Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA TAJUK : PENYEDIAAN JAKET WANITA TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai teknik mendraf pola dalam pembuatan potongan Jaket Wanita. PENERANGAN : T3. MENDRAF POLA JAKET WANITA 3.1 Pengenalan Mendraf Pola Badan Pola ialah plan bentuk baju yang dilukis bagi memudahkan kerja memotong fabrik untuk membuat sehelai blaus dan skirt yang cantik dan selesa, sesuai dengan saiz badan pelanggan. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 11 JAKET WANITA TAJUK SUB MODUL 11.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T3 Mendraf Pola Jaket Wanita T4 Memotong Fabrik Jaket Wanita OBJEKTIF PENGETAHUAN Mendraf pola dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mendraf pola dan memotong Jaket Wanita mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 1 DRP: 11 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 2 DRP: 11 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 18 : Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola 3.3 Persediaan Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- a) Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih. b) Gunakan ukuran yang telah dicatatkan. c) Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih. d) Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul. e) Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi. f) Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap. g) Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. h) Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 3 DRP: 11 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 4 DRP: 11 3.5 Teknik Mendraf Pola Jaket Wanita Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.5.1 Mendraf pola sample garis leher, kolar dan lipatan lisu 3.5.2 Mendraf pola badan hadapan dan belakang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 5 DRP: 11 3.5.3 Mendraf pola lengan 3.6 Tanda – Tanda Pola Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Dilabelkan pada kepingan pola yang telah didraf
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 6 DRP: 11 Jadual 1 : Senarai Tanda Pada Pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikeduakedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 7 DRP: 11 T4. MEMOTONG FABRIK JAKET WANITA 4.1 Pengenalan 4.1.1 Definisi Sebelum memotong, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti dimana membuat semakan pola yang didraf mengikut ukuran dan rekaan yang dikehendaki. Pastikan kepingan pola telah dipotong serta diletakkan tanda – tanda pola supaya memudahkan langkah kerja memotong .Teknik memotong fabrik dengan tepat dan mengikut susunan adalah penting sebelum proses tersebut dilakukan. Menyusunan pola diatas fabrik sebelum memotong dapat menjimatkan masa serta menjimatkan penggunaan bahan. 4.1.2 Tujuan Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan. 4.2 Peralatan dan Bahan 4.2.1 Alat memotong 4.2.2 Bahan memanda Rajah 19 : Peralatan Dan Bahan Memotong Dan Menanda
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 8 DRP: 11 4.2.3 Memotong fabrik jaket wanita a) Fabrik jaket bidang 60” perlu dilipat dahulu. b) Membentang fabrik di atas meja permukaan yang rata c) Pola jaket disusun atas fabrik dan pinkan dengan peniti d) Gunakan gunting fabrik yang tajam e) Gunakan mata gunting sepenuhnya pada bahagian yang lurus, Manakala gunakan hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian kecil dan melengkung. f) Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat g) Selepas mengggunting, pindahkan tanda –tanda pola pada fabrik. Rajah 20 : Susun Atur Pola Jaket Pada Fabrik 4.2.2 Memotong fabrik interfacing a) Fabrik interfacing bidang 45” perlu dilipat dahulu. b) Membentang fabrik di atas meja permukaan yang rata c) Pola facing disusun atas fabrik dan pinkan dengan peniti sebelum digunting.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 9 DRP: 11 Rajah 21 : Susun atur pola facing 4.2.3 Memotong fabrik lining a) Fabrik Habothai Silk bidang 45” perlu dilipat dahulu. b) Membentang fabrik di atas meja permukaan yang rata c) Pola facing disusun atas fabrik dan pinkan dengan peniti sebelum digunting. Rajah 22 : Susun atur fabrik interlining
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 10 DRP: 11 4. 3 Teknik Memotong Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai fesyen ataupun stail jaket wanita yang diperkenalkan bagi memuaskan citarasa pelanggan dengan mengikut peringkat umur. Rekaan fesyen yang diperagakan adalah berbeza mengikut jenis fabrik dan corak fabrik. Dengan adanya perbezaan penggunaan jenis fabrik dan corak fabrik, ianya memberi impak kepada teknik memotong. Rajah 23 : Langkah-Langkah Sebelum Memotong Fabrik 4. 3. 1 Teknik Menyusun Atur Pola Susun atur pola adalah kedudukan kepingan pola pada fabrik.Dimana ianya disusun secara teliti sebelum proses memotong fabrik untuk pakaian. Kepingan pola diletakkan bermula dengan kepingan pola besar dan seterusnya diikuti dengan kepingan pola kecil bagi mengelakkan pembaziran fabric berlaku. Sebelum menyusun kepingan pola tersebut perlu perhatikan tanda – tanda pola terlebih dahulu supaya tidak berlaku kesilapan semasa memotong.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 11 DRP: 11 4. 3. 2 Pemotongan fabrik yang dilakukan untuk jaket wanita Susun atur pola adalah kedudukan kepingan pola pada fabrik.Dimana ianya disusun Rajah 24 : Perkara-Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyusun Atur Kepingan Pola Pada Fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(2/3) MUKA: 12 DRP: 11 4. 3. 3 Pemindahan tanda – tanda pola pada kepingan fabrik yang dipotong Memindahkan tanda pola iaitu garisan pemadan pada fabrik yang telah dipotong sebelum proses jahit dan cantum dilakukan. 4.3.3.1 Alat memindahkan tanda pola a) Roda Surih dan Kertas karbon b) Kapur tukang jahit c) Jarum jahit tangan & Benang jahit d) Gunting 4.3.3.2 Memindahkan tanda pola Bergantung pada alat bantu yang digunakan mengikut tahap-tahap yang harus dilalui dalam memindahkan tanda pola pada fabrik. Rajah 25 : Contoh Memindahkan Tanda Pola RUJUKAN : a. Paduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar (Karya Bestari : Cetakan 8- 2006) b. Paduan Membuat Pakaian Wanita - Mariam Abu Bakar (Alaf 21 : Cetakan 1- 2003) c. Pola Pakaian tingkatan 4 dan 5 - Lamah bt Ghani, Asmawati bt Abdul Aziz / Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (Cetakan 1-2005) d. Asas Menjahit - Raja Fudziah Ismail (R.A.N. Publisher Sdn. Bhd : Cetakan 2:1995) e. Variasi Teknik Menjahit - Rosita Jaafar (Alaf 21:2006)