuju bahawa kesan terdalam akibat terus
terlibat dengan gejala sosial adalah akan menyebabkan mereka sukar fokus dalam pelajaran.

Kata Kunci: Faktor, kesan, gejala sosial, pelajar

1.0 PENGENALAN

Menurut (Hamzah, 2003), gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan seseorang manusia atau
individu yang terkeluar daripada batas-batas normal dan diterima umum, tidak hairanlah dari aspek agama,
sosial serta budaya kehidupan masyarakat. Namun, gejala sosial dalam kalangan remaja di Malaysia
semakin membimbangkan lebih-lebih lagi dikalangan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hal ini
seharusnya tidak berlaku kerana institusi pengajian sepatutnya dijadikan satu tempat dimana seseorang
individu atau pelajar membentuk jati diri mereka sebelum keluar menempuh dunia luar dan mengenali
dunia pekerjaan yang sebenar. Banyak yang kita telah dengar tentang masalah sosial dari kalangan pelajar
sekarang. Oleh kerana remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara pada masa akan datang, maka
kegiatan mereka sering mendapat perhatian dari segenap masyarakat sekaligus juga sering menjadi topik
utama dalam pelbagai perbicaraan, baik dari aspek media massa mahupun media cetak.

Setelah keluar dari alam persekolahan, pelajar yang menyambung pelajaran akan masuk ke dunia
Institusi Pengajian Tinggi, (IPT) dimana pada tahap inilah mereka mula terdedah kepada alam luas diluar
rumah. Di IPT juga, mereka mula belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi
kebanyakannya daripada persekitaran sosial di persekitaran baharu mereka. Pada tempoh inilah para pelajar
mula mengubah tingkah laku, nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam
yang lebih matang dan dewasa (Battelhein, 1950). Disamping itu, gaya kehidupan masyarakat moden yang
terikat dengan teknologi yang kini sedang pesat berkembang juga merupakan salah satu faktor wujudnya
perbuatan yang tidak beretika (Mohd Janib Johari, 2009).

Walau bagaimanapun, faktor utama yang boleh menyebabkan pelajar IPT terlibat dengan gejala
sosial boleh dibahagikan kepada beberapa faktor, misalnya faktor kurangnya peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak, faktor kesalahan diri sendiri serta faktor pengaruh daripada rakan sebaya. Faktor-
faktor lain yang boleh didapati adalah daripada pengaruh media massa dan media cetak yang kini semakin
banyak menerbitkan pelbagai topik-topik negatif yang boleh mempengaruhi pembaca kearah yang tidak
sepatutnya sekiranya tidak dimanfaatkan dengan cara yang tepat. Oleh itu, para pelajar seharusnya perlu
mengenalpasti sifat-sifat baik (mahmudah) dan sifat-sifat buruk (mazmumah) yang ada pada hati mereka,
dan sifat-sifat ini berkait rapat dengan nafsu (Md Uqbah An-Nafiq, 2002).

Selain itu, sering kali dinyatakan juga bahawa ibu bapa adalah mempengaruhi kejayaan anak-anak
mereka khasnya pelajar didalam dunia pelajaran. Perkara ini kerana ibu bapa adalah seseorang yang
menjadi penggalak dan perangsang sehingga para pelajar timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan
diri dalam menghadapi pelajaran menurut (Jamal Darus, 1989). Jelas juga dinyatakan oleh bapa psikologi
moden, Freud (1983) bahawa ibu bapa adalah khusus dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti
anak-anak mereka yang juga terdiri dari kalangan pelajar di IPT. Oleh itu, kurangnya peranan daripada ibu
bapa boleh menjadi salah satu punca utama keruntuhan akhlak pelajar sekarang sehingga mereka terdorong
dari melakukan aktiviti yang tidak bermoral dan terjerumus dalam masalah gejala sosial.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN/ MASALAH KAJIAN

Terdapat banyak kajian-kajian terdahulu yang telah mengkaji mengenai gejala sosial dikalangan
pelajar institusi pengajian tinggi, dan daripada hasil kajian yang didapati bahawa kes gejala sosial tersebut
makin hari semakin meningkat dari masa ke semasa. Didapati juga bahawa pada statistik setiap tahun kadar
tangkapan yang dilakukan mengenai kes gejala sosial ini semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, gejala
sosial dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi sering kali menjadi topik utama dalam penerbitan
media massa mahupun media cetak di negara ini. Antara laporan yang pernah diterbitkan di media massa
yang pernah dilaporkan mengenai kes ini adalah seperti isu mengenai gambar aksi lucah tersebar di internet
yang pernah hangat sekitar Jun 2003 yang dikatakan dilakukan oleh pelajar daripada Institusi Pengajian
Tinggi (Utusan Malaysia, 3 Jun 2003). Disamping itu, laporan lain yang pernah dilaporkan di media
mengenai gejala sosial daripada kalangan pelajar IPT adalah seperti kes buang bayi, kes rogol, maksiat,
buli, dan yang paling terbaru adalah kes kematian pelajar IPT semasa melahirkan anak (Mohamad Abu
Bakar, 2010).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan bagi mengetahui persepsi pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
mengenai gejala sosial yang berlaku di institusi pengajian tinggi tersebut. Objektif kajian yang dijalankan
adalah bagi:-

1. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) terlibat dalam
gejala sosial.

