TAJUK : PENYEDIAAN BAJU CHEONGSAM TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai variasi fesyen cheongsam, teknik mengambil ukuran cheongsam dan teknik mendraf pola dalam pembuatan cheongsam PENERANGAN : T1. MENENTUKAN REKAAN FESYEN CHEONGSAM 1.1 Pengenalan Rekaan Fesyen Pada Pakaian 1.1.1Definisi (Rekaan Fesyen) Penghasilan sesuatu rekaan bertujuan untuk memenuhi kehendak pasaran semasa dan kehendak individu mengikut cita rasa tersendiri.Terdapat pelbagai masalah berkaitan rekaan fesyen pakaian yang perlu dipertimbangkan. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 08 CHEONGSAM TAJUK SUB MODUL 08.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen Choengsam T2 Mengambil Ukuran Badan Cheongsam T3 Mendraf Pola Cheongsam T4 Memotong Fabrik Cheongsam OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar fesyen, mengambil ukuran, mendraf pola dan memotong fabrik dengan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat melakar, mengukur, mendraf pola dan mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 22 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 22 Ceongsam disebut juga Qipao yang bererti pakaian panjang. Di Malaysia ia dipakai pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina. Ceongsam merupakan gaun khas wanita Cina. Ceongsam tradisional menggunakan fabrik satin, sutera atau broked yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk ceongsam ialah bunga, burung, naga dan sebagainya.Ceongsam merupakan pakaian sendat yang mempunyai kolar mandarin, berlengan cap, dan panjang berbelah berkancing di bahagian badan kanan. Ceongsam juga dihiasi butang cina sebagai penyeri. Labuh ceongsam juga boleh dibuat pada pelbagai paras. Rajah 1: Jenis-jenis Qipao/cheogsam 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter/Variasi Rekan Fesyen a. Subjek yang menjadi dasar sesuatu rekaan pakaian. Idea gambaran rekaan fesyen yang ingin ditonjolkan oleh seseorang pereka fesyen. Dalam rekaan fesyen pakaian, tema dan konsep berperanan sebagai sumber inspirasi yang berkait rapat antara satu sama lain supaya gambaran atau ilusi terhadap sesuatu dapat ditonjolkan b. Ilham yang datang daripada hati untuk mencipta sesuatu rekaan fesyen. Inspirasi dapat dicetuskan melalui pengalaman dan pemerhatian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 22 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep 1.2.1 Pemilihan stail pakaian (Kolar / Garis Leher, Lengan, Poket, Kain dan Skirt) a. Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. b. Rekaan fesyen bergantung kepada iklim sesebuah negara. c. Rekaan di Malaysia menjurus kepada musim panas. d. Sebaliknya di negara empat musim, mereka mempunyai pelbagai koleksi rekaan pakaian mengikut musim antaranya ialah: e. Koleksi musim bunga atau panas (spring atau summer collection). f. Koleksi musim luruh atau sejuk (fall atau winter collection). Rekaan fesyen pakaian dipengaruhi oleh faktor demografi yang merangkumi umur, jantina, pekerjaan, status ekonomi dan tempat tinggal. Rajah 2 : Jenis-jenis garis leher
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 22 Rajah 3 : Variasi lengan cheongsam 1.2.2 Pemilihan warna / jenis fabrik Warna yang disarankan untuk pakaian cheongsam adalah warna Merah, Biru, Hijau Apel, dan Kuning. Warna-warna dengan tambahan merah, hijau, kuning dan biru ini dianggap dapat memberikan keuntungan, suka cita, kehangatan, dan keberanian. Warna hitam bagi orang Tionghoa, warna ini melambangkan kesedihan atau nasib buruk dan warna harus dihindari adalah warna putih. Itu karena putih masih berhubungan dengan elemen emas yang identik dengan perasaan duka dan kesedihan bagi orang Tionghoa. Tetapi peralihan zaman telah berlaku dan pelbagai warna dapat dilihat pada pelbagai pakaian cheongsam yang berada di pasaran.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 22 Rajah 4 : Variasi warna baju cheongsam CheongSam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin ,broket dan lainlain jenis kain lembut. Fabrik yang digunakan untuk cheongsam akan menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur tertentu. Dalam memilih fabrik mestilah sesuai dengan keadaan cuaca setempat. Membuatkan si pemakai berasa selesa. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Rajah 5 : Fabrik cheongsam 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi, masa dan tujuan a. Kenal pasti kriteria pengguna fesyen daripada segi aktiviti yang akan dilakukan. b. Kajian perlu dilakukan berdasarkan jenis pakaian yang bertepatan dengan tema, majlis atau tempat yang ingin dikunjungi. c. Sebagai contoh seorang wanita yang ingin menghadiri majlis makan malam memerlukan rekaan yang kelihatan sopan, mewah dan menarik.