The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan SK Kelaweh, 18500 Machang, Kelantan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslisapiie5775, 2024-04-02 20:13:22

Manual Pengurusan SK.Kelaweh 2024/25

Buku Pengurusan SK Kelaweh, 18500 Machang, Kelantan.

Keywords: SekKl@h

S E K O L A H K E B A N G S A A N K E L A W E H , 1 8 5 0 0 M A C H A N G , K E L A N T A N . 0 9 - 9 7 6 5 9 4 8 D B A 2 1 7 0 @ M O E . E D U . M Y


PROFIL DIRI BUTIRAN PERIBADI NAMA : NOMBOR KAD PENGENALAN : ANGKA PEJABAT : GRED JAWATAN : TARIKH LANTIKAN : TARIKH SAH JAWATAN : TARIKH MULA KHIDMAT : TARIKH PENCEN : TARIKH ISYTIHAR HARTA : BULAN KENAIKAN GAJI : NO GAJI : NO CUKAI PENDAPAT : NO KWSP : NO FAIL SPP : NO FAIL KPM : NO TELEFON : PEKERJAAN SUAMI/ISTERI : NAMA YANG BOLEH DIHUBUNGI : KETIKA KECEMASAN i


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 ISI KANDUNGAN 1 Profil Diri Kandungan Kata-kata Aluan Guru Besar Surat Pelantikan Dan Penurunan Kuasa MAKLUMAT AM Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi Dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Moto JPN Kelantan Moto Sekolah slogan / tagline sekolah Piagam Pelanggan Sekolah Objektif Sekolah Matlamat Organisasi Lagu Sekolah Lencana dan Maksud Lambang Sekolah Konsep Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) 11 Anjakan Dalam PPPM 2013 -2025 Maklumat Asas Sekolah Pelan Kecemasan Sekolah Pelan Keceriaan Sekolah PENGURUSAN AM DAN PENTADBIRAN Takwim Persekolahan 2024/2025 Cuti Perayaan 2024/2025 (Tambahan) Jadual Minggu Persekolahan 2024/2025 Hari Kelepasan AM 2024/2025 Jadual Guru Bertugas Mingguan Senarai Tugas Guru Bertugas Harian/Mingguan Takwim Sekolah Sepanjang Tahun 2024/2025 Senarai Guru dan AKP Senarai Jaga dan Pekerja Kontrak Fokus Pengurusan Pendidikan Aku Janji Carta Organisasi Pentadbiran Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Agihan Masa Jadual Waktu PdPC i 1 - 2 3 4 6 6 6 7 7 7 8 8 8 9 10-11 12 12 13 14 15 16 17 18 19-20 21 22-34 35 36 37-46 47-48 50 51-59 60 ISI MUKA SURAT


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 ISI KANDUNGAN 2 PENGURUSAN KURIKULUM Carta Organisasi Unit Kurikulum Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Semakan Buku Latihan Murid Jadual Pencerapan Guru Di Bilik Darjah Guru Kelas 2024/2025 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) Carta Organisasi Unit HEM Jawatankuasa Pengurusan HEM PENGURUSAN KOKURIKULUM Carta Organisasi Unit Kokurikulum Perancangan Tahunan Kokurikulum Takwim Kokurikulum 2024/2025 Carta Organisasi Pembangunan Sukan Carta Organisasi Pengurusan Unit Beruniform Carta Organisasi Pengurusan Kelab Dan Persatuan Carta Organisasi Pengurusan Sukan Dan Permainan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Tugas / Tanggungjawab Guru Dan Murid Dalam Unit Kokurikulum Sweet Momories 2023 / 2024 Catatan 62 63-69 70 70 71 73 74-83 85 86 87 88 89 90 91 92-97 98-102 103-134 135 ISI MUKA SURAT


Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami proses transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 merupakan suatu manifestasi kepada proses transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal di peringkat sekolah lagi. Menerusi proses pembangunan potensi yang dirancang secara berterusan dan dilestarikan penambahbaikan, modal insan kelas pertama dan bertaraf ‘global player’ akan dapat dihasilkan. Saya amat yakin bahawa buku pengurusan ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah.Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi komitmen sepenuhnya untuk mengukir kecemerlangan sekolah selaras dengan slogan sekolah ‘Biasakan Kebersamaan, Lestarikan Kecemerlangan’ & ‘We Love SKK’, Semoga SK Kelaweh akan lebih cemerlang lagi dalam semua bidang pada tahun 2024/2025 ini. Sekian, terima kasih MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 KATA BICARA GURU BESAR DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH 2024/2025 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan ‘Kata Alu-Aluan’ dalam buku pengurusan sekolah ini bagi keluaran tahun 2023/2024. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah kerana berjaya menerbitkan buku pengurusan sekolah ini. Saya yang menjalankan amanah, ........................................................ ( ROSLI BIN SAPIIE ) Guru Besar SK Kelaweh 3


Tarikh : 10 Mac 2024 Kepada, SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Kelaweh, 18500 Machang, Kelantan. Tuan, PELANTIKAN DAN PENURUNAN KUASA GURU BESAR KEPADA GURU-GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PENGURUSAN (AKP) DALAM MELAKSANAKAN SEMUA TUGAS PENTADBIRAN DAN MENGURUS SEBAGAIMANA YANG TERDAPAT DALAM MANUAL PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2023/2024 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan ini saya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kelaweh, 18500 Machang, Kelantan melantik tuan/puan sebagaimana yang terkandung dalam Manual Pengurusan Pentadbiran Sekolah 2024/2025. 3. Saya berharap dengan pelantikan dan penurunan kuasa ini, tuan/puan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh ILTIZAM dan bersemangat. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ROSLI BIN SAPIIE Guru Besar SK Kelaweh, 18500 Machang, Kelantan. SURAT PELANTIKAN DAN PENURUNAN KUASA MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN KELAWEH 18500 MACHANG, KELANTAN. DBA 2170 ...................................................................


AM MAKLUMAT 5


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 6 MAKLUMAT AM Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubalpada 1988 dan disemak semula pada 1996, termaktub dalam visi kementerian dan kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera VISI Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MISI MOTO JPN KELANTAN “Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan”


MOTO SEKOLAH ‘Biasakan Kebersamaan, Lestarikan Kecemerlangan’ ‘We Love SK. Kelaweh’ PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Warga SK Kelaweh dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada: Murid Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan bagi yang layak Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian asas dalam 3M Ibu bapa/penjaga Akan dilayan sama adil tanpa mengira status Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari bekerja Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari Staff/Kakitangan Staff dapat bekerja dalam suasana yang kondusif Staff baru akan mendapat gaji dalam temph 3 bulan pertama Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun Guru seboleh-bolehnya akan dapat mengajar mengikut opsyen Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ‘Stake Holder’ Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera Semua surat JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 7 SLOGAN / TAGLINE SEKOLAH SekKl@h merupakan slogan atau tagline baru bagi SK Kelaweh hasil daripada idea Guru Besar SK Kelaweh sendiri iaitu En Rosli Bin Sapiie. Ianya adalah gabungan 2 perkataan Kelantan iaitu ‘Sek‘ yang memberi maksud kumpulan manakala ‘KKelah‘ dalam bahasa Kelantan memberikan maksud hebat. Penggunaan slogan ini menunjukkan bahawa warga SK Kelaweh bermula dari barisan pentadbir, guru-guru, pekerja, murid-murid di sekolah ini adalah satu kumpulan yang hebat


MATLAMAT ORGANISASI Mewujudkan suasana pendidikan yang kondusif serta pengelibatan yang menyeluruh semua pihak untuk menjana kecemerlangan dari segi intelek,emosi, rohani dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 8 OBJEKTIF SEKOLAH Menempatkan Sekolah Kebangsaan Kelaweh ke tahap kebanggaan dan kepercayaan masyarakat setempat Memperkenalkan pentadbiran yang berkesan dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan Meningkatkan lagi pencapaian kurikulum dari segi kualiti dan kuantiti berbandng dengan tahun-tahun lepas Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam segala bidang Lulus 100% dalam setiap ujian (UBB/UPSR) Mewujudkan suasana alam sekitar sekolah yang ceria dan sihat Melahirkan masyarakat sekolah mempunyai tahap yang tinggi terhadap pentingnya budaya ilmu dan budaya cemerlang LAGU SEKOLAH Marilah bersama-sama Berikrar berjanji setia SK Kelaweh Kami warganya Namamu terpahat di jiwa Berazam menimba ilmu Kearah Negara maju Semangat semua menyuluh jiwa Rajin usaha kami Berjaya Ilmu dicari agama dituruti Hidup penuh bakti Ayuh semua melangkah seiringan Kita akan Berjaya