2. Mengenalpasti kesan yang akan dihadapi sekiranya pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) terus
terlibat dalam gejala sosial.

4.0 METODOLOGI KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kaedah merupakan salah satu faktor bagi memastikan kesahihan serta kebolehpercayaan sesuatu
kajian yang telah dilakukan menurut Kerlinger (1986). Menurut Hornby (1985) pula, mentodologi
merupakan satu set atau kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian keatas subjek kajian yang
tertentu. Oleh hal demikian, pada bahagian ini akan menerangkan tentang mentodologi iaitu kaedah kajian
yang telah dijalankan bagi mengkaji kes ini dari segi pengedaran pautan Google Forms dan kaedah
menganalisis data.

4.1 PENGEDARAN PAUTAN GOOGLE FORMS

Jenis kaedah kajian yang digunakan dalam mengkaji kes gejala sosial dari kalangan pelajar di
Politeknik Ibrahim Sultan ini adalah dengan melalui pengedaran borang soal selidik yang dibuat melalui
pautan Google Forms. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan
dalam penyelidikan pendidikan. Penggunaan kaedah penyebaran pautan ini adalah suatu kaedah yang
mudah dan berkesan kerana bagi mengisi atau melengkapkan Google Forms tersebut, responden tidak
diwajibkan untuk meletakkan nama mereka. Dengan ini, responden yang terdiri daripada pelajar Politeknik
tersebut tidak akan timbul rasa malu untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan selain dapat
menjimatkan masa mereka.

4.2 ANALISIS DATA

Menganalisis data juga merupakan bahagaian yang penting dalam sesuatu kajian yang dilakukan.
Dalam kaedah ini, data yang telah diperolehi akan dianalisis terlebih dahulu dan kemudiannya akan
diproses. Melalui pautan Google Forms yang telah diedarkan bagi mengkaji kajian ini, pautan tersebut
sekaligus memudahkan penganalisisan data. Hal demikian kerana pautan tersebut mampu memanipulasi
data bagi bilangan sampel dan data yang dianalisis adalah tepat. Serta dengan bantuan pautan ini, setiap
data yang diperolehi dapat dianalisis kepada kekerapan dan dapat dianalisis kepada bentuk peratus daripada
tindakbalas yang telah diberikan oleh responden.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1: Fakktor-faktor gejala sosial

Pengetahuan

Faktor-faktor Bilangan pelajar Peratusan
Setuju
Kurang didikan agama daripada Tidak Setuju Sangat Tidak Sangat
ibu bapa setuju setuju setuju 47% setuju
Pengaruh rakan sebaya 38%
Kurang didikan daripada pensyarah 4 15 13 13% 16% 41%
pengaruh media sosial 53%
sikap ingin mencuba perkara yang 0 12 20 - 22% 63%
baru 26 5 1 81% 3%
0 17 15 - 47%

0 7 25 - 78%

Jadual 2: Kesan-kesan gejala sosial

Pengetahuan

Kesan-kesan Bilangan pelajar Peratusan

Menghancurkan akhlak pelajar Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sangat
Hilang rakan setuju setuju setuju setuju
Memburukkan nama baik keluarga 28% 72%
Membawa kepada gengsterisme 0 9 23 - 50% 16%
Sukar fokus dalam pelajaran 44% 53%
11 16 5 34% 56% 16%
25% 75%
1 14 17 3%

9 18 5 28%

0 8 24 -

Jadual diatas menunjukkan jumlah peratus yang diperoleh daripada bilangan responden yang telah mengisi
jawapan mereka didalam borang selidik yang telah disediakan melalui pautan Google Forms yang
diedarkan dikalangan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang, Johor. Soal selidik yang
disebarkan dikalangan pelajar politeknik tersebut telah mendapat respon sebanyak 32 orang responden yang
terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan.

Berdasarkan jadual, peratusan tertinggi bagi faktor yang mendorong pelajar daripada terlibat dengan gejala
sosial ialah sikap ingin mencuba perkara baru dengan peratus sangat setuju sebanyak 78%. Manakala
responden tidak bersetuju bahawa kurang didikan daripada pensyarah merupakan faktor pelajar terlibat
dengan gejala sosial di politeknik tersebut dengan memperoleh peratus sebanyak 81% yang memilih tidak
setuju dengan pernyataan tersebut.

