TAJUK : PENYEDIAAN BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai jenis-jenis blaus dan skirt potongan sari blouse, teknik mengambil ukuran blaus dan skirt potongan sari blouse dan teknik mendraf pola dalam pembuatan blaus dan skirt potongan sari blouse. PENERANGAN : T1. MENENTUKAN REKAAN FESYEN BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE 1.1 Pengenalan 1.1.1 Definisi (Rekaan Fesyen) Rekaan Fesyen merupakan satu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. Dimana ianya menekan aplikasi konsep, pinsip dan elemen reka bentuk dan estetika atau keindahan semula jadi dalam NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 05 - BLAUS DAN SKIRT TAJUK SUB MODUL 05.01 POTONG FABRIK BLAUS DAN SKIRT TAJUK ELEMEN T1. Menentukan Rekaan Fesyen Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse T2. Mengambil Ukuran Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse T3. Mendraf Pola Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse T4. Memotong Fabrik Blaus Dan Skirt Potongan Sari Blouse OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar dan mengambil ukuran dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan memotong Blaus dan Skirt Potongan Sari Blouse mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 34 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 34 pengulangan, peniruan dan inovasi bagi menghasilkan reka bentuk fesyen yang baharu. 1.1.2 Pemilihan Variasi Rekaan Fesyen Blaus adalah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Perancis ke bahasa Inggeris yang merujuk kepada pakaian atas yang ringan dan longgar yang diperbuat daripada kapas atau linen yang dipakai oleh pekerja Perancis. Istilah "blaus" digunakan untuk pelbagai baju dan tunik yang dipakai oleh buruh ladang Inggeris. Pada tahun 1870, blaus itu pertama kali dirujuk sebagai pakaian yang dimaksudkan untuk seorang wanita muda. Blaus atau Choli biasanya merupakan pakaian yang dipotong di bahagian pinggang untuk menutup bahagian atas badan, apabila memakai saree atau lehenga. Terdapat blaus yang banyak dihiasi, blaus saree berjenama, blaus readymade, cholis lehenga yang menarik, blaus labuci, cholis pengantin, blaus bustier voguish atau ala-ala jaket. Manakala Skirt pula adalah bahagian bawah pakaian atau pakaian luar yang berasingan yang menutupi seseorang dari pinggang ke bawah. Paling mudah, skirt boleh menjadi pakaian bersarung yang diperbuat daripada sehelai kain (seperti pareos). Walau bagaimanapun, kebanyakan skirt dipasang pada badan di bahagian pinggang atau pinggul dan lebih penuh di bawah, dengan kepenuhan diperkenalkan melalui lisu, garisan, lipatan atau panel 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep 1.2.1 Pemilihan stail pakaian Rajah 1 : Blaus
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 34 Rajah 2 : Kolar / Garis Leher Rajah 3 : Lengan Rajah 4 : Skirt
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 34 1.2.2 Pemilihan jenis fabrik Fabrik Sari Pernikahan Fabrik Broket Fabrik Georgette Fabrik Tissue Fabrik Heavy Cotton Fabrik Sutra Rajah 5 : Jenis fabrik 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi, masa dan tujuan. 1.2.3.1 Pakaian formal - Pakaian yang sesuai untuk majlis yang formal atau rasmi. Antara contoh pakaian formal ialah :- 1.2.3.2 Pakaian Seragam -Pakaian yang mengikut standard tertantu dan dipakai khas oleh sesuatau golongan atau organisasi. Kebiasaannya satu persalinan lengkap beserta aksesori termasuk topi dan kasut
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 34 Rajah 6 : Pakaian seragam 1.2.3.3 Pakaian Rasmi - Pakaian yang digunakan untuk menghadiri majlis-majlis rasmi seperti pakaian kebangsaan rasmi, pakaian kebangsaan dan pakaian kerja mengikut profesion. Rajah 7 : Pakaian Rasmi 1.2.3.4 Pakaian upacara - Pakaian untuk sesuatu majlis keramaian mengikut sesuatu peraturan dan istiadat tertentu. Dipakai ketika menghadiri majlis penganugerahan pingat, pertabalan Diraja atau istiadat keagamaan dan kebesaran. Contohnya seperti pakaian hitam kebangsaan lengkap bersamping, pakaian tradisional baju kurung atau kebaya lengkap berselendang tidak sama warna, dinner jacket dan black tie.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 34 Rajah 8 : Pakaian Upacara 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah ( Sketch Form ) Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen Rajah 9 : Sketch Form