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 9 LENCANA & MAKSUD LAMBANG SEKOLAH 1. Buku Melambangkan ilmu pengetahuan adalah tunjang kepada kecemerlangan murid dan menyubang kepada bangsa dan Negara 2. Obor Melambangkan semangat perjuangan dan berdaya saing untuk mencipta kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. 3. Lelaki dan Bola Melambangkan pengelibatan murid secara aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. 4.Warna Kuning Melambangkan bahawa semua murid patuh dan taat setia kepada raja dan Negara 5.Warna Merah Melambangkan semangat juang dan tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan. 6. Warna Putih Melambangkan pegangan agama dan keikhlasan dalam menuntut ilmu dan membuat sesuatu perkara. 7. Warna Hijau Melambangkan ketenangan, keselesaan dan kedamaian sekolah sebagai tempat menimba ilmu. 8. Tahun 1948 Menandakan bahawa Sekolah Kebangsaan Kelaweh mula ditubuhkan dan dibuka pada tahun 1948.


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 10 DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH 2024/2025


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 11 AMALAN ABC (ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK)


11 ANJAKAN DALAM PPPM 2013-2025 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 12 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung.


PELAN KECEMASAN SEKOLAH MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 13


PELAN KECERIAAN SEKOLAH MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 14


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 15


CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 16


JADUAL MINGGU PERSEKOLAHAN 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 17


HARI KELEPASAN AM 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 18 Peringatan: Bagi hari-hari kelepasan yang disenaraikan, sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan esoknya(satu hari sahaja) dan jika hari berkenaan adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Jumaat, maka hari jumaat itu juga merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari lain.


JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 19


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 20


BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 21 Senarai Tugas 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit Sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah 5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah. 6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon. 7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa Pertukaran guru atau mata pelajaran. 8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktivitiaktiviti lain yang dijalankan di sekolah. 11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah: 11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan 11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit 11.3 lawatan-lawatan / pelawat 11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan 11.5 laporan perhimpunan hari Ahad ditulis di dalam laporan khas mengenai perhimpunan 12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil. 13. Perhimpunan 13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan 13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan 13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN


TAKWIM SEKOLAH SEPANJANG TAHUN MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 22


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 23


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 24


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 25


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 26


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 27


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 28


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 29


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 30


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 31


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 32


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 33


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 34


SENARAI GURU DAN AKP TAHUN 2024/2025 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 35


