Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA TAJUK : PENGGUNAAN MESIN JAHIT TUJUAN : Helaian ini menerangkan cara-cara mengenal kesilapan atau kesalahan mata jahitan dengan betul serta dapat menentukan keperluan-keperluan untuk membaiki mata jahitan tersebut agar penggunaan mesin itu berjalan lancar. PENERANGAN : Semasa melakukan kerja-kerja menjahit, seringkali kita menghadapi masalah mata jahitan seperti jahitan melangkah, benang putus-putus dan lain-lain. Sebagai tukang jahit yang mahir, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut secepat mungkin serta mengambil langkah-langkah membaiki masalah tersebut dengan seberapa segera T3. Mengguna Mesin Jahit 3.1 Teknik Asas Mengguna Mesin Jahit 3.1.1 Mesin Jahit Lurus a. Mengubah saiz kia dan tuas reverse. b. Untuk saiz kia yang di perlu tekan tuas reverse ke bawah dan pusingkan pelaras jahitan. c. Melaraskan tekanan jahitan d. Pusingkan skru pelaras tekanan mengikut jenis fabrik. Longgarkan NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 02 - KENDALI MESIN JAHIT DAN PERALATAN JAHITAN TAJUK SUB MODUL 02.02 SELENGGARA MESIN JAHIT TAJUK ELEMEN T3 Mengguna Mesin Jahit OBJEKTIF PENGETAHUAN Menyelenggara pelbagai mesin jahit dan menghasilkan elemen pakaian dengan mengunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya elemen pakaian tersebut dapat disiapkan menepati ukuran serta memenuhi kehendak pelanggan dan mesin jahit berada dalam keadaan sempurna, selamat digunakan dan produktif. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 1 DRP: 45 HELAIAN PENERANGAN
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 2 DRP: 45 untuk fabrik ringan dan ketatkan untuk fabrik tebal e. Pusingkan skru pelaras tekanan mengikut jenis fabrik. Longgarkan untuk fabrik ringan dan ketatkan untuk fabrik tebal. f. Ketegangan benang atas di sesuaikan mengikut ketegangan benang bawah. Ketegangan benang atas di kawal oleh skru kendur benang. g. Ketegangan benang bawah di tentukan oleh skru yang terdapat di sekoci. h. Bagi benang kapas saiz 60 ketegangan benang bawah boleh di uji dengan memegang hujung benang yang terkeluar. i. Jika sekoci terjuntai dengan perlahan, ini menunjukkan ketegangan benang betul. 3.1.2 Mesin Jahit Tepi a. Mesin jahit tepi menghasilkan jahitan dari dua benang. b. Mesin Jahit tepi tiga benang di gunakan untuk mengelakkan benang pada tepi kain woven dari terburai c. Mesin jahit tepi empat benang digunakan untuk mencantum kain knit. d. Mesin jahit tepi mempunyai pisau yang memotong tepi kain sambil menjahit. 3.1.2.1.Cara-cara menggunakan mesin jahit a. Kedudukan mesin jahit mestilah di tempat yang terang dan tidak dilindungi bayang. b. Letakkan kain di sebelah kiri yang lapang dan bahagian tempat jahit dihalakan kebahagian dalam mesin jahit. c. Tolak benang atas dan bawah antara penekan jahitan dan tarik ke belakang untuk mencegah benang menjadi kusut di dalam mesin jahit. d. Menjahit berpandukan tapak penekan jahitan. e. Sebelum mengeluarkan kain yang di jahit, pastikan tuas pemegang benang berada di tempat yang tertinggi sekali dan tapak penekan jahitan di angkat ke atas. f. Apabila mengeluarkan kain dari mesin jahit, kain hendaklah di tarik kebelakang untuk mengeluarkan jarum dari bengkok atau patah. g. Sekiranya menjahit pada satu penjuru atau bucu, ketika memusingkan jarum, mestilah berada di dalam kain, naikkan tapak penekan, pusingkan kain, turunkan tapak dan terus menjahit semula.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 3 DRP: 45 3.2 Teknik Menjahit Pelbagai Bentuk Corak Asas Dengan Mesin Jahit Lurus 3.2.1 Menjahit corak Lurus 3.2.2 Menjahit corak Zig-Zag 3.2.3 Menjahit corak Bulat 3.2.4 Menjahit corak Bengkang bengkok 3.2.5 Menjahit corak kotak-kotak Jadual 1 : Jahitan Asas VERIASI BENTUK & CORAK CARA MENJAHIT LURUS Lukiskan garisan diatas fabrik berpandukan bentuk lurus. Lakukan jahitan berpandukan garisan yang telah di lukis. ZIG-ZAG Lukiskan garisan diatas fabrik berpandukan bentuk zig-zag. Lakukan jahitan berpandukan garisan yang telah dilukis. BULAT Lukiskan garisan diatas fabrik berpandukan bentuk bulat. Lakukan jahitan berpandukan garisan yang telah dilukis
