The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakar, mengambil ukuran dan memotong fabrik
dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan
yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan
memotong baju kurung tradisional mengikut kehendak
pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 00:13:04

04 BAJU KURUNG TRADISIONAL

Melakar, mengambil ukuran dan memotong fabrik
dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan
yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan
memotong baju kurung tradisional mengikut kehendak
pelanggan.

Keywords: M04 - HP 04.01

TAJUK : PENYEDIAAN BAJU KURUNG TRADISIONAL TUJUAN : Helaian Penerangan ini bertujuan membantu para pelatih memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan mengambil ukuran, mendraf pola dan memotong Baju kurung tradisional. PENERANGAN : T1. MENENTUKAN FESYEN BAJU KURUNG TRADISIONAL 1.1 Pengenalan 1.1.1 Definisi (Rekaan fesyen) Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi Cuma reka bentuk dan potongan berbeza-beza mengikut negeri. TAJUK KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 04 BAJU KURUNG TRADISIONAL TAJUK SUB MODUL 04.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1 Menentukan Rekaan Fesyen Baju Kurung Tradisional T2 Mengambil Ukuran Badan Baju Kurung Tradisional T3 Mendraf Pola Baju Kurung Tradisional T4 Memotong Fabrik Baju Kurung Tradisional OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar, mengambil ukuran dan memotong fabrik dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat mengukur dan memotong baju kurung tradisional mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 1 DRP: 29 HELAIAN PENERANGAN


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 2 DRP: 29 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi rekaan fesyen Terdapat beberapa variasi baju kurung tradisional yang diilhamkan berdasarkan rekaan tradisional mahupun berdasarkan kebudayaan seperti ; a. Baju Kurung Teluk Belanga b. Baju Kurung Cekak Musang c. Baju Kurung Kedah d. Baju Kurung Pahang Baju Kurung Cekak Musang Baju Kurung Kedah Baju Kurung Pahang Baju Kurung Teluk Belanga Rajah 1 : Variasi Fesyen Baju Kurung Tradisional


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 3 DRP: 29 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen mengikut konsep Stail pakaian menunjukkan cita rasa, nilai estetika, dan nilai keperibadian seseorang. Prinsip asas pemilihan pakaian ialah bentuk badan, corak, warna, tekstur, rupa fabrik, dan garisan cantuman supaya kita dapat menyembunyikan ciri fizikal yang lemah dan menunjukkan penampilan luaran yang positif Rajah 2 : Jenis-Jenis Bentuk Badan Wanita 1.2.1 Pemilihan stail pakaian (Kolar/ Garis Leher, lengan, Poket, Kain dan Skirt) Stail pakaian ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tesktur, dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Bentuk Jam Pasir Bentuk Pear Bentuk Segitiga Terbalik Bentuk bulat Bentuk segi empat


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 4 DRP: 29 1.2.2 Pemilihan Warna / Jenis Fabrik Jadual 1 : Pemilihan Warna Dan Corak Jenis Bentuk Badan Pemilihan warna/corak a.Badan besar Bentuk badan yang sedikit besar sering menghadapi dilema dalam pemilihan pakaian. Individu jenis ini lebih sesuai untuk pakai pakaian yang sedikit gelap. Pilih corak yang menegak dan bunga yang agak kecil. b. Badan kurus Bentuk badan yang kurus perlu memilih pakaian yang berwarna cerah dan mempunyai corak melintang. Jika memilih kain untuk dijadikan baju kurung, pilihlah yang bercorak bunga besar, supaya nampak lebih berisi. c.Badan bentuk epal Bentuk badan epal perlu memilih warna baju yang nampak neutral atau gelap. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan. d. Badan bentuk buah pear Badan berbentuk buah pear, biasanya akan kelihatan lebar dibahagian bawah (pinggang kebawah). Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, elok memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah. e. Badan berbentuk jam pasir bentuk badan seperti ini. Ianya kelihatan seimbang dari semua sudut bahagaian badan. Semuan baju yang dipakai pun mesti nampak cantik. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja. Baju Kurung Tradisional Garis Leher - Leher Cekak Musang - Leher Teluk Belanga Kain/skirt - Kain susun tepi -Kain Lipat Batik Lengan - Lengan kembang - Lengan Kaf