SENARAI JAGA DAN PEKERJA KONTRAK KEBERSIHAN MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 36


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 37 FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan Kelaweh di tahap cemerlang, dihormati dan disegani. 1.2 Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas Kurikulum, Kokurikulum dan memantapkan sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran. 1.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat. 1.4 Sehubungan itu, risalah ringkas ini diharap dapat menerangkan secara ringkas mengenai pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua anitia, Guru Bimbingan & Kaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa sedia membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka. 1.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah, Buku Panduan Pelajar, Prosedurprosedur Kerja dan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul. 2. SIKAP GURU 2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mencungkil potensi mereka. 2.2 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculum’. 2.3 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid. 2.4 Nilai-nilai murni keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah. 2.5 Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan. Pendidikan untuk semua. 3. KEMAHIRAN GURU 3.1 Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar untuk menjadikan pelajar kita ‘leaners for life’ (mengajar atau mendidik). 3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara objektif dan berkesan. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya. Oleh itu kita perlu membetul, menyusun dan mempelbagaikan kaedah, misalnya :- 3.2.1 Teknik bahasa merentas kurikulum. 3.2.2 Teknik P&P ‘brain storming’ STRUM/PPAS. 3.2.3 Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan. 3.2.4 Teknik Putaran (ajar uji - ajar semula - ajar semula). 3.2.5 Teknik ‘peear-group’/rakan sebaya. 3.2.6 Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan. 3.2.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI). 4. PROFESINALISME GURU 4.1 Iklim 4.1.1 ‘High Expectation dan low stress’ - Best learning (Study Hard, Study Smart). 4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif - Pujian untuk kejayaan. 4.2 Pengurusan 4.2.1 Memahami matlamat sekolah. 4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah. 4.2.3 Menepati masa 4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil tindakan dengan segera. PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 38 4.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan. Hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan. 4.3 Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang. 4.4 Penampilan 4.4.1 Cara pakaian yang kemas dan lengkap. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan tidak melebihi waktu rehat. 4.4.2 Kasut, tanda nama, tali leher dan pemakaian aksesori minimum. 4.4.3 Gaya komunikasi. 4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang, mudah difahami. 4.4.3.2 Tiada slanggah/loghat kenegerian. 4.4.3.3 Lembut. 4.4.3.4 Tiada labeling. 4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri. 4.5 Kerahsiaan Segala maklumat yang dibincangkan oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan kepada/dengan yang tidak berkenaan. 4.6 Etika Guru 4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini. 4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah. 4.6.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan waktu tidak mengajar. 5. TUGAS GURU 5.1 Guru Bertugas 5.1.1 Masa Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan sekolah 15 minit lebih awal. 5.1.2 Tugas Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah dipastikan diikuti. 5.1.2.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan. 5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib. 5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat yang disediakan. 5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria. 5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas). 5.1.3 Bangunan 5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara - perkara yang tidak diingini. *Lapor segera sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain - lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pihak ngurusan. 5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan). 5.2 Guru Kelas 5.2.1. Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah. 5.2.2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. 5.2.3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 39 5.2.4 Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. 5.2.5 Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes - kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu. 5.2.6 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. 5.2.7 Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. 5.2.8 Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah (Jika ada) 5.2.9 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. 5.2.10 Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibubapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 5.2.11 Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. 5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar. 5.2.13 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 5.2.14 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 5.2.15 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. 5.2.16 Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk Peperiksaan membantu menyusun kerusi meja. 5.2.17 Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping tabung markah atau mark sheet. 5.2.18 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 5.2.19 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 5.2.20 Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa. 5.2.21 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru 5.2.22 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis daripada ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada guru kelas apabila hadir semula ke sekolah. a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu akan Ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon atau datang sendiri ke sekolah. b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: i. Hari ke-3 - Amaran Pertama ii. Hari ke-10 -Amaran Kedua iii. Hari ke-17 - Amaran Terakhir iv. Hari ke-31 - Pembuangan / Pemberhentian persekolahan c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: i. Hari ke-10 -Amaran Pertama ii. Hari ke-20 - Amaran Kedua iii. Hari ke-40 - Amaran Terakhir iv. Hari ke-60 - Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 40 5.2.23 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terima) dan surat pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar (berdaftar akuan terima). 5.3. Pengurusan bilik darjah 5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah/kelas: a. Di pintu masuk/hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah setiap mata pelajaran. Satu salinan jadual kedatangan murid. b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, Satu salinan Peraturan kecemasan , carta mata pelajaran, Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu contoh kalendar. c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas. d. Di dinding – Cogan kata kelas , jam dinding. e. Perkara-perkara lain: - Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas - Penyapu , bakul sampah , dan penadah sampah disusun dengan kemas dan teratur di belakang kelas. - Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan keselesaan kelas. 5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan jawatankuasa kelas. 5.3.3. Menentukan bilangan kerusi/meja murid mencukupi untuk kelasnya. 5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna. 5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris , bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik. 5.3.5.1. Menentukan kerusi/meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh pelajar- pelajar. Jika berlaku kerosakan/kehilangan, pelajar bertanggungjawab menggantikannya. 5.3.6. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid sepertirambut , kuku , pakaian , gigi , kasut dan lencana nama. 5.3.7. Mengemas kini Kad 001 dan menyerahkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. 5.3.8. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan mengeluarkan Sijil Berhenti. 5.3.9. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya. 5.3.10. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan , keindahan dan keselesaan bilik darjah. 5.4 Hal-hal lain 5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-kegiatan kokurikulum dan sebarang arahan sekolah. 5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara murid dengan guru dan murid dengan murid. 5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adap sopan dan tingkah laku yang baik. 5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka. 5.5 Guru Subjek 5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda. 5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/gunakan ABM secara berkesan. Menepati masa, riang, tegas dan adil. Murahkan pujian. ‘Class control’. 5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda. 5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera setiap masa.