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 4 DRP: 45 Jadual 2 : Jahitan Asas VERIASI BENTUK & CORAK CARA MENJAHIT BENGKANG BENGKOK Lukiskan garisan diatas fabrik berpandukan bentuk bengkang bengkok. Lakukan jahitan berpandukan garisan yang telah dilukis. KOTAK-KOTAK Lukiskan garisan diatas fabrik berpandukan bentukkotak-kotak. Lakukan jahitan berpandukan garisan yang telah dilukis. 3.3 Menghasilkan Elemen Pakaian 3.3.1 Proses menghasilkan elemen pakaian 3.3.1.1 Mendraf pola a. Dapat menjimatkan masa mendraf pola. b. Peralatan mendraf hendaklah dalam keadaan yang baik dan bersih. c. Dapat mengelakkan kesilapan daripada berlaku. d. Pola yang sudah di draf hendaklah di labelkan dengan tanda tanda pola dengan lengkap. 3.3.1.2 Memotong Fabrik a. Pastikan bidang dan ukuran fabrik mencukupi untuk sehelai pakaian yang hendak dibuat berdasarkan ukuran pola. b. Mengenalpasti corak / bunga fabrik yang mana bahagian dalam atau luar. c. Memotong Fabrik Berpetak/Berjalur.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 5 DRP: 45 d. Apabila memotong fabrik berpetak dan berjalur, kepingankepingan pola hendaklah disusun supaya petak-petak dan jalur sama padan pada semua kelim. e. Perhatian yang teliti hendaklah ditumpukan pada persamaan petak dan jalur sebelum memotong. f. Memotong Fabrik Bercorak Sehala. g. Untuk fabrik bernap atau bercorak sehala, pola-pola hendaklah disusun sehala. h. Fabrik ini hendaklah dipotong dengan teliti supaya tiap-tiap bahagian pola mempunyai reka bentuk yang sehala.Memotong Fabrik Berbunga. i. Sekumpulan bunga yang besar atau motif yang besar hendaklah disusun supaya seimbang pada kedua-dua belah pakaian. j. Bentangkan fabrik tersebut diatas meja potong yang sesuai dan ratakan. k. Susun pola yang telah siap digunting keatas fabrik dan sematkan dengan jarum peniti. l. Tandakan bahagian-bahagian pola tersebut beserta basi dengan menggunakan kapur tukang jahit. m. Bolehlah terus memotong dengan menggunakan gunting fabrik. n. Sebaik-baiknya mulakan memotong kepada bahagian yang berlipatan dan lebih besar dahulu kemudianya yang kecil. o. Gunakan gunting fabrik yang tajam dan Jangan angkat fabrik semasa menggunting p. Ketika proses menggunting, pastikan sebelah tangan diletakkan diatas fabrik bagi mengelakkan fabrik beralih q. Gunakan keseluruhan gunting dan hujung gunting untuk bahagian yang kecil atau melengkung
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 6 DRP: 45 3.3.1.3 Menjahit dan mencantum a.Saiz mata jahitan untuk mencantum adalah 1 cm bersamaan 5 mata jahitan b.Jahitan ialah proses mencantum bahagian-bahagian pakaian mengikut turutan yang betul. c.Teknik menjahit bagi setiap pakaian adalah berbeza d.Fabrik yang telah di potong hendaklah di pastikan mencukupi mengikut ukuran yang betul e.Bahagian yang perlu di tekankan dengan kertas gam perlu di tampal dengan kemas dan kukuh f. Pastikan peniti telah di tanggalkan sebelum memulakan proses mencantum g.Elakkan menarik fabrik ketika menjahit 3.3.2 Jenis Sampel Poket 3.3.2.1 Poket sisi sembunyi Rajah 1 : Poket Sisi Sembunyi a. Mendraf pola poket sisi sembunyi Rajah 2 : Pola Poket Sisi Sembunyi C A g D B
