TAJUK : PENYEDIAAN BAJU KURUNG MODEN TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai jenis-jenis Baju Kurung Moden , teknik mengambil ukuran badan dan teknik mendraf pola dalam pembuatan Baju Kurung Moden. PENERANGAN : T1. Menentukan Rekaan Fesyen Baju Kurung Moden 1.1 Pengenalan Rekaan Fesyen Pada Pakaian 1.1.1 Definasi (Rekaan Fesyen) Sejarah asal Baju Kurung adalah diperkenalkan oleh Sultan Melaka dan dikuatkuasakan oleh Sultan Muhammad Syah 700 tahun dahulu. Pada awalnya rekaan Baju Kurung agak singkat dan ketat. Namun Sultan Abu Bakar mengambil kesempatan membuat perubahan fesyen kepada baju yang lebih labuh dan labuh longgar kerana mahukan rakyat Johor berpakaian kemas dan penuh santun. Pengertian kurung secara tidak langsung membawa erti ’mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Maka dari situlah bermulanya dan sehingga sekarang fesyen baju kurung berkembang mengikut peredaran masa. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 06 BAJU KURUNG MODEN TAJUK SUB MODUL 06.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen Baju Kurung Moden T2 Mengambil Ukuran Badan Baju Kurung Moden T3 Mendraf Pola Baju Kurung Moden T4 Memotong Fabrik Baju Kurung Moden OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar dan mengambil ukuran dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan memotong Baju Kurung Moden mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 26 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 26 1.1.1 Ciri-ciri Baju Kurung Moden Rekaan Kurung Moden diaplikasi dengan kepelbagaian stail tersendiri dengan mengikut peredaran fesyen semasa dan citarasa si pemakai tetapi masih mengekalkan beberapa elemen yang asal untuk menonjolkan imej pakaian Kurung Moden tersebut. Ciri-ciri imej utama baju kurung moden adalah seperti berikut:- a. Zip Pada Baju Zip pada baju hanya ada pada rekaan moden sahaja. Kebiasaannya baju kurung moden dibuat mengikut bentuk badan. Zip dipasang pada bahagian belakang atau hadapan baju bertujuan untuk memudahkan pakaian dipakai dan dilucutkan. b. Berpotongan Mengikut Bentuk Badan Badan Selain tidak mempunyai pesak, baju kurung moden dibuat mengikut potongan badan pada bahagian pinggang dan pinggul si pemakai. Potongan badannya di buat mengikut keselesaan si pemakai. Manakala labuhnya pula boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian pemakaian. Bentuk leher dan lengan boleh diubahsuai mengikut citarasa. Perubahan pada sarung pula boleh disesuaikan mengikut pergerakan contohnya mengenakan sarung berbelah di sisi, depan atau belakang. 1.1.2. Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi rekaan fesyen Terdapat beberapa variasi baju kurung moden yang diilhamkan berdasarkan rekaan tradisional mahupun berdasarkan kebudayaan, contohnya seperti di bawah:- a. Mini kurung b. Baju Kurung Peplum c. Baju kurung Doll d. Baju kurung saree e. Baju kurung berpleat f. Baju kurung kimono dan sebagainya g. Baju perkahwinan/nikah dan sanding
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 26 Mini Kurung Baju Kurung Peplum Baju Kurung Doll Baju Kurung Saree Baju Kurung Pleated Baju Kurung Kimono Rajah 1: Fesyen-fesyen Baju Kurung Moden 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep Stail pakaian ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 26 Bentuk Jam Pasir Bentuk Pear Bentuk Segitiga Terbalik Bentuk bulat Bentuk segi empat Rajah 2 : Jenis bentuk badan Wanita 1.2.1 Pemilihan stail pakaian (Kolar/ Garis Leher, lengan, Poket, Kain dan Skirt) Rajah 3 : Penyesuaian stail pakaian mengikut bentuk badan 1.2.2 Pemilihan Warna / Jenis Fabrik Bahan dan meterial yang lazimnya digunakan untuk penghasilan baju kurung moden adalah satin, shifon, organza, sutera, batik, linen, cotton, shantung silk, kain sari, songket dan sebagainya. Ada yang gemar mengekalkan keaslian tradisional menggunakan batik dari Kelantan atau Terengganu. Baju Kurung Moden juga tidak kurang hebat kejadiannya jika menggunakan meterial dari songket, lace dan broket. Malahan banyak lagi fabrik lain yang boleh dikotemporarikan menjadikan baju kurung moden.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 26 Kain cotton Kain satin Kain shifon Kain sutera Kain linen Kain batik Kain lace Kain broket Rajah 4 : Contoh baju kurung moden dengan penggunaan pelbagai jenis kain 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi, masa dan tujuan Rajah 5 : Contoh pakaian rasmi ke pejabat
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 26 Rajah 6 : Contoh Baju Kurung Moden dipakai ketika bersantai 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah seperti Moodboard/ StoryBoard/ Sketch Form Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen 1.3.1.1 Peralatan dan bahan melakar fesyen Rajah 7 : Peralatan dan bahan Melakar Fesyen
