The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Melakar dan mengambil ukuran dengan menggunakan
berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian
supaya dapat melakar dan mengambil ukuran jaket
wanita mengikut kehendak pelanggan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHARIFAH NAJMAH BINTI SYED MOHD NAGUIB, 2023-12-02 01:30:00

11 JAKET WANITA

Melakar dan mengambil ukuran dengan menggunakan
berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian
supaya dapat melakar dan mengambil ukuran jaket
wanita mengikut kehendak pelanggan.

Keywords: M11 - HP 11.01 1-3

TAJUK : LAKARAN FESYEN JAKET WANITA TUJUAN : Helaian Penerangan ini menerangkan mengenai lakaran dan proses mengambil ukuran dalam pembuatan potongan Jaket Wanita. PENERANGAN : T1. MENENTUKAN FESYEN JAKET WANITA 1.1 Pengenalan 1.1.1 Definisi (Rekaan Fesyen) Jaket kebiasaannya digunakan oleh golongan korporat dan ahliahli perniagaan agar kelihatan lebih berkeyakinan dan professional. Ianya boleh di buat dalam bentuk formal atau kasual. Ini mungkin menyebabkan ia banyak dipakai oleh mereka yang kerap berinteraksi dengan orang luar. Ia juga mempunyai banyak kocek yang menjadikannya satu kemudahan bagi mereka yang berkecimpung dalam perniagaan. Walaupun berlaku perubahan, rekabentuk klasiknya tetap masih kekal tidak berubah. Dalam menghasilkan jaket, terdapat tiga aspek perlu diberi perhatian iaitu selesa dipakai, tiada kemasan yang akan menghalang pergerakan bebas. NAMA KURSUS JAHITAN PAKAIAN DAN FESYEN TAJUK MODUL 11 JAKET WANITA TAJUK SUB MODUL 11.01 POTONG FABRIK TAJUK ELEMEN T1. Menentukan Rekaan Fesyen Jaket Wanita T2. Mengambil Ukuran Badan Jaket Wanita OBJEKTIF PENGETAHUAN Melakar dan mengambil ukuran dengan menggunakan berbagai peralatan dan bahan yang bersesuaian supaya dapat melakar dan mengambil ukuran jaket wanita mengikut kehendak pelanggan. KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 1 DRP: 12 HELAIAN PENERANGAN


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 2 DRP: 12 1.1.2 Pemilihan Tema Subject Matter / Variasi Rekaan Fesyen Kisah pertama datang dari sebuah universiti ternama di inggris, Saint Jhon College, Cambridge. Di universiti ini pada tahun 1825 didirikan sebuah club dayung yang beranggotakan 12 orang dengan nama Lady Margaret Boat Club. Club dayung ini mempunyai seragam yang tidak lazim ketika itu. Potongannya seperti jas biasa namun berwarna merah menyala (pakaian masyarakat inggris ketika dikenal menghindari warna-warna non- tradisonil yang mencolok), dengan lis/pipa pinggiran lapel berwarna putih, kancing yang berwarna emas atau perak, dan dipadukan dengan celana berwarna putih. Kisah kedua, Pada tahun 1837, dalam rangka menyenangkan Ratu Inggris ketika itu yang akan melakukan inspeksi pasukan, Komandan pasukan H.M.S Blazer ini mewajibkan anggotanya menyeragamkan pakaian pasukannya (ketika itu angkatan laut Inggris tidak punya seragam standard resmi). Seragam itu berpotongan jas double-breast berwarna biru tua/blue navy, juga dengan kancing dari kuningan dengan logo angkatan laut. 1.2 Mengenalpasti Stail Rekaan Fesyen Mengikut Konsep 1.2.1 Pemilihan Stail Pakaian Rajah 1 : Kolar / Garis Leher Jaket Single Breasted 1. Kolar 2. Lapel 3. Poket Welt 5. Garis Puteri 6. Kelepet baju 4. Double jetted pocket (2 bibir)