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 7 DRP: 45 b.Memotong fabrik poket sisi sembunyi Fabrik bagi penyediaan poket sisi perlu diperhatikan, sekiranya menggunakan fabrik yang sama,facing tidak di perlukan. Sekiranya menggunakan fabrik yang berbeza, facing perlu di sediakan bagi mengelakkan poket kelihatan berbeza. Perhatikan simbol pola dan fabrik yang diperlukan sebelum proses memotong. Rajah 3 : Susunatur pola c.Menjahit Poket Sisi Sembunyi Poket ini di jahit pada kelim rusuk pakaian. Poket ini boleh di buat pada sisi seluar, sisi skirt dan sisi baju. Poket ini mestilah di buat sempurna dan rata agar isi poket tidak merubah garisan pakaian. Poket ini mestilah cukup besar untuk tanganmasuk bagi meletak atau mengambil apa-apa dari poket.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 8 DRP: 45 Rajah 4 : Menjahit dan mencantum 3.3.2.2 Poket tebuk Rajah 5 : Poket tebuk
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 9 DRP: 45 a. Mendraf pola poket tebuk Rajah 6 : Pola Poket tebuk b. Memotong fabrik poket tebuk Sekiranya menggunakan fabrik yang sama, facing tidak di perlukan. Sekiranya menggunakan fabrik yang berbeza, facing perlu sediakan bagi mengelakkan poket kelihatan berbeza.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 10 DRP: 45 Rajah 7 : Susunatur pola Poket c. Menjahit poket tebuk Poket ini di buat dengan cara menebuk pakaian dengan kaedah tertentu. Poket ini terbahagi kepada poket tebuk satu bibir, poket tebuk 2 bibir dan poket welt. Rajah 8 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 11 DRP: 45 3.3.2.3 Poket tampal Rajah 9 : Kemeja poket tampal a. Mendraf poket tampal Terdapat 2 bentuk yang kerap digunakan iaitu bulat dibahagian bawah atau yang berbentuk segi tiga. Saiz poket bergantung pada saiz baju Rajah 10 : Pola poket tampal
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 12 DRP: 45 b.Memotong poket tampal Memotong fabrik bagi poket tampal, acuan keras perlu disediakan. Acuan ini juga bertujuan bagi mendaapatkan bentuk poket yang kemas. Tambahkan basi kain pada sekeliling acuan poket. Rajah 11 : Susunatus Pola c.Menjahit Poket Tampal Poket ini diletakkan pada sebelah luar pakaian seperti skirt, blaus, kemeja ataupun seluar. Tepi bahagian atas poket ini tidak berjahit. Ukuran dan bentuk poket di pilih adalah bergantung kepada tujuan poket dibuat, kedudukan dan stail pakaian. Rajah 12 : Menjahit dan mencantum 1 2 3
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 13 DRP: 45 3.3.3 Jenis Sampel Garis Leher 3.3.3.1 Garis Leher Berbentuk ”V” Rajah 13 : Leher berbentuk “v” a. Mendraf pola garis leher bentuk ”V” Garis leher adalah garis yang membentuk bahagian leher pada sebuah pakaian tanpa kolar. Bentang fabrik di atas permukaan meja yang rata. Rajah 14 : Pola Leher berbentuk “v”
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 14 DRP: 45 b. Memotong garis leher ’V’ Sediakan lapik leher ‘V’ siap basi untuk dijahit pada garis leher. Memotong fabrik bagi garis leher berbentuk ’V’, berpandukan kepada garis leher pada baju yang di kehendaki. Potong interfacing mengikut bentuk garis leher ’V’. Rajah 15 : Susunatur pola c. Menjahit garis leher ’V’ Terbalikkan lapik leher ke sebelah dalam dan tindih lapik dengan jahit mesin. Jahit silang pangkah pada lapik garis leher di bahagian sebelah dalam baju. Rajah 16 : Menjahit dan mencantum 1 2 3
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 15 DRP: 45 3.3.3.2 Garis Leher Persegi Rajah 17 : Leher persegi a. Mendraf pola garis leher persegi Draf pola mengikut garis leher persegi. Bentang fabrik di atas permukaan meja yang rata. Temukan SD (sebelah dalam) fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja. Rajah 18 : Pola leher persegi