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 26 1.3.1.2 Contoh Sketch Form Rajah 8 : Contoh Sketch Form 1.3.1.2 Melakar fesyen Baju Kurung Moden Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail rekaan dan corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai Rajah 9 : Contoh rekaan baju kurung moden berdasarkan elemen atau stail yang bersesuaian yang telah dipilih. (keterangan rujuk: M03)
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 26 T2. Mengambil Ukuran Badan Baju Kurung Moden 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Ukuran adalah unit piawaian untuk menentukan ciri-ciri fizikal sesuatu. Ukuran badan pula diertikan sebagai piawaian yang diambil bertujuan untuk menentukan besar kecilnya bentuk badan manusia bagi memudahkan proses menghasilkan sesuatu baju atau pakaian. 2.2 Peralatan dan bahan untuk mengambil ukuran Rajah10 : Peralatan dan bahan mengambil ukuran (keterangan rujuk: M02) 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik 2.3.1 Penggunaan bacaan inci Cara membaca pita ukur dalam kiraan inci dan cm Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 26
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 26 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur Sebelum mengambil ukuran anda haruslah bertanyakan fesyen atau stail pakaian yang hendak dihasilkan. Bagi penghasilan baju kurung moden bahagian-bahagian badan yang harus di ukur adalah seperti berikut: Jadual 1 : Bahagian badan yang Perlu diukur Bil Bahagian Badan Ukuran Badan 1 Keliling Leher 2 Lebar Bahu 3 Labuh Tangan 4 Bukaan Tangan 5 Keliling Ketiak 6 Labuh Pinggang 7 Keliling Dada 8 Keliling Pinggang 9 Keliling Punggung 10 Labuh Baju 11 Pangkal Leher ke mercu dada/Labuh Mercu 12 Mercu ke mercu 13 Bidang hadapan 14 Bidang belakang 15 Labuh Skirt
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 26 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta Ukuran badan standard Jadual 2 : Carta ukuran badan standard
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 26 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 11 : Borang tempahan 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 12 : Bahagian badan yang harus diukur Keliling leher Lebar bahu Labuh tangan Bukaan tangan Keliling dada Labuh skirt Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Pangkal leher ke mercu dada
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 26 2.7 Masalah Yang sering berlaku semasa Proses Mengambil ukuran Badan 2.8 Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil ukuran Badan Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar. Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil. Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang. Pelanggang bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan. Pastikan pelanggang memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan Pastikan ukuran di catat dengan betul
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 26 T3. MENDRAF POLA BLAUS DAN SKIRT POTONGAN SARI BLOUSE 3.1 Pengenalan Pola ialah plan bentuk baju yang dilukis bagi memudahkan kerja memotong fabrik untuk membuat sepasang baju Kurung Moden yang cantik dan selesa, sesuai dengan saiz badan pelanggan 3.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mendraf Pola Rajah 13 : Peralatan dan bahan mendraf pola 3.3 Persediaan Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- i. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih ii. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan iii. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih iv. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul v. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 26 vi. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap vii. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. viii. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola. 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 26 3.5 Teknik Mendraf Pola Baju Kurung Moden Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. 3.5.1 Mendraf Pola Badan Hadapan 2 0 12 1 bahu Dada Pinggang Punggung 6 7 9 10 11 17 18 5 4 14 15 8 a e b c d 16 Rajah 14 : Pola bahagian hadapan Baju Kurung Moden
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 26 3.5.2 Mendraf pola badan belakang Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran. Mendraf Pola Badan Belakang Dada Pinggang Punggung 7 6 9 11 10 17 5 a e b c d 2 0 4 14 15 16 Rajah 15 : Pola bahagian belakang Baju Kurung Moden
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 26 3.5.3 Mendraf Pola Lengan Mendraf pola lengan Rajah 16 : Pola bahagian lengan Baju Kurung Moden 3.6. Teknik Mendraf Pola Skirt/ Kain 3.6.1 Mendraf pola skirt / kain skirt hadapan Rajah 17: Pola skirt hadapan 4 6 1 5 7 10 2 3
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 26 3.6.2 Mendraf pola skirt / kain skirt belakang B C E D Rajah 18 : Pola skirt belakang 3.7 Tanda – Tanda Pola Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Dilabelkan pada kepingan pola yang telah didraf
