TAJUK : PENYEDIAAN SELUAR KASUAL TUJUAN : Helaian Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik melakar fesyen, ambil ukuran, draf pola dan memotong fabrik Seluar Kasual dengan cara yang betul. PENERANGAN : T1 MENENTUKAN REKAAN FESYEN SELUAR KASUAL 1.1 Pengenalan Fesyen 1.1.1 Definisi Rekaan Fesyen Pakaian kasual adalah Western Dress Code yang terdiri dari kod pakaian yang lebih formal, pakaian separa formal atau pakaian tidak rasmi. Secara umumnya pakaian kasual dikaitkan dengan penekanan keselesaan dan keperibadian mengikut formaliti dan kesesuaian yang diantaranya adalah slek , blaus dan skirt. “Kasual" boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang santai, kadang-kadang spontan "sesuai untuk penggunaan harian" atau "tidak rasmi" dalam erti kata "tidak formal . 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi rekaan fesyen NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 12 SELUAR KASUAL TAJUK SUB MODUL 12.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen Seluar Kasual T2 Mengambil Ukuran Badan Seluar Kasual T3 Mendraf Pola Seluar Kasual T4 Memotong Fabrik Seluar Kasual OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar fesyen, mengambil ukuran dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat melakar fesyen, mengukur dan memotong seluar slek mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 24 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 24 Terdapat pelbagai jenis seluar slek yang sangat popular dipakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Slek boleh dipadankan dengan kemeja, blaus, jaket dan juga blazer. Pakaian ini sesuai untuk melakukan aktiviti harian seperti bersiar-siar, membeli-belah, berkelah, bersukan atau untuk ke pejabat. Rajah 1: Variasi Rekaan Fesyen 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep Stail Pakaian Stail pakaian menunjukkan cita rasa, nilai estetika, dan nilai keperibadian seseorang. Prinsip asas pemilihan pakaian ialah bentuk badan, corak, warna, tekstur, rupa fabrik, dan garisan cantuman supaya dapat menyembunyikan ciri fizikal yang lemah dan menunjukkan penampilan luaran yang positif. Seluar Palazo Seluar Bell Bottom Seluar Bentuk Oxford Seluar bentuk Pensel
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 24 1.2.1 Pemilihan stail pakaian ( poket , fly dan lisu ) Stail pakaian ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan.Pemilihan stail pakaian dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tesktur, dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, jenis –jenis poket , fly zip , akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Rajah 2 : Stail Pakaian Lisu Hadapan dan belakang Kocek sisi tersembunyi Fly seluar sisi seluar sisi dalam seluar kelepet kaki seluar cawat
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 24 1.2.2 Pemilihan Jenis Fabrik. Jadual 1 : Jenis – Jenis Fabrik Jenis fabrik Pemilihan warna/coraka) Coderoy Bentuk badan yang sedikit besar sering menghadapi dilema dalam pemilihan pakaian. Individu jenis ini lebih sesuai untuk pakai pakaian yang sedikit gelap. Pilih corak yang menegak dan bunga yang agak kecil. b. Drill Kain ini mempunyai tenunan dan tekstur gerudi. Sesuai untuk projek fesyen & kraf. Drill Cotton adalah sejenis kain cotton yang kuat, selesa dipakai & tidak panas.. Kebiasaannya fabrik ini digunakan untuk pakaian lasak seperti seluar slack, kemeja & uniformc. Linen Fabrik linen adalah gentian asli tumbuhan yang paling tahan lasak, teguh dan halus. Ia boleh digunakan untuk membuat pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga. Fabric ini adalah pengalir haba yang baik tetapi mudah renyuk. d. Rayon Fabrik rayon dibuat dengan cara kimia daripada sumber sumber asli. Bahan asas untuk gentian rayon ialah selulosa, sama ada daripada pulpa kayu atau gentian kapas yang pendek dan ini dipilih untuk mendapatkan rayon viskos, rayon asetat selulosa, rayon triasetat dan rayon yang diubahsuaikan e. Polyester Fabrik poliester digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Kain ini mempunyai pelbagai kualiti kerana ia begitu terkenal dengan anti kedut (tidak mudah renyuk) dan boleh kembali semula ke dalam bentuk asal. Fabrik poliester adalah sangat kuat dan teguh. Fabrik poliester juga boleh dicampur dengan kain lain untuk membuat kain yang kuat dan tahan lama atau bergantung kepada penggunaannya .