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 16 DRP: 45 b. Memotong garis leher persegi Ketika melakukan proses memotong, pastikan pola di semat di fabrik dengan menggunakan jarum peniti yang tajam supaya tidak merosakkan gentian fabrik Rajah 19 : Susunatur pola c. Menjahit garis leher persegi Sediakan kain bahagian pakaian dan lapik dalam.Ambil ukuran untuk lapik dalam mengikutu pola leher pada pakaian yang siap di potong. Tindih lapik di atas leher bahagian pakaian,kemudian jahit keliling 1cm. Terbalikkan lapik ke sebelah dalam, kemudian, tindih 0.5cm. Rajah 20 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 17 DRP: 45 3.3.3.3 Garis Leher Bulat dengan belah hadapan/ belakang Rajah 21 : Leher Bulat a. Mendraf pola garis leher bulat Draf pola mengikut garis leher persegi. Bentang fabrik di atas permukaan meja yang rata. Temukan SD (sebelah dalam) fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja. Rajah 22 : Pola bulat
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 18 DRP: 45 b. Memotong garis leher bulat Letakkan tangan kiri di atas fabrik agar fabrik tidak terangkat, manakala tangan kanan memegang gunting. Fabrik tidak boleh di angkat sewaktu proses memotong Rajah 23 : Susunatur pola c. Menjahit garis leher bulat Cantumkan bahu hadapan dan belakang bahagian pakaian. Snip pada bahagian yang melengkung. Jahit silang pangkah di sebelah dalam bahagian lapik. Rajah 24 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 19 DRP: 45 3.3.4 Jenis sampel kolar 3.3.4.1 Kolar Mandarin Rajah 25 : Baju Cheongsam a. Mendraf pola kolar mandarin Ukuran yang perlu diambil ialah keliling leher. Rajah 26 : Pola kolar
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 20 DRP: 45 b.Memotong pola kolar mandarin Perhatikan tanda lipatan dan tanda ira serong pada fabrik. Seterika starflex pada fabrik dengan kemas supaya semasa memotong fabrik bentuk kolar menjadi cantik dan kemas Rajah 27 : Susunatur Pola c.Menjahit kolar mandarin Potong starflex untuk membuat kolar mengikut ukuran yang di beri. Gosok kain gam pada kain. Jahit 0.5cm di bahagian bawah kolar. Kemudian jahit keliling pada tepi starflex. Terbalikkan ke sebelah.Pasang di leher baju cheongsam. Rajah 28 : Menjahit dan mencantum 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 21 DRP: 45 3.3.4.2 Kolar Peter Pan Rajah 29 : Baju kanak-kanak a. Mendraf Pola Peter Pan Sesuai di padankan pada sehelai gaun kanak-kanak. Baju akan kelihatan cantik bila menggayakan kolar jenis ini. Terdapat pelbagai saiz kolar mengikut stail pakaian. Rajah 30 : Pola peter pan F G C E D H GTBB (Garis Tengah Bahu Badan Belakang ) B Badan Hadapan) (Garis Tengah Bahu A GTBH POLA HADAPAN H TG
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 22 DRP: 45 a. Memotong Pola Peter Pan Lipat 2 fabrik dengan ira yang betul. Tekapkan lapik kolar peter pan pada sebelah luar fabrik. Gunting mengikut lapik kolar sebanyak 4 keping. Rajah 31 : Susunatur pola peter pan b. Menjahit Kolar Peter Pan Kolar ini terletak rata atas bahu pakaian, kebiasaannya berbentuk bulat. Kolar ini boleh dibuat selebar bahu atau kecil sediki. Kolar ini dibuat daripada dua lapisan fabrik dan kebiasaannya di lekatkan selapis lapik dalam untuk memberii bentuk dan menambah ketebalan. Garis leher kolar adalah sama bentuk dengan garis leher di badan baju. Kolar ini boleh dibuat berasingan, ia boleh ditanggalkan apabila tidak diinginkan. Rajah 32 : Susunatur pola 1 2 3 4 5