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 26 Jadual 3 : Tanda/simbol pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikeduakedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 26 3.8 Draping 3.8.1 Pengenalan Draping ialah satu kaedah penghasilan pakaian tanpa mendraf pola. Dalam reka bentuk pakaian draping adalah proses meletakkan dan menyemat fabrik pada patung(dressform, dummy, mannequin) untuk mengembangkan stuktur reka bentuk pakaian. Setelah melalukan draping, fabrik dikeluarkan dari dressform dan digunakan untuk membuat pola jahitan untuk pakaian. 3.8.2 Kelebihan Draping 3.8.3 Peralatan dan Bahan KAIN BELACU(CALICO) Patung ‘dressform/mannequin/dummy Gunting fabrik Muslin (Mousseline) Draping tape Seterika Peniti Memberi gambaran jelas dengan padangan 3 dimensi apabila pakaian tersebut dipakai Corak pakaian boleh dibuat terus mengikut bentuk yang dikehendaki Tidak memerlukan ukuran dan pengiraan KELEBIHAN DRAPING Menjimatkan masa dan juga tenaga kerana bentuk pakaian dapat dibuat terus
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 26 3.8.4 Langkah kerja asas draping Membuat garisan rekaan (‘draping line’) Drap bahagian badan hadapan Membuat garisan asas pada mannequin (‘stayline’) Meratakan lebihan basi jahit (seam allowance) Drap bahagian badan belakang Meratakan lebihan basi jahit (seam allowance) Hasil draping Membentuk lisu/dart Membentuk lisu/dart
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 26 T4 MEMOTONG FABRIK BAJU KURUNG MODEN 4.1 Pengenalan 4.1.1 Definisi Menggunting fabrik adalah proses selepas pola disusun di atas fabrik. Perkara-perkara yang penting yang harus diberi perhatian semasa menggunting fabrik adalah seperti berikut:- a. Pastikan meja atau tempat kerja adalah rata b. Pastikan pola disusun dengan betul di atas fabrik c. Gunakan gunting fabrik yang tajam, jika tidak fabrik yang digunting akan rosak d. Jangan angkat fabrik semasa menggunting e. Letakkan sebelah tangan di atas pola apabila menggunting fabric f. Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti dengan pola yang kecil g. Selepas menggunting jangan terus tanggalkan pola, sebaliknya alihkan tanda-tanda pola ke atas fabrik terlebih dahulu h. Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi 4.1.2 Tujuan Untuk menjimatkan fabrik yng digunakan di samping menghasilkan pakaian yang kemas dan cantik dari segi susunan, corak dan motif. 4.2 Peralatan Dan Bahan 4.2.1 Alat Memotong Rajah 21 : Peralatan dan bahan mendraf pola GUNTING FABRIK GUNTING KERTAS KAPUR TUKANG JAHIT PITA UKUR KERTAS KARBON JARUM PENITI RODA SURIH
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 24 DRP: 26 4.3 Teknik Memotong Baju Kurung Moden 4.3.1 Teknik Menyusun Atur Pola Jenis fabrik serta corak yang berbeza memerlukan teknik penyusunan pola yang berbeza dan memerlukan ketelitian agar hasil guntingan tepat mengikut kehendak pelangan. Berikut adalah teknik-teknik menggunting pelbagai jenis corak fabrik. Memotong Fabrik Berpetak/Berjalur Apabila memotong fabrik berpetak dan berjalur kepingan-kepingan pola hendaklah disusun supaya petak-petak dan jalur sama padan pada semua kelim. Perhatian yang teliti hendaklah ditumpukan pada persamaan petak dan jalur sebelum memotong. Memotong Fabrik Bercorak Sehala Untuk fabrik bernap atau bercorak sehala, pola-pola hendaklah disusun sehala. Fabrik ini hendaklah dipotong dengan teliti supaya tiap-tiap bahagian pola mempunyai reka bentuk yang sehala. Memotong Fabrik Berbunga Sekumpulan bunga yang besar atau motif yang besar hendaklah disusun supaya seimbang pada kedua-dua belah pakaian.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 25 DRP: 26 4.3.2 Memotong fabrik yang dilakukan untuk Baju Kurung Moden 4.3.2.1 Pastikan pola hadapan di letakkan pada lipatan fabrik (tidak Putus) dan digunting mengikut bansi pada pola. 4.3.2.2 Pola belakang hendaklah dipotong dua keping mengikut tanda bansi pada pola. Rajah 22 : cara susunan pola badan 4.3.2.3 Letakkan pola skirt belakang pada lipatan fabrik (tidak putus) dan gunting mengikut basi pada pola. Rajah 23 : cara susunan pola skirt belakang 4.3.2.4 Lipat 2 fabrik dengan mengambil kira ukuran paling besar pada bahagian pola, samakan lebar di setiap bahagian fabrik sepanjang ukuran pola. Kemudian letakkan pola pada lipatan fabrik (tidak putus) gunting fabrik mengikut tanda basi pada pola. Rajah 24 : Cara susunan pola skirt hadapan dan lengan Pola hadapan Pola belakang Pola skirt belakang Pola skirt hadapan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M06.01/HP(1/2) MUKA: 26 DRP: 26 4.3.3 Pemindahan tanda-tanda pola pada kepingan fabrik yang dipotong Rajah 25 : Contoh susunan pola RUJUKAN : Modul ikm (1996) Tempat: IKM Jasin Mariam Abu Bakar ( 2006). Panduan Menjahit Pakaian . Shah Alam: Alaf Dua Puluh Satu. Rosita Jaafar ( 2007 ). Seni Jahitan Pakaian PENGANTIN Rekaan jahitan Pakaian Tingkatan 4 & 5(2020) Aras Mega (m) sdn Bhd Sharefaazuan binti Shariff. Azrina binti Zamray@Zamri