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 34 1.3.1.1 Peralatan dan bahan melakar fesyen Rajah 10 : Peralatan dan bahan melakar fesyen (keterangan rujuk: M02) 1.3.1.2 Melakar fesyen Blaus dan Skirt potongan Blouse Sari - Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail rekaan dan corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai Rajah 11 : Contoh teknik melakar fesyen
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 34 T2. MENENTUKAN REKAAN FESYEN BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE 2.1 Pengenalan Mengambil ukuran merupakan langkah awal dalam kerja membuat pakaian pengantin tradisi. Pelatih harus ingat bahawa ukuran hendaklah diambil dari masa ke semasa supaya pelatih boleh mengetahui sama ada seseorang itu semakin gemuk, kurus ataupun tidak berubah langsung. Apabila mengambil ukuran, seelok-elok nya biarlah pelanggan memakai pakaian yang ringkas. Ikatkan pita atau tali dikeliling pinggang untuk menanda garisan pinggang yang sebenarnya. Jangan mengukur terlalu ketat atau terlalu longgar. Elakkan daripada menggunakan pita ukur yang memeri atau mengecut. Ulangkan ukuran dua atau tiga kali untuk mengelakkan kekeliruan dan juga untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat. 2.2 Peralatan dan bahan untuk mengambil ukuran Rajah 12 : Peralatan mengukur (keterangan rujuk: M02)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 34 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik 2.3.1 Penggunaan bacaan inci cara membaca pita ukur dalam kiraan inci dan cm Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 34 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 34 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta ukuran badan standard Rajah 13 : Carta ukuran badan standard Keliling Leher Lebar Bahu Lubang Lengan Bukaan Tangan Labuh Tangan Keliling Punggung Mercu ke Mercu Keliling Dada Paras Pinggang Pangkal Leher Ke Mercu (Bahu ke Mercu) Garis Tengah Belakang (Paras Pianggang/Bahu Ke Pinggang Keliling Pinggang Labuh Baju
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 34 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 14 : Borang tempahan 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 15 : Bahagian badan yang harus diukur Keliling leher Lebar bahu Labuh Bukaan tangan Keliling dada Labuh skirt Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Pangkal leher ke mercu dada
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 34 2.7 Masalah Yang sering berlaku semasa Proses Mengambil ukuran Badan 2.8 Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil ukuran Badan T3. MENDRAF POLA BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE 3.1 Pengenalan Pola ialah plan bentuk baju yang dilukis bagi memudahkan kerja memotong fabrik untuk membuat sehelai blaus dan skirt yang cantik dan selesa, sesuai dengan saiz badan pelanggan Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar. Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil. Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang. Pelanggang bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan. Pastikan pelanggang memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan Pastikan ukuran di catat dengan betul
