The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Baju
Kurung Moden serta mencantumkannya dengan
menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan
yang bersesuaian supaya sepasang Baju Kurung
Moden dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 00:35:35

06 BAJU KURUNG MODEN

Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Baju
Kurung Moden serta mencantumkannya dengan
menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan
yang bersesuaian supaya sepasang Baju Kurung
Moden dapat disiapkan memenuhi kehendak
pelanggan.

Keywords: M06 - HP 06.02

TAJUK : PENGHASILAN BAJU KURUNG MODEN TUJUAN : Helaian penerangan ini bertujuan menerangkan teknik menjahit dan mencantum kepingan fabrik , menjahit aksessori dan menekan bagi menghasilkan Baju Kurung Moden yang kemas dan cantik serta menekankan beberapa perkara atau prosedur sebelum melakukan langkah – langkah kerja seterusnya. Disamping itu, setiap langkah kerja dilakukan mestilah mematuhi aspek keselamatan dalam penggunaan peralatan dan bengkel. PENERANGAN: T5. MENJAHIT DAN MENCANTUM BAJU KURUNG MODEN 5.1 Pengenalan Proses Menjahit 5.1.1 Proses menjahit adalah mencantum kepingan-kepingan fabrik sehingga menjadi sepasang Baju Kurung Moden . Mengetahui teknik menjahit dengan betul adalah penting untuk menjimatkan masa, melancarkan proses menjahit dan mengelakkan dari melakukan kesilapan. Seterusnya akan melanarkan proses menjahit, dan lebih banyak produk dapat dihasilkan NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 06 BAJU KURUNG MODEN TAJUK SUB MODUL 06.02 JAHIT BAJU KURUNG MODEN TAJUK ELEMEN T5 Menjahit Baju Kurung Moden T6 Menjahit Aksesori Dan Menekan Baju Kurung Moden OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakukan kerja menjahit bahagian-bahagian Baju Kurung Moden serta mencantumkannya dengan menggunakan peralatan seperti mesin jahit dan bahan yang bersesuaian supaya sepasang Baju Kurung Moden dapat disiapkan memenuhi kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06/HP(2/2) MUKA: 1 DRPD: 13 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 2 DRPD: 13 5.2 Peralatan Dan Bahan Menjahit Jadual 1 : Peralatan dan bahan PERALATAN BAHAN Mesin jahit lurus/industri Fabrik - 4-5m (bergantung kepada saiz) Mesin jahit tepi Benang – 1 buku kecil Jarum peniti Kertas lapik dalam – 1/2m Gunting benang Zip sorok 18” -22”- 1 unit Tapak zip sorok Zip biasa 8” – 1 unit) Gunting fabrik Cangkuk dan palang – 1 pasang Pita ukur Cangkuk dan mata – 1pasang jika perlu Pad bahu/span bahu/padding – 1 pasang 5.2.1 Alat Menjahit Rajah 1 : Peralatan Menjahit


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 3 DRPD: 13 5.2.2 Bahan dan peralatan jahitan Rajah 2 : Peralatan dan bahan membuat Baju Kurung Moden 5.3 Teknik menjahit dan mencantum 5.3.1 Saiz Mata Jahitan Saiz mata jahitan adalah aspek penting dalam proses menjahit kerana ianya memberi pengukuhan dan kekemasan pada pakaian yang dihasilkan sama ada semasa mencantum mahupun finishing. Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5 mata jahitan. Rajah 3 : 1cm bersamaan 5 mata jahitan Standard mata jahitan yang sesuai adalah 1cm bersamaan 5 mata jahitan Tetapi akan berlaku perubahan mata jahitan diatas faktor penggunaan fabrik 5.3.2 Langkah-langkah menjahit dan mencantum


