The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menerangkan penggunaan alatan / bahan asas lukisan
elektronik dan Melukis figura dengan menggunakan
teknik yang betul dalam pelbagai posisi supaya ilustrasi
rekaan dapat digambarkan dengan lebih jelas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 23:01:25

03 REKAAN FESYEN

Menerangkan penggunaan alatan / bahan asas lukisan
elektronik dan Melukis figura dengan menggunakan
teknik yang betul dalam pelbagai posisi supaya ilustrasi
rekaan dapat digambarkan dengan lebih jelas.

Keywords: M03 - HP 03.01

TAJUK : LAKARAN ASAS FIGURA TUJUAN : Helaian penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih mengenai fesyen ,struktur asas figura dan teknik membentuk figura dengan cara yang betul. PENERANGAN : T1. Melukis Asas Figura 1.1 Pengenalan 1.1.1 Definisi Fesyen Fesyen merupakan gaya berpakaian tingkah laku yang diterima dari hari ke hari pada masa tertentu mengikut kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa dan keadaan. Fesyen juga adalah penampilan keseluruhan individu yang penampakkan tinghkah laku seseorng individu dari pelbagai golongan. Fesyen zaman sekarang sangat pantas proses perubahannya kerana ramai golongan inginkan kelainan dari segi pemakaian dan gaya yang menjadi trend dan ikutan terutamanya golongan muda TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYENTAJUK MODUL 03 REKAAN FESYEN TAJUK SUB MODUL 03.01 BENTUK FIGURA TAJUK ELEMEN T1 Melukis Asas Figura T2 Menghasilkan Figura Dalam Pelbagai Posisi OBJEKTIF PENGETAHUAN Menerangkan penggunaan alatan / bahan asas lukisan elektronik dan Melukis figura dengan menggunakan teknik yang betul dalam pelbagai posisi supaya ilustrasi rekaan dapat digambarkan dengan lebih jelas. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 13HELAIAN PENERANGAN


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 2 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.1.2 Jenis-Jenis Fabrik Fabrik juga memain peranan yang penting dalam berfesyen. Pada kebiasaannya fesyen akan menggunakan pelbagai jenis fabrik mengikut kesesuaian pakaian yang ingin dibuat.


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 3 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.2 Mengenali struktur asas figura Asas figura wanita adalah lukisan figura bentuk badan wanita yang mempunyai bentuk fizikal berbeza. Asas figura ini adalah penting bagi seorang pereka fesyen dan tukang jahit dalam membuat gambaran awal pakaian sebelum proses pembuatan pola dilakukan bagi tempahan pelanggan. Terdapat beberapa bahagian struktur asas figura wanita iaitu: 1.2.1 Bentuk muka Jadual 1: Jenis - Jenis Bentuk Muka i. Panjang (Rectangle) - Bentuk wajah yang memanjang dari dahi hingga dagumempunyai bentuk dagu yang ideal (tidak terlalu Tajam atau rata). ii. Oval - Bentuk wajah yang semakin kecil di bahagian bawah (dagu). Umumnya mempunyai dahi yang lebar dan tulang pipi yang menonjol dianggap bentuk wajah yang ideal. iii. Petak (Square) - Mempunyai dahi, tulang pipi dang aris rahang selebar kirakira sama bentuk wajah ini dapat dikenali oleh garis rahang yang berbentuk segi empat dan keras. iv. Hati (Heart) - Bentuk wajah yang semakin kecil di bahagian bawah (dagu) mempunyai dagu yang runcing dan bentuk wajah dapat dikenali dengan bentuk muka dan lebar dahi yang besar. v. Bulat (Round) - Lebar dan panjang muka lebih kurang sama dan pipi adalah kawasan muka yang paling luas. vi. Diamond - Mempunyai wajah yang bersudut, tajam dan kurus.Kawasan yang paling luas adalah pelipis dan tidak kebanyakkan orang memiliki bentuk muka diamond.


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 4 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.2.2 Alis mata (kening) Jadual 2: Jenis-Jenis Kening Bulat (Rounded) Alis mata bentuk muka hati dan diomand. Sudut tajam (Hard angled) Alis mata bentuk muka bulat dan oval. Sudut lembut (Soft angled) Alis mata bentuk muka petak, diamond dan oval. 1.2.3 Mulut (bibir) Jadual 3 : Jenis Bibir Bibi menoleh ke bawah Bibir berbentuk hati Bibir berbentuk bulat Bibir lebar Bentuk “S” (“S” Shaped) Alis mata bentuk muka petak dan diamond. Rata (Flat) Alis mata bentuk muka panjang.


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 5 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.2.4 Mata Jadual 4 : Jenis-Jenis Mata 1.2.5 Bahu Jadual 5: Jenis-Jenis Bahu 1.2.4. Tangan Rajah 1 : Jenis-Jenis Bentu Tangan Mata almond Mata bulat Mata turunMata naik Mata dalam Mata kecil 1. Ideal Garis bahu melandai dari titik leher. 2. Cerun Garis bahu turun dari titik leher. 3. Petak Garis bahu sejajar dengan titik leher. 4. Berotot Di sekitar garis bahu terdapat daging yang cukuo tebal. 5. Bertulang Sekitar garis bahu dan lekuk leher terdapat tonjolan tulang. 1 2 3 4 5


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 6 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.2.6 Kaki Rajah 2 : Jenis Kaki 1.3 Mengenal bentuk badan wanita 1.3.1 Bentuk badan belakang Rajah 3 : Jenis Bentuk Badan BENTUK BADAN BELAKANG Bentuk Ideal Bentuk Rata Bentuk Bulat Bongkok Sabut