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 5 DRP: 29 Rajah 2 : Pemilihan Warna Fabric Cotton Sutera Linen Rajah 3 : Jenis-jenis fabrik 1.2.3 Pemilihan stail rekaan mengikut kesesuaian dengan lokasi, masa dan tujuan: Pemilihan stail Baju Kurung sesuai digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain itu, baju kurung juga berfungsi sebagai pakaian pelengkap perkahwinan. Di samping itu juga, baju kurung juga dipakai sewaktu upacara pengebumian atau kematian.


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 6 DRP: 29 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah seperti Sketch Form Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen 1.3.1.1 Peralatan dan bahan melakar fesyen Rajah 4 : Perlatan Melakar


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 7 DRP: 29 1.3.1.2 Contoh Sketch Form . LAKARAN MODUL 06 BAJU KURUNG TRADISIONAL BIDANG FABRIK JENIS FABRIK CONTOH FABRIK


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 8 DRP: 29 1.3.1.2 Melakar fesyen Baju Kurung Tradisional Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail rekaan dan corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai Rajah 5 : Contoh Rekaan Baju Kurung Tradisional


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 9 DRP: 29 T2. MENGAMBIL UKURAN BADAN BAJU KURUNG MODEN 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Ukuran adalah unit piawaian untuk menentukan ciri-ciri fizikal sesuatu. Ukuran badan pula diertikan sebagai piawaian yang diambil bertujuan untuk menentukan besar kecilnya bentuk badan manusia bagi memudahkan proses menghasilkan sesuatu baju atau pakaian. 2.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mengambil Ukuran Rajah 6 : Peralatan Dan Bahan


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 10 DRP: 29 2.3. Penggunaan Bacaan Metrik CARA MEMBACA PITA UKUR DALAM KIRAAN INCI DAN CM Inci adalah unit Panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimana pun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 11 DRP: 29 2.4 Persediaan untuk mengambil ukuran Beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasa mengambil ukuran badan pelanggan. Berikut merupakan persediaan penting yang perlu diambil kira sebelum mengambil ukuran. 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur Sebelum mengambil ukuran anda haruslah bertanyakan fesyen atau stail pakaian yang hendak dihasilkan. Bagi penghasilan baju kurung tradisional bahagian-bahagian badan yang harus di ukur adalah seperti berikut: Jadual 2 : Bahagian Badan Bil Bahagian Badan Ukuran Badan 1 Keliling Leher 2 Lebar Bahu 3 Labuh Tangan 4 Bukaan Tangan 5 Keliling Dada 6 Keliling Pinggang 7 Keliling Punggung 8 Labuh Baju 9 Labuh Skirt


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 12 DRP: 29 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan Mengambil ukuran badan adalah merupakan proses yang paling penting dalam menghasilkan pakaian. ukuran yang lengkap memudahkan proses mendraf pola,menentukan saiz pakaian dan memastikan hasil yang siap menepati spesikasi yang dikehendaki 2.6.1 Carta Ukuran Badan Standard Jadual 3 : Ukuran Badan Standard


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 13 DRP: 29 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 7 : Contoh Borang Kosong Rajah 8 : Contoh Borang Yang Telah Diisi


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 14 DRP: 29 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang Rajah 9 : Bahagian Badan Yang Perlu Diukur 2.7. Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.7.1 Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar 2.7.2 Ukuran pada pita yang digunakan tidak terang 2.7.3 Pelanggan bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan. 2.7.4 Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil 2.8. Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan 2.8.1 Pastikan Pelanggan memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal 2.8.2 Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak 2.8.3 Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses Mengukur di jalankan. 2.8.4 Pastikan ukuran dicatat dengan betul