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 34 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 16 : Peralatan mendraf (keterangan rujuk: M02) 3.3 Persediaan Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- i. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih ii. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan iii. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih iv. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul v. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi vi. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 34 vii. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. viii. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola. 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 34 3.5 Teknik Mendraf Pola Blaus Potongan Sari Blouse Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.5.1 Mendraf pola badan hadapan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 34 3.5.1 Mendraf Pola Badan Belakang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 34 3.5.3 Mendraf pola lengan 3.5.3.1 Mendraf Pola Sampel Kaf 3.5.3.1 Mendraf Pola Lengan Lengan ma Kaf
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 34 3.6 Teknik Mendraf Pola Skirt 3.6.1 Mendraf Pola Sampel Ikatan Pinggang ( Velkrum ) Contohnya ukuran keliling pinggang 24inci + 1inci untuk kancing. Pengeras berukuran 24” dan tambah 1” untuk kancing. 24” 1” Formula :- Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.6.2 Mendraf Pola Skirt Hadapan Dan Belakang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 34 3.7 Tanda – Tanda Pola Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Dilabelkan pada kepingan pola yang telah didraf Jadual 01 : Tanda – tanda pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikeduakedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 34 3.8 Pengenalan Manipulasi Pola Asas Manipulasi pola adalah kedudukan lisu pemadan ialah satu kaedah menggunakan dan memindahkan lisu pemadan. Manipulasi kedudukan lisu pemadan juga digunakan untuk rekaan garis stail pakaian dalam kerja-kerja mendraf pola. 3.9 Peralatan Dan Bahan Untuk Proses Manipulasi Pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 34 3.10 Teknik Membuat Manipulasi pola 3.10.1 Teknik manipulasi lisu Pengubahsuaian lisu pada pakaian boleh dilakukan dengan mengetahui teknik yang sesuai dan betul sekiranya kedudukan lisu yang dikehendaki untuk menghasilkan sesuatu rekaan itu diletakkan ditempat yang betul dan tepat. Tujuan memindahkan lisu pemadan adalah untuk :- i. Mendapatkan kedudukan lisu baru ii. Mendapatkan garis gaya baru dengan kaedah menyudahkan ruang lebar lisu seperti membuat lipatan, kedut, lisu tergantung dan sebagainya. Rajah 17 : Kedudukan lisu 3.10.1.1 Teknik Pin & Pivotal i. Teknik memindahkan lisu melalui satu titik dengan memusing pola (pivoting), memindah (shifting) dan menekap semula (tracing) selain dari menggunting lisu. ii. Setelah titik baru diperolehi, putaran tidak perlu dilakukan lagi. iii. Beberapa bahagian digunakan untuk teknik pivot seperti dibawah :
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 34 Rajah 18 : Pengubahsuaian teknik pivot 3.10.1.2 Teknik Slash-Spread & Overlap i. Teknik memindah lisu dengan cara menggunting lisu baru dan menutup lisu yang hendak dipindahkan. ii. Lisu asal tidak akan diubah. iii. Beberapa bahagian digunakan untuk teknik slash seperti dibawah : Rajah 19 : Pengubahsuaian teknik slash Pengubahsuaian teknik pivot pada garisan leher Pengubahsuaian teknik pivot pada garis bahu Pengubahsuaian teknik pivot pada garisan mercu dada Pengubahsuaian teknik slash yang dibuat pada garis rusuk Pengubahsuaian teknik slash yang dibuat pada garis pinggang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 24 DRP: 34 3.10.2 Jenis Manipulasi Lisu 3.10.2.1 Cara mengubah lisu dengan teknik pin & pivotal Rajah 20 : Pengubahsuaian kedudukan lisu 3.10.2.2 Cara Mengubah Lisu Dengan Teknik Slash Rajah 21 : Pengubahsuaian kedudukan lisu
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 25 DRP: 34 3.10.3 Menambah Kebesaran / Bilangan i. Lisu digunakan untuk mengawal ruang dan bentuk pakaian dengan badan. ii. Lisu dada di badan berfungsi untuk membentuk kain di sekeliling lengkung dada. iii. Lisu dada biasanya diletakkan di bahagian sisi badan dan di pinggang jika keperluannya untuk menutupi badan sesuai melalui garisan pinggang Rajah 22 : Pengubahsuaian kedudukan lisu