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 7 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.4 Teknik menbentuk struktur figura 1.4.1 Definisi Figura(Croquis) Figura atau perkataan Perancis Croquis yang bermaksud alat panduan yang terdapat dalam pelbagai bentuk figura digunakan untuk menekap bagi menghasilkan lakaran kasar stail pakaian. 1.4.2 Lukisan Figura Lukisan figura ialah berasas kan benda hidup. Kebiasaanya ia menunjukkan bentuk pergerakkan manusia dalam pelbagai posisi dan kedudukan. . 1.4.3 Kegunaan Figura a) Digunakan oleh pereka fesyen untuk mereka pakaian dengan garis gaya dan ciri-ciri pakaian sesuai sebelum mendraf pola pakaian. b) Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian. c) Sebagai alat panduan yang boleh diperoleh dalam pelbagai figura dan kedudukan. d) Menjimatkan masa kerana tidak perlu melukis rajah baru setiap Kali mereka pakaian. Kepala Dada Pinggang Punggung Peha Lutut Betis Buku lali/ Tapak kaki Rajah 4: Kepala Atau Bahagian Figura Wanitaleher


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 8 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 1.4.4 Teknik Melukis Figura Lukisan asas figura mempunyai bahagian 9 kepala figura dan mempunyai pandangan hadapan, belakang, sisi dan teknik melukis kepala, kaki dan tangan. 1.4.4.1 Lukisan asas figura a. Melakar garisan lurus melintang dengan mengukur jarak 1 inci dari garis melintang seterusnya. b. Melakar garisan tengah menegak iaitu garisan imbangan kiri kanan badan. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 9 DRP: 13 Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA c. Melakar bulat atau kepala figura mula lakar pada titik garisan tengah menegak. Rajah 5: Posisi figura 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Pandangan hadapan Pandangan belakang Pandangan sisi


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 10 DRP: 13Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA T2. Menghasilkan figura dalam pelbagai posisi 2.1 Peralatan Dan Bahan Untuk Melukis Terdapat beberapa bahan dan peralatan untuk melukis asas figura wanita iaitu: 2.2 Faktor Keseimbangan Posisi Figura Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Ia terbahagi kepada dua iaitu keseimbangan simetri dan tidak simetri. Keseimbangan simetri merujuk kepada seimbangan atau sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah. Manakala keseimbangan tidak simetri iaitu tidak sama kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri yang menunjukkan kesan keseimbangan. Faktor yang perlu ada dalam keseimbangan posisi figura perlu diambil kira supaya rekaan atau figura yang dihasilkan nampak lebih kemas dan tersusun. Antara ciri penting dalam keseimbangan figura di antaranya ialah : Majalah Dan Kertas A4 Pembaris Kertas lukisan Alat Tulis Media elektronik


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 11 DRP: 13Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 2.2.1 Ukuran 2.2.2 Garisan 2.2.3 Bentuk Badan Garis asas lukisan figura perlu diukur menggunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran yang tepat dan seimbang keduadua bahagian badan kiri kanan dari garisan tengah lurus menegak supaya dapat melukis pelbagai posisi figura dengan kemas. Garisan asas yang dilukisakan memberikan keseimbangan posisi figura contohnya garisan tengah menegak lukisan figura yang dibahagikan kepada dua bahagian untuk mendapatkan keseimbangan bentuk figura manusia. Bentuk badan memainkan peranan untuk melukis figura dalam pelbagai posisi peragaan pakaian kerana ianya mengikut bentuk badan mengikut rekaan pakaian yang ingin dilukis. Dengan mengikut rekaan pakaian dan lukisan figura yang sesuai memberikan lukisan lebih tersusun dan kemas.


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 12 DRP: 13Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 2.3 Teknik melukis figura dalam pelbagai posisi peragaan untuk melukis Kemahiran melukis figura pelbagai posisi ini sangat penting bagi manamana pereka fesyen atau pereka yang bercita-cita kerana ia adalah langkah pertama dan paling penting ketika menyampaikan idea reka bentuk sebelum merekabentuk pakaian. Kemahiran ini juga boleh membantu dalam memvisualisasikan idea pakaian dan menyusun rekaan pakaian. Perkara pertama yang perlu diperhatikan dalam ilustrasi fesyen adalah bahagian tubuh asasnya sangat berbeza daripada bahagian badan manusia yang sebenar. Garisan asas lukisan figura akan berubah mengikut posisi yang berlainan mengikut kesesuaian


KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M03.01/HP (1/2) MUKA: 13 DRP: 13Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA 2.3.1 Panduan menggunakan figura Terdapat beberapa tatacara menggunakan figura yang telah siap dilukis untuk melukis pelbagai rekaan baju menggunakan figura yang sesuai dengan menekap figura yang telah dilukis dengan pelbagai posisi figura untuk peragaan pakaian.Tatacara menggunakan figura: a) Memilih figura yang sesuai. b) Meletakkan sekeping “bond paper” di atas figura dan tekap garis luar figura dengan pensIl dan lukis dengan terperinci stail pakaian serta mewarna figura. RUJUKAN : a. The fashion book – Buster Books - ISBN : 978-1-78055-113-5 b. Bina Abling – fashion sketchbook (sixth edition) ISBN 978-1-50132-826-8. c. https://www.amikosimonetti.com/life/drawing-the-fashion-figure-with-9- heads-proportion-part-1 d. Sumber Internet – google – Pinterest


Click to View FlipBook Version