The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN BM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by morrighan.perez, 2022-12-05 05:44:24

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN BM

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN BM

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SELAYANG BARU
68100 BATU CAVES,

…………………………………SE…LA…N…GO…R…D…AR…U…L E…H…SA…N……………………………….

KERTAS KERJA

PROGRAM PERTANDINGAN BERCERITA DAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

TAHUN 2021

……………………………………………………………………………………………….
ANJURAN:

PANITIA BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Melayu merupakan aktiviti tahunan Panitia
Bahasa Melayu. Program ini diadakan pada setiap tahun. Pertandingan bercerita terbuka
kepada semua murid tahun 2, 3 dan 4 sahaja. Pertandingan syarahan pula terbuka kepada
semua murid tahun 5 dan 6 sahaja. Semua kelas yang terlibat diwajibkan menyertai setiap
pertandingan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Format pertandingan ini adalah
selaras dengan pertandingan peringkat daerah. Dalam konteks kekinian persekolahan, kedua-
dua kategori pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu SJKC Selayang Baru.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid SJKC Selayang Baru menguasai serta mempertingkatkan

.

taraf penggunaan Bahasa Melayu.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJKC Selayang Baru bertutur dalam Bahasa Melayu.

2.0 OBJEKTIF
. 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJKC

Selayang Baru.
2.4 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah.
2.5 Memekarkan semangat “Cintailah Bahasa Melayu”.
2.6 Membiasakan murid-murid SJKC Selayang Baru menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

2.0 OBJEKTIF
. 2.7 Membina elemen kebudayaan masyrakat di Malaysia melalui

pertandingan syarahan.
2.8 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketrampilan,

yakin dan berani.
2.9 Mewujudkan persaingan positif antara murid-murid berbilang

bangsa di SJKC Selayang Baru.

3.0 KELAYAKAN & SYARAT-SYARAT
3.1 Semua murid SJKC Selayang Baru layak mengambil bahagian.

4.0 PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan secara dalaman iaitu peringkat sekolah.
Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan kepada
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan kemenjadian
murid.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN
5.1 Tajuk cerita dan syarahan mestilah mempunyai unsur
pengajaran dan nilai-nilai murni. Peserta dilarang
menggunakan teks yang boleh menyentuh isu-isu sensitif
seperti isu perkauman dan keagamaan.

5.2 Semua bentuk cerita dan syarahan hendaklah dihantar secara
rakaman. Hakim akan menentukan pemenang berdasarkan
rakaman.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN

5.3 Rakaman yang dihantar akan diadili oleh tiga orang hakim
yang dilantik berdasarkan borang pemarkahan.

5.4 Tempoh masa dan syarat-syarat kelayakan tertakluk kepada
keputusan hakim yang muktamad.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN
6.1 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Sekolah dipengerusikan
oleh Guru Besar SJKC Selayang Baru. Ahli Jawatankuasa
terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal Syarahan Peringkat
Sekolah iaitu jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu SJKC
Selayang Baru dan juga guru-guru bahasa Melayu SJKC
Selayang Baru.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN
6.2 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Sekolah berhak
membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah
jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandingan.
6.3 Senarai tugas dan ahli jawatankuasa (Rujuk Lampiran 1)

7.0 SASARAN PESERTA PERTANDINGAN
 Peserta yang terlibat di dalam pertandingan bercerita dan
syarahan Bahasa Melayu ditentukan mengikut bakat murid.
Pada peringkat awal guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu akan memilih tiga orang murid yang terbaik dari kelas
masing-masing.

7.0 SASARAN PESERTA PERTANDINGAN

Murid yang terpilih akan mewakili kelas masing-masing untuk
menyertai pertandingan yang diadakan. Tujuh orang murid
yang terpilih akan menerima hadiah pertandingan mengikut
pencapaian masing-masing.

Bilangan peserta dan hadiah berdasarkan kriteria berikut:

7.0 SASARAN PESERTA PERTANDINGAN

Pertandingan Bercerita
1. Murid tahun 2, 3 dan 4
2. Pertandingan bercerita bagi murid tahun 2 diletakkan di dalam satu kategori hadiah iaitu

7 hadiah kemenangan.
3. Pertandingan bercerita tahun 3 dan 4 dibahagikan kepada dua kategori iaitu KELAS J

dan KELAS BIASA. Empat hadiah disediakan untuk kelas J manakala 7 hadiah disediakan
untuk kelas biasa.
4. Pertandingan bercerita tahun 3 dan 4 dibahagikan kepada dua kategori iaitu KELAS J
dan KELAS BIASA. Empat hadiah disediakan untuk kelas J manakala 7 hadiah disediakan
untuk kelas biasa.