Bagi kesan terlibatnya pelajar di politeknik tersebut dalam gejala sosial pula, sebanyak 75% pelajar sangat
bersetuju bahawa sukar fokus dalam pelajaran merupakan kesan tertinggi apabila pelajar di politeknik
tersebut terlibat dalam gejala sosial, dan pernyataan yang mendapat catatan kedua tertinggi adalah kesan
hancurnya akhlak pelajar dengan memperoleh peratus sangat setuju sebanyak 72%.

6.0 KESIMPULAN

Dalam bab ini, pengkaji telah membentangkan dapatan kajian yang telah dilakukan yang diperoleh
daripada hasil menganalisis data yang diperolehi. Penganalisisan data ini adalah dibuat fokus kepada
objektif kajian untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar Institusi Pengajian Tinggi, IPT untuk
terjebak dengan gejala sosial yang bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor.
Daripada data yang telah dianalisis, hasil daripada analisis tersebut menunjukkan bahawa faktor utama yang
memberi pengaruh atau kesan keatas responden dalam terjebak dengan gejala sosial ialah faktor sikap
pelajar yang ingin mencuba perkara baru, dan soalan kurang didikan daripada pensyarah mempunyai
peratus terendah, menunjukkan bahawa pelajar Politeknik tersebut tidak bersetuju bahawa kurang didikan
daripada pensyarah merupakan antara faktor pelajar di politeknik tersebut terjebak dalam gejala sosial.

Oleh itu, komitmen daripada semua pihak adalah sangat penting serta kerjasama daripada ibu bapa,
pihak pendidikan, pihak kerajaan, media massa dan media cetak amatlah diperlukan bagi usaha
membendung masalah gejala sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi ini daripada terus giat
terjadi serta berleluasa di mereta tempat. Sekiranya kerjasama daripada semua pihak adalah proaktif, maka
semakin lama kes gejala sosial dikalanagan pelajar IPT sebegini akan dapat ditapis sehinggalah negara
dapat melahirkan lebih banyak generasi yang cemerlang dari segi akademik serta akhlak pelajar yang
diperoleh daripada lepasan graduasi dari Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

Daripada hasil kajian ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Institusi Pengajian
Tinggi, IPT agar tidak terus terjebak dalam gejala sosial atau apajua aktiviti yang tidak bermoral dengan
mengambil berat tentang faktor-faktor yang boleh mendorong mereka terjebak dengan gejala sosial ini.
Selain itu, diharapkan agar selepas ini pelajar akan lebih bijak dalam mengambil tindakan dan pilihan hidup
ketika mereka berada atau menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

7.0 RUJUKAN

Ahmad Mohd Noor Firdaus, Kamarul Azmi Jasmi, Khairunnisa A Shukor. (Januari 2013). Masalah Sosial
dalam Kalangan Pelajar dan Peranan Pensyarah Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Diperolehi pada 23 Disember 2021, daripada
https://www.researchgate.net/publication/293097541_Masalah_Sosial_dalam_Kalangan_Pelajar_
dan_Peranan_Pensyarah_Pendidikan_Islam_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran

Gejala sosial- Semua Pihak Perlu Bekerjasama (23 Ogos 2004). Utusan Malaysia.
Marlisa Azura. (2009, Jun 5). Masalah Sosial di kalangan pelajar. Diperoleh pada 20 Disember 2021,

daripada https://www.scribd.com/doc/16989317/Masalah-sosial-di-kalangan-pelajar
Md, Uqbah An-Nafiq (2002). Jati Diri Remaja.Kokka The Wood.
Mohammad Abu Bakar Bin Shis. (November 2010). Kajian Gejala Sosial Di Kalangan Institusi Pengajian

Tinggi. Diperoleh pada 20 Disember 2021, daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2010_9754_3a53f5dfd6ba4380888a1
5a8948a3d4b.pdf
Norita A.A. (2021). Cabaran-Cabaran Dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Tentang Gejala Sosial.
Gejala Sosial E-Majalah-merged, (5-10). Dimuat turun pada 19 mei, 2021, dari
https://anyflip.com/unwnf/rcuz/basic
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Prosiding Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2012. 07-09
Oktober 2012. The Zon Regency by the Sea Johor Bahru.1-14.

Shahila Haizi. (2012, December 9). Masalah sosial pelajar IPT. Diperolehi pada 20 Disember 2021,
daripada http://shahilahaizi.blogspot.com/2012/12/masalah-sosial-pelajar-ipt.html?m=1


Click to View FlipBook Version