The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL BERTAJUK "SEKOLAH SAYA, SK TABUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Razif Omar, 2021-08-24 06:47:18

SEKOLAH SAYA, SK TABUAN

BUKU SKRAP DIGITAL BERTAJUK "SEKOLAH SAYA, SK TABUAN

Keywords: BUKU SKRAP

SEKOLAH

SAYA,SK TABUAN

NAMA SEKOLAH : SK TABUAN KUCHING
NAMA PESERTA : NUR DAMIA FITRIYAH BINTI MOHAMAD RAZIF
NAMA KELAS : 4 BESTARI
TAJUK : SEKOLAH SAYA sk tabuan
NAMA PEMBIMBING : MOHAMAD RAZIF BIN OMAR

PENGHARGAAN 3
BIODATA MURID 5
GAMBAR & NAMA SEKOLAH 7
LOKASI SEKOLAH 9
PELAN SEKOLAH 11
SEJARAH SEKOLAH 13
PROGRAM SEKOLAH AMANAH 14
PROFILE SEKOLAH 16
CARTA ORGANISASI SEKOLAH 18
LENCANA SEKOLAH 20
VISI & MISI SEKOLAH 22
MATLAMAT SEKOLAH 24
LAGU SEKOLAH 26
IKRAR MURID 28
PENUTUP 30



PENGHARGAAN ‫ِمۡسِب ٱَّهللِ ٱل هرِنَٰمۡح ٱل هر ِحي ِم‬

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan buku skrap digital ini. Ucapan
terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa
saya yang tidak jemu-jemu membantu dalam menyediakan bahan
dan sumber rujukan serta memberi dorongan sehingga terhasilnya
buku skrap digital ini.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Cikgu Norhadiana
Sadie yang telah mengajar saya dalam subjek sejarah dan juga
membimbing saya dalam menghasilkan buku skrap ini walaupun
dalam keadaan pandemik dan tidak dapat bersemuka bersama-sama
guru. Dorongan dan semangat yang tidak terhingga dari guru dan
kedua ibu bapa saya, akhirnya buku skrap digital ini dapat dihasilkan
dengan jayanya.
Semoga buku skrap digital ini dapat dijadikan rujukan yang
bermanfaat kepada semua, Insya’Allah.

3















PElan sekolah 11

❖ Bangunan asal SK Tabuan terdiri
daripada tiga blok bangunan konkrit tiga
tingkat yang menempatkan Pejabat Am,
Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Klinik
Pergigian, Bilik Sains, Bilik Muzik, Bilik
Pemulihan, Stor, Tandas Guru, Bilik
Prasekolah, Bilik BOSS, Padang dan
Bilik Darjah

❖ Sebuah bangunan flat guru dengan
enam buah bilik,bangunan kantin
sekolah, tandas murid lelaki dan
perempuan.

❖ Dua tahun kemudian, dua buah bilik
darjah ditambah dan bangunan
Prasekolah baru dibina.

❖ Seterusnya sekolah dibekalkan dengan
dua bilik makmal komputer.



SEJARAH SEKOLAH 1962 – 1967

1959 – 1962 ❖ Ekoran jumlah pelajar yang kian meningkat, sebuah

bangunan baru dibina oleh Majlis Daerah Luar Bandar
❖ Penubuhan awal SK Tabuan pada tahun 1959 Kuching.
dikenali sebagai District Council School.
❖ Sementara menunggu bangunan baru siap dibina,
❖ Bertempat di kampung Tabuan Lot Kuching, murid menjalani sesi persekolahan di bangunan
hasil gotong royong penduduk kampung yang sementara di Bukit Hilir (Tabuan Hilir)
diketuai oleh Sergent Adam Bin Kantong.
❖ Setelah Bangunan baru siap dibina di Tabuan Lot,

murid SK Tabuan mula menggunakan bangunan

tersebut sehingga tahun 1998.

1997 -1998 2003

❖ Pihak berkuasa tempatan telah membina ❖ Murid dan Guru dipecahkan kerana sekolah baru

bangunan baru SK Tabuan di Jalan Setia Raja yang bertempat di Kawasan Kampung iaitu SK Tabuan

Kuching, disebabkan oleh faktor keuzuran dan Hilir siap dibina.

jumlah murid yang bertambah. ❖ Murid tahun 1 hingga 6 dibahagi dua bagi mengisi

❖ Jun 1998 secara rasminya SK Tabuan kekosongan di bangunan sekolah baru.

berpindah ke bangunan baru dengan menjalani ❖ Sejak itu , SK Tabuan hanya Menjalani 1 sesi

2 sesi persekolahan. persekolahan sahaja. 13

SEJARAH SEKOLAH

Program sekolah amanah

❖ Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah memilih SK Tabuan untuk turut serta
dalam Program Sekolah Amanah (PSA) (Kohort 1)

❖ PSA merupakan Transformasi Pendidikan pada peringkat kebangsaan yang dilaksanakan secara khusus
melalui perkongsian awam-swasta.

Tujuan Utama
❖ Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha melonjakkan kualiti Pendidikan negara melalui

penambahbaikan sistem pengurusan sekolah, kaedah penyampaian Pendidikan dan persekitaran ruang
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Visi
❖ Memacu Transformasi pencapaian murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan melalui perkongsian

awam-swasta di Malaysia.