7.0 SASARAN PESERTA PERTANDINGAN

Pertandingan Syarahan
1. Pertandingan ini melibatkan murid tahun 5 dan 6.
2. Pertandingan syarahan tahun 5 dan 6 dibahagikan kepada dua kategori

iaitu KELAS J dan KELAS BIASA. Empat hadiah disediakan untuk kelas J
manakala 7 hadiah disediakan untuk kelas biasa.

8.0 TARIKH/HARI PELAKSANAAN

1. Tarikh hantar video rakaman selama lima hari iaitu 6-10 September 2021
2. Tarikh pemarkahan pihak juri iaitu pada 14 September.
3. Tarikh rayuan (Keputusan hakim adalah muktamad )

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

10.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Anggaran perbelanjaan seperti di bawah

Hadiah peserta  Pertandingan Syarahan
 Pertandingan Bercerita
22 murid x RM 4.50 = RM99.00 29 murid x RM 4.50 = RM130.50

Jumlah besar = RM 229.50

12.0 PENUTUP

Harapan kami semoga program seperti ini dapat
dijalankan dengan jayanya pada setiap tahun.
Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sangat
diharapkan bagi memastikan program ini berjalan
dengan lancar. Semoga usaha kecil ini berjaya
mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _________________ _______________________
(MOHD RASDI B. RAZALI) (PN. LEE HONG FAH) (PN.TEOH SWEE KHENG )
KETUA PANITIA PK KOKURIKULUM
GURU BESAR
BAHASA MELAYU SJKC SELAYANG BARU
SJKC SELAYANG BARU SJKC SELAYANG BARU



SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA DAN SYARAHAN ATAS TALIAN

PANITIA BM / TAHUN 2021

1. PENYELARAS PROGRAM/PERTANDINGAN

Encik Mohd Rasdi Bin Razali

2. BARISAN HAKIM

A. BERCERITA
i. BERCERITA TAHUN 2
Cikgu Zaliha, Heong Lee Woon, Cikgu Sariza dan Cikgu Chew Kui Yong
ii. BERCERITA TAHUN 3
Cikgu Shahni, Cikgu Chew Kui Yong, Cikgu Lee Sia Fong, Cikgu Tan Shin Tee

iii. BERCERITA TAHUN 4
Cikgu Sariza, Cikgu Lee Nian Ci dan Cikgu Chia Chor Tien,

3. JURULATIH

A. BERCERITA

Semua Guru Bm Tahun 2, 3 dan 4

B. SYARAHAN

Semua Guru Bm Tahun 5 dan 6

4. PENGURUS PESERTA
A. BERCERITA

Guru Penyelaras Tahun 2,3 dan 4

B. SYARAHAN

Guru Penyelaras Tahun 5 dan 6

5. PENGURUS PESERTA
A. BERCERITA

Guru Penyelaras Tahun 2,3 dan 4

B. SYARAHAN

Guru Penyelaras Tahun 5 dan 6

6.0 GURU IT

Cikgu Zairosni Bt Yusof Dan Cikgu Lee Nian Ci

7.0 HADIAH

A. BERCERITA
Cikgu Pau Ket Lin dan Cikgu Chang Wai Sin

B. SYARAHAN
Cikgu Zaliha dan Cikgu Lim Lee Kun

8.0 PENCATAT/ LAPORAN
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu



26 Julai 2021 (Isnin)
Mesyuarat Penyelaras Pertandingan dan Melantik Ahli Jawatankuasa Kerja
27 Julai 2021 (Selasa)
• Melatih dan memilih peserta pertandingan dalam talian
• (Tugas melatih dan memilih peserta telah dimaklumkan semasa Mesyuarat Panitia Kali-1

Tahun 2021)

1-3 September 2021 (Isnin-Rabu)

Menghantar rakaman syarahan dan bercerita melalui Google Classroom.

6-10 September 2021
Penjurian – Rakaman diadili oleh hakim yang dilantik
30 September 2021 ( Tertakluk kepada perubahan )
Penyampaian hadiah-hadiah akan diagihkan kepada pemenang pertandingan syarahan dan
Bercerita sebaik sahaja sesi persekolahan bersemuka bermula.


Click to View FlipBook Version