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 23 DRP: 45 3.3.4.3 Kolar Hawaii / Sport Rajah 33 : Kemeja a. Mendraf pola kolar hawaii Sesuai pada sehelai blaus atau t-shirt. Bentuk kolar tidak terlalu keras kerana hanya menggunakan kertas gam jenis lembut Rajah 34 : Pola kolar hawai b. Memotong pola kolar hawaii Lipat 2 fabrik dengan ira yang betul. Tekapkan lapik kolar Hawaii/sport pada sebelah luar fabrik. Gunting mengikut lapik kolar sebanyak 4 keping. Rajah 35 : Susunatur pola h g E b Df C B A
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 24 DRP: 45 c. Menjahit pola kolar hawaii Potongkan starflex untuk membuat kolar mengikut ukuran yang di beri. Gosok starflex pada gam. Bentuk kolar mengikut kesesuaian.Jahit 0.5cm di bahagian bawah kolar. Kemudian jahit keliling pada tepi starflex. Kelihatan lebih kemas jika di letak benang pada setiap bucu kolar Rajah 36 : Susunatur pola 3.3.5 Jenis Sampel Kaff 3.3.5.1 Barrel cuff ( satu butang ) Rajah 37 : Lengan kemeja a. Mendraf pola barrel cuff Tekap acuan kaf pada sekeping steflex dan lekatkan pada fabrik melintang dan gunting sekeping ira memanjang. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu tetulang atas dan tetulang bawah.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 25 DRP: 45 Rajah 38 : Pola lengan b. Memotong lengan barrel cuff Lengan ini sesuai di padankan dengan baju kemeja Rajah 39 : Susunatur pola c. Menjahit lengan barrel cuff Sediakan kain. Bentukkan plaket mengikut ukuran yang standard. Gosok pleket dengan kemas buat belahan sepanjang 10 cm. Jahit pleket pada bahagian pakaian mengikut kesesuaian.Tulang kecil hendaklah berada di sebelah bawah manakala tulang besar berada di sebelah atas. Kemas kini tetulang dengan mata jahitan yang terkawal supaya nampak halus dan kemas. Keseluruhan pleket siap di jahit
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 26 DRP: 45 Rajah 40 : Menjahit dan mencantum 3.3.5.2 Zipper Cuff ( 20cm ) Rajah 41 : Tangan baju a. Mendraf pola lengan 0-1= Labuh lengan 0-2 = Masukkan 3½” 1-3 = Bukaan tangan ÷ 2 2-4 = Keliling dada ÷ 4 0-5 = Keluarkan 2” untuk gelembung bahagian atas Rajah 42 : Pola Tangan 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 27 DRP: 45 b. Memotong lengan zipper cuff Pola yang telah di draf hendaklah di labelkan dengan tanda pola yang lengkaP. Tanda bahagian yang hendak di jahit dengan zip. Lengan ini boleh di gayakan dengan baju kurung moden dan juga baju jubah. Rajah 43 : Pola Tangan c. Menjahit lengan zipper cuff Tanda panjang zip yang hendak di jahit. Jahit kasar pada bahagian yang hendak di zip. Jahit zip sembunyi. Zip yang telah siap di jahit. Kemaskan bahagian hujung lengan. Rajah 44 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 28 DRP: 45 3.3.5.3 Sampel kaf Piping ( Kun Alur ) Rajah 45 : Lengan baju a. Mendraf pola 0-2= Labuh lengan 0-2 = Masukkan 3½” 1-3 = Bukaan tangan ÷ 2 2-4 = Keliling dada ÷ 4 0-5 = Keluarkan 2” untuk gelembung bahagian atas Rajah 46 : Pola lengan b. Memotong lengan piping ( kun alur ) Pola lengan piping siap di draf dan dipotong. Letak pola di atas kain dan keliling ditanda basi kemudian potong kain mengikut basi yang ditanda.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 29 DRP: 45 Rajah 47 : Pola lengan c. Menjahit lengan piping ( kun alur ) Cara jahit lengan piping ( kun alur ). Jahit pita serong atau kun alur pada hujung lengan di sebelah dalam lengan. Terbalikkan pita serong ke sebelah luar lengan. Jahit tindih halus di atas pita serong tersebut. Pita serong yang siap di jahit pada lengan baju kanakkanak Rajah 48 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 30 DRP: 45 3.3.6 Jenis Sampel Ikatan Pinggang 3.3.6.1 Pinggang Pengeras Penuh Rajah 49 : Pinggang seluar a. Mendraf Ikatan Pinggang Pengeras Penuh Rajah 50 : Pola seluar A-B: Labuh seluar – 1 ¼ inci A-C: Labuh duduk Cawat – 5inci ÷ 2 ─ 1 ¼ inci C-C1: Naikkan 3inci dan garis lurus D: Titik tengah CB D-D1: Naikkan 1 ½ inci dan garis lurus C-E: Keliling punggung ÷ 4 E-F: Keluarkan 1 ½ inci E-E1: Garis menegak selari C-A E1-G: Keliling pinggang ÷ 4 + 1inci (lisu) G-C: Bentukkan H : Titik tengah C-F dan garis lurus H1-H2