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 41 6. PENGURUSAN TUGAS GURU 6.1.1 Waktu 7.45 pagi hingga 1.15 petang ialah waktu persekolahan rasmi. 6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi menjana ‘core bisness’. 6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu pertama. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar. 6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah. 6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari Ahad bersama pengawas bertugas, untuk :- 6.1 RUTIN HARIAN i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah,Negara ku)/senaman ringkas. ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat). iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan. iv. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran disiplin. 6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan 24. 6.3 CUTI / GURU TIDAK HADIR. 6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta (tidak melebihi 2 hari). 6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan menjadi suatu hak pemohon). 6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon. 6.3.4 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat jika anda sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan SEGERA (telefon). 6.3.5 Pastikan tugas disediakan/diberi kepada murid anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan murid hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti. 6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru Besar. 6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar. Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran Terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan memberhentikan ** Pakaian batik – merujuk Surat JPA (S) TT.193/37/Jld. 4 (57) bertarikh 9 November 2004 menghendaki semua pegawai awam memakai pakaian batik. Keputusan ini tidak terpakai kepada pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam. 6.4 PAKAIAN BATIK


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 42 7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU 7.2 DISIPLIN DAN PERGERAKAN MURID. 7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin. 7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 10 minit sebelum balik. 7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum. 7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/KH). Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid. 7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas jalan raya. 7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi, jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan, sewajarnya. 7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar. 7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum. 7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas keluar’. 7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan). 7.1 PENTADBIRAN KEWANGAN 7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid dengan segera dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul. 7.1.2 Pembelian Keperluan P&P Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan). 7.3 BUKU REKOD KEDATANGAN MURID. 7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan kedatangan murid. Kehadiran murid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari persekolahan. 7.3.2 Pastikan semua maklumatdan butiran murid sentiasa dikemas kini dan dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup buku kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani. 7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi. 7.3.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya segala emolumen dengan serta-merta.


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 43 7.4 BUKU / FAIL REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR. 7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan kedatangan murid. Kehadiranmurid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari persekolahan. 7.3.2 Pastikan semua maklumatdan butiran murid sentiasa dikemas kini dan dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup buku kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani. 7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi. 7.3.4 Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya segala emolumen dengan serta-merta. 7.4 Buku / Fail Rekod Persediaan Mengajar. 7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar. 7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala maklumat berkaitan P&P yang diajar 7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru. 7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan yang diberi. 7.4.5 Rancangan Kerja Tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer, dan bertaip amat digalakkan. 7.4.6 Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK pada setiap hari Khamissebelum balik. 7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pelajaran tahunan. Rancangan pelajaran harian. Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki…………. ***Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua - duanya. 7.5 MENGHADIRI MESYUARAT 7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran pemberitahuan/ panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat. 7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar. 7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK/Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan). 7.6 KURSUS-KURSUS PROFESIONALISME. 7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan-jabatan, PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil/ mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 44 8. PENTADBIRAN 8.1 PEJABAT SEKOLAH/PENGGUNAAN TELEFON/ KEMUDAHAN 8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi. 8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir. Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut Pekeliling KementerianPendidikan Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut : Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama sekali. 8.4 KENYATAAN MEDIA 8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar. 8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pendidikan mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 8.2 BILIK REHAT GURU 8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar. 8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja. 8.3 KESELAMATAN / PELAWAT 8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat. 8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah. 8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK. 8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK. 9. PENUTUP Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Kelaweh. Sila tandatangani akuan penerimaan. 10. SURAT PEKELILING IKHTISAS 10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959 (Corporal Punishment Guru Besar) 10.2 SPI Bi.l 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak Melebihi Separuh) 10.3 SPI Bil. 3/1979 Pakaian Guru Pendidikan Jasmani. & 6/1985 10.4 SPI Bil. 4/1979 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah. & 3/1985 10.5 SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja 10.6 SPI Bil. 3/1983 Pakaian Murid. & 8/1985


