1 MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 Tarikh : 05 Januari 2023 Hari : Khamis Tempat : Makmal Komputer, SK. Bukit Tembakau Kehadiran : 15/18 1. Tn. Haji Jainal Bin Mohd Noh (Guru Besar) 2. En. Abd. Majid Bin Abu Bakar (GPK Pentadbiran) 3. Pn. Hjh Rozilah Binti Mohd Zain (GPK Hal Ehwal Murid) 4. En. Zulkarnain bin Suleiman (GPK Kokurikulum) 5. En. Khairuddin Bin Abdul Rahman 6. Pn. Suhila binti Abd Talib 7. Pn. Norhaniza Binti Abd. Rahman 8. Pn. Nurdilawati Binti Yusof 9. Pn. Nuha Binti Rosli 10. Pn. Nurul Ain Binti Isamudin 11. En. Noorfauzan bin Noorisham 12. Pn. Farha binti Abu Hassan 13. Khairul Effendy Bin Khairul Anuar 14. Cik Nur Saniah Najibah inti Nor Saera 15. Pn. Wan Sarinah Binti Mohd Salleh Tidak Hadir : 3/18 1. Pn. Siti Nur Anis Atasha Binti Kamil 2. Pn. Suhailah Binti Ishak 3. En. Abas Bin Lambak 1.0 Ucapan guru Penolong Kanan Pentadbiran 1.1 En. Abd. Majid Bin Abu Bakar mengucapkan syukur atas kesempatan yang diberikan dan berterima kasih kepada guru-guru SKBT yang hadir Mesyuarat Guru Bil 3 ini. Makluman/Tindakan: Semua guru 1.2 Beliau menyatakan bahawa setiap unit/ panitia akan membentangkan analisa sempena akhir tahun sesi 2022/2023. Makluman/Tindakan: Semua guru
2 2.0 Ucapan Alu-Aluan Guru Besar 2.1 Tn. Hj. Jainal Bin Mohd Noh mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam melaksanakan semua tugas yang diberikan. Makluman/Tindakan: Semua guru 2.2 Guru besar memaklumkan bahawa syarikat pembersihan SKBT adalah syarikat yang sama bagi tempoh tiga tahun akan datang dan terdapat dua orang pekerja tambahan bagi melaksanakan tugas-tugas pembersihan. Makluman/Tindakan: Semua guru 2.3 Guru besar juga memaklumkan, Modul TS25 adalah melibatkan semua guru termasuk pentadbir bagi memastikan berada dalam persekitaran yang menyeronokkan dan berkualiti. Guru besar berharap semua guru dapat mencari pelbagai sumber untuk meningkatkan pengetahuan tentang TS25. Makluman: Semua guru 3.0 Pengesahan Minit 3.1 Encik Khairuddin mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh Puan Nurdilawati. Tindakan/Makluman: Semua guru 4.0 Kurikulum 4.1 En. Abd. Majid Bin Abu Bakar memaklumkan tarikh-tarikh penting bagi bulan Januari dan Februari 2023 seperti yang berikut: BIL TARIKH AKTIVITI 1 14/01/2023 LADAP 1 2 10/02/2023 Hari Terbuka 3 15/02/2023 Hari Kanak-Kanak dan Hari Kualiti 4 16/02/2023 Mesyuarat Guru Bil 4 5 17/02/2023 Sambutan Persaraan /Send Off Cikgu Abas Makluman/Tindakan: Semua guru
3 4.2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilaksanakan pada 10 – 12 Januari 2023 (selasa hingga Khamis) bagi matapelajaran teras Tahap 2. Bagi mata pelajaran elektif boleh dilaksanakan selepas UASA selama dua minggu iaitu sehingga 20.01.2022. Makluman/Tindakan: Semua guru 4.3 PBD bagi setiap matapelajaran boleh direkod menggunakan template yang sedia ada. Guru-guru perlu membuat analisis seterusnya melaksanakan intervensi yang bersesuaian. Makluman/Tindakan: Semua guru 4.4 Guru Penolong Kanan Pentadbiran mengagihkan dan memohon semua guru untuk menyemak cadangan baget