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 31 DRP: 45 b. Memotong Ikatan Pinggang Pengeras Penuh Potong velkrum mengikut ukuran keliling pinggang. Rajah 51 : Velkrum (pengeras pinggang) c. Menjahit Ikatan Pinggang Pengeras Penuh Ukuran panjang pengeras/kain keras adalah sama dengan ukuran keliling pinggang. Jahit pengeras pada bahagian pinggang. Pengeras pinggang siap di jahit. Rajah 52 : Menjahit dan mencantum 3.3.6.2 Pinggang Getah Penuh Rajah 53 : Menjahit dan mencantum
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 32 DRP: 45 a. Mendraf pola pinggang getah 0 ke 1 = Labuh Kain 0 ke 2 = Paras Punggung 3 ke 4 = keliling punggung /4 + 1cm 0 ke 3 = keliling pinggang/4 + 8cm(getah) X ke Y =Panjang Dart=8cm Rajah 54 : Pola skirt b. Memotong Ikatan Pinggang Getah Penuh Potong getah ukuran 3cm dan potong kurang daripada keliling pinggang. Rajah 55 : Getah pinggang 1” c. Menjahit Ikatan Pinggang Pengeras Penuh Pinggang ini dilekatkan/dijahit pada pakaian dengan menggunakan sepenuhnya getah pinggang. Ukuran panjang getah diambil kurang/kecil sedikit dari ukuran pinggang kerana getah pinggang adalah bersifat elastik. Getah dan kain perlu ditarik ketika menjahit, elakkan terjahit pada getah.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 33 DRP: 45 Rajah 56 : Menjahit dan mencantum 3.3.6.3 Pinggang separa getah Rajah 57 : Pinggang kain a. Mendraf pola pinggang separa getah 0 ke 1 = Labuh Kain 0 ke 2 = Paras Punggung 3 ke 4 = keliling punggung /4 + 1cm 0 ke 3 = keliling pinggang/4 + 2cm (dart) + 8cm(getah) X ke Y =Panjang Dart=8cm 1 2 3 4 5
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 34 DRP: 45 Rajah 58 : Pola skirt b. Memotong Ikatan Pinggang Separa Getah Memotong getah dan velkrum mengikut ukuran keliling pinggang dan tolak 3cm untuk kedutan Rajah 59 : Getah pinggang 1” dan velkrum c. Menjahit Ikatan Pinggang Separa Getah Mencantum getah dan velkrum yang siap dipotong tadi mengikut susunan yang betul. Getah dan velkrum siap dijahit dan boleh pasang pada kain. Mencantum pinggang separa getah di atas kain. Kemudian jahit dikeliling kain.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 35 DRP: 45 Rajah 60 : Menjahit dan mencantum 3.3.7 Jenis Sampel Lengan 3.3.7.1 Lengan Padanan Rata Rajah 61 : Lengan baju kurung moden a. Mendraf Lengan Padanan Rata Pola yang telah di draf hendaklah di labelkan dengan tanda pola yang lengkap. Rajah 62 : Pola lengan
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 36 DRP: 45 b. Memotong Lengan Padanan Rata Memotong Fabrik Berpetak/BerjalurApabila memotong fabrik berpetak dan berjalur,kepingan- kepingan pola hendaklah di susun supaya petak- petak dan jalur sama padan pada semua kelim. Perhatian yang teliti hendaklah di tumpukan pada persamaan petak dan jalur sebelum memotong Rajah 63 : Susunatur pola c. Menjahit Lengan Padanan Rata Menjahit kelim lengan dan tekan terbuka. Masukkan lengan dengan lengan sebelah luar bertemu. Jahit mesin di garisan pemadan lubang lengan dan ratakan supaya lengan dapat dijahit dengan elok. Terbalikkan lengan dan tekan serta pastikan lengan berada dalam keadaan rata