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 26 DRP: 34 3.10.4 Membuat Manipulasi Pola 3.10.4.1 Manipulasi Badan Hadapan dan Badan Belakang Pola Blaus Potongan Sari Blouse Hadapan (Empire Blouse) Pola Blaus Potongan Sari Blouse Belakang (Empire Blouse)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 27 DRP: 34 3.10.4.2 Manipulasi Lengan Pola Lengan (Puff sleeve)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 28 DRP: 34 3.10.4.3 Manipulasi Skirt Pola Skirt Hadapan (Circle Skirt) Pola Skirt Belakang (Circle Skirt)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 29 DRP: 34 3.10.5 Menanda ( Pemindahan tanda – tanda pola ) Tanda –tanda garis panduan pada kertas pola perlu dibuat sebelum dipindahkan kesebelah dalam fabrik bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit pakaian. Rajah 23 : Pemindahan tanda – tanda pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 30 DRP: 34 T4. MEMOTONG FABRIK BLAUS POTONGAN SARI BLOUSE 4. 1 Pengenalan 4. 1. 1 Definisi Sebelum memotong, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti dimana membuat semakan pola yang didraf mengikut ukuran dan rekaan yang dikehendaki. Pastikan kepingan pola telah dipotong serta diletakkan tanda – tanda pola supaya memudahkan langkah kerja memotong .Teknik memotong fabrik dengan tepat dan mengikut susunan adalah penting sebelum proses tersebut dilakukan. Menyusunan pola diatas fabrik sebelum memotong dapat menjimatkan masa serta menjimatkan penggunaan bahan. 4. 1. 2 Tujuan Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan 4. 2 Peralatan dan Bahan Memotong dan Menanda Rajah 24 : Peralatan memotong dan menanda (keterangan rujuk: M02)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 31 DRP: 34 4. 3 Teknik Memotong Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai fesyen ataupun stail baju blaus potongan sari blouse yang diperkenalkan bagi memuaskan citarasa pelanggan dengan mengikut peringkat umur. Rekaan fesyen yang diperagakan adalah berbeza mengikut jenis fabrik dan corak fabrik. Dengan adanya perbezaan penggunaan jenis fabrik dan corak fabrik, ianya memberi impak kepada teknik memotong. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memotong dan menggunting fabrik. 4. 3. 1 Sampel Memotong Kaf dan Ikatan Pinggang (Velkrum) Rajah 25 : Kepingan fabrik sampel yang telah dipotong ma
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 32 DRP: 34 4. 3. 2 Teknik Menyusun Atur Pola Susun atur pola adalah kedudukan kepingan pola pada fabrik.Dimana ianya disusun secara teliti sebelum proses memotong fabrik untuk pakaian. Kepingan pola diletakkan bermula dengan kepingan pola besar dan seterusnya diikuti dengan kepingan pola kecil bagi mengelakkan pembaziran fabrik berlaku. Sebelum menyusun kepingan pola tersebut perlu perhatikan tanda – tanda pola terlebih dahulu supaya tidak berlaku kesilapan semasa memotong Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyusun Atur Kepingan Pola Pada Fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 33 DRP: 34 4. 3. 3 Pemotongan Fabrik Yang Dilakukan Untuk Blaus dan Skirt Potongan Sari Blouse Rajah 26 : Kepingan fabrik yang telah dipotong untuk menghasilkan Blaus dan Skirt Potongan Sari Blouse Kepingan fabrik lengan Kepingan fabrik skirt hadapan dan belakang Kepingan fabrik ikatan pinggang Kepingan fabrik badan hadapan dan belakang
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M05.01/HP(1/2) MUKA: 34 DRP: 34 4. 3. 4 Pemindahan tanda – tanda pola pada kepingan fabric yang dipotong Memindahkan tanda pola iaitu garisan pemadan pada fabrik yang telah dipotong sebelum proses jahit dan cantum dilakukan. Rajah 27 : Contoh memindahkan tanda pola pada kepingan fabrik yang telah dipotong RUJUKAN : 1) https://www.pinterest.com/search/pins/ 2) https://www.google.com/search 3) https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4) Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 5) Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd 6) Nor Azlizah Binti Abas. Buku Teks Rekaan Dan Jahitan Pakaian Tingkatan 4 & 5