pelaksanaan Hari Kualiti. Butiran perbincangan adalah seperti di lampiran. Makluman/Tindakan: Semua guru 4.5 Portal Unit Kurikulum telah dibina dan dibangunkan oleh Cik Nur Saniah Najibah Binti Saeran. Guru Penolong Kanan Pentadbiran berbesar hati untuk berkongsi portal yang telah dibangunkan ini untuk kegunaan bersama kelak. Makluman/Tindakan: Semua guru 5.0 Hal Ehwal Murid (HEM) 5.1 Pn. Hjh. Rozilah memberi peringatan kepada guru kelas untuk menyemak data murid di dalam APDM agar tiada ralat kerana bantuan akan diberikan berdasarkan data yang telah dikemaskini di dalam sistem tersebut. Makluman/Tindakan: Guru Kelas 5.2 Semua guru diingatkan untuk merekod kehadiran murid di dalam APDM sebelum 9.00 pagi pada setiap hari. Guru perlu menyatakan sebab ketidakhadiran murid tersebut. Makluman/Tindakan: Semua guru 5.3 Yayasan Johanwaki telah memilih seramai 10 orang murid SKBT untuk menerima bantuan RM200 dalam bentuk Baucar Mydin untuk membeli barangan keperluan persekolahan. Makluman/Tindakan: Semua guru 5.4 sebagai makluman semua pihak kantin telah menaikkan kadar makanan murid sebanyak 20 sen. Harga makanan murid yang baharu adalah RM 1.20. Selain itu, bagi Menu RMT akan disusun semula mengikut kesesuaian harga RMT yang baharu (RM3.50). Makluman/Tindakan: Semua guru
4 5.5 Murid tahun satu sesi 2023-2024 yang mendaftar melalui online adalah seramai 32 orang . Walau bagaimanapun seramai 11 orang murid masih belum menghantar borang pendaftaran mereka. Makluman/Tindakan: Semua guru 5.6 Anugerah Kehadiran Penuh dan Kelas Kondusif akan dianjakkan dari Disember ke Januari kerana sesi persekolahan pada bulan disember sangat pendek (1 minggu sahaja). Makluman/Tindakan: Semua guru 5.7 Guru Disiplin, Pusat Sumber, SPBT dan BnK dikehendaki menyerahkan senarai nama pengawas masing-masing bagi sesi 2023/2024 sebelum 31 Januari 2023. Ini bertujuan untuk memudahkan penyediaan/tempahan lencana sekolah beserta nama dan tali leher. Bagi tahun satu ditangguhkan sehingga sesi Mac 2023 dibuka. Makluman/Tindakan: Guru Disiplin, PSS, SPBT dan BNK 5.8 E-daftar Menengah: Pendaftaran ke Sekolah Menengah (Feeder School) telah selesai hanya menunggu keputusan sahaja. Selain itu, seramai 8 orang murid telah terpilih untuk mengahdiri temuduga ke MRSM, 9 orang pula akan menduduki ujian untuk ke SBP dan 4 orang akan menghadiri temuduga kemasukan ke Sekolah Sukan. Makluman/Tindakan: Guru Kelas Tahun 6 5.9 Hari Kanak-Kanak yang akan berlangsung pada 15 Februari 2023 akan diserikan dengan persembahan badut wawa wiwi, pakaian beragam, sambutan hari lahir dan Anugerah Tokoh Kanak-Kanak. Tema hari kanak-kanak adalah Cita-Cita Saya. Tindakan/Makluman: Semua guru 6.0 Kokurikulum 6.1 En. Mohd Zulkarnain Bin Suleiman mengucapkan terima kasih kepada guru – guru atas kerjasama yang baik dalam melaksanakan segala aktiviti kokurikulum. Tindakan/Makluman: Semua guru 6.2 GPK Koku memaklumkan perjumpaan aktivti kokurikulum akan dilanjutkan sehingga akhir tahun seperti yang telah diarahkan oleh pihak Jabatan. Tindakan/Makluman: Semua guru 6.3 GPK Koku juga memaklumkan perhimpunan rasmi juga perlu melibatkan kokurikulum seperti pemakaian baju unit beruniorm pada hari tersebut dan berkemungkinan besar akan dipantau oleh JPN. Tindakan/Makluman: Semua guru