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 37 DRP: 45 3.3.7.2 Lengan Raglan Rajah 64 : T-shir lengan raglan a. Mendraf Lengan Raglan S S’ Ikut keselesaan pelanggan Hubungkan S’ dengan I X = ½ S’ Rajah 65 : Pola lengan raglan b. Memotong Lengan Raglan Susun pola reglan yang sudah siap dan susun di atas kain untuk digunting. Rajah 66 : Susunatur pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 38 DRP: 45 c. Menjahit Lengan Raglan Cantum lengan pada bahagian keruk lengan hadapan dan belakang. Cantum badan hadapan dan belakang dengan lengan. Cantum sisi baju Rajah 67 : Menjahit dan mencantum 3.3.7.3 Lengan gelembung Rajah 68 : Baju kanak-kanak a. Mendraf lengan gelembung Letakkan pola lengan padanan rata kemudian tekap untuk dijadikan pecahan pola untuk lengan gelembung
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 39 DRP: 45 Rajah 69 : Pola lengan gelembung b. Memotong lengan gelembung Memotong pola lengan dan naikkan 5cm untuk dijadikan gelembung. ah 70 : Susunatur pola c. Menjahit lengan gelembung Jahit kasar pada bahagian atas dan bawah lengan, kemudian tarik benang untuk kedutkan sehingga mendapat ukuran keruk ketiak pada baju. Manakala keliling lengan pula Mengikut ukuran yang di kehendaki. Lengan yang siap kedut di jahit pita serong sebagai pengemas tepi tindih halus di tepi pita serong tersebut. Rajah 71 : Susunatur pola
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 40 DRP: 45 3.3.8 Sampel Lipatan Lisu 3.3.8.1 Lisu Bertentang Rajah 72 : Skirt lisu bertentang a. Mendraf pola Lisu ini di panggil invested pleat. Susunan lipatan ini di buat dengan melipatkan dua lisu beriringan pada arah bertentangan dan bertemu di Sebelah dalam kain. Rajah 73 : Pola lisu b. Memotong lisu bertentang Pola lisu bertentang atas kain dan tanda dengan kapur dibahagian pinggang kain. Kemudian susun dan penitikan supaya tidak bergerak.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 41 DRP: 45 Rajah 74 : Pola lisu c. Menjahit lisu bertentang Lipat kain hingga bertemu supaya menjadi lisu. Ulang langkah hingga siap Rajah 75 : Menjahit dan mencantum 3.3.8.2 Lisu Terbalik Rajah 76 : Skirt lisu terbalik a. Mendraf pola lisu terbalik a-b = labuh kain a-c = paras punggung a-d = keliling pinggang / 4 c-e = keliling punggung / 4 b-f = bukaan kain mengikut sesuaian
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 42 DRP: 45 Rajah 77 : Pola lisu terbalik b. Memotong lisu terbalik Lisu ini di potong seperti lisu bertentangan tetapi kedudukannya terbalik. Rajah 78 : Pola lisu c. Menjahit lisu bertentang Tandakan lisu pada fabrik dan jahit tanda pada garisannya. Lipatkan dijahitan tanda (a) supaya terletak atas jahitan tanda (b). Jelujur tegak lisu. Lisu terbalik boleh dilepaskan atau dijahit tepinya dengan cara yang sama seperti lisu beriring.
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 43 DRP: 45 Rajah 79 : Menjahit dan mencantum 3.3.8.3 Lisu Beriring Rajah 80 : Skirt lisu beriring a. Mendraf pola lisu terbalik Pada fabrik tandakan tanda pola untuk lis. Ada 3 bahagian lisu iaitu lebar atau permukaan lisu, lipatan bawah dan tapak atau dasar lisu. a b c
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 44 DRP: 45 Rajah 81 : Pola lisu beriring b. Memotong lisu beriring Potong kain mengikut ukuran. Tandakan ukuran lisu kemudian susun sehingga selesai. Rajah 82 : Lisu beriring c. Menjahit lisu beriring Lipat dan jahit tanda A dan letakkan atas tapak lisu B. Tekan dan semat. Jelujur tegak di tengah-tengah lisu. Lisu beriring boleh dibiarkan lepas atau dijahit tepinya
Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M02.02/HP/(2/3) MUKA: 45 DRP: 45 Rajah 83 : Menjahit dan mencantum RUJUKAN : 1)https://www.pinterest.com/search/pins/ 2)https://www.google.com/search 3)https://kemahiranhidupert.wordpress.com/ 4)Mariam Abu Bakar.(2004).Panduan Membuat Pakaian Wanita.Selangor:Alaf 21 Sdn.Bhd 5)Rosita Jaafar.(2006).Variasi Teknik Menjahit,Langkah Demi Langkah Cara Menjahit Pakaian Wanita.Shah Alam:Alaf 21 Sdn Bhd