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 4 DRPD: 13 Rajah 4 : Gambarajah Baju Kurung Moden MENJAHIT LISU 1 MENJAHIT LAPIK LEHER MENJAHIT ZIP MENCANTUM BAHU MENCANTUM BAHAGIAN SISI MENCANTUM LENGAN MENJAHIT BAHAGIAN KERUK LENGAN MENJAHIT KELEPET HUJUNG LENGAN DAN HUJUNG BADAN 2 3 6 4 7 5 8 LANGKAH KERJA MENJAHIT BAJU KURUNG MODEN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 5 DRPD: 13 5.2.4 Langkah-langkah menjahit dan mencantum Skirt / Kain Rajah 5 : Gambarajah Baju Kurung Moden MENJAHIT LISU MEMBENTUK KIPAS BELAKANG MENJAHIT ZIP MENCANTUM BAHAGIAN SISI MENJAHIT IKATAN PINGGANG MENJAHIT KELIM BAHAGIAN BAWAH 2 4 3 1 5 6


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 6 DRPD: 13 5.2.5 Kemasan Jahitan Silang Pangkah Jahitan Silang Pangkah adalah jahitan tangan yang sering digunakan untuk menjahit kelim pada hujung lengan dan baju. Jahitan ini kelihatan berbentuk huruf V pada bahagian dalam dan jahitan yang halus serta tersembunyi pada bahagian luar. Selain untuk menjahit kelim, jahitan silang pangkah juga digunakan untuk mengemaskan pelapik leher baju kurung moden. Rajah 6 : Jahitan silang pangkah T6. MENJAHIT AKSESORI DAN MENEKAN BAJU KURUNG MODEN 6.1 Pengenalan 6.1.1 Jenis Aksesori Dalam pembuatan baju kurung moden, aksesori yang digunakan adalah zip sembunyi, zip biasa, serta cangkuk dan palang 6.1.1.1 Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka aksesori bermaksud bahagian yang merupakan tambahan kepada sesuatu. Manakala aksesori pakaian ialah barangan yang digunakan melengkapi stail pakaian, sebagai hiasan pakaian dan juga bertujuan untuk membuka dan menutup belahan pakaian 6.1.1.2 Tujuan aksesori pada Baju Kurung Moden Pelengkap Stail pakaian Membuka dan menutup belahan Hiasan pada pakaian TUJUAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 7 DRPD: 13 6.1.1.3. 6.1.1.3. Aksesori pada bahagian baju. Rajah 7 : Aksesori pada Baju Kurung Moden Aksesori baju kurung moden Zip sembunyi Cangkuk dan palang Zip biasa Cangkuk dan mata Zip Sembunyi Cangkuk dan Mata


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 8 DRPD: 13 6.1.1.3. Aksesori pada bahagian skirt Rajah 8 : Aksesori pada skirt Kurung Moden 6.2 Peralatan dan bahan 6.2.1 Zip a. Pemilihan aksesori mengikut padanan harus dilakukan dengan bijak, sesuai dengan kedudukan dan kegunaan aksesori tersebut. b. Zip sembunyi atau zip biasa bersaiz panjang (18” – 22”) biasa diletakkan pada bahagian garis tengah belakang baju, Manakala zip sembunyi atau zip biasa bersaiz pendek (8”) pula dipasang pada bahagian skirt. c. Zip dijahit dengan jahitan mesin. 6.2.2 Cangkuk Dan Palang a. Cangkuk dan palang dijahit pada bahagian hujung ikatan pinggang skirt. b. Cangkuk dan palang dijahit dengan menggunakan jahitan Insang pari. 6.3 Teknik menjahit aksesori 6.3.1 Jahitan insang pari atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Blanket Stitch adalah jahitan pengemas tepiyang digunakan untuk mengemas hujung kain. Jahitan ini boleh juga digunakan untuk menampal applique pada kain, menjahit lubang butang dan menjahit cangkuk dan palang pada kain. Zip Biasa Zip Sembunyi Cangkuk dan palang