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 45 10.7 SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara Bukan Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan. 10.8 10.9 10.10 10.11 10.12 10.13 10.14 10.15 10.16 10.17 10.18 10.19 10.20 10.21 10.22 10.23 10.24 10.25 10.26 10.27 SPI Bil. 5/1985 SPI Bil. 8/1988 SPI Bil. 12/1988 SPI Bil. 13/1988 SPI Bil. 1/1995 SPI Bil. 13/1998 SPI Bil. 8/1999 SPI Bil. 12/1999 SPI Bil. 3/1999 SPI Bil. 6/2000 SPI Bil. 4/2002 SPI Bil. 2/2003 SPI Bil. 8/2007 SPI Bil. 8/2016 SPI Bil. 3/2008 SPI Bil. 3/1993 SPI Bil. 11/2011 SPI Bil. 6/2016 SPI Bil. 3/2017 SPI Bil. 1/2017 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan Sekolah. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah. Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama Persekolahan. Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani Dan Kokurikulum. Program Membina Minat Membaca. Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran. Rancangan Pelajaran Tahunan. Rancangan Pelajaran Harian. Hendaklah Diurus Dengan Sempurna Dan Dapat Dikemukakan Dengan Serta Merta ApabilaDikehendaki….. *** Penalti : Guru Tidak Melebihi RM 5,000.00 / 3 Bulan Penjara / Kedua-Duanya. Guru Besar Tidak Melebihi RM 500.00 / 3 Bulan Penjara/ Kedua-Duanya. Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gangster Pelaksanaan Program Sekolah Selamat Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan Kokurikulum Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru Dan Murid Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan *** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas untuk merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 46 11.1 SPAM Bil. 1/2004 Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di bawah agensiagensi kerajaan. 11. SURAT PEKELILING


AKU JANJI MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 47 AKAN SENTIASA TAAT SETIA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG, NEGARA DAN KERAJAAN Bersubahat dengan musuh negara Membocorkan rahsia kerajaan Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan Contoh pelanggaran: AKAN SENTIASA MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN CERMAT, BERSUNGGUH-SUNGGUH, CEKAP, JUJUR, AMANAH, DAN BERTANGGUNGJAWAB Contoh pelanggaran: Kurang cekap atau kurang berusaha a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa Tidak jujur dan amanah a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga b) membuat tuntutan palsu c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru Tidak bertanggungjawab a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas guru TIDAK MEMBELAKANGKAN TUGAS AWAM DEMI KEPENTINGAN PERIBADI Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam Waktu pejabat mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan Contoh pelanggaran: TIDAK AKAN BERKELAKUAN DENGAN CARA YANG MUNGKIN MENYEBABKAN KEPENTINGAN PERIBADI BERCANGGAH DENGAN TUGAS AWAM Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya Contoh pelanggaran: TIDAK BERKELAKUAN DENGAN CARA YANG BOLEH MENIMBULKAN SYAK YANG MUNASABAH BAHAWA PEGAWAI TELAH MEMBIARKAN KEPENTINGAN PERIBADINYA BERCANGGAH DENGAN TUGAS RASMI SEHINGGA MENJEJASKAN KEGUNAAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada Memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut Contoh pelanggaran:


MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 48 TIDAK AKAN MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEBAGAI PEGAWAI AWAM BAGI FAEDAH DIRI SENDIRI Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menhantar anak ke sekolah dan sebagainya Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian Contoh pelanggaran: TIDAK AKAN BERKELAKUAN DENGAN CARA YANG BOLEH MEMBURUK DAN MENCEMARKAN NAMA PERKHIDMATAN AWAM Terlibat dengan penyalahgunaan dadah Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di kaunter Contoh pelanggaran: TIDAK AKAN MEMBAWA SEBARANG PENGARUH ATAU TEKANAN LUAR UNTUK MENYOKONG ATAU MEMAJUKAN TUNTUTAN DIRI SENDIRI ATAU PEGAWAI LAIN BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN AWAM Meminta orang kenamaan untuk mnggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan Contoh pelanggaran: TIDAK INGKAR PERINTAH ATAU BERKELAKUAN DENGAN CARA YANG BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI INGKAR PERINTAH Membantah atau melawan pegawai atasan Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran Keluar negara atau urusan pserendirian tanpa kelulusan Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran Contoh pelanggaran:


Click to View FlipBook Version