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 15 DRP: 29 T3. MENDRAF POLA BAJU KURUNG MODEN 3.1 Pengenalan Mendraf Pola Badan Sebelum melakukan proses menggunting fabrik pola haruslah disedikan bertujuan melancarkan proses kerja. Mendraf pola adalah satu proses kerja yang tidak kurang pentingnya selain mengambil ukuran badan. 3.1.1 Definasi Mendraf Pola Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan teknik dan peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan bentuk pakaian kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Pola boleh diubahsuai dan dibuat pembetulan mengikut stail atau rekaan yang dikehendaki. 3.2 Peralatan dan bahan untuk mendraf Pola Rajah 10 : Peralatan Dan Bahan Mendraf Pola


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 16 DRP: 29 3.3 Persediaan Mendraf Pola Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum mendraf pola agar kelancaran proses pembuatan pola berjalan dengan lancar adalah seperti berikut:- a. Penyediaan tempat seperti meja yang rata dan bersih b. Gunakan ukuran yang telah dicatatkan c. Menyediakan peralatan mendraf yang secukupnya, dan pastikan setiap peralatan berada dalam keadaan baik, jelas dan bersih d. Gunakan setiap peralatan dengan teknik yang betul e. Kertas pola haruslah bersih dan mencukupi f. Pola yang telah didraf dipastikan siap kesemua bahagian dan ditanda dengan simbol yang berkaitan dengan lengkap g. Garisan pemadan hendaklah digariskan dengan betul, serta pastikan jumlah kepingan fabrik yang perlu digunting. h. Pola yang telah siap dengan ukuran yang tepat hendaklah ditandakan basi mengikut ukuran basi yang yang ditetapkan pada bahagian-bahagian pola. 3.3.1 Ciri-ciri Pola yang Baik Gunakan ukuran yang telah dicatat Mendraf dengan prosedur yang betul Pilih dan guna peralatan yang sesuai dengan teknik yang betul Lakukan kerja mendraf dimeja mendraf


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 17 DRP: 29 3.4 Kelebihan Mendraf Pola Pakaian Jangan rasa terbeban dengan mendraf pola. Dengan adanya pola dapat membantu dalam beberapa perkara antaranya adalah seperti berikut:- 3.5 Teknik Mendraf Pola Baju Kurung Tradisional 3.5.1 Mendraf simple garis leher Rajah : 11 Lapik Leher MUDAHKAN PENGUBAHSUAIAN •Jika ada ukuran berubah boleh terus ubah pada pola MENJIMATKAN MASA •Tidak perlu buat pola berulang kali untuk tempahan berikutnya bagi pelanggan yang sama RUJUKAN MASALAH •Jika terdapat masalah ketika acu pakaian, boleh merujuk pada pola untuk mencari punca masalah tersebut MENJIMAT KAN FABRIK •Boleh lakukan susunatur pola dengan mudah dan tersusun


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 18 DRP: 29 3.5.2 Mendraf Pola Badan Hadapan 3.5.3 Mendraf Pola Badan Belakang 3.5.4 Mendraf Pola Lengan Formula :- Lebar Bahu : ½ Bahu. Keliling Leher : 1/6 leher. Keliling Dada : ¼ keliling dada + kelonggaran. Keliling Pinggang : ¼ keliling pinggang + kelonggaran. Keliling Punggung : ¼ keliling punggung + kelonggaran


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 19 DRP: 29 3.6. Teknik Mendraf Pola Skirt/ Kain 3.6.1 Mendraf pola sample ikatan pinggang 3.6.2 Mendraf pola skirt / kain Hadapan 3.6.2 Mendraf pola skirt / kain Belakang


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 20 DRP: 29 3.7 Tanda – Tanda Pola Tanda pola digunakan sebagai panduan semasa menyusun atur pola di atas fabrik untuk tujuan memudahkan kerja menggunting, mencantum dan menjahit. Setiap tanda pola memberi maksud yang tertentu. Jadual 4 : Tanda-Tanda Pola Simbol Keterangan Ira lurus Garis lurus yang mempunyai tanda anak panah dikedua-kedua hujungnya. Atau Tanda lipatan Simbol tiga bulatan kecil dan garis anak panah tepi pola yang mempunyai tanda ini hendaklah diletakkan pada lipatan fabrik semasa menggunting fabric G T B Garis tengah belakang Menunjukkan garis tengah belakang G T H Garis tengah hadapan Menunjukkan garis tengah hadapan SD Sebelah dalam Menandakan sebelah dalam fabrik SL Sebelah luar Menandakan sebelah luar fabrik Garis gunting Menandakan garisan yang perlu digunting Garis pemadan Tanda untuk dijahit mesin Tanda lisu hias Menandakan lipatan untuk lisu hias atau Tanda imbang Tanda ini di buat pada garisan menggunting kepingan tersebut dijahit