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 3 DRP: 12 Rajah 2 : Stail dan Variasi Jaket Wanita Deep Lapel Jacket Denim Jacket Double Breasted Draped Jacket Fitted Jacket Asymmetric Jacket Dress Jacket Bolero – Cropped Boyfriend Jacket Cape Jacket One Button Jacket Oversize Jacket Peplum Jacket Printed Jacket Sailor Jacket Single Breasted Lace Jacket Leather Jacket Longline Jacket Military Jacket


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 4 DRP: 12 1.2.2 Pemilihan Warna / Jenis Fabrik Rajah 3 : Warna Bersesuaian Dengan Jaket Wanita Rajah 4 : Jenis fabrik Fabrik Leather Fabrik Wool Fabrik Linen Fabrik Sutera Fabrik Satin Fabrik Baldu Fabrik Cotton Fabrik Lace Fabrik Curduroy Warna Putih Warna Kelabu Warna Merah Warna Coklat Warna Ungu


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 5 DRP: 12 1.2.3 Pemilihan Stail Rekaan Mengikut Kesesuaian Dengan Lokasi, Masa Dan Tujuan. Tujuan, masa dan lokasi dalam memakai jaket wanita ia digunakan di dalam pejabat, majlis-majlis formal, mesyuarat dan mengikut majlis-majlis tertentu supaya nampak lebih elegant, berkarisma dan sofistikated serta dianggap berprofil tinggi persis pesona seorang tokoh korporat. 1.3 Menghasilkan Rekaan Fesyen Berdasarkan Tema Dan Konsep. 1.3.1 Pelbagai kaedah seperti Moodboard / Storyboard / Sketch Form Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Mempelajari bagaimanakah fesyen pakaian dilakar mungkin rumit sekiranya anda tidak mempunyai bakat atau kemahiran asas melukis. Namun mempelajari asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan tangan dalam melukis lakaran fesyen. i. Storyboard disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakarkan storyboard perlu mengaplikasikan konsep reka letak. Storyboard adalah lakaran imiginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan. ii. Mood board adalah seperti collage yang mengandungi pelbagai gambar, teks dan objek lain yang mentakrifkan brand anda dan menyampaikan identiti brand anda. Ia juga boleh berfungsi sebagai panduan dalam membangunkan projek perniagaan, seperti website. iii. Selepas mengenali bentuk badan, anda perlu mempelajari kemahiran melakar pelbagai jenis stail pakaian mengikut bentuk badan. Asas melukis seperti melukis bahagian bentuk badan dan teknik pembayang adalah perlu. Latihan berulang kali amat membantu untuk memahirkan dalam melukis lakaran fesyen.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 6 DRP: 12 Rajah 5 : Story Board Dan Mood Board 1.3.1.1 Peralatan Dan Bahan Melakar Fesyen Rajah 6 : Peralatan Dan Bahan Melakar Fesyen 1.3.1.2 Melakar Fesyen - Melakar fesyen pakaian yang telah dipilih berdasarkan stail an corak serta warna yang dipersetujui oleh si pemakai.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 7 DRP: 12 Rajah 7 : Contoh Teknik Melakar Fesyen T2. MENGAMBIL UKURAN BADAN JAKET WANITA 2.1 Pengenalan Ukuran Badan Mengambil ukuran merupakan langkah awal dalam kerja membuat pakaian pengantin tradisi. Pelatih harus ingat bahawa ukuran hendaklah diambil dari masa ke semasa supaya pelatih boleh mengetahui sama ada seseorang itu semakin gemuk, kurus ataupun tidak berubah langsung. Apabila mengambil ukuran, seelok-elok nya biarlah pelanggan memakai pakaian yang ringkas. Ikatkan pita atau tali dikeliling pinggang untuk menanda garisan pinggang yang sebenarnya. Jangan mengukur terlalu ketat atau terlalu longgar. Elakkan daripada menggunakan pita ukur yang memeri atau mengecut. Ulangkan ukuran dua atau tiga kali untuk mengelakkan kekeliruan dan juga untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 8 DRP: 12 2.2 Peralatan Dan Bahan Untuk Mengambil Ukuran Rajah 8 : Peralatan Mengukur 2.3 Penggunaan Bacaan Metrik 2.3.1 Penggunaan Bacaan Inci Cara membaca pita ukur dalam kiraan inci dan cm. Inci adalah unit panjang yang digunakan terutamanya dalam sistem pengukuran adat imperialis. Penggunaan pengukuran inci lebih mudah digunakan dalam bidang jahitan kerana bacaan kiraan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dimana asal usul penggunaan inci juga adalah berkait rapat dengan ukuran tubuh manusia, itu yang menyebabkan penggunaan inci sangat digemari oleh tukang jahit. Akan tetapi pada era globalisasi ini sistem ini agak kuno @ ketinggalan kerana rata – rata penggunaan sistem pengukuran menggunakan sistem conversion iaitu unit metrik, di mana sistem telah diseragamkan @ standard. Walaubagaimanapun tiada masalah untuk kedua-dua penggunaan pengukuran ini kerana bacaan kiraan inci ditukarkan kepada sistem unit metrik dengan melakukan operasi matematik yang mudah.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 9 DRP: 12 Rajah 9 : Penggunaan Bacaan Metrik Rajah 10 : Cara Penggunaan CM