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 24 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi , masa , dan tujuan. Rajah 3 : Variasi Rekaan Seluar Kasual
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 24 1.3 Menghasilkan Rekaan fesyen berdasarkan tema dan konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah ( Sketch Form ) Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen. Rajah 4 : Sketch Form
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 24 1.3.1.1 Peralatan dan bahan melakar fesyen. Rajah 5 : Peralatan Dan Bahan Melakar Fesyen 1.3.1.2 Melakar fesyen Seluar Slek Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail rekaan dan corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai Digunakan oleh pereka fesyen untuk mereka pakaian dengan garis gaya dan ciri-ciri pakaian yang sesuai sebelum mendraf pola pakaian. Rajah 6 : Contoh Rekaan Seluar Kasual
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 24 T2. MENGAMBIL UKURAN BADAN SELUAR KASUAL 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Ukuran adalah unit piawaian untuk menentukan ciri-ciri fizikal sesuatu. Ukuran badan pula diertikan sebagai piawaian yang diambil bertujuan untuk menentukan besar kecilnya bentuk badan manusia bagi memudahkan proses menghasilkan fesyen pakaian. 2.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mengambil Ukuran Slek Rajah 7 : Peralatan Dan Bahan Mengambil Ukuran 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik cara membaca pita ukur dalam kiraan inci dan cm Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah. Pensel Mekanikal Art line pen A 4 Paper Pemadam Pastel Pensel Warna Design marker
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 24
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 24 2.4 Persediaan untuk mengambil ukuran Mengambil ukuran badan yang betul dan tepat dengan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan adalah sangat penting untuk mendapatkan pola asas yang betul semasa mendraf. Berikut ialah peraturan-peraturan semasa mengambil ukuran:- 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur Sebelum mengambil ukuran anda haruslah bertanyakan fesyen atau stail pakaian yang hendak dihasilkan. Bagi penghasilan Seluar Slek bahagianbahagian badan yang harus di ukur adalah seperti berikut:
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 24 Rajah 9 : Teknik mengambil ukuran Seluar Slek 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan Mengambil ukuran badan adalah merupakan proses yang paling penting dalam menghasilkan pakaian. ukuran yang lengkap memudahkan proses mendraf pola,menentukan saiz pakaian dan memastikan hasil yang siap menepati spesikasi yang dikehendaki . 2.6.1 Carta Ukuran badan standard *Semua ukuran adalah dalam cm*
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 24 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 10 : Contoh Borang Kosong Rajah 11 : Contoh Borang Yang Telah Diisi
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 24 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 12 : Mengambil Ukuran Badan
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 24 2.7 Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.7.1 Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar 2.7.2 Ukuran pada pita yang digunakan tidak terang 2.7.3 Pelanggan bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan. 2.7.4 Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil 2.8 Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.8.1 Pastikan Pelanggan memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal 2.8.2 Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak 2.8.3 Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses Mengukur di jalankan. 2.8.4 Pastikan ukuran dicatat dengan betul. T3. MENDRAF POLA SELUAR KASUAL 3.1 Pengenalan Mendraf Pola Seluar Slek Pola berfungsi memudahkan kerja-kerja memotong fabrik Dilakukan dengan mudah, kemas dan bersesuaian dengan kehendak fesyen dan saiz badan pelanggan. a. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan. b. Peralatan mendraf pola hendaklah dalam keadaan baik , jelas dan bersih. c. Gunakan alatan mendraf dengan betul supaya pola yang terhasil sesuai dengan rekaan. d. Kertas mendraf pola mestilah dalam keadaan bersih dan rata. e. Mendraf pola di atas permukaan yang rata dan bersih. f. Untuk memudahkan kerja-kerja mendraf pola, pastikan kesemua nota pola disediakan dengan lengkap. g. Teliti terlebih dahulu nota dan gambarajah pada pola tersebut. h. Kalkulator boleh digunakan bagi membantu proses pengiraan. i. Semasa mendraf pola, arahan kerja hendaklah dibuat mengikut tertib . Jangan melangkah sebarang arahan pada mana-mana bahagian. j. Pola yang sudah didraf, hendaklah dilabelkan dengan tandatanda pola dengan lengkap. k. Garis pemadan hendaklah ditanda dengan betul. l. Pastikan kepingan fabrik yang perlu dipotong dicatatkan di atas pola
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 24 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 13 : Peralatan Dan Bahan Mendraf 3.3 Persediaan Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- a. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih b. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan c. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih d. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul e. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi f. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap. g. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. h. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola.