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 22 Rajah 6 : Variasi stail cheongsam 1.3 Meghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah seperti Moodboard/ StoryBoard/ Sketch Form a. Storyboard disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakarkan storyboard perlu mengaplikasikan konsep reka letak. Storyboard adalah lakaran imiginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan. b. Mood board adalah seperti collage yang mengandungi pelbagai gambar, teks dan objek lain yang mentakrifkan brand anda dan menyampaikan identiti brand anda. Ia juga boleh berfungsi sebagai panduan dalam membangunkan projek perniagaan, seperti website. c. Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan dalam melukis lakaran fesyen.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 22 Rajah 7 : storyboard dan moodboard T2 MENGAMBIL UKURAN BADAN CHEONGSAM 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Mengambil ukuran merupakan langkah awal dalam kerja membuat Cheongsam. Pelatih harus ingat bahawa ukuran hendaklah diambil dari masa ke semasa supaya pelatih boleh mengetahui sama ada seseorang itu semakin gemuk, kurus ataupun tidak berubah langsung. Apabila mengambil ukuran, seelok-elok nya biarlah pelanggan memakai pakaian yang ringkas. Ikatkan pita atau tali dikeliling pinggang untuk menanda garisan pinggang yang sebenarnya. Jangan mengukur terlalu ketat atau terlalu longgar. Elakkan daripada menggunakan pita ukur yang memeri atau mengecut. Ulangkan ukuran dua atau tiga kali untuk mengelakkan kekeluruan dan juga untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat. 2.2 Peralatan dan Bahan untuk mengambil ukuran Rajah 8 : Peralatan Dan Bahan Mengambil Ukuran Badan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 22 2.3. Penggunaan Bacaan Metrik 2.3.1 Penggunaan Bacaan Inci Cara Membaca Pita Ukur Dalam Kiraan Inci Dan Cm Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah. Rajah 9 : Contoh Bacaan Metrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 22 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran 2.5 Bahagian-bahagian Badan Yang Perlu Diukur Jadual 2 : Bahagian Badan Untuk Mengambil Ukuran Bil Bahagian Badan Ukuran Badan 1 Keliling Leher 2 Lebar Bahu 3 Labuh Tangan 4 Bukaan Tangan 5 Keliling Ketiak 6 Labuh Pinggang 7 Keliling Dada 8 Keliling Pinggang 9 Keliling Punggung 10 Labuh Baju 11 Pangkal Leher ke mercu dada/Labuh Mercu 12 Mercu ke mercu 13 Bidang hadapan 14 Bidang belakang 15 Labuh Baju
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 22 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta Ukuran Badan Standart Jadual 3 : ukuran badan standart 2.6.2 Borang Tempahan Jadual 4 : Borang Tempahan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 22 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Lubang ketiak Rajah 10 : Kaedah megambil ukuran Keliling pinggang Keliling punggung Mercu ke mercu Labuh pinggang Keliling leher Lebar bahu Labuh tangan Bukaan tangan Keliling dada Labuh skirt Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Pangkal leher ke mercu dada
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 22 2.7. Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.7.1 Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar 2.7.2 Ukuran pada pita yang digunakan tidak terang 2.7.3 Pelanggan bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan. 2.7.4 Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil 2.8. Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.8.1 Pastikan Pelanggan memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal 2.8.2 Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak 2.8.3 Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur 2.8.4 Pastikan ukuran dicatat dengan betul T3 MENDRAF POLA CHEONGSAM 3.1 Pengenalan mendraf pola badan Pola merupakan langkah awal dalam membuat pakaian setelah ukuran seseorang dikenalpasti. Langkah ini adalah amat penting dan kritikal dalam menghasilkan sesuatu pakaian kerana penyediaan pola yang tidak betul akan menghasilkan pakaian yang tidak sesuai dengan si pemakai.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 22 3.2 Peralatan dan bahan mendraf pola Rajah 11 : Peralatan dan bahan mendraf pola 3.3 Persediaan mendraf pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- i. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih ii. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan iii. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih iv. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul v. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi vi. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap vii. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. viii. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 22 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 22 3.5 Teknik Mendraf Pola Cheongsam Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.5.1 Mendraf pola sample-sample garis leher, kolar dan lipatan lisu Rajah 12 : Pola kolar cheongsam 3.5.2 Mendraf pola badan hadapan 3.5.3 Mendraf pola badan belakang Rajah 13 : Pola hadapan dan belakang cheongsam
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 22 3.5.4 Mendraf pola lengan Rajah 14 : Pola lengan 3.6 Tanda-tanda pola cheongsam 3.3.1 Pola yang sudah didraf hendaklah dilabelkan dengan tanda-tanda pola dengan lengkap 3.3.2 Garisan pemadan hendaklah ditanda dengan betul dan jumlah kepingan fabrik yang perlu dipotong 3.3.3 Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Dilabelkan pada kepingan pola yang telah didraf Rajah 15 : singkatan perkataan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 22 Rajah 16 : Tanda pola 4. 1 Pengenalan 4. 1. 1 Definisi Sebelum memotong, pola-pola hendaklah disediakan dengan teliti dimana membuat semakan pola yang didraf mengikut ukuran dan rekaan yang dikehendaki. Pastikan kepingan pola telah dipotong serta diletakkan tanda – tanda pola supaya memudahkan langkah kerja memotong .Teknik memotong fabrik dengan tepat dan mengikut susunan adalah penting sebelum proses tersebut dilakukan. Menyusunan pola diatas fabrik sebelum memotong dapat menjimatkan masa serta menjimatkan penggunaan bahan.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 22 4. 1. 2 Tujuan Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan adalah sama dengan permintaan pelanggan 4.2 Peralatan dan bahan 4.2.1 Alat memotong Jadual 5 : Alat memotong Gunting kain Gunting kertas 4.2.2 Alat menanda Jadual 6 : Alat menanda Roda surih Kapur tukang jahit Kertas karbon
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 22 4. 3 Teknik Memotong Cheongsam Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai fesyen ataupun stail baju cheongsam moden yang diperkenalkan bagi memuaskan citarasa pelanggan dengan mengikut peringkat umur. Rekaan fesyen yang diperagakan adalah berbeza mengikut jenis fabrik dan corak fabrik. Dengan adanya perbezaan penggunaan jenis fabrik dan corak fabrik, ianya memberi impak kepada teknik memotong. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memotong dan menggunting fabrik. 4. 3. 1 Sampel Memotong Kolar Dan Lengan Rajah 17 : Susun Atur Sampel Kolar Dan Lengan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 22 4. 3. 2 Teknik Menyusun Atur Pola Susun atur pola adalah kedudukan kepingan pola pada fabrik.Dimana ianya disusun secara teliti sebelum proses memotong fabrik untuk pakaian. Kepingan pola diletakkan bermula dengan kepingan pola besar dan seterusnya diikuti dengan kepingan pola kecil bagi mengelakkan pembaziran fabrik berlaku. Sebelum menyusun kepingan pola tersebut perlu perhatikan tanda – tanda pola terlebih dahulu supaya tidak berlaku kesilapan semasa memotong. Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyusun Atur Kepingan Pola Pada Fabrik
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 22 4.3.3 Pemotongan fabrik yang dilakukan untuk baju cheongsam Rajah 19 : Susunatur pola cheongsam
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M08.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 22 4. 3. 4 Pemindahan tanda – tanda pola pada kepingan fabrik yang dipotong Memindahkan tanda pola iaitu garisan pemadan pada fabrik yang telah dipotong sebelum proses jahit dan cantum dilakukan. Rajah 20 : Contoh memindahkan tanda pola RUJUKAN : 1. Books, Hephaestus (2011) . Computer Peripherals, Including: Computer Monitor, Fax, Hard Disk Drive, Stored Energy Printer, Peripheral, Plug and Play, Auto- Configuration, Game Port, Hot Swapping, Autodetection, Surge Protector, Remote Terminal Unit,. Western Digital Media Center. Hephaestus Books, Lightning Source Uk Ltd. ISBN-13: 978-1-242-97956-9 2. Jyoti Snehi. (2006). Computer Peripherals and Interfacing. Firewall Media. ISBN- 13: 978-81-7008-929-2 3. R.A. Penfold. (2005). How to Set Up Your New Computer. Bernard Babani Publishing ISBN-13: 978-0-85934-559-0