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 10 DRP: 12 2.4 Persediaan Untuk Mengambil Ukuran Rajah 11 : Carta Persediaan Untuk Mengambil Ukuran 2.5 Bahagian Badan Yang Perlu Diukur Rajah 12 : Langkah-Langkah Mengukur Badan Dengan Betul Keliling Leher Lebar Bahu Lubang Lengan Bukaan Tangan Labuh Tangan Keliling Punggung Mercu ke Mercu Keliling Dada Paras Pinggang Pangkal Leher Ke Mercu (Bahu ke Mercu) Garis Tengah Belakang (Paras Pianggang/Bahu Ke Pinggang Keliling Pinggang Labuh Baju


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 11 DRP: 12 2.6 Teknik Mengambil Ukuran Badan 2.6.1 Carta Ukuran Badan Standard Ra Rajah 13 : Carta Ukuran Badan Standard 2.6.2 Borang Tempahan Rajah 14 : Borang Tempahan


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 12 DRP: 12 2.6.3 Mengambil Ukuran Badan Kaedah mengambil ukuran adalah sama sebagaimana yang telah anda pelajari pada modul-modul terdahulu. Di bawah ini dinyatakan kaedah bagaimana mengambil ukuran badan hadapan dan badan belakang. Rajah 15 : Bahagian Badan Yang Harus Diukur 2.7 Masalah Yang Sering Berlaku Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan Rajah 16 : Masaalah Yang Sering Berlaku Keliling leher Lebar bahu Labuh tangan Bukaan tangan Keliling dada Labuh baju Bidang hadapan Bidang belakang Pangkal leher ke mercu dada Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar. Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil. Ukuran pada pita ukur yang digunakan tidak terang. Pelanggang bergerak dan tunduk semasa mengukur labuh baju atau lengan dilakukan.


Hakcipta Terpelihara 2023 GIATMARA KOD RUJUKAN GM/KFB/FND0101/M11.01/HP(1/3) MUKA: 13 DRP: 12 2.8 Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil Ukuran Badan Rajah 17 : Cara Mengatasi Masalah Semasa Proses Mengambil Ukuran Pastikan pelanggang memakai pakaian yang nipis dan tidak tebal Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak Pelanggan perlulah berdiri tegak dan lurus semasa proses mengukur dijalankan Pastikan ukuran di catat dengan betul RUJUKAN : a. Paduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar (Karya Bestari : Cetakan 8-2006) b. Paduan Membuat Pakaian Wanita - Mariam Abu Bakar (Alaf 21 : Cetakan 1-2003) c. Pola Pakaian tingkatan 4 dan 5 - Lamah bt Ghani, Asmawati bt Abdul Aziz / Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (Cetakan 1-2005) d. Asas Menjahit - Raja Fudziah Ismail (R.A.N. Publisher Sdn. Bhd : Cetakan 2:1995) e. Variasi Teknik Menjahit - Rosita Jaafar (Alaf 21:2006)


Click to View FlipBook Version