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 24 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian 3.5 Teknik Mendraf Pola 3.5.1 Mendraf pola Sample Poket
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 24 3.5.1 Mendraf pola Seluar Hadapan dan Belakang 3.6 Tanda-Tanda Pada Pola / Maklumat Asas Pola Jadual 3: Tanda Dan Simbol Pada Pola. NAMA TANDA/SIMBOL KETERANGAN 1. Ira lurus Panduan arah kedudukan pola semasa meletakkan pola pada fabrik. 2. Ira melintang Panduan arah kedudukan pola semasa meletakkan pola pada fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 24 3. Ira serong Panduan arah kedudukan pola semasa meletakkan pola pada fabrik 4. Tanda lipatan Simbol kepada lipatan kain iaitu fabrik perlu dilipat dua semasa memotong. 5. Garis tengah belakang G T B Menunjukkan garis tengah belakang. 6. Garis tengah hadapan G T H Menunjukkan garis tengah hadapan. 7. Garisan pemadan - - - - - - - - - - Tanda untuk dijahit mesin. 8. Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting. 9. Lisu pemadan Garisan lisu. 10. Sebelah dalam SD Menandakah sebelah dalam fabrik. 11. Sebelah luar SL Menandakan sebelah luar fabrik. T4. MEMOTONG FABRIK SELUAR KASUAL 4.1 Pengenalan Menggunting fabrik adalah proses selepas pola disusun di atas fabrik. Perkara-perkara yang penting yang harus diberi perhatian semasa menggunting fabrik . 4.1.1 Definisi Dalam proses memotong, selain ira, keadaan dan corak fabrik, tanda pola juga memainkan peranan penting dalam proses memotong supaya tidak berlaku kesilapan semasa proses menggunting dan memudahkan proses menjahit dijalankan .
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 24 4.1.2 Tujuan Untuk menjimatkan fabrik yng digunakan di samping menghasilkan pakaian yang kemas dan cantik dari segi susunan,corak dan motif. 4.2 Peralatan dan bahan Rajah : 14 Peralatan memotong 4.2.2 Alat menanda Rajah 15 : Bahan Menanda
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 24 4.3 Teknik Memotong Seluar kasual 4.3.1 Sampel poket Rajah 16 : Poket Sisi a. Fabrik bagi penyediaan poket sisi perlu diperhatikan, sekiranya menggunakan fabrik yang sama,facing tidak di perlukan. Sekiranya menggunakan fabrik yang berbeza, facing perlu di sediakan bagi mengelakkan poket kelihatan berbeza. Perhatikan simbol pola dan fabrik yang diperlukan sebelum proses Rajah 17 : Bahagian -Bahagian Poket
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 24 4.3.2 Teknik menyusun Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola kecil Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas Susun pola sehala pada fabrik corak sehala Kerja menyusun atur pola hendaklah dirancang dengan baik untuk menjimatkan fabrik dan masa Ratakan pola yang berkedut Kenalpasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi mejaPolayang mempunyai tanda lipatan perlu di letak pada lipatan fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 24 4.3.3 Pemotongan fabrik yang dilalukan untuk Seluar Kasual . Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi. Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkan sebelah tangan diatas pola Guna gunting fabrik yang tajamPastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata Amalkan langkah keselamatan semasa menggunakan perlatan Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam fabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkan kerja menjahit pakaian
Hakcipta Terpelihara 2023GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M12.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 24 4.3.4 Pemindahan tanda -tanda pada kepingan fabrik yang dipotong . RUJUKAN : 1. Books, Hephaestus (2011) . Computer Peripherals, Including: Computer Monitor, Fax, Hard Disk Drive, Stored Energy Printer, Peripheral, Plug and Play, Auto- Configuration, Game Port, Hot Swapping, Autodetection, Surge Protector, Remote Terminal Unit,. Western Digital Media Center. Hephaestus Books, Lightning Source Uk Ltd. ISBN-13: 978-1-242-97956-9 2. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN13: 978-81-7008-929-2 3. R.A. Penfold. (2005). How to Set Up Your New Computer. Bernard Babani Publishing ISBN-13: 978-0-85934-559-0