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 21 DRP: 29 T4 MEMOTONG FABRIK BAJU KURUNG TRADISIONAL 4.1 Pengenalan 4.1.1 Definisi Menggunting fabrik adalah proses selepas pola disusun di atas fabrik. Perkara-perkara yang penting yang harus diberi perhatian semasa menggunting fabrik adalah seperti a. Pastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata. b. Guna gunting fabrik yang tajam. c. Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkan sebelah tangan diatas pola. d. Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat. e. Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi. f. Amalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan. g. Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam fabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit pakaian. 4.1.2 Tujuan Untuk menjimatkan fabrik yng digunakan di samping menghasilkan pakaian yang kemas dan cantik dari segi susunan, corak dan motif. 4.2 Peralatan Dan Bahan 4.2.1 Alat Memotong Pita Ukur Gunting Kain Jarum Peniti Set Pembaris Rajah : 11 Peralatan Memotong


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 22 DRP: 29 4.2.2 Bahan Menanda Kapur Tukang Jahit Kertas Karbon Roda Surih 4.3 Teknik Memotong Baju Kurung Tradisional Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memotong dan menggunting fabric adalah: Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi. Jangan angkat fabrik semasa menggunting supaya mendapat potongan yang tepat Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkan sebelah tangan diatas pola Guna gunting fabrik yang tajam Pastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata Amalkan langkah keselamatan semasa menggunakan perlatan Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam fabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkan kerja menjahit pakaian


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 23 DRP: 29 4.3.1 Sample memotong potongan garis leher dan ikatan pinggang Lapik Leher Ikatan Pinggang 4.3.2 Teknik Menyusun atur pola Jenis fabrik serta corak yang berbeza memerlukan teknik penyusunan pola yang berbeza dan memerlukan ketelitian agar hasil guntingan tepat mengikut kehendak pelangan. Berikut adalah teknik-teknik menggunting pelbagai jenis corak fabrik. Ratakan pola yang berkedut Kenal pasti dan patuh pada arahan,maklumat dan label pola Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata. Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik Susun atur kepingan pola besar dahulu,diikuti dengan kepingan pola kecil Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 24 DRP: 29 4.3.3 Pemotongan fabrik yang dilakukan untuk Baju kurung Tradisional Rajah 12 : Badan Hadapan Dan Belakang a. Bahagian badan hadapan dan belakang Proses memotong fabrik bahagian badan hadapan dan belakang terbahagi kepada dua cara, iaitu bahagian bahu putus dan bahagian bahu tidak putus. Rajah 13 : Bahagian Lengan


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 25 DRP: 29 b. Bahagian Lengan kiri kanan Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lengan kanan dan lengan kiri. Lengan terletak diantara cantuman pesak,kekek dan badan baju. Rajah 14 : Bahagian Pesak c. Bahagian Pesak Kiri dan kanan Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu dua keping pesak hadapan dan dua keping pesak belakang. Pesak terletak pada bahagian sisi badan baju kurung tradisional. Rajah 15: Bahagian Kekek d. Bahagian Kekek Terbahagi lepada 2 bahagian iaitu kekek kanan dan kiri. Kekek terletak diantara cantuman lengan dan pesak.