5 6.4 GPK Koku memaklumkan pemakaian Unifom murid pada hari Isnin bagi minggu – minggu tertentu adalah wajib dan pemakaian baju t shirt unit beruniform adalah dibenarkan bagi yang tiada baju kerja UB. Tindakan/Makluman: Semua guru 6.5 GPK Koku memaklumkan beberapa aktiviti yang dirancang oleh unit kokurikulum telah berjaya dilaksanakan antaranya ialah Acara Merentas Desa, Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Sukan Negara, 1Murid 1Sukan, Kejohanan Sukan Sekolah, Perkhemahan Jati Diri & Unit Beruniform serta Senamrobik. Tindakan/Makluman: Guru kelas 6.6 GPK Koku memaklumkan minit mesyuarat yang diisi oleh Ustaz Noorfauzan adalah lengkap dan tidak mempunyai sebarang masalah Tindakan/Makluman: Semua guru 6.7 GPK Koku mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru – guru yang telah mengisi markah murid dalam sistem PAJSK dan SEGAK. Tindakan/Makluman: Semua guru 6.8 GPK Koku memaklumkan padang dan gelanggang bola tampar dan padang telah diperbaharui dengan cat . Beliau turut menzahirkan terima kasih atas kerjasama guru-guru yang membantu menaiktaraf gelanggang dan padang tersebut. Tindakan/Makluman : Semua guru 6.9 GPK Koku mengucapkan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Jasmani atas beberapa sumbangan luar untuk murid. Pembelian khemah sebanyak lima buah telah diperolehi dengan bantuan Guru Besar dan Puan Anis hasil daripada sumbangan tersebut. Tindakan/ Makluman : Semua guru 6.10GPK Koku memaklumkan guru pembimbing bagi kelab/persatuan dan unit beruniform adalah kekal untuk sesi akan datang dan tidak ada sebarang pertambahan/ pengurangan. Unsur-unsur PKBM mesti ada dalam setiap aktiviti dan perlu direkodkan. Tindakan/Makluman : Semua guru 6.11 GPK Koku juga mengalu alukan guru – guru yang berminat dan berkemahiran untuk melatih pasukan ke pertandingan – pertandingan yang lain selain daripada pasukan elit yang sedia ada (bola tampar, bola baling dan olahraga)seperti bola jaring, hoki dan lain-lain. Tindakan/Makluman : Semua guru
6 6.12 GPK Koku juga memaklumkan pengisian SISPEK adalah lengkap dan tidak mempunyai sebarang masalah. Tindakan/ Makluman : Semua guru 7.0 Hal – hal lain 7.1 Pn. Shafiah Binti Samad (Pembantu Tadbir) memberi sedikit taklimat berkenaan Hrmis. Beliau mengingatkan maklumat peribadi di dalam sistem tersebut mestilah dilengkapkan. Jika maklumat yang dikehendaki tidak lengkap pegawai tersebut adalah dianggap tidak berintegriti. Makluman/Tindakan: Semua guru 7.2 En. Abd. Majid Bin Abu Bakar, memberi peringatan supaya guru sentiasa peka dengan beberapa tarikh penting yang telah dimaklumkan dan pengisian PBD akhir tahun mestilah diisi dalam sistem yang telah disediakan. Makluman/Tindakan: Semua guru 8.0 Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Disediakan oleh, …………………………………………………….. (WAN SARINAH BINTI MOHD SALLEH) Naib Setiausaha