Misi

❖ Menggalakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan dengan meningkatkan kurikulum dan penyampaian

pembelajaran, meningkatkan pengurusan sekolah, menyediakan bantuan teknikal dan kewangan d1a4n
mewujudkan rangkaian sekolah yang bersepadu dan mampan.



BIL GURU 42

Profile sekolah BIL. BUKAN GURU 7

KOD YBA1325 GURU BESAR PN. GLENDA ANAK
SEKOLAH BONIFACE BUNGENG
NAMA SK TABUAN, KUCHING
SEKOLAH GPK PENTADBIRAN PN. KAERRAH BINTI HJ
ALAMAT JALAN SETIA RAJA,93450 SAMU
KUCHING
SESI PAGI SAHAJA GPK HAL EHWAL MURID EN. MOHD KHAIRY HENARY
ABDULLAH
LOKASI BANDAR
GPK KOKURIKULUM PN. MARIA CHUAT
GRED A TEL/FAX
E-MAIL 082-365408 / 082- 362426
JUMLAH 19 (17 KELAS PERDANA, 2
KELAS KELAS PRASEKOLAH) [email protected]
BIL MURID 557
16



Carta organisasi sekolah

GURU BESAR
PN GLENDA ANAK BONIFACE BUNGENG

PK HAL EHWAL MURID PK PENTADBIRAN PK KOKURIKULUM
EN. MOHD KHAIRY HENARY BIN ABDULLAH PN KAERRAH BINTI HJ SAMU PN MARIA CHUAT

18



Lencana sekolah

Definisi Warna

❖ Biru : Berusaha dan penyayang

❖ Kuning : Kemas dan bermotivasi

❖ Merah : Mesra dan berani

❖ Putih : Prihatin dan suci

Definisi Simbol
❖ Bentuk Hexagon – Pelbagai disiplin ilmu dalam pembentukan keperibadian murid
❖ Bulan sabit dan Bintang – Aspirasi dan cita-cita tinggi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
❖ Mata Pena – Pelakaran dan kejayaan dalam kehidupan
❖ Buku (Tiga lapisan warna) – Gedung ilmu pemangkin kejayaan murid
❖ Lima Gelung – Kesepaduan warga sekolah dalam menjayakan agenda pendidikan

20



Visi dan Misi
Sekolah

VISI

“Insan Berilmu, Berakhlak dan
Berwawasan”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

22



MATLAMAT Insan yang berpengatahuan seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

Dalam melaksanakan misi tersebut, strategi yang berikut
akan dilaksanakan iaitu :

1. Memastikan pencapaian kurikulum SK Tabuan
cemerlang mulai murid prasekolah

2. Melibatkan murid SK Tabuan dalam aktiviti kokurikulum
di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri

3. Memupuk nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah
yang terpuji di jiwa murid, seterusnya menjadi amalan
sepanjang hayat

4. Melaksanakan sistem pengurusan, pentadbiran yang
telus dengan sokongan dan bimbingan berterusan dari
pelbagai pihak

5. Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif bagi
mengelakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani
dan intelektual murid-murid

24



Lagu sekolah SK Tabuan yang tercinta
Bangunannya berdiri tegak

Tempatku menuntut ilmu
Agar menjadi orang yang berguna

Kami berikrar bersatu hati
Demi bangsa dan negara
Belajar bersungguh-sungguh
Demi mencapai cita-cita

Nasihat guru jadi pegangan
Ilmu di dada jadi bekalan
Di mana jua berada
SK Tabuan tetap dikenang

26



Ikrar murid

Bahawasanya kami, murid-murid SK Tabuan
Dengan ini berikrar, akan sentiasa patuh
Pada segala peraturan sekolah,

Kami berjanji akan cemerlang dalam semua bidang,
Menghormati guru-guru kami, Ibu bapa dan rakan-rakan.
Kami akan menyayangi serta menjaga nama baik sekolah,
Memikul Tanggungjawab yang diberi dengan penuh jujur dan dedikasi, memelihara kecantikan
serta kebersihan sekolah kami berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan Negara

Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

28



Penutup Hampir 2 tahun PDPR dilaksanakan, merupakan cabaran yang
sangat hebat bagi saya sebagai seorang pelajar kerana tidak dapat
bersemuka dengan guru seperti sebelum ini.
Penghasilan buku skrap digital seperti ini memudahkan warga
pendidik dan para pelajar mendapatkan sumber rujukan secara
digital untuk kegunaan PDPR di dalam talian.
Saya amat berharap semoga buku skrap digital ini, dapat
memberikan manfaat kepada bukan sahaja rakan-rakan di sekolah
SK Tabuan, malah dapat dijadikan sumber rujukan buat semua guru
dan pelajar-pelajar di Malaysia.
Semoga SK Tabuan akan terus maju kehadapan dengan
menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum.
Saya juga berharap pandemik covid 19 ini segera berakhir, agar
dapat Kembali semula ke sekolah SK Tabuan dan menikmati
pembelajaran secara bersemuka.

Sekian Terima Kasih.

30


Click to View FlipBook Version