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 9 DRPD: 13 6.3.2 Cara menjahit;- a. Mulakan dengan jelujur halus menegak dari sebelah kiri b. Cucuk jarum tersebut secara menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik. c. Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum. 6.4 Pengenalan 6.4.1 Alat Menekan merupakan kaedah menggosok atau menekan fabrik untuk mendapatkan kemasan jahitan. Terdapat pelbagai alat menekan yang telah diinovasi di pasaran yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil mengosok yang kemas. 6.5 Peralatan dan bahan untuk menekan Rajah 9 : Peralatan Menekan Baju Kurung Moden


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 10 DRPD: 13 6.6 Teknik Menekan Baju Kurung Moden


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 11 DRPD: 13 6.7 Prosedur Perlaksanaan Bagi Menghasilkan Baju Kurung Moden 6.7.1 Keselamatan semasa di dalam bengkel jahitan i. Keselamatan Umum Bengkel Jahitan adalah tujuan pengajaran dan pembelajaran • Ruangan melakukan kerja amali • Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran • Penggunaan alatan elektrik atau mesin MESTILAH mendapat kebenaran • iii. Keselamatan Fizikal Pastikan semua peralatan dan mesin dalam keadaan baik sebelum digunakan • Gunakan alatan yang betul dan sesuai untuk membuat sesuatu kerja • Pastikan semua suis dalam keadaan “OFF” selepas digunakan dan tanggalkan dari punca kuasa sebelum meninggalkan bengkel • Semua bengkel perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api dan kotak pertolongan cemas. ii Keselamatan Diri Pakaian mestilah sesuai dengan kerja amali • Bekerja dengan teratur dan sistematik • Sentiasa memakai alas kaki/ kasut semasa v. Langkah Keselamatan Sebelum • Patuhi arahan dan SOP • Fahami panduan kerja yang ditetapkan Semasa • Jangan halakan mata alatan yang tajam ke arah diri / rakan Selepas • Simpan semua peralatan & bersihkan mesin • Pastikan semua punca kuasa – OFF • Laporkan semua kehilangan/kerosakan alatan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 12 DRPD: 13 Etika Dan Budaya Kerja • Etika Kerja Bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja seperti menepati waktu, Amanah, bertanggungjawab, patuh kepada peraturan dan undang- undang semasa menjalankan kerja • Budaya Kerja Bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi 6.7.2 Sikap dan amalan yang perlu diterapkan semasa di dalam bengkel. 6.7.3 Keusahawanan Dalam Penghasilan Pakaian Anggaran kos penggunaan bahan bagi menghasilkan pakaian perlu dititiberatkan supaya tidak berlaku pembaziran dan berlebihan stok. Skop anggaran yang perlu dibuat adalah berdasarkan setiap peringkat proses penghasilan produk seperti melakar, mendraf, memotong, menjahit dan mencantum elemen pakaian, menjahit aksessori dan kemasan akhir (touch up : Jahitan manik, renda dan sebagainya) Pengiraan kos pembuatan pakaian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kos bahan, kos upah dan kos sampingan. Kos bahan merupakan kos yang dikenakan ke atas bahan-bahan yang digunakan semasa mengeluarkan produk. Manakala kos upah ialah kos yang dikenakan untuk membayar upah tenaga kerja dengan masa kerja. Kos sampingan merupakan kos lain-lain yang dikenakan semasa proses pengeluaran seperti overhead elektrik (penggunaan mesin jahit dan seterika) jahit kemas dan lain-lain.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM /KFB/FND0101/M06.01/HP(2/2) MUKA: 13 DRPD: 13 = + + RUJUKAN : Modul ikm (1996) Tempat: IKM Jasin Mariam Abu Bakar ( 2006). Panduan Menjahit Pakaian . Shah Alam: Alaf Dua Puluh Satu. Rosita Jaafar ( 2007 ). Seni Jahitan Pakaian PENGANTIN Rekaan jahitan Pakaian Tingkatan 4 & 5(2020) Aras Mega (m) sdn Bhd Sharefaazuan binti Shariff. Azrina binti Zamray@Zamri Kos Bahan Kos Upah Kos Sampingan Baju Kurung Moden


Click to View FlipBook Version