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 26 DRP: 29 4.3.4 Pemindahan tanda - tanda pola pada kepingan fabrik yang Dipotong Rajah 16 : Bahagian Badan a. Tandakan terlebih dahulu fabrik menggunakan kapur tukang jahit untuk memastikan luar dan dalam fabrik. Lipat dua fabrik dengan ira memajang dan bahagian sebelah dalam fabrik menghala keatas. Tekapkan pola pada fabrik, tandakan mengikut ukuran pola badan kemudian tanda basi jahitan berpandukan rajah 16. Gunting fabrik mengikut garisan basi yang dibuat. Dengan menggunakan kertas karbon dan roda suri tandakan lapisan bawah fabrik. Tandakan garis tengah bahu. Rajah 17 : Bahagian Lengan b. Pastikan bahagian sebelah dalam fabrik menghala ke atas, lipat 2 terlebih dahulu fabric Pastikan ira memanjang kemudian lipat sekali lagi membuatkan fabrik menjadi 4 lapis. Periksa Bahagian tepi lipatan tidak berlapik. Tekapkan pola lengan diatas fabrik. Kemaskan Menggunakan pin dan tanda basi jahitan berpandukan rajah 17. Gunting fabrik mengikut tanda basi yang dibuat.Tandakan menggunakan roda suri dan kertas lapisan bawah fabrik. 1” 1” ◦◦ ◦ ◦ ◦ 1 ” ¾”


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 27 DRP: 29 Rajah 18 : Bahagian Pesak c. Pastikan bahagian sebelah dalam fabrik menghala ke atas, lipat 2 terlebih dahulu fabric Pastikan ira memanjang kemudian lipat sekali lagi membuatkan fabrik menjadi 4 lapis. Periksa Bahagian tepi lipatan tidak berlapik. Tekapkan pola pesak diatas fabrik. Kemaskan Menggunakan pin dan tanda mengikut ukuran pola pesak kemudian tanda basi jahitan Berpandukan rajah 18. Tandakan bahagian tepi pesak yang lurus bagi Memudahkan proses mencantum. Gunting fabrik mengikut tanda basi yang dibuat. Tandakan Menggunakan roda suri dan kertas surih dibawah fabric. Rajah 19 : Kekek d. Pastikan bahagian sebelah dalam fabrik menghala ke atas dan lipat 2 fabrik. Dengan Menggunakan kapur penanda dan alat pengukur buat garisan segi empat sama dengan Ukuran tiga keliling. Tandakan basi keliling berpandukan rajah 19. Gunting fabrik mengikut tanda basi yang dibuat. Tandakan menggunakan roda suri dan kertas surih di bawah fabrik 1 ” ¾” ¾”


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 28 DRP: 29 Rajah 20 : Bahagian kain/skirt e. Lipat fabrik mengikut ukuran keliling punggung + 1” untuk basi jahitan dengan ira memajang dan bahagian sebelah dalam fabrik menghala keatas. Tekapkan pola pada fabrik, tandakan mengikut ukuran pola kain belakang kemudian tanda basi jahitan berpandukan gambarajah dibawah. Gunting fabrik mengikut garisan basi yang dibuat. Dengan menggunakan kertas karbon dan roda suri tandakan lapisan bawah fabrik. Tandakan garis lisu pada pinggang. ◦ ◦ ◦


HakciptaTerpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M04.01/HP(1/2) MUKA: 29 DRP: 29 Rajah 21 : Lapik Leher f. Padankan saiz pola garis leher baju kurung tradisional yang bersesuaian dengan pelatih. Tekap pada interfacing(tisu bergam lembut) yang di lipat dua. Pastikan bahagian yang bergam berada di bahagian dalam lipatan. Tekapkan pola garis leher di atas interfacing dan tandakan menggunakan pencil. Buat garisan belahan dan tandakan basi jahitan pada garis leher berpandukan gambarajah Dibawah. Dengan menggunakan kertas karbón dan roda suri tandakan lapisan bawah fabrik. RUJUKAN : a. Panduan Membuat Pakaian _ Mariam Abu Bakar ( Karya Bestari : Cetakkan 8 – 2006 ) b. Panduan Menjahit Pakaian Wanita – Mariam Abu Bakar ( Alaf 21 : Cetakkan 1 – 2003 ) c. Rosita Jaafar ( 2007 ). Seni Jahitan Pakaian PENGANTIN d. Sumber Internet – google – Pinterest


Click to View FlipBook Version